Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sesejuk Sumpahan Mimpi
Sesejuk Sumpahan Mimpi
Eidawati
25/9/2018 17:20:13
9,193
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1-2

Dayana teguk liur. Wajah lelaki yang duduk di sebelahnya direnung sekilas lalupandangannya beralih semula pada papan informasi di depannya.

“Dah lama?”

“Huh?”

“Dah lama awak jadi macam ni?”

Lelaki itu menggeleng perlahan.

Dayana hela nafas. Apa laaa nasib! Tak patut aku tegur dia!

Tapi kenapa dia boleh sentuh aku ya?

Dayana lirik matanya perlahan-lahan. Kelihatan lelaki itu merenung jauh seperti memikirkan sesuatu. Jari telunjuknya diangkat dan didekatkan pada bahu lelaki itu. Sepantas kilat Dayana menutup mulut bila dia menyedari lelaki itu turut dapat disentuhnya!

Ah...sudah! Aku mimpi ke?

“Saya Shin.”

“Hah?”Spontan Dayana berpaling semula.

“Nama saya Shin.” Beritahunya lagi.

Dayanamengangguk-angguk. Bibirnya diketap kemudiannya memikirkan lelaki itu akan mula mengekorinya mungkin!

“Saya kenal dengan awak kat sini je tau. Tak lebih dari tu okey?” Dayana menyengih memandang lelaki yang mula merenungnya.

“Awak takut saya ikut awak ke?” Soal Shin seolah-olah dapat membaca apa yang berada dalam minda Dayana.

“Eh...tak...”

“Saya faham.” Pantas Shin mengangguk. “Nanti orang kata cik ni gila pulak...”Sindirnya kedengaran bersahaja.

Dayana cebik bibir. Tahu pun!

Dayana hampir bangun namun terkejut dia bila tak semena-mena pergelangan tangannya dipegang oleh Shin. Bulat mata Dayana memandang lelaki yang entah dari mana asal usulnya!

“Tapi kenapa saya boleh sentuh cik ya? Kita kenal ke?”

Laju Dayana menggeleng. Kali pertama jumpa kut! Muka kacak macam ni mustahil aku tak ingat!

“Saya tahulah saya kacak. Tak payah ketara sangat apa yang cik fikir.”

Dayana gigit bibir. Hantu ni boleh baca fikiran aku rupanya!

Renungan Shin makin tajam melihat Dayana dan spontan gadis itu menayang senyum bila dia menyedari lelaki itu mempunyai kebolehan yang dia sendiri susah nak percaya!

Tergesa-gesa Dayana atur langkah kemudiannya. Tas tangan disilang atas bahu sebelum lengan

bajunya disingsing. Kaunter dihampirinya semula dengan senyum yang ditayang di bibir.

“Jefri bin Said. Saya nak jumpa dengan dia.” Arah Dayana pada staf wanita bertudung yang ditemuinya tadi.

“Saya dah beritahu...”

“Dayana Zahri binti Alias.” Sengaja Dayana bulatkan matanya.

Staf wanita itu hela nafas melihat kerenah Dayana ketika ini.

“Kalau awak tak nak call dia, saya buat kecoh kat sini nanti!” Suara Dayana mulameninggi.

“Cik,saya cuma maklumkan apa yang Encik Jefri beritahu. Itu je.”

“808.”

Dayana berpaling merenung Shin yang entah bila berdiri di sebelah staf wanita itu.

“Nombor bilik dia. 808.” Beritahu Shin lagi.

Dayana menyembunyi senyum lantas tas tangannya dibuka. Dikeluarkan dompet lalu dihulurkan kad kreditnya pada staf wanita itu.

“Saya nak satu bilik. Tingkat 8.” Selamba Dayana angkat kening dengan senyum sinis di bibir.

Teragak-agak staf wanita itu memandang Dayana.

“Saya pelanggan hotel ni juga. Awak nak saya buat kecoh ke?” Suara Dayana mulai kedengaran mengugut.

Dayana senyum tanda menang bila staf wanita itu menggeleng kepala namun diambil juga kad kredit yang dihulurkan.

Yes! Siap la kau, Jefri! Jantan tak guna!

Previous: Bab 1-1
Next: Bab 2-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eidawati