Home Cerpen Cinta Pujaanku
Pujaanku
Isha Idiaz
10/11/2012 14:16:10
8,123
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Cerpen : Pujaanku

Oleh : Isha Idiaz

*****

Memetik gitar menyanyi syair yang tulus

Persembahan kalbuku

Nantikan dikau ditidur lelapku

Pujaanku…

*****

DAHIKU berkerut-kerut apabila mendengar satu-persatu ayat yang dituturkan oleh Farid.

“Siapa?”soalku sebaik sahaja Farid menghabiskan ayat terakhirnya.

“Na… nama dia Shekal,” ujar Farid tergagap-gagap. Gugup barangkali dek kerana sergahan aku tadi. Siapa yang tidak tahu aku ini seorang yang garang lagi serius. Kalau benda remeh-temeh macam ni memang malas aku nak layan.

Batch mana?” soal aku lagi untuk meminta kepastian.

“Dua ribu tujuh.”

Aku menghela nafas berat.

Kenapa mesti senior?

*****

AKU menghempaskan badanku ke atas katil. Terasa sakit yang bermula dari kaki sejak pagi semalam kini sudah menjalar ke seluruh badan gara-gara aku tidak duduk sama sekali di hospital dari pagi semalam. Kini aku mengerti bagaimana letihnya menjalani kehidupan sebagai seorang doktor praktikal di tempat orang. Kata senior-seniorku dulu, praktikal di sini seolah-olah kita menjalani kehidupan sebagai housemanship atau HO di Malaysia.

Senior.

Perkataan yang satu itu membuatkan aku teringat perbicaraanku dengan Farid minggu lepas. Sesungguhnya, Farid menyatakan ada seorang senior yang meminta nombor telefonku. Dan Farid dengan ringan tangannya telah menulis nombor aku di sehelai kertas dan memberikannya kepada senior itu. Lebih parah apabila aku ni memang paling tak suka orang bagi nombor telefon aku pada orang lain.

Aku menghelakan nafas entah buat yang keberapa kali. Jari-jemariku memicit-micit kepala yang terasa berdenyut.

“Farid ni pun satu. Bukannya nak tanya aku dulu sebelum bagi nombor tu.” Dalam tidak sedar ayat itu keluar daripada mulut aku.

Bukannya apa, aku allergic sedikit kalau ada senior yang mintak nombor telefon ni. Pertama, sebab dia senior. Kedua, sebab aku tak suka nak melayan orang yang aku tak kenal terutamanya mereka yang terdiri daripada kaum Adam. Ketiga, sebab nombor aku ni bukan tempat untuk jadi kaunter pertanyaan.

Hampir saja aku terjatuh daripada katil kerana terperanjat apabila tiba-tiba lagu Pujaanku yang menjadi OST untuk filem Eiffel I’m In Love dendangan Melly Goeslow dan Jimmy menjerit-jerit daripada telefon bimbitku menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati kerana sempat pula aku berangan sebentar tadi.

“Eh, nombor siapa ni?”

*****

AKU sedang menulis resep ubat apabila tiba-tiba suatu suara memberi salam dibelakangku. Aku tidak langsung menoleh. Fokusku hanya pada kerjaku saat itu. Jika tidak, pasti aku akan dimaki hamun oleh doktor jika aku terlambat. Tanganku masih laju menulis nama-nama ubat yang harus kuberikan kepada keluarga pesakit untuk dibeli di farmasi.

“Assalammualaikum,” tegur suara itu buat kali kedua.

Kali ini aku menoleh memandangkan aku telah meletakkan tanda noktah pada resep ubat tadi.

“Wa….” Dan selebihnya jawapan salam itu aku sambung dalam hati. Aku rasa suaraku seolah-olah tersekat dikerongkong saat itu apabila memandang sesusuk tubuh yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.

Si tuan punya badan berdehem beberapa kali sebelum dia menghadiahkan aku sebuah senyuman paling ikhlas yang pernah aku lihat.

