Awanan biru
Menitiskan tangisnya
Mencurahkan segala rasa
Meluahkan segala luka
Dan ia juga yang bersama
Menemani kita
Yang masing-masingnya dalam sengketa.
Torehan tajam menikam jiwa
Tangis sakit tanpa bunyinya
Di bawah langit yang sama
Tapi dalam cerita yang berbeza.
Kerana kini-
Ternyata...
Kita berdua di jalan yang berbeza
Meski di bawah langit yang sama.
-hasya