Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Cerpen Alternatif Eskapisme
Eskapisme
Kid Haider
2/11/2018 11:30:00
570
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

Tempohari di Dr Love, aku dan Ally sekali lagi berbincangmengenai permasalahan aku dan Norman. Bukan Ally sahaja, ianya disertaikawan-kawan Ally yang kebetulan ada di situ. Ketiga-tiga mereka adalah lelaki.Memakai baju putih, seluar putih dan kasut berwarna coklat. Rambut merekatersisir rapi. Sekali imbas, aku lihat mereka seperti sekumpulan kelasi kapal.Aku tidak pasti kenapa mereka memakai pakaian yang sama. Aku tidakberkesempatan untuk bertanya tentang hal pekerjaan dan butiran lanjut mengenaidiri mereka. Walau apa pun, mereka membuka mindaku untuk menyoal diriku dengansoalan-soalan mereka.

 

Sambil menikmati teh Sabah yang terhidang, aku mulaterfikir, mungkin kesalahan tidak sepatutnya diletakkan seratus peratus kepadaNorman. Mungkin aku juga ada menyumbang kepada keretakan hubungan kami. Terusterang aku katakan, aku seperti dianalisa dengan soalan-soalan yang ditanya.

Soalan pertama yang mereka tanya adalah mengenai soalmenang dan kalah. Soalannya berbunyi begini.

‘Ketika ada perselisihan faham adakah aku ingin sentiasamenang? Adakah aku banyak mendengar atau bercakap?

 

 

Aku menyemak semula rekod-rekod lama yang masih tersimpandi dalam memoriku dan jawapan yang aku boleh beri adalah ‘jarang’. Ya. Itusahaja yang boleh aku katakan. Nampaknya aku seperti tidak menjawab soalanmereka bukan? Tetapi itulah kebenarannya, aku dan Norman jarang bergaduh. Akutahu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan jawapanku itu. Malah ia buat akuberasa tidak normal. Sebabnya, aku selalu mendengar rungutan dan ceritaberkenaan dengan perselisihan dan pertengkaran kawan-kawanku dengan pasanganmereka. Tetapi aku tahu aku tidak bersendirian. Semasa aku menonton temubualeksklusif Diane Sawyer dan Barbra Streisand beberapa tahun lalu, Diane bertanyakepada Barbra.

“Adakah awak selalu bertengkar dengan suami awak?”

Jawapan Barbra adalah, “Setiap masa. Tetapi selalunyaberkenaan dengan perkara-perkara yang agak bodoh. Awak bertengkar dengan suamiawak?” Babra menyoal kembali Diane.

     “Jarang-jarang sekali. Awak rasa ada yang tidak kena dengan hal ini?''jawab Diane sambil diiringi dengan tawa kecil Barbra.

      Terus terangaku katakan, aku tidak tahu hujah apa yang perlu aku gunakan ketika kamimenghadapi krisis dan aku tahu Norman juga begitu. Inilah yang menyebabkan kamiselalu diam seribu bahasa. Kedua-duanya ada perangai ‘aku tidak mahu lanjutkanisu ini’. Walaupun ada perkara besar yang berlaku, aku dan Norman selalunyaakan berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku antara kami.Sekiranya ada salah faham pada hari Isnin contohnya, hari Jumaat keadaan akanjadi seperti biasa. Masing-masing berpura-pura dan tidak mengekspresikan diridengan menggunakan kata-kata atau pun riak muka.

 

Soalan kedua : ‘Adakah aku kuat cemburu?’

 

 

Sebelum menjawab soalan itu, aku bertanya pada dirikuapakah erti cemburu yang sebenarnya? Pada pendapatku, ada dua perkataan yangboleh menjelaskannya iaitu ‘Tidak Suka’

Jadi jawapan aku untuk soalan mereka adalah 'ya'. Akusememangnya seorang yang cemburu. Apabila aku kenang kembali, sebenarnya akutidak suka apabila Norman melayan kawan-kawanku atau kawan-kawannya sendirisecara berlebihan (Gina dan Ally tidak terkecuali dari senarai ini) dan akutidak pernah memberi tahu semua ini kepada sesiapa pun kerana bagiku, perasaancemburu itu adalah sesuatu yang tidak ‘cool’ .

Bukan sahaja cemburu, aku juga seorang yang obsesif. Sepanjangperhubungan kami, aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan membaca setiapkomen yang diberi atau yang diterima oleh Norman di Facebook. Aku jugakadang-kala mengintip gerak geri Norman.

Namun begitu, aku tidak pernah menunjukkan perasaan cemburukuitu kepada Norman. Selema beberapa tahun, aku berjaya menyembunyikan perasaankuitu.

 

Soalan Ketiga : ‘Adakah aku beranggapan yang dia perlutahu segalanya tentang aku dan apa yang aku fikirkan? Dalam kata lain, adakahaku ini jenis yang sukar untuk berterus terang?’

 

 

Mungkin... ya mungkin. Tetapi bukan sahaja aku, Normanjuga jarang berterus terang. Mungkin, aku boleh kaitkannya dengan soalanpertama. Apabila ada sesuatu yang terjadi, kami akan mengelak dariberkomunikasi atau bercakap mengenainya. Pada saat itu, aku mula sedar adabanyak perkara yang terjadi antara kami sebelum ini berakhir tanpa penjelasan.Ianya umpama api di dalam sekam.

Aku mengharapkan dia tahu segala-galanya tentang akutermasuklah apa yang aku fikirkan dan aku yakin dia juga begitu. Dia jugamengharapkan aku tahu segala-galanya tentang dia. Mungkin sudah tertanam satukepercayaan “Jika dia ditakdirkan untuk aku, dia akan tahu apa yang aku fikirdan apa yang aku rasa”. Mungkin inilah perangkap yang dibina dari menontonfilem-filem komedi romantis sejak kecil.

 

Soalan keempat : ‘Adakah aku mementingkan diri sendiri?’

 

 

Tidak. Tidak. Tidak. Tidak sama sekali. Aku pasti.Seratus peratus. Dia yang mementingkan diri sendiri. Tetapi kalau soalan inidiajukan kepada Norman. Adakah dia juga akan menjawab ‘Tidak’?.

 

Soalan kelima: ‘Adakah aku suka menggesa supaya diaberkahwin dengan aku?’

 


Tidak. Tidak sama sekali. Lapan tahun aku mengenaliNorman. Jika aku ini suka menggesa. Aku rasa hubungan kami pasti berakhir padatahun kedua. Bukan sahaja aku, dia pun bukan jenis yang suka menggesa.

 

Soalan ketujuh: ‘Pernahkah aku menyuruh Norman untukmenjadi orang lain?’

 

Ya. Aku pernah menyuruh dia untuk menjadi P.Diddy. Sekalisahaja, sewaktu hari jadinya dahulu. Aku menghadiahkan baju, pewangi danbeberapa produk Sean John kepada Norman. Itu pun boleh dikirakah?

  

Soalan-soalan yang diajukan tidak aku jawab di hadapanmereka. Aku fikirkannya semasa aku berada dalam perjalanan pulang. Tidakmungkin aku hendak mengakui yang aku menghabiskan masaku dengan mengintipgerak- geri Norman dan perasaan cemburuku bila Norman berbual dengan Ally danGina pada ketika itu. Aku tidak akan beritahu sesiapa mengenai hal ini. Biarpecah di perut, jangan pecah di mulut. Akan aku simpan rahsia ini sehingga ke hujunghayatku!

Namun, aku tahu kenapa soalan ini diutarakan kepadaku.Semua ini kerana bukan senang untuk kita mengetahui dan menyedari perkara yangperlu kita perbaiki dalam hidup kita. Masa silam akan kekal menjadi masa silam.Tetapi kita perlu belajar daripadanya bagi mengelak kemungkinan kitamengulanginya di masa hadapan. Masalahnya mampukah aku memulakan semulasegala-galanya dari 'A'?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.