Home Novel Cinta Dalam Diam Aku Menjagamu
Dalam Diam Aku Menjagamu
Nilam Himawari
30/4/2018 00:07:26
76,059
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Hari ini, langit Kuala Lumpur kelihatan bersih. Seolah memberilaluan buat seorang pewaris syarikat besar melangkah gagah ke dunia sebenar.

Tengku Adam melangkah dengan tenang, namun penuh gaya. Kemasberjaket hitam Armani, rambut tersisir rapi, setiap langkahnya mencuri pandang.Bukan kerana pangkat, tapi kerana auranya yang sukar ditafsir. Seawal pagi, diasudah menjejakkan kaki ke pejabat milik papanya, Dato’ Hanafi – seorang tokohkorporat yang disegani di seluruh tanah air.

Kembali dari bumi United Kingdom dengan segulung ijazah sarjanadi tangan, kini dia berdiri bukan sekadar sebagai anak lelaki tunggal, tapipewaris harapan dan warisan yang bertahun dibina. Syarikat yang membina resortmewah, chalet pelancongan, dan hartanah impian kini sebahagiannya di bawahtanggungjawabnya.

Namun, Adam tahu harta bukan semata-mata tiket ke takhta. Ilmudan integriti lebih utama.

“Kejayaan tidak datang kerana darah bangsawan, tapi keranakeikhlasan dalam setiap perjuangan,” bisik hatinya saat matanya merenung skrinkomputer yang penuh dengan angka dan strategi.

 Klik.
Suara lembut tapi tegas milik Dato’ Hanafi bergema melalui interkom.

“Tengku Adam, boleh masuk bilik papa tak?”

“Ya, pa. Sekejap.”

Dia bangun, membetulkan jasnya, dan menghela nafas. Langkahnyake bilik papa seakan langkah ke dewan ujian terakhir. Walaupun segalanya tampakmudah, tekanan sebagai anak majikan lebih berat dari biasa. Dia perlu menjadicontoh, bukan sekadar bayang-bayang nama besar papanya.

“Duduklah, Adam.”
Pelawaan itu disertai senyuman yang mula berkerut kerana usia.

Tengku Adam tunduk hormat, mengambil tempat bertentangan.

“Macam serius je, papa…”
Kerlingan matanya cuba mencuri riak wajah ayahnya yang sedang menilik dokumen.

Dato’ Hanafi diam seketika. Tangannya menutup fail biru dihadapan, lalu menatap anak lelakinya.

“Maaf papa belum sempat ucap tahniah. Adam berjaya luluskanprojek besar yang papa sendiri dah lama idamkan…”

Air mata hampir bergenang, namun ditahan. Ego lelaki tidakmudah tunduk pada emosi. Tapi kebanggaan seorang ayah, takkan mampudisembunyikan lama.

“Papa bangga dengan kamu, Adam. Kamu buktikan kamu bukan hanyawaris nama, tapi pewaris amanah.”

Adam menunduk, senyum sederhana menghiasi wajah tampan itu.

“Terima kasih, pa. Adam cuma buat yang terbaik.”

“Papa tahu kamu penat. Kamu dah ikut semua mesyuarat, siapkanproposal, dan berjaya meyakinkan klien. Sebagai ganjaran, papa beri kamu cutirehat. Pergilah tenangkan fikiran sekejap.”

Adam termenung. Lalu dia angkat wajah, menguntumkan senyuman.

“Kalau begitu… Adam ingat nak balik kampung. Rindu suasanasawah dan angin senja. Lagipun Adam belum sempat jenguk nenek sejak balik dariUK. Aunt pun ada cakap tender kantin dah masuk. Eloklah Adam tolongtengok-tengokkan.”

Wajah Dato’ Hanafi bersinar mendengar cadangan itu. Lalu diaangguk, penuh lega.

“Itulah yang papa harapkan. Tolong jenguk nenek kamu… Dia dahlama sunyi sejak arwah atuk kamu pergi. Mujur ada aunt kamu tu yang jaga. Papapun rasa bersalah. Kita terlalu sibuk… Ini peluang Adam balas jasa mereka.”

Adam hanya mengangguk.

“Iyelah nenek bila diajak kesini tak mahu katanya, lebih pentingkanternakan di kampung,”mengeluh kecil Dato Hanani teringatkan wajah ibunya.

 Suasana sepi seketika,namun hati mereka berbicara tanpa suara. Ada kasih yang tak terungkap, hanyadimengerti oleh jiwa yang saling memahami.

Tengku Adam mungkin dilahirkan dalam limpahan kemewahan, namunhatinya masih tertambat pada tanah asal. Kampung yang membesarkannya, nenekyang mengajar erti doa, dan sawah yang menyimpan kenangan masa kecil. Semuanyamasih hidup dalam ingatan.

“Insya-Allah pa. Adam akan ke sana minggu ini.”

“Papa jangan risau. Papa tak salah. Sebab papa masih adatanggungjawab yang besar. Masih ramai di bawah naungan papa untuk diberikansesuap nasi untuk keluarga,” tambah Tengku Adam lagi cuba meredakan gusar dihati papanya.

“Baiklah.. Papa faham. Terima kasih Adam. Jangan lupa, bawasalam papa pada semua. Dan… sampaikan hadiah ini pada aunt kamu. Tanda terimakasih dari papa.”

Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari laci. Dalamnya tersimpanjam tangan mewah wanita, lambang penghargaan buat si penjaga setia keluargamereka di kampung.

 

Previous: Bab 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nilam Himawari