BAB 4 – WAFFLE & GETARAN PERTAMA
“Zaza Melindaaaa!”
Puan Mar berdiri di ambang pintu, bercekak pinggang, suaranyaringnya memecah segenap ruang rumah kecil mereka.
“Hang ni nak ke sekolah ka nak pi fashion show?! Sweater pun dokcari lagi?!”
Kelam-kabut gadis itu menyelongkar almari, jaket kelab sekolahentah ke mana. Rambut panjangnya diikat longgar, mata masih mengantuk, namuntetap diburu masa. Hari ini minggu terakhir sebelum STPM. Ya, Tingkatan EnamAtas. Gelaran yang membebankan jiwa, namun perlu juga digalas.
“Mak, sat ja lagi! Sat!” jerit Zaza sambil menyambar sweaterkelabu yang tergantung di belakang pintu.
Rambut ikal mayang diikat rapi sebelum menyarungkan anaktudung. Dibelek lagi wajahnya dan juga awning yang kurang menjadi laludihembus-hembus sambil diperatikan Puan Mar.
Beg dan botol air dicapainya lalu terus membetulkankedudukannya di atas motor.
Puan Mar mengeluh panjang. “Hang tu, jangan laju sangat bawamotor tu nanti! Jalan kampung tu dah la sempit. Kalau jatuh, siapa susah?!”
Zaza hanya mengangguk, wajahnya penuh penyesalan dan kantuk.Enjin motosikal dihidupkan, dan deruman itu membelah sunyi pagi kampung yangmasih berkabus.
Tidaklah terlalu laju hanya melayan perasaan sambil-sambilberzikir sebelum tiba di perkarangan sekolah.
Syukurlah, sempat juga tiba sebelum loceng pertama. Sekolahnyamemang jauh kata orang, di hujung dunia. Tapi demi ilmu, Zaza gagahi jugasetiap hari. Di parkir motosikal, dia sempat mendongak ke langit.
“Terima kasih Ya Allah… tak lambat sangat harini…”
Loceng rehat berbunyi.
“Yeayyy!” Zaza hampir melonjak kecil. Mujurlah locengbaru sahaja berbunyi. Tersenyum dia sendirian di saat melihat pintu pagar besarsudah mula ditutup. Bagi pelajar yang tidak sempat masuk, mereka perlu menggunakanpagar belakang. Nama mereka juga akan dicatat sebagai pelajar yang lewat.
Hari ini sangat bertuah. Mereka hanya perlu masuk ke dewanBestari untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penceramah Jemputansehinggalah waktu rehat tiba.
Kringgggg!! Sekali lagi loceng yang amat disukai Zaza ketikaini.
“Dah rehat ? Cepatnya!” matanya yang agak kuyu terus terbukasegar sebaik Nora dan Maira mencuitnya agar bangun segera untuk keluar rehat.
Bukan hanya loceng pulang yang menghiburkan hati seorang pelajar.Loceng pada rehat pun mampu menjadi sinar bahagia dalam hari yang suram. Danhari ini ‘waffle chocolate’ menjadi cita rasa dambaan.
Zaza sedang berhalusinasi tentang manis coklat meleleh ituketika tiba-tiba…
“Zaza, hang nak beli apa weh?!”
Jeritan Nora mengejutkan lamunannya.
“Allahu akbar!” Terus tangannya mengusap dada.
“Eh sorry sorry! Terkejut ka? Aku tak sengaja,” Nora tergelakkecil.
Zaza menjeling geram. “Mujoq la aku tak sakit jantung!”
“Aku rasa aku nak waffle chocolate ja hari ni. Tak lalu nakmakan nasi,” katanya sambil muncungnya dihala ke kaunter waffle. Zaza dah muakdengan nasi, disebabkan semalam pun dihidangkan nasi goreng di rumah.
Nora pula seperti menyimpan sesuatu. Matanya bercahaya lebihdaripada biasa.
“Aku duk terbayang... sesuatu,” katanya perlahan, seolahmenyimpan rahsia besar.
Zaza mengerutkan dahi. Gerak-geri Nora yang tiba-tiba. Bergetarhati keperempuanan Nora ketika ini yang membuatkan Zaza semakin hairan.
“Hang ni pasaipa?!”
Nora tersenyum nakal. Zaza malas melayan. Dia melangkah ketempat air, sambil matanya tercari-cari kelibat Maira.
“Ha, tu pun Maira! Dah duduk dah kat pondok!”
Maira memang bijak. Dialah yang selalunya akan cop tempat dulu.Mereka panggil itu "pondok healing" menjadi tempat rehat yang amandari hiruk-pikuk kantin.
“Wah laju hang!” usik Zaza sambil duduk.
“Pantang aku dipuji,” jawab Maira mendabik dada.
“Nora mana?” Zaza menjeling.
“Tu ha, beratur kaunter waffle. Kan ada sesuatu.. Patutlah daritadi dia tersenyum semacam. Aku dah agak.”
Zaza sudah tak boleh tahan.
“Hangpa ni pasaipa?! Duk sebut ‘sesuatu’, tersengih, tersenyum…Apa benda?! Aku baran dah ni!”
Maira tergaru kepala.
“Lah… hang tak pi kantin pagi tadi, kan? Hang lambat… tu pasaihang tak tau.”
Zaza dah mula resah. “Apa dia? Habaq la!”
“Ada mamat hensem, Za. Kat kaunter waffle tu. Tak pernah nampaksebelum ni. Kami agak… anak makcik kantin la kot.”
Zaza mendengus. “Ohhh… sebab tu ja pun? Ingatkan apalah tadiyang sempoi sangat tu ! Dah jom pi beli. Aku nak waffle aku!”
Mereka segera bangkit, dan Zaza menarik tangan Maira. Cubamengingatkan Maira,
“Eh sat! Sapa nak jaga pondok ni?! Nanti kena kebas!”
“Nora dah siap tu, dah jalan mai sini dah ha!Dengantersengih-sengih macam kerang busuk dia tu,” ngomel Zaza sambil menjeling kearah Nora yang tergesa-gesa membawa dulang membawa beberapa makanan kea rahpondok.
Zaza sudah tidak tahan lagi. Pastinya dia tidak mahuketinggalan untuk dapatkan waffle di kaunter mamat yang dimaksudkanrakan-rakannya tadi.
“Ish, kalau bukan sebab waffle memang tak dak lah aku nak maikaunter ni, semak kepala otak aku!” ngomel Zaza yang terasa seakan dia salahseorang gadis gedik di kaunter waffle itu.
Zaza beratur sambil mencekak pinggang. Usikannya pada pinggangMaira buat rakannya itu tergelak kecil.
“Sengaja mengusik Maira yang tersengih-sengih memandang mamatitu,”
Budak-budak junior di hadapan pula sibuk tergedik-gedik,membuatnya bertambah rimas.
‘Tergedik-gedik… bukannya orang nak pun. Buatlah mahalsikit!’ omel Zaza dalam hati.
Lelaki yang dikatakan ‘handsome’ itu sedang melayani pembeli.Agaknya itulah mamat yang jadi bualan Nora dan Maira. Tapi Zaza tidak peduli.Dia lebih lapar dari jatuh cinta.
“Berapa?!” Suaranya tegas, nyaris garang. Duit dihulur terus kedepan muka si lelaki itu, tanpa senyuman.
Tengku Adam yang dari pagi tadi membantu di kantin sebagai‘tugas sosial’ sebelum memulakan projek di kampung terpinga-pinga melihat wajahgadis itu. Ketegasan suara, kilat mata, dan aura yang tidak tunduk pada pujiantelah membuat jantungnya bergetar aneh.
Zaza pula, seperti biasa, tiada masa untuk drama. Waffle sudahdi tangan, terus melangkah semula ke pondok.
“Serius weh… hensem,”bisik Ziana.
“Anak sapa tu eh?” teka Nora.
Zaza hanya diam, menyuap waffle ke dalam mulutnya. Pandangannyatidak berubah. Namun, kata-kata Maira membuatkan waffle yang sedang terkunyahdan teradun hampir tersekat ketika hendak ditelan,
“Aku rasa dia duk pandang Za la…”
Zaza hampir tercekik.
“Meqepek la hangpa ni! Makan boleh dak?!”
Namun jauh di sudut hatinya, dia sedar pandangan itu bukan pandangan biasa.
Dan dia mula tertanya… siapa sebenarnya ‘budak waffle’ itu?