MR. & MISS TROUBLEMAKER
Ayuma umairah
Bab 1
Fatia melihat
cincin di jari manisnya, kini dia sah bergelar tunangan orang. Baru sebentar
tadi bakal mak mertuanya menyarungkan cincin itu sambil tersenyum bahagia,
maklumlah menantu pilihannya sendiri. Fatia senyum hambar, bahagiakah dia
dengan semua ini. Tapi kalau tak bahagia kenapa dia setuju untuk bertunang.
Cincin
di jari direnung lagi, aku baru jumpa mamat tu sekali, alih-alih mak dia masuk
meminang aku, mamat tu takkan dah syok dekat aku sekali pandang je kut. Macam
orang kata tu, cinta pandang pertama, hehehe.
“Kak Tia oit, sudah-sudah la
berangan tu, dah sampai mana, malam pertama ke?”
Kedengaran ketawa dari sepupu dan
saudara maranya, Fatia tersengih malu, kurang asam punya adik, malukan aku
depan semua, itulah, siapa suruh berangan kan.
“Kak, cepatkan posing, nak ambik gambar ni, dari tadi duk keras macam patung.”
Fazrin menambah lagi, bosan dengan gaya kakaknya itu, dari tadi duk bersimpuh
di atas katil, tak lenguh ke kaki tu.
“Yalah, nak pose macam mana? Macam ni?” Fatia bangun sambil membuat pose ala-ala artis di red kapet. Tapi macam over la pulak ni.
“Kak, senonoh sikit pose tu boleh tak, gambar ni nak masuk
FB, pose tu bia nampak ala-ala gadis
melayu terakhir.” Fazrin atau lebih manja dipanggil Erin menambah lagi, gaya
macam juru kamera professional pun ada.
“Alah, ni kira okey la ni, ayu je kalau orang tengok.” Fatia ketawa sendiri, malas
nak melayan juru kamera tak bertauliah itu, lagi pun, pose ala-ala gadis melayu tak penting, yang penting gambar mukanya
dan cincin di jari manisnya, itu yang lebih penting.
Fatia
kaku lagi, kalau otak duk melayang, semua tak boleh buat. Si Erin pulak tengah
membebel sebab kakaknya buat pose
entah apa-apa, itu tak kena, ini tak kena, ni ada yang nak kena ni.
“Dah la Erin, malas la nak posing-posing ni, pergi la keluar, kak
Tia nak rehat kejap.” Fatia duduk semula di katilnya yang indah terhias,
bercadar biru laut.
Fatia mengeluh lagi, kalau tadi dia
rasa yang mamat yang bergelar tunangnya itu dah jatuh cinta pandang pertama
kepadanya, kini dia rasa macam tak sesuai pulak. Mana taknya, kalau dilihat
kepada rupanya, takde la lawa mana, biasa-biasa sahaja, boleh ke jatuh cinta
pandang pertama.
Tambahan pula, takkan mamat tu takde
awek sebelum ni, kalau tengok muka memang boleh tahan, kalau masuk hero remaja
memang boleh jadi juara, tapi dah tak layak rasanya nak masuk, bukan apa,
faktor umur je. Hehehe.
Fatia baring di katilnya, matanya
yang kuyu dan layu sebab tak cukup tidur dua tiga malam ditutup perlahan, tidur
lagi bagus, dari duk fikir benda yang aku sendiri tiada jawapan, buat sakit
kepala je.
“Kamu ni betul
ke setuju, mak tak paksa, mak tak bagi jawapan pun lagi. Lagipun nenek si
Rayyan tu yang nak kamu kahwin dengan cucu dia, Rayyan entah nak ke tidak
dengan kamu tu. Mak tak nak kamu bertunang sebenarnya, kenal-kenal la dulu,
berkawan ke, kalau kamu dua-dua dah suka sama suka, mak tak halang.” Panjang
lebar emak kepada empat anak dara ni membebel sambil bersarapan pagi, Fatia
yang mendengar hanya menadah telinga sahaja sambil menadah perut, sekali maknya
buka mulut, sekali dia suap mee goreng ke mulutnya. Macam takde perasaan.
“Kamu dengar ke tidak ni?” Mak Kiah
mula naik angin, aku membebel untuk kebaikan dia, takde la nanti rumah tangga
berpecah belah, nanti kalau jadi apa-apa aku juga yang susah.
“Dengar mak, Tia setuju mak.”
“Apa?” Farhana, Fazrin dan Farisya
bersuara serentak sambil tayang muka terkejut.
“Kau setuju nak bertunang atau kau
setuju dengan apa yang mak cakap?” Kakak sulungnya mencelah laju, mulut masih
ternganga tak percaya, mana boleh adiknya yang kahwin dulu, jatuh la saham dia
nanti.
“Hehe, Tia setuju nak bertunang.”
Fatia menjawab sambil tersengih-sengih gatal, nasib baik depan keluarga sendiri
dia buat muka macam tu, kalau depan nenek si Rayyan memang confirm pinangan ditarik balik.
“Kamu ni biar betul, kamu kenal ke
Rayyan tu, kamu tahu ke perangai dia macam mana, kamu ingat kahwin tu senang,
rasa nak kahwin kamu pun kahwin, nanti kalau dah tak nak kamu bercerai macam
tu?” Mak Kiah mula berbahas panjang.
“Mak, Tia nak tunang je, bukan nak
kahwin.” Fatia mula bagi jawapan sengal.
“Kamu ni Fatia dah tak betul ke,
cuba kamu bagitahu mak kenapa orang bertunang, sebab nak kahwin kan, kalau tak
nak kahwin buat apa nak bertunang.” Mak Kiah jawab sendiri soalannya tadi tanpa
sempat Fatia membuka mulut. Mungkin malas nak menunggu jawapan dari anaknya
itu, kalau jawab pun macam jawapan budak-budak darjah enam, buat sakit jantung
je.
“Kak Long tak puas hati, mana boleh
kau yang bertunang dulu, nanti semua orang ingat Kak Long tak laku.” Farhana
mencelah sambil bercekak pinggang.
“Betul tu Kak Long, mana boleh Kak
Tia kahwin dulu, lagipun Kak Tia tu masak pun tak tahu, ada hati nak kahwin,
hahaha.” Farisya yang diam tiba-tiba bersuara, maklumlah, adik kesayangan Kak
Long mesti kena sokong Kak Long.
“Tia, Kak Long tak kisah pun kalau
kau nak kahwin dulu, tapi kau kenal ke Rayyan tu, entah mamat mana, kalau ia
pun dah gatal sangat nak kahwin, pilih la betul-betul, tak kan takde boyfriend dekat KL.” Farhana menambah
lagi, ni baru betul ayat kakak misali yang sayangkan adiknya.
Fatia senyum hambar, kalau ada
memang aku suruh masuk meminang awal-awal lagi, sebelum nenek si Rayyan tu
lagi.
“Tia, kau ni kenapa, ada masalah ke,
relax la Tia, umur baru 26 kut,
takkan dah takut jadi andartu, cuba tengok Kak Long, relax je kan, tak risau langsung, umur Kak long baru 27 tahun,
belum masuk 30 lagi, buat apa nak risau.” Kak Long bangun sambil membawa
pinggannya ke singki dengan gaya berjalan ala-ala model.
“Yang ni pun sama, bila nak kahwin
entah, nanti kalau si Amran tu cari perempuan lain baru tahu, baru putih biji
mata.” Kini Farhana pula jadi sasaran Mak Kiah, yang lain apa lagi, tayang
senyum perli la.
“Ala mak ni, sabar la, tak lari ke
mana pun bakal menantu mak tu, dia tunggu Kak Long cakap yes, I do, terus dia masuk meminang.” Farhana manjawab sambil
tergelak.
Fatia dan adik-adiknya turut
tergelak, siapa tak kenal bakal abang ipar mereka itu, kalau boleh hari-hari
nak datang rumah, tapi faham-faham sendiri la, tak kan tak tahu malu kan,
hari-hari nak bertandang ke rumah orang.
“Kenapa la dengan anak-anak mak ni,
yang Kak Long macam ni, yang Tia pula macam tu, pening kepala mak ni tau.” Mak
Kiah masih duduk sambil buat aksi mengurut kepala.
“Ala mak ni, tak payah la risau
sangat, Tia tahu la apa yang Tia buat, lagipun lepas tunang boleh la
kenal-kenal dulu kan.” Fatia cuba mengambil hati maknya, mana boleh bagi maknya
risau sangat, nanti naik pula tekanan darah tinggi, nanti siapa yang susah, dia
dan adik-beradiknya juga.
“Suka hati kamu la Tia, kamu dah
besar panjang, boleh fikir baik buruk apa yang kamu buat, cakap mak langsung
kamu tak nak pakai, kalau arwah ayah kamu masih ada……”
“Tentu ayah setuju mak, sebab Abang
Rayyan tu handsome.” Belum sempat Mak
Kiah habiskan ayatnya, Fazrin terus potong jalan, makin panas la Mak Kiah.
“Itu jelah yang kamu tahu, cuti-cuti
ni balik bukan nak tolong mak, kerja rumah satu pun tak buat, kejap lagi tolong
mak masak.” Kini giliran Fazrin yang kena, itu la, siapa suruh mencelah time Mak Kiah bercakap.
Yang lain terus bangun sambil
membawa pinggan ke singki, kan lagi lama sarapan, lagi panjang la Mak Kiah
membebel.
Bab 2
“Kak Tia, bangun
la, kawan Kak Tia datang tu, boleh Kak Tia tidur, orang lain semua sibuk dekat
luar, Kak Tia buat tahi mata dekat dalam bilik.” Fazrin membebel sambil menepuk
bahu kakaknya itu, makin lama makin kuat, boleh lebam ni bahu kalau dibiarkan
lama-lama.
Fatia yang masih mamai menukar posisi
tidurnya, mata dibuka dan ditutup beberapa kali dan terus ditutup semula.
“Kak, bangun la, buat malu betul.”
Erin menjerit agak kuat.
Fatia terus terduduk, Erin dipandang
dengan mata terkebil-kebil, aik, tadi bukan ke si Erin pakai baju tshirt je, ni
nak pergi mana pakai baju kurung lawa-lawa ni, tak kan nak tolong mak masak
kena pakai baju kurung.
“Kak, cepat la bangun, Ya Allah,
tengok la makeup tu, habis comot,
dengan tudung senget.” Fazrin mula ketawa, kalau ambil gambar ni masuk kat FB, confirm ramai yang like.
Fatia meraba tudungnya, eh, aku
mimpi ke tadi, ke aku berangan time
tidur, tapi memang betul pun mak membebel dekat Erin sebab budak ni memang
pemalas. Kepala yang tak gatal digaru perlahan, tak boleh laju-laju nanti
senget lagi tudung tu.
Fazrin dipandang sambil otaknya
ligat berputar, kejadian sebulan sebelum hari pertunangannya cuba diingati
semula. Boleh aku tidur sambil teringat mak duk membebel sebulan lepas, kalau
mimpikan si Rayyan takpe juga.
“Tunggu apa lagi, bangun la, pergi
betulkan tudung dengan make up tu,
jangan keluar macam ni pulak, kan pengsan tetamu, hahaha.” Ketawa Fazrin makin
galak, Fatia hanya buat muka tak bersalah je dari tadi.
Suasana malam
direnung dari jendela biliknya, dari situ, dia boleh melihat rumah Mak Su Odah
yang terang benderang, boleh didengari suara-suara tetamunya yang tiba pagi
tadi dari Kuala Lumpur. Fatia mengeluh sambil melihat cincin di jarinya,
perasaannya bercampur baur, mindanya macam duk berfikir dari tadi tapi entah
apa yang difikirkannya, dia sendiri tak tahu.
“Kalau dah rindu sangat pergi la
rumah tu, duk tengok dari sini je buat apa, bukan jauh sangat pun, jalan 10
saat je, dah sampai, kalau Kak Tia berlari 5 saat jer dah sampai.” Fazrin yang
masuk ke bilik secara senyap-senyap menegur sambil tersenyum sumbing.
Fatia yang agak terkejut buat-buat relax je, malas nak melayan adiknya
yang memang suka menyibuk. Matanya masih merenung deretan kereta yang terparking di depan rumah Mak Su Odah, mana
satu kereta si Rayyan tu, yang kecil ke yang besar, alah, apa aku kisah dengan
kereta dia, bukan aku bayar pun bulan-bulan. Fatia melangkah ke katil, duduk di
sebelah Erin yang dari tadi duk tersengih-sengih.
Di rumah Mak Su Odah la mereka
bertemu, kalau nak tahu Mak Su Odah tu mak mertua kakak Rayyan, Rania namanya.
Mummy Rayyan tu selalu la juga datang jenguk besannya dengan cucunya yang
comel, tapi tak pernah pula terserempak dengan Fatia.
Nak
dijadikan cerita, saat kedatangan mummynya bersama nenek Rayyan beberapa bulan
yang lepas, ketika itu Fatia sedang menyidai baju di ampaian rumahnya, mungkin time tu kut nenek si Rayyan bekenan kat
Fatia. Maklumlah, siapa yang tak jatuh hati kalau tengok anak dara pagi-pagi
duk sidai baju, dengan memakai kain batik, ala-ala gadis kampung sejati.
Selalunya taste orang-orang veteran
ni anak-anak gadis kampung la, baru sesuai dijadikan isteri anak cucu mereka,
tapi betul ke?
Nenek
tu apa lagi, dia suruhlah cucunya datang. Cucunya yang selalu dengar kata nenek
pun datanglah, kalau dekat takpe ni dari KL ke Pahang, jauh jugak tu, tapi demi
nenek tersayang kan, dia sanggup datang.
Fatia
pula agak rapat dengan Mak Su Odah, selalu juga pergi ke sana bawa kuih
buatannya, tapi kali ini dia datang time
Mak Su Odah ada tetamu pula, bukan sengaja nak tunjuk rajin, tapi dah janji nak
bagi puding gula hagus yang baru siap dikukus. Tak sangka pula tetamu yang ada
di rumah Mak Su Odah ketika itu dah jatuh suka dan bekenan nak jadikan dia
menantu. Kalau dia tahu memang dari awal dia tak pergi tayang muka dekat sana.
Dan ketika itulah saat pertama kali dia melihat Rayyan, huhu, kali pertama
bertentang mata, berdebar jantung hatinya.
“Hai, susah betul bercakap dengan orang
yang angau ni, dah takde mulut ke?” Erin buat muka tak puas hati bila
perbualannya tidak dilayan.
“Sibuk jelah, suka hati Kak Tia la,
pergi la keluar.”
“Hello, sorry ok, ni bilik Erin juga, kalau nak berangan sila berangan di
luar, Erin nak tidur, tepi sikit.” Fazrin mula memanjat katil dan terus baring,
tapi masih tersengih-sengih, mungkin dah kena sinptom sengih kut.
Eh, lupa pulak, kan aku kongsi bilik
dengan Erin. Fatia pula yang tersengih, dia turut baring di sebelah adiknya
itu, pura-pura pejam mata, kalau buka kan ada lagi soalan-soalan cepumas dari
adiknya itu.
Bab 3
Fatia
mengalihkan pandangannya ke kiri, kemudian ke kanan, mencari-cari kelibat
sahabat sejatinya, dari tadi tak muncul-muncul. Janji pukul 3, sekarang dah
pukul 3.55 petang, batang hidung pun tak nampak. Fatia duduk semula, kaki dah
lenguh ke hulu dan ke hilir, kalau duduk kan si Munirah tak nampak pulak, dah
la ramai orang kat sini. Tapi kalau tak duduk memang gerenti aku pengsan jap
lagi, dah la perut lapar, apalah nasib dapat kawan pun tak pandai tengok jam.
“Fatia…” Munirah muncul sambil
melambai-lambai teruja, ceria semacam je.
“Mana cincin?” Belum sempat Fatia
bangun, Munirah dah tarik tangannya, nak tengok cincin tunang katakan.
“Wah! Cantiknya.”
“Kau
ni kenapa, tak pernah tengok cincin ke?” Fatia mula tarik muncung, konon-konon
merajuk tapi tangan tetap dibiarkan pada Munirah.
“Bertuah
la kau, dah bertunang, aku ni bercinta bagai nak runtuh dunia tapi takde pun
nak masuk meminang.” Munirah menarik tangan Fatia laju, menuju ke keretanya
yang diparking di tepi jalan sahaja,
kalau lambat kan ada kena saman free-free.
“Kalau
dah tak sabar sangat, kau jelah yang masuk meminang dia.” Fatia bagi jawapan
sengal, saja nak sakitkan hati housemate
itu.
“Kalau
boleh dah lama aku buat, belum sempat kau bagi idea aku dah masuk meminang
dia.” Munirah jawab tak puas hati, orang serius dia main-main pula.
“Cepat
masuk, aku ada cerita hot ni.”
Munirah menyambung lagi, mula dah internet bergerak, belum sempat tanya apa
cerita hot lagi, dah ada cerita yang
nak diceritakan.
“Kau
tahu Fatia.” Munirah mula membuka cerita, macam biasalah mukadimah dia, nak
bagi suspen sikit.
“Apa?”
Fatia mula teruja, macam cerita best
je.
“Kau
tak tahu kan?”
“Tak,
apa dia?” Fatia makin teruja.
“Aku
pun tak tahu, hahaha.” Munirah gelak kuat, saja nak kenakan Fatia, maklumlah,
dah seminggu tak jumpa, nak lepaskan rindu la tu.
“Kau
ni kan, kalau tak kenakan aku tak boleh ke, saja je nak bagi aku naik darah,
dah la lambat, aku ni makan pun tak lagi, lapar tahu tak.” Fatia tayang muka
masam, malas nak melayan gurauan Munirah, kan ada yang kena lagi.
“Ala,
gurau sikit pun tak boleh, jom aku belanja kau makan.”
“Tak
payah, dah kenyang.” Fatia peluk tubuh, kali ni muka diarah keluar, konon-konon
merajuk tahap dewa dan kena pujuk betul-betul, baru okey, kalau setakat belanja makan tak layang la.
“Alah,
merajuk konon, nak ke tak ni.” Munirah masih nak provoke.
“Tak
nak.” Fatia jawab laju.
“Tak
nak sudah.” Kini Munirah yang buat-buat merajuk.
“Aik,
ni aku ke kau yang merajuk?” Fatia mula sengih, tahu sangat dengan perangai
Munirah tu, merajuk ni tiada dalam kamus la.
“Dua-dua
la merajuk, senang.” Munirah terus memandu, sikit pun tak menoleh ke arah
Fatia.
“Ala,
kau ni, aku merajuk kau pun sibuk nak merajuk, dah tu siapa nak pujuk.” Fatia
sengih lebar sambil memandang ke arah Munirah.
“Suruh
la tunang kau pujuk.”
“Alah,
jom la pergi makan, kau kata nak belanja kan.” Fatia buat ayat tak tahu malu,
tadi tak nak, sekarang nak pula.
“Haha,
tahu pun lapar, merajuk konon, piirraahh..” Munirah mula sengih, mood nak
bergosip mula muncul semula, tadi terpadam sebab Fatia dah merajuk kan.
“Tapi
aku memang ada cerita hot campur
sedih ni.” Munirah sambung kembali gosipnya, kereta diparking di depan restoran yang memang menjadi tempat dia dan Fatia
mencari makan.
“Apa, kau ni, cerita apa pula?”
“Kita makan dulu, nanti aku cerita”.
Munirah duduk sambil buat muka selamba, tadi dia juga yang tak sabar nak
bercerita, alih-alih nak makan dulu pula baru nak cerita.
“Kau ni kan, suka buat aku
tertanya-tanya, cepat la cerita, takde selera nak makan kalau macam ni.” Fatia
mula geram.
“Yalah, aku cerita, kau tahu Tia,
dia minta tukar ke cawangan lain, dekat Petaling Jaya”. Munirah mula membuka
cerita.
“Dia?” Fatia tayang muka blur. “Dia
mana pulak.”
“Kau ni kan, lembab betul la, siapa
lagi kalau bukan Encik Kamal kau tu.” Munirah menjawab geram, itu pun tak tahu.
Fatia tayang muka tak percaya, biar
betul ni, tapi bagus juga, takde la nak kena hadap muka dia tiap hari, aku pun
dah memang meluat tengok muka dia, bagus la dia yang minta tukar, kalau tak
memang sah aku yang kena minta tukar lepas ni, terpaksalah berpisah dengan
Munirah kesayangan aku ni.
“Kau dah sampai mana, tak kan kecewa
kut dia dah pindah, kau jangan Tia, kau juga yang cakap tak nak jadi orang
ketiga dalam rumah tangga dia kan, kau jangan, pisang tak kan berbuah dua kali
kan”. Munirah mula ceramah panjang, siap masuk pisang bagai.
Fatia diam sambil tersenyum bahagia,
yes, lepas ni, tiada lagi muka gatal
Encik Kamal yang akan mengganggunya. Kalau dulu ada sahaja panggilan telefon di
mejanya, siapa lagi kalau bukan si Kamal gatal tu, nak suruh hantar itu la, ini
la ke biliknya. Padahal, dia ada setiausaha sendiri, takde pulak nak suruh itu
dan ini, tapi kalau aku siap suruh makan tengah hari dengan dia lagi.
Kalau
dulu mula-mula Fatia masuk kerja memang dia tidak kisah, dah namanya kerja,
kena la ikut cakap orang atasan. Tapi, setelah difikir-fikirkan balik, tak
logik rasanya kalau asyik kena keluar makan dengan Encik Kamal hari-hari, tak
kan hari-hari buat kerja bersama, orang yang melihat pun mesti pelik.
Dan disebabkan dia terlayan Encik
Kamal keluar makan, padahal atas urusan kerja, mula la timbul gosip-gosip
kurang enak untuk didengar. Dah la si Kamal tu dah Kahwin, anak pun nak masuk
tiga, takdenya Fatia nak potong jalan orang, kirim salam la.
Tapi gosip dah tersebar kan, sampai
isteri Kamal sendiri datang ke pejabat berjumpa denganya. Fatia yang tak tahu
apa-apa mula pelik, dah la datang tak diundang, masuk-masuk je terus maki
hamun, nasib yang ada hanya dia dengan Munirah sahaja, yang lain semua keluar
makan tengah hari. Tapi kesian juga bini si Kamal ni, dah la mengandung, dapat
suami pulak gatal, pantang tengok perempuan lawa sikit, mula la naik miang,
tapi lawa ke Fatia tu, huhu.
Jenuh jugak nak menerangkan keadaan
yang sebenarnya kepada isteri si Kamal tu, nasib baik ada si Munirah, dia yang
jadi orang tengah, kalau tak, tak tahu la apa yang jadi, perang dunia ke dua
agaknya. Isteri si Kamal pula siap suruh Fatia kerja kat tempat lain, senang
sungguh minah berbadan dua tu bercakap, kalau senang memang dah lama dia cari
kerja lain. Dah la baru dapat kerja setelah setahun setengah menganggur dekat
kampung, alih-alih suruh Fatia berhenti, banyak cantik. Apa pulak kata mak
nanti, tak kan nak menganggur lagi.
“Oit, kau dengar ke tidak ni.”
Munirah yang dari tadi duk membebel mula bengang, dari tadi duk bercakap tapi
Fatia tak bagi respond pun.
“Bagus la kan, lepas ni aku bebas.”
Fatia menjerit perlahan, teruja pun kena cover
jugak, kan hilang titlenya sebagai
gadis melayu terakhir.
“Itulah, semua duk bising, dia orang
cakap Encik Kamal tu frust sebab kau
cuti bertunang, huh, padan muka dia, dia ingat gaji dia besar kau gila la kat
dia kan.” Munirah menambah sambil makanan disuap ke mulutnya.
Fatia senyum lebar, tahu takpe,
kalau muka handsome takpe juga, ni
muka macam lelaki gatal tak cukup bini kat rumah, tapi kalau dia handsome pun aku tak kan tersangkut,
selisih malaikat empat puluh empat, tak nak aku jadi bini nombor dua.
Bab 4
Haikal menoleh
untuk ke dua kali, matanya kini terpaku di cermin tingkap pejabatnya. Tak
sangka, ada yang dapat menarik minatnya untuk terus melihat ke arah itu,
selalunya sekali pandang je terus dia menoleh ke arah lain. Tapi sejak bila
meja itu berubah hak milik, entah, dia sendiri pun baru je perasan.
“Kal, ni paper workyang kau minta.” Randi masuk lalu menghulurkan kertas
ditangannya.
“Wei, apa yang kau asyik pandang
tu.”
“Hah! Hmm, kau cakap apa?” Haikal
menoleh laju, macam mana dia boleh tak perasan Randi masuk ke biliknya.
“O, nice view.” Randi sengih.
“Apa?” Haikal buat-buat tak faham,
tangannya mula sibuk menyelak kertas kerja yang baru diterima tadi.
“Tapi sejak bila ek? Selalu aku
masuk mesti nampak Lelaki kat situ, mana pergi lelaki tu? Dah pencen ke?” Randi
duduk tanpa dijemput tapi mata masih terpaku di cermin tingkap.
“Pekerja baru ke?” Dia menyoal lagi.
“Mana aku tahu, kau pergi la tanya
sendiri.”
Randi melangkah ke tingkap,
tangannya melambai-lambai, mana tahu gadis di tingkap bangunan sebelah perasan
dirinya di situ.
“Wei, kau jangan nak buat kerja yang
memalukan boleh tak.” Haikal mula tayang muka geram, nanti kalau gadis tu
perasa mesti dia ingat aku pula yang nak mengorat dia.
“Alah, dia tak perasan pula.” Randi
masih berdiri di situ, menunggu kalau-kalau gadis itu menoleh ke arahnya.
“Sudahlah, pergi masuk bilik kau,
banyak lagi kerja yang kau boleh buat.”
Randi melangkah semula ke kerusi
lalu duduk, tersengih-sengih dari tadi. “Kejap lagi asyik lekat dekat bilik
jelah kau.”
“Banyak la kau, habis projek baru tu
siapa nak tengok, kau nak tolong pergi tengok ke?” Haikal tayang muka serius.
Randi sengih lagi, dia mula bangun,
nampaknya Haikal tak nak melayan lawaknya saat ini. Baik dia keluar sebelum
Haikal mula membebel tentang waktu kerja yang dia habiskan untuk benda lain,
maklumlah Haikal ni skema sikit kalau berkaitan dengan waktu dan masa.
“So, macam mana, cantik ke? Kacukan apa?
Arab? Pakistan? Mat saleh?” Hafizi menegur bila dilihat kawan baiknya masuk,
belum sempat lagi Rayyan duduk di kerusinya. Tidak sabar rasanya ingin
mengetahui perihal pertunangan kawan baiknya itu. Mana tidaknya, tiba-tiba je
cakap nak bertunang, ribut tak ada, taufan lagi la takde. Bidadari mana yang
dapat memikat hati kawan baiknya itu.
“Kau dengar tak?” Hafizi menyoal
lagi.
“Apa?” Rayyan mula tayang muka
bosan, nak perli aku la tu, takpe, kau tunggu je nanti.
“Tunang kaulah, cantik ke tidak?”
Kini Hafizi duduk di depan meja Rayyan.
“Entah.” Rayyan jawab sepatah, tak
berminat langsung nak menjawab soalan-soalan macam tu.
“Tak kan kau tak tengok muka tunang
kau tu, habis kau setuju macam tu je ke?” Hafizi tak puas hati, nak cakap
cantik atau tak pun susah si Rayyan ni.
“Bolehlah dari takde apa-apa.”
“Bolehlah je, yang kau setuju tu
kenapa?”
Rayyan diam, dia setuju ada
sebabnya, kalau nak cakap dia bertunang sebab dia dah jatuh cinta pandang
pertama memang tak mungkinlah, pandang pun dia tak ingin, inikan sampai nak
jatuh cinta, memang tak mungkin la.
“Nenek paksa kau ke?” Hafizi menyoal
sambil memeluk tubuh, memang boleh diagak sebabnya.
“Habis macam mana, kau nak kahwin
juga ke dengan tunang kau tu? Meranalah hidup kau, kahwin dengan orang yang kau
tak suka, ish, zaman sekarang pun ada juga yang kena kahwin paksa kan.” Hafizi
menyambung lagi, mula kesian dengan nasib kawan baiknya itu.
“Bila masa pula aku kena kahwin
paksa?”
“Dah tu, tak kan kau yang nak sangat
kahwin dengan minah tu?” Hafizi mula tayang muka tak faham, biar betul Rayyan
ni, tak kan dah berubah kut.
“Takde maknanya.” Rayyan mencapai
fail di meja lalu diselak malas.
“Habis tu, pening betul aku cakap
dengan kau ni, cuba kau terus terang je, kan senang.” Hafizi mula begang.
“Kau tunggu je nanti.” Rayyan
bangun, membawa fail bersama ke bilik bos. Malas nak melayan edisi siasat yang
dijalankan oleh kawannya itu, lagipun otoknya dah tepu memikirkan apa yang
perlu dia buat nanti.
Hafizi tayang muka tak puas hati,
aku baru nak siasat kau dah blah, apa punya kawan la macam ni, dengan aku pun
nak rahsia.
Fatia merenung
pesanan ringkas yang baru diterimanya, dibaca dua tiga kali, takut tersalah
baca. Dia nak jumpa aku, nak buat apa, tak kan nak dating kut, baru seminggu jadi tunang, dah rindu ke, hehe. Fatia
senyum sendiri, mula mengatur ayat-ayat yang sesuai, tak kan nak terus setuju
kan, kena la jual mahal sikit.
Belum sempat nak reply, masuk pula pesanan ringkas yang
kedua, bebunyi begini.
‘saya nak jumpa awak, urgent’.
Kalau
tadi si Rayyan tulis ‘saya nak jumpa awak’ je, sekarang ditambah dengan
perkataan urgent. Dah tak sabar nak
tunggu balasan dari Fatia agaknya, si Fatia pun lambat sangat nak membalasnya.
Fatia garu kepala, apa nak jawab ni,
bunyi macam penting je, setuju jelah. Tapi belum sempat juga nak membalas,
masuk pula pesanan ringkas yang ketiga.
‘Jumpa di taman tasik titiwangsa,
esok pukul 5 petang’.
Fatia diam tak terkata, nak kata apa
lagi, Rayyan dah tetapkan masa dan tempat, tak kan nak cakap tak boleh kut,
lagi pun esok kan cuti. Aduh, nak kena pergi ke ni, malulah nak jumpa dia, dah
la berdua je, kat tepi tasik pula tu. Fatia sengih gatal, ni malu tapi mahu
namanya.
Fatia melangkah laju menuju ke bilik
sahabat sejatinya, nak kena minta bantuan Munirah kan, kena la cakap sahabat
sejati, senang sikit minah tu cair.
“Irah, esok boleh tolong aku tak.”
Fatia masuk dan terus duduk di katil sahabatnya itu, tersengih-sengih malu dari
tadi.
“Tolong apa?”
“Rayyan nak jumpa aku.” Fatia makin
gedik, gaya cakap macam dah gatal sangat nak kahwin.
“so?” Munirah buat-buat tak faham.
“Hantar aku boleh, dekat je.”
“Hantar kau, bayar tambang la,
minyak sekarang bukan murah.” Munirah tutup majalah yang dari tadi dibacanya,
terganggu dengan kedatangan Fatia, dia mula bangun menuju ke tingkap biliknya,
macam tak berminat nak hantar je.
“Alah, tu pun nak berkira, kira buat
amal jariah jelah.” Fatia sengih.
“Banyak la kau punya amal jariah,
kalau hantar kau pergi masjid boleh la, ni hantar pergi dating.”
“Alah sama la tu, nanti mana tahu
aku boleh bina masjid dengan Rayyan, kau dapat juga pahala tolong orang bina
masjid kan.” Fatia menjawab laju, ada hati juga nak kahwin dengan Rayyan.
“Gatal betul kau ni, dah tak sabar
nak kahwin ke?”
“Hahaha, mana ada, tapi kalau dah
jodoh aku tak tolak.” Fatia gelak kuat, memang sah gatal.
“Aduh kau ni, macam mana la nenek
Rayyan tu boleh suka dengan kau, kalau dia tahu perangai kau sebenar, aku
gerenti mati hidup balik pun dia tak masuk meminang kau.”
“Dengan kau je aku jadi macam ni,
kalau dengan orang lain aku sopan je, lemah lembut gitu.” Fatia bangun sambil
menghampiri Munirah, tersengih-sengih dari tadi.
“Boleh la Irah, kau je yang aku
harapkan, kau tahu kan aku ni baru tiga bulan kerja, mana mampu nak beli kereta
lagi, nak naik bas aku aku tak pandai, nak naik teksi aku tak biasa, kau la
sahabat yang aku ada dekat sini.” Fatia mula buat ayat sepuluh sen.
“Yalah, aku hantar tapi balik
sendiri.”
“Kau ni, tu pun nak berkira, habis
aku nak balik naik apa.” Fatia mula tarik muncung.
“Suruh la Rayyan hantar, takkan
pergi date tak boleh tolong hantar
kau balik.” Munirah sengih, saja nak kenakan Fatia.
Fatia diam sambil berfikir, macam
bernas je idea Munirah tu, tapi kalau dia suruh aku balik sendiri macam mana,
tak kan nak merayu kut, macam perempuan tak tahu malu je, kalau dia tak nak
hantar aku call je Munirah, buat ayat
sedih sikit mesti dia ambil aku punya, hehe. Fatia sengih, otoknya ligat
mengatur plan.
“Okey, esok pukul 4.30.” sengihan
masih belum lepas dari bibirnya, maklumlah nak pergi jumpa tunang, mesti la
suka kan.
Bab 5
Jam di tangan di
tenung lama, dah pukul 5.30 ni, janji pukul 5, apa la mamat ni, hari pertama
dah lambat, dia ingat aku ni takde kerja apa, kena tunggu dia, kalau tahu macam
ni aku suruh Munirah hantar aku pukul 5 je, tak payah tunggu lama-lama. Blouse hitam yang dipakai dibetulkan
sedikit, biar nampak kemas, gaya duduk pun lain macam je, sopan habis.
“Lama tunggu.” Rayyan yang baru tiba
bertanya selamba, macam baru lima minit dia lambat.
“Emm, takde la.” Fatia senyum, bagi
jawapan macam baru lima minit dia tunggu padahal dah setengah jam.
“Look,
aku tak nak cakap berbelit-belit, aku nak tanya kau, kenapa kau terima ek?”
Rayyan masih berdiri, takde hati pun nak duduk sebelah Fatia, pandang pun tak
ingin.
“Apa?” Fatia tayang muka blur, masih
tak boleh nak tangkap soalan Rayyan.
“Tak kan takde orang nak dekat kau,
kat KL ni berlambak jantan kau boleh pilih, kenapa kena terima, ke kau nak cover sesuatu?” Rayyan mula mengalihkan
pandangannya, kini muka Fatia direnung mengejek.
“Cover
apa?” Fatia bangun, mula panas dengan kata-kata Rayyan, pandangan Rayyan
dibalas dengan berani, apa kena dengan mamat ni, main terjah je tanya soalan
yang entah apa-apa, apa maksud mamat ni, tapi mamat ni tahu ke kenapa aku
terima pinangan nenek dia, macam mana dia boleh tahu?
“Mana tahu perut tu dah ada isi, dah
takde yang nak bertanggungjawab, kau pun terima la pinangan nenek aku kan,
perempuan zaman sekarang buka boleh percaya sangat, pakai je tudung tapi tak
pandai nak jaga maruah, kau nak suruh aku jadi pak sanggup ke, kau ingat aku ni
bodoh sangat.” Rayyan menambah dengan muka tak bersalah.
Fatia mula berubah wajah, mulutnya
terlopong, terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Rayyan kepadanya
tadi. Tak sangka sejauh itu fikiran negatif Rayyan kepadanya, sedap mulut je
cakap aku mengandung anak luar nikah, kau ingat mak aku kat kampung tak pandai
nak jaga aku ke, kau ingat aku ni buta agama sangat ke, dah tak tahu halal dan
haram.
“Oit Mohd Rayyan Yusof, kau dengar
sini, kau ingat aku kemarut sangat ke nak bertunang dengan kau, kalau bukan
kerana nenek kau tu yang beria-ia sangat, aku pun tak ingin la, kau jangan nak
tuduh aku bukan-bukan.” Fatia menjawab dengan geram, nada suara masih boleh
dikawal maklumlah kawasan umum, ramai pulak tu yang duk lalu-lalang, tapi betul
ke nenek yang beria-ia nak dia terima Rayyan, saja je tu buat ayat macam tu,
biar Rayyan nampak yang Fatia pun tak mahu sebenarnya.
Giginya dikacip, nafas mula turun
naik, geram sungguh hatinya, ingatkan nak berjumpa untuk berkenal-kenalan tapi
lain pula jadinya.
“Nah,
kau ambil balik cincin ni, aku datang pun nak pulangkan cincin ni, aku pun tak
nak la bertunang dengan kau.” Fatia menambah lagi, ayat diatur sesedap rasa
sahaja, cincin di jari dibuka dan dihulurkan kepada Rayyan.
“Bukan aku yang bagi cincin tu kat
kau kan?” Rayyan senyum lagi, tapi kali ni lebih mengejek, sakit betul hati
Fatia melihatnya. Kesian minah ni, dia ingat senang-senang aku nak terima
perempuan entah siapa-siapa dalam hidup aku, tak mungkin, dah la bukan taste
aku, boleh dia perasan nak jadi tunang aku.
“So,
kau nak suruh aku buat apa, baling ke tasik?” Fatia mula buat aksi nak
membaling cincin, acah je tu, mana dia berani, kalau Rayyan minta ganti rugi
macam mana, habis gaji sebulan.
“Nenek yang bagi cincin tu, so pandai-pandai kau la nak buat macam
mana, tak kan tu pun aku nak kena ajar, belajar sampai universiti pun bodoh
lagi ke.” Rayyan mula mengatur langkah, semua yang ingin dikatakan telah
diluahkan tadi, biar Fatia sedar diri sikit.
Fatia yang nak menjawab kata-kata
Rayyan terbantuk apabila melihat Rayyan yang melangkah pergi, dada yang
berombak laju menahan marah diurut perlahan, cuba untuk mententeramkan diri
sendiri. Kurang ajar betul mamat ni, berlagak macam aku ni kempunan sangat nak
jadi tunang dia, kalau takde sebab takde maknanya aku nak terima, dasar lelaki
kurang ajar, dah la datang lambat, sampai je terus sembur, salam pun tak bagi.
Macam ni nak jadi suami aku, kirim salam la, aku pun tak nak.
Itulah,
lain kali jangan nak perasan sangat, jatuh cinta pandang pertama la konon,
padan muka kau Fatia. Dia kembali duduk sambil membebel dalam hati, bengang
dengan Rayyan dan diri sendiri.
Pandangan
dialihkan ke arah tasik, otak masih berputar-putar berfikir, kalau dia tak
suka, kenapa dia tak cakap kat nenek dia je, kenapa kena bertunang, tak kan
kena paksa kut. Tapi berani pula dia datang, siap suruh aku pulangkan cincin
kat nenek lagi, macam ada sesuatu je yang tak kena. Cincin disarungkan semula
ke jari manisnya, kalaulah Rayyan tu tak minta balik cincin ni kan bagus, boleh
juga aku gadai time terdesak, mesti
cukup untuk makan sebulan ni. Fatia sengih sengal.
Kaki mula diatur ke jalan besar,
buat apa lagi nak tunggu kat situ, kalau orang tak sudi, dia pun tak ingin.
Mak, pelamin anganku musnah, Tia sedih ni mak, waaaaaa, itulah tak nak dengar
cakap mak, inilah padahnya. Ah, apa pun yang jadi, hidup mesti diteruskan,
takde la nak kecewa mana.
Fatia duduk di perhentian bas, tapi
bukan nak tunggu bas pun, kaki dah lenguh berjalan, otak pun letih berfikir, rehat
la kejap. Apa aku nak buat lepas ni, kalau Munirah tanya macam mana, ah, jawab
je lah. Tapi aku malu la, tunang seminggu dah putus, tak pernah lagi jadi macam
ni, kalau kahwin seminggu bercerai adalah.
Apalah nasib aku ni, tapi okey apa, aku bertunang pun ada hikmah
juga, sekurang-kurungnya aku takde la dituduh nak merampas suami orang, dan
Encik Kamal pun dah takde nak kacau hidup aku lagi, aku dah tenang kat pejabat,
tak payah fikir nak cari kerja lain.
