4,482
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Kelas Karier

Sebaik sahaja kontrakku ditamatkan, aku mula memikirkan langkah yang perlu aku ambil seterusnya.Memikirkan tentang baki akaunku di bank yang semakin berkurangan, aku segeramelayari internet mencari pekerjaan yang sesuai denganku. Namun tidak sepertisebelumnya, aku lebih berhati-hati dalam memilih.

Pada suatu malam, akumenghabiskan masa di Dr Love dengan melayari internet. Di situ, aku menghabiskanhampir tujuh puluh peratus masaku dengan meneliti iklan-iklan jawatan kosongyang disiarkan di internet.

Aku mencatat satupersatu jawatan-jawatan yang telah aku pohon secara on-line.

Banyak juga kerjayang telah aku pohon. Tetapi masih belum ada respon yang aku terima darimereka.

Jam ketika itumenunjukkan pukul sembilan malam. Urusanku sebenarnya sudah selesai. Akantetapi, aku tidak mahu meninggalkan Dr Love kerana tiada apa-apa yang bolehdilakukan di rumah. Gina awal-awal lagi memberitahuku yang dia akan keluardengan teman lelakinya Hani. Aku tidak mahu mengganggu Norman kerana diamungkin sedang asyik duduk berborak dengan kawan-kawannya. "Well... yourromance cannot defeat their bromance" itulah yang sering dikatakan olehGina setiap kali aku mengadu tentang Norman yang selalu menghabiskan masadengan rakan-rakan lelakinya. Aku mula bermain-main dengan kamus-kamus yang akuinstal pada komputerku. Sesuatu yang selalu aku lakukan untuk sekian lamanya.Setelah bermain-main untuk beberapa ketika, hatiku tergerak untuk mencariperkataan ‘karier’. Setelah lebih dari dua dekat berada di dunia ini, akubanyak mendengar kata-kata orang berkenaan dengan karier. Namun aku belumpernah menyemak maksudnya secara formal kerana pengertianku berkenaan dengan karieradalah 'kerja'. Setelah menyemak beberapa buah kamus dan laman web, akumencatat beberapa maksud yang menarik perhatianku.

Menurut kamusCambridge, career bermaksud the job or series of jobs that you do during yourworking life, especially if you continue to get better jobs and earn more money:

Menurut kamus DewanBahasa dan Pustaka pula ‘karier’ membawa maksud 'kerja atau profesion yangmenjadi kegiatan berpanjangan seseorang dalam hidup seseorang'. Definisi keduapula ialah 'kerjaya'.

Bagi Barbara Walterspula “A job is not a career. I think I started out with a job. It turned into acareer and changed my life”

daripada majalahAmerica di bawah tajuk imitation of life yang memberi fokus kepada produser,penulis lirik dan penyanyi Mariah Carey. Ini pula maksud yang diberikan.

 

ca•reer n

1. A job oroccupation regarded as a long-term or lifelong activity

2. Somebody'sprogress in a chosen profession or during that person's working life

3. The general pathor progress taken by somebody or something

 

“Main dengan kamuslagi Marina?” tanya Ally yang sedang ke hulur ke hilir menghantar minumankepada pelanggan yang datang. Aku hanya tersenyum.

Terlalu banyak maksudyang berkaitan dengan karier membuatkan aku berfikir definisi mana yang perluaku ikut? Namun, hati kecilku berkata, adakah perlu untuk aku kisah dengandefinisi orang lain mengenai karier? Jawapannya tidak! Aku ada definisiku yangtersendiri mengenai karier. Bagiku, apa-apa pekerjaan pun yang kita lakukan. Iaadalah karier!

Label sebenarnyacukup kuat dalam dunia kita hari ini. Sebab itu aku rasa adalah penting untukkita menghormati pendapat masing-masing tentang apa itu karier sebab kita semuaberdepan dengan realiti yang berbeza.

Bercakap tentangrealiti, agak susah untuk tidak mengaitkannya dengan pendedahan yang kita dapatdi sekolah, media pun memainkan peranan yang sama tentang kerja yang ‘okey’ danyang ‘tidak okey’. Aku masih ingat lagi drama-drama Melayu era sembilan puluhanyang mana sebahagian besar orang-orang yang dikatakan 'berjaya' bekerja dipejabat-pejabat syarikat multinasional. Oh ya. tidak dilupa, pakaian formal danbertali leher bagi lelaki dan yang perempuannya pula bergaya dengan baju-bajuberjenama. Walaupun sukar untuk diakui, itu adalah imej dan istilah 'berjaya'yang masih dipegang oleh sesetengah orang sehingga ke hari ini.

Nasihat mengenaibelajar pandai-pandai supaya mendapat kerja yang baik masih digunakan sehinggake hari ini. Ia nasihat yang baik tetapi perlu diingat zaman telah berubah dannasihat itu perlukan sedikit renovasi.

Kadangkala aku berasakecewa kerana ramai yang masih terperangkap dalam imej-imej palsu berkenaandengan kerjaya itu. Hidup dalam fantasi yang disangkakan satu kenyataan yangboleh diterima semua kerana bagiku, walau apapun yang ingin dilakukan kitaperlu lakukannya dengan ikhlas. Lakukan dengan penuh keghairahan! Sebab dengankeghairahan, kita akan kurang merungut tentang kerja walau apa pun yang berlakuberbanding dengan kerja yang dilakukan tanpa keghairahan.

“Diane!!!” kata Allysebaik sahaja kelibat seorang wanita berkebaya melangkah masuk ke Dr Love.Wanita itu nampak sungguh cantik sekali. Aku tidak menyangka yang dia akandatang ke Dr Love hari itu. Nama wanita itu adalah Diane. Dia adalah seniorkami sewaktu aku, Gina dan Ally berada di kolej dahulu.

“Marina ada di sinirupanya”setelah berbual pendek dengan Ally, Diane menyedari keberadaanku disitu dan datang mendekatiku. Seperti biasa kami berpelukan. Wow! Bau Dianesangat wangi. Lebih wangi dari apa yang pernah aku bau ketika di kolej dahulu.

“Cantik awak hari iniDiane” aku memuji.

“Terima kasih... sayabaru balik dari kenduri” kata Diane sambil tersenyum.

“Siapa kahwin? Awak?”aku mengusiknya.

“Kalau saya yangkahwin saya tidak akan berada di sini malam ini” jawab Diane. Dia kemudiannyatergelak besar.

"Betul juga kataawak ya. Jadi siapa yang kahwin Diane?"

“Sepupu kawan sayayang kahwin”

“Oh begitu. Jadibagaimana dengan Star Hub Diane?” aku bertanya mengenai tempat kerja baruDiane. Sebelumnya dia bekerja di Telekom Malaysia.

 “Semuanya baik. Tetapi macam biasalah. Tempatbaru. Ambil masa juga untuk sesuaikan diri. Oh ya. Saya dengar awak sudah tidaklagi bekerja di Nona Silk. Betulkah?”

Aku mengangguk.Mengakui kebenaran cerita yang didengarnya. Untuk beberapa hari, aku terpaksamelakukan satu rutin yang sama iaitu menceritakan apa yang berlaku di Nona Silkdari mula sehinggalah akhir.

“Dasyat! Jadibetullah apa yang mereka tulis di dalam blog-blog itu ya Marina?”

"Ya.Segala-galanya benar belaka"

“Jadi awak sedangmencari kerjalah sekarang ini ya?” tanya Diane.

“Ya. Awak tahumana-mana tempat yang ada kerja kosong? Star Hub mungkin?”

 “Buat masa ini Star Hub tidak ada kekosongan.Yang ada pun di Singapura. Tetapi saya ada satu cadangan untuk awak”

“Cadangan apa?”

Diane mengeluarkan sekepingkad dari dalam dompetnya dan memberikannya kepadaku.

“Ini kad yang diberioleh kawan saya tempohari.”

“TNS ResearchInternational?”

“Ya. Dia bekerja disini sebelum Star Hub” terang Diane.

“Sebagai apa?”

“Penemuramah”

‘Penemuramah?’ akumula membayangkan kerja menemuramah yang biasa aku lihat di televisyen. Belumsempat aku bertanya dengan lebih lanjut, dia mengeluarkan telefon bimbitnya danmenghubungi seseorang.

“Sebentar ya. Sayahubungi Mary”

‘Siapa pula Mary?’Diane selalu menyangka yang orang-orang di sekelilingnya mengenalikawan-kawannya yang lain.

“Okey. Awak adaapa-apa hal esok?”tanya Diane kepadaku setelah dia menamatkan perbualannyadengan Mary.

“Siang atau malam?”di dalam fikiranku, aku mengingati temujanjiku dengan Norman pada pukul lapanmalam esoknya.

“Siang”

“Tidak ada.” Jawabku.Segera aku menggelengkan kepala.

“Baiklah Marina.Bagus! Kalau begitu, awak ikut saya ke Multipurpose Building esok. Saya bawaawak ke TNS Research International!''

 

Petikan dari novelSfera oleh Kid Haider.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.