Home Cerpen Umum TAK SALAH LAYAN, TAPI BERPADA
TAK SALAH LAYAN, TAPI BERPADA
HAAFIQAH IRUAN
28/7/2018 11:55:07
2,169
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Tengah borak dengan member pasal new product yang tengah top di pasaran. Dia pun tunjuk gambar product dalam gallery phone dia. Tiba-tiba masuk Messenger terpacul gambar lelaki di sebelah kanan handphone dia.


Aik... ? Chat dengan lelaki lain ?


"Aah... hehe"


Kau dengan tunang kau dah putus ke ?

*Curious kejap sebab dia ada tunang dan akan nikah hujung tahun ni.


"Taklah.. hehehe.. aku bosanlah. Dia sibuk dengan kerja dia lepastu biar aku sendiri. Bosan... takde orang nak mesej."


Ohhh... yeke.


"Kau jangan fikir bukan -bukan. Aku layan macam tu je... tapi dekat hati aku tetap Adam sorang je."


Aku tak cakap apa pun. Hehe...


*sambung balik cerita pasal product tu... tiba-tiba masuk lagi mesej dengan simbol 'Love' dan perkataan 'I love you too syg'


Cepat-cepat dia alihkan Messenger tu ke bawah. Takut aku terbacalah tu. Tapi maaf, aku sudah terbaca. Hmmm


====================================


Hati tak boleh dibuat main. Kalau kau ada satu nama dalam hati, simpanlah hanya dia sahaja. Tak perlulah layan yang lain lagi-lagi bila hubungan hendak ke jinjang pelamin. Mungkin sekarang hari kau, tak jujur(setia) dengan dia sedangkan dia sangat menjaga hubungan kau dengan dia hingga sanggup bersusah payah kerja cari duit untuk menghalalkan kau, tapi nanti... mana tahu lepas nikah dia pula yang buat macam tu dibelakang kau. Tak ke sakit rasanya ???


"Ala... aku boleh control hati aku. Aku layan dia pun sebagai kawan je."


Okey, tapi cuba bayangkan tunang kau kat tempat kau dan layan orng lain mcm kau buat lepastu tunang kau cakap 

"Ala... takpe. Walaupun aku panggil perempuan lain 'Sayang' tapi hati aku tetap untuk dia sorang je."


Sakitkan rasanya?! Sakit! 


P/s : 

Tak salah nak layan tapi berpadah-padah. Jangan sampai makan berdua, jalan berdua, setiap hari tak sah kalau tak WhatsApp rasa macam hilang sesuatu. Kononnya kawan dan anggap macam adik beradik tapi bila tak contact sehari dah rasa macam nak gila. Tak senang duduk dibuatnya. Adakah itu memang kawan ? atau Ingin menambah lawan dalam percintaan ?


Bila sudah ada yang sudi menerima kita dan berani berjumpa dengan orang tua kita, hargailah dia. Fokuskan pada hubungan yang satu dan kerjaya sahaja. Tak salah nak layan yang berlainan jantina dengan kita tapi jangan sampai melebihi had, contohnya dalam urusan kerja sehari-hari kita. Jangan over sampai bertukar nombor dan nama Facebook pula takut dari situlah timbulnya bibit cinta penyesalan.


Percayalah, pasang banyak-banyak hanya membebankan diri sendiri.

^_^


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.