Home Novelet Cinta Dia Bukan Arissa 'Raya'
Dia Bukan Arissa 'Raya'
Syaida Ilmuna Ismail
18/7/2014 22:10:11
43,249
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PART 5

5

“MAMA!”

Adam Farhan yang berada di hadapan pintu utama rumah menanggalkan kasutnya buka dan berjalan masuk ke ruang tamu.

“Adam! Kamu dah sampai office ke tadi masa mama call?” soal Puan Murni menjemput anaknya masuk ke ruang tamu. Di situ Arman dan juga Arlisa menantinya dengan sabar di sofa ruang tamu.

Melihatkan keberadaan Arman di situ, Adam jadi keliru. Macam ada hal penting je ni? Kenapa pula wajah Arlisa kelihatan sugul? Ada yang tak kena di mana-mana ke ni?

“Tak sempat. Kat Jalan Duta tadi. Kenapa sebenarnya ni mama? Arman pun ada sekali… Anything happen to you ke?” Adam mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Arlisa. Hujung matanya menjeling wajah kelat si isteri. Dari pagi tadi sampailah sekarang, Arlisa diam tak bercakap sepatahpun dengan dia.

“Not me. But… something actually happen yesterday.” Puan Murni bermain kata. Dia tidak tahu hendak bermula dari mana. Adalah lebih baik jikalau Arlisa yang menyatakan hal ini sendiri kepada suaminya.

What? Arman? Apa dia ni sebenarnya?” soal Adam cuba meminta penjelasan dari abangnya pula.

Arman menghela nafas berat. Pandangannya berkalih pada Arlisa. “I rasa lebih baik Arlisa yang nyatakan kepada you. Dia lebih mengerti dengan apa yang sedang menimpa kita sekarang ni.”

Adam menatap wajah Arlisa yang lemah. Mata Arlisa berkaca. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran isterinya. Namun Arlisa seakan-akan tidak mahu meluahkan ia kepada Adam.

“Lisa… kenapa? I tak faham.” Adam mengusap jejari Arlisa yang terasa dingin bak salju itu. Wajah isterinya pucat lesi.

“Adam… semalam Kamal datang. Dia… ugut I,” ujar Arlisa perlahan dan tersekat-sekat. Hatinya berat untuk menyatakan hal sebenar. Bimbang dia memeningkan Adam. Bimbang dia hanya menyusahkan cinta hatinya ini.

Terbeliak mata Adam sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Arlisa. Kamal keparat tu? Apa yang dia nak lagi? Dan kenapa… “Kenapa you tak beritahu I semalam? Kenapa you tak callI Lisa?!” bentak Adam marah.

“Tak Adam… I tak nak susahkan you…”

Adam pantas bangun dari sofa. Tangan Arlisa dilepaskannya kasar. “You tahu tak apa yang you buat ni membahayakan nyawa Anissa? You should have told me earlier! I boleh call polis dan suruh dia orang buat siasatan. Terus sumbatkan dia ke jel!”

Tersentak Arlisa mendengar bicara Adam yang kasar terhadapnya. Amarah Adam memang sukar dikawal! Dan memang dia bersalah… dan menyusahkan hidup Adam sahaja.

“Adam! Dah… bawa bertenang!” Arman memegang bahu Adam kuat. Cepat sangat naik angin.

“You suruh I bawa bertenang? You sedar tak apa yang boleh terjadi kalau Lisa dan anak-anak I ni tak bernasib baik? Kalau Kamal tu buat apa-apa kat dia orang macam mana?” tingkah Adam.

“Astaghfirullah… Adam! Sudahlah… sekarang ni bukannya masa nak mengamuk dan marah-marah. Kesian Lisa ni… dia dahlah masih trauma tentang hal semalam. Lagipun tak baik kamu marah-marah dia. Kan Lisa ni masih berpantang,” celah Puan Murni yang sudah tidak tahan melihat perilaku Adam.

“Mama cakap senang ajelah…” gumam Adam sambil menjeling tajam pada Arlisa. “You supposed to tell me!Sekarang ni beritahu I apa yang dia ugut you?”

Air mata Arlisa mula menitis lebat. Tak pernah langsung Adam cuba bertenang dan fahami isi hatinya. Mudahnya hati Adam tercarik dan memarahinya sesuka hati!

“Lisa! I’m talking to you!” tengking Adam. Kesabarannya sudah sampai di puncak.

“Adam… Bulan puasa ni kan… cuba bawa bertenang. ” Puan Murni menggeleng laju. Melihatkan diri Arlisa yang masih diam seribu bicara, Puan Murni terpaksa menceritakan hal yang selebihnya kerana bimbang masalah lain pula yang timbul. “Kamal ugut RM 1 juta yang kamu tak berikan dia masa dulu tu. Dia beri tempoh tiga hari aje. Kalau tak dia nak culik Anissa dan jual budak tu untuk dapatkan duit.”

“Gila!” bentak Adam. Dia mundar mandir sambil pandangannya dipicingkan ke Arlisa. Diam? Dia boleh diam tak bercakap dengan aku! Bila aku tanya dia diam lagi? Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran…

“Arman, you ikut I. Kita pergi balai sekarang. Mama, tengokkan anak-anak saya,” putus Adam. Kakinya melangkah laju keluar dari ruang tamu. Manakala Arman pula tergesa-gesa mengikut langkah adiknya dari belakang.

Arlisa sedar yang Adam tidak mengendahkannya lagi. Marah sungguh dia akan apa yang terjadi. Ya, memang wajarlah dia naik angin. Ia melibatkan nyawa anak-anaknya. Anak-anaknya saja…

“Lisa… sudahlah. Jangan menangis. Pergi berehat kat atas ya?” pujuk Puan Murni. Belakang Arlisa diurut-urut dan dipeluk erat.

Pelukan Puan Murni dirungkaikan Arlisa. Kepalanya menggeleng laju. Air matanya pula masih berlinangan tanpa henti.

“Adam memang marah dengan Lisakan? Lisa memang menyusahkan hidup diakan?” rintih Arlisa. Hatinya sesak dengan rasa duka.

“Lisa… tak baik berfikir macam tu. Adam tu stress aje,” kata Puan Murni cuba memujuk.

“Tak! Dia memang… memang marah. Lisa ni tak patut kahwin dengan dia. Lisa ni banyak menyusahkan dia aje.” Air mata yang mengalir diseka Arlisa pantas. Sakit hatinya! Sakit dengan sikap Adam yang tak pernah cuba memahami isi hatinya. Mudah saja menuduh dan membuat kesimpulan sesuka hatinya!

“Lisa! Sudahlah tu… jangan difikir benda-benda tak elok macam tu…”

“Dia fikir risau dia aje. Risau Lisa? Dia tak fikir…” lirih Arlisa lagi. Tangan Puan Murni yang mengusap bahunya ditepis perlahan. Seraya Arlisa bangun dari sofa yang didudukinya dan berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan Puan Murni sendirian.

***

PAP!

Beg tangan Gucci merah milik Sofea dihempaskan ke atas meja. Kamal yang sedang khusyuk meneliti telefon bimbitnya terlompat. Hah! Dah sampaipun minah ni!

“Lama tunggu?” kata Sofea sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Lobi One World Hotel itu kelihatan sedikit sunyi dari kebiasaan. Lagi sunyi lagi bagus, fikir Sofea. Tak adalah oang yang menjadi mata-mata kepada perjumpaan dia dan Kamal.

“Tak juga. Baru sampai. Kenapa nak jumpa sangat dengan I ni?” soal Kamal curiga. Takut-takut Sofea memasang jerangkap samar kepadanya. Almaklumlah, dia sekarang dalam buruan polis.

“Jangan takut… tak payah nak buat muka cuak tu sangat. I datang sini sebab nak beri you tugasan yang berlipat ganda habuannya dari apa yang you ugut ke Adam Farhan,” ujar Sofea selamba. Zip beg tangannya ditarik dan sepucuk surat yang bertulisan tangan Kamal ditayangkan.

“Eh! Macam mana benda tu boleh jatuh ke tangan you? I kirim surat tu personally ke Adam. Arlisa pun tak tahu!” Tak semena-mena jantung Kamal berdetak kencang. Sofea ni bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang otaknya memang sewel!

Sofea tersenyum sinis. Surat tersebut dimasukkan semula ke dalam beg tangannya. “Macam mana I dapat surat ni tak penting. Adam masihpun belum baca surat ni lagi. Yang penting apa yang I nak tawarkan kepada you.”

“Apa dia? Apa tawaran you tu yang lagi hebat daripada duit ugutan I ke Adam?” Kamal tidak senang dengan sikap Sofea. Suka sangat campur tangan dalam urusannya kalau ada hal berkaitan Adam. Takkan tak boleh lupakan Adam lagi sampai sekarang? Macam tak ada lelaki lain selain Adam.

“I tak nak you ganggu Adam. I beri you RM 3 juta. Macam mana?”

“Beri RM 3 juta free? You ingat I ni bodoh, Sofea…” Kamal mendengus kencang. Macam aku tak boleh nak agak pulak apa yang dia fikirkan. Sofea oh Sofea!

“Ada I cakap free? I nak you buat something. Tapi benda simple je… Pisahkan Adam dan Arlisa!” ujar Sofea tegas. Matanya mencerlung ke arah Kamal. Ternyata cemburu dan amarahnya terhadap Arlisa dan Arissa masih lagi bersarang di dalam hati.

Ternganga mulut Kamal mendengar bicara Sofea. Sah perempuan ni tak move on lagi! “Boleh… tapi dengan cara macam mana? Lagi satu I nak separuh dari duit tu dulu sebelum tugas ni berjalan.”

“Pasal duit you jangan risau! I beri you cek sekarang jugak. Tentang caranya…” Sofea tersengih. Di matanya sudah bermain-main adegan mesra dan bahagia di antara dia dan Adam. Walau dengan apa cara sekalipun, Adam takkan terlepas darinya. Arlisa akan menyesal kerana berkahwin dengan Adam!

***

Previous: PART 4
Next: PART 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail