'Wajahmu mengingatkanku dengan kekasihku dulu,
Wajahmu mengingatkanku,
Dengan masa laluku.. '
Aku memandang wajah lelaki itu. Dia memakai baju t-shirt berkolar lengan pendek berwarna maroon. Di telinganya ada earphone berjenama 'sony'. Dia memakai jam dan cincin ditangan kirinya. Serta ada beg yang disilang dibadannya. Wajahnya ku lihat,seiras dengan H, cinta pertamaku. Bercermin mata dan mempunyai rambut yang lurus dan lebat,dia jugak berkulit cerah dan nampak kacak. Cuma,mukanya tertutup sedikit dengan topeng muka yang menutupi hidung dan mulutnya membuatkan aku kurang pasti.
"H ke? H ke ni?" Hatiku berbisik sambil menatap mata, kening serta gaya dan fizikal luarannya yang kelihatan saling tak tumpah seperti H. H lelaki yang bertakhta dihatiku untuk sekian lama. Bezanya, aku seperti melihat H versi beberapa tahun lepas. Memandangkan H yang terkini yang selalu aku lihat wajahnya di laman sosial sudah semakin berisi dan tidak sekurus lelaki tadi. Bukanlah kurus kering. Tetapi,kurus yang sedang,yang elok.
"Ke H dah kurus balik?" bisik hatiku lagi sepanjang perjalanan didalam lrt itu. Puas aku menatapnya untuk memastikan adakah dia benar-benar H yang berada di hatiku untuk sekian lama itu. "H dah datang semenanjung balik ke?" soal hatiku terus bertanya sendirian tanpa henti didalam hati mengenangkan H yang aku sukai sudah pulang ke kampung halamannya di Sabah sana. Namun,sebagai kawan, dia pernah memberitahu aku yang dia pulang ke sana hanya untuk sementara dan dia akan kembali ke semenanjung semula.
Setibanya lrt di Hang Tuah station pada hari itu, lelaki itu kemudiannya turun disana. Aku melihatnya hingga lrt terus bergerak ke destinasi seterusnya sambil didalam mindaku masih tertanya-tanya lagi apakah H yang aku lihat.
****
'Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Disetiap langkah yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku.'
H.. Aku jatuh cinta dengannya saat aku masih dibangku sekolah. Masa tu,aku form 4.Kami sebaya. Didalam bas, aku melihat sikap tanggungjawab dan prihatin yang ada pada dirinya. Dia biasanya tidak memilih untuk duduk,sebaliknya memberi tempat duduk kepada adik-adik yang bersekolah rendah dan menolong mengangkat beg mereka. Hubungannya dengan orang dewasa juga sangat bagus. Dia terlihat matang ketika berbual dengan mereka. Bukan sahaja bijak dan antara golongan 'budak-budak pandai' disekolah, malahan, dia juga sangat menghormati semua orang.
Ciri yang susah untuk aku lihat pada lelaki-lelaki lain pada ketika itu dan hingga kini,mungkin? Bukan senang nak jumpa lelaki yang bersikap prihatin begini dan sangat-sangat menghormati orang tua. Juga, walaupun usianya masih muda pada ketika itu, dia kelihatan sangat matang dan bertanggungjawab.Dan ya, ciri-ciri itulah ciri-ciri utama yang membuatkan aku jatuh cinta pada H. Bagiku, H sangat sempurna. Sedar tak sedar, hampir 12 tahun berlalu. Dan, aku masih lagi tak dapat mengungkapkan rasa sukaku padanya.
****
Pagi itu, selepas bersarapan setibanya aku di pejabatku, aku mulai conversation semula dengan H yang sebenar melalui laman messenger. No more whatsapp semenjak dia bertukar nombor hari tu. Dia tak memberitahu aku nombor barunya.. Hatiku masih tertanya. Apakah benar dia, tadi?
Ya, aku boleh bertegur-sapa bertanya khabar dengan H. Tetapi,setiap kali,memang aku yang mulakan dahulu. Dan sebenarnya sudah jarang. Sebab,aku sedar,aku TAK DICINTAI. Untuk meluah padanya,jauh sekali. Kerana, aku telah pun sedar hakikat yang satu itu.Hakikat yang aku tidak dicintainya. Bagaimana aku boleh sedar meskipun tanpa memberitahu dia? Ya,salah satunya, pasal conversation tadi. Hanya aku yang mula bertanya khabar setiap kali. Kalau aku senyap,maka bertahun-tahunlah senyap. Itu pun,syukurlah dia masih lagi sanggup membalas mesej aku.
Sebab kedua, dulu, aku sentiasa 'like' gambar dan apa sahaja post dia di fb. Tapi,tidak bagi aku. Satu gambar aku pun dia tak pernah 'like' meskipun gambar hari raya. Apatah lagilah post-post biasa. Sebaliknya, gambar-gambar perempuan lain yang hot dimatanya mungkin,banyak je dia like. Bukanlah aku ketagih sangat like tu, tapi dari situ sahaja,aku boleh mengukur tahap penerimaan dia terhadap aku. Bila invite untuk dia follow page perniagaan (side income) aku, juga dia tidak endahkan. Tetapi, pada wanita lain yang mungkin cantik dan hot dimata dia, siap dia bagi review lagi! 5 star ok!
Menyedari aku tidak dicintai,aku hanya redha dia menjadi kawan sahaja kepada diriku. Mungkin, suatu ketika dahulu,aku sangat menginginkannya sebagai seorang suami. Namun, tidak lagi kini. Aku cuba untuk move on. Mungkin, aku bukan yang sempurna dimata H.
'Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku,
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu,
Telah lama ku pendam perasaan itu,
Menunggu hatimu menyambut diriku,
Tak mengapa bagiku,
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku..'
******
"I saw someone like you at train station.." bicaraku bermula sambil memberi sedikit gambaran yang aku nampak untuk memastikan apakah dia atau bukan.
"Haha.. Setakat ni masih lagi di Sabah," ulasnya ringkas mengenai perkara itu dan kami terus berbual sedikit.Ya, tidak banyak pun. Dan, ternyata lelaki itu bukan dia. Bukanlah H yang aku nantikan selama ini. Siapa pulak lelaki itu ya? Tidak kisahlah..Apa pun, aku redha dan akan terus move on dari rasa yang tak kesampaian ini sehingga aku ditakdirkan untuk bertemu dengan jodohku yang sebenar, aku akan menerimanya dengan hati terbuka. Ya,jodoh dari Allah itu adalah yang terbaik.
Dari cara H melayan borak aku, aku sedar,bukan aku yang diinginkannya. Bukan aku yang sempurna dimatanya. Aku doakan H akan bertemu dengan insan yang sempurna seperti yang diinginkannya. Semoga dia bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya.
Pengajarannya disini, andai sedar diri tak dicintai, usahlah memalukan diri untuk meluahkan perasaan. Kadang-kadang tak perlu pun itu semua. Kau hanya melukakan lagi perasaan engkau sendiri jika engkau melakukannya. Just move on. Dan, doakan juga aku dapat terus move on serta bertemu jodoh yang terbaik buat diriku. Semoga akan ada. Aamiin.

Buat H, terima kasih kerana pernah memenuhi ruangan hatiku,
Aku doakan kamu bahagia dengan insan yang kamu idamkan.

"..Nevermind I'll find someone like you, I wish nothing but the best for you too. ."