Home Cerpen Cinta Baju Pengantin Cik P.A
Baju Pengantin Cik P.A
Zhar Aruzi Hairi
25/1/2017 07:10:39
11,068
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Bunyi lagu berentak dangdut yang kedengaran tadi semakin hampir. Lagu semakin jelas sehingga dia boleh meneka nama penyanyi dan tajuk lagu. Asyikin juga sangat pasti yang datang itu despatch boy dari company Evira Liew. Budak berbadan gempal dengan rambut disikat tepi.

“Ai..tiba-tiba pulak layan dangdut ni Soffi. Kau tak rasa ke bunyi hanset tu kuat sangat, sampai semua orang boleh dengar"Perli Asyikin.

“Apa?” Soffi seolah tidak dengar.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi"

“Tak, boleh ulang balik tak..”

“Tu la.. dengar henset sampai nak pecah gegendang telinga, habis tu apa orang cakap dah tak dengar"

Chill la Kak…kalau semua orang dengar lagu ni mesti happy kan. So, apa salahnya buat orang happy. Sedekah jugak kan"

“Ye la tu, sedekah la sangat. Yang orang sakit telinga dengar lagu tu nak cakap apa pulak..”

“Diaorang kena chill la.. bukan selalu pun..Akak ni, garang dari dulu tak habis-habis..dari mula saya kenal akak, sampai sekarang.." Luah Soffi.

“kau datang sini, nak bagi surat je kan. Bak sini aku sain. Lepas ni kau boleh pegi jauh-jauh layan lagu tu.” Bentak Asyikin.

Soffi mengeluarkan sekeping envelope besar dan diserah kepada Asyikin. Borang dan pen diberi untuk ditandatangan.

“Terima kasih" Ucap Soffi acuh tak acuh sebaik menerima semula borang dan pen tadi. Cepat-cepat dia mahu bergegas ke tempat lain.

“Kejap!”Suara Asyikin menghentikan geraknya.Tangannya menghulurkan sebungkus coklat bar. Walaupun teragak-agak, Soffi mengambilnya sebelum berlalu. Bunyi nyaring dari telefonnya diperlahankan. Dia membuka bungkusan coklat barnya di dalam lift.

“budak-budak sekarang, macam-macam" ulas Asyikin.



Behar Murad meletakkan semulakertas kerja yang dibacanya tadi ke atas meja. Ini kali kedua dia membaca kertas cadangan itu. Kepalanya masih berfikir tentang keputusan yang harus diambil. Kertas kerja dari AntaraMaze diletakkan bersebelahan dengan kertas kerja tadi.

“ Yang satu ni memang lengkap dan menarik. Yang ini dari syarikat sahabat dan ipar aku. Lengkap, tapi tak begitu menarik. Macam copydan paste pun ada…. Dilema juga macam ni.”

“Asyikin, datang office saya sekarang!” Tegas Behar Murad di talian dengan Personal Assistantnya.

“Ada apa boss panggil saya masuk?” Soal Asyikin sebaik duduk. Notepadnya dibuka untuk membuat catatan.

“Dua kertas kerja ni, awak rasa mana yang patut saya terimapakai. Awak dah go through dua-dua kan.”

“Ya boss, dua-dua ada pro n cons. Satunya….”

“No..no..saya tak nak penjelasan yang panjang berjela. Just decide which one is the best. Sepuluh minit lagi ada meeting saya dengan diaorang kan"

“Ya boss, saya pun tengah siapkan bilik meeting dengan Ira tadi. Kalau Boss tanya keputusan saya, yang kiri tu even better. Dan untuk tenangkan AntaraMaze,boss offer sahaja diaorang continue projek dekat Bahau yang tertangguh tu"

“ Hmm.bernas jugak idea awak tu..awak boleh pergi sambung kerja-kerja tadi" Balas Baher Murad.

Tzeet…

Telefon diatas mejanya bergegar. Dia tersentak melihat nama yang tertera.

“ Apa pulak kali ni?”



Asyikin menghempas tubuhnya ke atas sofa. Saat itu dirasakan semua masaalahnya terbang dibawa angin. Inilah ketikanya dia mencuri tidur, hatta lima minit pun dah cukup. Itulah rehat paling minima untuk otaknya kembali cergas.

Dalam minda yang hampir kosong itu jugak, dia sempat berfikir. Tiga hari lagi genap tiga tahun dia mengabdikan diri kepada Tekad Holdings, atau lebih spesifik, kepada CEOnya Baher Murad bin Tan Sri Bahtiar, pemuda melayu berdarah kacukan. Ada darah India, Cina dan Inggeris bercampur dengan susur galur melayu jawanya. Boleh diistilahkan sebagai anak satu Malaysia kalau menerusi jaringan keluarganya.

Dia pun sudah lupa sebab apa tiba-tiba sahaja ditawarkan jawatan personal assistant tu, padahal dia meminta jawatan arkitek. Nak kata resumenya bagus, ada yang lagi hebat. Penampilannya pun, sekadar memenuhi tuntutan jawatan yang dipohon. Tapi rezeki berpihak kepadanya untuk jawatan itu. Itu pun selepas dia terbaca iklan yang orang tersalah hantar ke telefon bimbitnya.

“Arghhhh!..”

Dia bangun semula untuk menghadap semula rencah harian jawatannya. Dari gadis yang lemah lembut, kini dia bertukar menjadi garang dan tegas. Tuntutan kerja yang memaksa dia bertukar karektor sebegitu. Dalam hatinya, Cuma Allah yang tahu betapa siksanya memegang peranan itu.

Asyikin mengangkat telefon dan menekan nombor yang sering dihubunginya.

“Cik Ann, Mak dah makan ubat belum?”

“Sudah Syikin, Cik Ann biarkan dia di luar melihat anak jiran bermain. Breakfast tadi pun Mak Wan makan banyak"

Asyikin menarik nafas lega sebaik mendengar penjelasan dari jururawat peribadi ibunya itu.

“Oklah kalau macam tu. Petang ni Syikin call balik dan sembang dengan Mak. Kirim salam kat jiran-jiran yang bertandang"

“Baiklah Syikin. Kau tu jaga diri baik-baik"


Semuanya bermula dari ibunya yang diserang stroke dan lumpuh separuh badan. Detik itu juga menyebabkan dia nekat berhenti belajar di U.K dan pulang ke Malaysia.Ketika itu juga dia kehilangan tunangnya Amirul Mikail yang terus hilang tanpa jejak. Mungkin lelaki itu terlalu kecewa kerana dia menolak tawaran Mika untuk berkahwin dahulu di sana dan pulang bersama-sama setelah habis semester ketiganya itu. Asyikin tidak mahu bertangguh kerana takut kehilangan ibunya. Tunang boleh diganti, tapi ibunyalah satu-satunya insan yang melahirkannya ke dunia ini!.

Asyikin mengesat air mata. Cincin tunangnya di jari ditatap seketika. Selagi Mika tidak meminta dia memulangkannya,selagi tiada lafaz putus tunang, selagi itulah cincin itu akan disarungnya. Biarlah ia kini menjadi sebahagian dari angannya. Ataupun bahan ketawa rakan pejabatnya. Title tunang Mika itu akan menjadi benteng dirinya dari dihampiri mana-mana lelaki. Biarlah masa menentukan selama mana dia harus begitu.



Where are You?” Suara bossnya di hujung telefon membingitkan telinganya.

Guest room"

“ Oh….Sempat lagi mengular. Come here!..Now!!..” Jerit Baher Murad.

Idiot!” Bentaknya yang bergegas bangun.

Hampir sahaja bercantum hujung kening Bossnya yang merenung tajam dirinya. Dia terpaku di situ sekian lama. Baher Murad tidak menengking, tapi hanya merenung. Bukan renungan bernafsu, tapi renungan yang penuh tanda tanya. Renungan apa pun, tetap membuatkan dia seram sejuk.

Can I trust you?” Baher Murad yang baru mendapat anak tekaknya bersuara garau.

Asyikin diam. Ngok sangatlah boss dia jika cuba menyoal kesetiaannya selama ini. Semua fail baik buruk bossnya itu ada dalam kepalanya. Kalau nak pedajalkan bossnya tu, dah lama dah dia buat.

“Ok. I have to trust you. Beside, siapa yang yang aku ada" monolog Baher Murad yang sampai ke telinganya. Asyikin senyum sebab terfikir yang akal cerdik bossnya tu selalu lambat datang.

“I nak you organize satu wedding hujung minggu ni"

Wedding siapa Boss?”

Wedding siapa lagi, weddingaku la"

“Dengan….”

