1,517
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 4
TIADA walau secalit senyuman pun pada bibir merahnya membuat si Juliet yang cantik jelita ini terus menikus. Sesungguhnya, aku betul - betul gerun dengan dirinya kerana dia persis pemangsa yang hanya menunggu waktu untuk menerkam mangsanya.

“Apa masalah kau? Langgar - langgar kakak sepupu aku?” Soalnya kasar.

“Sudahlah. Dia tak sengaja kan?” Pujuk wanita itu. Sedikit pun dia tak melenting seperti Romeo sedangkan aku yang bersalah kerana tidak memandang ke kiri dan kanan.

“Orang yang macam ini tak boleh dimaafkan, kak”. Tukas Romeo.

“Memaafkan orang itu perbuatan yang mulia. Dia tak sengaja. Bukannya dia sengaja langgar kakak. Dah jangan ikut sangat nafsu amarah tu. Tak elok”. Pesan wanita itu lagi. Lesung pipi yang berlekuk tajam pada kedua - dua pipinya membuatkan aku sendiri terkedu.

MasyaAllah…

Jadi, benarlah bidadari dunia itu wujud?

Sepasang mata coklat cair itu memandang ke arahku. Seulas bibir nipis yang berwarna merah jambu itu mula mengukirkan senyuman.

“Nama kakak, Ayeen Hazreen. Awak boleh panggil kakak, Ayeen”. Sapanya.

Aku teragak - agak untuk menyambut hulurannya. Namun, Romeo terlebih dahulu menepis tanganku dari terus bersalaman dengan kakak sepupunya. Terasa? Tipulah jikalau aku katakan tidak.

“Jangan sentuh kakak sepupu aku dengan tangan jijik kau!” Hinaan Romeo aku tahan juga. Sehabis daya tidak mahu ambil hati kerana dia tentu marah atas kecuaianku.

“Maafkan saya”. Ucapku pada Ayeen.

Ayeen mencapai tanganku dan digenggamnya erat.

Aku terkedu.

Romeo sendiri tak mampu untuk memberikan sebarang tindak balas kerana Ayeen yang memegang tanganku atas kemahuannya.

“Ayeen pun salah juga sebab tak pandang kiri dan kanan. Ayeen seronok tengok baju sampai tak sedar orang lain pun nak lalu juga. Bukan Ayeen aje yang gunakan tempat ini. Maafkan Ayeen”. Tuturnya penuh lembut.

Aku langsung tak pernah berhenti untuk terpesona dengannya.

Dia terlalu lembut untuk dimarahi atau disakiti.

Aku pasti wanita sejelita ini tentu sahaja memperoleh suami yang sangat menyayanginya.

“Nama awak siapa?” Soal Ayeen ramah.

“Nu-”.

“Tak payah tanya nama dia. Tak penting pun”. Tak sempat aku mahu membalas pertanyaan Ayeen, Romeo terlebih dahulu memintas bicaraku.

Tersentap.

“Jangan cakap macam tu. Tak baik”. Tegur Ayeen tegas.

Ayeen kembali memandang seraut wajahku.

“Jadi, nama awak?” Soalnya ingin tahu.

Aku tersenyum kelat.

“Tak apa lah. Nama saya tak penting pun”. Kataku perlahan. Tangan Ayeen cuba dileraikanku namun Ayeen menggenggam tanganku dengan lebih erat.

“Beritahulah. Boleh kita berkawan”.

Melihat pandangan Ayeen yang penuh berharap…

Aku mengeluh.

“Nama saya, Nur Amiera Natasha binti Mohd Zamry. Ayeen boleh panggil saya, Miera”. Ujarku takut - takut.

Ayeen mengangguk.

“Amiera. Okey, Ayeen akan ingat. Ini pula, sepupu suami Ayeen. Kiranya, sepupu Ayeen juga. Namanya…”

“Love?” Suara garau itu mematikan bicara Ayeen.

Sepasang mata coklat cairnya memanah ke arah Rash yang datang ke arah kami.

“Hai, abang”. Sapa Ayeen ceria.

Aku terdiam.

Love? Abang?

Jadi, Ayeen ialah isteri Rash? Padanlah, orang memuji bahawa isteri Rash seorang yang sangat cantik. Memang sungguh jelita.

Aku sendiri terpesona.

“Kenapa datang ke sini? Aynaa mana?” Soal Rash lembut.

Rash membuka langkah mendekati Ayeen. Lantas, pinggang isterinya dipeluk erat. Bibir merah Rash mencium lembut dahi Ayeen.

Aku simpulkan senyuman nipis.

Mereka berdua terlalu comel dan romantis.

“Abang Deel pinjam Aynaa. Saya datang sini sebab nak jumpa abang. Saya sengaja ajak Ayie temankan saya. Jadi, abang jangan marah dia”. Kata Ayeen penuh lembut.

Jikalau tadi aku melihat wajah Romeo yang garang persis singa. Tapi, kali ini aku melihat dia pula yang menikus. Garang ke seorang Rash?

“Bukan aku suruh kau jaga isteri aku ke?” Soal Rash kasar.

“Kak Ayeen…”

“Saya yang desak dia. Janganlah marah…” Rengekkan manja Ayeen membuatkan api amarah Rash kelihatan terpadam.

Aku simpulkan senyuman nipis.

Sehebat mana pun lelaki, perempuan yang dicintainya merupakan kelemahannya.

Rash memandang seraut wajahku.

“Kenapa kau ada di sini?” Kali ini, giliran aku pula disoal.

“Ak-”.

“Saya terleka sikit. Seronok tengok baju cantik - cantik dan kami berdua berlanggar tanpa sengaja”. Melopongku dibuatnya apabila mendengar bicaranya yang sebegitu rupa. Kenapa dia tak kata yang aku terempuhnya? Kenapa dia salahkan diri dia juga?

Rash hela nafas.

Pipi Ayeen diusap penuh kasih.

“Lain kali hati - hati. Mujurlah isteri abang ni tak preggy. Kalau tidak mahunya abang risau”. Ujar Rash lembut.

Cemburunya.

Rash, lelaki yang kelihatan kasar tetapi sangat mencintai isterinya.

“Jomlah. Kita pergi melawat haiwan dengan pelajar Nick”. Tangan Ayeen ditarik mengikutinya.

“Jom, Ali dan Amiera”. Gamit Rash lagi.

Aku mengikuti langkah mereka. Begitu juga dengan Romeo.

Aneh.

Romeo ada dua nama ke? Ali atau Ayie ialah nama sebenarnys?

Romeo menjelingku.

Gerak bibirnya mengatakan bahawa ‘aku bencikan kau’.

Perlahan - lahan aku mengukirkan senyuman nipis.

Aku tak kisah pun.

Suatu hari nanti Romeo akan menyayangi aku lebih daripada dia menyayangi nyawanya.

+++

HABIS sahaja membawa pelajar mempelajari haiwan - haiwan di zoo, kami semua bergerak pulang ke sekolah menaiki bas yang telah disewa oleh Nick. Kata Andrea, dia dapat memikat hati pelajar - pelajar Nick dengan menerangkan tentang semua haiwan yang dikunjungi mereka. Andrea sendiri juga katakan bahawa Nick sendiri kagum dengan kebijaksaan tunangnya.

Baguslah.

Aku memandang wajah teruja Andrea yang tak lepas melihat Rash dan Ayeen. Manakala, Nick sedang berbual dengan Zach tentang hal ehwal pelajar.

“Kau fans mereka ke?” Soalku hairan.

“Sikit. Aku suka tengok isteri Rash. Cantik sangat!” Ujar Andrea.

“Ayeen?”

“Ya, Ayeen. Macam mana kau boleh jumpa dengan Ayeen?” Soal Andrea hairan. Dia memandang seraut wajahku dengan pandangan yang penuh tertanya - tanya.

“Aku terlanggar dia”.

Andrea mengangguk faham.

“Cuba kau tengok Ayeen. Dia cantik kan?” Soal Andrea lagi bersama - sama sengihan.

Aku mengangguk.

“Macam bidadari”. Pujiku.

Andrea memetik jarinya.

“Aku dah kata!”

Aku tersenyum nipis dan menggeleng.

“Tapikan…” Banyak pula dia cakap hari ini.

“Apa?”

“Bukan tu Romeo kau?” Soal Andrea. Sepasang matanya menyinggah pada wajah sombong Romeo yang duduk di bahagian paling belakang sambil memandang ke luar tingkap.

Aku mengangguk.

“Macam mana dia boleh sesat?” Soal Andrea hairan.

“Dia tu sepupu Rash. Dia temankan Ayeen ke sini sebab Ayeen nak berjumpa dengan Rash. Tanpa sengaja pula aku terempuh Ayeen. Berangin satu badan dia. Sedangkan Ayeen, tenang aje”. Ceritaku.

Andrea membuat muncung.

“Aku tak suka dia”. Tutur Andrea dengan nada tak berpuas hati.

Aku hela nafas.

Nak buat bagaimana lagi?

Bila hati dah tersuka, tak kira sejahat mana pun perangai dia. Aku tetap juga pilih dia.

“Ramai lagi lelaki yang baik. Tak payahlah terlalu berharap pada dia”.

Aku tersenyum nipis.

Ya, masih ramai lelaki yang baik meskipun lebih baik daripada dirinya. Namun, bagaimana yang harus aku lakukan jikalau hati ini memilih dia?

“Kau dan Nick, bila nak kahwin?” Sengaja aku menukar topik.

Tak mahulah asyik berbahas mengenai diriku.

“Minggu depan”. Katanya.

Aku tersenyum lega.

“Baguslah dipercepatkan. Tak lah Nick mahu terfikir untuk melakukan perkara yang terkutuk pada kau”. Kataku tenang.

Andrea memukul lembut pahaku.

“Hish kau ni. Kenapa cakap macam tu? Nick tak pernah fikir macam tu. Dia lelaki paling baik yang aku pernah jumpa”. Bangkangnya.

“Bukan aku kata yang dia jahat. Tapi, kalau dia sendiri mahu menghalalkan kau dan kau pula masih menolak tindakkan dia. Kau rasa dia mampu bersabar lagi? Sekali dua mungkin dia mampu bersabar. Tapi kalau sudah terlalu lama mungkin hati dia akan terlintas juga”. Terangku.

Andrea hela nafas.

Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi bas.

“Aku dah setuju untuk bernikah. So, dia takkan tergamak nak lakukan perkara buruk pada aku kan?” Soal Andrea.

Anggukan aku mengundang senyuman manis Andrea.

Aku sengaja kata begitu untuk menggertaknya kerana aku tak mahu Nick kecewa lagi. Biar Andrea takut mendengar apa yang aku katakan asalkan dia berkahwin dengan Nick secepat yang mungkin.

+++

WAJAH garang Romeo masih lagi bermain - main di dalam ruangan mindaku. Kenapa bila dia ada dengan aku aje terus muka dia jadi garang? Aku ni terlalu jahat untuk dia ke sampaikan begini dia benci padaku?

Novel Romeo dan Juliet yang berada di atas meja diambilku lalu dibaca.

Aku amat sukakan novel ini. Banyak kali mengulang baca pun masih tidak jemu.

Baru sehelai dua muka surat yang aku baca, tiba - tiba sahaja telefonku menjerit minta untuk diangkat. Aku pantas mencapai telefon bimbitku lalu nama Zahin yang tertera pada skrin telefon membuatkan aku berasa hairan.

Ada apa dia call aku malam - malam sebegini?

Lambat - lambat, ikon hijau ditekanku.

“Assalamualaikum”. Sapaku.

“Kau baru balik ke?” Suara garau Zahin membalas bicaraku. Kedengaran agak tegang. Dia bergaduh dengan awek dia ke?

Tak sanggup untuk memikirkan kerana terlalu geli bagiku.

“Aku baru rehat. Kenapa?”

“Kenapa petang tadi aku call, kau tak angkat?”

Aku mengerut dahi.

Aku tak angkat call dia ke? Tanpa membuang masa, aku sejarah telefon dibukaku. Memeriksa sama ada benar atau tidak Zahin pernah menelefonku.

Bibirku terbuka sedikit.

Benarlah…

“Miera!”

“Kau jangan menjerit boleh tak? Pecah gegendang telinga aku nanti”. Bidasku geram. Main jerit - jerit pula.

“Kenapa kau tak angkat?”

“Aku mute telefon”. Tukasku.

Aku kata perkara yang betul kerana aku sememangnya membisukan telefonki.

“Kenapa kau pergi mute?”

“Aku tak mahu diganggu. Terutamanya, diganggu oleh manusia yang bertindak untuk mengurung aku semalaman di dalam library”. Sinisku.

Zahin berdecit.

“Maaflah. Aku geram”.

“Oh, geram. Tak apa, Zahin. Next time, kalau kau buat aku marah… aku akan tanam kau hidup - hidup di dalam kubur. Biar kau insaf sikit”.

Zahin berdecit.

“Sudahlah kau. Aku putuskan panggilan dulu. Bye”.

“Salam kau mana?” Tegurku.

“Assalamualaikum gila”. Ucapnya dengan nada memerli.

“Waalaikumusalam biul”. Bidasku.

Tup!

Panggilan diputuskan dengan serta merta.

Aku tersenyum sendiri.

Zahin…

Aku harap kau mampu berubah suatu hari nanti.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh