Home Novel Cinta Oh Tuhan, Aku Cinta Dia
Oh Tuhan, Aku Cinta Dia
Nufa Hanna
12/10/2018 11:35:10
2,573
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

BAB2

 

 

Jam di dinding ditenung beberapa kali. Diamula berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu dengan Firasz Akimi.Lagi beberapa minit waktu persekolahan akan tamat. Terasa amat perlahan waktubergerak. Buku-bukunya telah lama dikemas dan disimpan di dalam begnya.Mujurlah waktu ini Puan Suraya membatalkan kelasnya kerana ada hal yang tidakdapat dielakkan.

“Tak sabar nak balik ke?” tegur seseorang.Dia tersentak. Wajah sahabat baiknya itu dipandang. Bibirnya mengukir senyum.Dia mengangguk.

“Macam orang yang nak jumpa pakwe je kauni, Dania.” Usik Atikah. Dia menampar lengan sahabatnya itu.

“Gilalah kau ni. Akimi tu kan abang aku.Lagipun dah lama tak jumpa. Dia cuti pun bukan lama sangat. Masa ni lah aku nakbermanja dengan dia. Kau kan tahu aku tak ada abang.” Terangnya. Lagipun memangdia menganggap lelaki itu sebagai pelindungnya.

“He’s not your brother, Dania. Kau dengandia tak ada ikatan pun. Jangan nanti kau yang tersyok kat mamat tu sudah.”Beritahu Atikah. Sengaja menyakat Dania Aleya.

“Tak naklah aku. Dia dah tua. Lima tahunbeza kami tau. Takkanlah aku nak kat dia lak. Eei, meremang bulu roma aku ni.”Sangkalnya. Tidak dapat di bayangkan jika dia dan Firasz Akimi bercinta. Diasudah terlalu lama mengenali lelaki itu. seram sejuk tubuhnya memikirkanperkara itu. Geli. Firasz Akimi seorang lelaki yang suka main-main dan tidakpernah ambil serius tentang semua perkara.

“Tapi kenapa kau tak panggil dia abang?Diakan lebih tua dari kau. Macam tak elok je kau panggil nama je.” Atikahmemang sudah lama ingin menanyakan hal itu. sejak dulu lagi Dania Aleya selalumembahasakan lelaki itu dengan nama sahaja walhal perbezaan umur mereka agakjauh.

Dania Aleya diam. Dia mengangkat bahunya.Entahlah, dia sendiri tidak tahu. Tetapi apa yang dia ingat dulu sewaktu diaberusia dua belas tahun mamanya pernah menyuruhnya memanggil Firasz Akimidengan panggilan tersebut. Namun, Firasz Akimi seringkali marah apabila diamemanggil lelaki itu begitu. Katanya dia bukan abang Dania Aleya. Sejak dariitu dia tidak pernah ingin memanggil Firasz Akimi dengan panggilan abang. Lebihbaik dia panggil nama sahaja kerana dia juga telah terbiasa dengan panggilantersebut.

“Bila loceng nak berbunyi ni?” soal DaniaAleya. Dia melirik jam di tangannya. Sepatutnya loceng sudah berbunyi ketikaini.

“Maybe tak kot sebab semua cikgu kan adamesyuarat. Kita dah boleh balik kot. Jomlah.” Atikah mencapai beg sandangnya.Begitu juga dengan Dania Aleya. Mereka melangkah keluar daripada kelas. Sudahagak ramai pelajar yang berbaris di luar kelas. Beginilah peraturan disekolahnya. Balik pun mesti beratur. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar-pelajarberebut untuk beredar. Tanpa sedar dia mengeluh.

“Kenapa?” soal Atikah yang terdengarkeluhannya.

“Mamat tu.” Matanya dihalakan ke arahlelaki yang sedang memandangnya. Atikah tersenyum.

“Dia syok kat kau kot.” Teka Atikah.

“Nonsense. Akukan baru 15 tahun. Dia duatahun lebih tua dari kita tau. Tak naklah aku. Aku nak lelaki yang sebaya akuje.” Dia ketawa kecil.

“Bukan Akimi tu lagi tua dari kau ek.”Atikah mengenakannya. Dania Aleya menampar bahu sahabatnya itu.

“Aku yakin mamat tu suka kau. Dah lamajuga dia usha kau, Dania. Kau je yang buat tak tahu.” Atikah kembali berbicaratentang lelaki tadi. Mereka mula bergerak perlahan. Dania Aleya menjegilkanmatanya. Tidak mahu pelajar lain mendengar kata-kata Atikah itu. bukan diatidak tahu kisah percintaan pelajar tesebut dengan senior mereka. Lagipunlelaki itu adalah pelajar terbaik di sekolahnya. Dia tidak mahu bermusuh dengansiapa-siapa nanti.

“Dia masih ada kat belakang kitalah,Dania,” kata Atikah apabila mereka telah keluar daripada kawasan sekolah.

“Buat tak tahu ajelah. Dia tunggu makwedialah tu.” Dia menyiku lengan Atikah. Atikah tersengih-sengih. Dania Aleyameneliti jam di tangannya. Lambat pula Pak Bahar datang menjemputnya hari ini.Biasanya pemandu papanya itu akan tiba sebelum sekolah tamat lagi.

“Dania, ayah aku dah sampai. Aku balikdulu ya. Kau balik dengan akulah.” Ajak Atikah. Dania Aleya menggeleng.

“Kejap lagi Pak Bahar sampailah tu. Kaubaliklah,” ujarnya. Atikah mengangguk dan beredar menuju ke arah kereta Hondasilver yang berhenti berhampiran mereka. Dania Aleya mengeluh. Dia perasanlelaki tadi berdiri berdekatan dengannya. Dia pura-pura melihat jam tangannya.Dalam hati dia berdoa agar Pak Bahar akan cepat tiba.

“Driver tak datang lagi ke?” Dania Aleyaberpaling ke sebelah apabila lelaki itu bersuara. Dia hanya menggelengkankepalanya.

“Saya boleh hantarkan.” Pelawa lelaki itulagi.

“Eh tak apalah. Saya boleh tunggu.”Tolaknya. Masakan dia ingin menerima pelawaan lelaki yang tidak pernah diabertegur sapa. Ini adalah kali pertama lelaki itu menegurnya.

“Saya...”

Kata-kata lelaki itu terhenti saat sebuahkereta peogeot berwarna hitam berkilat berhenti di hadapan mereka. Dania Aleyaseperti mengenali kereta tersebut.

“Dania, jom balik.” Panggil suara ituapabila cermin kereta diturunkan. Wajah Firasz Akimi yang sedikit tegangdipandangnya. Dia jadi kaku.

“Tak nak balik ke?” perli Firasz Akimi.Dia sedikit tersentak. Pantas dia mengangguk.

“Erm, saya pergi dulu,” ujarnya tanpaberpaling ke arah seniornya.

“Jumpa lagi, Dania.” Ucap lelaki itusebelum dia masuk ke dalam kereta. Dania Aleya terkedu. Macam-mana lelaki ituboleh mengetahui namanya? Tanpa berpaling lagi dia terus masuk ke dalam kereta.

“Pakwe ke?” soal Firasz Akimi apabilakeretanya menderum meninggalkan perkarangan sekolah.

“Hah?” Dania Aleya tersentak. Dia pandangwajah Firasz Akimi yang sedang memandu.

“Dah ada pakwe rupanya budak kecik ni.”Gurau Firasz Akimi. Dania Aleya menarik muka. Dia menyilangkan tangannya kedada.

“Bukanlah.” Sangkalnya. Firasz Akimitersenyum.

“Nantilah Akimi cakap kat aunty yang Daniadah ada pakwe. Kecik-kecik dah menggatal.” Tuduhnya lagi. Panas hatinyamendengar kata-kata lelaki itu.

“Tolong sikit. Dania bukan macam Akimi.Sibuk nak bercinta. Orang nak belajar dululah. Umur pun baru lima belas. Janganbuat fitnah.” Ujarnya separuh marah. Dia tidak berpaling ke arah lelaki itu.sakit hati dengan kata-katanya.

Firasz Akimi ketawa. Entah mengapa hatinyamerasa lega dengan jawapan gadis itu.

“Kenapa Akimi yang ambil Dania? Mana PakBahar?” soalnya. Malas mahu bertegang urat dengan lelaki yang sentiasa mahumenang.

“Papa Dania ada hal. So Pak Bahar kenaikut papa Dania. Kita pergi makan dululah ya. Akimi tak makan apa-apa pun lagihari ni.” Ujar lelaki itu. dania Aleya mencebik. Tipulah tak makan lagi. Bukanboleh percaya dengan setiap kata-kata lelaki itu. Dengar boleh tetapi jangansesekali percaya. Firasz Akimi memang kaki kencing.

“Nak tak?” soal lelaki itu.

“Macamlah Dania boleh cakap tak.”Perlinya. Memang Firasz Akimi suka memaksa. Dia sudah faham benar denganperangai lelaki itu. dia berpaling ke arah lelaki itu. senyumannya begitumenawan. Patutlah ramai perempuan yang terjatuh cinta dengan lelaki ini. Tetapimuka saja hensem tapi perangai memang tak boleh blah. Perempuan pun takberperangai macam mamat ini.

“Hensem sangat ke?” tegur lelaki itu. diatersentak. Cepat-cepat memalingkan muka ke hadapan.

“Perasan giler.” Tempelaknya. Firasz Akimiketawa lagi. Bahagia sungguh mamat ini hari ini.

“Cakap jelah kalau hensem. Bukan kenabayar pon. Ha ha ha.” Makin galak dia ketawa. Dania Aleya diam. Malas melayan.Makin menjadi-jadi adalah.

Keretanya berhenti di hadapan sebuahrestoran makanan segera. Dania Aleya menarik tangan lelaki itu apabila lelakiitu membuka pintu keretanya.

“Apa?” soalnya.

“Tak naklah makan kat sini. Carilah tempatmakan lain. Hari-hari makan benda ni jemu jugak.” Ujarnya.

“Alah, jomlah. Dah lama kita tak makan KFCsama-sama kan. Rindulah nak makan kat sini. Jomlah.” Ujarnya. Mahu tak mahu diaterpaksa turutkan juga keinginan lelaki itu. dia mengekori langkah kaki FiraszAkimi yang sudah ke hadapan.

“Cepatlah.” Firasz Akimi mencapaitangannya dan menariknya supaya berjalan beriringan dengannya. Dia hanyamembiarkan. Bukan tidak biasa begini dengan lelaki itu. mereka terlalu mesrasampaikan kawan-kawan mama dengan papa menyangka lelaki itu adalah abangnya.

“Pergi cari tempat.” Arah lelaki itu. diahanya menurut dan membiarkan lelaki itu memesan makanan. Dia memilih tempatyang tidak ramai orang. Tempat yang agak strategik untuk meratah ayam nanti.Sepuluh minit kemudian Firasz Akimi kembali dengan sedulang makanan. Diameletakkan dulang tersebut di atas meja.

“Nak pergi mana?” soalnya apabila lelakiitu ingin kembali ke kaunter.

“Ambil makananlah.”

“Banyak ke?” soalnya tetapi lelaki itutidak menjawab dan terus berlalu. Kali ini dia kembali dengan dulang makananlagi. Dia meletakkan di atas meja dan duduk berhadapan dengan Dania Aleya.

“Banyaknya. Macam-mana nak habiskan?”soalnya. Dia tenung wajah Firasz Akimi.

“Makan jelah.” Ujarnya dan mencapaiminuman. Dia menghirup minumannya.

“Dania tak nak makan banyak.”

“Eleh, tengok badan pun dah tahu Daniaboleh habiskan. Makan jelah.” Ujar lelaki itu. Dania Aleya mengancing gigi.Memang tak ada perasaan nak kutuk orang. Dia menjeling lelaki itu. firasz Akimisengih.

“Nah, nganga.” Firasz Akimi menyuakanseketul ayam kepadanya. Dia buat tidak tahu.

“Cepatlah orang nak suap ni. Bukak muluttu.”

Dania Aleya merampas ayam tersebut danmenggigitnya.

“Kan boleh makan tu. Kalau tak habiskanAkimi suap jugak nanti.” Ugut lelaki itu. Dania Aleya mencebik. Dia yangmengajaknya keluar tetapi memaksa orang pula untuk menghabiskan semua ini.Memang tidak patut. Dalam marah-marah berselera juga dia menghabiskan makanantersebut.

Firasz Akimi tersengih. Dia tahu DaniaAleya suka makan. Sebab itulah  diamemesan semua itu.

“Penatnya.” Ujar Dania Aleya apabilaselesai makan. Dia menyandarkan badannya.

“Jomlah balik, Akimi. Dania mengantuk.”Katanya.

“Patutlah badan makin naik. Lepas makan jangantidur nanti jadi gemuk. Nak ke badan macam tong dram?” soal lelaki itu separuhbergurau.

“Mana ada gemuk. Okeylah tubuh macam ni.”Katanya.

“Yelah. Dania comel,” ujar Firasz Akimi.Dia menarik pipi gadis itu yang gebu. Dania Aleya tidak sempat mengelak. Diamengaduh kesakitan.

“Senget betul.” Marahnya sambilmenggosok-gosok pipinya.

“He he he. Sorrylah sayang.” Kata-kataFirasz Akimi membuainya seketika. Firasz Akimi menyeluk saku seluarnya danmengeluarkan sesuatu.

“Hadiah untuk Dania. Akimi beli kat sanatau.” Dia mengunjukkan seutas rantai yang berwarna putih berkilat. Dania Aleyamengambilnya.

“D, A? Ape tu?” soalnya. Dia menilikrantai yang mempunyai dua huruf itu.

“Rahsia.” Katanya.

“Meh sini nak pakaikan.” Dia berdiri danmendekati Dania Aliya. Rantai yang berada di tangan Dania Aleya di ambil. Diamenyelak rambut Dania Aleya. Dipakaikan rantai tersebut ke leher gadis itu yangputih.

“D, A, stand for Dania Aleya, kan.” DaniaAleya masih menyoal. Firasz Akimi hanya tersenyum. Dia tidak menjawab soalangadis itu.

“Maybe yes...maybe not. Jomlah balik. Dahlewat ni.” Dia meninggalkan Dania Aleya yang masih berteka-teki dengan duahuruf yang tergantung di rantai tersebut. D dan A. Betullah untuk Dania danAleya, namanya. Tanpa banyak soal dia mengekori langkah lelaki itu sehingga kekeretanya. Tidak mahu memeningkan kepala memikirkan semua itu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.