“ Marion Nazra"

“Mary..bukan ke Boss dah dump dia..tetiba nak buat bini ni"

“ You jangan nak hina sangat bakal suri I tu boleh tak. Apa-apa yang jadi antara kami tu, you jangan ambil tahu sangat boleh tak. Annoying tau"

“Ok, Where is She. Saya nak jumpa jugak dia kalau nak saya organize event ni. Nanti tak pasal-pasal keluar complaint pulak tak menepati kehendak dia"

“Sorrylah, dia di Hong Kong dua tiga hari ni. Sehari sebelum akad nikah dia balik"

“So.. Boss nak saya bercakar dengan dia sebelum boss naik pelamin nanti…Anyway mengapa tiba-tiba je Boss nak kahwin ni"

“Hmmm…dah sampai seru, kahwinlah saya" Baher Murad bertegas.

“Ke..ada apa-apa?” Tekaan liar dari Asyikin membuatkan Baher Murad berderau darah. Namun dia cepat-cepat menarik nafas.

“Ada apa ke tidak, bukan hal awak. Just buat apa yang saya suruh…faham!!” Ayat dari bossnya itu membuatkan Asyikin faham yang ini bukannya gurauan.



Norli berteleku diatas sofa dengan tangan memeluk kaki. Matanya masih menatap skrin telivisyen. Cumacepat-cepat dia memalingkan muka bila terdegar pintu depan dikuak.

“ Aikkk… monyok semacam jer?” Tegurnya.

Asyikin berlalu dan terus ke dapur membuka peti ais. Satu tin minuman bergas dicapai. Di ke sofa semula dan duduk bersebelahan Norli.

“Baher Murad dah gila..tiba-tiba sahaja nak kahwin…Aku pulak yang terkocoh-kocoh nak buat persiapan"

“Aii..ada hati nak kahwin jugak boss kau tu. Ingatkan nak terus membujang sampai mati. Kenapa ko pulak yang kena buat persiapan?”

“Nama je Boss, tapi apa pun tak tahu. Aku pulak nak kena buat semua dalam seminggu. Mujur si Enna, wedding planner tu free minggu ni. Aku dengan dia le yang start buat semua"

“Dengan siapa dia nak kahwin?”

“Dengan si Marion, model pencen tu"

“Aiii..kata dah tak ada apa-apa. Tup..tup nak kahwin..pandai si Baher ni main drama" Norli mengulas. Matanya masih tertacap di skrin, mengulit drama korea.

“Aku takut kalau-kalau dah separuh nanti, ada pulak yang nak kene reject, kena ubah. Bukan kau tak tau perangai dua-dua pengantin tu.”

“Woi, kau tak terfikir ke yang semua ni mungkin majlis kau dengan Basheer tu. Dia saja buat alasan nak kawin dengan Marion tu..tup..tup..last minit nanti, Marion tak datang…agak-agak siapa yang sanggup paksa diri naik pelamin" Telah Norli. Asyikin menggaru kepalanya yang tak gatal.

“ Kau dah buat aku susah hati wei. Kalau benda ni jadi, haru hidup aku tau"

“Jangan kau nak jadi bingai..Boss kau tu bukan boleh hidup sendiri tanpa kau. Semua hal dia, masaalah dia pun kau uruskan.sampai seluar dalam dia pun kau yang buat tempahan kan. Kau dia nak hargai kau, elok pun dia buat kau jadi bini. Senang. Bangun pagi je kau dah tercongok kat sebelah. Nak suruh apa pun kau buat, dah tak Sarah kan"

“Sampai ke situ pulak kau. Boss aku tu bukan tak tau aku dah tunang" Asyikin menunjukkan cincin tunangnya.

“ Shikin oiii..bagi la alasan yang masuk akal sikit. Kau tu dah tunang masuk tiga tahun, kelibat tunang kau sorang pun tak pernah tengok. Mintak gambar, facebook ke, insta ke…kau tak bagi. Habis, siapa yang nak percaya. Kalau betul kau ada tunang, cakap je dekat dia yang Boss kau nak ajak kahwin. Kalau dia tu wujud, sampai la dia kat sini mintak penjelasan kau.”

Asyikin terdiam mendengar kenyataan Norli. Selama ini dia menyangka status yang dicanangnya membuatkan dia kebal dari lelaki.

“Aku tak bolehlah…kahwin dengan Baher Murad tu…dia tu..”

“Kau suka ke tak aku tak tahu. Yang pasti kau akan terperangkap dari aspek kerja dan peribadi. Dari P.A upgrade jadi L.P"

“L.P tu apa?”

“Lifelong partnership. Rakan serumah sampai tua"

“Kau buat aku rasa takut la pulak".

Asyikin mulai termenung memikirkan apa yang diulas Norli tadi.



Asyikin dari tadi berdiri menghadap ke arah pintu lif. Semua staff yang lalu menegurnya.

“ Tunggu siapa?” Sapa Puan Lim dari bahagian akaun.

“Boss saya”

“lambat kut, masa parking tadi, I tak nampak pun kereta dia.” Asyikin hanya tersenyum.

“ Kalau penting, baik you call. Baher tu busy. Belum tentu dia jawab kalau dengan client"

“Saya tunggu dulu. Apa-apa nanti saya beritahu dia.” Sebaik nampak kelibat Baher Murad di pintu Lif. Cepat-cepat dia berjalan menghadap bossnya..

“ Apa yang penting sangat, sampai tak sempat saya masuk office" Luah Baher Murad di muka pintu.

“Semalaman dah saya fikirkan hal ni. Sebab tu saya kena tanya Boss jugak. Kalau tak, hati saya tak tenteram.”

“ Boss, kalau Marion tak jadi balik, saya ke yang kena kahwin dengan boss"

Gulp!

Baher Murad menelan air liur.

“awak ingat ni macam drama petang-petang kat TV tu ke. Kahwin ikut suka hati.”

“Eh, Boss pun tengok cerita macam tu ka?”

“Eh, takla. Mak saya yang tengok. Kadang-kadang tu terlayan jugak la. Awak jangan nak risau la. Kalau Marion tak balik, saya ada Jane, Melly, Syarifah…..mmmm..banyak lagi la.”

“Orang tanya betul-betul ni. Boss memain pulak.”

“Kalau saya nakkan awak, saya tak ambik jadi P.A. saya ambik buat bini. Sekarang ni pergi setel kerja macam yang saya suruh. Hal bakal isteri saya, bagi saya yang setel. Teruk sangat ke saya ni, sampai awak pun takut nak buat laki. Rasanya, pakej saya dah lengkap. Hensem, kaya dan bergaya"

“Boss memang hensem, kaya dan bergaya, tapi..Boss tak ada ciri-ciri suami mithali langsung. Setakat boleh buat kawan jer. Buat laki belum tentu. Harap-harap Marion tu boleh ubah boss jadi suami yang baik"

“Sampai hati awak komen macam tu. Saya boleh berubah la. Hilang mood saya pagi ni..” balas Baher Murad yang masuk ke dalam bilik.

Asyikin masih terpaku di situ.

“Salah ke kalau aku terus terang macam tu?”



Hari yang ditunggu-tunggu Asyikin tiba juga. Seminggu dia bertungkus lumus membuat segala persiapan. Baju yang dipakainya untuk majlis ini pun dibeli saat-saat akhir. Mujur wedding planner yang membantunya menguruskan majlis ada kenalan yang mempunyai butik pakaian seperti yang dikehendakinya.

“Boss, semua dah siap sedia. Tok kadi pun dah sampai.” Pesan Asyikin di mesej aplikasi whatapps.Bukan pengantin sahaja yang berdebar untuk menempuh saat-saat penting macam ni, dia sendiri pun sudah tidak keruan.

“ Mana boss?” Staff lelaki yang menemani Tok Kadi bertanya. “Ada dua lagi pengantin yang menunggu tok Kadi ni"

“Mintak Tok Kadi tunggu sekejap, barangkali pengantin masih dalam perjalanan ni"

“Cepat tau Kak. Tok Kadi ni bukan main lagi garang. Kalau saya kawin nanti pun, tak nak saya akad dengan dia"

Asyikin tergesa-gesa mendail sekali lagi. Namun dia hampa kerana panggilannya masih tak berjawab.

“Please, jangan malukan aku hari ini boss" Doanya di dalam hati.



Bunyi beberapa kereta di hadapan rumah menarik perhatian Asyikin. Dia berlari ke arah luar dewan untuk melihat siapa yang datang.

Baher Murad keluar dari kereta dengan persalinan pengantin serba kuning. Tidak jauh dari keretanya, Marion keluar dengan persalinan pengantin dengan warna yang sama. Hampir sahaja Asyikin menadah tangan bersyukur kerana eventnya bakal berjalan seperti yang dirancang. Tapi, pakaian yang disarung bossnya bukan seperti yang dia pilih. Warna pilihannya adalah merah hati.

“Ah, dah agak dah. Mesti si Marion ada perancangan lain. Apa pun, biarlah Boss aku harung hari bahagia dia dengan tenang.” Asyikin bergerak semula ke dalam dewan.

“Tunggu kejap Syikin" Suara Baher Murad membuat dia berhenti melangkah.

“Apa lagi yang Boss nak?” fikirnya sebelum berpaling.

“awak pakai ni?” Basheer Murad menghulurkan gaun pengantin yang diserahkannya malam tadi.

“Ni untuk pengantin Boss, saya bukan pengantin"

“Pakai dulu. Kejap lagi keluar. Jangan biar tok Kadi dengan rombongan pengantin menunggu"

Asyikin cuba bertegas untuk tidak menyarung pakaian itu. Tapi sebaik melihat semua mata terarah kepadanya, dia mengalah.

“Takkan boss nak pasang sekali dua" Terdetik dalam mindanya persoalan kompleks sebegitu. “aku pakai ni pun sebab tak nak kecohkan majlis. Biar malu aku seorang sebab pakai baju pengantin ni, dari seluruh syarikat malu sebab pengantin lelaki a.k.a boss mereka tak jadi kahwin.”


Norli mengiringi Asyikin keluar dari bilik persalinan.

“Kau tak rasa ke macam kau yang nak kena kahwin hari ni"

“Jangan nak mengarut la. Aku nak kahwin dengan siapa pulak. Boss dengan Marion kan dah ada" Tegas Asyikin pula.

“Yang dia memandai suruh kau sarung gaun pengantin ni kenapa?. Kalau dah tak suka baju yang kau pilih, simpan aje la. Ni mesti ada apa-apa ni" bebel Norli lagi. Mereka sudah sampai di pintu dewan. Cuma kali ini mereka perasan ada lelaki yang turut memakai pakaian yang sedondon dengannya berhampiran dengan tok kadi.

“Sah, kau kena kahwin hari ni beb" ,Bisik Norli ke telinganya.



“Pengantin duduk di sini" Leen si wedding planner mengambil alih tugasnya menguruskan majlis.

“Tak sangka, orang yang beria-ia uruskan majlis ni,rupanya pengantin jugak” perli Leen. Asyikin masih lagi termanggu-manggu. Siapa bakal suaminya pun dia tak tahu.

Hatinya sedikit berbunga melihat ibunya datang dengan berkerusi roda. Cik Ann, jururawat yang ditugaskan menjaganya, menyorong dari belakang. Kalau tidak berada di atas karpet pengantin, sudah lama dia menyambut kedatangan ibunya itu.Dia hanya mampu melambai sedikit dan tersenyum. Cuma siapa punya kerja untuk kahwinkan dia hari ini, dia pun tak tahu. Sah-sah dia akan berwalikan hakim.

Dari corong mikrofon kedengaran suara Tok Kadi melafazkan akad. Kalau pengantin lelaki gugup, melatah atau salah sebut, semua yang dalam masjid boleh dengar.Suara Baher Murad menyambut akad Tok Kadi dengan penuh tertib. Sebutannya pun jelas dan lancar. Saksi kemudiannya mengesahkan dia secara rasminya menjadi suami kepada Marion Nazra. Macam nak bertepuk tangan pengantin di sebelah Asyikin sebaik dia sah sebagai isteri Murad Basher.

“ Mana pengantin yang kedua?” Pertanyaan dari Tok Kadi membuatkan hati Asyikin berdebar.

Pemuda yang berbaju sedondon dengannya menyahut. Dia beralih tempat dan duduk berhadapan Tok Kadi. Asyikin hanya menunduk kepala kerana tidak mahu melihat adegan yang seterusnya. Kejutan sebegini menjengkelkan dirinya. Tapi dia akur kerana tidak mahu menghancurkan majlis yang dirancangnya.

“Amirul Mikail,….” Asyikin tersentak mendengar nama tunangannya disebut dalam soalan Tok Kadi kepada pengantin lelaki. Cuma kali ini dia mengangkat kepala untuk melihat ampunya badan yang sedang bersalaman dengan tok kadi. Amirul Mikail kelihatan agak kurus, tapi masih bergaya dengan baju pengantinnya. Sempat juga dia menjeling kepada Asyikin yang memandang tajam ke arahnya dengan mata berkaca. Kelibat Datuk Ridzuan juga kelihatan dicelah-celah orang yang berkumpul untuk menyaksikan pernikahan itu. Dia menarik nafas panjang-panjang. Drama apa pulak yang sedang berlaku depan matanya ini

“Kenapa lepas tiga tahun baru abang datang semula dalam hidup Shikin?” Soal Asyikin di dalam hatinya dengan esakan. Marion yang ada bersebelahan memeluknya untuk menenangkan dirinya.

Sesi untuk membatalkan air sembahyang bermula sebaik lafaz taklik dan khutbah nikah dibacakan Tok Kadi. Asyikin mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan suaminya kini. Kejutan yang berlaku terlalu besar untuk dia hadapi. Amirul Mikail pun selama ini hanya terkubur di minda sedarnya.

“Abang minta maaf. Selama ini abaikan Syikin.” Perlahan sahaja Amirul Mikail berbisik. Asyikin menghulurkan tangan untuk disarungkan cincin pernikahan. Sudah dua kali suaminya itu terbatuk-batuk. Wajahnya pula kelihatan cengkung dan tidak bermaya.

Dia kemudiannya merapatkan bibir ke dahi Asyikin dan menciumnya.

“Maafkan abang Sayang" Luahnya sekali lagi. Kali ini mata Asyikin deras menghamburkan cairan jernih. Dia sudah tidak mampu bersuara.



Baher Murad berjalan ke arah Asyikin. Jelas kelihatan mata P.A nya itu hampir membengkak.

“Maaf sebab tak explain awal-awal kat awak. Arahan dari Datuk. Cuma dia nak majlis ini disegerakan sebab itu nazar dia kalau anak dia Amirul Mikail sedar dari koma" terang Baher Murad. Dia bercakap panjang kali ini.

“Ya, my best friend tu kemalangan lepas hantar awak ke airport untuk balik ke sini. Sebelum koma, dia sempat berpesan supaya berita kemalangaanya tu dirahsiakan. Dia tak mahu awak susah hati masa jaga mak awak. Dia nak awak fikir seolah-olah dia merajuk kerana awak balik juga ke sini"

Then, macammana bos boleh ambik saya kerja kat sini?” Tanya Asyikin dalam sendu.

“Itu arahan dari my boss, Datuk Riduan. Dia tahu sangat yang Mika tu akan merana kalau kehilangan awak. Sebab tu saya terpaksa telefon awak untuk tawarkan jawatan P.A masa tu. Mujur awak terima. Pada masa tu juga Datuk nak bantu awak pulihkan semula kesihatan dan hubungan dengan Mak awak. Dalam masa yang sama, dia juga nak tengok sekuat mana kasih awak pada Mika. Tapi awak dah buktikan yang selama ini awak setia dengan pertunangan ini. Mika pun sama. Sebaik sedar minggu lepas, nama awak yang disebutnya dulu"

“ Terima kasih boss sebab aturkan semua untuk saya.”

“Awak pun dah banyak bantu hidup saya. Lepas ni harap Marion boleh jaga saya pulak" Baher Murad menjeling kearah isterinya. Isterinya itu hanya tersenyum.

“Kami pun sanggup tangguhkan perkahwinan sampai Amirul sedar. Memang Datuk tak halang kalau kami nak buat majlis awal, tapi saya ada janji dengan Amirul sebelum dia koma untuk kami sama-sama buat satu majlis"

“Macam tergesa-gesa sangat semua ni. Boss tak rasa macam tu ke?” Tanya Asyikin lagi.

“Abang yang minta kat Baher untuk adakan majlis hari ni. Dah tak mahu tangguh macam dulu-dulu. Abang pun dah mintak sambung rawatan dan belajar semula kat sini" Amirul Mikail yang menjawab dari belakang. Bahu Asyikin disentuh lembut.

“Kerja saya macam mana Bos!"

“Today, You're fired….Nanti lapor diri ke pejabat baru. Jaga suami tu dulu. " Datuk Riduan pula mencelah.

“Dato'! Siapa nak jadi P.A saya pulak?” Tanya Baher Murad. Celaru dia memikirkan urusan pejabat yang kebanyakkannya diselesaikan oleh Asyikin.

“Ask your wife to help first. Then you can start hiring new P.A. Ramai kan staff you yang boleh buat kerja ni.”

Baher Murad hanya mampu mengangguk.



“ Kenapa semua ni jadi kat kita Abang?”

“ Sebab takdir, Jodoh, ajal dan rezeki tu bukan kita yang tentukan. Kita hanya mampu berdoa. Mungkin doa sayang telah dimakbulkan”

“Alhamdullillah…..Banyak lagi yang saya doakan bang”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.