Home Novel Cinta STAY
BAB 32

“Esok, jika akhirnya kubuka pintu ke taman hatiku, mungkinkah kau bisa menjadi bayu mendamaikan atau barangkali kau sudi menjadi langit, memayung ubunku?” – Alya


DIA segera mengaktifkan telefon bimbitnya sejurus kapalterbang selamat mendarat dan berhenti. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi waktu tempatan. Alya malas untuk tergesa-gesa menurunkan bagasi lalu membiarkan penumpang lain berbuat demikian terlebih dahulu. Penerbangan kali ini memakan masa empat belas jam. Sungguh meletihkan. Dia tidak mahu tergesa-gesa dan lebih rela membiarkan penumpang lain keluar terlebih dahulu kemudian barulah diturunkannya bagasi dari ruang penyimpanan.

Pramugari Qatar Airways segera mengucapkan selamat jalan kepada Alya sejurus dia keluar dari perut pesawat menjadikannya penumpang terakhir yang keluar. Dia terus menuju ke ruang imigrasi untuk urusan dokumentasi dan kemudian ke balai ketibaan. Hati Alya masih sarat dengan pelbagai rasa. Segera dihantar pesanan kepada ibunya menyatakan yang dia sudah selamat sampai agar wanita itu tidak risau. Beberapa pesanan ringkas masuk ke taliannya. Kebanyakkannya berkenaan dengan urusan kerja dan salah satu daripadanya adalah pesanan daripada Adib. Dia segera membacanya.


“Alya, nanti dah sampai do text me. I dah sampai airport pukul lapan tadi but your flight belum touch down.”


Dia cuma senyum kemudian singgah seketika di tandas untuk membersihkan muka dan mengemaskan diri. Dibiarkan saja wajahnya tanpa sebarang solekan walau secalit gincu. Rambutnya yang dibiar lepas segera diikat kemas. Dia cuma memakai t-shirt tanpa kolar lengan panjang berwarna putih, seluar jeans dan snickers. Entah kenapa walau tidak berdandan cantik dia masih tetap mahu kelihatan kemas di  mata Adib.

Selesai sahaja Alya kembali mengatur langkah menuju ke pintu balai ketibaan. Dari jauh lagi kelihatan sudah ramai yang sedang menunggu ketibaan keluarga atau rakan masing-masing. Kelibat Adib tidak kelihatan di kalangan yang ramai itu. Sejurus keluar, barulah Alya melihat Adib berdiri di sisi sebelah kanan. Senyum lelaki itu tumpah ke pandangan matanya.

“Hi,” tegur Adib dan Alya hanya membalasnya dengan senyuman.

“Come let me carry the backpack and luggage. You hold the sweater,” Adib terus mengambil beg di bahu Alya dan bagasi yang diheretnya. Dia hanya membiarkan sahaja tambahan bantahan. Sesekali Alya melirikkan pandangan ke arah Adib yang juga kelihatan santai dengan hanya mengenakan kemeja kelabu, jeans dan sport shoes.

“Kita singgah di Mitsui sekejap, ya. Lets have our breakfast there sebelum I hantar you balik,” ujar Adib lagi. Alya cuma mengangguk dan beriringan mengikut rentak langkah Adib. Sampai di petak parkir, Adib segera membuka pintu bahagian penumpang untuknya sebelum bagasi dan beg galas dimasukkan ke bonet kereta. Sepanjang perjalanan ke Mitsui mereka hanya diam melayan fikiran masing-masing. Hanya bila mereka tiba di restoran Grill & Bars, duduk dan kemudian memesan makanan barulah Alya bersuara.

“You tak kerja?”

“I ambil off day, letih asyik travel saja bulan ni,” jawab Adib.

“Bukan sebab nak jemput I?” Adib segera memandang tepat ke wajahnya. Alya cuma senyum. Makanan yang dipesan tadi cuma dijamah sedikit sahaja. Dia masih tidak berselera. Cukup sekadar dapat melegakan tekaknya dengan minuman panas. Itu sudah memadai.

“You look really tired,” ujar Adib setelah lama diam menikmati makanan yang dipesannya. Dia cuma mengangguk. Adib segera memanggil pelayan untuk mendapatkan bil. Mereka kemudian bergerak semula menuju ke kediamannya.

“Kalau mengantuk, tidurlah. Nanti sampai I kejutkan,” mungkin Adib sudah beberapa kali melihat dia tersengguk-senguk. Alya hanya melihat wajah Adib tanpa sepatah kata, direndahkan sedikit kerusi, bersandar dan kemudian terus terlena.


•••

SEJURUS melihat susuk tubuh Alya keluar dari pintu ketibaan, Adib bagaikan terpukau memandang Alya tidk berkelip. Hati lelakinya mencair laju melihat mulus wajah di hadapannya itu. Redup renungan Alya dan senyuman yang manis itu menjadi satu bentuk kerinduan yang dialaminya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Walau tanpa secalit solekan dengan pakaian santai, Alya masih tetap mampu menggetarkan hatinya.

Dan kini, melihat pula Alya terlena di sebelah, sekali lagi Adib bagaikan terpana. Alya benar-benar kelihatan begitu letih. Adib Alya juga kelihatan lebih kurus daripada sebelum ini. Melihat lentik bulu mata dan merah bibir Alya bagai mengundang satu rasa dalam jiwanya yang sukar digambarkan.

Adib tidak mahu terburu-buru menyatakan isi hatinya kerana mengenali karakter Alya, dia pasti tindakan yang terlalu drastik bakal menyebabkan gadis ini bertindak menjauhkan diri. Dia perlu memberi ruang untuk Alya sendiri menerima dirinya. Adib dapat merasakan Alya pernah melalui sejarah hitam yang menjadikan dirinya sukar menerima perhubungan yang lebih serius.

Setibanya di hadapan pagar kediaman, Adib tidak terus mengejutkan Alya. Dia tidak sampai hati untuk mengejutkan gadis itu yang kelihatan begitu lena. Setengah jam berlalu, Adib hanya duduk menunggu dan memerhati Alya hinggalah dia perasan pintu hadapan rumah Alya seakan terbuka. Mungkinkah dia tersilap. Dia sgera mengejutkan Alya.

“Alya, bangun kita dah sampai. You ada kunci gate?” soal Adib. Alya terpisat-pisat bangun.

“Dalam beg galas di bonet,” jawab Alya.

“Tak apa, stay... I ambil beg,” Adib segera mengeluarkan beg galas tersebut dan diserahkan kepada Alya yang terus mencari remote control tersebut lalu menekan butang dan sejurus kemudian pintu pagar di hadapannya terbuka secara auto. Adib terus memandu semula masuk ke halaman.

“Stay in the car,” Adib memberi arahan agar Alya tidak mengikutinya masuk ke rumah sejurus dia keluar dari kereta. Diperiksa pintu rumah Alya yang terbuka tetapi tiada kesan umpilan. Adib kemudian memeriksa keseluruhan rumah dan mendapati tingkap di bahagian dapur yang agak tersorok telah diumpil.

“Adib?” suara Alya tiba-tiba memecah sunyi.

“I’ve told you to stay in the car,” tegurnya.

“Ya Allah, rumah I kena pecah masuk ke?”

“Ada orang umpil tingkap dapur. I dah periksa bilik atas tadi tak nampak kesan macam kena geledah. Don’t touch anything,” Alya segera naik ke tingkat atas. Dijengah dari satu bilik ke bilik yang lain. Barang-barang berharga masih terletak kemas. Almari pakaian tidak digeledah. Tiada apa yang dirasakannya hilang atau diubah. Melainkan tingkap yang diumpil, pintu utama yang dibuka dan CCTV yang sebelum ini elok berfungsi telah dirosakkan.

“You’re not going to stay here tonight,” ujar Adib. Alya masih kelihatan terkejut.

“Let me call the police,” ujar Adib kepada Alya dan meminta gadis itu turun ke ruang tamu bersamanya. Selepas sepuluh minit menunggu barulah kereta peronda polis muncul. Rumah Alya sekali lagi diperiksa mereka. Segala info terperinci juga telah dikongsi. Hingga ke pukul empat petang barulah semua urusan selesai termasuklah urusan membetulkan tingkap yang telah rosak.

“Jom...” ujarnya mengajak Alya beredar. Dia tahu Alya sangat letih.

“I need to book a hotel room first,” ujar Alya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“No, you are not going to stay in any hotel. I dah beritahu mommy, so you will stay with my mom for a while. She insist. Esok kita datang semula ke sini, ambil baju, barang keperluan dan kereta you. Kalau you tak selesa jika I ada di rumah my mom, no worries, I memang stay di rumah I sendiri except weekend,” jelasnya panjang lebar.

“Tak apalah Adib, I tak nak susahkan you dan keluarga,” ujar Alya cuba menolak.

“No, I insist. Kalau you stay hotel pun, I risau juga. Lebih baik you ada depan mata my mom,” ujarnya lagi tetap bertegas dengan saranannya. Alya hanya mengeluh tetapi tetap mengangguk.

“Jom, sekarang dah nak pukul lima petang ni. You dah sepatutnya rehat kat rumah. Muka pun dah nampak tak larat sangat dah tu,” tegas Adib sekali lagi. Alya hanya mengangguk dan mengekori langkahnya.

Adib teringat sebelum ini Alya ada menerima jambangan bunga daripada orang tidak dikenali. Bukan sekali dua. Hingga ke hari ini pun pengirimnya masih menjadi tanda tanya. Dia tidak mahu membangkitkan perkara itu sekarang. Takut jika Alya jadi semakin risau. Tanda tanya itulah yang menyebabkan Adib mengambil keputusan untuk meminta keizinan ibunya agar Alya boleh menumpang seketika di sana. Sekurangnya dia yakin Alya selamat. Bila berkaita dengan soal keselamatan, Adib memang tidak akan berkompromi dan sewenangnya mengambil risiko.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh RUMIÈ AL-HADI
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham