Home Novel Thriller/Aksi BAD
BAD
Pena Putera
14/10/2019 00:42:05
229
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
0.1x

"KALAU nak cerita pasal Super Junior, aku rasa Siwon lagi kacaklah kut," ujar seorang pelajar perempuan mengutarakan pendapatnya tentang kumpulan idola yang diminati lalu disambut reaksi meriah oleh rakan-rakannya yang lain. Masing-masing kelihatan menggedik sejurus nama salah seorang ahli kumpulan idola mereka disebut.

"Tapi aku rasa Donghae comel kut!"

Sekali lagi berteriak bunyi 'AH!' di kalangan pelajar perempuan. Pantang bercerita tentang artis lelaki K-Pop, masing-masing nampak macam gatal. Maklumlah, pada waktu itu, kumpulan Super Junior sedang terkenal dengan lagunya, "Sorry Sorry" yang sedang meletop di negara-negara Asia.

Apa lagi yang jantinanya perempuan, sudah pasti cair dengan rupa-rupa ahli kumpulan K-Pop yang rata-ratanya kacak menawan ini. 

"Hurm, duk kecoh pasal mamat plastik muka lembik macam itu buat apa?" Mat Ali mencelah dengan pendapat stereotype miliknya. Memang dalam fikiran anti K-Pop, semuanya buat plastik pembedahan. Dan Mat Ali ini adalah salah seorang manusia yang mempunyai pemikiran sempit itu.

"Cuba kalau korang minat orang macam aku... Natural look macam ini. Sudahlah hensem, hensem kuasa dua pula itu." Mat Ali menayangkan mukanya yang tidak seberapa kacak itu. Jujur cakap, cermin pun boleh pecah kalau membiaskan wajah itu.

Seperti diduga, reaksi pelajar perempuan lain membuat muka seolah-olah loya dengan kenyataan itu. Amboi, amboi... Tak sedar dirinya jantan ini. Otak dengan muka tak ada beza rupanya.

"Mat, kau punya muka boleh blahlah. Kalau nak banding muka kau dengan hidung Siwon ini, aku rasa hidung Siwon lagi kacak daripada seluruh muka kau!" Semua pelajar perempuan tergelak, mentertawakan si Mat Ali.

Merah padam muka Mat Ali diejek begitu. Dia beredar dari situ dan mencari tempat untuk menyembunyikan air mukanya. Sesuka hati sahaja mereka berkata begitu. Macamlah mereka itu cantik sangat? Si Siwon itu pun belum tentu akan pandang merekalah! Itulah getus hati Mat Ali ketika itu.

Dalam dia mengatur langkah mencari destinasi dituju, tiba-tiba dia terserempak dengan seseorang yang memang seakan-akan datang tepat pada masanya untuk dilepaskan amarahnya.

"Woiii!" teriak Mat Ali, memanggil kasar.

Terkejut Afwad dipanggil begitu. Dia mencari pemilik suara itu dan hanya kelihatan Mat Ali yang tidak berada jauh darinya. Terus sahaja dia gementar ketika ingin berhadapan dengan lelaki bertubuh gempal itu. Aduh, mengapalah malang sungguh hari ini?

"Kau nak ke mana? Kau jangan pura-pura tak nampak akulah, b**i!" Mat Ali menarik kolar baju Afwad dan memusingkan tubuh Afwad menghadapnya. Kemudian, Mat Ali memandang tajam mata Afwad, membuatkan Afwad menelan liur tanda takut.

"Kau tahu tak sekarang aku tengah marah ini?"

Hendak angguk, takut. Hendak geleng, juga takut. Afwad bingung. Jawapan apa yang tidak akan buat dia berlebam hari ini?

"Kau tahu tak, b**i!?" jerkah Mat Ali, kuat.

Afwad menggeleng, eh mengangguk pula. Mat Ali yang emosinya tidak terkawal segera menolak Afwad jatuh ke lantai. Kejam.

"Kau memang s**l. Kau kenalah hari ini dengan aku. Sebab kaulah, aku kena layan macam anjing hari ini. S**l!" Mat Ali segera memijak-mijak tubuh keding si Afwad. Berkali-kali Afwad berteriak kesakitan dipijak tubuh gempal itu.

Suasana yang lenggang tadi kini menjadi kecoh apabila beberapa pelajar mula hadir di kawasan kejadian dan menyaksikan apa yang berlaku. Tiada siapa yang berani berhadapan dengan Mat Ali ketika itu, kerana mereka tahu kalau mereka lawan dengan Mat Ali, memang dengan mereka sekali akan tertewas ke lantai. Dasar pengecut semuanya! Sembang tak mahu kalah!

Mujurlah tidak lama selepas itu, beberapa guru datang meredakan keadaan yang tegang.

"Mat, kamu dah hilang akal, ke?" Cikgu Hasyim, selaku guru disiplin di situ menarik Mat Ali jauh. Dia benar-benar marah dengan kejadian itu. Sudah berapa kali kes ini berlaku. Namun tetap saja berulang dan tiada jalan penyelesaiannya.

"Diamlah, b**i!"

Melekap terus tapak tangan di pipi Mat Ali, kuat. Tidak mampu Cikgu Hasyim menahan sabarnya lagi. Semua di situ, tercengan dengan apa yang baru sahaja terjadi.

"Kau tunggu b**i! Aku akan pastikan kau akan menyesal hari ini. S**l." Mat Ali beredar dari situ dengan segera. Cikgu Hasyim seolah-olah menyesal dengan kejadian yang baru sahaja berlaku. Tangannya seakan kebas. Tangannya terasa berdosa. Tangannya menangis kesal.

"Cikgu, apa yang cikgu dah buat ini? Cikgu nak cari pasal, ke?" ujar Cikgu Yazid, salah seorang guru disiplin juga. Riak wajahnya yang bimbang jelas menunjukkan ada sesuatu buruk yang bakal berlaku. Cikgu Hasyim hanya mampu meraup wajahnya berkali-kali dan mula kusut fikiran.

Dalam diam, Afwad hanya memerhati sahaja mereka berdua. Bingung... Apa yang perlu ditakuti hanya kerana memukul seorang pelajar yang didapati biadap? Entah mengapa, dia mula merasakan ketidakadilan memikirkan keistimewaan yang ada pada Mat Ali itu sehingga guru-guru di sini seperti tunduk padanya.

Afwad tidak mengerti, adakan manusia hari ini hanya memikirkan diri sendiri berbanding yang tersakiti gara-gara menjaga kepentingan diri?

Afwad bengang. Sakitnya bertambah-tambah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pena Putera