Fatia bangun dan menyambung
langkahnya semula, tak tahu nak balik naik apa sebenarnya, nak naik bas tak
tahu nombor bas, nak tahan teksi pun takde yang lalu pula, jalan jelah yang
mampu.
Telefon
dikeluarkan, nombor telefon Munirah ditekan, dari buat sakit kaki duk berjalan,
baik suruh Munirah yang ambil, dah separuh jalan baru boleh berfikir secara
waras, nampak sangat tengah kecewa.
Hafizi tergelak
kecil, terhibur dengan cerita kawan baiknya, daripada cerita Rayyan pun dia dah
dapat agak bagaimana rupa gadis yang bernama Nurul Fatia setelah direject depan mata. Kesian, tapi nak buat
macam mana, bukan taste Rayyan kan,
apa barang pilihan keluarga, ingat ni zaman purba lagi ke, berlambak
gadis-gadis cun kat Kuala Lumpur ni, tinggal pilih je.
“Habis, dia tak meroyang ke dekat
situ, dah simpan angan-angan nak bersanding sebelah kau, alih-alih baru
bertunang seminggu kau reject.”
Hafizi mula buka mulut setelah panjang berjeler Rayyan bercerita
“Lantak dia la, lepas aku cakap aku
blah terus, malas nak mengadap muka dia, biar la dia tu, siapa suruh dia terima.”
Rayyan senyum sambil mencapai gelas di meja.
“Habis, kalau nenek kau marah macam
mana, kau kena ingat, dia yang pinangkan Fatia untuk kau, kalau dia tahu apa
yang kau buat ni, habis la kau.” Hafizi menambah laju, bimbang asset kawan baiknya terjejas.
“Itu kau jangan risau, aku dah plan
baik punya, nenek tak kan salahkan aku, sebab Fatia yang akan pulangkan cincin,
mesti dia ingat Fatia yang minta putus.” Rayyan membalas ceria, plan yang
dirangka beberapa minggu lepas dah berjalan seperti yang dirancang.
“O…,itu plan kau sebenarnya, patut
la kau relax je time nenek suruh kau bertunang dengan Fatia, dah ada plan lain
rupanya.” Hafizi senyum lebar, bahu kawannya itu ditepuk perlahan, bangga
dengan kepintaran kawannya itu.
“Habis tak kan aku nak tolak pula
cadangan nenek, habis la asset aku,
jaminan masa depan aku tu.” Rayyan gelak perlahan. Suasana cafe yang agak
legang petang itu membuatkan mereka selesa untuk berbual ceria, Rayyan senyum
lega, selesai satu masalah.
“Celaka punya
jantan, boleh dia cakap dekat kau macam tu, gila ke apa.” Munirah berjalan
ulang-alik, cerita yang disampaikan oleh Fatia tadi benar-benar menaikan api
kemarahannya. Selepas dia menerima panggilan telefon dari Fatia petang tadi,
dengan laju dia memecut keretanya, dengar dari suara Fatia, macam orang tengah
marah dan kecewa, itu yang dia laju je bawa kereta, takut minah tu buat
perkara-perkara yang tak masuk di akal nanti.
“Muka je handsome tapi perangai macam setan.” Munirah masih meneruskan
amarahnya, Fatia yang duduk di sofa dipandang sekilas.
“Dah la Tia, aku tahu kau kecewa,
nak buat apa lelaki macam tu.” Munirah duduk sebelah Fatia yang diam dari tadi
setelah penat bercerita, siap diajuk cara Rayyan berkata-kata petang tadi, baru
nampak real sikit cerita kan.
“Itulah, aku taklah kecewa sangat,
sikit jelah sebab tak dapat kahwin dengan lelaki handsome kan.” Fatia sengih, orang serius dia main-main pula.
“Oit, kau ingat lelaki handsometu boleh jamin kau bahagia,
boleh bagi kau makan, handsome tu
kelebihan yang Allah bagi je, kalau DIA nak tarik balik kejap ke, accident
lepas tu muka tinggal parut, dah hilang handsome. Tapi aku tengok gambar Rayyan tu memang handsome pun.” Munirah berceramah
panjang lebar. Tapi sempat lagi nak puji Rayyan.
“Aku tak kecewa pun, satu peratus je
aku kecewa, Sembilan puluh Sembilan peratus lagi aku lega.” Fatia bangun,
mencapai remote TV dan mula mencari
siaran yang best, malam-malam sabtu
macam ni layan cerekarama pun best
juga.
“Betul ke kau tak kecewa, tapi
petang tadi kenapa muka frust gila je
aku tengok, sampai-sampai je terus masuk bilik.” Munirah mula soal siasat.
“Itu sebab aku tengah berfikir,
kenapa dia terima kalau dia tak suka, macam pelik je, kalau tak nak cakap la
awal-awal kan.” Fatia membalas selamba, mata pula tertumpu pada cerita drama
TV3.
“Entah la, sakit jiwa kut mamat tu,
kalau dia muncul depan aku siap la dia, aku cincang sampai lumat”. Munirah
masih beremosi.
Fatia senyum bangga, bertuah dapat
kawan macam Munirah ni, aku yang putus tunang, kau yang emosi terlebih, mana
nak cari kawan macam ni. Mata diarah semula ke kaca televisyen, wajah mak di
kampung tiba-tiba muncul. Nasihat mak yang panjang sebelum dia bersetuju untuk
bertunang juga bermain di fikiranya. Fatia mula menggaru kepala yang tak gatal,
drama komedi romantik yang ditontonnya mula menjadi cerita seram dan
menakutkan, muka maknya mula menari-nari di mata.
Dapat
dibayangkan wajah emaknya yang mula naik hantu bila perihal pertunangannya yang
bertahan hanya selama seminggu, majlis bertunang hari tu pun belum basi lagi
alih-alih dah putus, emak mana yang tak mengamuk. Semua perbelanjaan bertunang
hari itu pun ditanggung oleh maknya, memang mengamuk la orang tua tu kalau dia
tahu.
Fatia
mengeluh agak kuat menyebabkan Munirah yang duduk disebelah berpaling laju,
pelik dengan reaksi Fatia, tengok cerita komedi, tapi mengeluh pula.
“Kau kenapa, masih teringat dengan
mamat sengal takde perasaan tu lagi ke?” Munirah mula soal siasat.
“Takde maknenye la, let bygone be bygone.” Fatia senyum
semanisya, malas nak menyusahkan kawannya dengan masalah maknya di kampung.
“Betul ni, kau tu bukan boleh
percaya.” Munirah mula sekat jarang, masih musykil dengan kawannya itu.
“Pernah ke aku tipu kau, dari kita
kenal lagi masa dekat universiti sampai la saat aku duduk depan kau ni
sekarang, tak pernah pun aku tipu kau, kecuali tipu sunat.” Fatia sengih tayang
giginya yang tak berapa nak putih.
“Ada ke tipu sunat? Dah tipu tu tipu
lah, berdosa juga walau sunat pun.”
Fatia yang mendengar hanya mampu
tersengih, mana la dapat ajaran tipu sunat ni, macam tipu yang terpaksa dan
tidak sengaja la, tapi dosa tetap dosa kan. Fatia mula bangun, tak tenteram
fikirannya saat ini, nak layan cerita pun macam duk mengadap TV yang bisu dan
kosong, baik tak payah tengok TV.
“Aku masuk bilik dulu, penat la, nak
tidur.” Fatia melangkah perlahan, ayat yang diucapkan pun macam berat sungguh
untuk dikeluarkan dari mulutnya, lemah semangatnya kalau mengingatkan
nasihat-nasihat maknya dulu.
Kalau
mak tahu Rayyan dah putuskan pertunangan, mahu aku kena bebel tiga hari tiga
malam, aduh macam mana ni, itulah, cakap mak taknak dengar, sekarang baru padan
muka.
Fatia baring di katilnya, tangan
kanannya diletakkan di atas dahi, aksinya macam sedang memikirkan masalah dunia
sekarang yang semakin dasyat. Tapi masalah dia pun dasyat juga, melibatkan
maruah maknya di kampung, kalau tersebar kisahnya nanti, malu la dia
sekeluarga, mana nak letak muka, lagi-lagi Mak Su Odah tu rapat dengan mak,
boleh putus persahabatan yang terjalin bertahun-tahun lamanya itu. Fatia pejam
mata, bantal peluk ditarik merapati dadanya, otaknya dah tepu untuk berfikir,
akhirnya Zzzzzz.
Rayyan memandang
sekeliling rumah neneknya yang sunyi sepi, kelibat Mak Semah yang membuka pagar
untuknya tadi pun sudah hilang entah ke mana. Villa neneknya memang mewah dan
indah, terletak pula di kawasan elit di tengah Bandar Kuala Lumpur, memang
strategik. Rayyan duduk di sofa utama, kalau dilihat sofa-sofa yang ada di
ruang utama itu dah macam kedai perabut sahaja, bermacam jenis yang ada,
diimport dari Perancis, Itali dan negara-negara yang sewaktu dengannya.
Rayyan dan adik beradiknya yang lain
dibesarkan di villa ini, mummynya merupakan anak sulung daripada dua beradik.
Tapi apabila umurnya menjecah dua belas tahun, mereka sekeluarga pindah ke
Putrajaya kerana daddynya dinaikkan pangkat. Kalu nak dikira, Putrajaya dengan
KL tu bukan jauh sangat tapi disebabkan malas nak berulang-alik, mereka tinggal
di Putrajaya sahaja dan setiap minggu mereka akan melawat neneknya yang tinggal
bersama pembantu rumah.
Rayyan pula memang rapat dengan
nenek dari kecil, setiap minggu dia akan ke situ. Mereka akan berbual-bual dan
berkongsi cerita, dan boleh dikatakan antara cucu-cucunya yang lain, Rayyan
yang paling disayanginya.
“Dah lama Rayyan sampai.” Puan
Karmila menegur ceria, memang sudah dapat diagak kedatangan cucunya pada hari
ini.
“Baru je nek.” Rayyan senyum mesra,
dia bangun lalu menghulurkan tangan untuk bersalam, ala-ala lelaki idaman
Malaya sahaja lagaknya.
“Jom sarapan, lagipun banyak nenek
nak tanya Rayyan ni.” Puan Karmila mula mengatur langkah ke meja makan, Rayyan
hanya menurut, dapat diagak apa yang akan disoal dan dikatakan oleh nenek kesayangannya
itu, dan isi-isi penting yang perlu dijawab juga sudah diatur sejak dari
semalam.
“Kamu dengan Fatia macam mana?” Puan
Karmila membuka bicara sambil mencapai roti bakar yang telah tersedia di atas
meja itu.
“Kita orang okey nek, Rayyan pun suka dengan pilihan nenek, nenek pun tahu je
apa yang sesuai untuk Rayyan.” Rayyan mula mengatur ayat-ayat untuk memikat
hati neneknya.
“Itulah, kalau kamu dah kenal dengan
dia, dah suka sama suka nak tunggu apa lagi, tunang lama-lama pun tak elok
juga, baik kita langsungkan terus je.” Puan Karmila tersenyum bangga, makin
menggunung rasa sayangnya kepada Rayyan, memang cucu yang mendengar kata.
“Hmm, Rayyan tak kisah sebenarnya
nek, tapi Fatia belum bersedia lagi la nek, dia cakap nak fokus pada kerjaya
dulu, maklumlah dia kan baru je dapat kerja dekat KL.” Rayyan menambah sambil
buat nada suara ala-ala kecewa, biar berkesan sedikit lakonannya.
“Alah, itu kamu jangan risau, biar
nenek yang pujuk dia, mesti dia ikut cakap nenek”.
Rayyan tersenyum manis, tapi dalam
hati dia sahaja yang tahu. Takut kalau-kalau Fatia bersetuju untuk menerima
cadangan terbaru neneknya itu. Tapi kalau Fatia setuju memang muka tak tahu
malu betul la minah tu, orang dah reject
awal-awal dia pulak nak terhegeh-hegeh. Tapi kalau Fatia bocorkan perkara yang
sebenar macam mana? Boleh musnah masa depan. Rayyan mula pening kepala, roti
ditangan disapu jam dari tadi, dah penuh satu roti.
“Kenapa kamu tak makan.” Puan
Karmila mula pelik dengan aksi cucunya itu.
Rayyan yang baru tersedar mula
kalut, roti yang penuh dengan jam menggo diletakkan di pinggan. Dia mencapai
cawan lalu dibawa ke mulutnya, bertenang Rayyan, minah tu tak kan berani punya,
dia cuba untuk mententeramkan dirinya sendiri.
Bab 6
Munirah memandu
dalam kelajuan biasa, waktu-waktu pagi begini mana boleh laju-laju, kereta
tersusun di atas jalan raya, semua ingin menuju ke tempat kerja dengan selamat.
Fatia yang duduk di sebelah hanya diam melayan celoteh di radio, nak berbual
macam takde topik, baik diam, layan lagu lagi best.
“Tia, semalan Mira call aku, dia
ajak kita keluar, makan-makan ke, dah lama tak jumpa budak-budak ni kan.” Munirah
yang mula bosan membuka bicara.
“Bila?” Fatia bertanya ceria,
lagipun dah lama dia tidak berjumpa dengan kawan-kawan seuniversitinya yang
lain, sejak dia datang ke Kuala Lumpur, hanya Munirah sahaja temannya siang dan
malam.
“Minggu depan la, best kan, keluar makan ramai-ramai,
susah betul nak keluar bersama, semua sibuk dengan kerja.” Munirah tersenyum
tapi mata masih di jalan, tak sabar rasanya nak bertemu dengan kawan-kawan
lama.
“Itulah, aku pun dah naik bosan,
balik rumah tengok muka kau, pergi pejabat nampak muka kau.” Fatia menyambung
laju, tersengih tayang gigi, saja nak bergurau senda pagi-pagi macam ni.
“Amboi-amboi sedap betul kau susun
ayat, tak sayang mulut nampak.” Munirah turut tersengih, tahu yang Fatia hanya
bergurau.
“Hehe,
takdelah, aku gurau je, aku tahu aku menumpang, duduk rumah kau, kerja kau yang
tolong carikan, ni sekarang tumpang kereta kau pula.” Fatia sengih sengal,
nanti tak pasal-pasal kena halau baru tahu, mana nak cari rumah free zaman sekarang ni, nasib ada
Munirah yang ada rumah sendiri di KL, tapi bukan rumah dia beli dengan duit
sendiri pun, rumah bapak dia juga.
“Tahu takpe, bagus la kalau kau
sedar, aku baru nak sedarkan kau tadi.” Munirah ketawa kuat, memang kemenangan
di pihaknya.
“Hehe,
aku sedar, kaulah yang selalu tolong aku, time
aku susah kau yang selalu ada dengan aku.” Fatia mula buat ayat sedih.
“Haha,
dah mula la tu nak dramatik, menyampah aku dengar.” Munirah masih ketawa, geli
hati dengan ayat Fatia, tapi bangga pun ada.
Fatia
senyum bahagia, walaupun baru putus tunang tapi tetap bahagia, takde lagi orang
macam Fatia ni kan, kalau ada pun mesti dah masuk wad bahagia. Dia melangkah
keluar bila Munirah meletakan keretanya di tempat parking, melangkah seiringan dengan Munirah ke pintu lif.
“Tahniah
Tia, dah jadi tunang orang kau.”
Teguran
seseorang dari arah berlakang menyebabkan Fatia berpaling. Kelihatan Fuad,
teman sepejabatnya tersenyum manis. Fatia turut tersenyum, tapi tak berapa
manis la kalau nak dibandingkan dengan senyuman Fuad tadi.
“Thanks.” Fatia menjawab perlahan, kelu
rasanya lidah nak mengatur bicara, kalaulah rakan sepejabatnya tahu hal sebenar,
memang malu besar, silap-silap dia pula yang minta ditukarkan ke cawangan lain.
“Bila
nak buat majlis, nanti jangan lupa jemput aku pula.” Fuad menambah lagi, masih
nak berbual-bual dengan Fatia.
“Sibuk
jelah kau ni, suka hati dialah nak buat bila pun.” Munirah yang mula geram
menjawab bagi pihak Fatia, panas hatinya kalau bercakap tentang hal yang tak
jadi tu.
“Aku
tak tanya kau la, kau tu yang sibuk bagi jawapan kenapa.” Fuad menjawab laju,
tapi nada suara masih dapat di kawal.
Fatia
yang menjadi pendengar mula membuka langkah, kalau dibiarkan nanti jadi perang
mulut pula, minah dengan mamat ni bukan boleh berjumpa, ada sahaja yang tak
kena.
“Nanti
aku jemput semua orang, kau tunggu jelah masanya nanti.” Fatia senyum lalu
menarik Munirah masuk ke dalam lif, Fuad juga turut masuk tapi perbualan mereka
hanya setakat itu sahaja kerana terlalu ramai manusia yang menjadi penghalang
antara Fuad dan Fatia.
Fatia
lega, termasuk dengan Fuah maknanya dah sebelas orang rakan sepejabatnya
bertanya hal yang sama, jenuh la dia nak menjawab.
Fatia melangkah
menuju ke mejanya, fail-fail yang
tersusun rapi dipandang sepi, bekerja di
bahagia akaun memang memenatkan otaknya, lagipun tugas yang diberikan memang
lari dengan bidang yang diambil semasa di universiti. Tapi disebabkan hanya
peluang ini sahaja yang ada, dia terus bersetuju setelah berjaya dalam temuduga
yang dihadirinya.
“Fatia, ni invoice bahan mentah minggu lepas.”
“Apa?” Fatia yang sedang berangan
terkejut sedikit bila ditegur secara tiba-tiba.
“Kau kenapa, o…, tengah ingat dekat
tunang la tu, bestnya orang ada
tunang.” Shima yang datang secara mengejut tadi mula tersenyum manja.
“Hmm, mana ada, baru nak start buat kerja ni.” Fatia mula cover line, mulutnya dah penat nak
menjawab soalan-soalan sebegitu, kalau tak jawab kan nanti orang cakap apa
pula.
“Alah, malu la tu, wei tunang kau
kerja apa?” Shima menyambung lagi, tiada tanda-tanda mahu beredar dari meja
Fatia.
“Hah, kerja…kampung je, jaga kebun
kat kampung aku.” Fatia sengih, tambah lagi dosa menipu, tapi terpaksa nak buat
macam mana. Tak kan nak cakap pekerjaan sebenar Rayyan pulak, dia bukan tunang
aku lagi.
“Hah, betul ke, habis dia duduk kat
kampung ke?” Shima tayang muka tak percaya.
Fatia senyum, dia hanya mengangguk,
malas nak membuka mulut, nanti kena menipu lagi.
“Kau ni biar betul, takde orang lain
ke?” Shima menarik kerusi di depan Fatia lalu duduk, berminat nampaknya nak
tahu tentang tunang Fatia.
“Betul la.”
“Kenapa kau suka dia? Mesti sebab
dia baik kan.” Shima senyum, kalau tak kaya, mesti sebab lelaki tu baik, sebab
tu Fatia suka, Shima mula buat andaian sendiri.
“Tak lah, dia tu bengis, pantang
salah sikit, mesti kena maki, tegas pulak tu.” Fatia menyambung laju, nak
sedapkan cerita walaupun kena menipu.
“Ya ke, kalau macam tu mesti dia handsome kan, sebab tu kau suka?” Shima
buat andaian lain pula.
“Tak lah, muka dia macam jalan raya
tak siap, kulit dia hitam lepas tu ada jerawat batu penuh muka.” Fatia gigit
bibir, cuba menahan gelaknya yang hampir pecah, kelakar bila melihat reaksi
Shima.
“Kau biar betul, habis kenapa kau
pilih dia?” Shima tayang muka terkejut, tak sangka taste Fatia ni lain dari yang lain.
“Entah la, kan orang kata cinta tu
buta.” Fatia sengih, fail di meja mula dicapai, kalau layan Shima berbual
memang satu kerja pun tak akan jalan.
“Memang buta habis kalau macam tu,
baik kau fikir masak-masak Tia, kau juga yang menyesal nanti.” Shima mula
bangun, tapi sempat memberi nasihat percuma kepada kawannya itu.
“Aku tak akan meneyesal punya.”
Fatia senyum, tak dapat dibayangkan kalau dia betul-betul dijodohkan dengan
lelaki seperti itu, aduh, minta jauh la, bukan terlalu memilih tapi kena la
pilih juga, nanti main sambar je kan tak pasal-pasal musnah masa depan.
“Apa nama tunang kau tu?” Shima yang
ingin bereda berpaling semula, mungkin masih ragu-ragu dengan cerita Fatia.
“Yusof.” Fatia menjawab sepatah,
mata di tumpukan ke arah fail-fail di meja.
“O, okeylah, tapi kan Fatia, kau nak tak kalau aku kenalkan kau dengan
kawan-kawan aku?” Shima mula berpatah balik, berdiri tengak di depan meja
Fatia.
“Kenapa?” Fatia tayang muka pelik.
“Yalah, aku tak boleh bayangkan la
macam mana hidup kau nanti kalau kau kahwin dengan dia, dah la nanti kau kena
tinggal kat kampung, lepas tu kena berkebun pula, kalau salah letak baja mesti
kena maki, aduh nanti hidup kau stress,
lepas tu kau pun mula menyesal sebab salah buat pilihan.” Shima mula berceramah
panjang, takut benar Fatia hidup sengsara, bagus betul Shima ni.
Fatia yang mendengar gigit bibir
lagi, nak ketawa kan tak sampai hati pula, orang bagi nasihat untuk kebahagiaan
kita, kena la dengar dan terima, siap nak tolong kenalkan dengan lelaki lain
yang lebih baik.
“Aku faham maksud kau tu, aku
terharu dapat kawan macam kau ni, sampai ke situ kau fikir, aku pun tak fikir
lagi.” Fatia senyum, baik aku buat kerja, kan minah ni sambung cerita lagi,
sampai petang pun tak habis kalau macam ni.
“Aku bukan apa, aku risau je.” Shima
masih tegak berdiri.
“Aku tahu kau risaukan aku, aku
bertuah dapat kawan macam kau, walaupun baru kenal, tapi kau ambil berat pasal
aku.” Fatia menjawab sambil tangan menulis sesuatu di kertas, pura-pura sibuk
nak buat kerja.
“Itulah, kau fikir masak-masak
tahu.” Shima mula melangkah, tapi macam berat je nak tinggalkan meja Fatia,
masih banyak sebenarnya yang ingin diperkatakan.
Fatia angguk beberapa kali, tanda
faham, langkah Shima yang perlahan dijeling dengan anak matanya, jangan la dia
patah balik, mahu haru-biru hidup aku nak menjawab dan mendengar ceramah over caring dia tu.
Shima tiba-tiba berhenti dan
berpaling ke arah Fatia, ceramahnya masih belum lengkap, kali ini dia ingin
menyentuh bab anak pula, nanti kalau dah stress, anak-anak terabai, duit tak
cukup untuk perbelanjaan anak, nak beli itu tak dapat, nak beli ini tak boleh.
Tapi belum sempat dia membuka
langkah, namanya tiba-tiba diseru dari belakang.
“Shima, kamu buat apa dekat sini.”
Encik Farhan yang baru tiba menegur, laluannya dihalang oleh Shima yang berdiri
tegak di situ.
“Eh! Bos, saya hantar invoice tadi kat Fatia.” Shima sengih,
langkahnya terpaksa dibatalkan, nanti tak pasal-pasal dia pula yang kena dengar
ceramah free. Dia melangkah ke tempatnya
semula, memadang Fatia sambil berfikir, kalau itu yang Fatia pilih, buat apa
dia nak menyibuk, Fatia, aku doakan kau bahagia.
Fatia menarik nafas lega, nasib baik
bos masuk, kalau tak memang kena tadah telinga, itu lah, siapa suruh menipu
kan.
Fatia mengeluh, sampai bila dia
hendak menipu semua orang tentang status barunya sekarang, sampai bila dia
perlu merahsiakan perihal ini dari emaknya. Aduh, kalau ingat pasal mak mesti
tak senang duduk, perasaan gelisah mula mengawal diri. Mak, kalau orang kampung
tahu mesti mak malu, apa nak buat ni.
Bab 7
Rayyan leka
mengadap skrin komputer, kusyuk menyiapkan projek terbaru syarikat tempat dia
bekerja. Jawatannya sebagai programmer
di syarikat itu sudah lama didudukinya, semenjak dia tamat belajar di
Universiti Teknologi Malaysia lagi. Cita-citanya hanya satu, ingin menubuhkan
syarikat sendiri suatu hari nanti jika sudah cukup pengalaman dan modal,
sekarang ni pengalaman tak berapa nak cukup, tapi kalau modal senang je nak
cari, siapa lagi kalau bukan dari nenek tersayang. Tapi buat masa sekarang ni,
biarlah dia bekerja makan gaji dahulu, bila tiba masanya yang sesuai, dia akan
membuka langkahnya.
“Rayyan, jom lunch.” Hafizi menyapa lalu duduk di depan meja Rayyan.
“Hari
ini ada yang nak belanja, rugi kalau tolak, cun pulak tu.” Hafizi menyambung
lagi.
“Siapa?” Rayyan bertanya, mula
menunjukkan minatnya, pantang dengar perkatan cun.
“Ni yang terbaru, namanya Tisya,
cun, kacukan mat saleh.” Hafizi menyambung teruja.
“O…okey, tunggu kejap, sikit lagi nak siap.” Rayyan senyum bermakna.
“Aku tunggu kau kat bawah, jangan
lama sangat, nanti melepas.” Hafizi mula bangun, janjinya dengan Tisya yang
baru dikenalinya perlu dipenuhi, mana tahu kalau tak sangkut dengan dia,
kut-kut sangkut dengan Rayyan, dia pun tumpang gembira.
Rayyan mengangguk tapi mata masih
meletat di skrin komputer, melepas pun takpe, lepas ni ada pula yang datang,
orang handsomelah katakan, terhangat
di pasaran, buruan wanita masa kini. Rayyan senyum sendiri, nampaknya date dengan Julia perlu ditunda, stock baru perlu diberi perhatian
dahulu, boleh dia tambah koleksi peribadinya, bukan apa, senang nak ajak keluar
bila dia dah bosan dengan Julia dan girlfriendsnya
yang lain.
Hafizi melambai
mesra kepada gadis yang duduk di cafe itu, mereka tiba tepat pada waktu yang
dijanjikan. Rayyan yang berjalan di sisinya hanya senyum tanpa sebarang kata,
gadis yang bernama Tisya itu benar-benar memukau padangan matanya.
“Hai, dah lama tunggu.” Hafizi
menyapa dengan senyuman manis, matanya melirit pula pada gadis yang duduk di
sebelah Tisya.
“Baru je sampai.” Tisya turut
senyum.
“O, kenalkan, kawan I, Rayyan.”
Hafizi memperkenal Rayyan kepada Tisya. Rayyan senyum lalu menghulurkan tangan,
tanda perkenalan.
“Hai.” Tisya menyambut mesra.
“Oh ya, kenalkan kawan office I, Inara.” Giliran Tisya pula
memperkenalkan kawannya itu.
Hafizi menghulurkan tanganya laju,
mengatasi Rayyan yang nampaknya dari tadi duk melirit ke arah Tisya.
“Hai, I Hafizi”. Hafizi
memperkenalkan namanya sendiri.
“Hai, nice to meet you all.” Inara mula membuka mulut sambil tersenyum
manis, Hafizi yang mendengar mula cair.
“Jomlah order, kejap lagi nak masuk office
semula kan.” Tisya mula mencapai menu yang sudah tersedia di atas meja.
Yang lain hanya menurut, menu
ditangan di selak perlahan. Hafizi yang duduk di depan Inara dari tadi duk
melirit manja, nak jual minyak la tu.
“You
nak makan apa?” Hafizi mula bertindak, nanti lambat-lambat melepas pula.
Inara senyum manis, kembang hatinya
bila Hafizi menanyakan menu pilihannya.
“I
nak makan nasi goreng USA, macam sedap je.” Inara membalas manja.
“Memang sedap pun, Idah makan minggu lepas kat sini,
memang tepat pilihan you.” Hafizi
senyum lagi.
Rayyan yang mendengar hanya
mencebit, tahu sangat perangai kawannya itu, macam perangainya juga, tapi
Rayyan taklah over macam tu, buat relax sudah, tak payah nak gelojoh.
“Ya ke, okey nak tryla.” Inara
membalas laju.
“You
pula nak makan apa.” Tisya yang diam dari tadi membuka mulut, matanya fokus
kepada jejaka yang duduk di depannya.
“I
nak order nasi goreng daging merah, you?” Rayyan pula bertanyakan soalan
yang sama kepada Tisya.
“I
pula nak nasi goreng ayam masak merah.” Tisya senyum sambil matanya
merenung manja.
“Tak kan nak order nasi je, air tak nak ke.” Rayyan menyoal sambil tersenyum.
“Eh, lupa pula kan, Inak frech orange.” Tisya masih tersenyum, ala-ala menggoda gitu.
“Okey,
samalah kita.” Rayyan tersenyum manis, seolah-olah ingin memberi hint yang selera mereka sama. Rayyan pun
sama je dengan si Hafizi, tapi cara je yang berbeza. Kalau dilihat Hafizi ni
macam gelojoh sikit dalam bab memikat perempuan tapi Rayyan control macho dan lebih relax.
Hafizi yang duk asyik menjeling
manja dengan Inara sempat lagi pasang telinga, mencuri dengar perbualan Rayyan
dengan Tisya. Hafizi berpaling memandang Rayyan sambil mengangkat kening, tanda
dah mula berkenan di hati untuk dibuat teman.
Bab 8
Mak kiah
memandang anak sulungnya yang baru pulang dari sekolah, tugas sebagai guru pada
zaman sekarang bukan senang, ada sahaja perangai-perangai pelajar yang makin
hari makin degil. Bila diberi nasihat bukan nak dengar, kalau didenda pasti ada
yang dibalasnya, tak pasal-pasal nanti kereta cikgu yang dicalarnya.
Farhana tayang muka penat, pukul 5
baru sampai di rumah, ada meeting la,
perjumpaan persatuan la, rumah sukan la, kelas tambahan la dan banyak lagi.
Ingat dulu kerja sebagai guru ni senang, pukul 2 dah boleh balik berehat di
rumah, alih-alih sama je dengan kerja di pejabat.
“Mak buat apa tu?” Farhana bertanya
sambil membawa buku-buku latihan untuk diperiksa.
“Mak tengah basuh kain ni, tak
nampak ke?” Mak kiah menjawab selamba sambil tangannya memegang batang penyapu.
Farhana sengih, pandai mak buat
lawak, itulah, lain kali tanya lagi soalan yang tak cerdik, dah nampak mak
sedang menyapu sampah, lagi mahu tanya ke tengah buat apa.
“Mak masak apa hari ni?”
“Pergi la tengok kat dapur tu, ada
kat bawah saji.” Mak Kiah mengatur langkah menuju ke arah pokok rambutan pula,
ingin menyapu daun-daun yang berguguran.
Di rumah itu hanya ada Mak kiah,
Farhana dan Farisya sahaja. Farhana merupakan guru di sebuah sekolah di bandar
kuantan, dekat sahaja dengan rumahnya, hari-hari boleh balik rumah, tak payah
nak menyewa seperti kawan-kawannya yang lain. Mungkin nasibnya baik, posting dekat dengan kampung halaman,
kawan-kawannya yang lain ada dihantar ke sabah dan Sarawak.
Farisya pula masih bersekolah, tahun
ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM, tapi kalau tengok gayanya macam takde
perasaan nak exam. Balik je dari
sekolah terus buka TV, layan sinetron, lepas tu cerita Filipina, petang pula
dia layan cerita kartun. Apabila malam dia selak buku latihan dua tiga helai
lepas tu tidur, itupun setelah dibebel oleh Mak Kiah, kalau Mak Kiah tak
membebel, garenti dia tak buka buku langsung.
“Tia takde telefon kamu ke?” Mak
Kiah muncul dari pintu belakang, menegur anak sulungnya yang sedang menjamu
selera.
“Takde pun.”
“Tia pun satu, susah betul nak
telefon ke sini, kalau mak tak telefon dulu, jangan harap dia nak mulakan.” Mak
Kiah mula memberi mukaddimah.
“Kamu tak telefon dia ke?”
Farhana senyum, dia memang jarang
nak berhubung dengan adiknya itu, kalau ada benda penting baru adiknya itu
dihubungi, lagipun takde apa yang nak disembangkan.
“Kamu pun satu, lain kali telefon la
adik kamu tu, tanya macam mana keadaan dia, hubungan dia dengan Rayyan macam
mana, mana tahu kalau ada yang tak kena, Tia tu kalau kita tak tanya mana nak cerita
dengan kita.” Mak Kiah mula menyambung.
“Dia tak cakap apa-apa pun Mak,
maknanya okeylah tu kut.” Farhana
menjawab sambil mengunyah nasi di dalam mulutnya.
“Kak Tia dah syok jadi orang KL kut
Mak, sampai lupa nak balik kampung.” Farisya yang baru muncul mencelah.
“Banyak la kamu punya orang KL, yang
kamu tu dari tadi duk layan TV, baju sekolah tak tukar lagi nak jadi orang apa,
orang yang rugi?” Mak Kiah menjeling anak bongsunya itu, makin hari makin
menjadi.
“Apa pula orang yang rugi, mak ni.”
“Memang rugi pun mak, rugi beras mak
bagi dia makan hari-hari, suruh buat kerja satu pun tak boleh.” Farhana pula
mencelah, tersengih ke arah adiknya yang mula tayang muncung sedepa. Tak boleh
tegur sikit, mula la tu nak merajuk.
“Kak long ni, sampai hati.” Farisya
buat muka tak puas hati tapi tetap duduk di sebelah kakaknya itu, perut yang
sudah berbunyi perlu diisi. Sejak pulang dari sekolah dia belum menjamah
makanan, cerita sinetron yang ditayangkan lebih diutamakan. Macam mana Mak Kiah
tak membebel kalau macam tu perangai anak bongsunya.
“Betul apa Kak Long cakap, balik
sekolah pukul 2 tapi sampai sekarang masih pakai baju sekolah, mandi tidak,
sembahyang ke tidak ni?” Farhana mula membuka slot ceramah.
“Sudah sembahyang la Kak Long, tak
percaya Tanya mak”.
Mak Kiah buat-buat tak dengar, dia
mencapai gelas lalu air masak dituang, anak bongsunya itu kalau bab sembahyang
tak payah disuruh, sudah tahu tugasnya dan memang anaknya itu tak akan berani
melayan sinetron kalau belum solat, memang dah tahu apa yang akan berlaku, tak
tenteram nanti nak tegok TV.
Rayyan membaca
pesanan ringkas yang baru diterimanya sambil tersenyum. Baru tengah hari tadi
mereka lunch bersama dan bertukar
nombor telefon, tak sangka secepat ini Tisya akan menghantar pesanan kepadanya.
Selalu pun memang begitu, tak perlu dia bersusah payah memujuk rayu atau
menghantar pesanan ayat-ayat romantik kepada wanita yang baru dikenalinya,
malahan wanita tersebut yang akan
menghubunginya dahulu, mengajak keluar atau sekadar berbual kosong di telefon.
“Abang, SMS dengan siapa tu, Kak Tia
ke?” Raisya yang muncul di ruang tamu menegur.
“A’ah.” Rayyan menjawab selamba,
malas dilayan adiknya itu, kalau dijawab bukan nanti panjang lagi la soalan.
Lagipun jawapan yang baru diberinya tadi boleh menyelamatkan nama baiknya suatu
hari nanti.
“O, adik nak tanya sikit boleh?”
Raisya masih dengan soalannya.
“Tak boleh.” Rayyan masih selamba.
“Kenapa abang terima pilihan nenek,
lagipun sebelum ni abang kan ramai kawan perempuan, tak kan takde yang
special?” Raisya tetap dengan soalannya.
“Sibuk la adik ni, pergi la main
jauh-jauh.” Rayyan menjawab malas, sebenarnya dia tengah menyusun jawapan yang
sesuai, kalau salah jawab dia juga yang nahas nati.
“Alah, tanya sikit pun tak boleh,
adik cuma pelik je dengan abang ni, dulu masa mummy nak kenalkan abang dengan
anak kawan dia dulu abang tak nak pula, konon tak suka kalau orang tua yang arrange perkenalan, lebih suka cari
sendiri, tapi bila nenek yang pilih abang terus setuju, macam pelik je.” Raisya
mula keluarkan hujah-hujah bernasnya.
“Hmm, adik tahu apa, love in first sign.” Rayyan menjawab
lambat.
“Yalah tu, abang ni biar betul, adik
rasa macam ada yang tak kena je.” Raisya buat muka suspen.
“Betullah.” Rayyan mula gelabah,
adiknya bukan boleh dibuat main, kalau menyoal orang macam tengah menyoal
pesalah di kandang mahkamah, maklumlah study
jurusan undang-undang, bakal lawyer
katakan.
“Habis girlfriend abang sebelum ni macam mana, apa nama perempuan yang
adik jumpa masa abang tengah date tu,
yang cantik tu, Julia kan nama dia?”
Rayyan diam, Julia, gadis itu masih
merajuk dengannya kerana dia membatalkan temu janji mereka, alah merajuk kejap
je tu, kalau dia pujuk, cair la tu.
“Abang, kenapa diam, ingat dekat
Julia ke?” Raisya mula serkap jarang.
“Hah, hmm…. Takde lah, abang dengan
dia mana ada apa-apa, kawan biasa je”. Rayyan senyum, mukanya dimaniskan.
“Okey,
adik terima jawapan abang, tapi adik akan siasat, hehe.” Raisya sengih tayang
gigi.
“Kalau tak menyibut hal orang tak
boleh ke.” Rayyan terus bangun, ingin membuka langkah ke biliknya. Lepas ni dia
perlu lebih berhati-hati, takut nanti terserempak dengan adiknya bila dia
keluar dengan teman wanitanya, boleh pecah rahsia dia.
“Alah, takutlah tu, baru acah
sikit.” Raisya gelak kuat, saja nak cari pasal dengan abangnya itu.
“Apa pula abang nak takut, abang
takde buat salah pun.” Rayyan yang sudah melangkah sempat membalas kata-kata
adiknya itu.
“Apa bising-bising ni, tengok jam tu
dah pukul berapa, pergi masuk tidur.” Aziah yang ingin ke dapur menegur, bosan
dengan keletah anak-anaknya, dah besar panjang pun ada je benda yang nak
digaduhkan.
“Abang ni mummy, sebenarnya abang dengan
Kak Fatia…..” Raisya buat ayat suspen.
Rayyan yang sudah mendaki anak tangga
berpaling tiba-tiba, muka adiknya dipandang macam nak telan, macam mana budak
ni tahu perkara sebenar, tak kan Fatia pula yang beritahu, tapi macam mana pula
mereka berhubung, jumpa pun time
majlis bertunang hari tu je.
“Sebenarnya apa?” Aziah bertanya,
macam berminat untuk ambil tahu.
“Abang dengan Kak Fatia kan….”
Raisya masih ingin main-main, ayatnya masih tergantung, bikin suspen
malam-malam macam ni.
Rayyan pula masih kaku di anak
tangga, mulutnya mula terlopong, menunggu sambungan ayat adiknya dengan hati
yang berdebar-debar, matilah lepas ni, hancur masa depan.
“Abang dengan Kak Fatia kan…..tengah
angau dilamun cinta.” Raisya sengih sambil mengenyit mata ke arah abangnya.
Rayyan mengurut dada, kus semangat,
kalaulah adiknya itu tahu hal yang sebenarnya, memang rosak masa depan.
“Biarlah kalau macam tu, tunang dia
juga.” Aziah menyambung langkah ke dapur tanpa sebarang syak wasangka. Raisya
sengih mengejet, dia mula mengatur lanngkah menuju ke arah abangnya.
“Kenapa, suspen ke? Alah relax la abang, acah je tu.” Raisya
ketawa sambil tanganya menutup mulut, langkahnya laju menuju ke biliknya.
Rayyan tayang muka serius, buat-buat
garang depan adiknya, sengal punya adik, boleh sakit jantung kalau hari-hari
macam ni. Kalau adiknya tahu perkara sebenar memang kecoh satu rumah nanti,
adik dengan mummynya memang rapat, semua rahsia dikongsi bersama.
Bab 9
Fatia melihat
penampilan dirinya di cermin almari, blouse
putih paras punggung yang dipadankan dengan seluar jeans biru muda dan tudung
ariani senadar dengan seluarnya, nampak cun dan ayu gitu, dia mula perasan
sendiri. Pernampilannya memang lain berbanding semasa dia masih menuntut di
universiti dulu. Kalau dulu selalu bergaya dengan tshirt dan tudung bawal yang
disilang sahaja, tapi kini pernampilannya lebih feminin, mengikut era peredaran
masa gitu.
Dia melangkah ke ruang tamu, menanti
Munirah sambil memilih sandal yang sesuai. Bibirnya mengukir senyuman manis,
tersenyum bila membayangkan muka-muka terkejut kawan-kwannya yang lain,
maklumlah kalau dulu kasut tinggi tiga incin bukan tastenya, malahan pernah kakinya terseliuh kerana cuba memakai
kasut tumit tinggi Munirah. Tapi itu dulu, sekarang ni dia dah pro dalam
menggayakan kasut-kasut tumit tinggi, malah lebih pro dari Munirah.
“Kau kenapa tersengih-sengih depan
kasut ni, ada nampak muka Rayyan ke kat situ?” Munirah menegur sambil mencapi
sandalnya yang dalam dua inci.
“Kalau tak sebut nama mamat tu tak boleh
ke, bosan la asyik dengan nama dia, boleh hilang mood.” Fatia menjawab sambil
mencapai sandalnya yang tiga inci, kali ni biar dia dengan Munirah berjalan
sama tinggi dan duduk sama rendah, maklumlah Munirah tu tinggi sikit je dari
Fatia.
“Yalah, lupa pula orang tengah
kecewa kan.” Munirah menjelirkan lidahnya, saja nak cari pasal.
“Kau ni kan, ni takde mood ni nak
keluar makan, cancel jelah.” Fatia
pura-pura merajuk, tapi langkah kaki tetap dihayun mengikut Munirah ke pintu
rumah.
“Aik, kata tadi cancel, kenapa ikut aku pula?” Munirah masih ingin main-main.
“Alah kau ni, malam ni aku tak jadi
nak merajuk sebab aku tengah lapar sangat ni, lain kali kalau kau sebut je nama
mamat tu, aku merajuk dengan kau tiga hari tiga malam.” Fatia buat muka serius,
melangkah menuju ke kereta Munirah.
“Yalah tu kan.” Munirah senyum,
faham benar dengan perangai Fatia tu.
Munirah memulakan pemanduaannya,
hala tujunya malam ini adalah ke restoran Nur Kasih, walau pun agak jauh dari
rumah mereka tapi disebabkan semua dah bersetuju nak jumpa di sana, maka
terpaksalah mereka setuju.
Rayyan ketawa
mendengar cerita Tisya, suasana ceria malam itu benar-benar menggembirakan
hatinya, tambah-tambah lagi dia kini dikelilingi gadis-gadis cantik. Kali ini
merupakan pertemuan kedua antara dia dan Tisya. Dia terus bersetuju bila Tisya
menghantar pesanan ringkas mengajaknya keluar makan dan berkaraoke. Baginya,
ini merupakan peluang terbaik untuk berkenal-kenalan dengan kawan-kawan Tisya
yang lain, mana tahu kut-kut ada yang lebih menawan.
Rayyan
juga tidak berseorangan, Hafizi sentiasa ada di sisi bersama dengan dua lagi
kawan sekutunya yang pantang diajak keluar berfoya-foya iaitu Rezza dan Shah.
Rayyan mengalihkan pandanganya ke
arah gadis cantik di sebelah Inara, namanya Erlinda. Dia senyum bila gadis itu
turut memandang ke arahnya. Erlinda mula malu-malu, makanan yang tinggal
separuh dikuis sahaja, hatinya mula berbunga-bunga.
Rayyan senyum lagi, mula bangga
dengan kelebihan yang ada. Sekali senyum sahaja pasti ada yang cair, kali ini
Erlinda pula yang cair. Matanya kini dialihkan ke sekitar kawasan restoran,
malam-malam minggu begini memang ramai yang mengambil kesempatan untuk melepak
bersama kawan-kawan dan keluarga.
Matanya tiba-tiba terpaku pada susut
tubuh yang baru sahaja melepasi mejanya, matanya mengikut rentak gadis itu yang
menuju ke arah sebuah meja panjang sambil melabai ceria. Rayyan mencebit bibir,
kaki lepak juga rupanya, siap lepak dengan lelaki lagi, ingatkan jenis yang
suka duduk di rumah sambil kemas-kemas rumah, lipat kain, siram pokok, sidai
kain kat ampaian.
Rayyan masih memerhati, jarak
mejanya dengan meja gadis itu tidaklah jauh sangat, hanya selang dua buah meja
sahaja. Dia senyum sinis, gadis melayu terakhir konon, kat kampung boleh la
tunjuk baik, hipokrit depan mummy dan nenek. Datang KL je terus kena culture shock, kalau nenek tahu ni mesti
tarik balik pinangan.
“Oit, kau tak payah la nak usyar
yang jauh-jauh, yang kat depan mata pun dan cukup cantik dah ni.” Hafizi
menegur perlahan, dari tadi dia memerhatikan Rayyan, asyik duk merenung gadis
yang baru melalui mejanya tadi.
“Bila masa pula aku usyar dia, tak
kuasa aku.” Rayyan menjawab perlahan, takut yang lain turut mendengar perbualan
mereka.
“Macam aku tak nampak, sejak awek tu
lalu lagi sampai dia duduk kat meja sana, dari tadi kau duk pandang je.” Hafizi
senyum, dia menanti jawapan dari Rayyan.
“Takde maknanya, sikit pun aku tak
minat.” Rayyan mencapai airnya lalu disedut perlahan.
“Ya ke, kalau kau tak berminat
takpe, biar aku je yang try, mana
tahu sangkut. Lagipun aku tak pernah test
powerdengan awek bertudung, mana tahu lagi senang nak sangkut ke.” Hafizi
menyambung laju, matanya kini diarahkan kepada gadis itu, lupa sejenak kepada
Inara yang duduk di depannya.
“Kalau kau nak test power pun tak payah la dengan minah tu.” Rayyan menyambung
perlahan, nada suaranya masih dikawal, takut Rezza dan Shah yang duk asyik jual
minyak dari tadi turut mendengar perbualannya dengan Hafizi.
“Asal pula?” Hafizi tak puas hati.
“Sebab aku tak nak ada kaitan dengan
minah tu.” Rayyan menambah selamba, matanya tidak lagi diarahkan ke tempat
gadis itu.
“Hah, apa hal pula kau nak ada
kaitan dengan minah tu, aku yang usyar dia, aku jelah yang ada kaitan dengan
dia.” Hafizi mula tak faham dengan kawan baiknya itu.
“Aku tak nak ada kaitan dengan Fatia
tu, kalau kau nak sangat mengurat dia, jangan cari aku lagi lepas ni.” Rayyan
menambah laju, kini nama gadis itu keluar dari mulutnya.
Hafizi yang mendengar mula
terlopong, matanya diarahkan semula kepada gadis itu. Fatia ke tu? Aduh!
Melepas satu peluang.
“Kau biar betul, kau salah orang
kut.” Hafizi masih tak percaya.
“Tak kan aku tak kenal tunang aku.”
“Hello, ayat kau tu biar betul
sikit, bekas tunang kau okey.” Hafizi
membetulkan ayat Rayyan, hatinya masih kecewa, ingat dapat la awek bertudung
kali ni.
“Itu lah yang aku nak cakap
sebenarnya.” Rayyan buat-buat selamba, tersalah mengaku tunang la pulak.
Hafizi senyum tiba-tiba, matanya
masih diarahkan kepada Fatia. Matanya memerhati dari atas sampai ke bawah. Bila
fatia kertawa, dia turut senyum lagi.
Rayyan yang melihat mula tak senang
duduk, tak mungkin dibiarkan Hafizi mengurat si Fatia, mati hidup balik pun dia
tak akan biarkan, tangan Hafizi disiku kuat, biar mamat tu sedar diri sikit.
“Aduh, kenapa dengan kau ni.” Hafizi
mengalihkan pandangan, kini matanya memandang muka Rayyan di sebelahnya.
“Kau jangan cari pasal.” Rayyan mula
memberi amaran.
“Kau ni, aku tengah jelah, kau
tengok tu body dia, boleh tahan kan.
Dengan cara dia berpakaian takde la kampung sangat, boleh la tahan. Kau tengok
cara dia senyum tu, manis je, kenapalah dia tu bekas tunang kau, kalau tak dah
lama aku rembat.” Hafizi buat ayat frust.
“Habis tak kan kau nak suruh dia
pakai kain batik pula datang sini.” Rayyan mencebit geram, panas telinganya
mendengar kata-kata Hafizi tadi, dasar buaya sungguh, sampai bekas tunangannya
pun Hafizi nak try.
“Takdelah sampai macam tu, kau juga
yang cakap Fatia tu minah kampung, aku pun bayangkan la Fatia tu suka pakai
baju kurung, tudung labuh, berjalan kepit-kepit.” Hafizi sengih, ada sahaja
jawapannya.
Rayyan mengalihkan pandangannya,
malas nak melayan si Hafizi. Kini dia cuba menumpukan perhatianya dengan
cerita-cerita yang tak habis-habis antara Tisya, Erlinda, Inara dengan dua
kawannya itu. Dia turut menyamput perbualan mereka sambil ketawa gembira, ada
sahaja cerita jenaka dari Rezza yang memang peramah itu. Sekali-sekala Tisya
yang duduk di sebelah kirinya itu akan berbisik manja kepadanya dan tersenyum
menggoda.
Fatia yang baru
sahaja melihat drama romantik di meja depannya terkaku, hilang terus ketawa
cerianya dengan kawan-kawannya yang lain. Otaknya mula mentafsir sesuatu,
matanya masih memerhati dalam diam.
Awek dia ke tu, anak kacukan mat
saleh mana pulak dia dapat ni. Patut la mamat tu berangan nak jadi mat saleh,
awek seksi gila. Siap duk berbisik manja lagi. Muka macam apek jual botol, ada
hati nak berangan macam mat saleh. Arh!
Lantaklah, peduli apa aku, takde kaitan dengan aku pun.
Fatia mengalihkan pandangan, malas
nak melayan aksi romantik di meja depan, makan lagi bagus
“Fatia, kau kenapa tak bawa tunang
sekali?” Nadira bertanya, nak buat macam mana, yang lain semua bawa pasangan,
hanya dia dengan Munirah sahaja yang datang sendiri. Kalau si Munirah memang
kawan-kawannya sedia maklum yang kekasih hati Munirah jauh di perantauan, tapi
kalau pasal tunang Fatia pun semua sudah sedia maklum yang mamat itu bekerja di
sekitar kawasan itu sahaja, itupun Munirah yang bagitahu.
“Entah.” Fatia menjawab sambil
menyuap makanan ke dalam mulut.
“Apa? entah?” Fazliana menanya laju.
“Hmm, entahlah dia cakap busysikit dua tiga minggu ni, tu yang
tak dapan join.” Fatia membetulkan
jawapannya.
“Ingat kan dapat la kenal dengan
tunang kau.” Nadira menambah sambil tersenyum.
Fatia turut senyum, sampai bila-bila
pun kau orang tak akan kenal. Munirah yang duduk di sebelah hanya diam tanpa
sebarang kata. Maklumlah, dia sorang saja yang tahu perkara sebenar, nanti
kalau buka mulut tak pasal-pasal semua tahu rahsianya.
“Bertunang berapa lama, bila nak
buat majlis?” Fazliana masih meneruskan soalan.
Fatia senyum, bibirnya digigit, apa
nak jawab ni, inilah soalan yang dia cuba elak tapi soalan macam ni semua orang
suka Tanya, bila nak kahwin, bila nak buat majlis, aduh, macam mana ni.
“Alah, kau jangan risau lah, majlis
Tia lambat lagi, dia tunggu kad dari kau dulu.” Munirah mula mencelah.
“Majlis kau bila?” Nadira mula
teruja, kini soalan yang sama diajukan kepada Fazliana.
“Aku mungkin hujung tahun ni.”
Fazliana senyum malu, tunangnya di sebelah dilirit manja.
Fatia senyum, lega bila soalan
perihal perkahwinannya tidak diteruskan. Nasib ada Munirah, kalau tak memang
kena menipu lagi.
Bab 10
Rayyan yang baru
melangkah ke ruang tamu memperlahankan ayunan kakinya, telinganya menangkap
perbualan antara mummynya dengan seseorang, tapi itu bukan suara daddy. Rayyan
mengatur langkah dan berhenti di sebelah sofa tempat mummynya duduk. O…, mummy
ada tetamu rupanya, Rayyan tayang senyum tak ikhlas.
Termasuk
dengan ini dah dua kali Rayyan bertemu dengan tetamu mummy itu, tapi hanya
beberapa patah perkataan sahaja yang mereka bualkan, bertanya khabar dan terus
diam. Kalau jejaka itu tak bertanyakan soalan, sampai mati pun Rayyan tak buka
mulut, bagi jawapan pun macam terpaksa sahaja.
“Kenapa Haikal lama tak datang?”
Aziah menyambung perbualannya semula, anak lelaki tunggalnya mengambil tempat
di sebelah mummynya itu setelah disuruh duduk oleh mummynya, tak sedap pula
kalau dia tidak menurut.
“Busy
sikit Mak Long, sekarang ni Haikal baru pindah pejabat.” Haikal menjawab sopan.
Semasa pertama kali dia menjejakkan kakinya ke rumah ini, lidahnya kelu untuk
memanggil mak saudaranya dengan panggilan Mak Long. Dia tidak biasa, lagipun
mereka baru sahaja kenal.
“O, Ibu Haikal tahu Haikal datang
rumah Mak Long?” Aziah bertanya lagi. Wajah tampan Haikat direnung kasih,
matanya yang redup membuatkan Aziah teringatkan seseorang yang telah lama
pergi.
Haikat
memang mewarisi rupa arwah datuknya. Kalau dulu semasa Haikal datang berjumpa
dengannya, dia masih ragu-ragu untuk mempercayai bahawa Haikal adalah anak
sulung adiknya, tetapi gambar adiknya yang dibawa oleh Haikal dan juga wajah
Haikal yang mirip arwah ayahnya membuatkan dia percaya.
“Tak Mak Long, nantilah Haikal
bagitahu.” Haikal senyum, masakan dia akan memberitahu ibunya bahawa telah
berjumpa dengan Mak Longnya. Dari kecil dia telah didedahkan dengan cerita
ibunya yang hidup sebatang kara, tidak mempunyaI ibu bapa, hanya abahnya sahaja
satu-satunya insan yang ibunya ada. Kalau ibunya tahu hal kedatangannya ke
rumah ini, mungkin dia kan dimarahi atau mungkin perkara sebenar akan diketahui
oleh adik-adiknya yang lain.
“Haikal, wajah Haikal ni mirip arwah
datuk Haikal dulu, kalau nenek tengok Haikal mesti terubat rindu dekat arwah
datuk.” Aziah menambah cerita, memang itu yang ingin diberitahunya dari pertama
kali mereka bertemu.
Haikal senyum, bertemu dengan nenek
adalah pekara yang paling diingininya, berpandukan alamat rumah neneklah dia
menjejaki Mak Longnya. Setiap hujung minggu dia akan ke rumah nenek, memerhati
dari jauh kereta yang keluar masuk pintu pagar villa itu. Dan kereta yang
paling kerap berulang-alik ke villa itu adalah kereta Mitsubishi Lancer
berwarna putih yang pemiliknya adalah cucu lelaki neneknya, dari situ dia mula
menjejaki Mak Longnya itu.
Rayyan yang hanya menjadi pendengar
mula tak senang duduk. Kedudukannya sebagai satu-satunya cucu lelaki neneknya
mula terjejas. Ditambah pula dengan wajah Haikal yang mirip datuknya, mungkin
nenek akan lebih menyukai Haikal bebanding dirinya nanti.
“Nanti kalau Haikal senang Mak Long
bawa Haikal jumpa nenek, lagipun Haikal tak pernah jumpa nenek kan?” Aziah
senyum, mana tahu dengan munculnya Haikal hati emaknya mula sejuk, mungkin
emaknya dapat melupakan apa yang berlaku dan menerima semula anaknya yang dah
lama menghilang.
“Boleh Mak Long, Haikal pun dah lama
nak jumpa nenek.” Haikal makin ceria, hajatnya makin hampir untuk dicapai.
“Haikal makan tengah hari dekat sini
ya, Mak Long pun ada masak lauk lebih tadi, lagipun hari ni kan cuti, duduk
sini lama sikit ya, boleh berbual dengan Rayyan dan Pak Long.” Aziah menambah
ceria, tidak puas rasanya bertemu dengan anak buahnya itu.
“Okey
Mak Long.” Haikal membalas sambil tersenyum manis, Mak Longnya memang baik,
menerimanya dengan hati terbuka.
Tapi
boleh ke dia berbual mesra dengan Rayyan seperti dia berbual dengan Mak Long
dan Pak Longnya, dari tadi Rayyan hanya dia, duduk di situ pun disebabkan Mak
Longnya yang panggil, kalau tak memang dah lama Rayyan naik semula ke tingkat
atas.
Fatia berdiri di
pintu pagar rumahnya, hatinya bergetar hebat, macam nak pergi berjumpa dengan bakal
mak mertua pun ada. Kakinya mula lenguh, dia melangkah ke tepi lalu duduk di
kerusi. Tak disangka pagi tadi dia akan menerima panggilan telefon dari bekas
bakal nenek mertua tak jadinya, mengajak dia keluar shopping bersama. Nenek pun satu, dah tua pun pandai lagi bershopping, apa yang hendak dibeli dia pun
tidak tahu.
Penat semalam pun masih belum
hilang, selepas makan malam bersama dengan kawan-kawannya itu, mereka
lepak-lepak pula di kawasan Masjid Putrajaya. Berbual sambil mengimbau kembali
kenangan semasa di zaman belajar dahulu.
Pagi tadi pun dia dah terlambat
bangun, hajat di hati nak sambung tidur tapi setelah menerima panggilan
daripada nenek, terus mengantuknya hilang, otaknya duk kalut berfikir,
sampaikan sarapan paginya pun tak daya untuk ditelan.
Bunyi hon kereta yang berhenti di
depan pintu pagarnya mengejukkan Fatia yang sedang berangan jauh, dia mula
bangun dan melangkah ke arah kereta mewah itu yang di buka dari dalam, dia
melangkah masuk sambil tersenyum manis.
“Dah lama Fatia tunggu?” Puan
Karmila mula membuka bicara.
“Baru je Nek.” Fatia menjawab sopan.
Kereta meluncur laju, driver tekun memandu manakala Fatia
dengan nenek pula bersembang dari tadi di tempat duduk berlakang.
“Nenek dah lama nak jumpa Fatia,
tapi Fatia asyik sibuk sahaja kan.” Puan Karmila menyambung lagi.
Fatia yang mendengar hanya
tersenyum, hanya itu yang mampu dia lakukan. Mana nenek tahu aku sibuk memanjang,
ini mesti cucu kesayangan dia kelentong nenek hidup-hidup, tak nak bagi nenek
jumpa aku la tu, apa lagi yang dia kelentong agaknya.
“Sejak kamu jadi tunang Rayyan,
nenek tengok dia dah berubah, takde nak keluar melepak sangat dengan
kawan-kawan kat luar”.
Fatia masih tersenyum sambil
mengangguk perlahan, tak keluar melepak konon, baru semalam aku tengok kau
kepit awet cun, kesian nenek, dapat cucu kaki kelentong macam kau.
“Rayyan pun ada cakap yang dia
bahagia sekarang, dia memang suka dengan kamu.” Puan Karmila masih bercerita
perihal cucunya itu, Fatia yang mendengar mula bosan, takde nama lain ke nenek
nak sebut, asyik Rayyan je dari tadi.
“Fatia bertuah dapat Rayyan tau, dia
tu baik orangnya, hormat orang tua.”
Fatia senyum kelat, dah mula bosan.
Kalau aku cakap perangai sebenar cucu dia ni ada pengsan kat sini.
“Apa pendapat Fatia tentang Rayyan?”
Puan Karmila bertanya ceria.
“Pendapat Fatia?” Fatia menjawab
kalut, mungkin tak berapa faham dengan pertanyaan Puan Karmila.
“Yalah, bagi Fatia, Rayyan tu macam
mana? Fatia suka ke tidak dengan dia, cara dia melayan Fatia, Fatia boleh
terima cara dia?”
Fatia garu dagu, kalau aku jawab
jujur kan nenek terasa pula, nanti dia ingat aku saja nak buat cerita tentang
cucu kesayangan dia yang terlampau baik tu.
“Fatia, kenapa kamu diam, kamu sakit
ke?”
“Hah, takde la nenek, Fatia okey.”
Senyuman dibibir cuba dimaniskan.
“So, apa pendapa kamu?” Puan Karmila
masih mennti jawapan.
“Rayyan tu…..dia baik, dia layan
Fatia dengan baik.” Fatia cuba mengatur ayat, menipu lagi nampaknya, tak kan
nak capak dia layan aku macam perempuan murah, siap tudung aku takde maruah,
tak pasal-pasal mengamuk nenek dekat sini. Tapi kalau aku tak cakap perkara
sebenar sekarang, bila lagi nak nak cakap, dah tak sanggup rasanya nak menipu,
memuji si Rayyan macam malaikat padahal perangai sebenar macam hantu jembalang.
Rayyan bersiap
secepat mungkin, janjinya dengan nenek perlu dikotakan, kerana terpaksa melayan
sepupunya yang baru muncul itu, dia terlupa yang hari ini dia sudah berjanji
dengan nenek untuk keluar menemani neneknya shopping.
Rayyan hanya mengenakan baju tshirt lengan pendek dan berseluar jeans, dia
melihat penampilannya seketika di cermin, dah berpuas hati baru dia keluar dari
biliknya. Pernampilan harus dijaga, walaupun keluar dengan nenek.
“Mummy, Rayyan keluar jumpa nenek.”
Rayyan menegur mummynya yang berada di taman dengan Haikal dan daddynya yang
sedang berbual mesra.
“Jumpa nenek dekat mana, rumah nenek
ke?” Aziah bertanya kembali.
“Tak, jumpa kat luar.” Rayyan
mejawab sambil mencapai tangan mummynya dan daddynya untuk bersalam. Tangan
turut dihulukan kepada Haikal walaupun tidak ikhlas.
“Nanti kirim salam dekat nenek.”
Rayyan hanya mengangguk, langkahnya
laju diatur ke kereta. Enjin dihidupkan dan kereta dipecut laju, jam ditangan
di jeling sejenak, tinggal lima minit lagi, memang tak akan sampai pada waktu
yang dijanjikan, tambah-tambah lagi jalan raya yang jam pada hujung minggu
macam ni.
Rayyan
meletakkan keretanya di tempat parking
yang telah disediakan, nasib senang nak cari parking, kalau tak memang makin lambat lagi. Dia melangkah laju,
tangan kanan dibawa ke poket lalu telefon dikeluarkan, neneknya mula dihubungi.
“Hello, nenek dekat mana, Rayyan dah
sampai ni.”
“Okey
nek.” Talian diputuskan, langkahnya laju menuju ke tempat yang disebut oleh
neneknya tadi.
“Nenek.” Rayyan menyapa mesra.
Puan Karmila berpaling bila namanya
diseru, Fatia yang berdiri di sebelah nenek turut berpaling, mulutnya mula
terlopong.
“Kenapa lambat.” Puan Karmila
menghulurkan tangan, macam biasa, cucunya yang sopan itu menyambut tangan
neneknya untuk bersalam.
“Sorry
nek, ada tetamu tadi dekat rumah.” Rayyan menjawab sambil matanya memerhati
gadis di sebelah neneknya.
“Awak pun ada sekali, kenapa tak
cakap awal-awal?” Rayyan menegur ramah, bahasa pun bukan main sopan.
Fatia senyum tayang gigi, nasib
depan nenek, kalau belakang nenek dah lama aku maki hamun kau, pasal hari tu
pun aku belum puas hati lagi, sedap-sedap kau je blah macam tu lepas kau tuduh
aku bukan-bukan. Sekarang siap bahasakan awak saya lagi, kalau dulu aku kau je,
memang hipokrit betul mamat ni.
“Nenek yang ajak Fatia, nak buat surprise.” Puan Karmila menjawab bagi
pihak Fatia.
Fatia masih senyum, memang menjadi surprise nenek.
“Baguslah
nenek bawa Fatia sama, Rayyan susuh betul nak jumpa dia nek, asyik busy je.” Rayyan menambah ceria, kononya
rindu nak jumpa Fatia.
“Itulah, Fatia pun satu, asyik sibuk
dengan kerja, sampai nenek suruh Rayyan bawa datang rumah nenek pun susah.”
Puan Karmila menyambung lagi.
Fatia makin panas, mamat ni memang
suka buat-buat cerita betul, bila masa dia ajak aku pergi rumah nenek, aduh,
kenapalah aku dipertemukan dengan orang macam Rayyan ni.
“Jom kita makan dulu, perut dah
kenyang baru kita shopping.” Nenek
mula mengatur langkah, tangan Fatia ditarik supaya berjalan di sebelah
kanannya. Manakala Rayyan pula berjalan di sebelah kiri neneknya.
“Nenek dah tak sabar nak tengok kamu
berdua naik pelamin, nak tunggu apa lagi, nanti lambat-lambat tak sempat nenek
nak tengok.”
Fatia yang tengah mengunyah mee
bandung terbatuk kecil, tersedak bila mendengar ayat nenek tadi. Dia diam,
mukanya ditunduk dari tadi, berat rasanya nak diangkat, lagipun dia memang
takde jawapan untuk soalan nenek itu.
“Rayyan tak kisah nek, bila-bila pun
boleh, lagi cepat lagi bagus.” Rayyan menjawab sambil tersenyum memandang
neneknya.
“Nenek tahu, kamu memang tak pernah
nak membantah apa yang nenek cakap.”
Fatia mengangkat mukanya, matanya
merenung Rayyan macam nak telan, tapi sempat lagi senyum dekat nenek yang duduk
di sebelahnya. Kenapa dengan mamat ni, kalau ia pun nak ambil hati nenek, tak payah
la bagi jawapan macam tu, aduh, apa aku nak jawab ni.
“Fatia macam mana?” Puan Karmila
menyoalnya pula.
“Hmm…” Fatia garu kepala, otaknya masih
tak mampu untuk mencipta jawapan yang sesuai.
“Itulah, Rayyan dah bincang dengan
Fatia nek, tapi Fatia macam tak bersedia lagi, maklumlah dia kan baru je dapat
kerja dekat KL ni, nak tumpu pada kerjaya dulu la tu.” Rayyan menjawab bagi
pihak Fatia, lambat sangat nak buka mulut.
Fatia yang mendengar memandang
Rayyan tak puas hati. Pandai betul kau cipta alasan kan, biar nenek kau ingat
aku yang tak nak kan, nanti apa-apa jadi senang la kau nak salahkan aku, banyak
cantik muka kau.
Fatia senyum lagi, mukanya panas
walaupun cafe tersebut dilengkapi dengan aircond.
Dia mengipas mukanya dengan tangan, tisu dicapai lalu mukanya dilap perlahan.
“Fatia, kalau kahwin pun Fatia boleh
tumpu pada kerjaya juga, siapa cakap wanita yang dah berkahwin tak akan berjaya
dalam kerjaya, Fatia tengok zaman sekarang ni, dah ramai wanita yang berjaya
walaupun sibuk menguruskan keluarga.” Puan Karmila mula memberi syarahan
pendek.
“Bukan macam tu nek, Fatia pun dah
bersedia untuk jadi isteri Rayyan, tapi sekarang ni keadaan tak mengizinkan la
nek, maklumlah Fatia tak boleh langkah bendul, Kak Long tak kahwin lagi. Kalau
boleh mak Fatia nak tengok Kak Long yang kahwin dulu.” Fatia mencipta alasan,
nama maknya turut dibabit sama, mak, ampunkan anakmu ni yang terpaksa menipu, siap
guna nama mak lagi.
Rayyan tayang muka tak percaya, biar
betul, minah ni dan bersedia nak kahwin, apasal la dia bagi jawapan macam tu,
dah kemarut sangat agaknya, habislah, kalau nenek paksa kahwin macam mana,
aduh, rosak program.
Fatia senyum mengejek, kau ingat kau
seorang je nak jaga nama baik, aku pun mesti jaga nama baik juga, nama baik aku
lagi penting la, padan muka kau, tahu takut, muka dah gelabah gila tu.
“Kalau macam tu, biar nenek bincang
dengan mak kamu, dalam islam mana ada langkah bendul ni, tu semua adat orang
dulu-dulu sahaja.” Puan Karmila memberi ideanya yang bernas.
“Takpe nek, biar Fatia yang pujuk
mak, mana tahu mak setuju nanti.” Fatia senyum, mati kalau bagi nenek bincang
dengan mak, dah la mak tak tahu apa-apa, tak pasal-pasal pecah rahsia aku.
“Okeylah
kalau macam tu.” Puan Karmila mencapai air, kering tekaknya duk berbual dengan
cucunya dan bakal cucunya itu.
“Nenek ke bilik air sekejap, lepas
ni kita pergi shopping.” Puan Karmila
bangun perlahan.
“Nenek nak Fatia temankan?” Fatia
bertanya sopan sambil tersenyum.
“Tak apa, Fatia berbual la dengan
Rayyan, kamu berdua pun susah nak berjumpa kan.”
Fatia mengaguk, muka Rayyan
dipandang sekilas.
“Bila nak pulangkan cincin?” Rayyan
bertanya bila kelibat nenek hilang dari pandangan.
“Kenapa? Kau takut kena kahwin paksa
ke, hahaha.” Fatia gelak ceria, geli hati pula bila melihat muka Rayyan yang
gelisah tadi.
“Mana cincin?” Rayyan brtanya lagi,
gurauan Fatia sedikit pun tak kelakar.
Fatia melihat jari manisnya, memang
tiada cincin di jari itu, nasib baik nenek tak perasan, kalau tidak mesti kalut
dia nak mencari alasan.
“Entah, aku rasa macam dah buang.”
Fatia menjawab selamba.
“Kau buang?”
“A’ah, malas nak simpan.” Fatia
masih selamba.
“Kau ni sewel ke apa, ke kau memang
kempunan nak kahwin dengan aku, memang kau ni jenis perempuan tak tahu malu
ke?” Rayyan mula mengeluarkan kata-kata yang agak keras.
“Amboi cantiknya bahasa kau, tadi
kalau depan nenek buka main kau susun ayat, berbudi bahasa konon, aku pecahkan tembelang kau baru kau tahu.” Fatia
mula mengugut, kini dia dah dapat mengagak rentah permainan Rayyan yang
sebenar.
“Kalau pun kau pecahkan rahsia yang
sebenar, aku akan pastikan nenek tak salahkan aku, nenek akan salahkan kau.”
Rayyan senyum sinis.
“We
will see Yusof.” Fatia menjawab laju.
“Apa kau panggil aku?” Rayyan
membulatkan matanya.
“Yusof.” Fatia menjawab selamba,
sikit pun tak takut dengan renungan Rayyan yang macam nak menerkam dirinya.
Rayyan tahan nafas, bengang sunguh
dengan gelagat Fatia itu, nasib la mereka keluar dengan nenek, kalau tak memang
dah lama dia buka gelangang tinju dengan Fatia. Tapi dia bukan jenis lelaki
dayus, pukul perempuan.
“Kau jangan nak memandai panggil aku
macam tu.”
“Suka hati akulah, mulut aku, biar
kau tu sedar diri sikit, kau tu melayu, jangan nak berangan mat saleh sangat,
mata sepet, hidung pun tak mancung, ada hati nak jadi mak saleh, piiirrah.”
Fatia senyum mengejek, saja nak memanaskan hati Rayyan.
Rayyan diam, nafasnya dikawal, kalau
dulu dia paling tak suka kawan-kawannya memanggil dia Yusof, macam nama orang
kampung, panggilan Rayyan lagi sesuai dengan dirinya, baru nampak macam jejaka
kegilaan ramai.
“Sekali lagi kau panggil aku macam
tu siap kau.”
“Kenapa, nak mengadu dekat nenek,
pergilah cakap kat nenek.” Fatia gelak lagi, kelakar sungguh bila dilihat muka
Rayyan saat itu.
“Apa yang ceria sangat tu.” Puan
Karmila menegur.
Fatia terdiam tiba-tiba, tapi
sisa-sisa ketawa masih ada di bibirnya.
“Takde lah nek, Rayyan ni suka buat
lawak.”
“Rayyan memang macam tu, ada sahaja
cerita yang nak buat kita ketawa.” Puan Karmila menyambung, turut tersenyum
bahagia melihat mereka berdua.
“Jomlah kita, nanti lambat shopping lambat pula siap nanti.” Nenek
mula bangun, Fatia dan Rayyan turut bangun, melangkah seiringan dengan
neneknya, tapi muka Rayyan kelat sedikit, masih bengang kerana diketawakan oleh
Fatia tadi kut.
Langkah Puan Karmila diatur ke
gedung kain ternama, Fatia dan Rayyan hanya menurut. Puan Karmila mula membuat
pilihan, deretan kain chiffon yang tersusun mula disentuh dengan jejarinya,
mungkin ingin merasa kelembutan material itu.
“Yang ni cantik kan Fatia.” Kain di
tangan di angkat, ditunjukkan kepada bakal cucunya.
“Cantik nek.” Fatia menjawab ikhlas,
memang pilihan nenek amat cantik, kainnya juga lembut, sesuai dengan harganya
yang memang mahal. Kalau dia tak mungkin dia beli, masuk ke kedai tu pun memang
tak mungkin. Tapi nenek nak buat apa beli kain macam tu, warna putih pulak tu,
nak buat baju raya ke, tapi raya lambat lagi kan.
“Kamu suka? Cantik ni dengan kamu,
sesuai sangat nenek rasa, lepas ni cari kain alas pula, nanti nenek suruh designer nenek jahitkan lace, manik,
lepas tu letak Swarovski diamond,
mesti cantik, nanti kita singgah butik dia, kamu pilih je nak design macam mana.”
Fatia mula tayang muka terkejut,
sesuai dengan aku? Nenek nak belanja aku ke, tapi aku nak pakai pergi majlis
apa baju lawa macam ni, tak kan nak pakai pergi pejabat kut, memang tak sesuai.
“Jom kita cari kain untuk baju
melayu Rayyan pula, warna yang sedondong dengan baju kamu tu.” Puan Karmila
mula mengatur langkah, mengikut langkah jurujual yang melayan mereka dari tadi.
Fatia mula pucat, dia mula dapat
mengagak apa yang bakal berlaku, apa nak buat ni, nampaknya nenek dah mula membuat persiapan untuk
majlis perkahwinannya, kain untuk baju angkat nikahnya sudah dibeli oleh nenek.
Fatia menoleh ke arah Rayyan yang
masih memilih kain baju melayu, mamat ni sedar ke tidak apa yang dia buat,
bukan main ceria dia memilih kain dengan nenek. Aduh menyesal aku setuju nak
temankan nenek shopping.
Rayyan memandang ke arah Fatia, dia
tersenyum sinis melihat muka Fatia yang agak keruh dah pucat, takut la tu,
padam muka kau.
Bab 11
Rayyan melangkah
masuk ke kondominiumnya, malas rasanya mahu pulang ke rumah keluarganya di
Putrajaya. Selepas menemani neneknya membeli-belah tadi, dia terus ke sini,
malas nak berlengah-lengah lagi, penat kakinya mengikut rentak nenek, dia
perlukan rehat, otaknya perlu berkerja keras untuk menjalankan misi.
Dia duduk di sofa, remote TV dicapai
lalu ditekan. Otaknya mula mengatur plan B, kalau dulu plan A berjalan seperti
yang dirancang tapi sejak bertemu dengan Fatia tadi dia mula gelisah, takut
kalau minah tu membuka rahsianya, lagipun minah tu bukan boleh buat main, tak pasal-pasal
dia pula yang kena main dengan Fatia.
Rayyan baring si sofa, dia memandang
ke sekeliling kondominiumnya yang masih kosong, yang ada cuma sofa tiga kusyen,
televisyen dan meja kecil. Di bilik utama pula ada set bilik tidur, manakala
bilik-bilik yang lain masih kosong. Di dapur hanya ada peti sejuk, dapur gas
pun tak ada, maklumlah, nak buat apa beli dapur gas, bukan dia nak memasak pun.
Kondominium itu adalah pemberian
neneknya tahun lepas semperna ulang tahunya yang ke dua puluh tujuh. Dibeli cash oleh nenek untuknya, nak suruh beli
sekali dengan perabot nanti nampak sangat, nanti apa pula kata mummy.
Dari kecil sampailah sekarang memang
nenek yang manjadi mangsanya, apa sahaja yang diinginkan akan disampaikan
kepada nenek, nenek pun apa lagi, cucu kesayangan kan, diberi semua yang
cucunya mahu.
Di
zaman universitinya dulu nenek dah menghadiahkannya sebuah kereta, supaya
senang untuk ke kelas, tapi sekarang kereta tu dah dijual, kerana ingin membayar
wang pendahuluan kereta barunya sekarang dan nenek turut memberi sumbangan
tambahan untuk wang pendahuluan supaya bayaran bulanan kereta barunya itu tidak
terlalu mahal. Kalau ikutkan hatinya ingin sahaja dia memujuk nenek supaya
membeli cash keretanya itu tapi bila
di lihat dari gaya daddy yang tak berapa setuju, dia membatalkan sahaja niatnya
itu.
Bukan
apa, daddy lebih suka anaknya berdikari, bukan memujuk rayu nenek kalau mahukan
sesuatu, kalau zaman kecil-kecil dulu bolehlah.
Alah,
kalau dia minta pun bukan harta orang lain, harta neneknya juga. Siapa lagi
yang nak habiskan harta nenek kalau bukan dirinya.
Otaknya masih ligat berfikir,
kalaulah Fatia menceritakan perihal sebenar kepada neneknya, habislah dia,
silap-silap kondominium ni pun neneknya tarik balik, boleh jatuh miskin sekelip
mata.
Rayyan melakah ke dapur, peti sejuk
dibuka, air mineral diambil lalu diteguk rakus. Dia kembali semula ke ruang
tamu dan kaki diatur ke beranda kondominiumnya. Dari situ dapat dilihat
permandangan bandar raya Kuala Lumpur yang hampir senja, matahari kian jatuh,
malam akan menjelma.
Rayyan
melihat jam di tangan kirinya, hampir pukul tujuh malam, solat asar pun belum
lagi, asyik duk memikirkan masa depan sampai terlupa tentang tanggungjawabnya
yang belum tertunai. Dia melangkah masuk lalu menuju ke biliknya. Walaupun
perangai macam kasanova tapi solat tetap dilaksanakan, itu yang diajar sejak
dia kecil lagi.
Fatia membuka
laci meja soleknya, segala isi dikeluarkan tapi apa yang dicari masih tidak
ditemui. Dia menggaru kepala, cuba mengingati kembali di mana dia campak cincin
pertunangannya. Kejadian selepas dia direject
kembali bermain di minda, dia cuba untuk mengingati kembali peristiwa itu.
Sampai
je dekat rumah aku terus masuk ke bilik, tak singgah pun kat dapur atau ruang
tamu, masuk je bilik aku terus ke bilik air untuk mandi.
Fatia melangkah ke bilik air,
matanya melilau ke sekeliling bilik airnya, dia menuju ke arah rak barang
mandinya, dibelek satu persatu tapi masih tak jumpa. Dia melangkah pula ke arah
mangkut tandasnya, tak kan aku campak cincin ni kat dalam lubang jamban kut,
ish tak mungkinlah, kecewa macam mana sekali pun aku tak kan buat kerja tak
berfaedah macam tu, dari campak kat lubang jamban baik aku campak kat pajak
gadai, ada juga income lebih.
Dia kembali ke biliknya, leguh
kakinya berjalan ke kiri dan kanan, bilik pula dah bersepah macam tokang pecah.
Habislah aku kali ni, mesti mamat tu minta ganti rugi, itulah siapa suruh cakap
dah buang cincin, kan dah hilang betul-betul.
Fatia duduk di katil, macam mana nak
pulangkan cincin pada nenek kalau dah hilang, aduh, ada saja masalah.
“Kau kenapa, bilik bersepah semacam
je ni?” Munirah bertanya, hairan melihat bilik kawannya itu.
“Irah, berapa ek harga cincin
berlian?” Fatia bertanya perlahan, gaya macam kecewa gila.
“Kau kenapa tanya harga cincin
berlian pula?” Soalan dijawab soalan, Munirah tayang muka musykil.
“Kalau lima ratus cukup tak?” Fatia
tanya lagi, suara dah tak bermaya, maklumlah tengah berkira duit yang akan
terbang sekejap lagi.
“Cincin berlian apa lima ratus,
kalau lima ribu ada la.”
“Lima ribu?” Fatia tayang muka
terkejut, suaranya terkuat tiba-tiba.
Fatia bangun, mula tak senang duduk,
lima ribu, mana nak cari, dalam bank pun dia ada tiga ratus sahaja, itupun
untuk bekalan kalau-kalau dia terdesak nanti. Tak kan nak pinjam dengan Munirah
pula.
“Kau ni kenapa sebenarnya,
malam-malam macam ni duk fikir nak beli cincin berlian, tak cukup lagi ke
cincin yang kau ada?” Munirah makin tak faham dengan perangai Fatia.
“Aku terpaksa.” Fatia buat ayat
kesian dan redha.
“Hah, terpaksa, siapa yang paksa kau
beli cincin berlian pula?”
“Yusof.” Fatia duduk semula di
katil, mukanya sungguh tak bermaya.
“Yusof?” Munirah makin musykil, tak
pernah pula dengar Fatia sebut tentang Yusof sebelum ni, pakwe baru ke, kalau
ya pun pakwe baru tak kan terus minta cincin berlian, mata duitan ke apa mamat
tu, lelaki pun nak jadi pisau cukur ke.
“Aku kena ganti balik cincin yang
dah hilang tu, kalau tak mesti dia ingat aku nak sangat jadi tunang dia, tapi
cincin tu dah hilang, macam mana aku nak pulangkan.”
“Wait,
cincin pertunangan kau dengan Rayyan ke?” Munirah bertanya laju, tapi apa
kaitan dengan Yusof.
“Yalah, dengan siapa lagi aku
bertunang, dengan mamat sengal tu sorang je kan.”
“Habis apa kaitan dengan Yusof?”
Munirah tanya lagi.
“Mestilah ada kaitan, kau ni kenapa
banyak sangat tanya, dah la aku tengah pening ni, cincin tu dah hilang, lepas
ni terpaksalah aku bawak bekal pergi pejabat selama lima bulan.”
“Cincin tu kan ada dengan aku.”
Munirah menjawab selamba.
“Hah, ada dengan kau, betul ni, kau
tak main-main?” Fatia bangun semula, matanya bersinar-sinar, selamat duit gaji.
“Yalah, kau juga yang bagi cincin tu
kat aku lepas kau kena reject hari
tu, kau dah lupa ke?” Munirah duduk di katil Fatia, majalah yang bersepah di
lantai diambil lalu diselak.
Fatia diam, berfikir untuk seketika,
mengimbau kembali peristiwa petang itu, selepas masuk ke dalam kereta Munirah,
cincin di jaris manisnya terus dibuka, ia, dia mula ingat.
“Kenapa kau tak cakap awal-awal, kau
tengok bilik aku ni, penat tau aku cari cincin tu.” Fatia bercekak pinggang,
nak salahkan Munirah pula.
“Dah kau tak tanya.”
“Lega hati aku, nasib ada kau, kalau
tak memang terbang duit aku.” Fatia duduk di katil lalu memeluk kawannya itu,
muka ceria mula ditayangkan, kalau tadi muka macam baru mati laki.
“Itulah, nasib ada aku.” Munirah
sengih, mula nak bangga diri la tu.
Fatia turut sengih, lega hatinya,
kejap lagi boleh tidur dengan nyenyak. Tapi tak berapa nak nyenyak juga, selagi
dia tak pulangkan cincin itu, selagi itu dia tak tenteram.
Tapi
macam mana nak pulangkan, nak cakap apa kat nenek, aduhai, apa nak buat ni,
kalau cerita perkara yang sebenar macam mana, tapi mesti aku juga yang
disalahkan nanti sebab berkomplok sekali dengan Rayyan. Entah-entah Rayyan reka
cerita versi lain pula, kononya dia yang jadi mangsa, habis tercemar nama baik
Mak Kiah kat kampung nanti.
Bab 12
Rayyan
melangkah menuju ke mejanya, hari ini dia tiba agak lewat di pejabat.
Maklumlah, semalam dia tidur di kondominiumnya, pagi-pagi macam ni dari KL ke
Cyberjaya memang ambil masa yang agak lama, traffic
jamlah katakan.
“Hai, lambat hari ni.” Hafizi menegur
ceria, dia sudah siap untuk memulakan tugasnya.
“Hmm.” Rayyan menjawab perlahan,
macam tak bermaya je bunyinya.
“Kau kenapa, ada masalah ke
pagi-pagi macam ni?” Hafizi mula perasan perubahan kawanya itu.
“Takdelah.” Rayyan duduk di
kerusinya, kamputer dibuka, kerja-kerja yang tersusun di atas meja diteliti
satu persatu.
“Okey.”
Hafizi senyum, malas nak memaksa Rayyan menceritakan masalahnya itu.
Rayyan diam tanpa sepatah kata,
Hafizi pun diam tanpa sebarang cerita. Hari ini hanya mereka berdua sahaja yang
ada di bilik itu, Fuad dan Shamsul keluar etah ke mana, ada temu janji dengan client kut.
Rayyan termenung tiba-tiba,
tangannya dibawa ke dagu, matanya masih di skrin komputer tapi fikirannya entah
ke mana. Plan B masih tidak dapat difikirkan, dia mengeluh perlahan. Hafizi
yang kusyuk dengan kerjanya berpaling, keluhan dari mulut Rayyan tadi
membuatkan dia tertanya-tanya, mulalah tu nak siasat.
“Bro,
kau kenapa, ada masalah ke?”
“Fatia.” Rayyan menyebut nama bekas
tunangnya dengan perasaan geram.
“Kenapa dengan dia.”
“Berani dia ugut nak pecahkan plan
aku pada nenek.” Rayyan menambah lagi kini penumbuknya digenggam.
“Ya ke, habis macam mana, musnah
harapan kau nanti, segala saham-saham, tanah ladang, rumah-rumah banglo yang
nenek kau ada satu pun kau tak kan dapat nanti.” Hafizi bangun, dia melangkah
ke meja Rayyan lalu duduk di situ.
“Kau jangan nak cakap yang
bukan-bukan, tak kan sampai macam tu sekali, aku kan cucu kesayangan dia.”
Rayyan cuba menenangkan hatinya, kalau betul apa yang dikatakan oleh Hafizi
tadi, memang malang nasib dia.
“Alah, anak sendiri pun dia boleh
buang.” Hafizi menambah lagi.
Rayyan terdiam seketika, neneknya
memang pantang kalau kata-katanya dibantah dan tidak dituruti, kalau putih
katanya maka putih la jawapannya. Hati Rayyan makin risau, ingatkan bercerita
dengan Hafizi boleh kurangkan masalah, ni makin tambah adalah.
“Senang-senang kau kahwin je dengan
Fatia, habis cerita.” Hafizi sengih.
“Senang kau cakap, itu bukan habis
cerita, memanjangkan cerita namanya.” Rayyan bangun, melangkah ke tepi dinding
cermin, permandangan di luar pejabatnya dipandang sepi, langsung tak dapat
menarik perhatiannya ketika itu.
“Apa pula, kira okey apa cadangan aku ni, harta nenek kau dapat, Fatia pun kau
dapat.” Hafizi masih dengan cadangan yang tak berapa bernasnya itu.
“Lepas tu aku nak buat apa dengan
Fatia, gantung kat dinding buat hiasan?” Rayyan menjawab laju, geram dengan
Hafizi.
“Apa pula gantung kat dinding, kau
ni, itu pun aku nak kena ajar ke, buat la apa yang patut.” Hafizi sengih gatal.
“Kau ingat aku gelojoh macam kau,
pantang dapat perempuan semua jadi.” Rayyan duduk semula di kerusinya, Hafizi
di pandang tak puas hati.
“Kau ni, gelojoh-gelojoh aku pun
mana pernah aku ambil kesempatan lebih-lebih, setakat pegang tangan je, yang
lain aku tak buat.”
Hafizi bangun lalu melangkah ke
tempatnya, muka Rayyan dipandang sambil tersengih-sengih. Tak dapat dibayangkan
kalau kawannya itu kena kahwin dengan Fatia, ramailah gadis-gadis yang kecewa
nanti.
Kerja yang ditinggalkan seketika
tadi disambung semula, dari duk fikir masalah Rayyan lebih baik dia siapkan
kerja, kejap lagi dia perlu membuat perbentangan di depan bosnya, kalau tak
siap kerja kan tak pasal-pasal dia yang dapat masalah nanti.
Fatia mencapai
telefon bimbitnya, kali ini dah tiga kali dia menerima pesanan ringkas dari
seseorang. Bila di tanya siapa nama, tak pula diberitahu, ni mesti ada yang nak
main-main dengannya.
‘Busy
ke?’
Pesanan ke empat yang baru
diterimanya dibaca dengan malas, dia meletakkan kembali telefonnya di meja,
malas nak membalas, buat habis kredit je.
‘Sorry
lah kalau saya menggangu awak.’
Pesanan ke lima pula yang masuk,
Fatia mencebit bibir, dah tahu menggangu tak payah la nak hantar SMS.
‘Okeylah,
saya message awak malam ni, bye.’
Fatia garu kepala, siapalah gerangan
yang nak mengacau dia saat-saat ni, dah orang tak reply, tak payah la nak hantar message
lagi.
“Tak nak balik ke.” Munirah yang
berdiri dari tadi di sebelah meja Fatia menegur.
“Aik, bila kau masuk?” Fatia sengih,
asyik duk baca message sampai tak
perasan minah tu duk berdiri di situ.
“Dah lama, kau tu yang dari tadi duk
pegang telefon, apa yang kau tengok tu.” Munirah tayang muka busy body.
“Takdelah, mak aku hantar SMS.”
Fatia senyum, nama mak lagi dia guna untuk menipu.
“Mak kau hantar SMS, pandai dia guna
telefon bimbit.” Munirah tayang muka musykil.
“Itulah, adik aku yang ajar kut.”
Fatia tayang gigi, mejanya mula dikemas dan kaki di atur ke muka pintu.
“Bye
Shima, aku balik dulu.” Fatia melambai mesra, Shima yang masih dengan kerjanya
turut melambai.
“Okey,
nanti kirim salam dekat Yusof.” Shima menjawab sambil tersengih.
Munirah yang berjalan di belakang
makin musykil, Yusof mana pula ni, hari tu Fatia ada sebut nama Yusof, sekarang
ni Shima pula, ada apa-apa yang dia tak tahu ke.
“Kejap-kejap.” Munirah berdiri
tengak di depan Fatia, menghalang kawannya dari melangkah.
“Kenapa?”
“Siapa Yusof?” Munirah mula menyoal
siasat.
“Kenapa?”
“Siapa Yusof?”
“Dah kenapa dengan kau ni, tanya
soalan pelik macam tu?” Fatia mencekak pinggang.
“Aku tanya siapa Yusof, pelik ke
soalan aku tu?” Munirah masih tak puas hati. “Pakwe baru kau ek?”
“Banyak la pakwe baru, tak ingin aku
nak buat pakwe orang macam tu.”
Munirah garu dahinya. “Dah tu siapa
Yusuf?”
“Ya Allah kau ni, Yusof pun tak
kenal ke?”
Yusof, kawan universiti ke? Macam
takde je yang nama Yusof, kawan pejabat pun takde, yang mana satu ni.
“Siapa?”
Munirah dah hilang sabar.
“Bekas tunang aku la, kau ni kenapa,
dah hilang ingatan.”
Bekas tunang? Tunang yang mana satu,
berapa kali minah ni bertunang.
“Bukan bekas tunang kau tu namanya
Rayyan ke?” Munirah tayang muka tak faham.
“La, kau ni, Rayyan tu Yusof la, kan
nama dia Mohd Rayyan Yusof.” Fatia menjawab selamba.
“La, kenapa tak cakap awal-awal,
buat penat otak aku je berfikir, mamat tu rupanya.”
Fatia membuka langkahnya semula,
Munirah yang berdiri di depannya ditolak perlahan supaya ke tepi sedikit.
“Tapi kenapa kau panggil dia Yusof?”
Munirah masih ingin menyoal siasat.
“Biar dia tu sedar diri sikit,
lagipun nama Yusof lagi sesuai dengan dia.” Fatia sengih, langkahnya berhenti
di sebelah kereta Munirah, bersiap sedia untuk masuk.
“O…”. Munirah mengangguk perlahan,
dah faham agaknya.
Fatia mula melangkah masuk ke dalam
kereta, penat bekerja seharian untuk mencari sesuap nasi, sedih sungguh ayat.
Dah bekerja ni baru dia rasa macam mana susahnya nak cari duit, macam mana
susahnya Mak Kiah cari duit membesarkan mereka berempat.
Fatia merenung
telefon bimbitnya, dah banyak message
yang masuk, tapi satu pun tak dibalasnya. Bukan apa, mana tahu ada yang nak
mainkan dirinya, nanti kalau layan kan dia sendiri yang terkena, baik tak payah
layan.
‘Sorry
lah kalau saya menganggu awak, saya takde niat jahat pun, just nak berkenalan.’
Pesanan yang entah ke berapa dibaca
sambil menggaru kepala, nak balas ke tak ek, Fatia baring di katil bujangnya.
Telefon dicapai, SMS tadi dibaca
semula, tangannya mula menekan keypad
telefonnya, kalau betul ada yang nak berkenalan, apa salahnya, hehe.
‘Mana awak dapat number telefon
saya?’
Fatia membalas, itu yang menjadi
tanda tanya sebenarnya.
‘Itu tak penting, yang penting awak
sudi berkawan dengan saya.’
Pesanan rinkasnya dibalas dalam masa
10 saat.
‘Tapi bagi saya itu penting.’
Fatia bangun, keluar dari biliknya
dan terus ke sofa, tapi telefon masih di tangannya.
‘Okey, saya ambil dari seseorang,
tapi saya tak boleh bagitahu siapa orangnya, lagipun saya just nak berkawan dengan awak, itupun kalau awak sudi.’
Fatia mencebit
bibir, mamat mana la pula ni nak berkenalan dengan aku. Takut nak melayan
lebih-lebih, zaman sekarang ni bahaya sikit, kalau tersalah layan merana diri
nanti.
Entah-entah
mamat ni nak perangkap aku, enah-entah bapak ayam, nak cari mangsa terbaru,
ish, takut aku.
Fatia meletakkan telefonnya di atas
meja, dia melangkah ke bilik Munirah. Bosan duduk sorang-sorang, kalau dapat
berbual dan bergosip pun best juga.
Dia mengetuk pintu bilik Munirah
perlahan, dua tiga kali di ketuk, masih tiada jawapan, dah tidur ke minah ni
letik sangat nampaknya bekerja, maklumlah pegawai permasaran kan, asyik ke hulu
ke hilir jumpa client.
Fatia melangkah malas ke sofa, nak
buka TV macam malas pula. Dia masuk semula ke biliknya, mencapai laptop lalu
dibuka. Layan twitterpun okey juga
ni, dari duk termenung macam baru mati suami.
Bunyi deringan telefon bimbitnya
yang menandakan ada SMS yang baru diterima mengejutkan dirinya yang sedang syok
melihat gambar-gambar terbaru kawan-kawannya. Dia mencapai telefon, SMS dibuka
lalu dibaca.
‘Tak layak ke saya nak berkawan
dengan awak.’
Fatia gigit bibir, mesti mamat ni
ingat aku sombang, alah biar la dia, bukan aku kenal pun. Tapi betul ke yang
hantar SMS ni mamat, entah-entah minah kut. Tapi ada ke perempuan nak
berkenalan dengan perempuan, siap hantar SMS macam ni.
‘Bukan macam tu, saya tak nak layan
orang yang saya tak kenal, bukan apa, sekarang ni banyak kes-kes yang terjadi,
mana tahu awak ni bapak ayam yang nak cari anak ayam terbaru.’
Fatia membalas laju, berterus terang
lagi senang, dari duk tertanya-tanya, buat sakit kepala je.
‘Hish awak ni, saya bukan orang
macam tu.’
Fatia diam, berfikir apa yang perlu
dia balas.
‘Habis awak orang macam mana, dah
takde kerja lain ke selain berkenalan dengan orang.’
‘Saya sama je dengan orang lain yang
awak kenal, saja nak tambah kenalan, tak salah kan.’
Fatia termangun seketika di depan
telefonnya, kalau duk SMS macam ni habis la kredit aku, tak layan kan nanti dia
cakap aku sombong pulak, kalau layan kan budget
aku pula yang lari, asyik kena topup
je nanti.
‘Apa kata awak add saya kat yahoo messenger
jer.’
Fatia
memberi cadangan, lagi okey rasanya,
lagipun semua kenalan yang selalu berchating
dengannya di YM tak pernah dikenalinya, sekadar ingin berkongsi minat dan
cerita tertentu sahaja, tak pernah di ajak berbual di telefon atau berjumpa di
luar.
‘Okey,
your email address please.’
Fatia senyum, selamat kredit aku.
Bab 13
Rayyan membawa
keretanya ke selekoh kiri, ditekan minyak sekuat hati, tapi masih dapat dikawal
keretanya. Hafizi yang duduk di sebelah Rayyan mula pelik, aik, ni bukan jalan
nak pergi mall yang mereka janjikan, ke Rayyan salah jalan, entah-entah ada
jalan short cutkut, lagi cepat
sampai.
Hafizi hanya diam berfikir, tapi
bila dilihat Rayyan mula membawa keretanya ke kawasan perumah elit di bandar
Kuala Lumpur itu, dia makin musykil, nak nak pergi mana sebenarnya ni.
“Kau kenapa, nak pergi mana?”
Rayyan diam, hatinya makin tak
tenteram, SMS yang dihantar oleh adiknya tadi membuatkan dia mengelabah tak
tentu arah.
“Oit, kau nak pergi mana, kita kan
nak pergi main boling.” Hafizi
menambah lagi.
“Tak jadi, aku ada hal lain.”
“Hah, apasal pula, kita kan dah
janji denga Inara dan Tisya, tak kan nak biar diorang tunggu pulak.” Hafizi
tayang muka tak setuju, mana boleh biarkan Inara tertunggu-tunggu, nanti
merajuk lagi, dah la susah nak pujuk, habis la, gaduh lagi la lepas ni.
“Kau jangan buat hal Rayyan, aku dah
janji dengan Inara, kau pun dah janji dengan Tisya kan.” Hafizi cuba
berdiplomasi.
“Hal aku ni lebih penting, antara
hidup dan mati.” Rayyan menjawab laju.
Hafizi tayang muka terkejut, antara
hidup dan mati, kenapa pulak, apa yang dah jadi.
“Kalau ya pun antara hidup dan mati,
tak payah la bawak kereta laju-laju, aku tak nak mati lagi.” Hafizi menegur,
mula risau dengan kelajuan kereta Rayyan.
Rayyan cuba mengawal perasaan,
keretanya diperlahankan.
Haikal kaku di
sofa, mata yang merenungnya saat ini benar-benar mendebarkan hatinya. Takut
memikirkan penerimaan terhadap dirinya. Mana tahu kejap lagi dia akan dihalau
keluar, datang tanpa diundang kan, mungkin tuan rumah masih tidak bersedia
menerimanya.
“Mak, inilah anak sulung Azizah,
Haikal namanya.” Aziah membuka bicara, semua yang ada hanya diam dari tadi.
Renungan nenek masih tepat di wajah
Haikal, semua yang ada mula kecut perut, Raisya yang duduk di sebelah mummynya
mula tak sedap hati, memang dah tahu dengan perangai neneknya yang sedikit baran.
Aziah memandang anaknya di sebelah,
hatinya mula berdebar-debar. Kalau bukan dia yang berkeras ingin membawa Haikal
berjumpa neneknya, pasti situasi sebegini tak akan berlaku. Niatnya hanya satu,
menyatukan semula keluarganya yang dah lama terpisah.
“Mari duduk sini.” Puan Karmila mula
berbicara, matanya masih merenung wajah Haikal.
Haikal bangun perlahan, kakinya
diatur ke arah neneknya lalu duduk seperti yang diarahkan.
Nenek membawa tangannya ke wajah
Haikal, agak lama wajah itu diusap, mungkin mahu melepaskan rasa rindu.
“Assalamualaikum.”
Rayyan memberi salam, semua yang ada
memandang ke arahnya sekilas lalu berpaling semula ke arah nenek dan Haikal,
drama yang baru start ni lebih
penting daripada Rayyan.
Rayyan masuk lalu duduk di kerusi yang
agak jauh ke belakang, Hafizi turut duduk walaupun tidak dijemput.
“Wajah kamu mirip seseorang.” Puan
Karmila menyambung bicaranya, kedatangan Rayyan juga tidak dapat menarik
perhatiannya.
Haikal tersenyum, itu dia sudah
tahu, gambar arwah datuknya masih ada dalam simpanan ibu, malah Mak Longnya
turut memberitahu perkara yang sama.
Aziah menarik nafas lega, emaknya
sudah dapat menerima kehadiran Haikal, mungkin emaknya sudah melupakan apa yang
berlaku dulu. Mungkin nanti dia akan berjumpa kembali dengan adiknya, berbual
mesra di rumah ini seperti dua puluh lapan tahun dulu.
“Pergi kamu dari
sini, anak tak sedar diri, malukan aku depan semua orang.” Puan Karmila
mencampak beg yang berisi baju-baju dah barang anaknya, bila diketahui anaknya
itu sudah pulang, dia tidak menunggu lama lagi, suaminya juga tidak dapat
menahan amarahnya itu.
“Mak, maafkan Zizah, Zizah dah tak
ada cara lain, Zizah tak nak kahwin dengan dia mak.” Tangisan Azizan mula
kedengaran, air mata mula laju membasahi pipi.
“Kamu memang anak yang tak tahu
malu, lebih baik kau keluar dari rumah ni, jangan kau berani balik ke sini
lagi, mulai hari ni, aku tak ada anak bernama Azizah lagi, bagi aku, kau dah
mati.” Puah Karmila bersuara kuat, seisi rumah boleh mendengar buti bicaranya
yang jelas itu. Tangan yang dari tadi memukul Azizah kini sudah berhenti
apabila dihalang oleh suaminya.
“Kemana Zizah nak pergi mak,” Azizah
masih ingin mencuba meraih simpati maknya itu. Dia tahu, semua yang berlaku
memang salahnya tadi dia tak menyangka sejauh ini yang akan berlaku, dihalau
oleh keluarga sendiri.
“Sudah, aku tak nak dengar lagi
suara kau, pergi kau dari sini.” Pun Karmila melangkah masuk, meninggalkan
anaknya menangis sedih.
Azizah mengangkat mukanya, memandang
ke arah kakaknya, mengharapkan simpati dari kakaknya itu tapi pandangannya
hanya dibalas dengan pandangan tanpa sebarang ucapan.
Dia memandang ke arah ayahnya pula,
ayahnya hanya memandang dengan penuh simpati, tapi apakan daya, kalau dipujuk
rayu isterinya itu pun belum tentu anaknya Azizah akan diterima kembali,
sememangnya dia tahu sangat perangai isterinya itu.
Azizah mula mengatur langkah, beg
yang dicampak oleh maknya diambil. Dia sudah tidak diterima di rumah itu lagi,
apa lagi yang dia tunggu, mengharapka simati dari maknya, tak mungkin maknya
itu berubah pendirian, memang dia tahu perangai maknya itu.
Aziah tersentak,
mula kembali ke alam nyata, memorinya
tadi mengimbas kembali apa yang berlaku, di rumah inilah Azizah dihalau keluar,
barang-barangnya Azizah habis dicampak oleh emaknya, ayahnya pula tidak dapat
berbuat apa-apa, hanya mampu menahan isterinya itu dari terus memukul dan
memaki hamun anak bongsunya itu.
Aziah yang ketika itu sedang berbadan
dua hanya mampu terdiam di sebelah suaminya, takut untuk campur tangan. Dia
hanya mampu menangis dan melihat adiknya melangkah pergi seorang diri.
Selepas kejadian itu, mereka
terputus hubungan, Azizah tidak lagi menghubungi dirinya dan ayahnya. Ketika
kematian ayahnya juga Azizah tidak pulang, mungkin dia tidak tahu atau mungkin
masih berjauh hati dengan perbuatan emaknya itu.
Aziah turut merasa kesal, dia tidak
pernah berusaha untuk mencari adiknya, bukan dia tidak rindu tapi amaran
emaknya itu amat ditakuti, kalau dia ingkar, mungkin di juga akan menerima
nasib yang sama.
“Berapa umur kamu?”
“26 nek.” Haikal menjawab sopan.
“O, kamu kerja di mana?”
“Haikal kerja dekat AU Holding,
sebagai jurutera.”
“Dekat je dengan rumah nenek ni,
Haikal tinggal dekat mana, duduk saja dengan nenek”. Puan Karmila makin ramah,
mungkin dan jatuh sayang kepada cucunya itu.
“Haikal menyewa dengan kawan-kawan.”
Rayyan yang menjadi pemerhati dari
tadi mula tak senang duduk, kedudukannya dalam carta hati nenek nampaknya mula
goyah, mungkin dah jatuh ke anak tangga nombor dua.
“Siapa mamat tu?” Hafizi yang
menjadi penonton masih tidak faham jalan cerita, maklumlah sampai-sampai je
tadi cerita dah start.
“Cucu terbaru nenek aku.” Rayyan
menjawab perlahan, takut yang lain turut mendengar.
Hafizi tayang muka terkejut. “Nenek
kau ambil cucu angkat ke?”
“Banyak la kau cucu angkat, ni anak
Mak Su aku yang kena halau dulu.” Rayyan menjawab selamba, tapi suara masih
perlahan, biar Hafizi seorang je yang dengar.
“O, jejak kasih la ni.” Hafizi
mengangguk, tanda faham.
“Arwah datuk Haikal dulu nak sangat
anak lelaki, nak suruh jadi jurutera katanya, alih-alih cucunya yang jadi
jurutera, kalau datuk masih ada, tentu dia bangga dengan Haikal.” Puan Karmila
menyambung sambil memegang tangan cucunya itu.
Hafizi mengangkat tangan kirinya,
dia menggosok belakang badan Rayyan perlahan, cuba untuk meredakan hati Rayyan
saat itu. Macam tahu-tahu hati kawannya saat itu tidak tenteram, maklumlah,
kawan sejati katakan.
Rayyan diam di
kerusi, Hafizi turut diam, tak tahu apa yang perlu diperkatakan. Kalau dilihat
daripada situasi di rumah nenek Rayyan tadi, memang makin terjejas kedudukan
kawan baiknya itu, nampak gayanya cita-cita kawan baiknya itu sukar untuk
dicapai sekarang.
Hafizi menggaru dagunya, matanya
melirik ke arah Rayyan yang duduk termenung dari tadi, kesian kawan aku ni,
rosak semua plan.
“So?”
Hafizi mula membuka mulut.
“What?”
Rayyan tayang muka takde mood.
“Yalah, macam mana sekarang ni, apa
kau nak buat?”
“Buat bodah jelah.” Rayyan menjawab
geram.
Hafizi mencebit bibirnya, suasana kedai
makan yang tenang memberi ruang untuknya berfikir cara untuk mengatasi masalah
kawannya itu.
“Takkan nak buat bodoh kut, kau tak
tengok ke tadi, muka mamat tu seiras dengan dengan datuk kau, kalau nenek
tengok muka dia hari-hari boleh terubat rindu, kat situ kau dah kurang satu
markah. Kerja pula sebagai jurutera, pekerjaan yang datuk kau suka, lagi
kuranglah markah kau, sekarang ni mamat tu dah dapat dua markah, kau masih
kosong tau. Tempat dia kerja pula dekat dengan rumah nenek, hari-hari dia boleh
balik rumah nenek kau, lagi senang dia nak ambil hati nenek, dah tu tadi nenek
siap offer dia suruh duduk dekat
situ, makin kurang la peluang kau.” Hafizi mula mengeluarkan teorinya yang tak
seberapa.
“Dah
tu kau nak aku buat plastic surgery
supaya muka aku sama dengan datuk, pergi belajar balik dekat universiti sebab
nak jadi jurutera, macam tu?” Rayyan menjawab geram.
“Takde
la sampai ke situ, aku cakap macam tu sebab aku nak kau cari apa yang ada pada
kau yang dapat menarik minat nenek supaya dia lebih utamakan kau, bukannya
pergi buat benda yang bukan-bukan.” Hafizi menggeleng kepalanya, apalah Rayyan
ni, belajar tinggi-tinggi pun bengap juga.
Rayyan
diam, berfikir sejenak, betul juga cakap Hafizi ni, kali ini memang boleh
diterima cadangan dari si Hafizi ni, tapi apa yang aku ada? mungkin sifat dan
kelakuan aku yang sentiasa mendengar cakap nenek boleh digunakan untuk menarik
perhatian nenek, aku kan cucunya yang paling baik.
Rayyan
mencapai gelas yang masih berisi penuh dengan air dan dibawa ke mulutnya,
otaknya masih ligak berputar, plan C perlu dilaksanakan. Plan C? plan B pun
entah ke mana, aduh, masalah kalau macam ni.
“Aku
rasa, kau kena bertindak, kau kena tarik perhatian nenek supaya dia sentiasa
fokus dekat kau je.” Hafizi bersuara lagi.
“Aku
tahu la, tapi aku tengah fikir ni nak buat apa.”
“Aku
ada satu idea yang bernas.” Hafizi sengih.
Rayyan
tayan muka teruja, ingin tahu apa idea bernas kawannya itu.
“Fatia.”
Hafizi sengih tayang gigi.
Rayyan
tayang muka tak berapa nak faham, apa kena mengena pula dengan minah tu.
“Kau
kena ingat, Fatia adalah pilihan nenek kau, kalau kau dapat ambil hati Fatia,
selalu bawa dia jumpa nenek, tayang dekat nenek yang kau suka dengan pilihan
dia, baru naik saham kau dalam hati nenek.” Hafizi sengih lagi tapi macam
serius je cara percakapannya tadi.
“Kau
gila ke apa, tak ingin aku nak ambil hati minah macam tu, kau takde idea lain
ke, kalau boleh yang takde kaitan dengan Fatia.” Rayyan tak setuju, dah la aku
dengan dia tak seteru, kau suruh aku ambil hati dia, lepas tu bawa jumpa nenek,
pura-pura mesra, ish, tak nak aku.
“Habis
kau ada ke idea yang lebih bernas?” Hafizi menyoal sambil memeluk tubuh.
Rayyan
mula menggaru kepala yang tak gatal, buat masa ni memang takde, tapi dia akan
fikirkan idea yang lebih bernas nanti, yang takde kaitan dengan minah tu.
Fatia mengadap
laptopnya dari tadi, kerja tu dah menjadi rutin harianya, setiap malam dia akan
memerap di dalam bilik, keluar pun sekejap je, pergi ke dapur, singgah kat
ruang tamu kejap, lepas tu hilang terus.
Fatia senyum lagi, skrin laptopnya
direnung tak berkelip.
Idaman : Awak selalu ke layan YM?
Lollipop : Takde la sangat,
kadang-kadang je.
Idaman : O, mesti ramai kawan-kawan chatting awak kan?
Lollipop : Ada lah sikit, tapi semua
yang saya tak kenal, itu yang tak berapa nak layan.
Idaman : Kenapa, takut ke?
Lollipop : Bukan takut, tapi
berhati-hati, sekarang ni banyak kes.
Idaman : O, awak tak takut ke layan
saya ni, kita kan tak kenal.
Lollipop : Takut juga, mana tahu
awak perogol bersiri ke.
Fatia senyum, niatnya hanya
bergurau, lagipun dia bukan nak berkenalan sampai ke alam nyata, dekat YM je,
kalau Idaman ajak dia keluar atau jumpa kat mana-mana, tak payah la setuju.
Fatia menunggu balasan dari Idaman, lambat pula reply, ke dia terasa dengan ayat aku ni.
Fatia menyandarkan badanya di
kerusi, Idaman adalah mamat yang menghantar message
kepadanya beberapa hari lepas, selepas mereka bertukar alamat email, mereka
sering berbual-bual di YM, bertanya khabar dan bekongsi cerita, tapi
cerita-cerita biasa jelah, bukan cerita yang peribadi.
Mana mamat ni, tak kan dah outkut, tapi ada lagi ni nama dia kat
sini.
“O, ini kerja kau selama ni, patut
asyik memerap je dalam bilik.” Munirah menegur, matanya masih di skrin laptop,
cuba untuk membaca perbualan antara Lollipop dan Idaman.
“Oit apa ni, jangan la menyibuk.”
Fatia cuba menutup skrin laptopnya mengunakan tangan, cuba menyembunyikan
rahsianya daripada Munirah.
“Lollipop dengan Idaman la pula,
siapa Idaman ni?” Munirah masih nak menyibuk, kalau Lollipop memang dia kenal,
dari dulu Fatia menggunakan nama samaran itu dalam akaun YM.
“Kawan YM aku la, siapa lagi.” Fatia
menjawab laju.
“Apa la kau ni Tia, orang sekarang
dah tak layan YM ni, sekarang orang pakai whatsApp
je, senang, kat mana-mana pun boleh, janji ada line.” Munirah mula membuka iphone nya, menunjukkan kecanggihan
iphonenya kepada Fatia.
“Yalah, kau pakai iphone, aku
telefon nokia je, mana boleh nak whatsApp
semua tu.” Fatia buat ayat sedih.
“Alah kau tu yang kedekut, selagi
telefon kau tu tak rosak, selagi tu la kau akan pakai, telefon canggih sekarang
bukannya mahal pun, Samsung sekarang ada yang harga tiga ratus, dah boleh guna whatsApp, senang nanti, apa-apa aku
boleh WhatsApp je kau.” Munirah cuba
memujuk, mana tahu kali ini Fatia bersetuju nak beli telefon baru, telefon
nokia itu pun dah lama dia pakai, semasa masuk universiti lagi.
“Takpe lah, selagi telefon aku ni
berbunyi, selagi tu aku pakai, tiga ratus pun banyak tu, boleh simpan beli
benda lain yang lebih penting, lagipun kalau guna telefon canggih nanti kena
pakai internet lagi, bertambah la budget aku nanti.” Fatia mula membuat
kira-kira.
Munirah geleng kepala, tahu sangat
sifat berjimat cermat Fatia, tapi betul juga kata Fatia, tiga ratus tu banyak
juga, boleh beli benda lain, setakat telefon apa yang penting sangat, setakat
nak berhubung SMS pun boleh.
“Kau kenal ke Idaman ni siapa?”
Munirah mengubah topik.
“Tak.” Fatia sengih, aduh, ni mesti
kena ceramah free nanti.
“Tak kenal, kau layan orang yang kau
tak kenal, kau jangan cari pasal, dah takde kawan dekat alam nyata sampai kena
cari dekat alam maya?” Munirah duduk di sebelah Fatia, matanya kini diarahkan
ke muka Fatia, menanti jawapan dari mulut kawannya itu.
“Alah, aku layan kat YM jer, bukan
sampai nak keluar jumpa pun.”
“Yalah tu, kau jangan nak cari
pasal, zaman sekarang ni dah banyak yang kena, mula-mula berkenalan kat YM,
lepas tu ajak jumpa kat luar, lepas tu jadi kes rogol, culik dan macam-macam
lagilah.” Munirah menyambung kembali ceramahnya.
“Kau ni, aku tahu la, aku tak kan
keluar dengan orang yang aku tak kenal.” Fatia bersuara serius, cuba
menyakinkan kawannya itu.
“Yang kau tiba-tiba layan YM ni
kenapa, bukan ke dah lama kau tak buat kerja ni?”
“Emm, saje je, bosan tak tau nak
buat apa, tu yang aku layan ni.” Tak kan nak cakap sebab nak chattingdengan Idaman, nanti panjang
lagi la soalan Munirah.
“Idaman tu apa nama betul dia,
kenapalah kena letak nama-nama macam tu, letak nama betul kan senang, kau pun
sama, Lollipop la konon.” Munirah menyambung lagi, dia paling tak suka berchatting, tambah-tambah dengan orang
yang dia tak kenal, buang masa saja.
“Emm, entah, aku tak pernah tanya.”
Fatia garu kepala yang tak gatal, asyik garu kepala je, ada kutu kut minah ni.
“Habis apa yang kau duk bercerita tiap-tiap
malam kalau nama pun kau tak tanya.”
Fatia sengih, itulah, tak pernah
pula dia tanya nama sebenar Idaman, alah biar jelah, lagipun bukan penting pun.
“Kita orang bual-bual kosong je, tak
penting pun.”
Munirah tayang muka tak percaya,
matanya masih memandang muka Fatia.
“Betul, aku tak cakap benda
bukan-bukan la, kau jangan risau, aku tahu batas-batas perbualan aku dengan
Idaman.”
Munirah bangun, menuju ke pintu
dengan langkah yang perlahan, dia berpaling semula sambil tersenyum.
“Aku tak kisah kau nak berchatting dengan siapa, janji kau pandai
jaga diri, lagipun ramai juga yang bertemu jodoh dekat YM ni, mana tahu jodoh
kau dengan Idaman.”
“Ke situ pula kau, tadi bukan main
bagi nasihat kat aku.” Fatia turut tersenyum, bercinta dengan Idaman, ish,
masih jauh semua itu, lagipun mereka tak pernah berbicara tentang perasaan
setakat ni, dia pun tak pernah nak layan feeling
lebih-lebih dengan idaman, belum tiba masanya lagi.
Fatia kembali menatap skrin
laptopnya, YM yang diminimize kerana
gangguan Munirah tadi dibuka semula. Alah, dah out pula mamat ni, tak sempat nak ucap good night.
Bab 14
Munirah masih
membelek baju-baju yang tergantung, kalau dia beli baju ni maknanya dah tiga
helai baju dia borong, kasut tak beli lagi, seluar tak cari lagi, memang tak
menang tangan nak bawa bungkusannya nanti, alah takpe, Fatia kan ada, boleh la
dia tolong bawa.
Fatia geli hati melihat gelagat
kawannya itu, macam tak pernah shopping,
kalau boleh semua kedai dia nak masuk. Mentang-mentang baru dapat gaji, semua
dia rembat.
“Kau nak beli apa lagi?” Fatia
membuka mulut, kalau ikutkan sangat si Munirah ni, sampai shopping mall ni tutup pun dia belum selesai shopping.
“Alah, kejap la, tak kan dah nak
balik, kau dah siap beli barang ke?”
Fatia mengangguk laju, lagipun dia
bukan kaki shopping sangat, beli apa
yang perlu dan mampu sahaja, dia perlu berjimat, nak bayar itu, nak bayar ini,
nak bagi dekat Mak Kiah kat kampung lagi, nanti nak makan lagi, kalau
dikira-kira memang sikit sahaja yang tinggal untuk simpanannya. Kalau diikutkan
sangat nafsunya itu memang habis duit gaji sebulan, silap-silap kena berhutang
dengan Munirah.
“Tak kan beli kasut je?” Munirah
bertanya sambil melihat bungkusan di tangan Fatia.
“Aku tak mampu, lainlah kau.”
“Alah, buat ayat sedih la pulak.”
Munirah menarik tangan Fatia, menuju ke arah seluaryang tersusun.
“Fatia kau tengok yang tu, cantik
kan?” Munirah teruja, matanya masih terkaku pada seluar yang tergantung.
Fatia geleng kepala, matanya
diarahkan ke tempat yang ditunjukkan oleh Munirah, erm minah ni, tadi nak beli blouse, sekarang nampak seluar nak beli
seluar pulak, tahu la gaji kau banyak, takpe, kau tunggu aku naik gaji nanti,
satu kedai aku beli, Fatia meregus geram, kakinya sudah penat berjalan.
“Cantik kan.” Munirah mula membuka
langkah, mencapai seluar yang telah memukau pandangannya matanya tadi.
“Alamak.” Fatia tayang muka
terkejut, kakinya kaku, matanya masih terpaku.
“Munirah, kau cakap nak beli satu
lagi blouse kan, kat sana tu
cantik-cantik, jom kita tengok.” Fatia cepat-cepat menarik tangan kawannya itu,
cuba untuk menyembunyikan apa yang dia nampak.
“Mana?”
“Tu yang kat sana?”
Fatia menoleh ke arah tadi semula,
gayanya macam ingin menyiasat, badannya berselindung di sebalik patung wanita
yang lengkap berpakaian, dia kini terhendap-hendap di sebalik patung.
Rayyan hanya
mengikut rentak Julia, sudah dua minggu janji temunya dengan Julia ditunda,
tapi kali ini dia tidak menolak apabila dia diajak keluar, bukan apa, takut
merajuk lagi, susah pula nak memujuknya. Lagipun hari ini jadualnya tidak
terisi, Tisya pun tidak menghubunginya, kalau tidak mungkin sekarang dia dengan
Tisya, gadis itu lebih pandai mengambil hatinya berbanding Julia.
“Sayang, cantik tak baju ni.” Julia
bertanya manja, baju ditangan mula digayakan di badannya.
“Cantik.” Rayyan menjawab dengan
aksi ceria. Inilah tugasnya kalau keluar dengan gadis-gadis mata duitan, kalau
boleh satu mall dia nak beli tapi dia tak kisah, kalau kedekut nak melabur
jangan jadi kasanova. Lagipun duitnya banyak, setakat keluar shopping macam ni
tak luak pun.
“Kalau yang ni?”
“Sayang, kalau dengan you apa-apa
pun cantik.” Rayyan senyum, ayat kasanova mula keluar.
Julia tersenyum malu bila di puji
cantik, terasa bagai dunia dia yang punya. Kali ini dia ingin mengikis duit
Rayyan, sudah berapa kali dia cuba untuk mnegajak Rayyan keluar tapi asyik di
tolak sahaja, tapi kali ini dia Berjaya, peluang yang ada tidak mungkin
dilepaskan.
Lagipun dia tahu, Rayyan tak pernah
serius tentang hubungan mereka, entah apa statusnya dengan Rayyan dia sendiri
tidak tahu. Tapi itu tak penting, selagi Rayyan sudi melabur untuknya, selagi
tu dia akan melekat dengan Rayyan, tapi kalau Rayyan dah berubah hati, dia
tidak kisah sangat, cari sahaja yang lain.
“Okey,
I ambik yang ni jelah, sayang lepas ni I nak cari kasut, boleh kan.” Julia
merenget manja.
“Kalau sayang nak beli satu mall pun
boleh, anything for you sayang.”
Julia tersenyum bahagia, jadi gadis
pisau cukur ni memang senang, boleh beli apa sahaja tanpa perlu keluarkan duit
sendiri, modalnya hanya perlu cantik dan manja sahaja.
Ish ish ish,
dulu anak mat saleh, sekarang anak kacukan cina pula, memang kasanova betul. Apalah
agaknya dia kelentong nenek kali ni, mesti dia cakap macam ni, nenek, Rayyan
tengah siapkan kerja sekarang ni, busy
sangat ni nek, huhu.
Tak
pun dia cakap macam ni dekat nenek dia,
nenek, Rayyan nak pergi masjid ni, nak solat berjemaah lepas tu ada qiamullail,
hahaha, hidup-hidup nenek kena tipu, Fatia gelak perlahan.
“Ni
ke yang cantik?” Munirah tayang muka confused.
Fatia
mengangguk tapi mata masih tertumpu kepada pasangan yang asyik bershoppingitu.
“Oit
Fatia, aku cari baju nak pakai pergi kerja, bukan baju nak pergi kelab dandut.”
Munirah cekap pinggang, apa kena dengan kawan aku ni, taste macam orang baru duduk bandar, kalau aku cakap orang kampung
marah pula.
Fatia
menoleh, tersengih bila memandang baju yang dipegang oleh Munirah, hehe, salah
tunjuk la pulak, kalau Munirah pakai baju macam ni pergi kerja memang confirm aku dah tak tumpang kereta dia,
aku lebih rela naik bas.
“Hehe,
dari jauh aku tengok nampak macam cantik.”
“Cantik
la sangat, berkelip-kelip macam ni, dah la warna striking, confirm orang nampak aku je kalau pakai baju ni.” Munirah
menjawab laju.
Fatia
sengih tayang gigi, matanya masih mengawal pasangan tadi, takut hilang dari
pandangan. Dia mula mencapai telefon bimbitnya lalu dikeluarkan, telefon tak
canggih pun still ada kamera, itu
yang penting, hehehe, siap la kau Rayyan, kali ini nasib kau dekat tangan aku.
Kamera
telefonnya dizoom, biar jelas sikit
muka Rayyan tu, gambar aksi romantik Rayyan dengan pasangan barunya dirakam,
ada gambar yang sedang ketawa, gambar sedang memilih baju, berjalan
rapat-rapat. Fatia sengih, padan muka kau nanti Rayyan.
“Kau
ambik gambar apa tu?” Munirah yang duk asyik membelek blouse menegur.
“Hah,
aku…ambik gambar baju tu.”
“Kenapa,
dah takde kerja?” Munirah tayang muka confused
lagi, apa kena dengan minah ni malam ni.
“Takde,
mana tahu bulan depan aku nak beli, nanti senang nak cari.” Fatia gigit bibir,
alasan yang diberi macam tak bernas jer.
“Kenapa
tak beli sekarang?”
“Tak
boleh, nanti lari budget.”
“Alah
setakat baju sehelai tak kan lari budget
kut, kalau kau nak kau boleh pinjam duit aku dulu.” Munirah mula menawarkan
diri untuk menolong, mana tahu kalau-kalau Fatia nak sangat beli baju tu.
“Ish,
tak payah la, bulan depan aku beli.” Fatia senyum, nak buat apa beli baju macam
tu, seksi semacam je, entah fesyen apa, nak pakai pergi mana, balik kampung?
Kan tak pasal-pasal Mak Kiah halau aku, tak mengaku aku ni anak dia, baru tahu.
“Suka
hati kaulah.”
Munirah
melangkah ke kaunter bayaran, ingin membayar blouse yang baru dipilih tadi. Fatia pula masih menoleh ke kiri dan
kanan, mencari tergetnya tadi, aik,
mana pula pasangan romantik tadi, dah hilang ke, nasib baik aku sempat ambil
gambar.
Bab 15
Haikal duduk di
taman mini, suasana ala-ala kampung menarik perhatiannya, siap ada air terjun
buatan lagi, memang cantik. Jika dia datang ke villa neneknya itu, pasti taman
ini menjadi tempat pilihannya.
Haikal termenung, fikirannya
melayang ke kampungnya di Melaka. Kisah dia yang sudah berjumpa dengan neneknya
tidak diberitahu kepada keluarganya, mungkin masa masih tidak sesuai. Lagi pula
nenek tidak pernah bertanya tentang ibunya, ayahnya dan adik-adiknya, dia pula
tidak berani nak menceritakan perihal mereka, takut nanti hubungan yang semakin
rapat ini kembali berjauhan.
“Sampai bila awak nak berahsia, mereka pun ada
hak untuk tahu.” Azizah menoleh, memandang ke arah suaminya yang tiba-tiba
bersuara. Mereka salalu duduk di beranda bersama, menikmati cahaya bulan dengan
angin kampung yang sejuk.
“Sampai bila awak nak rahsiakan,
mereka semua sudah besar panjang, mereka patut tahu.”
Azizah diam, dia mengerti apa yang
dimaksudkan oleh suaminya itu. Sudah beberapa kali ayat-ayat itu diutarakan
tapi reaksinya tetap sama, diam dan terus diam.
“Dah 28 tahun berlalu, awak masih
marahkan dia?”
Azizah masih diam. Marah? Masih
marahkan dia dengan maknya itu. Peristiwa itu sudah lama berlalu, perasaan
marah sudah lama hilang, yang ada hanya perasaan sayu dan rindu. Dia terlalu
rindukan kakaknya dan maknya tapi sampai ke saat ini, mereka berdua tak pernah
menghubunginya, kematiannya ayahnya juga hanya diberitahu oleh pembantu rumah
maknya dulu, itupun setelah seminggu ayahnya meninggal.
“Saya tak pernah marah dengan apa
yang berlalu, semuanya ada hikmah.” Azizah menjawab sayu.
“Haikal pun dah besar panjang, dia
perlu tahu cerita sebenar, mana tahu nanti dia boleh kenal siapa neneknya.”
Azizah mengangguk, tapi bolehkan
emaknya itu menerima anak-anaknya, kalau dia pun emaknya benci, mungkin
keturunannya pun mak dia tak sudi untuk terima.
“Saya takut dan saya tak mahu mereka
kenal siapa nenek mereka, itu lebih baik abang, saya tak nak apa yang saya
lalui terpaksa dilalui oleh anak-anak saya.” Azizah menjawab sayu.
“Mungkin dia dah berubah, tak
mungkin dia akan paksa anak-anak kita macam dia paksa awak dulu.”
“Abang tak tahu mak saya tu macam
mana, hatinya terlalu keras abang, semua yang dia hendak perlu dituruti.”
Matanya mula bergenang, nadanya mula berubah sebak.
“Abang tak paksa kamu cerita
sekarang, tapi sebelum abang tutup mata, abang nak anak-anak kita tahu kisah
awak yang sebenar, abang berasa bersalah setiap kali anak-anak kita bertanyakan
tentang keluarga awak.”
Azizah mengaangguk, dia belum
bersedia untuk bercerita, biar masa yang menentukan. Tapi apabila suaminya
berkata-kata seperti itu, dia mula takut, takut tak sempat untuk menceritakan
perkara yang sebenar, ajal maut di tangan tuhan, bila-bila masa sahaja kalau
ditakdirkan kita akan pergi mengadap Ilahi. Dia perlu mencari masa yang sesuai,
perkara sebenar perlu diperkatakan.
Haikal memandang
ke arah air terjun buatan, mindanya masih ligat melayang, mengimbas kembali
kejadian malam itu. Kalau tidak kerana dia mencuri dengar perbualan ayah dengan
ibunya tentang nenek, pasti dia tidak ada di sini.
Jika
dia tidak mencerobah mencari bukti di dalam almari ibunya, pasti dia tidak tahu
yang dia sebenarnya mempunyai nenek yang kaya raya. Gambar yang dijumpai di
dalam almari menjadi bukti, gambar ibunya dan mak long bersama nenek dan arwah
datuk. Di belakang gambar itu pula tertera alamat rumah nenek, makin senang la
dia menjejaki neneknya itu.
Kisah
sebenar tentang apa yang berlaku kepada ibunya juga sudah diketahui, menurut
mak long, ibunya lari dari rumah tiga hari sebelum hari perkahwinannya dengan
jejaka pilihan nenek. Seminggu selepas itu, ibunya pulang semula ke rumah tapi
belum sempat naik, nenek dah membaling semua barang ibu keluar, dihalau keluar
di tengah-tengah malam, entah apa nasib ibunya saat itu, dia sendiri tidak
dapat bayangkan.
“Awal
Haikal datang hari ni, selalu petang baru sampai?” Puan Karmila menegur sambil
duduk di sebelah cucunya itu.
“Saja
je nek, hari ni kerja tak banyak, selalu hari sabtu pun kena pergi pejabat.”
Haikal senyum memandang neneknya.
Sudah
menjadi rutinya, setiap minggu dia pasti datang berjumpa dengan neneknya,
kadang-kadang hari bekerja pun dia datang, singgah sekejap dan apabila malam
baru dia pulang. Jika dia malas pulang ke rumahnya, dia akan bermalam di rumah
nenek, dia pun dah ada bilik sendiri di rumah itu, kira dah setaraf dengan
Rayyan la.
“Haikal
ni asyik fikirkan pasal kerja je, sama dengan Rayyan tu, asyik sibuk dengan
kerja.”
Haikal
senyum lagi, sepupunya itu seperti tidak suka dengan kehadirannya, bercakap pun
sepatah dua kata sahaja. Kalau tak ditegur jangan harap Rayyan nak buka mulut.
“Rayyan
pun dah lama tak datang, sibuk sungguh dengan kerja agaknya, nasib ada Haikal,
kalau tak memang bosan nenek, Mak Semah la yang jadi tempat nenek berbual.”
Puan Karmila menyambung ceria, Mak Semah merupakan pembantu rumah nenek, dah
lama dia bekerja dengan nenek, dah masuk 30 tahun agaknya.
“Haikal
tengok ni.” Album gambar yang dibawa bersama ditunjukkan kepada Haikal.
“Ini
gambar-gambar pertunangan Rayyan, Rayyan tu memang cucu yang baik, selalu
dengar kata, sampaikan hal jodoh pun dia serahkan pada nenek, inilah tunang
Rayyan, Fatia namanya, cantik kan.” Puan Karmila bersuara teruja.
Haikal
diam memerhati, reaksi wajahnya cuba dikawal, album gambar yang tebal itu diselak
satu persatu, wajah gadis pilihan nenek itu direnung lama, memang cantik, tapi
macam tak sesuai je dengan Rayyan tu, ya memang tak sesuai.
“Nenek
tak sabar nak tunggu majlis mereka nanti.”
Haikal
senyum, hanya mendengar bicara nenek, sesekali dia mengagguk, mukanya
diceriakan, seolah-olah teruja dengan cerita-cerita nenek.
Rayyan
memberhentikan keretanya di depan pintu pagar villa neneknya, hajat di hati
ingin melawat neneknya tapi disebabkan dah ternampak kereta Haikal tersadai di
situ, niatnya mula goyah. Rasa meluat mula menguasai diri, dah la Haikal parking kereta kat tempat parkingnya, makin marah la hati,
sekarang kau rampas tempat parking
aku, nanti apa pula kau nak rampas dari aku, harta nenek agaknya.
Rayyan kaku di dalam keretanya, tak
tahu nak ke mana, dah la dia terpaksa membatalkan semua jadual temu janji
dengan awek-aweknya sebab nak temankan nenek, sampai-sampai je dah ada orang
lain yang temankan, buang masa betul.
“Rayyan, kenapa tak masuk?” Mak
semah berdiri di pintu pagar, dari tadi dia lihat kereta Rayyan di situ, nak
kata pintu pagar masih tertutup tak juga, dari tadi pintu pagar tu ternganga
luas.
“Hmm, nak masuk la ni.”
Rayyan meletakkan keretanya di
sebelah kereta Haikal, dia mencebit bibir, kalau dah dengan Haikal dia menyampah,
dengan kereta Haikal pun dia tak suka. Perangai macam budak-budak betul.
Dia melangkah ke ruang tamu, tiada
sesiapa di situ, dia duduk lalu remote
TV dicapai, malas nak ke belakang, nanti ternampak je muka Haikal boleh kena
sakit jantung.
“Rayyan, bila kamu sampai?” Puan
Karmila menegur ramah, tak sangka cucunya yang seorang lagi ni datang ke
rumahnya.
“Baru je nek.”
Rayyan memandang susuk tubuh yang
berjalan di belakang neneknya, dia senyum hambar, kan kalau buat tak tahu je
nanti apa pula kata nenek.
Haikal menghulurkan tangan untuk
bersalam, Rayyan menyambut dengan malas.
“Lama tak datang.” Haikal mula
berbahasa.
“Sibuk sikit.”
Haikal mengangguk perlahan, tengok
gaya Rayyan menjawab pun dia dah tahu Rayyan tak suka berbual pangang denganya,
kalau orang tak suka, dia pun tak ingin. Haikal mengalihkan pandangannya ke
arah siaran di kaca TV, buat-buat fokus melayan cerita.
Rayyan pun sama, matanya masih
diarah ke kaca TV, tapi hatinya dari tadi duk mengutuk si Haikal. Nenek yang
duduk di sebelah Rayyan turut memandang ke arah TV, cerita apa yang ditonton
oleh cucu-cucunya itu sampai begitu kusyuk, best
sangat la kut cerita tu.
Bab 16
Munirah mengemas
bilik kosong rumahnya, tadi disapu sekarang dimop pula, kejap lagi entah apa
yang dia nak buat. Kalau dulu bilik tu adalah bilik stor sahaja, semua barang
yang dia tak mahu semua dibuang ke situ, sekarang tarpaksalah dia buang kesemua
barang-barang itu ke tempat yang sepatutnya, iaitu tong sampah.
Bilik yang penuh dengan barang
terpakai tadi sudah kosong dan bersih, berkat usaha Munirah yang dari pagi duk
menyental segala kotoran yang ada.
“Kau buat apa ni?” Fatia yang tengah
menguap sambil bercakap menegur, tak senonoh betul perangai, dengan rambut
kusut masai, nampak sangat baru bangun.
“Tak nampak ke?” batang mop di
tangan ditunjukkan kepada Fatia.
“Ya lah, kenapa tiba-tiba rajin pula
ni?”
“Nadira kan nak pindah sini.”
“Ya ke, bila?” Fatia teruja, hilang
terus rasa ngantuk yang masih bersisa tadi.
“Itulah kau, asyik duk memerap dalam
bilik, sampai kawan baik sendiri nak pindah sini pun kau tak tahu.” Munirah
melangkah ke dapur, mop dibasuh lalu diletakkan di dalam bilik mandi.
“Dah kau tak cakap, macam mana aku
nak tahu?” Fatia turut melangkah, mengikut kawannya itu sampai ke bilik mandi.
“Macam mana aku nak cakap, balik
kerja je kau terus masuk dalam bilik, duk mengadap si Idaman tu.”
“Hello, malam je ke kau nampak muka
aku, pagi-pagi tak boleh cakap ke?” Fatia tayang muka tak puas hati, saja nak
salahkan dia dengan Idaman.
“Hehe, ya tak ya juga, tapi
pagi-pagi aku selalu lupa, malam baru ingat balik?” Munirah sengih, tadi dia
yanga nak kenakan Fatia, alih-alih dia yang terkena.
“Kenapa, kau ada masalah hilang akal
ke sekarang, mari aku bawa pergi klinik.” Fatia turut tersengih.
“Bukan hilang akal la, hilang
ingatan, kau ni, yang tu pun tak tahu beza.” Munirah menegur laju, patang kalau
orang mengata dia hilang akal, macam mengata dia gila je.
“Hehe, hilang ingatan la maksud aku
tadi.”
“Dah, tak payah nak susah-susah bawa
aku pergi klinik, tolong aku bawa barang-barang ni keluar lagi bagus.” Munirah
kembali ke bilik yang baru dikemasnya tadi, alang-alang Fatia dah bangun, boleh
la suruh tolong kemas sekali.
Fatia duduk di
sofa, Munirah pula sibuk mengelap almari yang sedikit berhabuk. Fatia tayang
muka musykil, kenapa dengan minah ni, selalu tak la rajin macam ni, semua benda
dia kemaskan, macam nak menyambut tetamu terhormat la pula, padahal Nadira je
yang nak datang.
“Kau kenapa pandang aku macam tu?”
Munirah yang perasan dirinya dipandang pelik mula menegur.
“Takde la, aku musykil dengan kau
ni, dari tadi tak henti-henti duk mengemas, selalu nak pegang penyapu pun kau
malas.”
“Amboi sedapnya mulut kau, aku bukan
malas, tapi setiap kali aku nak menyapu, mesti kau dulu yang duk pegang penyapu
tu, tak kan aku nak rampas dari tangan kau pula, lagipun kau dah sapu separuh
rumah, orang tua cakap tak elok buat kerja berhenti separuh jalan.” Munirah
sengih, alasan yang bijak.
“Hmm, banyak la kau punya kerja
separuh jalan, kalau malas cakap je malas.” Fatia menjelir lidah, dah mula la
tu nak nak start aksi perang mulut.
“Itulah kau tak tahu, aku paling tak
suka rampas kerja orang, kau tengok sekarang ni, disebabkan kau bangun lambat,
aku yang sapu rumah, aku yang lap semua habuk, kau tak payah buat kerja, relaxje.” Munirah menyambung lagi.
“Hmm, yalah, kau memang rajin, aku
tahu, baju-baju aku masih kat dalam mesin basuh tu, nanti kau basuh dan sidai
sekali okey.” Fatia tayang gigi, entah dah gosok gigi ke belum ni.
“Amboi, kau ingat aku ni bibik kau
ke, sampai baju sendiri kau nak suruh aku basuh, banyak cantik muka kau.”
Fatia sengih, dia mula tayang muka
malu bila dipuji secara tak langsung oleh Munirah. “Takde la cantik sangat,
tapi boleh la tahan, kalau nak masuk dewi remaja pun boleh, silap-silap jadi
juara.”
“Kalau kau jadi juara memang silap
besar la tu.” Munirah melangkah ke sofa, penat mengelap habuk, sampai ke dalam
almari pun dia lap, memang rajin tahap dewa ni.
Fatia sengih, tak pernah terdetik di
hati pun nak masuk pertandingan dewi remaja, lagipun dia orang terima ke gadis
bertudung, tak pernah pun aku tengok ada yang bertudung, semua free hair.
“Pukul berapa Nadira sampai?” Fatia
bertanya sambil memandang Munirah yang menyandar di sofa, penat sungguh nampaknya,
itulah, tak pernah buat kerja rumah, macam ni la jadinya.
“Petang sikit kut.”
“Nanti kalau dia masuk rumah kita ni
pasti dia puji, mesti dia cakap kita ni rajin, tengok la rumah ni, bersih dan
bersinar.” Fatia bangun, memeriksa ruang tamu yang sudah bersih, mana tahu
kut-kut ada lagi habuk yang tertinggal.
“Apa kau cakap tadi, kita?” Munirah
turut bangun.
“Yalah, mesti dia cakap kita rajin.”
Fatia tayang muka tak bersalah.
“Hello, yang kemas tadi aku je, kau
tu baru bangun, lepas tu duduk kat sofa layan perasaan, bila masa kau join aku kemas rumah?” Munirah tak puas
hati, dia yang penat-penat tapi ada pula yang nak naik nama sekali.
“Aku ada tolong la tadi.”
“Tolong apa?” Munirah masih tayang
muka serius.
“Tolong tengok, hehe.” Fatia gelak kecik,
dia yang buat lawak dia yang gelak sendiri. Munirah yang menjadi pendengar mula
tayang muka geram, ada juga yang makan nasi dengan gusi hari ini.
Bab 17
Tetamu-tetamu
yang datang mula menajamu selera, masing-masing terpaksa membeli makanan
sendiri kerana tuan rumah tak sempat nak masak apa-apa pun, tak sempat ke
malas? Fatia membawa sudu yang penuh berisi nasi ke mulut, nasi goreng pataya
yang dibeli oleh tetamunya itu sungguh menyelerakan sekali, tambah-tambah kalau
makan free, memang terangkat
habislah.
“Kawasan ni okey ke, takde perkara yang menakutkan ke?” Nadira mula bersuara,
tadi setelah penat mengemas bilik barunya, dia terus ke dapur, ingat kan dah
ada terhidang makanan untuknya, rupanya hampeh, kedekut beras betul minah dua
orang ni.
Tapi setelah mendengar alasan-alasan
Munirah dan Fatia yang katanya tak sempat nak masak, sibuk mengemas bilik
untuknya, dia mula sengih, siap disuruh Dhia dan Marina yang datang bersamanya
tadi keluar membeli nasi untuk mereka berlima, dia yang belanja.
“Dekat sini okey je, takde kes-kes
yang menakutkan pun, lagipun kat depan tu ada masjid.” Munirah menjawab laju.
“Hah, masjid, apa kaitan pula dengan
masjid?” Nadira tayang muka tak faham.
“Yalah, rumah aku ni dekat dengan
masjid, jadi takde la kes makhluk halus yang menganggu.” Munirah menyambung
lagi, confident dengan jawapan yang
diberi tadi.
“Oit, aku tanya pasal makhluk yang
kita nampak, bukan makhluk halus, apa la kau ni, ke situ pula.” Nadira ketawa
perlahan, yang lain hanya sengih, nak ketawa juga sebenarnya tapi tak sanggup,
kesian Munirah, tak faham soalan.
“Makhluk yang kita nampak?” Munirah
tayang muka tak faham.
“Itulah, lain kali nak jawab tu
tanya la dulu, dengar soalan tu betul-betul, bukan main jawab je.” Fatia pula
mencelah.
“Kau ni kenapa, mesti terpengaruh
dengan cerita-cerita hantu ni.” Dhia sengih, memang dia tahu sangat si Munirah
tu suka melayan cerita hantu jepun dan korea, tapi tak payah la terbawa-bawa ke
dunia realiti.
“Aku tak faham la, kau tanya apa
tadi Nad?” Munirah garu kepala, dia mula tayang gigi, malu la tu.
“Aku tanya, dekat kawasan rumah kau
ni takde kes-kes menakutkan macam kes pecah rumah ke, samun ke, rogol ke, ada
faham?” Nadira mengulangi soalannya tadi, tapi dengan lebih detail.
“O, lain kali cakap la biar terang.”
Munirah sengih. “Takde la, kau jangan risau, kat sini gerenti selamat,
jiran-jiran pun baik semua, kan Tia.”
Fatia yang mendengar mula berfikir,
mana dia tahu jiran-jiran semua baik, sejak aku tinggal kat sini tak pernah pun
aku tengok dia bertegu sapa dengan jiran-jiran, semua buat hal masing-masing,
jiran kat sebelah rumah ni pun aku tak pernah jumpa lagi, mana aku tahu dia
baik ke tak.
“Hmm, betul la tu.” Fatia menjawab
malas, alah kira baik je la, lagipun tak baik bersangka buruk dengan
jiran-jiran.
Tisya cuba
mendail nombor telefon Rayyan, sudah berkali-kali dia cuba menelefon Rayyan
tapi semuanya tak diangkat. Susah betul nak berjumpa dengan Rayyan sekarang,
ada sahaja alasan yang diberi.
Tisya mencuba lagi, kali ni
panggilannya disambut oleh voice mail,
hatinya mula panas. Dia melangkah ke sofa, duduk di situ sambil menahan
perasaan marah. Kalau dulu jika diajak keluar, pasti Rayyan setuju dengan senang
hati, tapi sekarang susah betul nak nampak batang hidung.
Dia mencapai telefonnya semua,
nombor telefon Hafizi ditekan, mana tahu kalau-kalau Rayyan sekarang ni tengah
melepak dengan Hafizi.
“Rayyan ada dengan kau tak?” Tisya
bertanya sebaik sahaja talian disambung, tak sempat nak cakap hello.
“Kau ni, lain kali bagilah salam
dulu ke, ni main terjah je tanya soalan.” Hafizi di hujung talian menegur.
“Dia ada dengan kau tak?” Tisya
meregus geram, saat ini bukan masa untuk melayan lawak Hafizi.
“Takde.”
“Dia kat mana?” Tisya menyoal lagi,
tak puas hati dengan jawapan yang diterimanya tadi.
“Manalah aku tahu, kau ingat aku 24
jam berkepit dengan dia?” Hafizi tergelak di hujung talian, masih nak bergurau.
“Tak kan kau tak tahu dia kat mana,
kau kan selalu dengan dia, mesti kau tahu jadual dia kan?” Tisya mula mendesak.
“Cik Tisya oit, aku ni bukan PA dia,
aku tak hafal pun jadual dia, lagipun aku tak tinggal sebumbung, tidur sekatil
dengan dia, so aku tak tahu, dia pun
tak cakap kat aku dia nak pergi mana.” Panjang lebar Hafizi menjawab.
“Yalah, kau dekat mana ni, dengan
siapa?” Tisya mula reda.
“Aku dengan Inara.” Hafizi menjawab
sambil tersenyum bahagia, Inara yang dari tadi mendengar perbualannya dengan
Tisya turut tersenyum.
“O, ya ke, takpelah, enjoy you dinner.”
Tisya menghempaskan tubuhnya ke
sofa, sekarang Hafizi dengan Inara dah sangkut, dia dengan Rayyan pula entah
jadi entah tidak, tak pernah pula Rayyan berbicara tentang perasaan dengannya,
hanya dia yang asyik memberi hint
tentang perasaannya tapi Rayyan macam tak faham je.
Bab 18
Fatia mula
mengatur langkah, ingin menuju ke bahagian pemasaran yang agak jauh dari
bahagiannya. Dia melangkah masuk menuju ke arah meja Munirah, Fatia tayang muka
hampa, dari tadi dia menunggu Munirah, ingatkan minah tu lambat, rupa-rupanya
takde di pejabat, mana pula dia pergi, lain kali cakap la awal-awal, tak payah
la nak kena tunggu, membazir masa rehat aku je.
Fatia kembali ke bahagiannya, nak lunch dengan siapa la hari ni, dah la
cafe jauh, paling dekap pun lima belas minit baru sampai, itu kalau jalan kaki
la, kalau naik kereta lima minit dah sampai. Warung depan pejabatnya pun dah
tutup, pagi je buka, apa salahnya buka sampai malam, senang sikit aku nak
melantak.
Tapi tak kan aku nak jalan kaki,
dengan cuaca panas lagi, boleh basah ketiak. Ish, susah betul kalau takde
Munirah, macam mana nak makan ni, tak kan nak kena puasa pula hari ni. Fatia
duduk di kerusinya, susah-susah sangat aku beli je kereta, yang murah-murah je,
second hand pun jadilah, senang nak
gerak nanti, tak payah nak susahkan Munirah.
Tangannya mencapai tetikus lalu
digerakkan, layan YM pun okey juga ni, terisi juga masa rehat aku.
Fatia mula menjalankan kerja haram,
maklumlah di pejabat tak dibenarkan melayan mana-mana laman sosial, tapi
sekarang kan masa rehat, kira halal la sikit.
YM mula disign in, senarai kawan-kawanya yang online diperhati, yes,
dia online. Fatia mula mengatur ayat,
mahu menegur.
Lollipop : Salam.
Idaman : W’salam.
Lollipop : Buat apa tu, tak keluar lunch?
Idaman : Bari balik dari lunch tadi, awak?
Lollipop : Hmm, tak, takde orang nak
temankan.
Idaman : Ya ke, kenapa tak cakap awal-awal, boleh
saya temankan.
Lollipop : Saya pun baru tahu, ingatkan dapatlah makan
nasi dengan tomyam hari ni.
Idaman : Kenapa? Tak jadi keluar dengan boyfriend ke?
Lollipop : Bukan boyfriend, kawan officesaya la, tiba-tiba hilang, maybe ada hal kat
luar kut.
Idaman : O, so,
tak makan la ni?
Lollipop : Tak.
Idaman : Kesiannya, tak pe, nanti saya belanja.
“Fatia, kamu tak keluar lunch ke?” Encik Farhan yang baru keluar
dari biliknya menegur, tak pernah pula dilihat Fatia duduk di meja kalau
waktu-waktu rehat macam ni.
“Tak bos, ada kerja sikit ni.” Fatia
sengih, terkejut beruk dia tadi bila ditegur dari belakang, YM diminimizedengan cepat, kalau bos nampak
memang cari nahas.
“O, bagus la kalau macam tu, waktu lunch pun buat kerja, kalau awak rajin
macam ni, nanti senang nak naik gaji.” Bosnya masih di situ, sedang mencari
fail di rak.
Fatia senyum, kalau naik gaji memang
bahagia hidupnya, dapatlah berbelanja lebih sikit, sila-silap dapat beli
kereta, lagi senang hidupnya nanti.
“Aik, baru cakap naik gaji dah
senyum meleret.” Encik Farhan menegur.
Fatia sengih malu, itulah, belum
apa-apa dah berangan, kan dah kantoi. Encik Farhan ni pun satu, buat apa lagi
lama-lama kat situ, habis tergendala chatting
aku.
Fatia pura-pura menyelak fail, pen
dicapai lalu ditulis sesuatu, matanya melirik ke arah Encik Farhan, aduh, lama
lagi ke ni.
“Fatia, saya nak keluar kejap, nanti
awak suruh Laila carikan fail renovation
hotel, lepas tu letak kat atas meja saya.” Encik Farhan melangkah keluar. Fatia
mula tersengih ceria, yes, dapat juga
sambung berchatting.
YM dibuka semula, alah, selalu macam
ni, baru bersemangat nak berchatting
dia dah sing out. Kejap je dapat
berborak. Fatia menyandar di kerusi, apa nak buat ni, pergi surau la,
sembahyang dulu lepas tu boleh lelapkan mata, sekejap pun jadilah.
“Fatia, nasi kau
aku letak dekat atas meja pantry.”
Munirah yang baru muncul menegur.
Fatia menoleh, memandang Munirah
yang mencapai telekung, ingin menunaikan solat zohor.
“Kau dari mana?” Fatia bertanya,
dari tadi hilang, rehat dah nak habis baru nampak muka.
“Jumpa client la, mana lagi, kau ingat aku merayap ke waktu kerja macam
ni.”
Fatia sengih, ya tak ya juga, tak
kan la Munirah nak merayap waktu kerja, kalau terkantoi dengan bos macam mana,
tak pasal-pasal kena buang kerja, siapa yang susah, dia juga, nanti kereta
siapa pula dia nak tumpang kalau nak pergi kerja.
Fatia menghampiri meja pantry, bungkusan plastik dicapai lalu
dilihat isinya, nasi putih dengan tomyam campur, Fatia sengih, perutnya mula
berkeroncong, apa mahu ditunggu lagi, makan je la.
Mangkuk dicapai lalu diisi dengan
kuah tomyam, dia mencapai sudu dan mula menjamu selera. Sedapnya, Munirah ni
macam tahu-tahu je aku nak makan tomyam hari ni.
“Sedap ke?” Munirah duduk di depan
Fatia, masa rehat ada sepuluh minit lagi, sempat lagi kalu nak melepak kejap.
“Sedap, mana kau beli?”
“Apa pula aku beli, Katty yang bagi
tadi, dia cakap kawan kau yang kirim.” Munirah mencapai sudu di tangan Fatia,
nak juga rasa, macam sedap je dia tengok Fatia makan.
“Kawan aku? Kawan aku yang mana?” Fatia
tayang muka pelik.
“Mana la aku tahu, aku masuk-masuk
je tadi Katty terus panggil, dia suruh bagi dekat kau, dia cakap kawan kau yang
hantar. Tapi aku pun musykil juga, kau kan mana ada kawan selain aku dekat
sini, tak kan Nadira pula yang kirim.” Munirah mula berfikir tapi masih
meneruskan suapan demi suapan tomyam ke dalam mulut.
Fatia garu kepala, siapa pula yang
baik hati hari ni, tak kan Idaman kut, tadi aku cakap dekat dia aku nak makan
nasi putih dengan tomyam kan, tapi takkan dia kut, mana dia tahu aku kerja
dekat sini.
Aduh, ni aku tak sedap hati ni,
jangan-jangan betul Idaman yang hantar, entah-antah dia dah letak benda
bukan-bukan dalam makanan aku ni, alamak, habis la aku lepas ni.
“Irah, kalau kau tengok aku tak
berapa betul lepas ni, kau bawah aku jumpa bomoh okey.” Fatia mula kalut, takut benar Idaman letak ubat pengasih
dalam makanannya itu.
“Dah kenapa pula nak jumpa bomoh?”
“Kau buat jelah, kalau kau tengok
aku asyik termenung je, makan tak lalu, tidur tak lena, kau mesti bertindak.”
Fatia cuba menyakinkan kawanya itu.
Munirah tayang muka pelik, apa kena
la dengan Fatia ni, ada-ada saja perangai pelik dia.
“Boleh tak?” Fatia makin serius.
“Yalah, tapi kalau aku bawa kau ke
tanjung rambutan lagi okey kut.”
Munirah sengih, tayang giginya di depan Fatia.
“Aku serius ni.” Fatia bersuara agak
kuat, sikit pun tak ketawa dengan lawak Munirah tadi.
“Yalah, nanti aku bawa, puas hati.”
Fatia mengangguk, tanda puas hati,
tapi suapan tetap diteruskan, tadi bukan main takut, sekarang makan macam tak
cukup nasi.
Bab 19
Haikal melangkah
masuk, memberi salam tapi tak berbalas, ke mana semua orang pergi, pintu depan
terbuka luas, nasib rumah kampung, kalau kat bandar ni dah lama kena samun. Dia
melangkah masuk, menuju ke dapur, mana tahu ibunya ada di situ.
Haikal duduk di kerusi, tiada
sesiapa pun di dapur, mungkin ibu dan ayahnya di kebun belakang rumah,
adik-adiknya entah ke mana, tak kan berkebun sekali kut, rajin la pula.
“Abang, bila sampai?” Adik bongsunya
menegur sambil mengenyeh mata, tadi tidurnya terganggu bila sayup-sayup
mendengar orang bagi salam, itu yang dia keluar dari bilik, nak tengok siapa
yang datang, mana tahu ada perompak ke, tapi kalau perompak tak kan bagi salam
dulu sebelum merompak, apa la.
“Baru je, mana semua orang?” Haikal
bangun, mencapai gelas lalu dituang air masak.
“Entah, Shahmi pun tak tahu.” Shahmi
duduk di sebelah abang sulungnya.
Haikal melangkah ke pintu dapur,
mukanya terjeguk-jeguk, mana tahu ada kelibat ibu dan ayahnya di sebalik
pokok-pokok yang merendang.
“Abang.” Sumaiyah melambai tangan
sambil memanggil abangnya itu.
Haikal
tertoleh kiri dan kanan, macam suara Sumaiyah tapi mana pula tuannya, tak kan
nak main sorok-sorok dengan aku kut.
“Abang, dekat sinilah, atas ni.”
Haikal mengangkat wajahnya,
tersengih adiknya yang berumur lapan belas tahun dari atas pokok jambu.
“Mai, buat apa kat atas tu, kalau
jatuh tak pasal-pasal patah riuk.” Haikal melangkah ke arah pokok jambu sambil
menggeleng kepala. Adiknya yang seorang ni memang lasak sedikit, ada sahaja
aktivitinya.
“Alah, abang ni macam tak kenal Mai,
pernah ke Mai jatuh pokok.” Sumaiyah menjawab megah, sambil membaling buah
jambu ke arah abangnya.
“Amboi cakap berlagak gila, nanti
dah jatuh baru tahu, sepandai-pandai tumpai melompat pun jatuh ke tanah juga,
inikan Mai yang baru setahun jagung belajar panjat pokok.” Haikal memberi
nasihat, buah jambu yang di baling adiknya di sambut lalu dibawa ke mulut.
“Cepat turun.” Haikal memberi
arahan.
“Yalah, Mai turun la ni.”
Haikal melangkah ke arah pokok-pokok
yang ditanam ibu dan ayahnya, dah berbuah dah cili, bendi, tomota yang di
tanam, maklumlah dah lama dia tak balik kampung, asyik sibuk dengan nenek yang
baru ditemuinya itu.
“Ibu dengan ayah mana?” Kini
Sumaiyah yang disoalnya.
“Pergi pasar, jual sayur dekat
pemborong.” Sumaiyah melangkah masuk sambil membawa bakul kecil yang penuh
berisi buah jambu.
Haikal mengangguk, itulah rutin
seharian ibu dan ayahnya sejak ayahnya sudah berhenti bekerja sebagai pemandu
bas. Hidup mereka sekeluarga memang serba sederhana, ibunya dari dulu tidak
bekerja, hanya suri rumah sepenuh masa. Sejak Haikal bekerja, dia melarang
ayahnya keluar memandu bas lagi, ayah sudah tua, kesian pula kalau dibiarkan.
Lagipun dia mampu untuk menanggung mereka sekeluarga.
“Haiza mana?” dia menyoal lagi,
“Kak Iza keluar dengan kawan dia
kut.” Shahmi yang masih duduk di kerusi menjawab, kini dia pula mengambil alih
memotong buah jampu yang dibawa Sumaiyah tadi.
Haikal yang melihat aksi
adik-adiknya mula tayang muka pelik, yang perempuan pergi panjat pokok ambil
buah, yang lelaki pula duduk kat dapur potong buah, apa kes ni, sudah tukar ka?
“Haiza tak dapat kerja lagi ke?”
Haikal turut duduk di sebelah adik lelakinya, jambu yang siap dipotong dicapai
lalu dibawa ke mulut.
“Dah, kerja dekat bandar, minggu depan
start kerja.”
Haiza merupakan anak ke dua dalam
keluarganya, baru menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi di UUM.
“O, abang suruh cari kerja dekat KL
tak mahu, lagi banyak peluang dekat sana.” Haikal mula membebel, sudah banyak
kali dia menyuruh adiknya datang ke Kuala Lumpur tapi ada sahaja alasan yang
diberi.
“Kak Iza nak duduk sini, boleh jaga
Ibu.” Sumaiyah pula mencelah.
Haikal senyum, Haiza memang anak
yang baik, dari dulu tak boleh berpisah dengan ibunya, nasib baik masa masuk
universiti dulu tak diusung ibunya sekali, kalau tak memang parah la. Tapi
kalau Haiza tak datang KL pun bagus juga, nanti terbongkar semua rahsianya.
Laptop direnung
lagi, dari tadi dia menunggu tapi masih hampa. Ingatkan hari-hari cuti macam ni
boleh la dia isi masa lapang berbual dengan Idaman di YM, tapi nampaknya hajat
tidak kesampaian, bukan apa, dia hanya ingin mengucapkan terima kasih pasal
nasi hari tu je.
Fatia menunggu lagi, tidak berbual
sehari maka tidak tenteramlah hatinya, dia mula rindu pada idaman walaupun tak
pernah mendengar suara dan bertemu muka. Aku dah jatuh cinta ke? Cepatnya aku
jatuh cinta, Idaman belum mengurat aku pun lagi. Ish, ini bukan cinta, tapi dah
jadi kebiasaan.
“Kau nak ikut tak?”
Fatia menoleh, Munirah yang berdiri
di muka pintu biliknya dipandang dengan muka takde perasaan.
“Nak tak?” Munirah menyoal lagi.
Fatia pandang laptopnya semula,
berat hati untuk berjauhan dengan laptopnya itu, kalau Idalam online kejap lagi macam mana, mesti dia
tak dapat chatting dengan aku. Habis,
tak kan aku nak bawa laptop ni keluar sekali.
“Oit, kau dengar ke tidak ni, kau ni
dah kemarut sangat dengan Idaman ke apa?”
Fatia masih diam, takde mood untuk
menjawab segala pertanyaan, kemarukkah aku dengan Idaman? Oh no bukan kemaruk,
tapi dah terbiasa, bosan pula kalau tak berbual.
“Yalah, aku ikut.” Fatia sign out dan offkan laptopnya dengan berat hati.
Fatia melangkah ke bilik air,
bangun-bangun terus on laptop, mandi
pun belum, makan pun tidak, mengadap Idaman lebih penting. Kalau orang cakap
dah kemaruk tak nak mengaku kan.
Usai sahaja mandi tak sampai sepuluh
minit, dia terus keluar, nanti kalau lambat makin banyak la bebelan si Munirah.
Telefon dan purse dicapai, malas nak
bawa handbag, tumpang beg Munirah
jelah, beg dia kan besar, semua barang boleh masuk.
Fatia diam di
tempat duduk belakang, Nadira dan Munirah dari tadi duk bercerita tentang
kenangan-kenangan mereka di universiti dulu, dia yang mendengar hanya
tersenyum.
“Kau kenapa, diam dari tadi,
bergaduh dengan tunang ke?” Nadira bertanya, dari tadi dia sudah perasan dengan
perubahan Fatia.
“Ish, mana ada bergaduh dengan
tunang, Fatia dengan tunang dia tu bahagia la, tak pernah bergaduh.” Munirah
menjawab laju bagi pihak Fatia.
Fatia tayang muka tak puas hati, ni
perli aku ke apa.
“O, bagus la macam tu, tak payah nak
makan hati, kalau asyik bergaduh je hidup pun tak aman.”
Fatia hanya senyum, memang tak aman
pun, serabut kalau fikirkan statusnya sekarang, nak kata tunang orang tapi dah
putus, nak kata dah putus tapi masih tunang orang, aduh pening bila fikirkan.
Macam mana nak cakap dengan Mak Kiah pasal ni, bising lagi la mak aku kali ni.
Tapi takpe, aku kan dah ada bukti,
hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk diberikan kepada nenek, huhu, tapi
bila masa yang sesuai tu, dia sendiri tak tahu.
Kereta di pandu masuk ke kawasan
kondominium mewah, mata Fatia mula terbuka luas.
“Cantiknya kawasan ni, kenapa kau
pindah Nad, duduk sini kan best?”
“Dah tempat kerja aku sekarang jauh
dari sini, aku pindah la, lagipun boleh jimat budget, dapat rumah dekat dengan pejabat, free pula tu.” Nadira sengih, dia meletakkan keretanya di tempat parking.
“Siapa cakap free, bulan depan aku nak kutip duit sewa bilik, seorang dua
ratus.” Munirah mencelah, mula buat muka serius.
“Alah kau ni, mahal tu dua ratus,
lima puluh ringgit boleh?” Fatia mula tayang gigi.
“Boleh, boleh blah.” Munirah
menjelir lidahnya, niatnya hanya bergurau, bukannya berkira sangat dengan
kawan-kawanya itu, tapi kalau nak bayar sewa pun boleh, dapat la spend banyak sikit untuk shopping nanti.
“Kau ni, dengan kita pun berkira,
takpelah, kita cari rumah lain, biar kau duduk sorang-sorang, kau jangan, rumah
kau tu pelik sikit aku tengok.” Nadira mula nak mereka cerita.
“Dah kau jangan nak buat mulut, kan
tak pasal-pasal Irah tumpang bilik kau malam ni.” Fatia pula mencelah.
“O, kau orang nak boikot aku la tu,
alah, setakat dua ratus je, bukan mahal sangat, kat tempat lain mana kau nak
cari.” Munirah sengih, kalau kawan-kawannya itu pindah, memang haru hidupnya
nanti, tinggal dekat rumah sorang-sorang, aduh, seriau bulu romanya, memang sah
penakut.
“Eh ada Tia, dekat depan selekoh
rumah Irah tadi tu ada tulis bilik untuk disewa, seratus je, boleh la kau kita
nak pindah.” Nadira tayang muka serius pula, macam real pula dia menipu.
“Alah kau orang ni, aku gurau je
lah, menyampah betul.” Munirah mula monyot sambil tayang muka merajut.
“Kita orang pun gurau jugak, hehe.”
Fatai sengih, tayang gigi.
“Tau takut.” Nadira turut sengih.
Mereka mula melangkah ke pintu lif
sambil bergurau senda. Fatia yang berjalan di sebelah kanan memperlahankan
langkah kakinya, macam aku kenal je mamat tu, alamak.
Fatia menyorok di sebalik tiang,
mukanya mengintai ke arah Rayyan yang sedang menunggu lif.
“Kau kenapa?” Munirah tayang muka
pelik.
“Emm, aku nak tengok pemandangan kat
sana, macam cantik je.” Fatia memberi alasan sambil jarinya menunjuk ke arah
taman di depannya.
“Kejap lagi la, tolong la angkat
barang dulu.” Nadira pula mencelah, datang sini kan nak tolong dia angkat
barang-barang yang masih ada di rumah lamanya.
“Nanti aku naik, kejap je okey.” Fatia mula kalut, kalau naik
sekali dengan dia orang mesti akan terserempak dengan Rayyan, tak nak aku
tayang muka depan dia.
“Yalah, jangan lama-lama.” Munirah
dan Nadira mula mengatur langkah, Fatia mengurut dada, fuh, lega.
Fatia membawa kakinya ke taman, tak
tahu nak menuju ke mana, alah duduklah dulu. Tapi si Rayyan tu buat apa dekat
sini, datang rumah awek dia ke? Amboi siap datang rumah, kena tangkap basah
baru tahu.
Fatia bangun, langkahnya diatur
tanpa tujuan.
“Adoi.” Fatia mendongakkan mukanya,
alamak!
“Buta ke?” Rayyan bertanya dengan
sinis sekali, muka Fatia direnung tajam, bungkusan yang tercampak dari tanganya
tadi diambil laju.
“Kalau aku buta mesti tak payah
tengok muka kau, takde la sakit mata.” Fatia menjawab selamba.
“Kau buat apa dekat sini, ke kau
ikut aku?”
“Hello, takde masa aku nak ikut kau,
kau jangan nak perasan boleh tak.” Fatia peluk tubuh, dia mula geram.
“Manalah aku tahu kan kut-kut kau
intip aku.” Rayyan turut memeluk tubuh.
“Aku tak perlu ikut kau pun, aku dah
ada semua bukti, kau tunggu je nanti.” Fatia menjawab lagi, suaranya agak
keras.
“Bukti apa?”
“Kau tengok ni, mesti kau kecewa
nanti, habis la nanti nama baik kau.” Fatia meraba poket jeansnya, poket depan
hingga poket belakang, mencari-cari telefon bimbitnya, mana pula ni, time-time ni lah tak jumpa.
“Apa?” Rayyan tayang muka mengejek.
Fatia gigit bibir, aduh, telefon aku
kan dengan Irah, macam mana boleh lupa ni, buat malu aku betul.
Rayyan mula gelak, muka Fatia yang
menahan geram itu diperhatikan.
“Kenapa, kau dah sewel ke sejak aku
putuskan pertunangan hari tu, ke memang dah sewel sebelum ni?”
“Kau cakap baik-baik sikit, kau
tunggu nanti, time tu kau akan
menyesal sebab gelakkan aku.” Fatia melangkah dengan muka geram bercampur malu,
baru nak ugut mamat tu tapi habis rosak program aku, time ni la aku nak tertinggal bahan bukti. Takpe, hari ni hari kau
Rayyan, esok hari kau lagi, lusa pun hari kau juga, bila nak tiba hari aku ni.
Fatia melangkah ke lif, butang anak
panah yang menunjukkan arah naik ditekan geram. Dia melangkah masuk apabila
pintu lif terbuka, dia mula tercengang, tingkat berapa ek? Alamak, lupa nak
tanya tadi, telefon aku ada dengan Munirah, masalah betul hari ni. Dia
melangkah keluar semula, nasib takde orang, kalau tak memang malu tahap dewa.
Fatia
termenung di bangku, jam tangannya dilirit lagi, mana la minah dua orang ni,
lamanya kemas barang, ke dia orang dah tinggalkan aku. Kalaulah dia orang
tinggalkan aku macam mana nak balik ni, duit takde, tak kan nak mengemis kut,
pakai cantik-cantik tapi minta duit dengan orang.
Dia
bangun semula, kakinya diatur semual ke pintu lif. Dia berdiri tegak di situ
bersama beberapa orang lagi, bila pintu lif terbuka, semua terus masuk kecuali
Fatia. Dia buat muka selamba bila ada yang pandang pelik ke arahnya, mesti dia
orang ingat aku tak betul ni, tunggu lif tapi bila dah terbuka tak nak masuk pula.
Fatia menyandar di dinding, mana dia
orang ni, kaki aku dah lenguh ni berdiri dari tadi.
“Fatia, kau kenapa tak naik?” Nadira
menegur sambil membawa beg besar di tangan.
“Nak naik macam mana, aku mana tahu
yang mana satu rumah kau.” Fatia tayang muka takde mood.
“Kenapa tak call je?”
“Telefon aku kan ada dengan Irah.”
Fatia menjawab sepatah.
“Public
phone kan ada tu, kenapa tak pakai je, jangan-jangan saja buat alasan,
malas nak tolong kita orang mengemas.” Munirah yang baru muncul bersama
beberapa kotak di tangan mula mencelah sambil melangkah terus ke arah kereta.
“Purse
aku pun dengan kau kan, tapi aku datang memang ikhlas nak tolong kau Nad, tapi
nak buat macam mana, niat aku tak kesampaian.” Fatia mula buat ayat skema.
“Ish, niat kau tu akan termakbul
nanti, kat atas tu ada banyak lagi kotak nak kena bawa turun, pergi la ambil.”
Nadira sengih, kata nak tolong sangat kan.
“Ya ke, alah, aku ingat dah habis
dah barang kau.” Fatia turut sengih.
“Dah, tak payah nak buang masa, mari
ikut aku naik, banyak lagi nak kena settle.”
Nadira melangkah semula ke lif, begnya tadi ditinggalkan di situ, nanti
pandai-pandailah Munirah angkut begnya ke kereta.
“Happy birthday.” Rayyan tersenyum manis
lalu menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya. Tisya tayang muka bahagia, tak
sangka Rayyan sudi datang dan siap bawa hadiah untuknya.
“Thanks.”
Hadiah bertukar tangan.
“Kenapa lambat.” Hafizi menyoal,
dari tadi dia orang menunggu, Tisya dah tayang muncung empat depa, kalau Rayyan
tak datang memang ribut taufan la kejap lagi.
“Ambil hadiah Tisya dekat rumah aku
tadi, tu yang lambat.” Rayyan masih tersenyum, dengan senyuman dia sahaja Tisya
yang merajuk dengannya seminggu mula cair semula.
“O, mesti hadiah istimewa kan.”
Inara mencelah, beruntung kawannya itu.
“Biasa je.” Rayyan memandang
hidangan di atas meja, siap ada kek ni.
“Apa lagi, cepat la potong kek tu.”
Hafizi mula mencapai pisau lalu di hulurkan kepada Tisya. Dia pun dah tak sabar
nak menjamu selera, dari tadi duk terliur dengan kek chocolate di depannya itu.
Tisya mengangguk lalu menyambut
pisau yang dihulur lalu kek dipotong. Birthday
partynya hanya disambut ringkas di secret
recipe. Hanya tiga orang yang dijemputnya, nak sambut dengan Rayyan sahaja
sebenarnya tapi bila panggilannya tidak dilayan, dia cuba menggunakan khidmat
Hafizi sebagai orang tengah. Kalau Hafizi call
boleh pula angkat telefon, aku callberpuluh
kali satu je yang dia jawab, lepas tu belum sempat aku cakap apa-apa si Rayyan
terus cakap nak call balik tapi tak call langsung sampai sekarang, ingatkan
tadi tak jadi datang, alih-alih muncul juga, sejuk sikit hati ni.
“Nah, ini untuk you.” Tisya menghulurkan pinggan berisi kek kepada Rayyan yang
duduk di depannya.
“Thanks.”
Tisya menghulurkan pinggan yang
berisi kek kepada Inara dan Hafizi pula, mereka mula menjamu selera.
“Rayyan, you sekarang ni susah betul nak jumpa I, busy sangat ke dengan
kerja you?” Tisya mula membuka
bicara, ketidakpuasan hatinya mula diluahkan.
“Ish, Rayyan memang busy sekarang ni, dia tengah uruskan
projek yang berjuta-juta, untuk masa depan tu, kalau dapat memang jadi jutawan
muda kawan kita ni.” Hafizi menjawab bagi pihak Rayyan.
Rayyan sengih, faham dengan ayat
Hafizi tadi, projek apa lagi kalau bukan pasal nenek dan Haikal, memang
berjuta-juta tu, kalau ada rezekinya memang kaya.
“O, ya ke, nanti senang la hidup
you.” Senyuman Tisya makin mekar, kalau Rayyan jadi jutawan, boleh la dia
tumpang senang, makin tinggilah cita-cita dia nak dapatkan Rayyan.
Rayyan hilang kata-kata, mengiyakan
tidak, menidakkan pun tidak, masa depan yang belum pasti, silap-silap Haikal
yang dapat semua harta nenek, memang putih mata la dia nanti. Tapi tak mungkin
dia akan membiarkan Haikal menang tanpa bertanding.
“Kejap lagi kita tengok wayang nak,
lepas tu kita pergi makan-makan, lepak-lepak ke, shopping ke, malam ni kita
karaoke nak?” Tisya mengatur rancangan.
“Sorry, I rasa I tak boleh join la,
ada hal lain.” Rayyan menjawab laju, malam ni dia sudah ada temu janji, kali
ini dengan Fiera.
“Ala, you ni, dah la susah nak
jumpa, sekarang dapat jumpa pun kejap je.” Tisya tayang muka tak puas hati,
habis musnah rancangannya.
Rayyan diam, berfikir untuk
seketika, nampak gaya merajuk lagi la Tisya. Tapi kalau Fiera merajuk macam
mana.
“Boleh la, please, hari ini kan birthday
I.”
Rayyan senyum, gaya memujuk ala-ala
menggoda membuatkan dia bersetuju, biarlah si Fiena merajuk, nanti lain kali
dia akan pujuk.
Rayyan hanya
melihat gaya Tisya menyanyi sambil menari itu, suara manja itu memang ingin
menggoda dirinya, dia hanya tersenyum, tangannya yang masih dipegang oleh Tisya
dibiarkan sahaja.
“You tak nak menyanyi ke?” Tisya
bertanya bila lagu yang dinyanyikan tadi sudah berakhir. Kini giliran Hafizi
dan Inara yang ingin membuat persembahan duet, tersenyum bahagia mereka berdua
sambil memilih lagu.
“No, I tak nak lah, Takde mood.”
Rayyan menarik tangannya, Tisya pula mengambil tempat di sebelah Rayyan, duduk
sambil menggesel manja.
Rayyan hanya membiarkan, tidak
sedikit pun dia mengelak bila Tisya cuba untuk menggodanya, rezeki jangan
ditolak. Tisya pula makin lebar senyumnya, kali ini pasti Rayyan jatuh
ketangannya, seharian dengan Rayyan membuatkan hatinya berbunga ceria, apa
sahaja yang diinginkan pasti Rayyan memberi, tak mungkin dia akan melepaskan
Rayyan. Selepas ini hidupnya pasti mewah, tak perlu lagi dia mengoda lelaki
kaya, Rayyan di sisinya kini sudah cukup segalanya.
Bab 20
Bunyi cengkerek
bersahut-sahutan menenangkan jiwa dan fikiran Haikal yang sudah biasa dengan
suasana kampung. Bersendirian di beranda rumah sambil menikmati angin malam
memang menjadi kegiatannya bila pulang ke rumah ibunya.
Esok
pagi-pagi lagi dia akan bertolak balik, kerjanya sudah menunggu, nak cuti
lebih-lebih kan kena guna cuti tahunan, nanti rugi pula, nak mintak MC dekat
klinik macam malas pula, ni dah jadi kes menipu. Alah takpe, minggu depan boleh
balik lagi kan, bukan jauh pun.
“Haikal,
buat apa termenung sorang-sorang dekat luar ni?”
Haikal
menoleh bila mendengar suara ibunya, dia senyum, wajah ibunya dipandang lama.
“Kenapa
Haikal?”
Haikal
senyum lagi, perasaan ingin tahu kembali lagi, tapi dia tidak berani untuk
membuka mulut, tak tahu macam mana nak mengatur ayat, nanti kalau salah susun
ayat kan susah pula.
“Kamu
ada apa-apa nak cakap dengan ibu ke?” Azizah makin pelik dengan gelagat anak
bujangnya itu, dari tadi satu soalan pun tidak dijawab.
“Ibu,
kalau Haikal tanya satu soalan boleh?” Haikal mula membuka mulut.
“Soalan
apa?” Azizah bertanya mesra, wajah anaknya direnung penuh kasih.
“Hmm…,macam
mana ibu kenal ayah?” soal Haikal gugup.
“Kenapa
tanya soalan macam tu, sebelum ni tak pernah pun Haikal tanya soalan-soalan
macam ni?” Azizah masih tersenyum, soalan anak bujangnya itu membuatkan dia
mula teringat kembali kisah-kisah lamanya.
“Saje,
nak tahu.” Haikal senyum, hatinya sangat berharap ibunya akan membuka cerita.
“Kalau
Haikal nak tahu, ayah Haikal tu hero Ibu.”
“Hero
Ibu?” Haikal menyoal lagi, ingin tahu lebih detail.
“Ayah
yang ada untuk ibu di saat ibu dah takde sesiapa.”
Haikal
diam, mungkin ayah adalah cinta hati ibunya dari dulu lagi, sebelum nenek cuba
untuk menjodahkan ibunya dulu.
“Masa
ibu dalam kesusahan, tak tahu mana nak pergi, ibu berjumpa dengan ayah kamu,
masa tu ibu naik bas yang ayah kamu pandu.” Azizah menyambung cerita, tersenyum
pahit bila mengigatkan kembali sejarah hidupnya.
“O,
ibu kenal ayah masa ayah pandu bas la ya?” Haikal cuba memahami apa yang yang
diceritakan olah ibunya.
“Ya,
dari situ kami kenal, ayah kamu yang setia menolong ibu, carikan ibu kerja,
tumpahkan ibu dekat rumah Mak Cik Esah kamu tu.”
Haikal
mengangguk perlahan, dia mula faham jalan cerita. Ibu bertemu dengan ayah
selepas dihalau dari rumah oleh nenek, kenapa ibu tak setuju dengan pilihan
nenek dulu, kalau tak, mungkin hidup ibu senang, tak payah bersusah-payah
menanam sayur, dan ibunya tak akan dibuang keluarga.
Haikal
berfikir sejenak, sengal juga aku ni, kalau ibu tak jumpa dengan ayah, macam mana
aku nak ada dekat muka bumi ni, itulah lain kali fikir biar logik sikit.
Mungkin
sudah ditakdirkan, ibu bertemu jodoh selepas dibuang keluarga, hidup kami adik
beradik pun bukan susah sangat, bukannya kais pagi makan pagi, tapi kais bulan
ni, makan bulan depan, kira okey la
tu.
“Haikal,
kenapa tanya soalan macam tu, dah bertemu dengan pilihan hati ke?” Azizah
memandang anaknya, mana tahu kut-kut dia bakal terima menantu.
“Eh,
takdelah Ibu, Haikal tanya je.” Haikal sengih, pilihan hati?
“Kalau
dah ada apa yang nak ditunggu lagi, umur kamu tu dah layak bergelar suami.”
Azizah senyum.
Haikal
turut senyum, memang layak tapi biarlah masa yang menentukan, lagipun banyak
lagi benda yang ingin dilakukan, salah satunya adalah membesarkan rumah ibu dan
ayahnya itu, kalau boleh nak buat dua tingkat.
“Haikal
dah ada calon ke?” Azizah masih ingin tahu.
“Emm,
entah la Ibu, susah nak cakap.” Haikal garu dagu, itulah, siapa suruh mulakan
perbicaraan tentang jodoh dan pertemuan, kan dia sendiri yang kena soal, susah
betul nak jawab soalan macam ni.
“Apa
yang susahnya, kalau dah ada cakap dah, kalau takde cakap takde.”
“Hmm,
ada tapi takde, hehe.” Haikal sengih sengal.
“Macam
mana tu, pening Ibu dengan kamu ni.”
Haikal
gelak kecil, dia pun pening dengan jawapannya sendiri, huhu.
“Nanti
la Ibu, kalau dah ada Haikal akan kenalkan pada Ibu, Haikal akan bawa dia jumpa
Ibu.”
“Ibu
pun tak sabar tak tunggu ni, jangan lambat sangat, kalau boleh tahun ni jugak.”
Azizah senyum manis, tak lama lagi timang cuculah jawabnya.
Haikal
masih tersengih, tahun ni? cepat sangat tu, siapa yang dia nak bawa balik jumpa
ibu?
Bab 21
Fatia menggigit
jari telunjutnya, dari tadi mindarnya berputar-putar, sedang memikirkan jawapan
kepada soalan yang ditanya tadi. Sudah dua hari dua malam mereka tidak berchatting, buka je YM soalan itu yang
muncul di skrin laptopnya, apa lagi, garu kepala Fatia nak menjawab.
Lollipop : Kenapa awak tanya soalan
macam tu?
Fatia membalas dengan soalan,
lagipun dia memang dah confused
dengan statusnya sekarang, bujang tapi tunang orang di mata keluarga, boleh tak
bagi jawapan macam tu? Pening la orang membacanya nanti.
Idaman : Mana tahu kut-kut selama saya duk berbual
dengan girlfriend orang.
Fatia senyum, dah lama berchatting baru nak tanya status dirinya,
apa daa.
Lollipop : Awak jangan risau, saya
bukan girlfriend orang.
Boleh ke jawab macam tu, ah lantak
la, memang aku bukan girlfriend orang
pun, aku mana ada boyfriend, aku kan
dah kembali single sekarang.
Idaman : Betul ke? Kenapa masih single?
Fatia diam sejenak, soalan ni pun
susah jugak, kenapa aku masih single?
Orang lain bersilih ganti pasangan, aku juga yang single dari dulu, mesti dia ingat aku tak laku ni, ish, tak boleh
jadi.
Lollipop : Sebab masih tidak
dipertemukan dengan lelaki yang sesuai.
Idaman : Awak memilih sangat kut?
Aduh, banyak betul soalan mamat ni,
suka hati aku lah nak memilih ke tak, tak kan nak main rembat je lelaki yang
ada, kalau dapat yang kasanova macam si Yusof macam mana, aku juga yang makan
hati hari-hari.
Lollipop : Tak juga, tapi saya lebih
suka berkawan, kenal dulu hati budi.
Fatia sengih, wah! Ayat aku ke ni,
macam tak percaya je aku taip ayat macam ni.
Idaman : Betul ke? Macam tak percaya je.
Amboi mamat ni, suka hatilah nak
percaya ke tidak, aku bukan kenal pun dia. Lagipun aku memang macam tu,
berkawan dulu, lepas tu baru kahwin, eh, bercinta dulu la, baru kahwin. Tapi
kalau berkawan dan terus kahwin tak boleh ke? Kira bercinta lepas kahwin, okey juga kalau macam tu kan, hehe.
Fatia
melangkah keluar, dia mula tak senang duduk bila Idaman menyoalnya dengan
soalan yang berkait rapat dengan perasaan. Susah betul nak cakap status diri
yang sebenar kalau masalahnya dengan Rayyan tak selesai. Lagi cepat selesai,
lagi bagus, boleh cari pengganti cepat sikit. Fatia duduk di sebelah Munirah
yang sedang menonton DVD.
“Ni dah kali yang keberapa?” Fatia
menyoal dengan muka bosan.
“Kalau cerita ni dah kali ke lima,
kalau part ni saja dah sepuluh kali
aku ulang.”
Fatia geleng kepala, apa la Munirah
ni, tak faham betul aku, ke minah ni memang ada masalah hilang ingatan, kena
tengok cerita yang sama berkali-kali, aku yang tengok sekali pun dah boleh
hafal jalan cerita ni.
“Tak faham betul aku.” Fatia mula menyuarakan
kebosanannya.
“Tak faham apa? Cerita ni ke, mari
aku cerita kat kau, kejap lagi hero dia…”
“Dah cukup, aku dah bosan.” Fatia
tutup telinga dengan menggunakan kedua belah tangannya.
“Kau ni kenapa?” Munirah tayang muka
blur, kenapa pula dengan Fatia ni, bergaduh dengan Idaman ke?
“Kau lah.” Fatia menjawab pendek.
Munirah padang muka Fatia sambil
berfikir, aku? Apa yang aku buat dekat minah ni, takde kacau hidup dia pun kan.
“Apa kena dengan kau malam-malam
ni?”
“Kau la, asyik layan cerita yang
sama je, tak bosan ke, aku yang tengok sekali pun dah bosan.”
Munirah mencebit bibir, pasal cerita
kegemaran aku rupanya, ingatkan pasal apa tadi.
“Itu kau, aku lain, aku menghayati
jalan cerita.”
“Menghayati jalan cerita, apa yang
kau hayati sampai lima enam kali kau layan, jalan cerita tak berubah pun, kejap
lagi pun kau dah tahu apa yang akan jadi dekat hero tu kan.” Fatia berceloteh
panjang.
“Itulah masalah kau, takde
perasaan.” Munirah tarik muncung, pantang betul kalau ada yang nak mengkritik
cerita kegemarannya itu.
“Kau ni tengok cerita ke tengok hero dia, ke kau berangan jadi heroin?” Fatia menyakat lagi, kalau tak
berperang mulut satu hari memang tak sah.
“Tengok cerita la, sambil tengok
hero dia jugak, hehe”. Munirah sengih, dia memang minat gila dengan
cerita-cerita korea, dari dekat universiti lagi dia sudah mengumpul DVD cerita
korea tersebut, berbagai jenis cerita, sebut sahaja tajuknya, semua dia tahu.
“Aku dah agak dah, apa la yang kau
pandang, mata sepek, kurus kering pula tu.” Fatia masih menyambung, ada sahaja
yang nak dikomennya.
“Amboi mulut kau, aku punya sukalah,
kau sibuk kenapa.”
“Aku paling takde taste dengan pelakon korea ni, kalau
Mexico ke, Filipina ke, baru macho.” Fatia sengih, mentang-mentang dia suka
layan cerita Filipina.
“Takde taste konon, si Rayyan bekas tunang kau dulu mata sepek jugak, muka
macam korea jugak kan?” Munirah mula kaitan Rayyan dalam perbahasannya.
“O, aku tahu, sebab kecewa dengan
Rayyan la kau tak suka hero korea kan, sebab muka Rayyan tu macam Lee Min Ho
kan?” Munirah sengih mengejek.
“Lee Min Ho mana pula kau ni, macam
la aku kenal.” Fatia tayang muka tak berminat, kalau sebut je nama Rayyan terus
hilang mood nak bertekak dengan Munirah.
“Dingdong Dantes aku kenal la.”
Fatia menyambung lagi sambil tersengih.
“Huh, ya la tu tak kenal, kalau aku
tunjuk kan ada yang makan hati lagi, duk teringat bekas tunang.” Munirah masih
memerli.
“Apa yang duk bising-bising ni,
sampai ke bilik aku boleh dengar, bekas tunang siapa?” Nadira muncul di sebalik
pintu, memandang kawannya dengan penuh minat, nak tahu juga gosip semasa.
“Hmm, bekas tunang…ni, cerita ni,
bekas tunang dia.” Munirah mula cover
line.
“O, cerita apa ni?” Nadira duduk di
sebelah Fatia.
“Princess
hour, pernah tengok tak, dah lama dah cerita, masa kita dekat universiti
lagi?” Munirah sengih, kalau minah ni pernah tengok memang habis, mana ada
bekas tunang kat dalam cerita ni.
“O, tak pernah, best ke?”
Fatia tayang muka lega, Munirah
sengih sambil memandang Fatia, nasib baik, kalau tidak pecah la rahsia aku kali
ni.
“Best
sangat, join la kalu nak tengok.”
“Boleh jugak, aku pun bosan, tak
tahu nak buat apa.”
Munirah senyum, dah ada geng nak
layan cerita korea, boleh la berkongsi rasa kejap lagi, tak puas hati dengan
heroin ke, hero lembab bertindak ke, semua boleh diluahkan kepada Nadira nanti.
Kalau dengan Fatia, memang aku cakap sorang-sorang la jawabnya.
Fatia masih tidak berganjak,
walaupun tidak berminat tapi mata masih di skrin TV, melihat telatah kawannya
itu sambil tersenyum, ada juga orang macam ni, tengok sepuluh kali pun tak
bosan, macam-macam la si Munirah ni.
Bab 22
Munirah menoleh
ke arah meja Fatia dua kali, matanya menangkap sesuatu yang aneh di atas meja
itu, bunga? Fatia dapat bunga ke? Siapa yang bagi? Ish, tak boleh jadi, aku
kena ambil tahu ni, mana pula si Fatia ni?
Munirah duduk di kerusi Fatia,
niatnya tadi hanya ingin menghantar borang claim
elaun sahaja, maklumah, dua hari lepas dia terpaksa outstation, kalau tak claim
kan rugi pulak, lagipun tak perlu dia nak menderma dekat syarikatnya yang dah
kaya raya ni, hehe.
“Aik, sejak bila tukar jawatan?”
Shima bertanya sambil tersenyum, maklumlah Shima ni memang manis orangnya,
asyik nak senyum je kerjanya.
“Baru je tadi, wei Shima, Fatia
mana?” Munirah mula tak sabar.
“Toilet
kot, dari tadi tak keluar.” Shima menyandar di meja Fatia.
“Bunga ni siapa bagi?”
“Hmm, tadi ada mamat kerja kedai
bunga yang hantar.” Shima menjawab lurus.
“Aku tahu la mamat yang kerja kedai
bunga yang hantar, tak kan mamat yang kerja Mc Donald pulak yang hantar kan.”
Munirah menjawab geram.
“Hehe, tunang dia kut yang bagi.”
Shima sengih, mula faham soalan.
“Tak mungkin.” Munirah menjawab
laju.
Shima tayang muka tak faham, apasal
pula tak mungkin, dah tunang dia, suka hati dialah nak hantar apa pun, tapi
jangan hantar bom sudah, nanti meletup satu bangunan ni.
“Kenapa?” Shima mula menyoal.
“Eh, maksud aku tak mungkin tunang
dia yang hantar sebab tunang dia sekarang jauh, dekat oversea.” Munirah sengih tayang gigi, sejak akhir-akhir ni asyik
kena menipu bagi pihak Fatia je, memang kena tanggung dosa kering aku ni.
“Alah, jauh tak semestinya tak
boleh, sekarang teknologi canggih, tekan je facebook kedai bunga, pilih nak
bunga apa, lepas tu bayar online,
senang kan.” Shima menjawab yakin, tapi betul ke ada, kalau dekat facebook tu
jual baju banyak la. Masalahnya pandai pula tunang Fatia tu nak beli barang
secara online, pandai la kut, duduk
kat kampung tak semestinya tak maju, siap dah pergi oversea lagi, aku pun belum pernah jejak kaki ke luar dari Malaysia
lagi.
“O, betul jugak kan.” Munirah
sengih, buat-buat setuju.
“Oit, apa kau orang buat kat meja
aku ni, takde kerja ke?”
Shima dan Munirah menoleh, dua-dua
tersengih memandang Fatia, kerja ada tapi takde siapa yang nak buat, alah,
berehat sekejap bersama kitkat.
“Bunga siapa ni?” Fatia menyoal
lagi, tadi masa pergi toilet takde
lagi bunga tu dekat atas meja dia.
“Bunga kau la, Yusof yang bagi.”
Shima menjawab yakin.
“Apa?” Fatia tayang muka terkejut.
Shima yang memandang lagi la terkejut, kenapa semua tak percaya yang Yusof bagi
bunga tu, Fatia sendiri tak percaya, masalah betul la minah dua orang ni.
Fatia mencapai bunga di atas
mejanya, dia membelek perlahan, mana tahu kut-kut ada kad, boleh la dia tahu
siapa pengirim yang sebenar.
Takde pula kad, tak kan Yusof kut,
mengigau ke apa mamat tu, baru minggu lepas aku bergaduh dengan dia dekat
taman, tak kan hantar bunga sebagai tanda minta maaf kut, ish, tak mungkin,
kalau Yusof yang bagi memang dah sewel mamat tu.
Bunga diletakan semula di atas meja,
otaknya ligat berfikir. Idaman? Tapi kenapa pula dia nak hantar bunga.
“Mesti tunang kau punya yang hantar,
tak payah la nak tayang muka musykil macam tu, tak kan Encik Kamal yang syok
dekat kau dulu yang hantar kut.” Shima mula melangkah, berlalu ke mejanya
Fatia mula ligat berfikir lagi, tak
mungkin Encik Kamal gatal tu, dia pun dah tak muncul dekat sini lagi.
“Baik kau cakap, kau bercinta dengan
siapa sekarang?” Munirah yang masih duduk di kerusi Fatia mula membuka mulut.
“Hah?” Fatia garu kepala.
“Baik kau cakap?” Munirah mengulangi
soalannya lagi.
“Cakap apa, aku pun tak tahu la.”
Fatia menjawab geram.
“Kau bercinta dengan orang yang kau
tak tahu? maksud kau dengan orang yang kau tak kenal?” Munirah bangun, dah tak
senang duduk.
“Kau jangan nak mengarut boleh tak,
aku pun tak tahu la siapa yang bagi bunga ni.” Fatia menarik kerusinya, kini
dia pula yang duduk, dah lenguh kaki berdiri dari tadi.
“Dah tu, siapa yang bagi?”
Fatia mula melayan otaknya berfikir,
siapa yang syok dekat dia dalam diam-diam ni? Ish, tak sangka betul, ada juga
orang yang minat aku kat sini selain Encik Kamal gatal tu kan.
“Woi, yang kau duk tersenyum-senyum
tu kenapa? Kau tahu siapa yang bagi kan?” Munirah masih tak berganjak.
Fatia gigit bibir, alamak tersalah
senyum la pula.
“Aku
tak tahu la, mungkin ada yang minat aku dalam diam kut, mana la tahu kan.”
Munirah tayang muka terkejut, ada
yang minat, siapa la yang minat minah ni, aku yang dah kerja dekat sini dua
tahun pun belum ada yang datang meluahkan isi hati dekat aku, Fatia baru kerja
empat bulan dah ada orang yang hantar bunga dekat dia, ish, bertuah badan.
“Kau pergi la balik bahagian kau,
kalau bos aku nampak kan dia ingat aku tak buat kerja, asyik nak layan kau berbual
je, nanti hilang peluang aku nak naik gaji.”
Munirah mencebit bibir, alah, bukan
aku nak datang berbual pun.
“Aku
nak hantar borang ni.” Borang diletakkan di atas meja Fatia.
“Okey, nanti aku buat bayaran
sebelum hujung minggu ni.” Borang diambil lalu diletakkan di dalam fail, kejap
lagi la kira, sekarang ni otak tak boleh nak tumpu.
Munirah masih tidak berganjak,
matanya silih berganti memandang ke arah Fatia dan bunga di atas meja.
“Apa lagi kau tunggu, pergi la buat
kerja.” Fatia mula mengambil fail, kononnya sibuk dengan kerja.
“Ya lah.” Munirah melangkah sambil
tersenyum, kalau kawannya itu sudah ada pengganti apa salahnya, buat apa nak
dikenang pada yang tak sudi kan.
Bab 23
Fatia baring di
katil, mindanya masih duk teringat-ingat tentang bunga yang diterimanya petang
tadi, tapi bunga tu dia tak bawa balik pun, nanti nampak sangat dia suka bunga
tu walaupun tak tahu siapa yang memberi, nanti si Munirah tayang muka tak
percaya depan aku lagi. Walaupun sayang nak biarkan bunga tu layu di pejabat,
dia terpaksa, apa lagi dia mampu buat, dah la first time dapat bunga.
Dia bangun lalu mencapai laptopnya
di atas meja, hatinya dari tadi duk syak Idaman yang hantar bunga tu, tapi
kenapa Idaman nak bagi bunga dekat dia? Sebab aku cakap aku single ke, terus dia nak mengurat aku,
hehe.
YM di sign in, tertera nama Idaman di dalam senarai kawannya, mamat ni online. Fatia kaku di depan laptopnya,
Idaman tidak di tegurnya, biar Idaman yang tegur dia dulu, lepas tu baru buat-buat
tanya.
Alah, lambat pula mamat ni nak tegur
aku, ke tak perasan aku dah online,
cepat la tegur aku, tak sabar nak tanya ni. Sepuluh minit dia kaku di depan
laptop, tapi Idaman tak juga mulakan perbualan. Fatia garu kepala, aku kena
tegur dulu ke?
Ah, biar jelah, kejap lagi mesti dia
tegur aku. Fatia duduk di katilnya tapi mata masih mengadap skrin laptop,
sesaat pun tidak terlepas, mana tahu kut-kut dia tak sedar bila Idaman
menegurnya nanti.
Dah bosan duduk, dia baring, dah
setengah jam, bila nak tegur ni. Ke mamat ni tengah berchatting dengan siapa, awek baru ke apa? Tapi asal ayat aku macam jealous je?
Haikal menoleh
bila pintu biliknya di buka dari luar, dia yang tengah sibuk mengadap laptop
tersenyum memandang neneknya. Malam ni dia tidur di rumah itu, temankan nenek
sekali-sekala, siapa lagi yang boleh di harapkan kalau bukan dia, bakal jadi
cucu kesayangan nenek ni.
“Sibuk ke Haikal?” Puan
Karmila melangkah masuk lalu duduk di kerusi.
“Taklah nek, ada kerja sikit je.”
Haikal mengemas mejanya yang nampak berserabut dengan fail, rajin betul, sampai
bawa balik siapkan kerja ke rumah.
“Kamu ni rajin sungguh nenek tengok,
lepas makan je terus masuk bilik buat kerja.”
Haikal senyum, dia memang begitu,
hidupnya hanya tertumpu dengan kerja, lagipun dia bukan jenis lepak
malam-malam, duduk rumah lagi bagus.
“Takde la nek, Haikal nak siapkan
kertas kerja untuk esok je.”
“Nenek masuk tidur dulu la, Haikal
pun jangan tidur lambat sangat, sibuk macam mana pun, masa tidur kena cukup,
kesihatan perlu dijaga.” Puan Karmila bangun, tersenyum memandang cucunya itu
lalu keluar.
“Okey nek.” Haikal menoleh jam di
dinding biliknya, baru pukul sepuluh, banyak lagi masa yang ada. Dia memandang
laptopnya semula, kerja-kerja yang tertunda kerana kedatangan nenek tadi
disambung, lagi cepat siap lagi bagus.
Rayyan melangkah
ke beranda, langit malam direnung dengan jiwa yang tak tenteram. Laptopnya yang
dibuka dari tadi dibiarkan begitu sahaja, tiada tanda-tanda ingin menyiapkan
segala kerjanya yang tertunda sejak dua tiga hari ini.
Sepatutnya malam ini dia keluar date dengan Tisya, tapi nak buat macam
mana, mood nak melayan perempuan pada malam ni merosok terus, dia sendiri tak
tahu kenapa. Selepas membatalkan date
dengan Tisya tadi, telefonnya dioffkan
terus, kalau tidak memang asyik berbunyilah, siapa lagi yang nak call kalau bukan Tisya, mengamuk sakan
dan merajuk lagi la minah tu.
“Rayyan, buat apa sorang-sorang kat
sini.”
Rayyan menoleh bila terdengar suara
garau menegurnya. Daddynya duduk di sebelah anak lelaki tunggalnya itu, sejak
akhir-akhir ini mereka jarang bertemu, daddynya itu sibuk dengan hal-hal
politik, wakil rakyatlah katakan, Rayyan pula susah nak lekat dekat rumah, ada
sahaja aktiviti malamnya.
“Takde la, saje ambik angin.”
“Tak keluar ke malam ni?” Malik menyoal
lagi, macam nak memerli pun ada gaya soalannya.
“Tak.” Rayyan jawab sepatah, muka
Daddynya direnung lama.
Daddy dengan mummynya berkahwin atas
pilihan nenek, kekal bahagia sampai sekarang, meraka bercinta selepas kahwin,
sebelum ni berjumpa pun dua tiga kali sahaja. Rayyan garu dagunya, kalau daddy
dengan mummy bolah bahagia dengan pilihan nenek, kenapa tidak aku, apa kata aku
terima je Fatia, selesai masalah, tak la serabut otak aku duk berfikir dari
tadi. Hmm, boleh pakai juga idea Hafizi ni.
Ish, tak nak aku, selisih aku nak
kahwin dengan minah tu, dia tu bukan macam mummy, lemah lembut, minah tu keras
semacam je, nanti kahwin sebulan tak pasal-pasal aku jadi duda, lagi la nenek
kecewa dengan aku.
“Kamu ada masalah ke?” Malik menyoal
lagi, jarang anaknya yang peramah ni berkelakuan sepeti itu.
“Takde la daddy.” Rayyan memandang
langit gelap semula, apa aku nak buat untuk tarik perhatian nenek ni, asyik
benar dengan cucu barunya itu sampaikan aku tak datang seminggu pun tak tanya
kenapa, kalau sebelum ni sibuk je bertanya khabar.
“Daddy masuk dulu, kalau dah
bersedia nak berkongsi masalah dengan daddy nanti bagitahu je, mana tahu daddy
boleh tolong.”
Rayyan senyum hambar, berkongsi
masalah ni dengan daddy, ada aku kena bebel tujuh hari tujuh malam, ish, rahsia
ini hanya antara aku dengan Hafizi sahaja, kalau orang lain tahu memang masak
hidup aku.
Fatia melangkah
ke luar, dah bosan menunggu agaknya. Kakinya dibawa ke ruang tamu, dia duduk di
situ sambil melayan fikiran. Selagi dia tidak tahu siapa yang menghantar bunga
kepadanya, selagi tulah dia duk fikir benda yang sama sampai pening kepalanya.
Fatia menoleh memandang sekeliling
rumahnya, sunyi je, mana minah dua orang ni pergi? Tak kan tidur dah kut. Dia
mula bangun, melangkah ke bilik Munirah, bilik dia cerah lagi ni, apa kata kau
cerobah je.
Fatia masuk tanpa isyarat, tersengih
memandang Munirah dan Nadira, minah dua orang ni tengah buat komplot apa, tak
ajak aku pun.
“Kau orang buat apa ni?” Fatia duduk
di antara Munirah dan Nadira.
“Kita orang tengah download cerita terbaru.” Munirah jawab
bersemangat.
Fatia mencebit bibir, dah tahu
cerita apa, tak payah nak tanya panjang lebar. Nadira dah jadi pengikut Munirah
sekarang ni, nampak bersemangat sungguh memilih cerita, semua cerita nak didownloadnya, tak cukup dengan DVD yang
dibeli, kalah si Munirah nampak gaya ni.
Fatia baring di katil kawannya itu,
nak join sekaki memang tak mungkin
la, bukan tastelah katakan. Matanya
di pejam, lembut pulak tilam si Munirah ni, tidur sekejap pun okey ni.
“Wei Tia, kalau nak tidur pergi
balik bilik kau la.” Munirah turut memanjat katil, sambil menunggu ceritanya
siap di muat turun, boleh la dia baring-baring sekejap.
“Alah kejap je, kau pergi la layan
cerita kau tu dulu.” Fatia masih tidak berganjak, matanya turut dipejam rapat.
“Tengah download la, kejap lagi baru
boleh tengok.” Munirah tayang gigi. Memang kegemarannya menyimpan cerita korea,
senang kalau dia ingin menonton semula, lagipun dia tak suka menonton secara
online, banyak gangguan katanya.
“Cerita apa pula kali ni?” Fatia
bertanya tak berminat.
“The Heirs, best cerita ni, hari tu
ada tayang dekat astro tapi tak sempat tengok la ending dia.” Munirah menjawab
teruja.
Fatia hanya diam, tajuk pun dia tak
pernah dengar, memang hantu korea sungguh kawan dia yang satu ni.
“Pelakon dia pun makin handsome, hero pujaan aku tu.” Munirah
makin teruja.
“Suka hati kau lah Irah, semua
pelakon korea kau suka.” Fatia bangun semula, nak tidur tapi matanya tak boleh
nak lelap la pula. Fatia mula membuka langkah, ingin balik semula ke biliknya.
“Nak ke mana tu, tak kan dah nak
tidur, baru pukul sepuluh.” Nadira yang dari tadi diam mula membuka mulut,
bukan main syok duk memilih cerita korea yang ingin di muat turunya.
“Kau orang buat la kerja kau orang
tu, aku nak balik bilik.” Fatia menyambung langkah, pintu bilik Munirah dibuka.
“Okey,
good night.” Munirah turut turun dari katil, matanya mula memandang skrin
laptop dengan perasaan teruja, muat turunnya sudah selesai, apa lagi, mulalah
kegiatan kegemarannya.
Bab 24
Bas yang
berhenti hanya dipandang tanpa perasaan, tiada tanda-anda mahu naik. Orang
ramai yang ada di pondok menunggu bas itu mula mengatur langkah, beratur penuh
tata-tertib untuk menaiki bas.
Fatia masih duduk di situ, hari ini
dia terpaksa balik kerja sendiri, kawan baiknya si Munirah outstation selama dua hari, tengah hari tadi Munirah dan beberapa
pekerja yang berkaitan telah berangkat ke Perak, nak melihat projek yang baru
siap di sana, nanti nak kena buat pemasaran pula.
Jam ditangan dipandang lagi, baru
pukul lima setengah, kalau aku singgah dekat Jusco ni sempat lagi, malas la
balik awal-awal, bukan ada siapa pun dekat rumah, Nadira kalau hari jumaat
memang balik rumah keluarganya di Hulu Klang, hari ahad baru nampak batang
hidung.
Jalan raya direnung semula, manalah
teksi ni, satu pun tak nak lalu, nak naik bas tak pandai pula, terpaksa la naik
teksi walaupun kena bayar tambang mahal sikit.
Fatia bangun, dia menjeguk ke arah
jalan raya yang agak sibuk pada petang itu, kakinya melangkah ke depan sedikit,
biar teksi yang lalu nampak dirinya di situ. Fatia mula senyum apabila sebuah
teksi berhenti betul-betul di depannya, lega hati aku, tak payah nak tunggu
lama-lama lagi. Dia melangkah masuk sambil berdoa, semoga takde la berlaku
apa-apa yang buruk dekat dirinya, naik teksi sorang-sorang pun bahaya juga
walaupun hari masih cerah.
Bangunan Jusco dipandang sambil
tersenyum, sampai juga dengan selamat, kira aku dah pandai berdikari la, tak payah
nak ajak si Munirah kalau nak kemana-mana, boleh datang sendiri naik teksi,
hehe.
Dia melangkah masuk, kaki dibawa
terus ke bahagian yang menjual barangan peribadi. Semua barangnya sudah habis,
kalau nak tunggu Munirah balik memang mandi tak bersabun la nanti, silap-silap
pinjam sabun si Munirah.
Setelah siap membuat pembayaran,
Fatia terus membuka langkah, niat di hati nak balik terus tapi bila
terpandangkan iklan movie terbaru
dekat dinding mall, dia mula berubah hati, kalau layan movie kejap okey kut,
lagipun baru pukul enam suku, aku pun tengah cuti, tak payah nak fikir tentang
sembahyang maghrib.
Fatia senyum, buat kerja gila
sorang-sorang pun best juga, boleh
pilih cerita yang aku nak tengok, kalau datang dengan Munirah mesti dia yang
pilih cerita, aku kena setuju je. Kali ini aku punya suka nak pilih yang mana.
Fatia merenung skrin yang memaparkan tajuk cerita yang akan ditayangkan kejap
lagi, cerita apa aku nak tengok ni. AKU ADA KAU ADA, macam best je, kira boleh je la.
Dia mula beratur untuk membeli
tiket, nasib takde orang sangat, kalau tak memang terus terbatal niat nak
menontong wayang ni. Fatia melangkah masuk ke dalam panggung wayang, keadaan
panggung yang tak berapa nak penuh membuatkan dia tersenyum, bebas sikit kalau
nak gelak kuat-kuat pun.
Fatia memandang
langit yang sudah gelap, lututnya kini macam nak tercabut, menggigil bila
memikirkan tentang dirinya yang masih tercegat di depan pintu Jusco. Dia
menoleh, memandang ke kiri, kemudian ke kanan, tak nampak satu teksi pun kat
sini, aduh, matilah aku, macam mana nak balik ni.
Itulah, siapa suruh gatal nak tengok
wayang, sekarang tengok apa jadi, dah la gelap ni, macam-macam boleh jadi. Jam
tangan di jeling sekilas, baru nak masuk pukul 8.45 malam, bukannya pukul 11.00
malam, relax Fatia, malam masih muda,
mesti ada punya teksi, yang penting jangan kalut, dia membebel sendiri.
Kaki dibawa ke tempat menunggu bas,
kalau tunggu kat situ mesti ada teksi yang berhenti kan, Fatia senyum, siapa
cakap Fatia tak boleh berdikari, sekarang tengok, memang dah boleh kalau nak
jalan-jalan sendiri, tak risau pun, huhu.
Kaki
yang dibawa ke tempat menunggu bas tiba-tiba berhenti melangkah, matanya
terpandangkan restoran di sebelah kirinya, apa kata aku beli makanan dulu,
nanti dah sampai dekat rumah tak payah nak fikir tentang makanan, tinggal nak
makan je.
Dia
mula mengatur langkah ke arah restoran itu, matanya melilau mencari meja
kosong, ramai juga orang makan dekat sini, mesti sedap masakan dia ni, Fatia
melangkah ke arah meja kosong yang agak tersorok dari meja lain, plastik yang
dijinjit dari tadi diletakkan di atas kerusi di sebelahnya.
Fatia
senyum bila pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan, air milo dipesan
untuk diminum dekat situ manakala nasi goreng cina disuruh bungkus, takut nanti
makin lambatlah dia balik kalau makan dekat situ.
Air
milo yang baru dihantar tadi disedut laju, tekaknya dari tadi dahaga tapi
disebabkan kalut memikirkan cara untuk pulang ke rumah, hilang terus rasa
dahaganya itu. Sambil-sambil menunggu pesanan nasi gorengnya siap, dia mencapai
telefon bimbitnya di dalam handbag,
ingin update statusnya kepada
Munirah, nak bagitahu yang dia kini sedang berjalan-jalan seorang diri, biar
Munirah tahu yang Fatia kini sudah pandai berdikari, kalau setakat jalan di
sekitar bandar KL ni dah ada dalam tangan je.
“Hai,
boleh saya tumpang duduk sini?”
Fatia
menoleh, memandang jejaka yang menegurnya dengan muka takut, alamak, siapa pula
ni, dah la aku sorang-sorang, itulah nak belagat sangat dengan Munirah tadikan.
“Dari
tadi saya tunggu tapi takde meja yang kosong, semua dah penuh.” Jejaka itu
bersuara lagi.
Fatia
pandang tanpa reaksi, tak tahu nak cakap apa, penampilan jejaka di depanya itu
diamati, pakai baju tshirt lusuh, dengan seluar jeans koyak dekat lutut, mat
rempit manalah ni.
“Boleh
ke tak?”
Fatia
sengih tak ikhlas, nak jawab apa ni, kalau cakap tak boleh kan lain pula
jadinya, kalau cakap boleh pun susah juga, aduh, nasi goreng pun lambat betul
nak sampai, cepatlah, aku dah tak sanggup nak tunggu ni.
“Cuba
awak tengok dekat situ.”
Jejaka
di depannya itu menunjukkan ke suatu arah, Fatia hanya menurut, menoleh dengan
muka tak bersalah, layan jelah.
“Itu
tempat favorite saya, selalu saya
makan dekat situ, tapi malam ni penuh la pula.” Jejaka itu menyambung lagi.
Dia
hanya mengangguk, tidak tahu reaksi apa yang perlu ditunjukkan, airnya dicapai
lalu disedut lagi. Fatia menoleh memandang pelayan yang berjalan ke arahnya
dengan membawa nasi goreng di tangan, yes,
dah sampai, takdelah kena melayan mamat yang entah dari mana ni lama-lama.
Fatia
mencapai pursenya lalu mengeluarkan
duit lima puluh ringgit, takde duit kecil la pula, ni yang paling kecil. Fatia
mengeluh, dia terpaksa menunggu lagi sekejap untuk mengambil duit bakinya,
pelayan yang melangkah ke kaunter bayaran bersama duit lima puluh ringgitnya
direnung lama, cepatlah jalan tu, aku dah nak balik ni, nasib dah nak hujung
bulan, kalau awal-awal bulan memang keep
the change je.
Fatia
mencapai gelas yang berisi separuh air milonya, dia menyedut perlahan, kepalanya
yang berdenyut tiba-tiba dipegang dan diurut perlahan, kenapa pula ni, penat
sangat berjalan ke sampai sakit kepala.
“Awak
okey ke?” Jejaka di depannya bertanya sambil tersengih.
Fatia
memandang kaunter bayaran semula, lambat betul la pelayan ni, kepala aku pun satu,
time nilah dia nak pening.
“Kalau
awak tak okey biar saya hantar awak
balik.”
Fatia
masih tidak bersuara, matanya masih tertumpu ke arah kaunter bayaran. Otaknya
mula berfkir perkara yang bukan-bukan, hatinya semakin gundah, ya Allah,
selamatkan hamba mu ini.
Bab 25
“Hai Fatia, dah lama ke tunggu, sorry la, lambat sikit.”
Fatia menoleh laju, matanya dipejam
celik dua tiga kali, patutlah macam kenal suara tadi, rupanya suara mamat ni,
apasal pula nak berlagak baik dengan aku ni, ke mamat ni betul-betul dah sewel.
“Hai, saya Rayyan, tunang Fatia.”
Rayyan mula memperkenalkan diri kepada jejaka di depan Fatia.
“Hai, takpelah, saya dah lambat,
pergi dulu okey.” Jejaka itu bangun
dan terus menuju ke arah geng-gengnya yang dari tadi hanya memerhati, apa lagi,
semua bangun dan terus berlalu dengan menaiki motor, mat rempit rupanya.
Rayyan sengih sumbing, dari tadi dia
melihat gelagat lelaki itu dengan Fatia, dan dia macam ternampak lelaki itu
memasukkan sesuatu ke dalam air Fatia tadi. Mula-mula memang dia nak biarkan
je, tapi kalau jadi apa-apa dekat minah tu macam mana, kesian nanti.
Fatia bangun apabila pelayan
menghulurkan duit bakinya, plastiknya dicapai dan dia terus berlalu, takde mood
nak bertekak, kepalanya asyik pening dari tadi, rasa macam nak pitam tapi
digagahkan juga kaki melangkah ke perhentian bas.
Rayyan hanya memandang dengan muka
tak bersalah, dia hanya membiarkan Fatia melangkah, jalan dah tak betul pun nak sombong lagi,
berlagak tak kena tempat betul minah ni. Dia turut bangun, melangkah ke kereta
yang diparking di depan restoran.
“Jom aku hantar kau balik.” Rayyan
mencapai plastik di tangan Fatia lalu menarik Fatia ke keretanya yang diparking betul-betul di depan Fatia yang
sudah duduk di bangku perhentian bas.
“Heh apa ni!” Fatia cuba menarik
semula tangannya tapi macam tak bermaya je gayanya.
“Jangan nak berlagak boleh tak, ke
kau nak tidur dekat sini, aku nak tolong pun dah cukup baik ni.” Rayyan menarik
tangan Fatia semula lalu dibukakan pintu kereta.
Rayyan memandu tanpa arah, Fatia di
sebelahnya sudah lena, kesan ubat yang dimasukkan oleh mak rempit tadi kut. Nak
hantar kemana minah ni, dah la aku tak tahu rumah dia dekat mana, tadi kenapa
aku tak tanya alamat rumah dia siap-siap, tak kan nak tanya nenek kut, nanti
panjang pula soalannya.
Fatia direnung lagi, tak kan nak
campak kat tepi jalan kut, hish, aku tak sejahat tu, alang-alang dah tolong
biar aku tolong sampai dia selamat. Kereta dipandu menuju ke kondominiumnya,
itulah tempat paling selamat rasanya, nak bawa balik rumah nenek nanti apa pula
kata orang tua tu, nak bawa balik rumah keluarganya kan nanti mummynya syak
yang bukan-bukan pula.
Kereta diparking di tempat yang disediakan. Pintu kereta dibuka, dia keluar
lalu melangkah ke arah pintu sebelah, muka Fatia yang sedang lena direnung
lama. Nak kena angkat ke minah ni, Rayyan masih kaku di situ, tak kan nak
biarkan dia tidur dalam kereta kut.
Tubuh Fatia dikendong lalu dibawa ke
dalam kodominiumnya, dia membuka pintu bilik utama dah membaringkan Fatia di
atas katilnya, dia duduk seketika untuk melepaskan lelah, berat betul minah ni,
makan batu ke hari-hari.
Rayyan keluar lalu duduk di ruang
tamu, perutnya mula berbunyi, dia belum sempat menjamah makanan dari petang
tadi lagi, habis sahaja kerja tadi dia terus ke KL, hajat di hati nak bermalam
di rumah nenek tapi niatnya tak kesampaian lagi kali ini, sampai-sampai je dah
terpacak kereta Haikal di tempat letak kereta, terus hilang mood, tak ingin dia
nak duduk sebumbung dengan sepupunya itu.
Haikal
pun satu, dah jadi penduduk tetap rumah nenek ke, asyik ada je muka dia dekat
situ. Keretanya terus di bawa ke restoran kegemarannya tapi tak sangka, Fatia
yang ditemuinya.
Rayyan keluar, dia melangkah ke
keretanya semula. Dia baru teringat yang tadi Fatia ada membeli nasi goreng,
kalau dia makan pun apa salahnya, kira belanja la tu. Kalau nak tunggu Fatia
sedar entah bila, baik dia je yang makan, nanti kalau basi membazir je kan.
Rayyan
mencapai remote lalu TV dionkan, perutnya sudah kenyang tapi matanya
masih segar, tiada tanda-tanda mahu tidur. Malam ni terpaksa dia beradu di atas
sofa sahaja, rumahnya hanya ada satu katil, tak kan nak kongsi katil dengan
Fatia pula, cari nahas tu namanya.
Jam telefon yang
berbunyi menganggu tidur Rayyan yang tak berapa lena, dari semalam dia asyik
terjaga, tidak selesa dengan keadaan tempat tidurnya. Dia bangun malas,
pinggangnya terasa lenguh dan sakit, dah la sofanya pendek, lenguh kakinya
asyik terjuntai dari semalam, Rayyan menggeliat malas, satu badannya terasa
sakit.
Rayyan masuk ke biliknya dan terus
menuju ke bilik air, kalau berlengah lagi kan terlewat pula solat subuhnya. Dia
melangkah keluar, mencapai sejadah lalu mengatur langkah ke ruang tamu, nak
bersolat di dalam bilik macam segan pula walaupun Fatia tidur tak sedarkan
diri.
Dia masuk semula sesudah selesai
solat subuh, jam di dinding biliknya dipandang sekilas, dah nak dekat pukul
tujuh ni, minah ni tak reti nak bangun ke? Sedap betul dia tidur.
Rayyan melangkah ke katil, muka
Fatia direnung lama, hidup lagi ke tak minah ni, dari semalam tak bergerak pun,
posisi tidur pun sama je macam semalam. Ubat apa yang budak tu bagi semalam,
dadah ke apa, ke dah overdose minah
ni.
Rayyan mengamati muka Fatia dari
jarak yang lebih dekat, dia mengurut dada, hidup lagi, lega hati aku, kalau tak
memang jadi kes tergemparlah, habis rosak nama baik aku.
Dia melangkah ke meja kerjanya
sambil mencebit bibir, masih mahu mengejet walaupun Fatia tak mungkin dapat
melihat aksinya itu. Kalau aku takde semalam memang kau kena akikah la dengan
mat-mat rempit tu, musnah la hidup kau, nanti tak pasal-pasal aku pula yang
kena bertanggungjawab.
Rayyan
melangkah semula ke katil, nak buat kerja macam malas pula, kalau hari-hari
cuti biasa memang dia sambung tidur je, tapi tak kan nak tidur dekat sofa lagi,
tak selesa langsung. Rayyan sengih, kaki melangkah menghampiri katil, dia mula
memanjat katil lalu baring di sebelah Fatia yang diam tak berkutip itu, kalau
dia tahu aku baring sebelah dia ni memang masak aku kena maki dengan dia kut,
silap-silap ada dia cincang aku hidup-hidup.
Alah, bukan dia sedar pun aku baring
dekat sini. Rayyan mengeliat perlahan, membetulkan segala sendi-sendinya yang
sakit, bestnya dapat baring dekat
katil, baru terasa nikmat. Baring kejap je, nak rehatkan otot badan, lepas ni
aku bangun la.
Bab 26
Fatia yang baru
terjaga menggosok matanya malas, keadaan bilik diperhati sambil berfikir, bilik
siapa pula ni, bilik Munirah ke? Tapi kenapa lain macam, bila masa dia renovate bilik ni, tak bagi tahu aku
pun.
Fatia duduk di katil, tangannya
meraba kepalanya yang masih ditutupi tudung. Aku tidur dengan tudung ke
semalam, pakai baju kurung pulak tu, tak sempat nak tukar ke? Penat sangat ke
aku kerja semalam sampaikan balik je aku terus tidur.
Dia memandang sekeliling bilik lagi,
betul ke ni bilik Munirah, macam pelik je aku tengok, besar semacam je bilik
ni, katil pun besar. Matanya turut dibawa ke katil, dia mengamati katil yang
bersaiz king dengan muka pelik dan
terkejut.
“Aarrrrhhh……….., apa kau dah buat?”
Fatia terjun dari katil dengan
pantas, tindakan refleck apabila
ternampak batang tubuh Rayyan yang tidur lena di sebelahnya. Fatia membetulkan
tudung dan bajunya, Rayyan dipandang dengan muka marah, tunggu masa nak meletup
je.
“Yusof…..” Fatia menjerit kuat.
Sedap betul dia tidur, siap tarik selimut lagi. Fatia mencapai bantal lalu
tubuh Rayyan dipukul agak kuat, memang sesuai dengan tahap kemarahannya saat
ini, tak kan nak pukul manja-manja pula kan.
“Yusof, apa kau dah buat, lelaki tak
guna.” Fatia menjerit lagi, nyaring sungguh bunyinya.
Rayyan yang terkejut dengan gangguan
dari suara Fatia terus terduduk di katil, dia memegang dada, apalah minah ni,
nak jadi tarzan ke apa, ingat rumah aku ni dalam hutan ke.
Rayyan menoleh, matanya membulat
apabila terpandangkan Fatia yang berdiri bercekak pinggang, dia memandang katil
tempat dia tidur pula, Rayyan mula telan air liur, apa aku dah buat.
Pakaian yang membaluti tubuhnya
diperiksa, masih lengkap dengan baju dan seluar, fuh, lega, aku masih teruna.
“Wow Yusof, kau tak payah nak duduk
dekat katil tu macam kau pula yang jadi mangsa rogol.” Fatia gigit bibir, geram
bila melihat aksi Rayyan, macam aku pula yang ambil kesempatan dekat dia,
padahal dia yang ambil kesempatan dekat aku.
“Kau dengar ke tak?”
Rayyan melangkah turun dari katil,
dia menghampiri Fatia dengan muka tak bersalah.
“Kau cakap elok-elok sikit, aku tak
buat apa-apa pun dekat kau, aku pun tak ingin la.”
“Habis yang kau tidur dekat sebelah
aku tu apa, kau ingat aku ni sama dengan perempuan yang kau angkut ke hulu ke
hilir tu ke, senang-senang kau nak bawa ke katil?” Fatia menjawab berani,
matanya tajam memandang ke arah Rayyan.
“Jaga mulut kau sikit, sejahat-jahat
aku pun tak pernah aku bawa anak dara orang ke katil.” Rayyan menjawab kuat,
pantang kalau dirinya dituduh yang bukan-bukan.
“Habis tadi tu apa, kenapa kau tidur
sebelah aku, kenapa kau tidur dekat katil tu?” Fatia menyoal panjang.
Rayyan diam, tapi masih tayang muka
garang, kenapalah boleh tertidur tadi, apa aku nak jawab ni, tak kan nak
mengaku salah kut, mana boleh, tak mungkin aku mengalah dengan minah angin satu
badan ni.
“Suka hati aku la nak tidur dekat
mana, rumah aku, katil aku kan.”
Fatia seperti baru tersedar, rumah
dia? Katil dia? apa aku buat dekat rumah dia ni? Tak kan aku ikut dia balik
kut, hish, mati hidup balik pun tak mungkin aku senang-senang nak ikut mamat ni
balik rumah dia.
“Kenapa? baru ingat apa yang berlaku
semalam?” Kini giliran Rayyan mula mengemukakan soalan.
Fatia garu kepala, apa dah berlaku
semalam? Semalam aku pergi Jusco kan? lepas tu aku tengok wayang, lepas tu aku
singgah beli makanan, lepas tu…alamak, baru aku ingat.
“Kalau aku takde semalam, memang
jadi sejarah hitam dalam hidup kau, silap-silap hari ni kau bunuh diri, dah
malu nak hidup.” Rayyan mula berhujah, muka Fatia direnung sinis, kemenangan di
pihaknya.
“Kau sepatutnya ucap terima kasih
dekat aku, kalau takde aku hidup kau memang malang.” Rayyan masih menyambung.
Fatia
mula tayang muka bermacam reaksi, geram ada, malu ada, lega pun ada sebab takde
jadi apa-apa ke atas dirinya. Tapi kenapa Rayyan yang perlu selamatkan dirinya,
kenapa bukan orang lain, aduh, makin berlagaklah mamat ni dengan aku.
“Kenapa?
Tiba-tiba dah jadi bisu?”
Fatia
masih diam, mulutnya berat hendak menjawab segala pertanyaan Rayyan, jawab pun
tak guna, nanti dia juga yang kalah, baik diam, atau aku blah je dari sini.
Fatia
memandang sekeliling bilik, mencari handbag
dan barang-barangnya, handbag dah nampak
tapi barang-barang aku mana? Tak kan tertinggal kut semalam, alah, rugi la duit
aku.
Dia
mencapai handbag lalu keluar tanpa
sepatah kata. Perlu ke ucap terima kasih dekat mamat tu? Entah-entah dia pun
sama dengan jantan semalam, nak ambil kesempatan, kalau tak kenapa dia tidur
sebelah aku. Tapi dia dah selamatkan maruah aku, ah, biar jelah.
Fatia
melangkah ke taman, masih tidak tahu dimana dia berada sekarang. Macam pernah
datang je dekat taman ni, tapi dekat mana ek, macam pernah tengok kawasan ni,
tapi kat mana, aduh, time-time nilah
nak lupa.
Fatia duduk di bangku, cuba untuk relax, dah la muka tak basuh,
entah-entah tahi mata pun masih ada, tapi itu tak penting, sekarang apa yang
penting adalah dia kena balik ke rumah, ya balik rumah dan blah dari tempat ni.
Yes,
aku dah ingat, ni kan kawasan kondominium tempat Nadira tinggal dulu, baik aku
blah cepat, naik teksi terus ke rumah, lupakan apa yang berlaku, kalau Munirah
tahu ni memang naya, entah-entah aku tak dibenarkan keluar rumah langsung.
Dari tadi dia
termenung, sampai-sampai je dekat rumah dia terus berkurung di dalam bilik,
makan tidak, mandi pun tidak. Kejadian semalam dan pagi tadi masih bermain di
fikirannya. Memang nasib masih menyebelahi dirinya, kalau tidak, dia pun tak
tahu apa yang akan dilakukan, mungkin betul kata Rayyan tadi, dia mungkin akan
bunuh diri. Hish, tak mungkin, aku masih ada iman.
Fatia bangun, mencapai tuala dan
berlalu ke bilik mandi. Terpaksalah aku pinjam sabun Munirah, semua barang yang
aku beli dah hilang, buang masa betul keluar shopping semalam. Itulah, berlagak sangat nak keluar sorang-sorang,
kan dah kena batang hidung sendiri.
Selesai sahaja mandi, dia melangkah
ke dapur, perutnya kosong sejak semalam, tapi macam takde selera nak makan,
masih trauma kut. Fatia mencapai maggi di dalam almari, itu je yang ada kat
dapur, nak masak nasi pun takde mood.
Fikirannya melayang lagi, dia
melangkah ke bilik semula lalu laci meja solek dibuka. Cincin berlian yang
disimpan rapi diambil, fikirannya mula nekad, mahu memulangkan semula cincin
itu kepada nenek dan selepas ini dia tak akan ada kaitan dengan nenek dan
Rayyan lagi.
Tapi kalau nenek tanya aku nak jawab
apa? Tak kan nak cerita apa yang berlaku semalam, silap-silap nenek suruh aku
kahwin terus dengan Yusof, ish, tak nak aku.
Aku cakap je Yusof tu main kayu
tiga, kan aku ada bukti, hehe. Bagus juga idea aku, biar kau rasa Yusof, baru
kau tahu langit tu tinggi atau rendah, biar nenek tahu perangai kau yang
sebenar.
Fatia senyum, cincin dibawa ke jaris
manis, sayang seribu kali sayang, tak dapat aku nak merasa pakai cincin
berlian, nak tunggu beli sendiri, entah bila la dapat pakai.
Bab 27
Munirah mengetuk
pintu bilik Fatia perlahan, sejak dia balik semalam Fatia asyik berkurung di
dalam bilik, keluar pun time nak
makan je, diajak berbual mesti ditolaknya. Munirah membuka pintu perlahan,
tubuh Fatia yang masih terbaring di katil dipandang lama dengan muka penuh
tanda tanya.
Kenapa dengan Fatia ni, ada masalah
ke? Kalau ada masalah mesti dia dah cerita, Fatia ni bukan jenis pendam dalam
hati sorang-sorang. Munirah melangkah masuk, dahi Fatia disentuh, tak panas
pun, tapi kenapa macam sakit je aku tengok.
“Tak nak pergi kerja ke?” Munirah
mula bersuara bila Fatia membuka mata.
“Tak, aku tak larat la.”
“Kau kenapa, demam ke? Tapi dahi kau
tak panas pun.” Munirah duduk di katil.
“Aku pun tak tahu, rasa macam tak
sedap badan je.” Fatia menjawab lemah.
“Jom aku bawa kau ke klinik.”
Munirah mula bangun, tangan Fatia dicapai, mahu menolong kawannya yang sakit itu
bangun.
“Takpe, aku nak rehat je, kejap lagi
okey la ni.”
“Betul ni?” Munirah tayang wajah
simpati, tak pernah dia tengok Fatia sakit sampai macam ni, selalunya budak ni
kuat antibody.
“Betul, kau tak payah risau, kau
pergi la kerja.”
“Okey,
tapi kalau kau perlukan apa-apa, kau call
aku je, nanti aku terus balik.” Munirah menyambung, nak sambung panjang lagi
takut lambat pula sampai office.
“Okey.”
Munirah melangkah keluar, pintu
ditutup rapat dan terus ke arah keretanya, tak kan dia nak minta MC skali sebab
nak jaga Fatia, tapi kesian juga kalau biarkan Fatia sorang-sorang dekat rumah.
Fatia turun dari katil, dia
mengintai di sebalik langsir, yes,
Munirah dah pergi. Dah tiba masanya untuk menjalankan misinya, plan dah diatur
dari semalam, semuanya akan berakhir hari ini.
Tualanya dicapai, langkah kakinya
terus dibawa ke bilik air, dia ingin mandi secepat mungkin. Baju yang sudah
tergantung dicapai dah terus disarungkan, mukanya hanya dicalit make up ringkas, sekarang dia sudah siap
sedia untuk beraksi.
Fatia menekan
loceng villa di depannya, matanya dari tadi tidak lepas memandang, kagum
sungguh bila pertama kali melihat villa nenek si Rayyan di depan mata sendiri,
memang besar dan mewah. Dia masih berdiri di situ, menunggu seseorang yang akan
menjemputnya masuk, tapi kenapa lambat sangat, takde orang ke, ke mana pula
nenek pergi pagi-pagi ni.
“Ya, cari siapa?”
Fatia menoleh, tersenyum memandang
mak cik yang berdiri di sebalik pintu pagar.
“Nenek ada?” Fatia bertanya sopan.
Mak Semah tayang muka blur, nenek?
Ni cucu puan juga ke? Tapi anak siapa pula.
Fatia yang melihat mak cik itu masih
tercengang mula menyambung bicara.
“Saya Fatia, tunang Yusof.”
Mak semah makin musykil, Yusof mana
pula, selama bertahun dia bekerja dengan Puan Karmila takde pula yang nama
Yusof tinggal kat dalam rumah ni, dengar nama Yusof pun tak pernah.
“Eh, maksud saya tunang Rayyan.”
Fatia sengih tayang gigi.
“O, tunang Rayyan, masuklah, kenapa
berdiri kat luar pula.”
Fatia sengih, dah mak cik tak buka
pintu pagar, macam mana saya nak masuk. Fatia menjawab dalam hati, tak berani
nak jawab betul-betul, nanti mak cik tu cakap aku kurang ajar pula.
Pintu pagar besar dibuka secara automatic, Fatia mula melangkah masuk
mengikuti langkah mak cik tadi sambil matanya menoleh kiri dan kanan, satu pun
tak mahu dilepaskan dari pandangan mata, cantik gila rumah ni, memang beruntung
kalau dapat duduk dekat sini.
“Fatia duduk dulu, nanti Mak Semah
panggilkan Puan.”
Fatia tersenyum lalu mengangguk
perlahan, matanya masih melilau ke sengenap ruang, maklumlah, jakun sikit, tak
pernah kakinya melangkah ke rumah mewah macam ni. Selalu dalam TV je dapat
tengok rumah besar macam ni, sekarang boleh tengok dengan mata sendiri. Patut
la Rayyan asyik nak ambil hati nenek je, rupanya ada plan nak ambil harta nenek
juga.
“Jemput minum dulu Fatia, Puan ada
dekat atas, nanti kejap lagi dia turun.” Mak Semah muncul bersama dulang
ditangan.
Fatia mengangguk lagi, macam orang
bisu la pula, terpengun dengan keindahan rumah tu sampai tak terkata.
Minuman yang dihidangkan dicapai,
basahkan tekak dahulu, nanti boleh cerita pajang lebar dengan nenek.
“Fatia,
baru hari ni kamu datang rumah nenek, sebelum ni susah betul, busy sungguh dengan kerja.” Puan Karmila
menyapa lembut dan duduk di sebelah Fatia.
Fatia sengih, ni mesti Yusof yang
reka cerita, takpe, biarkan Yusof dengan cerita rekaannya, biar aku ceritakan
cerita yang sebenar.
“Fatia tak kerja ke hari ni, datang
dengan apa?” Puan Karmila bertanya lagi.
“Hmm, tak kerja, datang dengan teksi
tadi.”
“Kenapa tak cakap nak datang, kalau
tak nenek suruh je Pak Mat tu pergi ambil Fatia dekat rumah, tak payah nak
susah-susah naik teksi.”
“Takpe, Fatia memang tak nak
susahkan siapa-siapa pun.” Fatia gigit bibir, macam mana nak mulakan plan ni.
“Alang-alang dah datang ni biarlah
lama sikit, lepas ni makan tengah hari dekat sini.”
Fatia sengih lagi, sempat ke nak
makan tengah hari, tak kan lepas makan baru nak cerita.
“Hari ni nenek suruh Mak Semah masak
special untuk Fatia.”
“Nek…” Fatia mencelah perlahan, mula
buat nada sedih.
“Kenapa Fatia?”
“Sebenarnya nek, Fatia datang ada
sebab.” Ayatnya mati disitu, biar Nenek tertanya-tanya, baru suspen.
“Kenapa? Sebab apa?”
Fatia gigit bibir, telefonnya
dicapai. “Sebenarnya nek, Rayyan tak….”
Ish,
tak kan nak cakap Rayyan tak setia kut, nanti tak pasal-pasal nenek marah aku
sebab tuduh cucu dia bukan-bukan. Habis nak buat ayat macam mana.
“Tak
apa?” Puan Karmila makin tertanya-tanya.
“Rayyan
tak se…serasi dengan Fatia.” Fatia tunduk, takut nak menghadapi Nenek Rayyan
itu.
“Tak
serasi? Kenapa? Kamu bergaduh ke?” Nada suara Puan Karmila mula berubah, kini
dia guna tone yang agak tinggi pula.
Fatia
kecut perut, aku baru cakap tak serasi dia dah nak marah, kalau aku tunjuk
gambar-gambar Rayyan kejap lagi macam manalah reaksi dia agaknya, ada dia
baling telefon aku ke luar, siapa yang rugi? Aku juga.
“Tak,
kami tak bergaduh pun, tapi kami sibuk dengan hal masing-masing je, takde masa
nak fikirkan pasal hubungan kita orang.” Muka Nenek dipandang sekilas, aduh, mati
aku.
“Alah,
biasalah tu sibuk dengan kerjaya, untuk masa depan juga, tapi kamu berdua kena
pandai bahagikan masa.” Puan Karmila memberi pendapat tanpa diminta.
“Tapi
nek…kami…memang dah tak sehaluan.”
“Fatia,
kalau kamu tak puas hati dengan cara layanan Rayyan biar nenek sendiri yang
tegur dia, biar nenek yang cakap dengan dia.” Puan Karmila cuba memujuk pula.
“Tak boleh nek, dah tak boleh
diselamatkan lagi, Fatia minta maaf nek, ni semua salah Fatia.” Fatia mengambil
cincin di dalam handbagnya lalu diletakan
di dalam gengaman nenek.
“Fatia minta maaf.” Dia mula bangun,
melangkah keluar tanpa menoleh lagi, baik aku cepat-cepat keluar dari sini,
nanti kalau nenek sambung ceramah dia kan panjang mula jadinya. Dia membuka
langkah seribu, secepat mugkin dia berjalan, kalau boleh nak berlari je tapi
macam tak sesuai pula.
Apasal aku cakap
macam tu tadi, sepatutnya aku cakap salah si Yusof tu sebab main kayu tiga, tak
setia dengan aku. Buat penat je aku rangka plan, satu pun tak jalan, alih-alih
aku salahkan diri sendiri. Ah, biarlah, asalkan selepas ni si Yusof dengan
keluarga dia dah takde kaitan dengan aku lagi.
Biarlah
kali ini aku mengalah dengan mamat tu,dia pun dah selamatkan maruah aku, tapi
dia juga telah merosakkan nama baik aku sebab berani tidur dekat sebelah aku.
Fatia menongkat dagu, melepaskan
penat di bangku taman permainan, lepas ni satu lagi situasi yang mencabar perlu
dihadapi iaitu maknya di kampung. Macam mana nak beritahu mak pasal ni, mesti
mak membebel lima hari lima malam ni, memang boleh dijangka tindakan maknya
itu.
Fatia yang sedang berfikir mula
tayang muka terkejut, jantungnya berdebar kencang bila lelaki yang tidak
dikenal tiba-tiba duduk di sebelahnya, dah la takde orang lain, hanya dia
seorang diri yang dari tadi duduk di situ.
Dia mula panik, perkara yang berlaku
tiga malam lepas mula bermain-main di fikirannya. Fatia bangun laju tanpa
sepatah kata.
“Jangan takut, saya bukan nak buat
apa-apa pun.”
Fatia masih diam, dia berundur
selangkah demi selangkah dan terus memecut laju.
“Kejap, jangan lari, saya buka orang
jahat.” Lelaki itu mula mengejar.
Fatia yang melihat lelaki tidak
dikenalinya itu mengejarnya mula kecut perut, dah la larianya agak perlahan,
dengan pakai baju kurung lagi, susah nak melangkah.
“Tunggu kejap.” Lelaki itu mula
menahannya.
