hoi!
gema jerkah
anak tekak getar getah
jangan menjawab takut sanggah.
hoi!
kau pengkhianat
jam datuk kian tenat
jarum jam mendetik bagaikan perang
selamba sahaja kau curang.
hoi!
andaikan masa itu manusia
berhadapan dengan dirimu manusia!
apa perasaan mu
andai masa itu khianat jasadmu!
hoi!
masa ternyata semata-mata abstrak
jam hanyalah simbol detik-detak
jangan dikau teragak-agak
khianat jarum yang tak boleh menetak.
tepati masa
amalan mulia.