Mata Dhiya dan Puan Dayah melekat pada sebuah kereta mewah yang memasuki halaman rumah mereka. Fuh kereta mewag ni
Berkerut kening masing masing . Ahh sudah . Orang kaya mana pulak yang sesat datang rumah buruk mereka ? Persoalan itu dibiarkan apabila melihat wajah hairan ibunya.
"Assalamualaikum . Yah dah siap ke.... Eh Dhiya . Ya Allah bertuah punya anak balik tak bagitau pun kan ." Tangannya dihulur dan senyuman nya tak lekang dari bibir . Rindu pada si anak yang sudah jarang pulang ke kampung
Jarak antara rumah Dhiya dan ibu bapanya tidak lah jauh mana pun . Hanya lah KL-Selangor saja . Tetapi disebabkan kesibukan menguruskan studionya Dhiya kurang masa untuk melawat keluarga nya di Selangor ini . Saja lah tu , nak bermanja lebih.
Tersengih Dhiya mendengar nya . Jujur dia pun merindui kelauarganya. Sejak berkahwin dia sudah jarang pulang ke sini"Abah sape tu abah ? Kawan abah dari London ke ? " soal Dhiya sambil matanya sibuk mengintai di sebalik cermin kereta yang bertinted . Kelas lah abah ni, ada kawan dari London..
"Lah . Abah lupa . Ni mesti sebab jumpa Dhiya ni . Rindu abah dengan Dhiya . Kenapa Dhiya ni makin kurus ? Fawwaz mana? Tak ikut sekali ke ? " rindu juga lah Encik Luq pada menantu nya . Sudah lama Fawwaz tidak melawat mereka di sini
Dhiya tersenyum kelat . Tangannya pantas menggaru kepala yang tidak gatal .
" Fawwaz pergi overseas abah . Ada hal " ahh bedal je lah Dhiya . Asal kau tak payah jawab banyak. Haih tambah lagi dosa kau Dhiya 😂
Terangguk angguk Encik Luq dengar penjelasan Dhiya . Sebenarnya sudah lama dia tidak berjumpa dengan menantunya . Hati tua nya rasa ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga anak nya itu tapi didiamkan saja demi menjaga hati anak perempuan nya . Dia juga berdoa supaya perkahwinan anaknya kekal hinga jannah
"Bang, kot iya pun nak sembang ajak lah kawan tu naik rumah dulu . Ni dak . Biaq ja kawan tu tercegat depan tu " marah Puan Dayah . Dari tadi dia menjadi pwmerhati adengan ayah dan anak ni. Dapat bersembang lupa orang lain
"Allah . Abang lupa lah ,Yah . Eh Daniel masuk lah . Tak payah malu malu . Rumah kecik je . Tak mewah pun tapi cukup nak duduk berlindung kat sini . Jom naik . Dayah ni dah masak banyak lauk ni . " jemput Encik Luq sopan .
Lelaki yang dipanggil itu kelihatan tersenyum sahaja dan bercakap dengan sesuatu kepada keluarga nya . Kelihatan mereka semua terangguk angguk
Mereka sekeluarga menapak ke arah kami .
Dhiya memerhatikan satu satu tetamu yang menghampiri nya .
Seorang lelaki dan perempuan tua yang dia perhatikan rasa rasanya lebih kurang sebaya ibubapa nya .
Seorang perempuan dan dua orang lelaki pula dipandang nya . Fuh . Bergetaq tulang rusuk nahh ceq tengok . Terabur iman ceq . Kacak habis anak teruna pak cik ni
Dhiya tersedar dari membelek muka tiga orang itu selepas disiku oleh uminya . Segera Dhiya mengawal matanya dari terus memandang kedua dua jejaka itu. 'Ingat Dhiya, kau tu dah kahwin' Dhiya menyedarkan dirinya
Sekali lagi uminya menyiku lengannya. Oh salam rupanya . Tangan tua itu dicium hormat . Mak aihh . Lembut gila tangan . Wangi pulak tu . Tergoda aku bau. Mesti mahal gila losyen dia ni
Selesai saja sesi salam menyalam mereka semua masuk ke dalam rumah papan itu sambil riuh bercerita.