10,267
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
9

Dazrin yang sibuk mengambil gambar pengantin berhentiseketika, perutnya berbunyi minta diisi. Dia menoleh ke meja milik Irfan,mereka rancak berbual dengan tetamu lain.

 

Baru sahaja hendak memalingkan wajah memandang Nayla, gadisitu terlebih dahulu memandang ke arahnya. Dazrin mengerutkan dahi, tidak pastidengan pandangan Nayla. Dia menoleh ke belakang dan kembali memandang gadisitu.

 

‘Dia pandang aku ke? Ah, perasaan kau kot’ Bisik hatikecilnya.

 

Menyedari dirinya tertangkap, Nayla pantas mengalihkanpandangannya ke tepi. Pipinya terasa panas dan telinganya menjadi merah. Diamenunduk ke bawah, sempat menepuk dahi kerana malu dan kesal pada masa yangsama. Entah apa yang buatkan dia terlalu asyik memandang Dazrin yang sibukmengambil gambar tersebut.

 

Mungkin sebab senyuman Dazrin saat bermain dengan kamera?

 

Jujur, dia tidak pernah melihat Dazrin tersenyum sepertiitu. Senyuman yang turut membuatkan dia gembira dengan riak tersebut. Jarangsekali lelaki itu tersenyum, bahkan waktu bekerja lelaki itu lebih serius dantidak pernah walau sekali dia melihat lelaki itu ketawa atau bergurau denganrakan sekerja.

 

“Kenapa dok tampar dahi? Awak tampar dahi, tapi pipi awakyang merah. Rin, awak okey ke tak ni?” Soal Irfan yang hairan melihat aksispontan Nayla. 

 

Jasmaine turut menoleh. Sempat dia memandang seseorangsebelum kembali melihat wajah kawannya yang tak ubah seperti tomato. “Kalau dahmerah menyala tu, tak okeylah maknanya. Dia memang macam tu. Biarkan dia, kejaplagi okey lah tu”

 

Mendengar kata – kata dari Jasmaine, Nayla bingkasmengangkat wajah. Jelingan maut segera dia hadiahkan buat Jasmaine yangmelemparkan senyuman nakal. Jasmaine mengangkat kening seraya menjuihkanbibirnya ke arah Dazrin yang berjalan ke arah mereka setelah usai berbualdengan seseorang

 

“Ha, Dazrin! Datang pun kau. Jom makan sekali, aku tahu kaulapar. Dari tadi tak berhenti toleh makanan kat sini” Tegur Irfan sebaik sahajaDazrin tiba di meja mereka. Sempat Dazrin menegur ramah tetamu lain yang semejadengan mereka.

 

Dazrin tersengih, dia segera mengambil tempat duduk disebelah Nayla yang merenung jus oren di hadapan mata. “Tau – tau je kau! Korangdah makan ke belum?”

 

“Belum lagi. Kami tunggu awak. Tak selesa pula nak makandulu lepastu biarkan awak makan sorang – sorang” Jawab Jasmaine.

 

Tiada sepatah kata yang keluar saat mereka asyik menikmatimakanan ditemani lagu cinta yang indah dari penyanyi jemputan. Dazrin menolehke sebelah, sekali lagi dahinya berkerut memandang Nayla yang fokusmengasingkan kobis dan brokoli dari makanannya.

 

“Awak tak makan semua tu?”

 

Nayla menggelengkan kepala. “Saya tak tahu makan brokoli dansaya tak suka makan kobis. Weird isn’t it? Awak nak?”

 

Dazrin melepaskan tawa kecil, comel betul! “It’s normal,I guess. Bak sini”

 

Mendengar ketawa Dazrin, Nayla mengangkat wajah. Sekadarperasaan dan imaginasi diakah atau Dazrin baru sahaja ketawa dengan telatahnya?

 

Pinggannya disuakan pada Nayla. Gadis itu tampak gembiramemindahkan sekawan kobis dan brokoli ke dalam pinggan milik Dazrin. Jasmainedan Irfan menjadi pemerhati, dalam diam masing – masing mengakui keserasian Nayladan Dazrin.

 

“Dazrin, Apa yang awak baru lihat itu permulaan. Itu barukobis dan brokoli, banyak lagi awak belum tahu pasal dia. Nampak normal padamula je, nanti tengoklah. Orang tak normal je akan cakap dia comel bila buatsemua tu” Ejek Jasmaine diselangi gelak tawa Irfan dan Dazrin. 

 

If that so, I guess I’m not normal” ucap Dazrinseparuh berbisik, sengaja ingin memprovok Nayla yang sibuk mengunyah makanan.

 

Mendengar itu, Nayla di sebelah tiba – tiba batuk kecil.Jasmaine yang memandang situasi itu sekadar melemparkan senyuman, seakanmenangkap sesuatu meskipun dia kurang tahu apa yang diperkatakan oleh Dazrinsebentar tadi. Pantas segelas jus oren disuakan pada Nayla.

 

“Kau ni, janganlah makan gelojoh!”

 

Irfan mengerutkan dahi, “Kau cakap apa tadi? Tak jelas, bro

 

Dazrin menggelengkan kepala. Dia mencuri pandang Nayla,habis merah muka gadis itu. Melihat telinga Nayla yang semakin merah, diatergelak kecil. Mengundang pandangan dari Irfan dan Jasmaine.

 

“Saya tak sangka pulak awak mudah terhibur dengan Rin. Ingatkanawak orangnya serius memanjang sebab Irfan cakap, awak jarang bergurau” ujarJasmaine, cukup membuatkan Dazrin kembali diam dan serius.

 

“Sebenarnya aku pun pelik dengan kau. Baru sekarang akudengar kau gelak. Kau okey ke? Bingung pulak aku tengok. Oh Rin, awak okey ketak?” Sekali lagi Irfan menegur, langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku dihadapannya.

 

Nayla mengangguk, dia meneguk jus oren tersebut sebelumberpaling menghadap Irfan yang sedang keliru. “I’m okay. Jangan risau”

 

Salina berpelukan mesra dengan Nayla diselangi Jasmainemanakala Dazrin dan Irfan sekadar berjabat tangan dengan Zarul. Zarul mencuripandang wajah Jasmaine sekilas, gadis itu sentiasa nampak cantik dan ayu didepan mata.

 

“Saya dan isteri nak berterima kasih kepada korang sebabsanggup datang jauh ke sini. Maine, terima kasih dan saya hargai sangatkehadiran awak. Saya doakan awak bahagia dengan Irfan. Irfan, Dazrin, gembirajumpa korang berdua” ujar Zarul.

 

Jasmaine sekadar mengangguk, sempat dia hadiahkan jelinganbuat Nayla. Suka hati sahaja gadis itu memperkenalkan Irfan sebagai kekasihnyasedangkan dia dan Irfan tidak ada hubungan apa – apa.

 

You’re welcome, Zarul. Lagipun awak dengan Salina tukawan saya. Mana mungkin saya tak datang. Tahniah atas perkahwinan korang, sayaharap awak dapat bahagiakan Salina. Jaga Salina elok – elok tau! Layan diasebaik mungkin” Balasnya namun tidak berani memandang tepat ke dalam mataZarul.

 

Air mata yang hampir gugur dia tahan semahunya. Dia ikhlasberkata sedemikian namun kenapa seolah mindanya tidak ingin mereka bahagia?Melihat riak wajah Jasmaine yang berubah, Irfan segera memeluk bahu gadis itudan menepuk lembut, memberi semangat untuk gadis pujaannya terus bangkit.

 

Sungguh, dia memahami apa yang Jasmaine rasakan sekarangini.

 

Thanks, bro. Aku doakan kebahagiaan korang juga. Doa– doa supaya aku dengan Maine kekal sampai ke jinjang pelamin macam korang”ucap Irfan tiba – tiba, membuatkan mata Jasmaine yang sedikit sepet menjadibulat dan besar.

 

Nayla tersenyum nakal. Melihat muka Jasmaine yang merahpadam membuatkan dia rasa ingin tergelak saat ini. “Congratulations!kalau ada masa, datanglah KL pulak. Nanti kita boleh borak – borak, dah lamatak berkumpul sama”

 

“Terima kasih, Rin. InsyaAllah aku dan Sal akan datang KLnanti. Anyway, thanks Dazrin sebab sanggup jadi fotograferekspress. Untung betul Rin dapat pakwe fotografer. Nanti tak payah susah –susah suruh orang ambikkan gambar”

 

“A’ah Rin. Jahat eh kau tak bagitahu pun pakwe kau nifotografer. Korang nampak sepadan sangat! Oh, aku ada idea. Jom kita pergi doubledate? Eh tak, triple date! Mesti seron-”

 

Nayla segera menyilangkan tangan, terkejut dengan kata –kata dari Salina dan Zarul. “Sukahati korang je. There is no triple date.Dengar ‘date’ itu pun aku dah jemu. Lagipun, dia bukan boyfriendaku. Korang dah salah faham”

 

“A’ah. Korang dah salah faham” Dazrin mengiakan ujaran dari Nayla.Sesekali dia mengerling gadis di sebelahnya. Muka Nayla kemerahan sampai ketelinga, membuatkan dia tersenyum.

 

“Lah, maafkan kami. Ingatkan korang ni bercinta, nampakserasi bersama. Apapun, aku nak ucapkan terima kasih. Nanti kalau aku danisteri datang KL, aku roger. Balik elok – elok. Anak dara orang tu” PesanZarul.

 

Dia mengeringkan rambut menggunakan tuala miliknya sambilmengorak langkah ke meja belajar. Diperhatikan skrin komputer riba yangmemindahkan gambar – gambar perkahwinan Salina dan Zarul dari kamera milikJustin ke dalam komputer.

 

Dia duduk di hadapan komputer, menghitung peratusan prosespemindahan gambar. Jam yang berada di dinding dia kerling sekilas sambilmemerhati skrin komputer.

 

“Akhirnya!”

 

Selesai pemindahan gambar, dia menambah satu folder baru diatas nama ‘SalinaXZarul’ dan memilih gambar – gambar yang berkaitan sahaja.Selesai dengan itu, dia melihat gambar lain yang diambilnya sewaktu majlis.

 

Hampir semua gambar candid itu milik Nayla. Entah kenapa,dia lebih tertarik untuk mengambil gambar Nayla berbanding orang lain. Sepertidisuap manisan, dia tidak berhenti tersenyum saat memandang gambar – gambartersebut.

 

Gambar – gambar milik Nayla dia letakkan di dalam satufolder baru dengan nama ‘X1’ dan kemudian menyambung kembali tugasnya melihatfoto candid di majlis tersebut.

 

Dia tersenyum kecil, “Cute!” 

 

“Siapa yang cute tu?”

 

Mendengar suara Nadia, Dazrin pantas menutup foldergambar. Dia berpusing ke belakang, melemparkan senyuman pada Nadia yang sedangmemeluk tubuh.

 

“Kenapa tutup? Amboi amboi, dah ada girlfriend takbagitahu Nad, ye? Cakaplah siapa orang tu. Nad pun nak tahu jugak” pujuk Nadia.

 

Dazrin menggelengkan kepala. “Girlfriend? Nadbergurau ke? Angah ni nampak macam ada girlfriend ke? Nadia ni pun satu,yang masuk tak bagi salam kenapa?”

 

Nadia mencebik, dia melabuhkan punggung pada kerusi beanmilik Dazrin. “Nad dah bagi salam kot, angah yang tak jawab. Angah tengokgambar apa tu?”

 

“Aaa, angah tengah tengok gambar – gambar majlis yang angahambik semalam. Esok angah nak kena hantar gambar ni dekat kawan angah” Jelas Dazrin.

 

Nadia mengalihkan kerusi tersebut ke sebelah Dazrin, “Nadnak tengok juga, mana tahu jumpa jodoh angah. Sekaligus Nad nak cuci mata”  

 

“Jangan nak mengada sangat, Nad tu masih sekolah. Fokusdekat pelajaran dulu, sibuk cuci mata” Bebel Dazrin, tangannya menekan kembalifolder yang menunjukkan gambar – gambar perkahwinan Salina dan Zarul semalam.

 

Nadia di sisi sibuk memerhati satu – persatu gambar yang Dazrintunjukkan dalam bentuk slideshow. Ada kala bibirnya memuji orang – orang yangberada di dalam gambar tersebut.

 

“Angah, kejap. Nak tengok previous photo,macam familiar muka perempuan tadi”

 

“Yang ni?” Soal Dazrin sambil menunjuk gambar Nayla yangelok tersenyum di sebelah pengantin perempuan.

 

Nadia mengangguk. Tiba – tiba dia menepuk meja, “A’ah, kakRin! Dia kakak Hanee, kawan baik Nad. Kalau angah nak tahu, Nad insecuretau setiap kali tengok dia. Dalam gambar cantik, luar cantik lagi. Hm, angahkenal ke dengan Kak Rin?”

 

Melihat gambar tersebut, Dazrin turut mengiakan pujian dariNadia. Tidak dia nafikan kecantikan gadis itu, di majlis semalam turut adabeberapa orang yang ingin berkenalan tapi gadis itu menolak sementahnya.

 

“Kenal memang kenal, tapi taklah rapat mana. Dia orang yangabah suruh angah jag- maksud angah, rakan sekerja angah”

 

“Rakan sekerja? Bukan kerja angah jauh beza ke dengan kerjakak Rin? Kenapa pulak jadi rakan sekerja? Angah, is there anything I need toknow?” Soal Nadia dengan penuh curiga.

 

“Maksud angah, em…adalah! Sibuk je nak tahu. Nayla ni kawanabang Irfan pujaan hati Nad tu. Semalam, abang pergi kenduri dengan dia sekali”Pantas dia menukar topik. Habislah kalau Nadia dapat tahu!

 

Mendengar nama Irfan, terus ceria wajah gadis itu, “AbangIrfan apa khabar? Lama betul dia tak ke rumah. Anyway, kawan macam mana maksudabang? Oh kejap! Jadi dia inilah orang yang curi hati abang Irfan kan? Nadselalu tengok abang Irfan tweet jiwang – jiwang. Mesti sebab Kak Rin”

 

“Apa pulak curi hati bagai ni? Inilah perempuan. Suka sangatjump to conclusion lepas tu, sibuk nak main assume benda yang autasesuka hati. Nampak perempuan bertudung sebelah Nayla? Itu namanya Jasmaine.Kalau Nad nak tahu, Jasmaine itulah crush Irfan, yang buat Irfan jadijiwang semacam dalam twitter macam yang Nad nampak” Jelas Dazrin.

 

Nad mencebik, diperhatinya gambar Jasmaine agak lama sebelumkembali tersenyum. “Dia pun cantik, Nad approve. Apa – apa yang buat abangIrfan gembira, Nad pun akan tumpang gembira. Lagipun bila dikirkan, Kak Rin takminat bila sentuh soal hati dan lelaki. Dia lebih suka menyendiri. Tapi kan,untung betul siapa yang akan dapat kak Rin nanti”

 

“Maksud Nad? Ni angah nak tanya, Nad rapat ke dengan Nayla?”Soal Dazrin sekadar mengisi masa.

 

Selama ini, dia cuma mengenali Nayla dengan maklumat yangabahnya beri namun dia kurang tahu mengenai kisah hidup Nayla dan apa yangmenyebabkan gadis itu diburu oleh ‘orang itu’

 

“Nak kata rapat, tak juga. Cukup rapat untuk tahu yang KakRin tak berminat soal cinta cintun. Hanee pun ada bagitahu yang kak Rin selalubuat alasan setiap kali mama dia aturkan blind date

 

“Hm, Nad ada tanya kenapa? Atau mungkin dia ada pengalamanpahit waktu bercinta? Atau dia benci lelaki? Nad ada tanya tak dia minat lelakiyang macam mana?” Bertubi soalan yang Dazrin lemparkan pada Nadia.

 

Nadia menopang dagu, “Hmmm, Nad ada juga tanya. Dia cumabagitahu Nad yang dia belum ada masa untuk bercinta. Pelik juga since she’san adult and currently ada kerja yang stabil dan kewangan yang cukup”

 

“Oh ya, ada yang pelik tentang kak Rin. Hanee bagitahu yangkak Rin ada trauma dan hampir setiap malam dia mimpi ngeri dan meracau. Dia takcakap pulak trauma apa. Mungkin pakwe dia curang dulu? Satu lagi, Haneeberitahu yang trauma itu ada kaitan dengan parut di leher kak Rin. Nad bukannak jadi kepochi, tapi Nad betul – betul nak tahu apa yang buat dia trauma. Eh,angah banyak tanya ni kenapa? Angah terpikat ke?”

 

Parut?

 

Trauma?

 

Rasa ingin tahu Dazrin semakin tinggi. Kenapa abahnya tidakpernah menyebut soal ini? Apa yang membuatkan gadis itu trauma sampai begitusekali? Seberapa teruk perkara yang orang itu lakukan sampai menghasilkan parutdi leher Nayla?

 

“Ish, apa pulak terpikat. Orang cuma ingin tahu, itu punsalah ke? Dah, Nad pergi tidur sekarang. Esok sekolah kan? Pergi sana”

 

“Ek eleh, tipu. Apa salahnya kalau angah terpikat dengan kakRin. Dia cantik, pandai jaga diri, baik, single pulak tu. Cepat tau ngah, kanglambat melepaslah angah. Kak Rin banyak peminat tau! Goodnight!” ujarnyaseraya melangkah keluar dari kamar Dazrin.

 

Dazrin menggelengkan kepala melihat gelagat adiknya itu.Pandangan dikalihkan pada gambar Nayla. Dia menopang dagu. Sebaik mendengarcerita Nadia mengenai Nayla membuatkan dia rasa ingin tahu. Namun begitu, bukansenang untuk Nayla bercerita memandangkan mereka pun tidak begitu rapat.

 

Fail hitam yang terselit di antara fail – fail lain diacapai. Dibukanya satu persatu dokumen yang mengandungi maklumat mengenai gadisitu namun tiada satu pun yang membawa kepada trauma mahupun parut pada lehergadis itu. Tambahan pula, dokumen ini sendiri mengalami kekurangan dari banyaksegi memandangkan kebanyakkan hanya menceritakan peristiwa sebelum dan selepasberlaku.

                                                                                                                           

“Nayla Airina, trauma apa yang kau lalui sampai begitusekali?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh