Cuti hujung minggu, kebiasaannya aku meluangkan waktu bersama
anak-anak dan isteriku di rumah. Esok, dah kerja? Resah gelisah aku dibuatnya,
mana taknya..duit gaji aku selama aku berkerja ni tak dibayar, mana aku hendak
mencari duit bagi menyara anak bini aku.
Tiba-tiba terdengar panggilan yang memanggil-manggil nama'ku..
Abang ....... Abang ........ Abang .........
"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"
Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk
tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa
masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya.
Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul
simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh
binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru
dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh
masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di
tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model
tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.
"Jom."
Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat
area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu
pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display.
Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.
"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."
Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia
senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia
mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur
masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.
"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."
Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja
bertanya,
"Awak nak dapur macam tadi, ya?"
Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."
Aku mencelah.
"Tapi?"
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat
makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan
anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan
famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan
anak-anak makan. Dapur yang bahagia."
Aku terdiam. Senyum paksa.
"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi
mangsa.
"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini,
supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak
terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak
beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari
pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama
dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan
mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut
serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini
adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita
sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek
yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa
nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya."
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu
jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive.
Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian...cry
emoticon
Masuk balik kereta. Senyum.
"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!
Tanpa berlengahkan masa, aku dan anak-anak serta isteriku bawa mereka ke sana, bagi menunaikan janjiku kepadanya untuk belanja makan !! hati dan perasaanku rasa tenang pabila melihat kegembiraan di raut wajah mereka, ketika di gerai makan.