Home Novel Keluarga APA DOSANYA?
APA DOSANYA?
Asmah Hashim
2/12/2018 15:04:43
7,516
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 15

Mata Maria liar memerhati  bangunan tinggi yang berdiri megah di kiri  jalan.  Lampu jalan masih  menerangi jalan raya memudahkan  pengguna jalan raya ketika memandu dalam kegelapan..  Biarpun sudah hampir siang  hari, kereta sudah bertali arus.  Mak Cik Diah memandu dengan tenang.  Umur sudah 59 tahun, tetapi masih kuat lagi. Panjang lebar mak cik itu tentang keluarganya.  Dia sudah lama hidup sendiri.  Suaminya sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.  Kini, dia tinggal bersama anak-anaknya yang sudah pun berumah tangga.


 Dia berasal dari Pahang, kampungnyadekat dengan kampung Maria. Anak-anak Mak Cik Diah ada tiga orang, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Di rumah, ada seorang pembantu rumah yang tua daripada  Maria.    Maria berharap Mak Cik Diah tidak mengenali sesiapa di kampung arwah suaminya itu. Kalau tidak, pasti pecah tembelangnya. 


            Kereta  menyusur laju memasuki satu kawasan perumahan mewah.  Semakin terbeliak  biji mata Maria.  Belum pernah dia melihat rumah secantik rumah di kawasan perumahan itu. Dia berasal dari kampung. Biarpun keadaan kampungnya sudah banyak kemajuan tetapi tidaklah sehebat seperti kemajuan  dan pembangunan di bandar besar seperti Kuala Lumpur itu.  Mak Cik Diah memandu seorang diri, berhenti beberapa kali untuk solat, makan dan tidur sebentar bagi menghilangkan kantuk.  Maria tidak tahu memandu.  Memandu motosikal dia tahulah.    Dia tidak dapat membantu Mak Cik Diah kalau perempuan tua itu berasa letih ketika memandu.


            “Ini rumah arwah suami mak cik,”ujar Mak Cik Diah sebaik sahaja kereta Myv miliknya berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat.  Pintu paga rterbuka sendiri.  Semakin teruja Maria memerhati.  Kereta Mak Cik Diah bergerak masuk dan berhenti di parkir yang berbumbung. Sebuah parkir berbumbung yang panjang dan mampu mengisi beberapa buah kenderaan.


            “Jom keluar!” ajak Mak Cik Diah.


            Maria membuka pintu kereta.  Dia teragak-agak bergerak. Berasa tidak selesa berada di kawasan rumah mewah itu. Matanya laju meneliti pakaian,selipar dan keadaan dirinya yang tidak terurus itu.  Tidak ubah seperti pengemis.    Dia berdiri di sebelah kenderaan Mak Cik Diah.


            “Maria!” panggil Mak Diah yang sudahpun berada di hadapan pintu rumah banglo itu.

            Maria berjalan perlahan mendekati Mak Cik Diah yang setia menunggu.  Daun pintu terbuka, muncul seorang perempuan yang hampir sebaya Maria dan berpakaian kemas.  Maria melihat dirinya. Sekalilagi dia berasa rendah diri. Tersipu-sipu dia melangkah mengikut Mak Cik Diah.


            “Puan Seri,” sapa perempuan berwajahtenang dan bersih itu.


            Puan Seri?  Maria mengerut dahi.  Kenapa tidak panggil Mak Cik Diah?  Mak cik itu adalah nama lain agaknya? FikirMaria dalam hati.


            “Ton, bawa Maria ke bilik awak.Suruh dia mandi. Cari pakaian awak yang tak nak pakai tu, bagi pada dia ya?”suruh Puan Seri Diah sebelum menghilangkan diri ke tingkat atas rumah itu.


            “Siapa dia ni, Puan Seri?” soal Zaiton dengan wajah cuak. Dia memandang Maria atas bawah, bawah ke atas. 


            “Tetamu saya!” laung Puan Seri Diah.


            “Tetamu?  Macam ni?” Zaiton mencebik.


            “Ikut saya,” suruh Zaiton.  Dia yang memakai blaus dan seluar panjang berjalan menuju ke biliknya yang terletak di bahagian dapur. Dekat dan memudahkan kerjanya yang banyak dihabiskan di bahagian dapur. rumah itu.

            Maria memerhati rumah banglo yangbesar dan mewah itu.  Kagum dia melihat kecantikan tatarias rumah itu. Tidak sehebat rumah Liah di kampungnya atau rumah En. Roslan, ketua kampungnya. Rumah itu jauh lebih hebat, mewah dan besar.


            Mereka lalu bahagian ruang makan dandapur.  Sekali lagi mulut Maria terlopongmelihatnya.


            “Tutup sikit mulut tu!  Macam tak pernah tengok rumah besar dan mewah,” sindir Zaiton.


            Maria tidak hiraukan bebelan Zaiton.Dia masih memerhati dan melihat-lihat. 


            Zaiton membuka pintu biliknya. Diaberjalan masuk dan berdiri di sisi katilnya. 

 

            Maria memerhati bilik yang mempunyai sebuah katil kelamin bersaiz queen. Sebuah almari baju, sebuah meja solek.


            Zaiton mendekati almari bajunya.Dia duduk bersila, dia membuka salah satu ruang yang ada dalam almarinya. Dia memeriksa  baju lamanya yang sudah tidak lagi dipakai.  Dia memerhati tubuh badan Maria yang lebih kurang dirinya.  Lalu, dia mengeluarkan sehelai blaus dan seluar panjang bersama dengan sehelai tuala mandi.


            “Bilik air ada di luar tu, kau pergimandi, dan ganti pakaian ini.  Pakaian kautu kau buang dalam tong sampah,” arah Zaiton.


            Maria mengangguk perlahan.  Buang bajunya?  Itulah baju terbaik yang dia ada. Tuala dan pakaian yang diserahkan oleh Zaiton diambil dan dia terus ke bilik air.  Azan subuh berkumandang sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik air.


            “Lain kali jangan masuk bilik airsewaktu azan berkumandang,syaitan masuk sama dengan kau,”  beritahu Zaiton dari luar bilik air.

            “Tak tahu agaknya?” kata Zaiton lalumasuk semula ke dalam biliknya.  Diaperlu solat dahulu sebelum memulakan tugasnya pagi itu.

            Zaiton sempat membaca mathurat pagi itu seperti biasa.  Majikannya tidak menghalang, asalkan sarapan pagi siap sedia di atas meja tepat jam 8.00 pagi.Oleh kerana sudah terbiasa membacanya, dia dapat membaca dengan lancar.


            Maria melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai mandi dan menyalin pakaian. Dia berdiri menghadap Zaiton yang sedang membaca mathurat.


            “Sidai tuala di rak itu. Lepas tu solat,” arah Zaiton.


            Maria terdiam. Solat?  Sudah lama dia tidak solat, sejak suaminya meninggal.  Dia sendiri tidak pasti, dia masih ingat cara bersolat dan bacaan dalam solat.


            “Saya uzur,” ujar Maria dengan wajah bersahaja.


            “Kalau kau uzur, kau ambil pad daripada siapa? Aku tak tengok kau bawa pun?” soal Zaiton.


            “Nak ngelat tak nak solat ya?”  teka Zaiton. 


            Maria terkedu, serkap jarang perempuan di hadapannya tepat pula itu. Dia mendengus kasar.


            “Umur kau berapa? Aku rasa lebihkurang aku saja, 30-an? Kan?”  teka Zaiton yang masih bertelekung.


            “Cepatlah pergi ambil wuduk! Aku nak buat kerja ni?  Jangan malas solat!”tengking Zaiton yang sudah pun membuka telekung dan berdiri di hadapan Maria.


            Maria serba salah. Hendak solat atau tidak? Pembohongannya mengatakan dia uzur, tidak berjaya.  Zaiton pandai menembak dan tepat tembakannya itu.


            “Kau memang tak pernah solat ke?” sekali lagi Zaiton bertanya.


            Maria menunduk.


            Zaiton mengeluh. 


            “Hish! Ini mesti Puan Seri suruh aku ajar perempuan ini solat!” bebel Zaiton. Dia menjeling tajam ke arah Maria yang berdiri seperti patung cendana.


            “Nanti aku ajar kau solat.  Kira cutilah hari ini. Tapi berdosa tau. Kena qada balik!” beritahu Zaiton dengan wajah serius.


            “Jom bantu aku siapkan sarapan,”ajak Zaiton. Dia menutup suis lampu dan kipas. Daun pintu bilik ditutup.Mereka  berjalan ke ruang dapur.


            Maria tercegat memerhati Zaiton menyiapkan sarapan untuk pemilik rumah itu. 


            “Jangan tercegat saja. Takkan tak tahu nak potong sayur? Ini sawi, kobis dan cili padi.  Aku nak masak beehon goreng dan goreng kuih ini untuk sarapan penghuni rumah ini,” terang Zaiton dengan wajah seriusnya.


            Maria memandang pisau, papan pemotong dan sayur-sayuran yang disuruh potong oleh Zaiton  tadi.


            “Jangan tercegat saja? Dah lewat ni!” arah Zaiton yang cekap menyelesaikan kerjanya.  Tung, tang, tung, tang di dapur akhirnya siap terhidang di atas meja,  semangkuk besa rbeehon, roti potong dihidangkan bersama mentega dan jem, kopi dan teh o panas,kuih karipap sardin kegemaran Puan Seri Diah. 


            Maria yang membantu tadi, terkesima memerhatikan cara pembantu rumah itu bekerja. Cekap, cepat dan pantas.  Pada pukul 7.45 pagi, sarapan sudah siap terhidang kemas tersusun di atas meja makan. Hanya menunggu tuan rumah serta anak-anaknya turun menjamah rezeki mereka pagi itu.


            “Semua sudah siap, jom kita sarapan pula.  Banyak lagi kerja nak buat ni,”  kata Zaiton dan kembali ke dapur. Makanan untuk mereka berdua juga sudah terhidang di atas meja berkerusi empat yang diletakkan  berhampiran dapur.


            Maria hanya menurut.  Dia bekerja di rumah itukah?  Bukan dia tidak biasa menjadi pembantu rumah.  Dia pernah bekerja dengan penghulu kampungnya.  Tidak kisahlah,asalkan dia dapat melarikan diri dari kampungnya dan memulakan hidup baharu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.