Pertelingkahan
kecil yang bermula dari zaman persekolahan akhirnya menjadikan Aryana dan
Haniff teman yang rapat sehingga ke zaman universiti. Namun keakrapan hubungan
persahabatan mereka bagai musnah apabila Haniff meninggalkan Aryana tanpa
sebarang pesan.
“Selama ni I
tertanya-tanya. I ada buat salah ke dengan you? I ada kecilkan hati you ke sampai
you tinggalkan I macam tu? Seingat I tak ada. Jadi kenapa you tak bagi tahu I
mana you nak pergi?” –ARYANA–
Pertemuan
yang tidak diduga di pinggiran Mediterranean menyatukan kembali teman yang
dahulunya akrab. Sekalipun kisah Aryana dan Haniff bagai satu hikayat yang
panjang, namun hati Aryana telah pun dicuri insan yang bernama Danial.
“Cakap pasal pekara lainlah. Saya cemburu tau bila awak
asyik sebut nama Haniff.” –DANIAL–
Indahnya musim percintaan Aryana,
sayangnya entah sampai bila ia akan berkekalan. Sekali lagi hatinya diuji
dengan satu perkataan yang sama. KEJUJURAN.
“Sayang? Lain kali kalau ada lelaki cakap yang dia
sayangkan you, you sepatutnya tanya diri you semula. Betul ke lelaki tu
sayangkan you macam mana mak ayah you sayangkan you. Boleh ke lelaki tu jaga
you macam mana mak ayah you jaga you. Jangan percaya bulat-bulat. Kalau ada
lelaki cakap yang dia sayangkan you lebih dari segalanya, bawa lelaki tu jumpa
I. Sebab I pun nak tahu siapa orangnya.” –HANIFF–
Entah di mana penghujungnya kisah mereka.
Titik noktah yang dinanti Aryana untuk penyatuan dua hati.