Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
56,137
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 10

       JALANNYA menunduk sambil tangan menyeluk saku sweater berhud kepala.Hud makin di tarik ke depan supaya wajahnya samar- samar .Menapak ke arah jalan belakang . Di mana ia menuju ke pintu bertanda EXIST .


       Pintu di buka lalu ditutup sedikit , kemudian di bukakan kembali.Leher itu terus di rangkulnya sambil tangan kiri memekup mulutnya kuat menutup lubang pernafasannya.


        Ditarik ke belakang , walau pengawal lelaki itu meronta- ronta ingin melepaskan diri.Pintu ditutup kuat .


        Dengan pantas pakaian seragam kini telah dia kenakan pada tubuhnya.Manakala , lelaki yang pengsan itu pula di sepuk dengan pakaiannya.


       Tersenyum lebar pabila topi ala polis itu di kenakan pada kepalanya.Rambut panjangnya di sumbat sekemas boleh.Kacamata hitam milik lelaki itu dia kenakan.Menapak kembali ke arah pintu bertanda EXIT .


        " Dave ! "


       " Yes , sir ..." 


       " Please check cargo..." 


**********


      JAN 2015


        QAYRA IBTISHA telah selamat touch down di Kuala Lumpur International Airport.Dia yang berpakaian cantik , hasil pembunuhannya dalam pesawat tanpa diketahui oleh sesiapa.


        Mayat wanita terjegil mata itu di sumbat dalam kubikel sempit bersama dengan tali jerutan tersebut. Pakaian Qayra  kini telah ditukarkan dengan pakaian wanita malang  terbabit.Seragam pengawal  adalah bahan utama dia hapuskan dahulu.


        Wanita inggeris yang sedang ralit memberi anjing dalam kurungannya makan tidak menyedari kehadiran Qayra .Tali tersebut terus dia jerut dari arah belakang.Jerutan dia perkemaskan , mulut mangsa pula

di pekup.


         Rontaan yang pada mulanya agresif kini semakin lemah dan akhirnya terkulai layu di pangkuan Qayra.


         Setiap mangsa dan tempat kejadian akan dia hapuskan segala kesan dan bukti.


         Dia tersenyum penuh bangga kini .Qayra menapak menuju ke arah pintu keluar KLIA Sepang sambil menarik bagasi wanita inggeris yang malang itu.


          Qayra mendekati deretan kenderaan UBER ." Ya , nak ke mana ? " soal lelaki yang bertugas sebagai pemandu kenderaan UBER sambil melemparkan senyuman pada wanita anggun tersebut.


           " PLATINUM KONDO please...." Qayra bertutur dengan penuh sopan.Kacamata di tanggalkan dah lama dia meninggalkan tanah air tercinta .Tercinta ke ? Kampung ? 


         ' Apa khabar agaknya ibu ? ' monolog Qayra dalam hati sambil memandang bangunan pencakar langit dari balik kaca jendela kereta UBER.


        ' Qhyael sayang ? Sihat ? ' Monolognya lagi tersenyum tatkala wajah kacak itu terbayang diruang mindanya kini.


       ' Qayra dah pulang! Qayra tidak sesekali melepaskan Qhyael ke tangan orang lain ! Itu janji Qayra pada Qhyael..!! Walau macamana Qhyael menolak Qayra....Qayra tetap cintakan Qhyael seperti dahulu....' 


         Dari KLIA nak ke PLATINUM CONDO tidaklah terlampau jauh hanya memakan masa selama beberapa minit sahaja jika jalan tiada kesesakan .


      Setelah kereta UBER bergerak pergi, Qayra yang bertopi besar menanggalkan kacamatanya , tersenyum lantas menapak ke arah bangunan tinggi itu.

         


****************


      MENAPAK segak berpakaian korporat.Dia yang dari parkir kereta kini mengarahkan langkah kaki menuju ke bangunan hotel yang tersergam indah itu.


       " Yela, Khamis ni k ..." ujar Laila sambil menuruni anak tangga batu.Setelah talian di tamatkan , Laila membuka pula aplikasi Whatsapp.


      Qhyael mengangkat kakinya menaiki tangga batu yang mendepani salah satu hotel yang terkemuka itu.Dia terpaksa menunduk, silau cahaya matahari kini terus terarah padanya.


       " Kau ingat jangan tersalah cakap lagi .Kau ikut je skrip aku bagi tu.CEO Qhyael Lutfi adalah lombong emas kita.Bukannya kau tak tahu , siapa Dato' Luth itu pengaruh dia cukup kuat." 


      " Hihi....Lawak lah grup aku ni..." ujarnya tanpa memandang arah bawah langsung.


      " Aduh ....!!! " telefon di tangan terlepas lalu tergeletak di anak tangga pertengahan.Qhyael pula terus tersandar di dinding batu di mana sebelah atasnya ada tanaman bunga- bungaan.


      " Awak ni buta ke ??? Tak nampak ke saya sedang turun ?? Main redah je ???" 


      " Excuse me , perempuan ! cakap tu biarlah beradab sedikit ! Siapa langgar siapa ni ??? Yang awak tu , dok tengok handphone tanpa toleh dah kenapa pula ??." 


      " Awak yang langgar saya ?? Saya pula di persalahkan , hah ???" Laila terus membuat mimik muka tanda tanya sambil tangan dan bahunya terangkat .


     " Hei , perempuan!  beginilah ?? Aku nak cepat ni ? Apa kata kau ke tepi ! Bagi aku laluan..." 


     " Perempuan....Perempuan ! Aku ada namalah ! " 


     " Ada aku kesah ????" 


     " Habis handphone aku tu ?? Bagaimana ?? " 


     " Bagaimana apa ... ??? Kutiplah !! "Im not your slave ..." Qhyael merempuh tubuh Laila dan terus menapak ke arah hotel tersebut.Laila yang hampir - hampir terjatuh akibat rempuhan itu dengan pantas memegang erat tepi dinding berkenaan.


      " Kurang ajar sungguh !! Apa dia ingat orang kaya macam dia boleh berbuat apa saja ke ?? Ni handphone aku pecah ni sapa nak jawab ???" Laila merenung telefon pintarnya yang terbuka itu.Skrin retak seribu , bateri dan sim kad calar teruk..


       Dari luar pintu restoran hotel itu, Qhyael tegak berdiri sambil memerhati orang yang di cari.Dia tersenyum lantas menghayunkan langkah kakinya untuk ke arah meja tersebut .


       " Habis lagilah duit aku , " gumam Laila terus mencampak kembali telefon pintarnya ke dalam tas tangan.Dia terus menghinjakkan kakinya untuk bangun .


       " Tuan Yusuf..? " 


       " Our CEO ? please, please sit down..." 


       Qhyael terus melabuhkan punggungnya di kerusi baldu merah tersebut .Segalanya telah terhidang di depannya.


        Hameed Khan terus meneliti gaya Qhyael Lutfi.Dia seakan mengenali wajah anak muda itu.' Qhyael ??? Macam aku pernah jumpa dia ni ' monolog Hameed.Adakalanya matanya bertembung dengan mata pemuda kacak berkenaan.


        Qhyael juga seakan rasa pernah jumpa dengan lelaki itu.


         " Jadi adakah Tuan Qhyael deal ? " Soal     Tuan Yusuf yang sibuk membuka selembar demi selembar muka surat fail separa tebal itu.Apabila tiba di muka surat terakhir dia berhenti lama.


        " Tuan Qhyael ? " Seru Tuan Yusuf berpaling pada pemuda di sebelahnya , pabila tiada sahutan." Hah, ya apa dia ??." 


        " Allah ! " 

         

         Air dari dalam gelas yang terjatuh dari atas dulang,  terus melocak tinggi akibat  terjatuh pada mukasurat terakhir itu.Lencun mukasurat itu, dengan tulisan telah hilang dek basah. Pucat - lesi muka pelayan lelaki tersebut sambil merenung mereka.


         Qhyael terpinga.Tuan Yusuf mulai menyinga.Hameed Khan pula terdiri .Perkara itu berlaku dalam sekelip mata sahaja.


         " Sir , sorry sir ....Sorry ....Saya ....Saya betul- betul tak  sengaja ! ..." Pelayan lelaki tersebut kelihatan terlalu cuak.


        " Mata mana taruh ? Buta ke hah ??" Tuan Yusuf menyinga sehingga tak menyedari dia telah menampakkan personaliti dia sebenar .Personaliti yang tidak menggambarkan seorang ahli korporat ! Tapi keparat !! 


          Qhyael mengeredutkan keningnya tanda tidak percaya bahasa lelaki korporat di hadapannya sebegitu kasar ! Tiada lagi protokol.


          Hameed Khan benar - benar kasihan melihat pelayan itu.Wajahnya dalam ketakutan .


           " Lu buta ah !! Habis fail aku !! Kau ingat senang aku nak setelkan.!! " Laju sahaja jarinya menunjal dahi pelayan tersebut , sehingga dia terkebelakang .


           " Tuan Yusuf !! Sudahlah tu ! Bukan dia sengaja pun" 


           " Tapi , Tuan Qhyael.." 


           " Dik, pergilah dik..." 


           " Terima kasih Tuan, maafkan saya ...Saya betul- betul tak sengaja..."  ujarnya tertunduk - tunduk sebelum bergerak pergi.


            " Tuan.." Tuan Yusuf terpaksa melepaskan genggaman tangannya ." Tak apa , begini esok petang datang ke pejabat ok ...Saya pulang dahulu..."


             " Tuan Qhyael...?" Tegur Hameed Khan pula.Qhyael lantas berpaling dan tersenyum." Tuan, kenal  dengan Qayra ? " Soal Hameed Khan agak gementar .Tuan Yusuf berkerut dahi.


            " Qayra ???" 


            " Ya .." 


            " By the way, Encik ni siapa dengan dia ?..." 


             Wajah dia mengingatkan aku pada perempuan itu ! Perempuan psiko !! Perempuan yang ingin dia hindari ! Tapi , kini hari ini ! Dia diingatkan semula ! 


            " Ayah kandungnya..." 


            " Hah ? But bukankah...???" 


            " Panjang ceritanya..." 


            " Erm...Ada pertemuan jejak kasih ke ni ? " Celah Tuan Yusuf sinis." Maafkan aku , Yusuf .." jawab Hameed khan.


************


            " JADI jika benar En.Hameed ni ayah Qayra kenapa tak pernah balik ? En.Hameed bagaimana kenal saya pula ?" 


           " Bukan pakcik tak mahu pulang Qhyael tapi makcik tak benarkan..." 


          " Maksud pakcik, mak cik Ziqah ?? " 


           Hameed Khan seraya mengangguk.


          " Apa khabar Qayra ?? " 


          " Saya tak pasti ...Selepas saya di pukul oleh .." Qhyael terhenti.Tak sepatutnya dia membuka aib wanita itu di hadapan mantan suaminya.


         " Mak cik kan ?? Pak cik kenal nak siapa mak cik tu ! Qayra juga mangsa pukulannya ! Malah pakcik juga....Kerana itulah pakcik ambil keputusan .." 


         " Sekarang keluarga Qhyael tinggal di mana...?." 


         " Ibu saya , Puan Lola.." 


         " Datin Lola kan sekarang ? " 


Qhyael tersipu malu ." Kami berpindah ke Bukit Antarabangsa.." 


          " Memang selama ini , Qhyael tak pernah jumpa Qayra lah ya ? " 


         " Ya , kali terakhir di SMKTS , tapi dia tidak menduduki SPM pun..." 


        " Apa maksud Qhyael ?? Kenapa pula ?? " 


        " Dia menghilangkan diri , rumah pun tak pernah dia balik dah .Semua orang mencari Qayra sehingga kini.Pelbagai spekulasi yang saya dengar .Ada yang kata dia ke luar negara ! Ada pula kata dia kini memasuki kumpulan mafia ! Ada pula kata dia dah buat plastic surgery.." 


       Hameed Khan terdiam." Ya Allah Qayra mana kau nak..?." 


         Qhyael Lutfi hanya mampu membisu .Memang dia kasihankan Hameed Khan tapi dia tak mampu.Tentu makcik Ziqah buka mata pabila melihat perubahan mantan suaminya itu.


          Qhyael lupa pada hakikat sebenar Hameed Khan ! Terpaksa menghambakan diri dalam dunia gelap akibat kedesakan hidup.

        "

             


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.