Home Cerpen Cinta CINTA TERAKHIR
CINTA TERAKHIR
Adaweeyah
29/12/2019 23:59:35
2,557
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Anginsemilir bertiup lembut menyapa perlahan wajah Suhardi, bayu yang datang danpergi seolah mengimbau sejarah lama yang pernah terukir di perbukitan itu lamadahulu. Kenangan yang akan terpahat di ingatan Suhardi selama hayatnya. Suhardi melabuhkan duduknya di sebuah kerusi kayu  tidak jauh daritempatnya berdiri. Kudratnya kian berkurang untuk berdiri lama bagi menghayatisuasana indah di bukit itu. Tenaganya tidak sekuat dulu, jika sewaktu mudanyauntuk mendaki kawasan  bukit langsung tidak menjadi masalah. Namun kinidia sudah termengah-mengah walau separuh jalan untuk mendatangi puncak yangtidak setinggi mana itu. Lelaki itu merenung jauh ke segenap alam yang dapatdilihat dari puncak bukit, menyaksikan sebuah panorama indah yang jarangdilihatnya. Terus sebuah kenangan lama datang menyinggah. Surinah.

Hari ituSurinah berkebaya biru. Anggun dan cantik sekali, apabila dia tersenyummenonjolkan lesung pipitnya yang menawan. Wajahnya bujur sirih, ditambah puladengan rambutnya yang ikal separas pinggang dan halus diselak ke tepi,mengerbang apabila ditiup angin bayu. Surinah memang benar-benar manis di mataSuhardi. Tiada siapa yang mampu menghalang cintanya pada gadis bidayuh itu.Bukit dan petang yang indah nian  itu kerap benar menyaksikan pertemuanantara Suhardi dan Surinah. Pasangan yang enak melayari kisah percintaan.

“ Mengapatergamak  kau membuat keputusan ini, Su?” soal Suhardi pada satu petangyang kelam, sudah  berulang kali Suhardi menyoal. Hatinya bungkam ditambahdengan kecewa amat. Jiwanya benar-benar luluh.

“Suhardi, carilah penggantiku.” Ujar Surinah setelah lama berdiam diri. Diasudah mula menangis dan tersedu-sedu. Gadis itu masih membatu di atas kerusikayu. Suhardi pula berdiri membelakanginya. Hanya angin yang bersuara untukseketika.

“ Manamungkin aku mencari penggantimu, Surinah. Aku terlalu menyangimu.” suaraSuhardi perlahan dan mulai terbenam. Dia menahan sebak. Sukar untuk mempercayaibahawa gadis yang amat dicintainya itu meminta untuk berpisah.

“ Bapadan ibuku tidak merestui kita, Suhardi. Mereka membantah sekali aku mengahwinimu. Apatah lagi memeluk agamamu.”

“Lagipula aku harus mempertahankan  agama nenek moyangku. Maafkan aku.”Semakin perlahan suara itu. hampir tenggelam disapu angin.

             “ Tapi kamu gadis terpelajar. Surinah, kamu sudah berjanji denganku untuk sehidupsemati.”

“Maafkanaku Suhardi. Bapa sudah merancang perkahwinanku dengan Midin.” Semakin menjaditangisan gadis itu. Dia lari meninggalkan Suhardi. Tidak mampu menatap wajahlelaki yang benar-benar ikhlas mencintainya itu.

Suhardimasih terpana. Terasa segala kebahagiaanya hilang bagaikan puing yang dihembusangin. Impiannya untuk beristerikan gadis itu hancur. Angannya untuk membinamahligai indah bersama Surinah lebur begitu sahaja. Sukar untuk menerimahakikat  bahawa dia sudah kehilangan gadis itu.

Bapanya, Jaimansedang rancak berbual dengan Midin ketika Surinah berlari masuk ke rumah denganesakan tangisan. Surinah memekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Rasabersalahnya menyelubungi. Hari pernikahan Surinah  bersama Midin hanyatinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun dia bertekad cintanya hanya padaSuhardi seorang. Tangisannya makin menjadi bila teringatkan Midin yang tidakpernah dicintainya, bahkan amat tidak disukainya. Namun bagi  Jaiman pulapembantunya itulah yang layak untuk menjaga anak tunggalnya.

