Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA LOLIPOP (KISAH SI LOLIPOP)
CINTA LOLIPOP (KISAH SI LOLIPOP)
STELLA LUNA
21/10/2015 04:06:41
37,945
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
SINOPSIS

Pertelingkahan kecil yang bermula dari zaman persekolahan akhirnya menjadikan Aryana dan Haniff teman yang rapat sehingga ke zaman universiti. Namun keakrapan hubungan persahabatan mereka bagai musnah apabila Haniff meninggalkan Aryana tanpa sebarang pesan.

“Selama ni I tertanya-tanya. I ada buat salah ke dengan you? I ada kecilkan hati you ke sampai you tinggalkan I macam tu? Seingat I tak ada. Jadi kenapa you tak bagi tahu I mana you nak pergi?” –ARYANA–

Pertemuan yang tidak diduga di pinggiran Mediterranean menyatukan kembali teman yang dahulunya akrab. Sekalipun kisah Aryana dan Haniff bagai satu hikayat yang panjang, namun hati Aryana telah pun dicuri insan yang bernama Danial.

“Cakap pasal pekara lainlah. Saya cemburu tau bila awak asyik sebut nama Haniff.” –DANIAL–

Indahnya musim percintaan Aryana, sayangnya entah sampai bila ia akan berkekalan. Sekali lagi hatinya diuji dengan satu perkataan yang sama. KEJUJURAN.

“Sayang? Lain kali kalau ada lelaki cakap yang dia sayangkan you, you sepatutnya tanya diri you semula. Betul ke lelaki tu sayangkan you macam mana mak ayah you sayangkan you. Boleh ke lelaki tu jaga you macam mana mak ayah you jaga you. Jangan percaya bulat-bulat. Kalau ada lelaki cakap yang dia sayangkan you lebih dari segalanya, bawa lelaki tu jumpa I. Sebab I pun nak tahu siapa orangnya.” –HANIFF–

Entah di mana penghujungnya kisah mereka. Titik noktah yang dinanti Aryana untuk penyatuan dua hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh STELLA LUNA