Home Novel Thriller/Aksi Dunia Dua Alam
Dunia Dua Alam
Mr.Vampire
20/12/2017 09:42:54
17,424
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 3
"Aku harap kau berubah Azim," Faiz mentebut nama lelaki itu. Lelaki itu terus terdiam seribu bahasa. Apa yang dia dengartadi membuka hatinya. Tapi persolan dalam benaknya tika ini adalah apa yang menyebabkan hatinya terasa lembut, siapa lelaki yang berada di hadapannya kini? Ukhuwwah. Ye, ukhuwwah, satu kalimah yang pendek tapi besar pengertiannya. Aku nak cari apa makna perkataan ni. Bisik hati Azim.

     "Lupa aku nak pekenalkan diri. Aku Faiz dan ni Adam," Faiz baru teringat untuk memperkenalkan dirinya. Syok sangat ceremah tadi agaknya. Dari tadi Azim menundukkan wajahnya.

     Azim masih lagi dalam keadaan terpunduk. Faiz hanya menanti dengan sabar. Dia percaya masih ada sisa-sisa kebaikan dalam diri Azim. Azim bangkit dari kerusi dan terus meninggalkan Faiz dan Adam.

     "Power jugak kau punya ceramah tadi Iz. memang #deep lah kau bagi. Tajuk ukhwwah kau tu memang best. Tapi kau tahu kat mana Azim tu kawan baik si Daniel?" Adam mengemukakan komennya sekaligus dengan persoalan.

     "Aku tahulah, Aku kan belajar ilmu psikologi, biasalah tu. Pembalasan dendam punya pasal. Daniel tu mesti ada buat apa-apa kat Azim sampai Azim ambil darah kawan baik dia sendirikan?" Faiz menjawab dengan panjang lebar. Bukan soalan tapi lebih kepada pengukuhan fakta. Dalam diam Faiz berdoa agar Allah mengurniakan taufik hidayah buat Azim.

     "Assalamualikum." satu suara menyapa mereka berdua dari belakang. Faiz dan Adam hampir serentak berpaling ke belakang. Daniel menghadirkan diri dalam pandangan mereka berdua. Faiz dan Adam serentak tersenyum kepada Daniel.

     "Amboi, korang ni dah kenapa senyum kerang busuk kat aku?" Bukan berkasar tapi isyarat gurauan.

     "Kau dah sihat belum?" terus Adam bertanya. 

     "Alhamdulillah dah," jawab Daniel. "Daniel, kau dapat tawaran masuk Universiti mana?" tanya Faiz pula.

     "Tak jauh pun UiTM je," Daniel menjawab soalan itu dengan selamba sedangkan hati dua sahabanya remuk redam sehingga merubah air muka mereka berdua.

     "Kenapa?" tanya Daniel selepas perasan kelainan air muka dua sahabatnya itu.

     "Kitorang, pergi luar negara," Jawab Adam perlahan. Dainel menghela nafas. Patutlah, bisik hatinya.

     "Korang pergi sama-sama ke?" tanya Daniel sejurus mereka berdiam diri beberapa detik kemudian. Faiz dan Adam mengangguk serentak. Dia menghela nafas, kali ini lebih dalam dan berat. Daniel memandang langit. mengambil nafas sedalam-dalamnya.

     "Kalau waktu malam sekarang ni , mesti ada bulankan?" ucap Daniel perlahan.

     "Apa yang kau cakap ni?" tanya Adam. Sebenarnya hatinya berdetak lebih laju berbanding larian seekor kuda. Entah kenapa berdebar sakan macam tu. Daniel hanya tersenyum. Hambar dan tawar.

     "Kalau korang miss aku, korang tengok bulan, okey?" kata Daniel.

     "Okey Daniel, tapi ayat kau tu aku rasa kau copy ayat dalam novellah," Faiz mencelah. Tawa Daniel pecah. Adam hanya terpinga-pinga tidak mengerti. "Apa novel-novel ni? Macamlah aku kaki novel macam korang," Adam mencebik. Mereka semua ketawa.

     "Tapi aku nak kita berjanji supaya ukhuwwah kita takkan mati sampai syurga tau. Aku nak ukhuwwah kita ni sampai kat syurga selama-lamanya." Lanjut Daniel.

     'Insyaa Allah," Faiz dan Adam serentak menjawab. "Kita bejanji," Mereka bertiga meletakkan belakang tapak tangan masing-masing seolah berikrar. Pertemuan hari ini bukan pertemuan biasa. Pertemuan hari ini telah mengikat satu janji diantara mereka bertiga.


3 hari kemudian, Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

     FAIZ tertinjau-tinjau di keriuhan lautan manusia di lapangan terbang itu. Selepas berpisah dengan keluarga tadi dia terus duduk di salah satu cafe yang ada di lapangan terbang itu. Dia memesan segelas teh ais untuk menghilangkan dahaga. Bila teringatkan saat perpisahan dengan keluarga tadi boleh mennyebabkan Faiz tertawa seorang diri. Husna yang tersedu-sedan nak berpisah dengan Faiz. Tidak menyangka hati adiknya yang disangka sekeras batu itu boleh menangis.

