Home Puisi Cinta Adakah Ini Cinta?
Adakah Ini Cinta?
Lentera Kalbu Shaz
3/3/2021 17:50:08
3,479
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Berjalan di denai kasih ini membuatkan aku benar-benar bingung

Aku mencari samar bayangan yang selama ini belum pernah aku temui

Aku lajukan langkah ini agar terus kekar mencari lentera kasih

Sehinggalah aku tiba di hentian ini langkahku terhenti

Di sini

Aku seakan telah temui finale jiwa yang kucari selama ini

Setelah sekian lama aku berkelana

Akhirnya di danau bening lentera itu sayup gemerlap

Hembusan bayu di anjung dangau mengundang asyik di hujung khayal

Sosok tubuh itu mencuri kerlingku

Lembut ayu di balik perdu

Sayu matamu tertangkap olehku

Seolah banyak cerita merangkum sendu
Kenapa?

Itu persoalan yang pertama hadir dibenakku

Ku cuba hampiri jauh ke sudut warasmu

Namun tidak kutemui jawapan yang pasti

Maka aku putuskan untuk terus mengunci diri mengunci hati mengunci angan

Harapanku, biar hanya aku yang meneruskan pengembaraan di denai pencarian ini

Mencari  babak terakhir salju kasihku

Rasa ini biar aku simpan

Hingga nanti apabila pintu kasihku bertemu abadi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.