Bab 2

Tahun 2012, KualaTerengganu, Malaysia

Imankelihatan sedikit pucat dan tidak bermaya. Bibirnya terbaris gelupas-gelupashalus, kering. Renik-renik peluh dingin mula muncul di dahi, disapu perlahandengan hujung lengan baju kurung turquoise cotton Inggeris yang dipakainya ke kelas pagi tadi. Nafas Iman turun naik, sedaya mungkin menyedut udara disekeliling, tercungap-cungap. Dada dirasakan dipalu-palu tidak berhenti. Senak.Iman hanya mampu diam di tempat duduknya, tangan meraba-raba beg sandangmengikut instinct menggapai inhalernya. Lambat ketemu. Habisbarang-barang, bedak, pen-pen, telefon bimbit bertaburan di bawah kaki Iman,beg sandang itu diterbalikkan. Nafas semakin semput dirasakan. Tanganmenggagau-gagau ke kaki. Akhirnya, objek bertiub putih biru itu berjayadicapainya. Terus disua ke rongga mulut lalu tiub putih ditekan beberapa kali.Sekali, dua kali dan tiga kali. Lega. Iman diserang asma tiba-tiba.Alhamdulillah, sempat dirawat. Iman hilang keringat, bersandar lesu di dalamkereta Myvi  putih miliknya. Belum punya keyakinan untukmemandu sendiri ke rumah. Nokia 96  dicapai dan dielus-elus skrin perlahan. NamaBonda terpapar dan ditekan-tekan tanda memanggil.

Calling...calling...calling...Answered...”, Telefon diletakkan ke telinga perlahan. “Bonda...Iman...Iman sakit Bonda...semput lepas habis kelas tadi...”, Suara Iman lesu, terketar-ketar bicaranya menahan sendukecil. Telefon diletak ke tepi. Mata dipejam rapat, tenang sedikit setelahbicaranya dengan Bonda tersayang. Saat cemas berakhir. Iman terlelap seketikasambil menunggu Bonda menjemputnya.

Beberapaketika itu, cermin kereta kedengaran diketuk perlahan. Iman masih memejamkanmata. Tidak mengendahkan siapa yang mengetuk pintu keretanya. Berkali-kalidiketuk, barulah Iman terjaga. Wajahnya disapu dengan tangan, membuangbibit-bibit kantuk yang berbaki. Kelihatan seorang lelaki berkemeja biru lembut begitu dekat dengan cermin kereta dengan tangan yang diangkat sedikit, menyapaIman. Tersentak dengan kehadiran itu, cermin kereta pantas diturunkan. Tidakseluruhnya, hanya separuh sahaja. “ Errr, Assalamualaikum...kenapa ketuk cerminsaya...? Maaf la yer, saya tak kenalsiapa awak...”, Iman gugup. Wajah lelaki bermata honey  itu dipandang sepintaslalu, cuba mengingati seseorang yang mungkin ditemui dimana-mana. Iman masihberfikir-fikir dengan kepala yang masih lagi pening lalu pintu kereta dibuka.Iman keluar dari perut kereta perlahan, agak terhuyung-hayang, sumbanglangkahnya. Lelaki tadi hanya tersenyum dan memandang. “ Sebenarnya saya peliktengok kereta awak, dah lama parking kat sini..So I thought something bad had happened...Mmmm, no wonder you’restill here...You’re sick aren’t’ you...”, Lelaki itu mengangguk-angguk sepertibaru memahami sesuatu.

“Saya Aiman. Amar Aiman, tengah sambung Masterkat sini..”, Aiman memperkenalkandiri sambil tersenyum kecil. Iman hanya memandang sepi ke arahnya lalu menganggukperlahan. “ Saya tengah tunggu Bonda..ibu saya, nanti datang la agaknya. Lewatsikit, ada kerja katanya...”, Iman sekadar berbasa-basi. Tidak pula dikenalkannamanya. Hanya terus berdiri sehingga Aiman pergi dari situ setelah memintadiri. Iman bersandar kejap dipintu kereta. Nafas dihela. Kelihatan Puan Rohayuberlari-lari anak ke arah Iman lantas dipeluk dan dicium Iman bertalu-talu. “Iman dah ok sayang? Dah tak semput yer sayang? Maaf Bonda lambat, tadi ada mesyuarat kat sekolah dengan Guru Besar...Kesiananak Bonda ni, Iman dah makan..?”,Bonda bertanyakan Iman terus-menerus sambil dahi dan pipi Iman dijamah halus.Perasaan bimbang masih dirasakan Puan Rohayu. Manakan tidak, hanya Iman anakdaranya seorang, dialah racun dialah madu. Iman hanya terseyum memandang ibunya,dengan gamitan rasa cinta dan sayang yang mencurah-curah. “ Sudah banyak Bondaberkorban untuk aku...aku pula...? Sabarlah Bonda...”, Iman bermonolog sendiri.

Imanmerehatkan badannya setelah usai solat zohor. Hatinya beransur tenang setelahberdoa kepada Allah yang Maha Menyembuhkan. Fikirannya kembali  teringatkan wajah lelaki yang menyapanyadengan senyuman manis yang menguntum. Kehadiran yang tidak diduga itu membawaIman kembali ke lembah ingatan 10 tahun dulu...

Tahun2002, SMK Seri Budiman, Kuala Terengganu, Malaysia.

            Baju cottonputih kosong berkain biru muda itu kelihatan bertompok-tompok kemerahan. WajahIman merah padam, geram dengan hasil ‘karya’ rakan sekelasnya. Pagi yang agakmendung itu, kelas pendidikan seni diadakan oleh Cikgu Tengku Haizan selama duajam. Kelas ditambah satu jam kerana ketiadaan guru. Peluang digunakan sebaiknyabagi menyiapkan projek batik bagi pelajar yang mengambil subjek Pendidikan SeniVisual untuk peperiksaan SPM tahun depan. “ Abisbaju aku! Kalau yer pun nakmencanting, dah tak cukup kain dah ke?! “ Suara Iman agak meninggi,matanya melilau mencari-cari gerangan ‘pelukis terbaik’. Kedengaran tawa halusbeberapa pelajar lain yang seolah-olah mengejek nasib Iman pagi itu. Nasib baikbukan lilin panas yang tumpah ke bajunya.

            “ Maaflah Iman, aku taksengaja tumpahkan warna tu kat bajukau. Ralit sangat aku warnakan  kain tu tadi...” Aiman tersengih-sengihmengaku salah. Iman diam, mengangguk tidak, menggeleng tidak. Bajunya yangsudah semakin ‘ceria’ warnanya itu dilapkan dengan kain basah. Baju putihbertompok merah berubah warna, tompok biru kehitaman pula mencorak diam-diam.Kain basah yang digunakan ialah kain buruk untuk mengelap warna-warna yangtumpah atau berlebihan. Iman kecewa. Kotoran  yang melekat di baju semakin payah untukdihilangkan. Dengusan halus keluar dari bibir mungil Iman mengenangkan nasibbaju putihnya...Iman tersenyum, Aiman yang terpana melihat juga tersenyum laluketawa bersama-sama...

Tahun1400, Melaka, Tanah Melayu

            “ Qalleed, buka matamu, bukamatamu.. minum air ini lekas ya..Qalleed..” Sari memanggil Qalleed perlahan.Qalleed terpisat-pisat, bangun dari pembaringan yang berdebu. Qalleed diam,melihat Sari yang membongkok menghulurkan tempurung berisi air. “ Siapakah gerangantuan hamba..? Siapakah yang menghantar tuan hamba ke mari..?” Qalleedterus-terusan bertanya. Sari hanya terseyum tawar lalu meletakkan tempurung ketanah. “ Minumlah air ini, semoga dahagamu hilang Qalleed...” Sari berlalu darisitu, berjalan pantas dan senyap. Air diteguk perlahan, tegukan pertama, keduadan ketiga, Alhamdulillah. Pandangan Qalleed beralih ke sisi, Orang Tuadipandang dan dikejutkan. Air yang masih berbaki diunjukkan ke Orang Tua.Seperti selalunya, air diteguk habis sekaligus tanpa rasa syukur di bilah lidah. Perempuan berkain sarung lusuh dan berbaju kurung kedah berbungakecil-kecil itu masih menjadi tamu di benak Qalleed.

OrangTua memandang Qalleed dengan renungan yang membelah tenang di hati. Matanyayang agak tirus dan merah itu seolah-olah mengandung bengis, kelaparan. Qalleedhanya diam, merenung dengan kadar yang biasa-biasa sahaja. “ Ada apa OrangTua..? Apa yang mengganggu fikiranmu Orang Tua..? “ Qalleed menebar tanyaterlebih dahulu, menghalau prasangka-prasangka buruk yang mula menggamit halus.Orang Tua tersenyum mengejek, membariskan gigi-gigi rongak dan kuning. Qalleedyang tadinya mengiring di atas rusuk kanan, perlahan-lahan bangun, bersila mengadap Orang Tua. “ Apa maksudmu Orang Tua..? “ Qalleed seakan sukar memahamifiil Orang Tua yang berubah sinis. Orang Tua duduk bertinggung, memegangtempurung dengan sengihan yang bernafsu. “ Aku terhidu bau perempuan di sini,sekarang sudah lesap menghilang..bisa aku tahu siapa gerangannya Qalleed..? “Orang Tua membelai-belai tempurung, dengan bola mata yang menikus. Qalleedmenggangguk perlahan, baru menangkap maksud Orang Tua. “ Aku sendiri tidakmengenal siapa gerangan perempuan itu Orang Tua, tidak pernah sekali ku ketemudengannya di mana-mana..” Qalleed menjelaskan dengan madah jujur dan tulus.Orang Tua memuncung, barangkali tidak puas hati.

Qalleedbangun, berjalan perlahan ke penjuru penjara gua. Duduk bercangkung, lalutangan ditekapkan ke tanah, merasa yakin mentari sudah menegak di langit. OrangTua berbaring memejamkan mata.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh