Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan 2
Isteriku Kakak Kawasan 2
Aida
26/11/2020 16:12:37
7,671
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 1

Vroom Vroom

Vroomm Vroomm

Vroommm Vroommm


"Pssttt pssttt..."


Lisa buat endah tak endah sahaja. Malas dia nak layan mat-mat motor yang berada di sebelahnya ni. Hmm... Tengok dari gaya, dia sudah tahu yang mereka ni spesis kutu rayau. Huh! Tahu nak mengacau anak dara orang saja. Haish!


"Pssttt pssttt..."


Lisa merengus kecil. Cepatlah traffic light ni... Time macam nilah dia nak lambat, kan. Hmm...


"Cik adik yang cantik ni nak kemana ya? Nak abang temankan tak?" Soal mat motor tersebut, sambil menayangkan senyuman gatalnya tu.


Kawan-kawannya itu sudah tertawa halus. Harap-harap tali pancingnya tu menggena lah, kan.


Lisa tidak menghiraukan orang sebelah lalu dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya tu. Aplikasi WhatsApp dibuka dan nama rakannya yang tertera di skrin segera ditekan.


Ada mat-mat motor kacau aku, beb. Korang standby, hokey! Aku nak dia orang kenal apa itu erti penyesalan. Huh! - Lisa


SEND.


"Nak nombor telefon, boleh tak?" Pinta mat motor itu dengan penuh bersahaja.


Telefon bimbitnya tu kembali diletakkan di dalam kocek seluar jeansnya. Kemudiannya, kedua belah tangannya itu sudah memegang erat handle motorsikalnya tu. Hanya tunggu masa untuk memecut pergi sahaja.


"Cik adik ni janganlah sombong sangat. Nanti cik adik jugak yang kesunyian tau. Tak ada tempat untuk cik adik bergantung pulak." Bebel mat motor tersebut.


Lisa mendengus kecil.


Tutt Tuttt

WhatsApp masuk.


Nama kawannya yang tertera segera ditekan untuk membaca pesanan yang dihantar.


Terbeliak biji mata Rita setelah selesai membaca pesanan tersebut. Tanpa berfikir panjang, pesanan yang dihantarkan kepadanya itu segera di'forward'kan kepada kawannya yang sudah pun berada jauh di hadapan mereka ni.


"Beb, kita berhenti dekat depan tu jap." Arah Rita.


Thia segera memberhentikan motorsikalnya di pinggir jalan. "Kenapa, beb?" Soalnya, ingin tahu.


Tak berlengah lagi, Rita terus menunjukkan telefon bimbitnya tu.


Pesanan yang dihantar oleh Lisa turut dibaca oleh Thia.


Huh! Thia merengus kecil.


"Whattt???" Jerit Sherry dengan tiba-tiba.


Ema yang terkejut, terus menekan brek kecemasan.


SRETTTTT...

Bunyi tayar bergesel di jalan.


Nasib baik dia dapat atasi situasi cemas tersebut. Motorsikal mereka berhenti mengejut di pinggir jalan.


"Ish, kau ni beb. Buat aku terkejut jer tau. Kenapa?" Tanya Ema, ingin tahu.


"Si Lisa kena kacau dengan mat-mat motor, beb. Dia minta kita standby." Beritahu Sherry tanpa berselindung.


Ema berdecit. Nak kena mat-mat motor ni tau...


"Siapa nama cik adik yang cantik ni?" Soal mat motor tu tanpa jemu.


Pandangan Lisa hanya tertumpu di hadapan. Setelah lampu isyarat bertukar warna hijau, dia segera memecut dengan lajunya.


Mat-mat motor tersebut agak terkejut melihatnya lalu segera mengejar dari belakang.


Lisa tersenyum sinis apabila melihat mat-mat motor tu sedang mengejarnya dari side mirror.


Ponn Ponnn

Ponn Ponnn


Mat-mat motor tu sakan menekan hon motor.


Ish! Bingit telinga ni oiii... Agak-agaklah! Memang nak kena mamat-mamat ni tau...


Lisa terus meningkatkan tahap kelajuannya. Nasib baik malam ni tak banyak kereta. Boleh lah dia pecut sesuka hati, kan.


Dari side mirror, dia nampak mat-mat motor tu dah tak jauh lagi. Semakin dekat, dekat dan dekat. Huh! 


Semakin dia laju, semakin laju mereka mengejar.


Salah seorang dari mat motor tu cuba memotongnya dari arah kanan tapi Lisa dengan beraninya menghalang mat motor tersebut dengan membawa secara zick zack (bentuk Z).


Mat motor tersebut mendengus kasar. Nasib baik dia dapat menggelak, kalau tak confirm berlanggar.


Side mirror dipandang dan dia melihat mat-mat motor tu masih setia mengejarnya di belakang. Bunyi hon pulak tak henti-henti berbunyi. Ish! Memekak aja lah...


Senyuman sinis terukir di bibir apabila dia sudah nampak kelibat kawannya dari jauh. Standby guys...


"Apa kejadahlah duk tekan hon memalam ni? Jalan lenggang kut. Huh!" Omel Thia, bengang dengan sikap pemandu tersebut.


Rita yang dengar terus memusingkan badannya, menoleh ke belakang. Terbeliak biji matanya apabila melihat kawannya sedang dikejar oleh tiga orang mat motor tu.


Vroommmm


Lisa dan mat-mat motor tersebut telah pun melepasi mereka.


"Kejar, beb." Arah Rita sambil menepuk bahu kawannya tu.


Tak berlengah lagi, Thia terus memecut pergi mengejar mereka dari belakang. Takkan sesekali dia lepaskan mat-mat motor tersebut. Berani kacau, berani tanggung. Itu jer...


Salah seorang mat motor tu cuba memintas Lisa di hadapan tetapi Lisa bijak menghalangnya.


Thia yang melihat di belakang sudah mendengus kasar lalu dia meningkatkan tahap kelajuan motorsikalnya tu.


"Dia orang dah nak sampai, beb. Standby!" Suruh Sherry yang sedang menoleh ke belakang tu.


Ema menjerling ke arah side mirror. Dari situ sahaja dia sudah nampak yang Lisa sedang dikejar oleh mat-mat motor tersebut manakala Thia dan Rita mengejar mat-mat motor tu dari arah belakang.


Vroommmm


Mereka melepasinya.


Tanpa memberi signal, Ema terus memecut mengejar mereka. Sherry yang tak bersedia, menyebabkan tubuh badannya tersentak ke belakang sedikit. Terkejut punya pasal. Nasib baik tak jatuh. Ish!


"Kejar dia orang, beb." Suruh Sherry sambil memandang mereka yang berada di hadapan.


Ema meningkatkan tahap kelajuannya.


Lisa melirik ke arah side mirror. Senyuman sinis terukir dibibirnya apabila melihat kelibat kawan-kawannya yang berada di belakang.


Ponn Ponnn

Ponn Ponnn


Mat-mat motor tu tak henti-henti menekan hon.


Tanpa berfikir panjang, Lisa mendadak menekan brek motorsikalnya.


SRETTTTT...

Bunyi tayar bergesel dengan jalan.


Terbeliak biji mata mat-mat motor tersebut. Sebelum berlakunya kemalangan jalan raya, mereka cepat-cepat menggelak daripada berlanggar dengan makwe yang cuba diushanya tu.


Kelam kabut mereka dibuatnya, sebelum mereka berhenti mendadak di tengah jalan raya yang lenggang tu.


Thia dan Ema sudah berada di sisi kiri dan kanan Lisa. Mereka sudah bersiap sedia untuk bertempuh di medan perang. Huh!


Mat-mat motor tu sudah memandang ke arah makwe-makwe yang berada di hadapan mereka ni.


"Aik? Tadi sorang tapi sekarang sudah ramai lorr. Amacam, bro?" Tanya mat motor yang berbadan kurus tu.


"Lagi bagus, bro. Kita boleh makan gilir-gilir derrr..." jawab mat motor yang bertatu di lengan tu sambil tersenyum miang.


Mat motor yang berperut buncit tu sudah tertawa halus mendengarnya. Tak sabar pulak nak ratah makwe-makwe yang berada di hadapan mereka ni. Yummy!


"Jom!" Ajak mat motor yang bertatu di lengan tu. Dia sudah pun turun dari motorsikalnya. Diikuti pulak dengan kawan-kawannya tu.


Lisa dah menoleh ke arah Thia. Silih berganti pulak dengan Ema. "Jom!" Ajaknya.


Thia dan Ema mengangguk, tanda mengerti. Begitu juga dengan Rita dan Sherry.


Mereka turun dari motorsikal secara serentak. Topi keledar yang menutupi kepala segera dibuka dan rambut mereka yang terurai beralun mengikut rentaknya.


Mat-mat motor tu terpesona melihatkan kecantikan asli makwe-makwe tersebut.


Mereka pun tak kurang hebatnya, bukan takat topi keledar sahaja yang mereka buka, malah baju jacket hitam yang mereka pakai pun turut dibukanya.


Dahi Lisa, Thia, Ema, Rita dan Sherry dah berkerut seribu melihat aksi mereka tu.


Mat-mata motor tersebut sudah tertawa besar melihat reaksi makwe-makwe di hadapan mereka tu.


Lisa, Thia, Ema, Rita dan Sherry sudah tersenyum sinis.


Mat-mat motor tu saling berpandangan antara satu sama lain, sebelum salah seorang daripada mereka menganggukkan kepala.


Dengan penuh bergaya, mereka bergerak ke hadapan untuk mendekati makwe-makwe tersebut.


Lisa, Thia, Ema, Rita dan Sherry hanya menanti kehadiran mereka.


"Hai cik adik yang syantik! Boleh kita berkenalan tak? Nama abang Roy. Yang sebelah kiri abang ni, Mat dan yang ni, Epul. Nama cik adik apa ya?" Mat motor yang bertatu di lengan tu cuba beramah mesra dengan makwe-makwe dihadapannya ni.


Lisa tersenyum sinis.


"Manis senyuman cik adik ni. Siapa nama?" Tegur Roy, ramah. Senyuman miangnya tu sentiasa terukir di bibir.


Lisa, Thia, Ema, Rita dan Sherry masih berdiam diri. Hanya mata mereka sahaja yang ligat melihat mat-mat motor tu.


Melihatkan mereka hanya diam seribu bahasa, membuatkan Roy semakin berani mendekat. Setapak demi setapak dia mara ke hadapan sehinggalah dia hampir dengan Lisa yang masih bungkam dihadapannya ni.


"Ala, cik adik ni... Janganlah sombong sangat. Abang nak berkenalan jer lah. Bukannya nak..." Tangan kanannya sudah hinggap di rambut ikal Lisa yang terjurai di bahu.


Kawan-kawannya sudah tersenyum-senyum.


Lisa sudah bengang. Begitu juga dengan kawan-kawannya.


"Cantik rambut adi...." kata-katanya terus termati apabila Lisa bertindak dengan mencengkam lengan kanannya tu lalu dengan pantasnya Lisa memulaskan tangannya tu ke belakang.


Mat dengan Epul terkejut melihatnya.  Mereka ingin membantu tetapi makwe-makwe di hadapan mereka ni sudah pun bergerak mendekati mereka.


Roy meronta, minta dilepaskan. Dia cuba menghayunkan tangan kirinya ke belakang tetapi Lisa berjaya menggelaknya. Dan disebabkan itu, pegangan Lisa menjadi longgar dan memudahkannya untuk melepaskan diri.


"Garanglah cik adik ni tapi abang suka!" Ujar Roy sambil tersenyum miang. Tangan kanannya yang masih terasa sakit itu diurut sedikit.


"Kalau suka, mari masuk!" Kata Lisa sambil mengamitkan jemari tangan kanannya tu ke arah mat motor tersebut.


Roy merengus kecil. Geram pulak dia dengan makwe cantik ni, kan. Maka, dia terus berlari ke arah makwe cantik tu. Tendangan padu cuba dilibaskan di bahagian muka tetapi Lisa tangkas menggelak.


Dia bengang.


Kali ini, dia cuba layangkan tumbukkannya tu tetapi tumbukkannya tu dapat ditepis  dengan penuh bergaya. Bukan tepis sahaja, malahan tumbukkan makwe cantik tu tepat mengena di bahagian perutnya ni. Huh! Sakit ooiii...


"Sakit, banggg..." sindir Lisa dengan nada meleret.


"Takkkk..." jawab Roy meleret sambil berlari ke arah Lisa. Tendangan kaki kanannya cuba menyinggah di betis kiri Lisa tetapi Lisa menggelak dengan berlawanan arah.


"Boleh tahan jugak cik adik ni." Roy cuba menyerang lagi.


Kali ini, Lisa tak bagi can langsung dekat mat motor tersebut.


Roy cuba menendang di bahagian perut tetapi pergelangan kakinya tu berjaya ditangkap oleh kedua belah  tangan Lisa.


Lisa sudah tersenyum sinis.


Dengan sekuat hati, Lisa segera menarik pergelangan kaki mat motor tersebut agar mendekat. Maka, tak berlengah lagi dia terus menghadiahkan tendangan padunya tu tepat di bahagian alat sulit mat motor tu.


"Auwwww..." jerit Roy sambil melompat-lompat menahan sakit. Kedua belah tangannya sudah menekup alat sulitnya tu.


"Sakit, bang!" Lisa sengaja menekan nada suaranya tu.


"Sakit... sakit... sakit!" Laju mat motor tu jawab.


"Aik? Lajunya jawab. Takut ke? Takkan takut..."  sindir Lisa sebelum  menghamburkan tawanya.


Mat motor yang bernama Roy tu sudah berdecit, geram. Tak ku sangka, tak ku duga...


Matanya mencerlung tajam ke arah Lisa.


"Kenapa? Nak kena lagi ke?" Tanya Lisa sambil acah-acah ingin menendang lagi.


"Jangannnn..." jerit Roy. Yang ni pun belum hilang ngilunya. Kalau kena lagi, mahu mati pucuk dia dibuatnya. Grrr...


Terhambur tawa Lisa lagi. Rasakan...


Lisa menoleh ke arah kawan-kawannya pulak.


Perghhh!!!


Lagi dahsyat ooo...


Mat dan Epul sudah selamat lending di jalanan. Mata dan tepi bibir mereka sudah selamat membiru manakala hidung mereka sudah mengalir cecair merah, darah.


Roy terkedu melihat nasib kawan-kawannya tu.


"Salah orang mahu tunjuk samseng derrr..." kata Lisa sambil tersenyum sinis.


Thia, Ema, Rita dan Sherry turut tersenyum sinisnya.


Lisa cuba mendekat tetapi Roy cepat-cepat berlari ke arah motorsikalnya lalu bergegas meninggalkan kawasan  tersebut.


"Hoi, bro. Tunggu lerr..."  jerit Mat dan Epul serentak. Mereka mencecit lari ke arah motorsikal masing-masing. Takut punya pasal.


Vroommmm


Berdesup mereka pergi meninggalkan Lisa dan kawannya tu.


"Hahaha... Padan muka! Ada hati nak kacau anak dara orang. Kan dah kena ganyang." Kata Sherry sambil tergelak kecil.


Thia, Ema dan Rita turut tergelak sama.


"Jomlah!" Ajak Lisa sambil bergerak ke arah motorsikalnya. Langkah kakinya itu diikuti oleh kawan-kawannya dari arah belakang.


Vroommmm


Mereka meninggalkan kawasan lalu lintas yang sunyi sepi tu.


"Angah, kau buat apa dengan adik tu?  Turun-turun..." suruh Mona, separuh menjerit.


Syafiq segera menurunkan adik bongsunya tu. Kalau dia tak turunkan, mahu 24jam dia kena bebel dengan mamanya ni.


"Nak lagi... Nak lagi..." renggek si adik sambil meminta si abang mengangkatnya.


"Tak boleh. Nanti mama marah." Jawab Syafiq, perlahan.


"Nak lagi..." si adik sudah mencemik. Nak menangis ler tuu...


"Adikkkk..." panggil Mona sambil menjegilkan matanya.


Iman terus menunduk, takut. Tak berani nak memandang muka garang mamanya tu.


"Tahu takut!" Kata Mona.


"Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Jawab Mona.


Pintu rumah segera terbuka dari arah luar.


"Along pergi mana? Sekarang baru reti nak balik. Mama ingatkan, along tak jumpa jalan balik tadi. Huh!" Bebel Mona sambil mencekak pinggang.


"Along pergi rumah kawanlah, ma. Buat study group." Jawab Fifie, bersahaja.


"Kalau nak keluar, bagitahulah mama. Tak adalah mama risau. Ish! Budak bertuah ni..." bebel Mona lagi.


"Iyalah. Along masuk bilik dulu ya. Nak mandi ni. Badan melekit sudah..." beritahu Fifie sambil berlalu pergi.


"Pergilah. Sekejap lagi kita makan malam bersama ya." Kata Mona sambil membetulkan kain batiknya yang hampir terlucut tu.


"Along dah makan tadi, ma." Jawab Fifie sambil melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu segera ditutup sebelum sempat Mona bersuara.


Mona merengus kecil. Bertuah punya budak..., omelnya.


Rumah yang bersepah dengan permainan anak bongsunya tu segera dikemaskan. Inilah rutin hariannya...


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.