Home Novel Thriller/Aksi Dunia Dua Alam
Dunia Dua Alam
Mr.Vampire
20/12/2017 09:42:54
17,421
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 5
"SHAZRIL," Faiz memanggil lembut. Shazril membuka kelopak mata yang sedari tadi terasa berat hendak dibuka. Matanya memerati sekeliling. Masih dalam pesawat.

     "Kenapa dengan kau Shazril?" tanya Faiz setelah Shazril membetulkan pernafasannya. Baru tadi dia didatangi mimpi yang tercetus akibat tujahan masa lampau sehingga mengakibatkan dia mengigau.

     "Kau mengigau teruk tadi Shazril," sambung Faiz. Shazil mengimbas kembali mimpi yang dialaminya. Hembusan nafas terluah. Matanya melihat sesusuk tubuh di sebelah Faiz. Igauan tadi berlaku akibat dia melihat wajah Azim sebelum tidur, ternyata dia sebenarnya amat merindui Azim sebagai sahabatnya itu, namun egonya lebih tinggi berbanding rasa kasihnya terhadap seorang sahabat. Mujur Azim sedang tidur, jika tidak, makanya Azim akan melihat dia mengigau sewaktu tidur.

     "Kau tak apa-apa ke?" Faiz menyambung soalannya setelah melihat Shazril termenung sebentar tadi.

     "Oh, a...aku okey je," Shazril tergugup.

     "Bila nak sampai?" Shazril menukar topik perbualan. Faiz memahami tingkah Shazril sebenarnya tetapi dia dengan sengaja mendiamkan diri.

     "Lagi sejam," jawab Faiz. Dia memerhatikan wajah berkerut Shazril untuk kesekian kalinya. Kini wajahnya pula yang bertambah kerutan.

     "Kenapa dengan mata kau Shazril" tanya Faiz. Baru dia perasan anak mata Shazril bertukar warna biru.

     "Kenapa dengan maa aku?" Shazril mengeluarkan smart phonenya yang telah disetkan kepada flight mode. Mukanya berkerut apabila melihat anak matanya berubah warna. Dia melihat Faiz. 

     "Kau pergi jumpa doktor nak?" kata Faiz memberikan cadangan. Namun, cadangan itu membuatkan Shazril tergeleng-geleng kepala. Perkara yang paling malas untuk Shazril buat atas nuka bumi ini ialah jumpa doktor.

     "Biarlah jadi macam ni pun. Sebenarnya benda ni dah pernah berlaku, aku dah pergi klinik tanya doktor, doktor cakap takde apa-apa pun, takde penyakit apabila discan ke mata aku, mungkin keturunan aku ada yang asal dari eropah agaknya. Tapi doktor tu pun pelik, kenapa mata aku baru berubah warna waktu tu," Shazril memberitahu panjang lebar. Faiz yang tekun mendengar terangguk-angguk.

      Mereka berdua menghela nafas. Hanya menunggu masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.






     "Alhamdulillah," Nafas dihela, Adam memaut bahu Faiz. Mereka sama-sama tersenyum. Inilah pertama kali mereka menjejakkan kaki mereka di bumi Birmingham. Mereka kini di Queen Elizabeth Airport. Mata Faiz melilau mencari kelibat Shazril. Bahunya dicuit.

     "Apa hal dengan kau ni? Kau cari siapa? Aku kat depan nilah?" Adam memasang muka tak puas hati tahap nak telan orang. Faiz pula tergelak melihat 'kehodohan' muka Adam. 

     "Boleh tak dalam sehari kau tak perasan macam kau lah yang orang paling diperlukan atas muka bumi?" Faiz juga membuat muka 'toya'nya

     "Okey saje je gurau," Faiz memujuk setalah perasan Adam telah awal-awal memasang muka merajuk. 

     "Aku cari kawan lama aku nama dia Shazril. Dia pernah bersekolah dengan kita, tapi dia pindah masa tahun dua." Kata Faiz. Adam mendengar dengan teliti. Tapi tetap memasang mukanya.

     "Tu jer? Lah ingatkan ada something special sangat tadi," Jawab Adam sambil mengerling ke arah Faiz. Sengihnya terukir. Bai Faiz itu memang malu. Malu tahap gaban.

     "Ololo jangan ngajuk," Adam ketawa sambil mencubit pipi sahabatnya. Serentak itu juga mereka merasakan ada flash kamera yang terhala ke arah mereka.

     Seoarang penuntut senior di Birmingham City University tersenyum sambil melangkah ke arah mereka.

     "Assalamualikum, saya brother Ahmad, student third year di Birmingham University. Awak berdua mesti student first year kan? Bas menunggu." Ujar Ahmad sambil memperkenalkan dirinya. Faiz dan Adam tertinjau-tinjau kelibat bas. Ahmad tersenyum kecil. Teringat time baru sampai dulu. Detik hatinya 

     "Bas kat luarlah," Kata Ahmad. Sekali gus menjawab persoalan yang membelenggu fikiran diorang "Oh..." Faiz tergelak, bas kat luar bukannya dalam Airport kenapalah korang ni gelabah sangat? Ahmad menyerahkansekeping gambar. Gambar mereka. Faiz tersenyum kecil.Dia menyimpan gambar itu didalam dompetnya.

     "Gambar itu sebagai kenangan. Daripada geng candid camera." Ahmad memberitahu,"Jom pergi naik bas," Ajak Ahmad, Faiz dan Adam hanya menurut. Masing-masing bawa beg besar macam anak gajah.


DALAM perjalanan ke kampus Birmingham University, masa diisi dengan sesi ta'ruf pelajar-pelajar senior di kampus itu (hanya orang melayu). Mereka seolah-olah berada dalam gerombolan konvoi. Ada juga diantara student-student tahun empat dan tahun tiga yang cemerkap. Habis ketawa satu bas, termasuk pemandu. Mengikut apa yang diberitahu oleh senior-senior mereka ada orientasi selama seminggu. Jumlah bas yang membawa pelajar tahun satu sebanyak 5 buah.

     

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire