Home Novel Thriller/Aksi Dunia menjadi gelap?
Dunia menjadi gelap?
senjakalamalam
5/7/2018 23:02:47
10,164
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
02

01  KUMPUL

Nuqman tersedar setelahpintu rumahnya diketuk.Dirinya mencapai lampu suluh di sisi lalu suluhkan kejam di dinding.Jam 0900.Dirinya mengeluh lembut.Pintu diketuk lagi.

“Siapa?”Soalnya lalumelangkah ke pintu.Sudah menjadi bilik tidurnya ruang tamu ini sejak kegelapanberlaku.

“TLDM!Mohon kerjasamauntuk buka pintu ini!”

TLDM?Askar?Nuqman membukapintu rumah.Kelihatan dua orang lelaki lengkap beruniform serta memegangsenjata berdiri di hadapannya.

“Saya harap cik dan semuaorang di dalam rumah ini dapat kemaskan barang dan ikut kami.”

“Ke mana?”Kerut dahinya.

“Arahan pihak atasan.Kamidiminta untuk mengumpulkan semua penghuni untuk tujuan keselamatan.Kami berikancik masa 10 minit untuk berkemas.”

“Kejap…”Belum sempatNuqman bertanya dengan lebih lanjut,dua pemuda tersebut beredar.Kelihatanbeberapa buah trak askar berada di halaman rumah dengan enjin yanghidup.Memancarkan seluruh kawasan tersebut dengan sinaran lampunya.

          “Pindah?Ke mana?Patutkah aku ikut?Atau tinggal sahaja disini dan tunggu sehingga keadaan kembali normal?Tetapi sampai bila?”

          Nuqman mengeluh kasar.Kalau ini yang terbaik,dirinyaakur.Beliau mencapai beg lalu masukkan baju serta beberapa dokumen penting kedalam.Sebelum beredar,dirinya meninggalkan nota di atas meja kopi di halamanrumah yang tertulis

          Mak,ayah.Yong ikutpergi tempat pengumpulan.Kalau mak ayah sampai di rumah,cari Yong dekat sana.

                    Dirinyamenoleh untuk melihat rumahnya untuk kemungkinan kali terakhir.Dirinya mengeluhpanjang.Siapa sangka ianya akan berakhir begini.

          “Cik!Ikutsaya.”

Nuqman menoleh apabila disapa olehsalah seorang pegawai.Tanpa membantah,Nuqman ikut pegawai tersebut menuju ketrak.

          “Nuqman?Makayah kamu dah balik?”

Soal Puan Sarah sejurus melihatNuqman masuk ke dalam trak.Nuqman melabuh duduk.Dirinya menggeleng.

          “Sayatak pasti auntie.Saya tak dapat contact diorang pun sejak semua ini”

Puan Sarah tersenyum nipis.Tangannyamenepuk lembut paha Nuqman.

          “Janganrisau.Auntie yakin mak ayah kamu baik sahaja.”

Nuqman hanya membalas dengansenyuman.

          “Kaurasa sampai bila dunia kita akan macam ni?”

          “EntahlahSyakir.Aku sendiri kalau boleh nak tamat secepat mungkin.”

          “Macammana kalau ianya tak akan tamat?”

Nuqman diam seketika.”Kalau macamitu,kita kena sedia dengan kiamat”.

Trak yang sudah diisi dengan penumpangmula bertolak sebuah demi sebuah.Ke tempat pengumpulan.Entah di mana tempatitu.

***

          Nuqmanmendongak kepalanya sejurus trak berhenti.Kelihatan sinaran cahaya dari arahbertentangan.

          “Kitaada mana ni?”

          Syakirmenuding jarinya ke arah satu penjuru.Terdapat papan tanda di situ.”Hospital.”

Mereka tersentak apabila besi menutupbahagian belakang trak dijatuhkan.Seorang pegawai naik ke atas.Wajahnyakelihatan samar.

          “Sayaminta turun dengan teratur.Warga emas dahulu”

Puan Sarah serta beberapa warga emasyang lain mula menuruni trak.

          “Yanglain boleh turun”Ujarnya setelah mereka sudah turun.

          Kelihatanbeberapa buah trak yang lain turut memakir di situ.Di hadapan pintu masukHospital Abdul Halim.Nuqman menoleh ke arah Hospital.Dipekatan kegelapan ini,hospitaltidak pernah kelihatan begitu cerah sekali.

          “Silaikut saya.”Arah pegawai tersebut.Mereka hanya menurut.Kelihatan beberapabarisan lain yang turut diiring pegawai tentera.Mereka berhenti di hadapanpintu masuk utama hospital.

          “Mohonberbaris bagi tujuan pendaftaran.Warga emas,sila ikut saya.”

Dengan itu,mereka diasingkan.Yangberbaris di situ hanyalah golongan belia yang terdiri dari remaja sehinggalahdewasa.Kanak-kanak serta warga emas diasingkan ke tempat lain.Mungkin memberikemudahan kepada mereka.

          Nuqmanmemerhati sekeliling.Sepertinya semua orang berada di sini.Mungkin tidak semuapenduduk Sungai Petani tetapi ianya ramai.Tidak pernah hospital sesesak iniwalaupun hospital sentiasa sinonim dengan orangnya yang ramai.

          “Nama?”

          “Nuqmanbin Afiq”

Pegawai tersebut menyelakbeberapa helai dokumen lalu menyerahkan sehelai kertas kepadanya.

          “Baik.Silake wad 1.Seterusnya!”

Wad 1?Nuqman melihatsekeliling.Terdapat beberapa buah bilik yang sudah ditanda dengan nombor.Diluarnya terdapat beberapa pegawai tentera yang menjaga.Dirinya meneliti helaianyang diberi.Sepertinya sehelai borang.Di atasnya sudah di highlight dengannombor 1.

          “Nuqman.”

Dirinya menoleh.

          “Syakir,kaudapat bilik berapa?”

          “1.Kau?”

          “Samalah.Nasibada juga kawan.”

Mereka berdua menuju ke wad yangdilabel 1.Borang tersebut ditunjukkan kepada pegawai yang menjaga lalu merekadibenarkan masuk.Di dalam,kelihatan yang lain sedang beratur.Beratur untuk kebeberapa  bilik yang disediakan.Bagusnya,barisanlagi.Bisik Nuqman di dalam hati.

          “Nama?”

          “Nuqmanbin Afiq.”

          “Umur?”

          “23”

          “Adapenyakit?”

Nuqman hanya menggeleng.Pegawaitersebut menyelak dokumen yang berada di atas meja sebelum mencatat sesuatupada helaian yang diserah.

          “Awakboleh bawa barang awak dan ikut pegawai yang berada di situ” Ujarnya lalumenuding jari ke arah seorang pegawai.Wajahnya membelakangi mereka.

          Nuqmanmembaca catatan tersebut.Stor?

          “Bolehsaya tahu apa semua ini?”Soal Nuqman kepada pegawai tersebut sebelum beredar.

          “Kamiperlukan segala tenaga yang ada.Supervisorakan ceritakan lebih lanjut.Seterusnya!”

          Nuqmanhanya mengangguk lalu beredar.Menuju ke arah pegawai yang diarah untukberjumpa.

          “Cik!”

Pegawai tersebut menoleh.Nuqmantersentak.Begitu juga dengan pegawai tersebut.

          “Khairil?”

          “Nuqman?”SoalKhairil seperti tidak percaya.

          “Kaubuat apa dekat sini?Bukan kau ada dekat kem Port Dickson?”

          “Akubalik cuti hari tu.Tak sangka pula keadaan jadi macam ni.Lepas tu,aku dapatarahan untuk stay sini tolong apa yang patut sebab dekat sini pun tak cukuporang.Lepas aku dapat arahan,terus aku laporkan diri dan depa bagi akuuniform”Ujarnya dengan loghat Kedahnya yang petah.”Kau dapat unit aku ka?”

          “Unit?”Nuqmanbagaikan tersedar menyerahkan helaian tersebut.

          “Betullahunit aku.Selamat datang ke unit inventory.”

          “Terimakasih.Tapi…”

          “Tapi…”Khairilbagai menanti ayat yang tergantung itu diteruskan.

          “Tapikau tahu apa yang berlaku dekat luar tu?”

          Khairilmengeluh lembut.”Nantilah aku cerita.Sekarang tidak boleh sebab tempatterbuka.”

          Beberapabelia lain turut menyusul ke arah mereka.Sudahnya,terdapat lima orang yangberada di bawah jagaan Khairil.

***

          “Kau kena bahagian apa?”

          “Stor.Kau?”

          “Runner”UjarSyakir lalu melabuh duduk.Dirinya memerhati sekeliling.”Kalau aku tahu macamini keadaannya,aku tak akan ikut diorang datang sini.”Desisnya kasar.

Nuqman berdecit.”Kenapa?Tidur dalamkem ni terlalu empuk untuk kau?”

          Syakirmenarik muka.”Sudahlah kena tidur di dalam khemah,tidur berhimpit pula tu.”
Benar,pihak tentera telah mendirikan khemah di luar kawasan hospital.Terdapatpenduduk yang tinggal di kuartes,di dalam khemah dan ada yang tinggal di dalamhospital itu sendiri.

          “Sekurangnyakita ada makanan yang cukup,selamat pula tu.”Jelas Nuqman.Betul,berada di sinilebih selamat kerana seluruh kawasan dikawal oleh tentera.Tambahan pula merekamempunyai cahaya elektrik dari jenerator serta makanan yangmencukupi.Setidaknya mereka mampu bertahan lebih lama di dalam kegelapan ini.

          “Kaurasa bila semua ini akan tamat?”

Nuqman mengeluh panjang.”Masuk nisudah 6 kali kau tanyakan benda yang sama.Tidurlah.Sudah lewat ni”

          “Macamlahkau tahu beza siang dan malam.”Ngomel Syakir lagi.

          “Selamatmalam.”Malas hendak melayan,Nuqman menutup wajahnya dengan bantal.

***

          Syakirdan Nuqman melangkah menuju ke tempat pembahagian makanan untuk sarapan sebelummemulakan kerja.

          “Siapasangka,terdapat pelbagai pemujaan agama masing-masing dalam satu bumbung.”UjarSyakir melalui wad yang dilabel gereja.Manakala tempat pemujaan yang lainseperti untuk umat islam diletakkan di luar hospital.Dibawah khemah yangberasingan.Surau yang tersedia di dalam hospital telah diubah suai menjaditempat tinggal mereka yang menetap di dalam hospital.

          Nuqmanmengangguk.”Unik.”

          Merekamencapai roti serta air yang disediakan lalu melabuh duduk.Kelihatan Puan Saraturut berada di situ bersama jiran yang lain.

          “Macammana kalau makanan ini habis?”Soal Syakir sambil mengawangkan cebisan roti ditangan.

          “Sebabitu diorang catu dari awal.”

          “Kaujaga bahagian stor makanan kan?Kau tengok stor semalam kau rasa berapa lamastok makanan ada?”

          “EntahlahSyakir.Aku Cuma harap benda ni akan cepat berlalu.”

          “Macammana kalau satu hari nanti kita terpaksa bunuh antara satu sama lain?”

          “Ish!Mengarutlah kau.”

          “No.No.No.Cubakau fikir.Itu adalah basic instinct.Kau pernah tengok The Mist karya StephenKing?”

          Nuqmanmenggeleng.

          “Keadaannyalebih kurang macam ni.Cumanya kita berada di dalam kegelapan.The Mist di dalamkabus.Ada juga karyanya yang menceritakan bagaimana manusia nak survive kalauterperangkap di dalam dome.”

          “Dome?”

          Belumsempat Syakir meneruskan hujahnya,kedengaran bising di satu sudut.

          “Cik,sudahjumpa anak mak cik belum?”

Nuqman mengarah Syakir untuk diamseketika.Dirinya memasang telinga.

          “Belummak cik.Nanti saya akan uruskan”

          “Tolonglah.Anakmak cik itu ada penyakit cepat lupa.Mungkin dia termasuk di dalam trak lain.”

          “Kamiakan cuba semampu yang boleh.Cuma kami berharap mak cik bersabar.Mungkin diaselamat berada di tempat pengumpulan yang lain.Saya harap mak cik bersabar ya.”Ujarpegawai sambil menepuk lembut bahu mak cik tersebut sebelumberedar.Meninggalkannya dengan wajah yang sugul.Puan Sarah mara untuk memujukbeliau.

          “Kaudengar tu?”Soal Nuqman.

          “Dengar.Kenapa?”

          “Kaurasa ada berapa pusat pengumpulan dekat Sungai Petani ini sahaja?”

          “Entahla.Nantiaku dapat jawapan aku bagitahu kau.”

          Nuqmanterdiam seketika.”Syakir,aku rasa kau betul.Bekalan makanan kita tidak cukup.”

***

          “Darimana kita dapat bekalan semua ini?”Soal Nuqman sambil menyusun kotak susu.

          “Adadari Tesco,Mydin.”

          “Kaurasa cukup untuk semua orang?”

Khairil mengeluh lembut.”Aku pun taktahu.Kalau benda ni tahan lagi seminggu dua mungkin cukup.Kalau lima,enambulan,aku tak tahu nak kata.”

          Merekadiam seketika.

          “Kauada telefon orang rumah kau?”

Khairil menggeleng.”Tak”

          “Samalahdengan aku.Sejak hujan meteor hari tu,terus no signal.”

          “Meteor?”

          “Dua,tigahari selepas gelap ni.Ada hujan meteor.”

Khairil hanya mengangguk.Dirinyaberasa tidak hairan sama sekali.

          “Khairil,kautahu punca dia kan?”

Dirinya mengetap bibirkasar.”Baiklah,disebabkan kau kawan aku,janji kau tidak bagitahu orang lain.”

          Nuqmanmengangguk.

          “Sebenarnya,meteoryang hang nampak tu bukannya meteor tetapi satelit”

          “Satelit?”

Khairil mengangguk.”Satelit satudunia.Sebab tu semua signal tak dapat.Kami pun hanya bergantung signal daritower sahaja.Berita luar?Kami tak tau.”

          “Kaurasa ini kiamat?”

Khairil hanya membisu.

          “Satulagi,kau tahu punca semua ini dan siapa orang atasan tu?”

Khairil menggeleng.”Aku pun tak dapatapa-apa info.Semuanya masih jadi tanda tanya.Yang aku tau,aku ditugaskan jagainventory.”

          Panggilandari walkie talkie mematikan perbualan mereka.

01.01.over.

“01 di sini.

01.Diminta untuk ke lokasi Tesco.Unitterkandas.

“Baik.Over and out”Khairil memandangNuqman.”Kau nak ikut?”

Nuqman hanya mengangguk.Masakanmelepaskan peluang ini.Untuk keluar dari kawasan hospital.Khairil mencapaikunci trak lalu mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

***

          Serasasudah bertahun tidak keluar dari tempat tersebut.Hanya sinaran cahaya dari trakyang menerangi jalan yang gelap itu.Nuqman memerhati sekeliling.Bagaikan sebuahpekan usang.Rumput mula layu kerana tidak mendapat sinaran cahaya mataharimanakala pokok yang besar kelihatan botak.Daun yang berada di atas kelihatanjarang.Selebihnya,gugur di barisan jalan.Sepertinya Syakir benar,kita sudahtidak mendapat makanan dari sumber yang segar.Sekarang,kita hanya berharapkepada haiwan serta makanan yang telah diproses.

          Kelihatansebuah trak dari jauh.Mereka pakir berhadapan trak tersebut lalu melangkahkeluar.

          “05?!”SuaraKhairil bagai bergaung.

Senyap.

          Merekamelangkah ke trak tersebut.Nuqman melopong saat melihat sekujur tubuhberlumuran darah.Bagaikan ditembak.Bagitu juga dengan Khairil.Terdapat beberapapegawai yang lain turut mati ditembak.Pantas Khairil mencapai walkie talkie disisi.

          “Pusat.Kamiperlukan bantuan.05 diserang.6 orang mati ditembak.”

          Baik.Diterima.

          “Siapayang buat ni?”Soal Nuqman namun tiada jawapan.Khairil pantas kembali ketrak.Nuqman pantas menyusul.Khairil mengeluarkan dua buah M16 di bahagian bawahtempat duduk trak.

          “Hangpegang senjata?”

Nuqman terkedu.

          “Man!”

          “T..Tak.Takpernah.”

          Khairilmeletakkan kembali sebuah di bawah tempat duduk.

          “Hangduduk dalam ini.”Khairil mematikan suis seterusnya mematikan lampu.Keadaanbertukar gelap.

          “Kaunak pergi mana?”

          “Akunak tengok keadaan sekeliling.Hang duduk sini sampai depa sampai.”Ujarnya lalu menghempaspintu.

          “Kir…”

          LangkahKhairil berhenti setelah beberapa langkah.Dirinya mendongak ke arahlangit.Nuqman yang hairan turut mendongak.Dirinya melopong.Terkejut untuk kalikedua.

          “Salji?DekatMalaysia?!”

Salji mula turun bagaikan hujan renyai.Salji?Apayang telah berlaku ini?Masakan mungkin salji turut dekat Malaysia.Tetapi jikadifikir balik,tiada apa yang mustahil sekarang…

Previous: 01
Next: 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.