Home Novel Thriller/Aksi MAKTUB
MAKTUB
#mystrill
21/11/2019 15:39:38
27,652
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
F & M 2

Fasha membelek wajahnya yang sedang di make-up oleh Aina.

“Takkan kau tak kenal dia. Juara Dewi Remaja tahun ni?”

“Tak tahu pulak aku. Entah tak kenal.”

“Kau ni, kau tak tahu ke Dewi Remaja kan boleh jadi batu loncatan kalau kau nak ceburi bidang seni, kau tengok Che Ta..ish ramai lagi la. Tak larat aku nak sebut nama sorang-sorang.”

 

Fasha mengangguk. Dia tidak tahu ada pertandingan seperti itu. Batu loncatan baginya untuk menceburkan diri dalam dunia seni adalah melalui pentas peragaan. Titik permulaan kerjayanya setelah dia memenangi Fords models supermodel of the world search.

 

Kemudian dia melangkah dengan penuh bangga di pentas Minggu Fesyen New York, Milan dan London. Wajahnya menjadi buruan paparazzi tempatan kerana popularitinya malahan dirinya turut dihujani tawaran pereka fesyen bagi menggayakan busana mereka.

 

Kemasyuran juga berjaya menarik perhatian jenama Polo Ralph Lauren dan Banana Republic yang melantiknya sebagai model bagi jenama tersebut. Bertitik tolak dari peragawati dia melebarkan sayapnya terjun dalam bidang lakonan.

 

“Cantik ke dia?”

“Cantikla. Kalau tak, tak adalah mata Adam tu sampai tak berkelip tengok dia masa shootingminggu lepas.”

“Iya?”

“Adambukan kau tak tahu. Kaki perempuan. Dah siap.”

 

Fasha memandang ke arah Adam yang sedang berehat. Pandangan mata mereka bertembung. Adam mengangkat tangan dan tersenyum ke arahnya. Namun Fasha hanya menjeling, kemudian melarikan pandangan memandang ke arah telefonnya. Fasha mengambil beberapa keping gambar selfie.

 

“Jadi Adam tu tengah usha Maria la sekarang.”

“Entah.Ha..speak of the devil. Tu pun Maria.”

 

Fasha memandang, dari jauh dia dapat melihat kelibat Maria yang berpenampilan elegance keluar dari kereta seorang lelaki yang kacak. Setelah berlaga pipi Maria melambai mesra ke arah lelaki itu sebelum kereta beredar.

 

Sebaik sahaja Maria perpaling dan berjalan menuju ke arah set penggambaran Fasha terpegun. Zaara! Benar wajah Maria persis Zaara. Barulah Fasha mengerti kenapa Adam tidak berkelip memandang Maria.

 

Maria menegur krew. Sekadar menghormati bimbang dilebel sombong pula nanti.

 

“Mariasini.” Aina melambai Maria.

“Kenalkan Maria. Maria ni Fasha.”

“Maria.”Maria senyum. Menghulurkan tangan mahuberjabat.

 

Fasha tidak menyambut huluran tangan Maria sebaliknya berpeluk tubuh. Dia memandang Maria lama kemudian menuju ke arah Adam meninggalkan Maria terpinga-pinga.

 

Relaxlah. Fasha tu memang macam tu. Dah duduk, aku make-up kau.” Aina memujuk. Maria hanya menurut.

“Patutlah you tak berkelip tengok Maria. Sebab dia seiras Zaara.”

I betul-betul ingatkan dia Zaara, tapi bila fikir balik mungkin pelanduk duaserupa.”

“Iya.You tak rasa dia Zaara?” Fasha menduga Adam.

Adam laju menggeleng.

 

You yakin?”

“Yup.Lagipun Zaara bukan macam kau, pandai berlakon. Kalau dia Zaara kenapa dia tak kenal aku?”

“Mana tahu.”

“Tak mungkin la Maria tu Zaara. Kau tengok penampilan dia pun kau dah tahu.”

“Iyake?” Fasha tetap curiga.

Dia memandang gerak-geri Maria, jauh di sudut hatinya dia masih meragui apa yang dikatakan oleh Adam.

Previous: F & M
Next: F & M 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.