Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
118,549
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Diana bangun dari tidur dan terus ke meja soleknya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajahnya yang berubah menjadi sangat buruk. Kulitnya terkupas sana sini seperti dibakar. Benjolan di mukanya sepertinya melecur terkena api membuatkan dia sangat takut melihat wajahnya sendiri.

“ARGHHHHH!!!!” dia menjerit ketakutan sambil menutup matanya kerana tidak sanggup melihat wajahnya sendiri. Dia menangis meratapi wajahnya yang berubah menjadi hodoh.

“aku hodoh! Kenapa dengan muka aku?!” jeritnya sambil meraung. Dia cuba membuka matanya dan melihat ada seseorang sepertinya di belakangnya. Dan orang itu memiliki wajahnya yang cantik sebelum ini. Dia terkejut dan terus menoleh ke belakang.Dia berdiri dan menatap orang itu. Orang itu memiliki wajah yang mirip dengannya dan yang membezakan mereka adalah wajah Diana hodoh dan menakutkan manakala orang itu memiliki wajah yang cantik dan bersih.

“Sss..si.. siapakau?” tanya Diana dengan tergagap-gagap.”

“Aku adalah kau.”Jawab orang itu. Diana semakin pelik akan dirinya.

“apa maksud kau!! Kenapa wajah kau sama dengan aku!” jerit Diana kepada orang itu.

“HAHAHAHAHA. Kau adalah aku Diana! Dan aku adalah kau!! Kita sudah bersatu sejak dari kau mengambil aku dahulu!!” Lantang orang itu bersuara.

“bila aku ambil kau haa?! Kenapa wajah aku hodoh macam ni!! Aku nak wajah aku semula!!! Arghhhhhhhhh!!” jerit Diana bagaikan histeria. Dia tidak dapat menerima wajahnya hodoh seperti itu.

“Ada satu cara kau nak kembalikan wajah cantik kau!” sergah orang itu sekaligus membuatkan Diana ketakutan mendengar suara orang itu berubah menjadi sangat garau.

“mm.. maa… macammana?” tanya Diana teragak-agak.” Orang itu tersenyum sinis mendengar soalan Diana itu. Dia akan pastikan Diana mengikuti segala katanya dan dia pasti akan menjaga Diana dengan sebaik mungkin.

“setiap malam jumaat. Kau harus mengorbankan darah kau kepada aku! Kalau tidak wajah kau tidak akan pernah cantik!” Kata orang itu dan dengan cepat Diana menganggukkan kepalanya. Dia tidak dapat berfikir dengan waras dan hanya inginkan wajahnya kembali sediakala.

“baik. Ingat perjanjianmu!” kata orang itu lalu lenyap dalam sekelip mata. Diana menggosok matanya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat.dia menoleh ke arah cermin dan mendapati bahawa wajahnya Kembali seperti sediakala malah wajahnya lebih cantik daripada sebelum ini. Bagaikan ada sinar di wajahnya dan dalam tidak sedar bibirnya mengukirkan senyuman kepuasan dengan wajahnya.

Di mana Diana lalu pasti ramai mata yang terpegun akan kecantikan wajahnya. Diana mula berasa bangga akan perhatian yang dia dapat. Gina di sebelahnya melihatnya dengan perasaan yang aneh. Dia merasakan bahawa kawan baiknya telah berubah menjadi seorang yang obsess akan kecantikan.

“kenapa aku rasa kau cantik sangat sekarang?” kata Gina memecahkan situasi sunyi antara mereka. Sepanjang mereka keluar, dia dan Gina kurang berbual sesama sendiri dan Diana pula asyik dengan telefonnya. Diana semakin kerap berselfie padahal sebelum ini Diana seorang yang agak segan apabila mahu berselfie seorang diri.

“cantik pun salah ke? Buat pengetahuan kau, aku dari dulu cantik.” Kata Diana acuh tak acuh.

“yer tahu kau memang cantik dari dulu tapi sekarang aku tengok bertambah-tambah cantik. Kau pakai produk apa?” Gina cuba mengorek rahsia daripada Diana. Diana pula tersenyum lebar mendengar pujian itu. Dia amat berpuas hati dengan dirinya sekarang. Dia rasakan dia semakin mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam setiap perbuatannya.

“disebabkan kau puji aku melangit. Jom aku belanja makan. kau order je apa-apa aku belanja.”Kata Diana ceria. Gina pula semakin aneh dengan perangai kawan baiknya itu. Dia juga perasan akan sikap Diana yang cepat berubah daripada seorang yang sabar kini menjadi seorang yang kuat marah jika tak kena tempatnya, silap-silap taufan pun melanda.

Gina senyum terpaksa. Dia bukan tidak suka melihat kecantikan kawan baiknya itu namun dia merasakan ada sesuatu yang disorokkan oleh Diana. Hendak kata Diana masih kecewa akan interview tempoh hari, dia tahu bahawa Diana seorang yang sabar dan tidak mudah berputus asa. Dia cukup yakin akan kata hatinya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kawan baiknya. Terkadang dia terlihat bahawa Diana suka bercakap seorang diri namun apabila ditegur Diana mengatakan bahawa dia hanya bercakap dengan dirinya sendiri.

Mereka berhenti makan di sebuah restoran. Setelah memesan makanan, Gina lihat Diana masih lagi asyik dengan telefonnya.

“Cik Diana, kita datang nak makan. boleh stop tak tengok telefon tu. Dari tadi tak berenggang.Kau tengok apa?”

“alaa kau ni, aku tengok tutorial makeup. Beria sangat nak make up. Kan elok kalau natural beauty macam aku ni.” Diana mula mengangkat bakul sendiri walaupun itu hakikatnya.Gina mencebikkan bibirnya bukan kerana dia cemburu tetapi dia kurang berkenan dengan sikap Diana yang suka mengagungkan kecantikan dirinya.

“ikut kauu lah Diana.” Kata Gina apabila dia tahu dia akan kalah dengan kata-kata Diana.

“kau cemburu keaku cantik sekarang ni?” tebak Diana secara tiba-tiba. Tersedak air yangdiminum oleh Gina.

“apa kau ni?Cemburu? Tak ada lah. Aku suka lagi berkawan dengan orang ‘cantik’ cam kau.”Perli Gina. Sengaja dia tekankan suaranya pada perkataan cantik itu. Diana yang mendengar hanya menjeling kawannya itu.

“cemburu lah tu aku lawa dari dia.” Bisik hati jahat Diana. Dia merasakan semua orang cemburuakan kecantikan dia termasuk kawan baiknya itu. Perbualan mereka terhenti apabila makanan yang dipesan oleh mereka telah sampai. Mereka makan dengan senyap tanpa mengeluarkan sebarang suara. Diana seperti biasa sibuk dengan telefonnya. Gina pula tiada pilihan selain mendiamkan diri dan teruskan makan. Gina berasa hubungan mereka agak renggang sejak kebelakangan ini. Walaupun mereka sering keluar makan bersama tetapi setiap perbualan mereka pasti tidakakan sehaluan. Jika Diana mengatakan B dia pasti sebaliknya. Dia tidak tahu mengapa itu terjadi. Tidak tahu di mana silapnya dalam persahabatan mereka.Terkadang dia merasakan Diana semakin jauh dengan nya. Tidak seperti dahuluyang selalu berkongsi cerita dan rahsia. Kini Diana dirasakan semakin kuat berahsia dan tidak banyak yang Gina tahu apa yang terjadi akan dirinya sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya Gina agak risau akan perubahan Diana yang dilihat agak ketara. Dia merasakannya mungkin disebabkan dia telah lama bersahabat dan sering berkongsi kisah sukadan duka.

Sering juga dia bertanyakan kepada Diana, namun Diana seperti ingin merahsiakan sesuatu daripadanya.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.