“Hukum memberi salam itu sunat saudari…” Jejaka itu berjeda di hujung ayat yang dituturkannya.

Aku yang seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan olehnya langsung menyebut namaku dalam sekali nafas. Setelah itu, aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati, aku mengutuk diriku sendiri. Kenapa tiba-tiba aku menjadi seorang yang gopoh seperti ini.

“Hukum memberi salam itu sunat saudari Shafira Izalea. Tapi hukum menjawab salam itu wajib,” ujar jejaka itu dengan suaranya yang lembut sahaja masuk ke gegendang telinga aku.

Aku mengukir senyuman plastik. Kepala kuangguk-anggukan perlahan tanda memahami ayat yang baru sahaja dituturkannya. Terasa menusuk juga ke hati ayat yang dituturkan oleh jejaka yang tidak ku tahu siapa namanya ini.

“Shafira sudah kau bikin resepnya?” Kini suara doktor Ibrahim pula yang menampar gegendang telingaku. Suaranya yang nyaring itu boleh didengari dari pintu wad di hujung sebelah sana.

Cepat-cepat aku berlari ke arah Doktor Ibrahim dan meninggalkan jejaka itu. “Iya, sudah doc. Ini resepnya,” ujarku sambil menghulurkan resep itu kepada Doktor Ibrahim.

Resep ubat sudah beralih tangan. Jejaka tadi masih melihat aku. Senyuman dibibirnya masih seperti tadi. Aku buat-buat tidak nampak. Tiba-tiba aku rasa degupan jantung aku laju daripada biasa. Tachycardia? Itupun gara-gara senyuman jejaka itu? Pelik.

*****

HARI ini secara rasminya, Shekal Izzat ataupun seniorku ini menjadi juniormingguku di bahagian Neurologi ini. Walaupun ini bukan kali pertama aku bertemu dengannya, namun jantungku tetap berdenyut laju.

“Boleh Shafira terangkan dekat saya apa sahaja yang saya kena buat dekat wad ni?”

Aku masih menatap rekod medis pesakit di wad yang aku jaga saat suara itu menampar gegendang telingaku. Setiap pagi memang macam inilah kerja aku. Jejak kaki sahaja dalam wad ni, aku terus letak beg dalam bilik yang memang disediakan untuk doktor pelatih. Lepas tu aku akan terus follow up pesakit yang ada dalam wad. Ukur tekanan darah pesakit, ukur suhu, periksa nadi dan juga pernafasan, lepas tu isi hasil yang aku dapat dalam bahagian rekod medis ni. Sebelum tu baca dulu rekod pesakit tu hari sebelumnya supaya bila doktor tanya tiba-tiba apa kelainan pada pesakit tu aku bolehlah jawab. Kalau tidak tahu, memang mintak kena maki pagi-pagi hari macam yang selalu kawan-kawan aku kena.

Aku mengangkat muka memandang Shekal.

“Beri saya lima minit,” ujarku ringkas tanpa menunggu persetujuan Shekal. Aku terus menulis hasil follow up tadi ke dalam rekod medis pesakit. Setelah meletakkan tanda noktah, aku terus duduk di kerusi batu yang ada di dalam wad itu.

Shekal hanya memerhatikan setiap gerak geriku.

“Okey. Pertama, awak kena tahu awak bertugas dekat wad mana. Macam saya, saya bertugas di wad High Care Unit. Jadi wad yang saya jaga adalah wad dekat depan tu,” ujarku sambil menudingkan ibu jariku ke arah wad yang betul-betul terlatak di hadapan kerusi batu itu.

“Kalau awak bertugas di wad satu, itu wadnya. Kalau wad dua, yang itu.” Aku terangkan satu-persatu kedudukan enam wad di situ kepada Shekal. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Lepas tu, pagi-pagi datang jeawak kena follow uppesakit yang ada dalam wad yang awak pegang. As usual, measure blood pressure, pulse, respiration and temperature,” ujarku lagi.

Then, hasil yang awak dapat daripada follow up tadi awak tulis dalam rekod pesakit ni. Tulis di bahagian sini,” ujarku sambil menunjukkan ruangan khas di dalam rekod itu untuk menulis hasil follow up.

“Tu sahaja?” soal Shekal apabila kata-kataku berhenti di situ.

“Baca-bacalah rekod pesakit yang ada dalam wad yang awak jaga tu. Kadang-kadang doktor akan tanya tiba-tiba pesakit tu sakit apa.”

“Owh…” Panjang ayat itu dituturkan oleh Shekal.

“Kalau tak dapat jawab?” soal Shekal lagi.

“Kena maki,” ringkas jawapanku.

Dan aku lihat Shekal tersenyum. Haish Shekal Izat, kenapa senyuman kau ni manis sangat. Cair aku wei.

“Biasa kena?” Aku agak, sengaja Shekal mengutarakan soalan itu untuk berbasa-basi denganku.

“Alhamdulillah belum pernah,” ujarku jujur.

Bukan nak berlagak, tapi Alhamdulillah aku memang belum pernah lagi kena maki sejak tiga minggu aku di wad ini.

“Mungkin sebab awak hardworking study about your patient?” Shekal cuba meneka pula.

Have too kalau tak nak kena maki.” Akhirnya sebuah senyuman terpamer juga dibibirku untuk seorang jejaka yang bernama Shekal ini.

Nice smile.”

Pujian Shekal yang tiba-tiba itu membuat senyumanku mati di situ.

Rasa macam nak cakap juga dekat Shekal ayat ni,’Your’s nice too.’ Namun kata-kata itu hanya terluah di hati.

*****

HARI ini hari kedua Shekal bertugas di wad ini. Aku lihat dia semakin lincah melakukan tugasannya. Aku curi-curi melihat Shekal semasa dia melakukan follow-up. Aku tersenyum sendiri. Bukan setakat dengan pesakit sahaja dia follow up. Satu wad riuh rendah dek kerana keramahannya dengan keluarga pesakit. Dalam diam aku mengagumi sifat yang ada pada diri Shekal.

“Siap dah?” Shekal menegurku sewaktu aku sedang mengisi hasil follow up di rekod pesakit.

Aku mengangguk sambil menghadiahkan Shekal sebuah senyuman paling manis yang pernah aku ukirkan.

“Awak?” soalku pula apabila melihat Shekal sudah mula menulis di rekod pesakit.

“Sudah juga,” ujarnya sambil tekun mengisi hasil follow up.

Aku tidak tahu kenapa susah betul nak alihkan mata ni pandang tempat lain selain daripada pandang muka Shekal ni.

“Saya kacak sangat ke sampai tak boleh nak alihkan pandangan tu ke tempat lain?” Suara itu menampar gegendang telinga aku. Di hujung ayat itu, aku dengar tawa yang halus. Aku lihat Shekal tersenyum sendiri.

Dan aku rasa ayat yang aku dengar tadi tu Shekal tujukan pada aku. Tapi otak aku tak dapat tangkap satu pun ayat yang dituturkan oleh Shekal.

“Apa awak cakap tadi?”

Kali ini Shekal mengangkat mukanya memandang aku.

“Saya cakap, saya kacak sangat ke sampai awak tak boleh nak alihkan pandangan tu ke tempat lain?” Lembut sahaja pertanyaan itu namun menusuk sampai ke tangkai hati.

Rasanya mahu sahaja aku cakap, “Ya Encik Shekal, awak memang sangat kacak sampai mata saya ni gatal sangat tak boleh pandang benda lain selain daripada muka awak.” Namun seperti biasa hati kata lain, mulut kata lain.

“Perasan,” ujarku sepatah. Pantas juga aku melangkah ke arah nurse station untuk meletakkan rekod pesakit. Sebenarnya nak covermalu sebab free je kantoi dengan Shekal.

Aku dengar Shekal tertawa di luar. Terasa pipiku membahang saat itu.

‘Padan muka kau Shafira Izalea. Buat lagi kerja terkutuk macam tu. Tengok anak teruna orang macam nak telan.’

*****

AKU menyumbat earphone ke dalam telinga sebelum melelapkan mata. Lagu Regresa A Mi nyanyian El Divo menampar gegendang telinga. Aku menghayati lagu tanpa suara itu dengan penuh khusyuk. Memejamkan mata rapat-rapat. Setelah sehari suntuk bergadang di hospital, inilah masa yang aku nanti-nantikan. Masa untuk berehat. Sebagai terapi minda yang sedang stress, aku memilih untuk mendengarkan lagu-lagu instrumental. Dikatakan lagu instrumentaldapat mengubah gelombang minda dan mood kita sekaligus menjadikan kita lebih tenang.

Tanpa diminta bayangan wajah Shekal yang sedang tersenyum bermain di fikiran aku saat lagu Regresa A Mi masuk ke bahagian korus. Aku cuba menghayati lagu tanpa suara itu sambil menyanyikan lirik-lirik lagu itu.

Regresa A Mi - Unbreak My Heart

Quiereme otravez – Say you’ll love me again

Borra el dolor que al irte me dio – Undo this hurt when you walked out the door

Cuando te separate de mi- And walked outta my life

Dime que si ya no quiero llorar- Uncry these tears, I cried so many nights

Regresa A Mi - Unbreak my heart

Tiba-tiba hatiku berdebar. Mengingati Shekal seolah-olah menjemput rinduku padanya. Menjemput dia ke dalam mimpiku. Menjemput rasa cinta ke dalam hatiku. Kerana Shekal aku jadi begini.

Shekal Izat. Dia jejaka pujaanku!

*****

MALAM itu, aku dan Shekal bertugas bersama menjaga wad. Oncall istilah medisnya. Aku agak sedikit lega apabila aku ditugaskan bersama Shekal. Setidaknya aku boleh bergantung harap padanya sekiranya ada hal yang tidak diingini berlaku di dalam wad ini.

“Awak dah makan?” soal Shekal memulakan bicara.

“Alhamdulillah sudah,” ujarku tanpa berganjak sedikitpun anak mataku daripada buku.

Suasana hening setelah itu. Aku menjeling ke sebelah. Shekal juga sedang membaca buku seperti aku. Al-maklumlah, bila dah kerja begini memang susah nak cari masa untuk belajar. Masa beginilah perlu diisi sebaik mungkin supaya kita boleh belajar sebelum peperiksaan.

“Umur awak berapa?” soal Shekal memecah kesepian antara kami.

“Dua puluh empat.”

“Kenapa tiba-tiba tanya?” soalku apabila keadaan kembali sepi antara kami.

“Saja. Tak ada niat nak berumahtangga?” soal Shekal lagi.

Kali ini perbicaraan kami sudah sampai ke tahap yang lebih serius. Aku memejamkan mata yang terasa letih. Cermin mata ku tolak ke pangkal hidung. Sebentar kemudian aku lihat jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan kiriku. Jam dua pagi. Patutlah letih. Buku yang masih terbuka aku tutup. Badan yang terasa letih aku sandarkan ke kerusi. Otakku masih berfikir jawapan yang harus kuberikan untuk menjawab pertanyaan Shekal tadi.

“Bukan tak ada niat tapi belum ada calon,” ujarku berterus-terang.

Shekal tertawa mendengar jawapanku.

“Tak ada calon?” soalnya.

Kali ini Shekal pula meregangkan badannya lalu bersandar di kerusi. Buku yang dibacanya ditutup.

“Ke awak yang terlalu memilih?” duga Shekal.

Kali ini aku pula yang tertawa. Aku menjungkitkan bahu. Tak tahu nak kata apa.

