10
PAGI minggu
itu kami sekeluarga pergi ke Desa Water Park. Adura, Aiman, Dzafira dan
Faralina sudah selalu benar berhajat untuk ke sana. Abah pula kalau boleh
hendak kami semua pergi bersama-sama. Minggu lepas ran-cangan itu tertangguh
lagi kerana Abang Izzat tiba-tiba ada urusan. Mujurlah minggu ini semua orang
dapat me-lapangkan diri, kecuali Abang Bakhtiar yang entah di mana. Dia memang
sudah lama tidak datang ke rumah. Orang sibuk dengan isteri barulah katakan... |
Anak-anaklah yang paling riang. Macam
anak itik lepas ke dalam air. Sibuk juga Abang Izzat, Syahril dan abah
me-ngawal mereka. Aku, Izelea dan Kak Mirna hanya menanti di birai kolam. Emak
pula duduk bersantai di atas kerusi -panjang. Setelah agak lama mandi, aku
membalut tubuh Elida dengan tuala. Mulanya dia protes, tetapi aku
-meng-umpan-nya dengan janji untuk membeli ayam goreng danfries di kafetaria. Dia akhirnya akur.
Riang benar Elida menyuapkanfries ke mulutku. Apabila aku sengaja
mengusiknya de-ngan menutup mulut, dia mula merengek-rengek manja. Aku memang
benar-benar menya-yanginya. Kalaulah Kak Aida masih ada, mungkin -hubungan-ku
dengan Elida tidak begitu rapat.
"Hai,tak
sangka jumpa Puan Ifti kat sini!"
Aku mengalih pandangan ke arah suara
yang menyapa. Spontan aku tersenyum apabila mata bertemu pandang. Aku dengan
ramah mempelawa Nazmi duduk.
“I datang dengan keluarga,” kataku
sebagai menjawab pertanyaan Nazmi.
"I pulak datang dengan
kawan-kawan," jelas Nazmi.
Aku hanya memandang kumpulan yang
ditunjukkan oleh Nazmi dan sempat pula mengira. Enam orang termasuk Nazmi.
Bererti masing-masing datang berpasangan. Antara gadis-gadis itu, bukan yang
pernah aku temui bersama Nazmi dulu. Kali ini dia datang dengan gadis lain. Di
Cafe Naili's Place dahulu, de-ngan gadis lain dan di kedai buku MPH juga aku
nampak dia dengan gadis lain. Berapa banyakgirlfriend
dia? Soal hatiku.
"Mereka tu satu tempat kerja
dengan I."
Aku memandang Nazmi yang sedang ketawa
kecil sambil mencubit-cubit mesra pipi Elida. Pantas aku menghulurkan fries kepada Elida bagi menyembunyikan
kekalutan. Kemudian Elida menyuapkan pula fries
itu ke mulut Nazmi. Jari-jemarinya yang halus dipegang oleh Nazmi. Aku agak
terleka memandang mereka berdua.
Ketawa Elida segera menyedarkan aku
bahawa aku sudah mula berkhayal sesuatu yang mustahil akan terjadi.
"Mama!" Terdengar nyaring
jeritan Elida.
Rupa-rupanya dia menyapa Izelea yang
baru sahaja masuk ke dalam kafetaria. Izelea hanya tersenyum dan terus ke kaunter
untuk membuat pesanan. Seketika aku dengan Nazmi saling berpandangan. Aku
berharap biarlah Nazmi menganggap bahawa dia telah tersilap dengar. Tetapi daripada riak di wajahnya, aku tahu bahawa dia sedang keliru.
Aku kembali melayan Elida seolah-olah
tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Aku juga tidak menghiraukan renungan
tajam Nazmi. Bagi aku, dia bebas membuat apa juga andaian dan dia boleh
bertanya kalau dia mahu. Tetapi apabila dia memilih untuk mendiamkan diri,
takkanlah aku pula yang terhegeh-hegeh hendak bercerita kepadanya.
"Mama pergi dulu ya!" ujar Izelea sambil menepuk-nepuk bahu
Elida sebelum dia meninggalkan kami.