Home Novelet Keluarga Seorang Tua Di Ibu Kota
Seorang Tua Di Ibu Kota
NaimTamdjis
18/5/2015 21:52:16
8,072
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 1

Allah!!!" teriak seseorang. Mail yang baru keluar dari kedai 7 eleven segera membantu seorang tua yang dilihatnya terjatuh. Mail memaut lengan orang tua tersebut yang terjatuh di longkang kecil hadapan kedai dan membantunya berdiri semula.

"Pakcik tak apa-apa?" tanya Mail sambil membantu mengambil beg sandang orang tua tersebut yang terjatuh.

"Takde apa-apa nak" jawab pakcik tua tanpa memandang Mail. Mail pelik kerana orang tua itu teraba-raba tangannya.

"Pakcik cari apa?" tanya Mail kehairanan.

"Cari tongkat pakcik nak. Pakcik buta. tongkat pakcik tulah jadi panduan pakcik," jelas pakcik tersebut. Mail memandang sekeling... di dalam longkang dia lihat ada dahan kayu kecil.

"Dahan kayu tu pakcik punya tongkat ke?" tanya Mail.

"Ya nak. Pakcik punya." Mail menunduk dan mengambil dahan kayu dan memberikan ke tangan kanan pakcik tua. Di bahu kiri dan kanannya tergalas beg buruk yang sarat.

"Pakcik nak kemana dengan beg-beg ni semua?" tanya Mail.

"Owh. Pakcik tak kemana-mana. Pakcik takde rumah nak... pakcik ingat nak solat masjid depan sana tu. Tapi berkunci pulak... pakcik nak cari ruang solat. boleh terjatuh pulak. beg ni ada pakaian pakcik... ada barang jualan pakcik?"

"Jadi pakcik nak kemana?"

"Kemana-mana kaki ini melangkah nak... situlah pakcik tidur selagi tiada orang halau pakcik."

"Pakcik takde rumah?" tanya Mail. Pakcik hanya tersenyum... dia hanya mengelengkan kepala. Mail berasa kasihan mendengarkan jawapan pakcik tua tersebut.

"Marilah ke rumah saya. Bukan rumah. Tapi bilik sewa saya. Dekat sahaja. Kalau pakcik nak tumpang sembahyang... saya pun duduk dekat-dekat sini. Rumah kedai... kena jalan sedikit."

"Syukur alhamdulillah. Dapat tumpang solatpun jadilah."

"Mari saya pimpin pakcik. Nama pakcik siapa?"

"Nama pakcik Danial nak... panggil Pakcik Dan sahaja." Mail memimpin orang tua itu ke bilik sewanya.

Sampai di bilik sewanya Mail menyuruh Pak cik Dan mandi dan bersolat. Bilik sewanya unik di mana bilik air ada di setiap bilik penyewa. Cuma dapur perlu dikongsi jika hendak digunakan. Ada 6 bilik di dalam rumah itu yang disewakan dengan kadar RM 200 sebulan. Mereka hanya bertegur sapa apabila menggunakan dapur untuk memasak atau menonton televisyen di ruang tamu utama. Tapi Mail jarang-jarang menggunakan dapur mahupun menonton televisyen. Hidupnya hanyalah di tempat kerja ataupun di dalam bilik sewanya. Mail bekerja sebagai pembantu pejabat. Kalau mahu makan, hanya makan di kedai mamak berhampiran. Hari minggu di akan balik ke rumah pusaka orang tuanya di Hulu Langat. Selepas mandi Pakcik Dan meminta izin untuk bersembahyang. Mail mengangguk bersetuju dan menunjukkan arah kiblat. Dia melihat jam di tangan. Menunjukkan pukul 11 malam. Mail bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi.

Selepas solat Pakcik Dan hanya membaca quran yang dihafalnya. Bacaannya walaupun perlahan masih dapat didengari oleh Mail semasa berdoa. Syahdu dan ada nada kesedihan. Selesai berdoa Mail melipat sejadahnya. Mail menoleh dan melihat Pakcik Dan masih tekun mengalunkan ayat-ayat suci. Mail memasak air panas untuk dibuat kopi. Bungkusan roti yang dibelinya tadi dibuka… ada 2 biji roti sardin yang dibeli untuk makan malamnya. Itulah dia mampu beli ketika ini sementara menunggu gajinya masuk seminggu lagi.Kuala Lumpur, serba serbinya mahal. Buruh sepertinya hanya cukup-cukup makan. Pakcik Dan menamatkan alunannya.

“Pakcik dah makan?” tanya Mail berbahasa basi.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.