Home Puisi Umum Aku Tidak Sehebat
Aku Tidak Sehebat
Haikal Rider
12/8/2018 02:51:32
2,600
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Aku bukan pahlawan yang tegap berdiri

Aku bukan sateria yang disanjung tinggi

Aku bukan perwira yang semangat berani

Aku cuma insan lemah yang penuh simpati 


Tidaklah aku semegah ombak yang membadai 

Hingga gerakan air laut menjadi berkencangan

Tenggelam sebuah kapal yang sedang berlayar 


Tidaklah aku sekuat angin yang menggoncang

Hingga hembusan udara menjadi bergelombang

Tumbang sebuah pokok yang tersergam gagah 


Aku cuma insan yang tidak bermaya

Hanya wujud ketika aku seakan dicari

Mudah terkulai saat aku kian dibuang

Mudah terjatuh tika aku kian ditolak

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.