    "Along duduk kat negara orang tu baik-baik tau," Husna memeluk abangnya. tangisan masih lagi tersisa.

    "Dahla tu Husna," Ustazah Zahirah cuba memujuk. Dia menggosok belakang anak keduanya itu.

    "Along kalau Husna mintak sesuatu kat Along boleh tak?" Husna meminta izin.

    "Mintak apa?"

    "Husna nak kakak iparlah," Terus Ustazah Zahirah menepuk belakang Husna.

    "Apa yang kau merepek ni?" seluruh ahli keluarga tertawa dengan ulah nakal Husna. 


ADAM memerhatikan sahaja Faiz dari tadi. Sengih sorang-sorang dai tadi. Haih, pelik sahabat aku yang sorang ni? 

     "Oi... Kau ni dah kenapa? sengih sorang-sorang memanjang," Adam menyergah Faiz dari belakang. Faiz yang baru sahaja meletakkan straw kedalam mulut tersedak, mujur tidak tumpah airnya.

     "Waalaikumusalam," Faiz menyakat,geram betul.

     "Oh lupa lak, Assalamualaikum." Baru Adam menyedari kekhilafannya sebentar tadi. Faiz menjawab salam itu perlahan.

     "Ko memang nak kena ehh?" Faiz membegakan raut wajah seolah-olah buat muka marah.

     "Ololo, takkan dah nak ngajuk," Adam tersengih memanjang. Faiz tersenyum. 

     "Takde apa-apa pun, aku cuma teringat keluarga aku jer," Faiz menjawab soalan Adam tadi. Adam membuat ekspresi muka seolah-olah mengatakan pada Faiz, Hek elehhh..

     "Eh, mana Daniel ni, janji dia nak datang," Adam merungut, padahal tidak sampai 5 minit pun menunggu.

     "Keselamatan Daniel macam mana?" tanya Adam. Faiz terfikir perkara itu selepas itu.

     "Aku agaklah Azim takkan buat dah perkara tu." Faiz mengagak. Berharap agar agakannya tepat. Faiz melihat jam tangannya jam 8.30 pagi. Lagi sejam setengah dia akan bertolak ke United Kingdom. Bahu Faiz dicuit dari belakang. Kedua-dua lelaki itu berpaling kearah Daniel yang sedang berdiri sambil tersenyum manis.

     "Yeay, dah datang dah, Abang manja."Adam berseloroh. Faiz ketawa.

     "Kau pernah tak rasa penumbuk ni hinggap kat muka kau," Daniel membalas selorohan itu, bukan berkasar, tapi satu gurauan manja seorang sahabat. Faiz tersenyum melihat ulah dua sahabatnya itu. Dia berharap sangat agar kenangan ini tidak dilupakan dari ingatan.

     "Eh, jomla amik gambar," Daniel mengajak. Mereka cepat-cepat berkumpul dan berkumpul dan selfie. Bermacam gaya yang dikeluarkan Adam dan meminta bantuan daripada sekumpulan pelajar baru yang bakal menjadi pelajar tahun satu di University of Birmingham. Ada juga yang tersenyum-senyum melihat keceriaan mereka seolah-olah kali pertama datang airport. 


9.00 am. KLIA


     "Korang Flight pukul berapa?" tanya Daniel memecah kebisuan.

     "Flight pukul 10.00. Daniel..Kitorang dah nak pergi ni, kau jaga diri baik-baik tau." Faiz menjawab pertanyaan Daniel sekali gus memberi nasihat kepada sahabatnya itu.

     "Baik sahabatku yang aku sayang kerana Allah. Korang pun selamat berjuang kat sana ye. Insyaa Allah aku selamat je kat sini. Pasal Azim korang jangan risau. Dia datang kat aku and then dia ucap mintak maaf," Daniel tersenyum memberi khabar gembira itu. Faiz dan Adam mengukir senyuman kelegaan. Faiz memandang sekilas dua parut kecil di leher Daniel. Semua ni Insyaa Allah akan berakhir. Bisik hatinya. Mereka pun terpisah. Tapi tidak sekali-kali berpisah hati.




     Faiz dan Adam terpisah buat seketika ketika mereka mencari tempat duduk masing-masing. Akhirnya Faiz menjumpai tempat duduknya, tetapi yang menarik perhatiannya adalah seorang lelaki yang bakal jadi jirannya didalam kapal terbang itu. Seorang lelaki berkaca mata hitam baru sahaja menutupkan matanya untuk berehat ketika Faiz baru sampai tadi. Macam kenal. Faiz bermain dengan monolognya sendiri, tapi dia tidak mahu mengendahkan sangat. Nanti jelah. Faiz pun duduk di tempatnya itu.

     


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mr.Vampire