Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Bermain Api
Gadis Yang Bermain Api
Amaryllis Dahlias
2/7/2019 23:34:05
9,224
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Sophia Isabel kegelisahan. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Dia memandang ke luar tingkap Condo The Swank. Hanya ada beberapa kenderaan dapat dilihat melalui jalan dekat laluan masuk kondo di kawasan perumahan mewah itu. Guruh dan kilat berselang seli kedengaran di kejauhan. Mereka sepatutnya sudah bersua untuk kali yang kedua. Apakah salah yang telah dilakukannya kali ini, yang menyebabkan lelaki yang ingin bertemunya itu tidak menepati janji.

Baru sahaja dia dapat menikmati keserasian, dia dimungkiri lagi.

Dalam keadaan sedia untuk pertemuan yang ditunggu-tunggunya,dia mengenakan sehelai tweed bersulam pita Gucci berona hitam. Pakaian yang menyerlahkan susuk badannya yang langsing. Untuk suatu pertemuan yang mungkin akan berhasil membuahkan satu perhubungan yang lebih bermakna, lebih daripada sebagai hanya kawan-kawan...dia cuba untuk tidak membina harapan tetapi dengan Azlan, dia hampir pasti lelaki itu sudah matang untuk bermain cinta….tetapi, lelaki itu juga yang pada saat ini, mungkir janji.

Mahu sahaja dia menelefon Azlan.  Walaupun sudah biasa dengan kehidupan bebas dikota, dia masih ada secalit malu. Bukan caranya bagi dia untuk menunjukkan kebuluran dengan kasih sayang lelaki. Sungguh, dia mahu sahaja menelefon lelaki itu sebagaimana kerapnya dia memandang ke arah skrin telefon mobilnya. Namun sia-sia, kerana setelah satu jam lebih, lelaki itu masih tidak muncul. Jika lewat, tidak sedikit pun terfikir untuk memaklumkan.

Hujan renyai-renyai persis mengiringi hiba di hatinya.

Akhirnya dia tertidur di sofanya dalam pakaian petang itu dan hati yang retak seribu.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias