Tajuk : Selipar
Jepun
“Tak
mahu mak!” jerit Aqil dari dalam biliknya. Pintu bilik sudah pun
dikuncinya awal-awal lagi. Aqil nekad untuk tidak ke surau malam
ini. Biarlah semua kawan-kawannya menunggu. Biar mereka tahu yang dia
marah.
“Tok..tok..tok..”
kedengaran pintu biliknya diketuk berulang kali.
“Aqil...Aqil...marilah ke surau. Bukankah Aqil anak emak?” Sayu
hatinya mendengar kata-kata emaknya. Aqil bingkas bangun dari
katilnya. Perlahan-lahan kunci dipulasnya. Daun pintu bilik dikuak
perlahan-lahan. Emak masih lagi berdiri di depan pintunya. Emak
pergilah dengan abah. Aqil kurang sihat malam ini. Aqil cuba untuk
berdalih.
“Aqil
bergaduh dengan kawan-kawan?”soal emak lagi. “Eh,tak adalah mak!
Aqil okey saja dengan kawan-kawan. Aqil nak berehat mak. Lagipun
malam ini ada banyak kerja rumah yang hendak Aqil siapkan.
Ermm...baiklah... Aqil jangan pula keluar rumah. Emak dan abah
selepas isyak baru balik.”
Aqil
menuju ke bilik mandi. Dia mengambil wudhu. Tinggal sendirian di
rumah tak bermakna dia boleh ponteng menunaikan solat. Malam ini dia
solat maghrib dan isyak sendirian. Selalunya dia turut berjemaah di
surau. Seusai menunaikan solat maghrib Aqil berehat di katilnya.
Dia
teringat akan Mak Usu Ida. Mak Usu Ida jarang sekali balik ke
kampung. Mak Usu Ida bekerja di bandar. Jika balik pun ketika cuti
yang panjang sahaja. Hatinya mula merindui dengan Mak Usu Ida. Mak
Usu Ida satu-satunya ibu saudara yang Aqil rapat. Mak Usu Ida bukan
sahaja seperti kakaknya, malah seperti rakan karibnya. Aqil membelek
album mininya. Satu persatu gambar dilihatnya. Gambar Mak Usu Ida
memberikan dia hadiah hari jadi bulan yang lalu. Dia genap berumur 10
tahun.
“Aqil...
Aqil...” kedengaran suara emak memanggil. Aqil terkejut. Emak sudah
sampai. Awal juga emak pulang. “Bukankah emak kata tadi selepas
solat isyak baru pulang?” Aqil bingkas bangun. Matanya mengerling
sekilas ke arah jam dinding. Ya Allah, pukul 9 malam rupanya. Aqil
terleka. Aqil merasa bersalah kerana larut dalam emosinya.
Aqil
keluar dari biliknya. Kelihatan emak sedang sibuk menghidangkan
makanan. Abah pula membaca buku tajwid. “ Aqil sudah solat?”
tegur abahnya. “Ermm...belum abah. Tadi Aqil leka melihat gambar di
dalam album.” Aqil mengaku dengan jujur. Dia tidak mahu membohongi
abahnya.
Aqil
solatlah dahulu. Nanti kita makan sama-sama. Aqil sekadar mengangguk
lalu beredar ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia sendiri tidak
yakin wudhunya tadi masih ada atau tidak. Perasaan was-was itu
menyebabkan dia nekad untuk mengambil semula wudhu. Bijak sungguh
syaitan merosakkan keyakinannya. Bisiknya dalam hati. Syaitan berjaya
membuatkan dia alpa dengan melihat gambar-gambar tadi.
Tangan
ditadah memohon perlidungan daripada Allah. Aqil berasa kesal kerana
melewat-lewatkan solat isyak. Air matanya menitis dipipinya. Rasa
tenang setelah meluahkan rasa hatinya pada Allah yang esa.
“Assalamualaikum.....”
kedengaran seperti suara Adli yang memberi salam. Aqil bingkas bangun
lalu melipat kain sejadah. Dia masih lagi memasang telinga di sebalik
daun pintu biliknya. Selang beberapa saat pula seperti suara emak
yang bercakap-cakap. Aqil kaget. Siapakah yang datang malam-malam
begini? Jika benar kawan-kawannya yang datang, bocorlah rahsianya
nanti. Aqil masih ragu-ragu untuk keluar dari bilik.
“Mak
Cik Salma... kami minta maaf. Boleh kami berjumpa dengan Aqil?”
ujar Adli. “Oh... Adli..marilah masuk dulu. Nanti mak cik
panggilkan Aqil.” Adli, Kasim, dan Nasir pun masuk lalu duduk di
ruang tamu.
“Aqil...Aqil..”
panggil Mak Cik Salma. “Aqil keluarlah. Ada kawan Aqil.” Mak Cik
Salma mengetuk pintu bilik Aqil beberapa kali. Selang beberapa saat
kemudia barulah Aqil membuka pintu biliknya. Wajahnya muram.
Aqil
duduk di kerusi berhadapan dengan kawan-kawannya. Dia merenung Adli.
Adli masih lagi belum bersuara. Wajah Aqil merah. Emak datang dari
dapur lalu menghidangkan air milo panas dan biskut. “
Aqil..jemputlah kawan-kawan minum.”
“Aqil,
kami minta maaf! Kami tahu kami bersalah Aqil. Aqil mendengus marah.
Senang kamu minta maaf Adli. Tahukah kamu bahawa selipar itu sangat
berharga buat aku!” bentak Aqil.
“Kami
boleh gantikan Aqil,” jawab Nasir.
“Ya,
betul itu Aqil. Kami rela menggantikan dengan selipar yang baru
Aqil,” kata Kasim.
“Aqil,
kami sudah pun mengumpul wang untuk membelikan selipar baru untuk
kau,” tambah Adli.
“Selipar
baru? Adli...selipar baru tak akan sama seperti selipar itu.” Aqil
kelihatan semakin sedih. Selipar itu sangat bererti buat aku. Itulah
satu-satunya hadiah daripada Mak Usu Ida. Lagipun selipar itu di beli
jauh dari sini. Luah Aqil dengan nada yang pilu.
Emak
datang dari dapur. “Aqil, kenapa menangis?” Aqil masih lagi
membisu. Air matanya disekanya dengan jari telunjuk. “Tiada apa-apa
mak. Barang yang hilang tak akan dapat di cari ganti. Apa yang
hilang Aqil?” soal mak lagi.
“Mak
Cik Salma, sebenarnya selipar Aqil telah hilang. Tiga hari yang lalu
semasa di surau, kami telah main satu permainan iaitu tikam selipar.
Masa itu kami pinjam selipar Aqil sebagai pembaling. Malangnya pada
malam itu, selipar Aqil hilang selepas kami baling. Kami sudah
berusaha mencari di sekitar surau. Tapi tidak dijumpai, jelas Adli
bagi mewakili kawan-kawannya.”
“Oh,
begitu rupanya! Aqil...janganlah bersedih, pujuk emak. Tapi mak,
selipar itu hadiah daripada Mak Usu Ida. Itu mak tahu Aqil. Tapi
kalau sudah hilang, Aqil harus redha. Aqil tak kasihan dengan
kawan-kawan Aqil? Mereka telah pun berusaha mencari selipar Aqil.”
“Mak
Cik Salma, kami telah pun mengumpul wang untuk menggantikan selipar
Aqil. Adli menghulurkan sampul surat yang berisi wang. Semuanya ada
lima belas mak cik. Itu sahaja yang kami mampu.”
“Kami
minta maaf, kami tak dapat tolong belikan. Harap mak cik boleh
belikan Aqil selipar yang baru,” ujar Adli. “Eh, tak perlulah
begini! Selipar itu bukan mahal pun,” kata Mak Cik Salma.
“Tapi
mak cik... kami tak dapat nak beli selipar itu. Selipar itu hanya ada
di negara Jepun. Kami tak mampu nak pergi ke Jepun mak cik,”luah
Nasir.
Tiba-tiba
emak ketawa. Aqil pun terkejut. “Jepun? soal emak lagi. Yalah mak
cik, kami mana ada wang kalau nak pergi ke negara Jepun. Bukan dekat,
perlu naik kapal terbang lagi,” tambah Kasim.
“Siapa
yang memberitahu selipar Aqil itu dibeli di Jepun?soal mak lagi. Adli
dan kawan-kawannya berpandangan. Mak cik, bukankah Aqil juga yang
beritahu itu selipar jepunnya?”soal Nasir.
Aqil
menggeleng kepalanya.
“Adli,
Kasim, Nasir... aku cakap selipar jepun, bukan selipar beli di
Jepun!” kata Aqil.
Serentak
itu emak ketawa lagi. Tika itu barulah Adli, Kasim dan Nasir
terkejut. Rupanya selama ini mereka salah sangka. “Apa pun kami
minta maaf Aqil,” ujar Adli.
Baiklah,
aku maafkan. Tapi dengan syarat pastikan jangan lagi bermain tikam
selipar pada waktu malam. Lihat apa sudah terjadi. Selipar kesayangan
aku tiada galang gantinya.