Penghulu itu berangggapan anak gadisnya itu cukup sesuai untuk berkahwin. Sedangkan bagimasyarakat bidayuh anak perempuan seeloknya sudah berumah tangga seawal 16tahun, kini Surinah sudah berusia 22 tahun, merupakan seorang guru di sebuahsekolah rendah tidak jauh dari rumahnya. Sesungguhnya Jaiman sangat berbanggadengan usaha anak gadisnya itu. Surinah satu-satunya gadis yang berjaya keluardari kelompok primitif kampung itu.

Suharditerkenang sewaktu  mula-mula  mengajar di Sekolah  Rendah KebangsaanPulo, Suhardi  bertemu dengan Surinah ketika itu dia baru sahajaditukarkan dari semenanjung ke Sarawak. Surinahlah gadis pertama yang dikenalisemenjak sampai di bumi kenyalang itu. segala kenangan bersama Surinah akanditanam dan disuburkan dalam ingatannya sehinga bila-bila pun.

LamunanSuhardi terhenti selepas disapa anaknya, Tini. Dan dia ke Sarawak itupunsetelah puas dipujuk anak gadisnya itu.Bersama Tini adalah sahabatnya.Lisa.  Petang itu kedua-dua gadis itukelihatan sungguh ceria.

“ Ayah,ini Lisa. Kawan yang selalu Tini ceritakan tu,” ujar Tini. Anak bongsu Suhardiyang belajar di Universiti Malaysia Sarawak. Tini tersenyum bangga. Diamengenggam erat bahu  Lisa yang berada di sebelahnya. Kelihatan Lisatersenyum menunduk. Malu. Suhardi sedikit terkejut dengan wajah itu, dia cubamengawal.

“ Lisaberasal dari mana?” soal Suhardi selepas bertukar khabar. Hanya mereka berduadi atas kerusi itu. Tini meninggalkan mereka untuk membeli minuman. Sengajagadis itu memberi peluang kepada sahabatnya untuk mengenali ayahnya yang sangatdisayangi itu. Bagi Tini ayahnyalah segalanya setelah kematian ibunya sejak diakecil.

“ DariKuching juga. Tapi Kampung saya di Sengkuduk. Berhampiran dengan Kampung budayaPantai Damai.” Terangnya.

“Sengkuduk? Perkampungan Bidayuh itu?” mata Suhardi kian membulat.

“ Er…iya…saya orang Bidayuh, Pak Cik.”

“ Siapaibumu, Lisa?”

“ Errr…Ibu saya sudah meninggal dunia Pak Cik, sebulan lepas.” Ujar gadis itu.wajahnya muram.

“Oh…maafkan Pak Cik, siapa namanya.” Suhardi makin mahukan kepastian.

“ Surinah.Suriah Jaiman.” Sepantas kilat  wajah Suhardi berubah, air matanyamengalir selajunya meniti pada lekuk-lekuk wajahnya yang sedang meniti usiasenja.

“ KenapaPak Cik menangis?” soal  Lisa. Bimbang benar dia jika tersalah cakap ataumenyebut perkara yang mengecilkan hati orang tua itu.

“ Tidakada apa-apa nak, cuma…wajahmu mirip sekali dengan ibumu.” Suhardi menatap wajahgadis itu sedalamnya. Ada Surinah yang tersenyum padanya. Menampakan lesung pipit yang terletak molek antara bibir yang merah merekah. Wajahitu tersenyum sambil berair mata lalu perlahan-lahan menuruni pipi gebunya.

 

Selepasmengetahui tarikh  perkahwinan antara Surinah dan  Midin, Suhardimembawa diri pulang ke Semenanjung. Harapannya agar dapat melupakan Surinah,cinta pertamanya. Dia berjanji tidak akan ke Sarawak lagi. Tempat yangmencalitkan titik kecewa dalam hidupnya. Sepulangnya di Kampung dia dijodohkandengan pilihan ibunya merangkap sepupunya sendiri, Mastura. Bersama Mastura diadikurniakan 3 orang anak, Imran, Aisya dan Tini. Imran sekarang telah berusia35 tahun, beerti kenangannya bersama Surinah sudah berlalu kurang lebih usiayang sama.

KiniSuhardi berdiri di tempat yang sama ketika dia berpisah dengan Surinah hampirempat puluh tahun dahulu.  Bayu sejuk di bukit itu seperti membawa sekalisegala memori. Walaupun banyak perubahan yang berlaku di kawasan itu, namunbauan kenangan seolah-olah masih terhidu. Bagaikan baru semalam  Surinahbersamanya.

“ Ibu,selalu berkunjung ke sini sebelum dia meninggal.” Terjeda seketika Suhardi.

“ Mungkinuntuk mengingati Pak Cik. Cinta pertamanya.” Tambah Lisa lagi selepas Suhardihanya mendiamkan diri.

“ Ibujarang mendapat bahagia, ditambah pula bapa yang berkahwin lain dengan wanitadari semenanjung dengan alasan ibu tidak dapat melahirkan anak. Dia melahirkansaya pada umur 40 tahun. Walaupun di hadapan saya dia nampak gembira. Tapi di hatinyasaya tahu dia tidak bahagia. Dia selalu menangis ketika bersendirian. Tambahlagi ketika dia semakin berusia. Bapa pula meninggal ketika saya masih bersekolahkerana kemalangan. Tapi saya dapat rasa, dia menangis bukan kerana rindukanbapa, tetapi Pak Cik.” Panjang lebar cerita Lisa.

“Oh…Surinah.” Keluh Suhardi perlahan.

“ Ibumenghabiskan masa berjam-jam  lamanya disini. Sambil duduk termenung di bangkuini. Seolah mengingati sesuatu dan kadang kala dia tersenyum keseorangan. Lewatpetang barulah dia pulang. Beberapa tahun dia berkeadaan seperti itu.”

Suharditerdiam lagi. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Terbayang-bayang wajah Surinahdengan pakaian tradisional bidayuhnya. Dia seolah teringat akan wajah senyaum Surinahtersenyum sebelum wajah Surinah pudar dan hilang dari pandangan.

“ PakCik, bagaimana Pak Cik berkenalan dengan ibu saya?” soal Lisa. Lemah lembutpada pandangan Suhardi. Saling tidak tumpah seperti ibunya. Lisa memang sepertibayangan Surinah.

“ Pak Cikmengajar di sekolah yang sama dengan ibumu.”

Lisamengangguk  kecil tanda mengerti. Dia memandang dan tersenyum melihat Tiniyang sedang menuju ke arah mereka bersama tiga biji kelapa muda yang berisiairnya. Kelapa itu sudah siap ditebuk dan sedia untuk diminum.

Petangini Suhardi akan bertolak semula ke Semenanjung, kehadirannya  ke Sarawak dianggapnya yang terakhir.Harapannya untuk bertemu kembali dengan Surinah sudahpun berkecai. Dia bersiapuntuk pulang. Sekali lagi membawa hatinya pergi. Dan petang itu juga Lisadatang menemuinya.

“ Sayarasa Pak Cik lebih sesuai menjaga  ini dari saya.” Ujar lembut Lisa sambilmenyuakan sehelai selendang baldu berwarna biru. Walau agak tergamam Suhardilambat-lambat menyentuh kain lembut itu. Kenal benar dengan kain kosong berwarnabiru yang agak kusam itu. Pemberiannya pada Surinah semasa mereka sedangbercinta dahulu. Selepas Surinah berjanji untuk memeluk Islam dan berkahwindengannya, memang terlalu lama Suhardi tidak melihat selendang itu. Warnanyatampak semakin pudar tetapi harumannya tetap seperti asal.

“ Ibuselalu mengenakannya sewaktu akhir-akhir hayatnya.”

Suhardimencium lembut selendang itu, bauan yang benar-benar membawa pada sebuah kisahsilam yang kian tertimbus. Tanpa dipinta Suhardi menitiskan   airmata.  Namun  wajah manis Surinah tetap menyelubungi pandangannya.Wajah yang benar-benar dia  rindu selama ini. Tiba-tiba kedengaran suaraperamugari mengumumkan bahawa pesawat yang dinaiki bakal mendarat tidak lamalagi.

 “Pak Cik, Ibu saya sudah memeluk agama Islam sebelum meninggal.” Suara serakbasah Lisa masih terngiang jelas.

 “Selamat tinggal Sarawak, selamat tinggal cintaku.” Perlahan sekali suaraSuhardi. Tini yang tertidur di sebelahnya terjaga dan membuka matanya sedikit.Dia memeluk Suhardi erat-erat. Suhardi berjanji itu adalah kali terakhir dia kesana.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adaweeyah