Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Tunggu Dulu, Cinta!
Tunggu Dulu, Cinta!
Ayu Emelda
15/11/2014 11:22:33
11,965
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

INI ke rumahnya?” Jinny bertanya dengan muka cuak. Keretanya dipakir betul-betul di depan pagar.

“Mamma mia...” gumam Aivy perlahan. Terkebil-kebil dia memandang rumah yang tersergam indah di depan matanya. Siapa yang salah? Kamal salah beri alamat atau dia yang salah salin alamat? Aivy sangsi.

“Biar betul!” Jinny bercekak pinggang dengan muka kelat.

Aivy semak alamat di handphonenya sekali lagi. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dilihat.

“Mengarut betullah kau ni, Aivy. Kau suruh aku belok sana sini. Sekarang kan dah sesat. Entah rumah siapa-siapa ni...” Jinny terus membebel dengan muka keruh. Memandang pagar setinggi tujuh kaki di depan mukanya sambil bercekak pinggang.

“A’ah... betullah... No 25, Jalan Highhill...” Antara yakin dan tidak suara Aivy. Kalau tengok alamat, memang dah betul sangat-sangat. Tapi, bila tengok rumah dia jadi ragu-ragu semula.

“Aivy...” Jinny mendesak sambil menghentak kaki untuk jawapan yang lebih meyakinkan. Janganlah salah rumah bila dah tekan loceng nanti. Memang percuma sahaja dapat malu. Nak cakap apa? Mengaku jadi jurujual?

Aivy pandang rumah dua tingkat itu sambil menggaru kepala. Dia kembungkan pipi gaya ikan buntal. Rasa waswas.

Bila difikir semula, dia jadi musykil. Kalau tengok rumah sah-sah Uncle Ibrahim mampu upah tiga, empat orang gaji bila-bila masa. Tapi, kenapa lelaki itu sanggup datang ke restorannya hampir setiap hari dengan mangkuk tingkat? Apalah sangat masakannya kalau nak dibandingkan dengan chef-chef ternama di hotel-hotel besar.

“Kau yakin ke?”

Teragak-agak Aivy mengangguk.

“Okey... kalau itu kata kau...”

Aivy yang masih di awang-awangan tidak sempat memintas jari melentik Jinny yang sudah menekan punat loceng. Gemuruh di dadanya semakin tidak terkawal.

“Chillex, my dear. Huuu... haaa...” Jinny menyuruh dia menarik nafas sambil menepuk-nepuk bahunya.

“Nampak sangat ke?”

“So obvious...” Jinny jegilkan mata.” Janganlah risau sangat. Tarik nafas panjang-panjang. Chillex.”

“Ya... Chillex...” Aivy hanya patuh apa yang diarahkan.

“Aku tak sabar nak jumpa your future husband.”Gadis itu sudah tidak boleh berhenti tersenyum.

“Belum tentu dia jadi suami aku la... Jinny.”

“I’m sure something good will happen.”

Saat itu pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Seorang lelaki berseluar track,dengan tuala tersangkut di bahu menghampiri mereka. Sesekali dia mengelap muka dan rambut yang nampak basah. Nampak sangat baru lepas keluar dari kolam renang.

“Assalamualaikum...” Jinny dulu yang memberi salam.

Sebaik salam bersambut, Aivy terpana. Mamma miaaa... mulutnya ternganga. Makhluk yang berdiri di depan matanya sangat... sangat...

“Aivy?!”

Dia masih kaku. Bibirnya bergetar mahu mengiakan cuma suara tertinggal di luar pagar agaknya. Tangannya sejuk mencecah 10ºc ketika itu. Matanya bagai tidak percaya melihat makhluk Tuhan yang paling seksi dihadapannya ini.

“Saya Jinny, kawan Aivy,” celah Jinny yang faham sangat dengan reaksi temannya yang sudah tidak boleh mengawal diri. Tolonglah tutup mulut tu kalau iya pun. Nampak sangat tak pernah tengok lelaki seksi. Jinny tergelak.

“Kamal... Kamal Noah.” Lelaki itu memperkenalkan diri sambil melihat gadis di depannya yang nampak terkedu. Dia tetap sama! Cantik dalam gambar, cantik juga di luar. Tidak perlu bersolak tebal-tebal. Sedap mata memandang. Kecantikan semula jadi. Subhana-allah...

Mereka berdua hanya berbalas senyuman. Tetapi Aivy rasa terlalu kekok. Tubuhnya bagai lima inci terangkat dari tanah.

‘Dia Kamal Noah.’ Hatinya meyakinkan. Suara dan wajahnya begitu sepadan. Suara yang mencairkan perasaan itu memang punyai wajah tampan yang boleh memikat mana-mana gadis.

“Jemputlah masuk,” pelawa Kamal.

Lelaki itu mendahului. Aivy dan Jinny berjalan beriringan di belakang.

“He is shirtless, six-pack and sexy. You just hit the jackpot, Aivy... big jackpot” bisik Jinny dengan suara ceria dan bangga.

“Shyy...” Muka kuning langsat Aivy sudah bertukar merah jambu. Buat malu aje kalau tuan punya badan dengar.

“Awal datang... makan malam kan pukul 8.30.” Kamal berpaling sambil melangkah.

“Aaa...”

Jinny menyiku lengan temannya.

“Saja... saja datang awal. Nak tolong apa yang patut,” beritahu Aivy dengan rasa kekok.

“Dia memang rajin kalau bab masak-memasak. Super awesome! Jinny angkat kedua-dua ibu jari. Untung siapa yang jadi su...”

Belum sempat Jinny habiskan ayat, rusuknya sudah kena siku. Aivy dah boleh agak arah percakapan temannya. Jangan la nak promoteaku lebih-lebih. Maluuu...

Kamal mengulum senyuman.

Jinny hanya tersengih bila Aivy jegilkan mata.

“Masuklah...” pelawa Kamal yang sudah membukakan pintu. “Nanti saya panggil abah. Duduklah dulu. Saya ke atas, salin baju.”

“Tak pakai baju pun tak apa,” bisik Jinny ke telinga Aivy.

“Astaghfirullahalazim...” Dia lelah dengan tingkah temannya. Rasa menyesal pula ajak Jinny datang.

Baru dua, tiga langkah mereka menapak masuk, Uncle Ibrahim keluar dari dapur dengan memakai apron.

“Aivy, awal sampai?”

“Datang awal nak tolong uncle masak,” ujar Aivy sambil tersengih. “Kenalkan, ini Jinny... kawan baik Aivy.”

“Apa khabar uncle?” Serta-merta Jinny berubah jadi perempuan Melayu terakhir. Tunjuk gaya sopan-santun. Manalah tahu kalau anak kedua Uncle Ibrahim masih ‘kosong’. Untung-untung boleh juga dia jadi menantu. Hatinya bercanda sendiri dengan senyuman nakal yang tak lekang di bibir.

“Baik... alhamdulillah.”

Ketika itu juga hadir dua orang pemuda dan seorang gadis, berdiri sebaris di hadapan mereka. Ini sesi ice-breaking ke kawat cam?

“Inilah anak-anak uncle. Kenalkan...”

“Hai... saya Mika. Anak kedua. Yang paling hensem, gentleman and macho. Still single and available...”

“Angah. Wooo... so cheesy...” Gadis di hujung sekali mencelah dengan bibir terjuih ke depan.

Aivy dan Jinny menahan tawa.

“Mika?” Serentak mereka bertanya. Kemudian saling berpandangan. Pelik dan unik. Itulah yang bermain-main di fikiran. Anak muda dengan rambut tercacak itu memang manis bila tersenyum. Cuma terlebih perasan. Siap puji diri sendiri.

“Nama penuh Iman Mikail. Nama abah dengan mama beri. Nama dalam IC. Tapi, ada juga kawan-kawan panggil Mike. Tapi jangan panggil kail sudah!” terang Mika secara terpeinci.

Berderai ketawa mereka.

Iman Mikail? Aivy menelan liur. Dengar nama pun dah gerun.

“Saya Ray...” Giliran lelaki di sebelah Mika pula memperkenalkan diri.

“Ray?” Hati Aivy tertanya sendiri. Keningnya terjongket. Rayban? Blue-ray? X-ray?Anak muda yang ada iras-iras Kamal itu dipandang dengan dahi berkerut.

“Rayyan Ismail... cukuplah panggil Ray...” ujarnya selamba. Muka confidenthabis. Ada gaya player.

“Saya Fifa...”

Aivy tersenyum. Tentu anak bongsu Uncle Ibrahim. Satu-satunya puteri dalam keluarga itu. “Errr... FIFA?” Footballtu ke? Matanya bulat. Tidak berkelip. Nama glamor ke nama ibu ayah bagi?

“Fitri Fatimah...” ujar gadis itu malu-malu. Dia memang sudah biasa. Selalunya orang akan bertanya dua kali bila diberitahu nama panggilannya.

Aivy tersenyum senget. Kenapalah pelik-pelik sangat nama timangan dia orang ni?! Musykil kepala otak aku.

Jinny pula ketawa kecil.

“Mana satu ni, abah? Dua-dua cantik manis. Yang tudung biru ke... tudung kuning?” soal Mika sambil menggaru pelipis. Soalan direct. Langsung tak ada tapis-tapis. Selamba sahaja.

“Inilah Aivy...”beritahu Encik Ibrahim dengan rasa teruja. Dia yakin Aivy akan diterima oleh keluarga dengan senang.

Aivyhanya mampu tersenyum paksa ketika itu. Memandang tiga pasang mata yang memaku ke arahnya.

“Oh... yang tudung biru ni along punya, ya. Yang tudung kuning tu dah berpunya ke belum?” Soalan berani mati daripada Mika.

“Angah! Pleaseee!Jangan nak buat pick-up line kat sini okey.” Fifa menjulingkan matanya.

Jinny tersenyum malu-malu. Menjadi juga lakonannya. Harap-harap biar sangkut. Umpan sudah mengena ‘kail’ rupanya.

“I’m totally agree with you, abah. She is the one for along,” beritahu Mika dengan kening kiri terjongket.

Aivy menelan liur. Betul ke apa yang dia dengar. Takkan semudah itu bakal-adik ipar-tak-jadi boleh menerima dirinya?

“Me too,”sampuk Rayyan.

Hati Aivy bagai dipam-pam. Berbunga-bunga ceria.

“Definitely, abah. She will be my sister-in-law.”Fifa kenyit mata dengan senyuman manis yang bukan dibuat-buat.

Aivy menelan liur yang sudah bercampur pelbagai rasa. Yang pasti dia cukup terharu. Malu tapi suka.

Uncle Ibrahim senyum meleret. Dalam dada sudah bercambah rasa bahagia. Sudah tidak sabar mahu terima menantu. Biarlah kali ini menjadi. Kembang-kempis hidungnya bagai sudah terhidu nasi minyak.

Jinny bertepuk tangan tanpa bunyi. Yes! Hati menjerit di dalam. Memang tak syak lagi, inilah jodoh Aivy yang paling tepat. Dia akan pastikan Aivy terima Kamal sebagai suami walau apa sekalipun alasannya.

Dia seakan-akan boleh dengar paluan kompang di majlis teman baiknya itu. Ada lagu sedang berputar dalam kepalanya...

Direnjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar... Hai beras kunyit ditabur, disiram si air mawar... Duduk muda sejoli, atas pelamin berseri... Dihias intan baiduri... sebagai raja sehari

Jinny tersenyum penuh makna. Dia sudah memasang impian mahu jadi pengapit paling vogue di majlis itu nanti.

Aivy tertunduk rapat. Kenapa dia rasa malu saat itu? Berdepan dengan keluarga Uncle Ibrahim yang cukup sempoi, cooldan mesra membuatkan dia rasa sudah diterima dalam keluarga itu.

Wah! Belum apa-apa lagi aku dah berangan. Hati dah cair macam ais krim Cornetto kena jemur tengah-tengah panas terik. Buatnya dia yang terhegeh-hegeh. Orang di sana entah sudi entahkan tidak!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.