Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Keluarga Hero Hati Damia
Hero Hati Damia
Iman Zahri
13/6/2018 12:48:41
2,512
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

LANGKAH kaki diatur menaiki tannga ke tingkat atas. Jarang sekali dia masuk ke bilik untuk tidur selewat ini. Sudah pukul satu pagi. Ini semua gara-gara projek lepat pisang opah. Bukan setakat lepat pisang. Tidak fasal-fasal kena buat lepat liat juga gara-gara permintaan Aniq Danial.

Pinggang sudah terasa sakit. Duduk terlalu lama di atas lantai menolong Hajah Zaharahmelipat daun pisang.

Tombol pintu dipulas. Tanpa membuka lampu, Damia terus melompat ke atas katil.

Serentak itu juga tubuhnya sakit dan…

“Arghhhh!” Damia menjerit. Tangannya laju memetik suis lampu. Terang benderang bilik itu.

Aniq mengerang perlahan. Senak perutnya gara-gara aksi stunt Damia tadi.

“Mia buat apa ni?” tanya Aniq. Dia duduk di birai katil. Perutnya diusap perlahan. 

“Abang Aniq buat apa kat sini?” soal Damia pula. Garang sekali suaranya.

“Tidurlah. Takkan masuk bilik nak pergi jalan-jalan?”

“Ini bilik Mia. Kenapa Abang Aniq masuk bilik Mia? Abang Aniq saja nak balas dendam sebab Mia biarkan Abang Aniq cuci pinggan?”

“Mia mengarut apa tengah malam ni? Abang Aniq nak tidur. Mia yang masuk lepas tu landing atas badan Abang Aniq. Dahlah berat,” sempat lagi Aniq mengutuk.

“Keluar sekarang. Ini bilik Mia. Tak nampak ke beg Mia tepi katil tu?”

“Sejak bila beg Mia ada di situ? Beg Abang Aniq ada di tepi almari. Nampak tak?”

“Eeeiiii! Abang Aniq janganlah buat-buat tak tahu. Mia penat. Mia nak tidur.”

“Abang Aniq memang tak tahu,” Aniq garu kepala. Sejak bila pula beg Damia ada di situ? Sungguh dia tidak perasan.

“Keluarlah,” bentak Damia.

“Abang Aniq nak tidur mana? Dulu, inikan bilik Abang Aniq.”

“Itu dulu. Sejak Abang Aniq pindah ke London, bilik ni jadi bilik Mia.”

“Kalau macam tu, Mia pergilah tidur bilik lain. Abang Aniq dah balik ke Malaysia. So, this is my room.”

“Abang Aniq!” jerit Damia sekuat hati.

Aniq menekup kedua-dua telinganya. Bingit betul suara anak Pak Ngah Rafi dan Mak Ngah Dariya.

“Astaghfirullhalazim. Aniq! Damia! Kenapa duduk berdua-duaan dalam bilik ni?” sergah Hajah Zaharah. Dia bergegas ke bilik ini apabila mendengar jeritan Damia.

Puan Sri Dahlia dan Tan Sri Idham turut ke situ. Rasa mahu gugur jantung melihat anak teruna mereka berada di dalam bilik tidur Damia.

What? Kami tak buat apa-apa. Mia yang masuk ke dalam bilik ni lepas tu menjerit. Aniq dah tidur pun. Dia boleh buat aksi stunt humban badan dia atas katil. Rasa nak pecah perut Aniq,” beritahu Aniq panjang lebar.

“Ini bilik Mia. Abang Aniq yang salah sebab dia masuk ke sini. Lepas itu mengaku ini bilik dia,” beritahu Damia pula.

“Tapi dulu ini bilik Aniq, opah. Ibu, this is myroom. I want my room back. Mia pergilah tidur bilik lain.”

“Sudah, sudah!” Hajah Zaharah menghentikan pergaduhan dua orang cucunya itu.

“Aniq, banyak lagi bilik dalam rumah opah. Kenapa bilik ini juga yang Aniq masuk. Takkan Aniq tak perasan barang-barang Mia ada dalam ni?” tanya Tan Sri Idham.Wajah Aniq dipandang.

“Ayah… Ini bilik Aniq.”

“Itukan dulu. Dah lama bilik ni jadi bilik Mia. Mengalahlah. Takkan nak bergaduh denganMia,” ujar Puan Sri Dahlia pula.

 Aniq memeluk tubuh. Wajah Damia yang masam mencuka dipandang lama.

“Okaylah. You win Nur Damia. Silakan ambil bilik ni. Abang Aniq tidur bilik sebelah,” Aniq mengalah akhirnya. Dia mengambil beg pakaian di tepi almari lalu menapak ke muka pintu.

Thanks, Abang Aniq. My room is my territory,” Damia senyum sinis.

“Dah selesai? Silakan ke bilik masing-masing. Opah dah penat. Opah nak tidur.”

Aniq berhenti di muka pintu lalu menoleh memandang Damia. “Tadi Abang Aniq nampak hantu tepi katil. Hantu tak berkepala.”

“Abang Aniq!” teriak Damia.

“Aniq Danial!” marah Puan Sri Dahlia. Telinga anaknya dipulas sekuat hati.

“Auch!” Aniq menggosok telinga kanannya. Pedih siot!

Hajah Zaharah mengurut dada lalu beredar dari situ. Tubuh Aniq ditarik oleh Puan SriDahlia supaya meninggalkan bilik Damia.

“Selamat malam, Mia. Jangan layan kata-kata Abang Aniq tadi. Pak Long masuk tidur dulu ya,” ucap Tan Sri Idham. Sempat dia mengusap kepala anak saudara isterinya itu.

Damia menutup pintu dan terus mengunci pintu. Dia memerhati segenap ruang bilik itu.Bulu romanya meremang. Lampu dibiarkan terpasang. Malam ini dia rela tidur dalam keadaan cerah daripada takut tidur sendirian.

 

 

 

AWAL pagi lagi Hajah Zaharah sudah berada di dapur. Selepas solat subuh dan mengaji, dia terus turun ke dapur untukmenyediakan sarapan pagi. Walaupun usianya sudah mencecah enam puluh tahun, tubuhnya masih sihat dan kuat.

Sementara menunggu ayam dan udang dinyahbekukan, Hajah Zaharah menyusun pinggan mangkuk yang dicuci malam tadi di rak pinggan. Kemudian, dia menyapu sampah di ruangtamu dan dapur.

Apabila cuaca semakin cerah, baru Hajah Zaharah membuka tingkap. Udara pagi yang sejukterus merobos masuk ke dalam rumah.

Puan Sri Dahlia yang baru keluar dari bilik terus menapak ke dapur. Dia melihat ayam dan udang di dalam bekas di atas sinki. Masih beku. Dia mencari Hajah Zaharah pula.

“Mak! Nak masak apa sarapan pagi ni?” laung Puan Sri Dahlia dari muka pintu apabilamelihat Hajah Zaharah sedang menyapu sampah di laman belakang rumah.

“Buatlah apa pun. Mak tak kisah. Masak benda yang senang. Tengah hari ni ada kenduri di hujung kampung. Mak nak pergi kenduri. Dia jemput satu keluarga. Lia nak ikut?”

“Kenduri siapa? Nantilah Lia tanya Abang Am.”

“Anak bongsu Haji Man. Kenduri kahwin. Mak kena pergi sebab kenduri anak-anak mak, dia dan isteri banyak menolong.”

“Kalau macam tu Lia ajak Abang Am pergi sekalilah. Lia buat nasi goreng boleh mak? Nasi semalam ada banyak lagi. Lepat pisang dan lepat liat pun ada.”

“Ikut kamulah Lia. Mak makan apa yang ada. Mak tak kisah,” jawab Hajah Zaharah.

“Jangan lama sangat duduk di luar, mak. Masuklah rehat. Mak tu bukannya cukup rehat. Semalam pun tidur lambat.”

“Mak tahulah jaga diri mak. Pergi buatkan sarapan. Kejap lagi laki kamu bangun, baru menggagau nak buat sarapan.”

“Yalah, mak. Lia masuk dulu,” akur Puan Sri Dahlia. Dia menghampiri sinki dan mula mengambil ayam yang sudah lembut isinya. Udang juga sudah lembut. Mudahlah kerjanya pagi ini.

Selesai menyiapkan nasi goreng, dia membancuh pula kopi panas sebagai minuman. Tekaknya sudah tidak boleh menerima teh panas. Dapat kopi pasti lebih segar.

            Setelah berpuas hati, Puan Sri Dahlia mengemas dapur dan naik ke tingkat atas. Suaminya perlu dikejut. Begitu juga Aniq dan Damia. Jika dibiarkan, matahari tegak atas kepala pun belum tentu mereka akan bangun dari tidur.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.