Home Novel Seram/Misteri Suicides
Suicides
ErAisyaaa
6/11/2020 15:01:26
1,008
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7
"jadi masih tak tahu kenapa pelajar tu bunuh diri?" soal Rina kepada pakcik itu. Pakcik itu hanya menggelengkan kepala. 

"kenapa dia bunuh diri? dia stress belajar?" gumam Rina sendirian tetapi masih dapat didengari oleh pokcik tersebut.

"pelik kan? tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je bunuh diri." kata pakcik itu. 

"haah. sangat pelik. tak buat siasatan lebih lanjut ke ?" soal Rina. 

"buat. pihak polis jumpa nota tulisan tangan yang dipercayai ditulis oleh pelajar itu. Dan akhirnya kes itu ditutup dan diklarifikasikan sebagai kes bunuh diri tanpa sebarang penjelasan yang jelas." panjang lebar lelaki tua itu menerangkan kepada Rina. 

Rina tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya. Dia berasa kes tersebut sepertinya ada yang pelik. Tetapi apakan daya kes itu juga telah lama berlaku. 

"ehh, pakcikk. terima kasih sebab sudi cerita pada saya tentang itu. Saya kena balik bilik ni. Nanti ada masa kita sembang lagi yer." Kata Rina tiba-tiba apabila dia teringat yang dia ada sesuatu yang perlu dilakukan. 

Rina pergi terburu-buru meninggalkan pondok itu. Pakcik itu hanya tersenyum melihat Rina yang tergesa-gesa pulang ke biliknya. Dia teringat seseorang yang sangat rapat dengannya dahulu. Matanya mula berair apabila kenangan dahulu menjelma di dalam ingatannya tika itu. 


*** 

Khairul tiba di lapangan terbang setelah lama duduk di dalam pesawat. 

“lamanya tak balik. Rindu pulak rasanya.” Katanya sendirian. Setelah lama belajar dan bekerja di negara orang akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya. Jika bukan tawaran kerja yang dia dapat di Malaysia mungkin sampai bebila pun dia tak akan pulang ke Malaysia. Maklumlah dia adalah anak yatim dan tiada sesiapa yang menunggunya di Malaysia melainkan rumah anak-anak yatim tempat dia tinggal dahulu. 

Dari jauh dia lihat ada seseorang melambai ke arahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis melihat orang itu. Kakinya laju melangkah mendekati orang itu.

“ingat kan taknak jemput I” kata Khairul kepada orang itu.

“kalau I tak jemput siapa lagi nak jemput you?” ujar Jessi sambil mencebikkan bibirnya. 

“ehhh muncung tu. Dah lama tak jumpa I kan? Cuba lah tunjuk wajah yang penuh dengan senyuman ni tak muncung je tahu.” Khairul berkata mengutuk wanita itu. 

“haaa yelah.” Jessi menunjukkan wajahnya yang tersenyum paksa. Khairul tersengih melihat wanita. 

“I nak jalan-jalan. Esok I dah kena lapor diri kat tempat baru. Jom bawa I jalan-jalan.” Ajak Khairul teruja. Dia sudah lama tidak menjejakkan kakinya di Malaysia. 

Dia berjalan beriringan dengan Jessi. Jika orang lihat mereka berdua pasti kan mengatakan mereka berdua itu adalah pasangan suami isteri. Tetapi itu semua hanyalah pandangan orang lain. Hakikat sebenarnya mereka berdua adalah kawan baik sejak dari zaman belajar di Jepun lagi. 

Jessi juga belajar di Jepun tetapi di pulang ke Malaysia untuk bekerja di tanah air sendiri. Lain pula dengan Khairul yang memilih untuk terus tinggal di Jepn dan bekerja di sana. Tetapi mereka tetap meneruskan hubungan mereka sebagai kawan sejak berbelas tahun lamanya. 

Ramai yang memandang mereka sepanjang mereka berjalan menuju ke kereta. Terutama gadis-gadis yang melihat Khairul yang segak. 

“Panjang senyum? Suka lah tu jadi tatapan gadis-gadis kan?” Ejek Jessi. Kata-kata Jessi membuatkan Khairul tertawa. 

“hahahaha you ni Jess. Macam taktahu je. I memang jadi tumpuan di mana-mana pun I berada.” Ujar Khairul dengan bangga sekadar untuk mengusik wanita itu. 

“yelah. Orang handsome. Tua pun orang pandang.” Kata Jessi. Khairul pun hanya tersenyum mendengar kata-kata Jessi.    Mereka berdua beriringan meninggalkan tempat itu. 

"you dapat tawaran mengajar dekat universiti mana?" soal Jessi. 

"Dekat universiti i study dulu." jawan Khairul sambil matanya memandang ke luar tingkap kereta. 

"why?" Soal Jessi tidak memahami apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Dia tahu makna universiti itu kepada Khairul. Tempat yang banyak menyimpan kenangan pahit kepada lelaki itu.

"I think dah tiba masanya i balik. Sampai bila i nak duduk negara orang kan." ujar Khairul dengan tenang. Dia tahu wanita itu risaukan dia. 

Jessi hanya menganggukkan kepalanya. Dia juga bersetuju bahawa Khairul pulang semula ke Malaysia. 

"I just hope you will be okay. Perkara lepas tidak perlu dikenang." kata Jessi. Khairul hanya tersenyum tawar. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu melepaskan perkara lepas yang sangat memberi kesan terhadap hidupnya itu. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.