Kerna kenangan semalam,
Hari kian membisu tanpa suara,
Segalanya selit dalam duka,
Tiada lagi relau gusar di kalbu.
Dua dunia tiada beza,
Nafas di hujung hela,
Tiada lagi ampaian sutera,
Tiada kata usik mesra,
Tiada lagi senyum tawa.
Bila tiba saat itu,
Jangan pernah pulang,
Tiada lagi ruang indah,
Langkah bagai sudah mati ternoktah,
Beku kelu segala dek duka.