Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
77,753
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 21
"Macam mana boleh jadi macam ni huh?" Soal Datuk Akhtar Handerson sambil merengus tidak puas hati.

"Kami ni ibu bapa dia..macam mana pulak dia boleh dibawa balik oleh orang lain?" giliran Datin Syamimi pulak bersuara dengan nada yang meninggi.

Marah sungguh mereka sebaik sahaja diberitahu bahawa Nursyamia tiada di asramanya. Sudahlah kerinduan terhadap satu-satunya anak perempuan mereka itu belum terubat, di khabarkan pula ketiadaan Nursyamia kerana dia dibawa balik oleh rakan sekuliahnya tanpa pengetahuan mereka.

"Eerrrkk...anak Datin takde call bagitau ke? soal warden asrama Seroja sedikit jengkel. Masih jelas diingatannya, Nursyamia sendiri yang datang dipapah Zeaya untuk memberitahu pemergian mereka yang telah pun mendapat persetujuan ibu dan bapa Nursyamia. 

"Kalau anak saya ada bagitau, awak rasa saya ada masa tercegat kat sini depan awak? huhh??..sahut Datin Syamimi mulai panas hati. 

"Sepatutnya awak, sebagai warden kat sini, call dulu parents sebelum percaya cakap student nih!!..sambung Datin Syamimi lagi. 

"Awak ada simpan rekod kawan Nursyamia yang bawak dia balik tuh?" Datuk Akhtar menyoal kembali. Kening warden asrama berkerut-kerut seketika. 

"Ahhhh...Kejap yea..saya semak dalam buku keluar masuk." Helaian demi helaian diselak dengan cermat. Senyuman terukir di bibir warden asrama sebaik melihat nama dan alamat tertera bersebelahan nama Nursyamia.

"Ni Datuk..alamat kawan sekuliah dia", ujar warden asrama sambil menghulurkan buku tersebut kepada Datuk Akhtar.

"Che Ponti Name Zeaya?" apa pelik sangat nama orang sekarang nih?" ujar Datin Syamimi mengelengkan kepalanya sebaik matanya melihat helaian tersebut.

Mata Datuk Akhtar tertancap pada  nama "Zeaya". "Kebetulan kot nih.." bisik hati kecilnya. "Tak mungkin Zeaya yang sama kan? ramai orang nama Zeaya bukan dia sorang..." desis hati Datuk Akhtar menyedapkan hatinya sendiri.

"Abang?..oohh abang!" Datin Syamimi mengeraskan sedikit suaranya apabila tidak disahut oleh Datuk Akhtar.

"Errkk...yeea..yeaa..sayangg.." Datuk Akhtar seakan baru tersedar. Dia tersenyum memandang Datin Syamimi. 

"Awak ambik alamat ni sayang..kita pergi ambik Nursyamia hari ni jugak.." sambung Datuk Akhtar. Melihatkan nama "Zeaya" bersebelahan nama anaknya, satu perasan aneh menyelinap dalam diri. Datuk Akhtar tahu dia perlu segera mendapatkan Nursyamia. Apatah lagi apabila di baca pangkal nama "Zeaya" adalah "Che Ponti". "Aku harap bukan dia yang bawa Nursyamia balik" dalam resah yang cuba ditutup dengan senyuman, Datuk Akhtar dan Datin Syamimi melangkah keluar daripada kawasan asrama Seroja. "Zeaya".."Zeaya.." "Zeaya"..nama itu bergema jauh di lubuk hati Datuk Akhtar saat dia memulas stereng kereta menuju ke alamat yang ambil tadi. "Syamia tunggu yaa..kami datang sayang.." desis hatinya bimbang bercampur curiga.



Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.