Home Novelet Keluarga Asam Pedas Brokoli
Asam Pedas Brokoli
Tinta Ana
17/2/2018 00:21:49
12,604
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 2

Irdina yang teruja dengan kehadiran kakak iparnya barunya mengambil tugas untuk menunjukkan keseluruhan rumah kepadanya. Irfan hanya tersenyum, membiarkan adik bongsunya itu bercoletah kepada Ashley. Wanita itu terkebil- kebil, cuba memahami percakapan Irdina yang agak laju dan dalam loghat utara. Sekali- sekala diselitkan juga Bahasa Inggeris apabila kakak iparnya nampak keliru.

“Ni kucing adik, Nene,” Irdina menunjukkan kucing tompok kesayangannya.

“Ne-ne,” Ashley cuba menyebut, membiasakan lidahnya.

“Betoi!” Irdina tersengih. “Ni bilik adik, sana bilik Bang Ngah.”

Ashley yang dalam perjalanan pulang tadi mengetahui Irfan dipanggil Bang Ngah oleh setengah ahli keluarga mengangguk. 

Irdina menggaru kepala yang tidak gatal. Haruskah dia menemani Ashley di dalam bilik abangnya sehingga Irfan tiba atau membiarkan sahaja wanita itu sendirian? Setelah berfikir panjang, Irdina mengambil keputusan untuk menemani Ashley. 

Ashley mengambil masa, memerhatikan bilik tidur suaminya itu. Biarpun enam tahun tidak berpenghuni, bilik itu bersih dan terjaga.

“Mak cuci selalu, sebab tu bersih,” terang Irdina tanpa dipinta.

“Cuci?”

“Clean,” jawab Irdina.

“Oh.”

Ashley membuka tudung.

“Rambut Kak Ashley lawa!” kata Irdina tiba- tiba, merenung rambut merah Ashley yang lurus.

Ashley tercengang. ‘La-wa? Heard that before but I can’t remember!’

Apabila perasan Ashley nampak bingung, cepat- cepat Irdina menyambung. “Lawa is cantik! Pretty!”

“Oh! Yours too! La-wa!” balas Ashley. 

Irdina tersengih. Kebetulan Hajah Naimah keluar masuk ke bilik dengan kain batik yang terlipat di tangan.

“Umi pun la-wa,” Ashley masih berlatih.

“Huh? Oh, yakah?” Hajah Naimah terpinga- pinga. Irdina tergelak melihat reaksi uminya. 

“Hang ajaq apa pulak kat kak hang ni?” tanya Hajah Naimah, menjegil anak bongsunya itu,

“Mana ada. Chek cuma kata rambut dia lawa. Lepaih tu semua dia puji lawa,” Irdina masih tersengih gelihati. 

Mereka melihat Ashley yang kini memuji kucing mereka pula yang mengekori Hajah Naimah, “Nene la-wa.”

“Toksah dok ajaq dia pelik- pelik, satgi lagi pelik bahasa dia,” Hajah Naimah kemudian memandang Ashley. “Ini kain batik, kalau nak pakai.”

Ashley mengambil kain batik, cuba memahami apa yang ingin ibu mentuanya cuba sampaikan. “Pakai?”

“Wear,” Irdina cuba menunjuk dengan isyarat tangan ke badannya.

“Oh, okay. Terima kasih umi,” kata Ashley. 

Hajah Naimah keluar, menarik tangan Irdina untuk mengikutnya. Alasannya, Irdina perlu menolong dia memasak. Ashley membelek kain batik itu, masih keliru dengan cara- cara untuk mengenakan kain batik. Ada dua lubang. Lepas itu? 

Ashley mengeluarkan komputer riba. Bila ada masalah, Youtube mungkin ada jawapan! Irfan masih ke bilik melihat isterinya masih cuba memakai kain batik berpandukan Youtube. Dari caranya itu, lambat lagilah dia boleh pakai dengan betul.

“Darling, do you need my help?” tanya Irfan, tergelak kecil.

“Please,” Ashley merengek.

Irfan membetulkan kain dan menunjukkan cara- cara yang betul mengikat kain batik. 

“Macam ni, ikat sini,” Irfan menolong Ashley mengikat kainnya.

Ashley melihat cara- cara Irfan melakukannya, cuba belajar sebaik mungkin.

“Kind of easy. Terima kasih sayang!” Ashley merangkul tengkuk suaminya.

“Sama- sama sayang,” balas Irfan yang membalas dengan ciuman. “Lupa pulak, we can’t act like this in front of others.”

“Why?” tanya Ashley dengan raut wajah terkejut. 

Apa yang salahnya menunjukkan kasih- sayangnya pada Irfan di depan orang lain? Mereka sudah berkahwin, bukannya berdosa!

“It’s not polite to hug or kiss in public places, even between husband and wife.”

Ashley mengangguk, akur akhirnya. Ini bukan Amerika, budayanya tidak sama. Dia harus mengikut adat orang tempatan.

“Jom!” Irfan menghulurkan tangan.

“Boleh hold hands?” 

“Boleh pegang tangan untuk suami isteri,” jawab Irfan.

Ashley tersenyum senang, menyambut tangan suaminya untuk keluar bersama.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.