Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Hilang
Gadis Yang Hilang
Amaryllis Dahlias
22/6/2019 01:39:18
3,662
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
1


Lift rosak lagi. Huh.. aku terpaksa naik menapak lagi. Memang nasib aku tak baik hari ni. Sudahlah kereta aku tumpang rosak di jalanan. Ni dah lewat maghrib pun dah lepas. Keadaan keliling dah sebu-sebu macam sesuai saja nak masuk dalam gebar dan pasang aircond..

 

Tak semena telefonku berbunyi. Mesej whatsapp daripada kawan sekuliah yang aku gelarkan Piranha.. well.. bukan nama sebenarnya..

 

Babe kau dengar tak pasal student yang sebelah rumah sewa kau?

Roza yang hilang tu? Tak tahu sangat. Baru tau pasal hilang saja. Kenapa?

Tak tahu nak cakap. Ada sesuatu yang pelik.

Tentang?

Polis cakap kes dia perlu siasatan.Kau mungkin kena jadi saksi.

Ehh. Aku mana ada kat rumah sewa aku semalam.Aku kan tidor kat makmal?

Ehh.. kau biar betul..polis akan hubungi kau juga nanti. Semua penyewa situ kena, aku rasa.

Hadoii aku belum sampai rumah lag ini. Lift sini rosak.

Okay kau naik lah dulu. Tapi hati2 sikit jalan tu.. kot ada semangat apa2 dok berkeliaran kat situ..

Ehh bedebah.. semangat apa benda pula.. aku ni dah la tengah sorang-sorang kau nak jugak takutkan aku ya.

Nama saja lelaki, aku pun tak penakut macam kau. Bye Aliff. Esoklah aku story lagi. Good luck panjat tangga.

 


Susah juga nak menaip dalamkeadaan menapak. Tapi atas sebab sudah kebiasaan aku mampu melakukannya.Sebelah tangan saja. Mataku tak tahu man mahu tengok arah mana..Depan,belakang, kiri, kanan aku mahu cuba nak cover. Sampai tingkat 3 lampu koridordan tangga pula semua rosak. Banyak betul vandalisma di sini. Apa nak kata, disini sahaja aku mampu nak duduk buat ketika ini. Kongsi bertiga dengan duaorang lagi pelajar tapi dia orang tak ada pula sebab ada program di Sabah untukbeberapa minggu ni. Tinggal aku. Kehidupan kolej aku memerlukan kewangan yang ketat.Keadaan sunyi yang amat. Hingga mendengar tapak kaki ku sendiri pun ku rasakan seperti bunyi tapak kaki orang lain.


Tiba-tiba.. bulu roma ku meremang..
Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias