Home Cerpen Anekdot Batang Hidung Ayah
Batang Hidung Ayah
Mieykid
22/9/2019 03:29:44
170
Kategori: Cerpen
Genre: Anekdot

*Kring!*“ Ya Allah, siapa yang menelefon aku pagi-pagi buta ni. Supi melihat ke arah skrin telefon dan mendapati ayahnya di talian. “ Assalamualaikum ayah, kenapa ayah call?” Tanya Supi dengan nada mengantuk. “ Supi, ayah tidak tahan untuk hidup dengan ibu kamu. Sengsara hidup ayah untuk bersamanya lagi. A-ayah nak bercerai dengannya.”

 

“A-Apa!? Astaghfirullah! Apa yang ayah merepek pagi-pagi buta ni!?” Supi menjerit. Dia berasa tidak sedap hati.

 

“Supi, ayah nak tengok muka dia pun dah meluat. Dah macam chimpanzee di Zoo Afrika.” Ayahnya berleter. “Kenapa dengan ayah ni? “Boleh tak kamu telefon adik kamu Maya dan beritahu pasal hal ini?” Ayahnya meletakkan telefon.

 

Supi segera menelefon Maya dan memberitahu segalanya.

 

“Seriuslah abang?Sudahlah, tak payah nak tipu aku. Biar aku telefon ayah sendiri.”*Pung-Pang!*Apabila diangkat, Maya hanya terdengar bunyi bising seperti ada berlakunya pertelingkahan. Maya menelefon semula abangnya.“Abang, aku dah telefon ayah tadi, dengar macam perang dunia kedua. Jomlah kita balik kampung harini.”

 

Mereka pun bergegas ke kampung halaman mereka dan apabila mereka tiba…

 

“Alhamdulillah! Anak-anak ayah sudah balik.”Ayahnya menyahut kepulangan mereka.“Kenapa dengan ayah ni?Sampai nak bercerai dengan ibu!”Tanya Maya. “Nampaknya anak-anak ayah termakan gurauan ayah. Ayah sebenarnya nak kamu balik kampung raya ini.” Ayahnya ketawa sinis. “Ta-tapi ayah, bukan ke kalau bergurau bercerai jatuh talak jugak.” Sahut Supi.

 

Mereka terdiam.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.