Memilih? Nak memilih macam mana kalau calonnya tak ada. Jujur aku katakan, semua pelajar perubatan yang ada di sini semua muda-muda dari aku. Macam manalah aku nak mencari calon kalau semua pun panggil aku kakak dan aku panggil mereka adik.

“Tak ada pilihan di sini,” ujarku perlahan.

“Kenapa tak nak pilih orang dekat sebelah awak ni?” Shekal mengajukan pertanyaan yang hampir sahaja membuatkan aku tersedak.

Membuntang mata aku memandang Shekal di sebelah.

Gila.

Ni kes curhat ke apa pagi-pagi buta ni. Dahlah yang ada dekat wad ni aku dengan dia je.

Shekal tersenyum memandang aku. Aku pura-pura tidak mendengar ayatnya tadi.

“Saya kan ada. Saya kan kacak, sampai awak kalau dah pandang saya tak boleh pandang tempat lain dah,” ujar Shekal selamba.

Shekal Izat. Senior paling kacak pernah aku jumpa di sini. Rambutnya yang ikal itu terlihat kemas dengan sapuan gel rambut. Matanya yang agak sepet itu membuatkan dia mempunyai iras-iras orang Cina. Cermin mata tersangkut kemas di pangkal hidungnya. Mukanya bujur sireh. Bibirnya yang tipis dan merah itu membuktikan yang dia bukan seorang perokok. Habis aku meneliti wajahnya, aku menyorotkan pandanganku ke bawah. Paling aku suka dengan penampilan Shekal adalah dia adalah satu-satunya senior aku yang memakai kemeja lengan panjang dan seluar tempah lengkap dengan sepatu apabila bekerja.

“Dah habis scan saya?” soal Shekal dalam nada bergurau.

Terhambur tawaku saat ayat itu menampar gegendang telingaku. Scan? Shekal perasan aku scandia?

So, macam mana?” Soal Shekal kepadaku.

Aku mengangkat kening tanda tidak mengerti.

“Macam mana apa?” soalku kembali kepadanya.

“Awak nak pilih saya tak?” soal Shekal.

Nah soalan Shekal ni buat aku rasa macam nak pitam. Aku terdiam buat beberapa ketika sehingga suara Shekal lembut memanggil namaku.

“Shafrina Izalea…”

Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Betapa aku menyanjungimu
Buta mata dan hati untuk yang lain

“Kalau saya tak nak?” dugaku pula. Aku rasa pipiku sudah memerah saat itu. Mana pernah orang tanya straight to the point macam ni.

Andaikan malam tiada pernahkan berakhir
Setiapku bersamamu mungkin tak berujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau

“Betul awak tak nak dekat saya? Betul awak tak pernah tunggu saya dalam mimpi-mimpi awak?” soal Shekal bertubi-tubi.

Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau ditidur lelapku
Pujaanku

“Kalau ada jodoh antara kita tak ke mana Shekal,” ujarku tanpa memandang wajahnya. Sebuah senyuman aku palitkan dibibirku bagi menjawab pertanyaan Shekal tadi.

Is it a yes for my quesion?” soal Shekal meminta kepastian.

Aku sedikit teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Shekal itu. Namun perlahan-lahan aku mengangguk mengiyakan pertanyaannya tadi.

Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu

“Alhamdulillah,” ujar Shekal dengan senyuman meleret di bibirnya.

Aku menekup wajahku dengan tapak tangan. Rasa bahang pipiku saat itu. Tidak betah berada di sisi Shekal kerana rasa malu yang bertandang di hati, cepat-cepat aku bangun dan mencapai stetoskop untuk melakukan follow up.

“Biar saya yang follow up. Awak teman saya je,” bisik Shekal di telingaku saat kami beriringan menuju ke wad nombor lima.

Aku tak tahu nak kata apa. Rasa macam terbang tinggi ke langit bila Shekal menuturkan ayat itu.

Shekal Izat.

Sweetnya dia.

Dia lelaki pujaanku!

Dan dia adalah senior aku!

*****

Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.