Fatia berhenti bila tangan lelaki
itu menghalang jalannya, mukanya pucat, bibirnya terketar-ketar, apa aku nak
buat ni, jerit minta tolong.
“Tolong…tolong…ada perogol nak nak
buat tak senonoh dengan saya.” Fatia menjerit sekuat hati.
“Fatia, saya bukan perogol la, saya
bukan orang jahat.”
Fatia tayang muka terkejut, perogol
ni tahu nama aku, canggih betul perogol sekarang, siap selidik dulu nama mangsa
yang dia nak rogol.
“Fatia, saya kawan awak.” Lelaki itu
menyambung lagi.
Fatia makin blur, siap mengaku kawan
aku lagi, ingat senang-senang aku nak percaya.
“Fatia.” Namanya disebut lagi.
“Awak ni siapa, saya tak kenal awak
la, baik awak jangan ganggu saya, kalau tak saya jerit lagi.” Fatia berundur
tiga langkah, biar jauh sikit kedudukannya dengan lelaki itu, nanti senang
kalau dia nak lari lagi.
“Saya Haikal.”
“Siapa Haikal, saya tak kenal pun,
awak jangan main-main dengan saya, awak tak kenal lagi siapa saya.” Fatia
menjawab laju, suaranya dikuatkan, biar nampak tegas dan berani.
“Hmm, saya….”
“Saya apa? nak menipulah tu, itu
yang terus jadi gagap.” Suara Fatia masih keras.
“Saya
Idaman.”
“Tadi Haikal, sekarang Idaman, awak
jangan nak main-main”. Fatia mula tercengang, Idaman?
“Maksud saya, saya Idaman yang awak
kenal”.
Fatia tayang muka tak percaya,
Idaman? Lelaki ini Idaman yang selalu berchatting
dengannya?
“Betul, saya tak tipu”. Haikal cuba
untuk menyakinkan Fatia.
“Kalau betul awak ni Idaman, cuba
awak bagitahu nama samaran saya dekat YM.” Fatia bertanya kalut.
“Lollipop.” Haikal tersenyum mesra.
Fatia telan liur, boleh percaya ke
ni? tapi macam mana dia tahu aku dekat sini, ish, ni yang aku musykil ni.
“Awak ikut saya ke? Mana awak tahu
saya ada dekat sini?”
Haikal senyum lagi, dia pun tidak
menyangka akan terserempak dengan Fatia, semasa dia sampai di rumah Neneknya
sebentar tadi, dia ternampak Fatia yang berjalan keluar, dia mula mengekori,
habis tergendala rancangan nak lunch
dengan Neneknya hari ini.
“Tak, bukan macam tu, saya ternampak
awak tadi, itu yang saya datang.” Haikal cuba berselindung.
“Awak buat apa dekat kawasan ni,
awak tinggal dekat sini ke?” Fatia masih dengan soalannya, masih belum yakin
dengan lelaki itu.
“Tak, saya lalu je tadi, lepas tu
saya ternampak awak jalan sorang-sorang.”
Fatia diam, berfikir untuk bertanya
soalan seterusnya.
“Kalau awak masih tak percaya takpe,
saya tak paksa awak pun, lagipun bahaya kalau terus percaya lelaki yang kita
tak kenalkan, mana tahu saya ni perogol bersiri ke”.
Fatia garu kepala yang tak gatal,
macam pernah dengar ayat ni, tapi di mana ya.
Bab 28
Munirah
mundar-mandir dari tadi, dia mula risau, sampai je tadi terus dia mengatur
langkah ke bilik Fatia, ingatkan nak jaga kawan baiknya yang sakit tapi yang
tinggal hanya katil kosong, Fatia entah lesap ke mana.
Kata sakit, mana pula dia merayap,
kalau pengsan kat tengah jalan macam mana. Dah la aku kerja halfday hari ni semata-mata nak temankan
dia dekat rumah, alih-alih aku yang jadi penunggu setia rumah ni.
Munirah melangkah ke pintu, meninjau
ke luar, mana tahu Fatia dah balik. Dia melangkah ke pintu pagar, kepalanya
tertoleh ke kiri dan kanan, aduh, manalah Fatia ni. Dia masuk semula, duduk di
sofa sambil berfikir.
Munirah melangkah ke pintu semula
bila terdengar ada kereta berhenti di depan pintu pagar rumahnya. Dia mula
membuka langkah seribu bila ternampak Fatia keluar dari kereta itu sambil
melambai mesra ke arah pemandu.
“Kau pergi mana?”
“Hah, kau buat apa dekat sini?”
Fatia bertanya kalut, bukan ke tadi minah ni pergi kerja.
“Kau kan sakit, ni kau pergi mana?”
Munirah menyoal lagi.
“Aku...pergi klinik tadi.” Fatia
sengih tayang gigi, terpaksa menipu.
“Kau pergi dengan siapa, tadi tu
siapa?”
“Aku pergi naik teksi, lepas tu tadi
aku terjumpa dengan kawan aku, itu yang dia hantarkan aku balik.” Fatia
melangkah masuk.
“Kau ni betul ke sakit, tadi bukan
main lemah aku tengok tapi sekarang sihat terus, macam tak percaya je.” Munirah
mula membuat siasatan.
Fatia gigit bibir, alamak, lupa pula
nak berlakon biar nampak lemah macam tadi, apa nak jawab ni.
“Itulah, lepas jumpa doktor tadi
terus je sihat.” Fatia sengih, dia duduk di sofa.
“Habis doktor cakap apa?” Munirah
turut duduk.
“Hmm…doktor cakap aku….kurang
makan.”
Munirah tayang muka tak percaya,
kurang makan? Siang malam minah ni melantak, lepas makan nasi dia makan roti,
makan biskut lagi, masih kurang makan ke macam tu, habis nak makan berapa
pinggan sehari?
“Kurang makan vitamin.” Fatia
menyambung sambil tersengih bila dilihat Munirah macam tidak percaya dengan alasannya.
“Doktor bagi ubat apa?”
Fatia mula gelabah, tudungnya
dibetulkan, kalau aku cakap doktor bagi ubat kan si Munirah nak tengok ubat aku
pula, nanti kantoi aku menipu.
“Hmm, tak bagi pun.”
“Tak bagi ubat, kau ni pergi klinik
mana, tak pernah aku jumpa doktor tak bagi ubat dekat pesakit dia.” Munirah
makin sangsi.
“Doktor tadi dah bagi list vitamin dekat aku, dia suruh pergi
beli sendiri dekat farmasi.” Aduh! Banyak tanya la pula, makin banyak aku
menipu kalau macam ni.
“Apa punya doktor la macam tu,
kedekut sangat nak bagi ubat dekat pesakit.”
“Hehe, takpelah, nanti aku pergi
beli sendiri nanti, aku cari vitamin yang terbaik.” Fatia bangun, mencapai handbag lalu melangkah ke biliknya,
perutnya dah berbunyi,waktu makan tengah hari dan tiba, tukar baju dulu lepas
ni ajak Munirah keluar makan.
Munirah
melangkah ke dapur, makanan yang dibelinya tadi diletakkan di dalam pinggan.
Nasib baik aku ni kawan yang prihatin, siap beli nasi lagi, kalau tak memang
mati kebulur la minah tu. Memang bertuah siapa dapat kawan dengan aku, Munirah
sengih sendiri, mula nak bangga diri la tu.
Fatia yang berselindung di sebalik
dinding mula tersenyum, memang tepat pada waktunya aku masuk ke dapur, perut
pun dari tadi duk berbunyi, tapi kena cover
sikit, jangan tunjuk yang aku ni gelojoh sangat, kena buat-buat lemah macam
pagi tadi.
“Fatia, jom makan.” Munirah menegur
bila dilihat Fatia melangkah ke dapur.
“Hmm, aku takde selera la.” Fatia
tayang muka sedih, tapi air liurnya mula kecur, sedapnya, lauk ayam masak merah
ni, udang gorang kunyit pun ada, tak sabar nak makan ni.
“Habis siapa nak makan ni, nanti
membazir je aku beli semua ni.” Munirah duduk di kerusi, pinggan dicapai lalu
dia menyedok nasi.
“Nah,
makan sikit.” Munirah masih memujuk.
Fatia
senyum lalu duduk di kerusi, sikit je, aku tengah lapar ni, takpe, kejap lagi
aku tambah sendiri.
“Thanks Irah, kalau takde kau tak tahulah
apa jadi kat aku”. Fatia mencapai lauk dan diletakkan di dalam pinggannya, nasi
disuap laju ke mulut.
“Aik,
tadi takde selera, sekarang makan macam kebulur sangat.”
Fatia
sengih, nasi ditelan perlahan. “Tadi je takde selera, sekarang dah ada balik”.
“Kau
ni, macam-macamlah, suka hati kaulah, janji kau sihat”. Munirah mula mencapai
pinggan, nasi dicedok ke pinggannya sendiri.
“Nak
tambah.” Fatia tayang muka tak malu, pinggannya dihulur ke arah Munirah, cepat
betul dia makan, dah habis nasi sepinggan.
“Macam
ni ke orang takde selera makan, baca bismillah ke tak kau ni.”
“Baca,
dalam hati tadi.” Fatia menyambung sesi makan tengah harinya, kalau macam ni
hari-hari aku rela buat-buat sakit, boleh makan free, siap hidang lagi.
Nombor telefon
didail lagi, tapi belum sempat talian disambungkan dia memutuskan talian
semula. Kaki dibawa ke tingkat, merenung suasana malam dengan hati yang
gelisah, macam mana nak bagitahu mak ni, kalau tak bagitahu kan tak pasal-pasal
mak tahu dari Mak Cik Odah, lagi parah.
Aduh! Susah betul nak cakap, tapi
kalau tak bagitahu lagi susah. Memang dah boleh jangka apa yang bakal
diperkatakan oleh maknya nanti, nampak gayanya memang kena tadah telinga.
Telefon dicapai semula, kali ini dia
nekad, kena bagitahu malam ni juga. Nombor telefon rumah didail dan dia menanti
talian disambungkan dengan hati yang berbelah bagi.
“Hello.”
“Hello, kak long.” Fatia menerjah
laju, memang sangat dikenali suara yang mengangkat telefon itu.
“Tia, kenapa? Kalut je bunyi.”
“Kak long, mak ada?” Fatia mula
kawal nada suaranya, nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan.
“Ada, malam-malam macam ni mak nak
pergi mana, ahli mesyuarat tingkat semua tak datang kalau malam-malam macam
ni.” Farhana menjawab sambil tersengih, sempat lagi nak buat lawak.
“Hmm, Tia nak cakap sesuatu ni.”
Ayatnya mati di situ, dia macam terdengar-dengar suara maknya di talian, tapi
dia tak dapat menangkap apa yang dibebelkan oleh maknya itu.
“Cakap apa?” Farhana makin teruja,
gosip panas ke apa ni.
“Kak long, mak tengah cakap dengan
siapa tu?”
“Biasalah, mak tengah marahkan si
Eisya la tu, tak reti-reti nak pergi buat kerja sekolah, asyik tengok TV je.”
Farhana menjawab sambil memandang adik bongsunya yang tengah tayang muka masam
macam cuka, baru kena marah kan, tak kan nak tayang muka gembira pula.
Alamak! Salah time pula aku telefon, kalau bagitahu mak sekarang memang dengan
aku kena marah sekali.
“Tia, kau nak cerita apa tadi, cepat
la cakap.” Farhana mula mendesak.
“Hmm, macam mana nak cakap ek”.
Fatia garu kepala, nak cakap sekarang ke tak.
“Lah, dan tua pun tak tahu macam
mana nak cakap ke? Cakap pakai mulut la, tak kan pakai hidung kut.” Farhana
mula geram, tadi nak cerita sangat, dah buat orang teruja mula la nak
berdolak-dalih.
“Hmm, macam ni kak long, Fatia
dengan Rayyan dah….”
Farhana tutup mulutnya, terkejut
dengan ayat yang baru didengarnya tadi. Apa dah jadi dengan Fatia ni, tak reti
nak jaga maruah diri ke? Kalau mak tahu ni masak la kau Fatia,
Astagfirullahaladzim, macam ni ke mak ajar kita, tak cukup lagi ke ajaran agama
selama ni.
“Fatia, kau biar betul, macam mana
boleh jadi macam tu, Rayyan kena bertanggungjawab, kau mesti paksa dia
bertanggujawab”.
Hah! Kenapa pula nak suruh dia
bertanggungjawab, Fatia garu kepala, apa kena dengan kak long ni, ni mesti dah
fikir yang bukan-bukan.
“Kak long, jangan nak mengarut boleh
tak, Fatia tak semurah tulah.” Fatia mula geram, aku belum habis cakap lagi dia
dah nak buat kesimpulan sendiri, macam ni ke cikgu.
“Hehe, habis? Apa yang kau dengan
Rayyan dah buat?”
“Kita orang dah putus.” Fatia
menjawab selamba, macam takde perasaan.
“Hah! Dah putus?” Farhana menjerit
kuat, tindakan refleks kut.
“Apa yang putus.” Mak kiah yang
mencuri dengar perbualan mula mencelah.
Fatia yang mendengar suara maknya
disebalik talian mula telan liur, talian diputuskan serta-merta. Kus semangat
aku, kak long pun satu, kalau ia pun terkejut, tak payahlah nak jerit
kuat-kuat.
Farhana mula kalut, asyik bersembang
sampai tidak sedar maknya ada di belakang.
“Kenapa, apa yang putus?” Mak Kiah
mengulangi soalannya tadi.
“Hmm, talian ni mak, dah terputus,
tak sempat nak berbual panjang.” Farhana sengih tayang gigi.
“Siapa yang telefon malam-malam
macam ni?” Mak Kiah masih bertanya.
“Fatia.”
Farhana melangkah ke meja semula, menyambung kembali kerja-kerja menyemak buku
latihan anak muridnya yang tergendala tadi.
“Kenapa, ada masalah ke Fatia dekat
sana?” Mak Kiah turut duduk di meja.
“Hmm, entah, tak sempat nak berbual
panjang pun, kredit dia habis kut.” Farhana gigit bibir, tak mungkin dia akan
membuka mulut depan maknya itu, nanti tak pasal-pasal meletuplah gunung berapi
malam-malam macam ni. Masalah Fatia, biar Fatia settle sendiri, dia tak mahu masuk campur.
Fatia baring di katil, telefonnya
direnung tanpa reaksi, dengar sahaja suara maknya, hilang terus kata-kata,
tergendala lagi rancangan untuk memberitahu hal sebenar. Mak, maafkan Tia,
kalau Tia dengar cakap mak dulu, mesti Tia tak payah nak tanggung dosa menipu,
kalau Tia tak setuju nak bertunang dulu, mesti Tia tak payah kenal dengan
Rayyan tu, mesti semua ni tak kan jadi kan mak.
Tapi kalau aku tak bertunang
agak-agak apa jadi, entah-entah aku jadi bini nombor dua Encik Kamal, ish,
selisih, tak mungkin. Bunyi deringan telefonnyanya menandakan ada sms yang baru
diterima membuatkan Fatia terduduk, kak long ke yang hantar SMS? Dia dah bagi
tahu mak ke? Entah-entah kak long hantar SMS sebab nak cakap mak tengah
mengamuk sekarang.
Fatia mencapai telefonya lalu
pesanan ringkas itu dibaca, Fuh, lega, ingat kak long tadi, tapi ni siapa pula,
macam kenal je nombor ni.
‘Hai Fatia, dah tidur ke, kenapa tak
online, I waiting for you just now’
SMS dibaca dengan muka terkejut,
Idaman ke? Habis siapa lagi nak tunggu aku online
kan. Fatia senyum, hilang terus rasa takut dan gerun tadi, kini hatinya
mula riang, dah nak tumbuh bunga dah kut, ish, awal sangat tu, hatinya masih
belum bersedia untuk bercinta.
Siang tadi mereka sempat berbual,
kali pertama bertentang mata setelah agak lama berchatting, boleh tahan juga mamat tu, bercakap pun sopan gila,
ala-ala lelaki melayu terakhir gitu.
Fatia menekan-nekan keypad
telefonnya, cuba mengatur ayat untuk membalas.
‘Sorry, busy sikit, tak sempat nak online’
Dia baring semula, masalahnya
dilupakan terus, kini fikirannya dipenuhi dengan Idaman dan perbualan mereka
siang tadi, dia tersenyum sendiri.
Bab 29
Pintu keretanya
dibuka kalut, dia terus melangkah ke pintu utama, risau dan takut kalau ada
apa-apa yang berlaku kepada nenek. Petang tadi dia menerima panggilan telefon
dari neneknya itu, dia disuruh datang secepat mungkin, tapi taklah cepat sangat
dia datang, dah nak dekat pukul sepuluh malam baru nampak batang hidung.
“Nenek.” Rayyan memanggil laju
sambil melangkah ke dalam rumah, dia tertoleh-toleh ke dapur dan kemudian ke
tingkat atas, mungkin nenek berehat dekat bilik.
“Nenek dekat bilik bacaan.” Mak
Semah yang membukakan pintu untuknya tadi menjawab laju.
Rayyan terus melangkah, memanjat
tangga secepat mungkin. Pintu bilik bacaan di ketuk dan dia terus masuk.
“Nenek.” Rayyan menyapa sopan.
“Rayyan, kenapa lambat sangat, nenek
ingat kamu tak datang.” Puan Karmila tersenyum memandang cucunya itu, sambil
menyuruh Rayyan duduk di depannya.
“Hmm, Rayyan ada kerja sikit tadi
nek.”
Puan Karmila mengangguk perlahan,
mukanya nampak tak bersemangat, selalu kalau Rayyan datang ada sahaja cerita
yang nak dikongsi dengan cucunya itu. Album gambar pertunangan Rayyan yang
dilihatnya dari tadi ditutup dan ditolak ke tepi.
“Kenepa nek, nenek sakit ke.” Rayyan
bertanya, mula risau dengan keadaan neneknya.
“Taklah, nenek sihat.” Puan Karmila
cuba tersenyum, tapi nampak macam hambar sahaja.
“Tapi kenapa Nenek nampak lain je,
Nenek ada masalah ke?”
Puan Karmila cuba tersenyum lagi,
cincin bertunangan yang dipulangkah oleh Fatia siang tadi diletakkan di atas
meja.
“Kamu ada masalah dengan Fatia ke?”
kali ini Puan Karmila pula yang bertanyakan soalan yang sama kepada Rayyan.
Rayyan telah liur, minah tu dah
pulangkan cicin, pandai pun nak pulangkan balik cincin tu, ingat nak simpan
buat harta.
“Rayyan, kenapa kamu diam?”
“Hah! Hmm…Fatia cakap apa dengan
nenek?” Rayyan mula risau, kalau minah tu cerita yang bukan-bukan memang
habislah aku.
“Dia cuma cakap kamu berdua tak
serasi.” Puan Karmila menjawab lemah, mungkin kecewa dengan apa yang berlaku.
Rayyan lega, nasib dia cakap macam
tu. Tapi kenapa dia cakap macam tu? Tak berani ke nak cakap berkara yang
sebenar, hari tu berani sangat ugut aku, siap nak tunjuk bahan bukti lagi,
cakap je lebih minah tu.
“Rayyan, kamu ada masalah ke dengan
Fatia?” Puan Karmila menyoal lagi, dari tadi dilihat cucunya itu asyik
termenung, kecewa kut bila hubungan terputus di tengah jalan.
“Hmm, Fatia memang tak serasi dengan
Rayyan nek.” Rayyan menjawab laju.
“Nenek nak sangat tengok Fatia
kahwin dengan cucu Nenek, tapi nak buat macam mana, tak kan nak paksa kalau
Fatia tak nak kan.” Puan Karmila bernada kecewa lagi, wajahnya ditundukkan
sedikit.
Rayyan senyum, lega hatinya bila
mendengar ayat yang baru dituturkan oleh Nenek kesayangannya itu. Lepas ni dia
tak payah nak risau lagi, semuanya akan tamat setakat ini sahaja.
“Nak buat macam mana nek, Rayyan pun
kecewa dengan Fatia, sampai hati dia buat Rayyan macam ni.” Rayyan mula nak
buat ayat sedih, nak tarik perhatian nenek la tu.
“Kamu pujuklah Fatia, mana tahu
sebenarnya dia merajuk dengan kamu, bukan nenek tak tahu Rayyan tu asyik sibuk
dengan kerja, sampai nak ajak Fatia keluar pun tak sempat.”
“Hmm, tengok la nanti nek.” Rayyan
garu kepala, nak suruh aku pujuk, huh, tak mungkin.
“Apa pula tengok nanti, kena pujuk
sekarang, nanti kalau tunggu lama-lama kan makin susah pula.” Puan Karmila
tayang muka gembira pula, mana tahu ada peluang untuk sambung semula hubungan
yang terputus.
Rayyan sengih tak ikhlas, kepalanya
diangguk tapi hati menggeleng. Cincin yang dihulurkan oleh nenek disambut lemah.
Tak mungkin dia akan melakukan apa yang disuruh oleh nenek, tapi saja je dia
ambil cincin tu, nak tunjuk konon-kononnya dia nak pergi pujuk Fatia.
“Baiklah nek, nanti Rayyan pujuk
Fatia.”
Nenek yang mendengar terus menguntum
senyum, memang cucu yang mendengar kata, tak pernah menolak apa yang
disuruhnya.
Bab 30
Fatia melangkah
ke pantry lagi, kali dah masuk tiga
kali dia ulang alik, tak senang duduk rasanya kalau masih tak menceritakan
perihal pertunangannya yang terputus itu kepada Mak Kiah. Dia membawa mug yang berisi air kopi ke meja, dia
duduk memandang komputernya, data-data yang perlu dikemaskini dibiarkan sahaja,
takde mood nak menyambung kerja.
Telefon bimbitnya dicapai, keypad ditekan, ingin menghantar pesanan
ringkas.
‘Kak
long, nanti tolong bagitahu mak hal semalam okey’
SMS dihantar, tak sanggup rasanya
nak bagitahu maknya sendiri, kalau guna orang tengah lagi okey kut, takdelah dia kena tadah telinga nanti, biar kak long yang
tadah telinga, hehe.
‘Takde maknanya, cakap sendiri’
Pesanan ringkas yang baru diterima
dibaca teruja, dia mula tayang muka takde mood semula, ingat dah settle masalah.
‘Bolehlah
kak long, Tia tak berani la, kak long je yang boleh tolong Tia, hanya kak long
yang Tia harapkan, Tia takut mak marah, kalau dengan kak long mak mungkin okey sikit’.
Dia menaip lagi, cuba memujuk
kakaknya itu, kalau kak long tak setuju, terpaksalah dia membuka mulut sendiri.
Apalah nasibnya nanti, entah-entah baru buka mulut maknya terus bagi ceramah.
Matanya masih menatap skrin
handphonenya, menanti balas dari Farhana. Hatinya masih berdebar-debar, takut
dan resah. Harap-harap kak longnya termakan dengan kata-kata sedihnya tadi. dia
tahu hati kakaknya itu, sentiasa lembut dah mudah kesian dengan adik-adiknya.
Rayyan tersenyum
bangga, nampaknya plan A sudah menjadi, tak perlu lagi dia memerah otak untuk
membuat plan lagi. Tak perlu lagi nak menipu neneknya, tak perlu lagi menipu
mummynya dan semua ahli keluarganya. Kini dia bebas, yes,kena raikan kemenangan yang baru dikecapinya itu.
“Woi! Dari tadi tersengih-sengih,
tak betul ke apa?” Hafizi menegur, hairan dengan gaya kawannya itu, dapat
projek besar ke apa.
“Apa pula tak betul, aku tengah happy ni.” Rayyan masih tersengih.
“Kenapa, ceritalah, dapat awek baru
ke?” Hafizi mula teruja, dia mula membuka langkah, berjalan ke arah meja
Rayyan.
“Bukanlah, aku nak umumkan yang aku
dah sah putus tunang, now I am single
again.” Rayyan tergelak kecil.
Hafizi turut tergelak, patutlah
gembira sangat, dah putus secara sah rupanya. Rayyanlah satu-satunya orang yang
gembira bila putus tunang, kalau orang lain kecewa separuh mati rasanya.
“Akhirnya, minah tu dah pulangkan
cincin ke?”
Rayyan mengangguk lalu menunjukkan
cincin yang berada dalam tangannya dari tadi, nanti bolehlah dia gunakan cincin
tu untuk melamar awek-awek dia yang lain, jimat budget.
“Habis, nenek kau cakap apa?” Hafizi
yang berdiri di depan Rayyan terus menarik kerusi dan duduk di situ.
“Nenek bagi cincin ni semula sebab
nak suruh aku pergi pujuk Fatia, hehe, mati hidup balik pun tak mungkin aku nak
memujuk rayu perempuan tambah-tambah si Fatia tu.” Rayyan bernada bangga.
“Habis kalau nenek kau tanya kau nak
cakap apa?”
“Aku cakaplah minah tu dah tak nak
jadi tunang aku, aku cakap je minah tu dah ada orang lain, habis cerita.”
Rayyan menjungkilkan kening, tanda bertanya kepada Hafizi tentang plannya itu.
Hafizi mengangguk sambil tersenyum
lebar, bagus idea tu, nama baik Rayyan pun masih terjamin, biar nama minah tu
je yang buruk, lagipun lepas ni si Fatia pun dah takde kaitan dengan Rayyan
lagi.
“So,
malam ni kira dapat makan besar la kan, kau belanja?” giliran Hafizi pula yang
menjungkilkan kening.
“Okey,
aku on je, nanti kau makanlah
puas-puas, aku tengah ada mood nak belanja ni.” Rayyan menjawab laju, bahagia
sungguh nampaknya.
“Nanti aku bawak Inara sekali ek,
kau ajak la Tisya”. Hafizi mula mengatur plan untuk malam ni, kalau mereka
berdua je mana best.
“Tak naklah, aku nak ajak awek cun
yang baru kenal, nama dia Najla, cun wei, kacukan arab.” Rayyan sengih lagi.
“Alah, kalau macam tu aku ajak Dian
jelah, kalau aku bawa Inara mesti dia report dekat Tisya kau bawa perempuan
lain, mengamuk lagi minah tu, nanti telefon akulah yang jadi mangsa dia, malas
aku nak melayan.” Hafizi membebel panjang.
Hafizi bangun, ingin menghantar
pesanan ringkas kepada Dian, malam ni nampaknya date dengan Dian la, Inara kira letak tepi je dulu.
Rayyan masih tersenyum puas, lepas
ni nama Fatia hanya tinggal sejarah, tak mungkin dia akan ada kaitan dengan
minah tu lagi, tak mungkin.
Hafizi melambai
tanganya kepada Rayyan, Dian di sebelahnya hanya tersenyum manis. Malam ni
mereka makan besar nampaknya, menu di tangan direnung lagi, kalau boleh semua
makanan dia nak order.
Rayyan menarik kerusi, mempersilakan
Najla duduk, ala-ala lelaki macho gayanya. Hafizi tersenyum sambil menghulurkan
tangan, tanda perkenalan dengan Najla. Dian juga menurut, menghulurkan tangan
sambil tersenyum.
“Hai, nice to meet you all.” Najla bersuara ceria.
“Nice
to meet you too.”Dian menjawab
sopan.
“Kenapa tak order lagi, kata tadi dah tak sabar nak makan.” Rayyan mencapai
menu di meja.
“Kita orang tunggu kau, mana boleh order dulu, kena tunggu kau yang decide nak makan apa, nanti kalau kita
orang order kan terlebih budget pula.” Hafizi ketawa ceria,
matanya masih menjeling gadis cun di sebelah Rayyan, manalah Rayyan dapat stock cun ni, boleh juga aku cuci mata.
“Malam ni kau cakap je nak makan
apa, takde over budgetpun, budget aku memang lebih malam ni.”
Rayyan turut ketawa.
“Cayalah Bro, ni yang aku tabik ni,
jom order, aku pun dah lapar.” Hafizi
memanggil pelayan, menu dibaca dan disebut satu persatu, kali ni boleh makan
puas-puas.
“Malam ni lepak club nak, dah lama
tak release tension.” Hafizi memberi
cadangan.
“Okey,
no hal.” Rayyan menjawab ceria. Dah mula nak buat kerja-kerja gila.
Sekali-sekala, bukan selalu aku jejak kaki dekat sana, lagipun pergi je, bukan
nak minum atau buat kerja haram pun, Rayyan tersenyum lagi. Hari ini hari yang
paling bahagia bagi dirinya, apa salahnya dia raikan.
Fatia tayang
muka terkejut, SMS yag baru diterimanya dari kak long membuatkan dia menggigil
ketakutan. Nasi goreng yang baru dimakan dua mulut ditolak ke tepi, hilang
terus selera makan.
“Kau kenapa.” Nadira bertanya
hairan, tadi bukan main suruh cepat-cepat siap nak keluar makan, sekarang dah
takde selera nak makan ke?
“Entah kau ni Fatia, tak sedap ke
nasi tu, ke kau nak tambah lagi?” Munirah pula mencelah, setahu dia Fatia ni
makan semua jenis makanan, sedap ke, tak sedap ke dia belasah je.
“Tak lah.” Fatia menjawab pendek,
matanya masih di skrin telefon bimbitnya.
“Dah tu kenapa? Siapa yang hantar
SMS tu?” Nadira bertanya lagi.
Fatia diam, pesanan kak longnya itu
membuatkan dunianya sepi seketika, soalan-soalan yang ditanya oleh
kawan-kawannya itu seperti dengar tak dengar je di telinganya.
“Kau ni kenapa? Siapa yang hantas
SMS? Rayyan ke?” Munirah makin teruja.
Fatia memandang Munirah sambil
menjeling tajam, tolong jangan sebut nama tu lagi, dah tinggal sejarah okey.
“Habis siapa yang hantar SMS?”
Munirah sengih tayang gigi.
“Kak long la.”
“Aku ingat siapa, kalau setakat kak
long tak payahlah nak buat muka macam tu, terkejut semacam je aku tengok.”
Munirah menyambung kembali suapan nasi ke mulutnya yang tergendala tadi, ingat
Rayyan yang hantar SMS, mana tahu nak berbaik semula dengan Fatia kan.
Fatia mula mengurut kepala yang
tiba-tiba pening. Aduh! Ni mesti kak long dah bagi tahu mak ni, kalau tak mak
tak kan nak buat arahan serta-merta macam ni, apa nak jawab kalau mak tanya.
“Kau ni kenapa? Jangan buat aku
risau boleh tak?” Munirah menyambung bila dilihat Fatia masih gelisah.
“Mak aku suruh balik”.
“Dah tu, balik je lah, kenapa risau
semacam je?” Nadira pula mencelah.
“Entah kau ni, mak kau sakit kut itu
yang dia suruh balik.” Munirah mula membuat andaian sendiri.
“Bila kau nak balik?” Nadira menyoal
sambil mengangguk setuju dengan andaian Munirah tadi.
“Hujung minggu nilah.”
“Tapi kalau mak kau sakit mesti kau
kena balik sekarang, kenapa nak tunggu hujung minggu pula kan.” Munirah garu
dagu, mula berfikir andaian yang seterusnya.
“Entah-entah ada yang masuk meminang
kau tak, itu yang suruh kau balik hujung minggu ni tu.” Munirah sengih.
“Kau ni kenapa? Kan Fatia dah
bertunang, tak kan nak bertunang dengan dua lelaki sekali kut.” Nadira menjawab
laju, nak buat andaian pun biarlah logik sikit.
Fatia tendang kaki Munirah di bawah
meja, giginya dikacip geram, mulut si Munirah ni memang tak reti nak diam ke,
silap-silap pecah semua rahsia aku malam ni.
“Eh! ya tak ya juga, lupa pula,
hehe.” Munirah sengih tayang gigi lagi.
Fatia mencapai semula pinggan
nasinya, apa-apa pun makan dulu, baru boleh fikirkan alasan yang akan dicipta
nanti, kali ni aku tak akan menipu lagi, aku akan cerita semua perangai Rayyan
tu, biar mak tak salahkan aku, hehe.
Bab 31
Dah dua kali dia
menguap, semalam dah la sampai lambat, pagi ni ingat boleh sambung tidur semula
rupanya tidak, lepas subuh tadi emaknya sudah mula berceramah. Kak long dan
Farisya pula tayang muka tak puas hati, Fatia yang buat hal dengan dia orang
sekali kena ceramah, tak patut betul.
“Itulah, mak dah cakap awal-awal,
kenal dulu, berkawan dulu, ini tidak, nak juga bertunang, sekarang tengok apa
dah jadi.” Mak Kiah menyambung lagi, dah tiga kali diulang ayat yang sama.
Fatia menongkat dagu di meja,
matanya dipejam celik dua tiga kali, bila nak habis ni, bila pula mak nak beri
peluang kat aku untuk bela diri, kalau aku menjampuk kan ada makin naik angin
mak pagi-pagi ni, kan tak bersarapan semua, siapa yang susah, aku juga.
“Kamu dengar ke tidak?” Mak kiah
berdiri sambil mencekak pinggang di depan anaknya itu.
“Dengar mak, Tia ada alasan sendiri
mak.” Fatia menjawab sambil matanya dicelikkan luas-luas, biar tak nampak
sangat dia mengantuk, kan nanti ada bersambung lagi ceramah pada pagi ni.
“Apa alasan kamu?” Mak Kiah pula
duduk di kerusi.
Fatia sengih, dia mula berdiri, dah
macam dalam mahkamah pula anak-beranak ni, yang jadi hakim semestinya Kak Long,
dari tadi dia mengawasi dan mendengar bebelan maknya. Kini matanya diarah ke
muka Fatia pula, ingin mendengar tertuduh membela diri.
“Memanglah salah Tia bertunang
dengan dia, tapi tu sebelum Tia kenal perangai dia lagi. Kalau kita tengok
Rayyan dari luar memang nampak okey,
ada rupa, ada gaya, mutu dan keunggulan, tapi bila dah kenal, rupanya mak, ish
ish ish…” Fatia mengeleng kepala.
“Kenapa Kak Tia, dia gayke Kak?” Farisya mencelah, tak sabar
nak tunggu Fatia habiskan ayat.
“Ish, adik ni, ke situ pula, jangan
menjampuk boleh tak.” Kak long mula memberi arahan, maklumlah dalam mahkamah
mana boleh mencelah kalau tertuduh tengah membela diri, kalau nak mencelah pun
tunggulah kejap lagi bila tiba time
nak soal-siasat tertuduh.
“Bukan gaylah, tapi dia tu sewel.” Fatia mengangguk perlahan, cuba untuk
mengiakan apa yang diperkatakan tadi.
“Kamu jangan nak mengarut la Fatia,
mak tengok elok je budak tu.” Mak Kiah pula mencelah, sayang seribu kali
sayang, muka dah handsome tapi tak betul la pula.
“Itu yang mak tak tahu, kat depan
memang nampak elok, tapi bila dah kenal, ish, tak sanggup nak buat suami la
mak, merana hidup nanti.” Fatia menyambung lagi.
“Mak nak tahu, bukan setakat sewel je,
dia tu suka buat kerja yang bukan-bukan, suka menipu, suka mainkan perempuan,
semua yang buruk tu ada dekat dialah mak.”
“Tapi kan Kak Tia, dia kan sewel,
macam mana dia nak mainkan perempuan pula?” Farisya menyoal bila dilihat Fatia
sudah habis membela diri.
“Bila dia nampak perempuan cantik
je, mesti dia nak pegang-pegang, tarik-tarik, ish, dah macam orang gila seks.”
Fatia menjawab laju, belasah jelah, janji ada jawapan.
“Kamu biar betul Fatia, jangan nak
reka cerita pula.” Mak Kiah tayang muka tak percaya.
“Betul mak, sebab tu Fatia tak nak
teruskan pertunangan ni.”
“Habis, Nenek Rayyan dah tahu, Mak
cik Odah dah tahu belum?” Mak Kiah bertanya lagi, mana tahu Fatia sahaja yang
cakap dah putus tapi yang lain semua belum tahu lagi.
“Nenek dah tahu, tapi kalau Mak Cik
Odah Fatia tak pasti pula, dah tahu kut.” Fatia menjawab selamba, dia mencapai
air masak lalu diteguk rakus, kering pula tekak bila berhujah panjang tadi.
“Nasib Kak Tia tahu perangai dia
awal-awal, kalau time kahwin baru
tahu memang kesian la hidup Kak Tia, silap-silap jadi janda muda.” Farisya
memberi pendapat.
“Tau takpe.” Fatia mengangguk, kali
ni dia sekepala dengan adiknya itu.
Mak Kiah terdiam di kerusi, mungkin
duk memikirkan alasan-alasan Fatia tadi. Nak percaya tapi macam tak logik, tapi
kalau tak percaya tak kan anaknya itu nak reka cerita.
“Mak, pagi ni nak makan apa?” Fatia
bertanya bila semua sudah diam.
“Entah, takde selera Mak nak makan.”
Fatia gigit bibir, maknya takde
selera tapi dia ada selera, meleleh air liurnya bila teringatkan nasi lemak
yang sering dimasak oleh maknya itu.
“Kak long pergi beli nasi dekat
depan tu jelah, pagi-pagi ni banyak lagi nasi yang ada.” Kak long mula bangun,
ingin mengambil tudung dan duit.
“Okey juga tu Kak long, Tia nak nasi
lemak dua bungkus.” Fatia melaung dari dapur.
Mak Kiah menjeling tajam ke arah
anak daranya itu, orang tengah berfikir dia buat bising pula. Lepas ni kecoh
satu kampung agaknya, mana nak sorok muka kalau berjumpa dengan Odah, malu
betul rasanya dengan apa yang jadi, tapi tak kan aku nak kahwinkan anak aku
dengan lelaki yang tak betul pula, Mak Kiah mengomel sendiri.
Fatia duduk di
buaian, Kak long dan Farisya sudah keluar ke bandar, tinggallah dia
sorang-sorang tak tahu nak buat apa, duduk termenung jelah yang mampu
dilakukan. Esok pagi dia dah nak balik ke Kuala Lumpur, lusa dah kerja. Lagipun
misinya dah selesai, maknya pun dah macam boleh terima alasannya itu, kira settlela tu.
“Jauh termenung.” Fatia menoleh
sambil tayang muka terperanjat, kus semangat. Dia tersenyum manis, kelu
sebenarnya nak bersuara, tambah-tambah lagi selepas apa yang jadi, makin kelu
la lidah ni.
“Boleh Kak Nia duduk?” Rania
bertanya lagi, bukan dia tidak biasa dengan Fatia, kalau dia balik ke rumah mak
metuanya, pasti dia akan ke situ, berbual-bual dengan Fatia. Lagipun dia takde
adik ipar, suaminya anak tunggal, tu yang dia bosan tu.
“Eh! Duduklah.” Fatia mengesot
sedikit, memberi ruang kepada bekas bakal kakak ipar tak jadinya itu duduk.
“Kak Nia bila sampai?” Fatia cuba
berbahasa.
“Pagi semalam lagi, saja ambil cuti
satu hari, boleh rehat lama kat sini.” Rania menjawab sambil tersenyum, dia dan
suaminya bekerja di Temerloh, bila cuti je dia akan bergilir-gilir balik ke
Kuantan dan Kuala Lumpur.
Fatia senyum, tak tahu apa lagi yang
ingin dibualkan, mesti Kak Nia sudah tahu apa yang berlaku. Aduh! Kenapalah aku
tak perasan kereta Kak Nia dekat depan rumah Mak Cik Odah tadi, kalau tak
memang aku menyorok je kat dalam bilik.
“Dulu masa Fatia terima lamaran
nenek Kak Nia happy sangat, ingatkan
Fatia boleh tolong tengokkan adik akak tu, tapi nak buat macam mana, dah takde
jodoh.” Rania mula membuka cerita.
“Rayyan tu memang macam tu, mungkin
belum jumpa yang sesuai dengan dia kut, Kak Nia ingatkan bila dia setuju nak
bertunang dengan Fatia dia boleh berubah, takdelah asyik melepak tak tentu
pasal je.” Rania menyambung bicara.
Fatia senyum hambar, sayu pula aku
dengan Kak Nia cakap macam ni, nak buat macam mana kan, semua ditentukan
olehNya.
“Kak Nia berharap sangat Fatia boleh
bimbing dia, tarik dia ke arah kebaikan, biar dia ikut cara Fatia, lagipun
Rayyan tu taklah jahat sangat.”
Fatia hanya mampu senyum, nak tambah
lebih-lebih kan terbongkar segala-galanya, biarlah aku simpan semuanya dalam
hati, wah! Ayat sedih la pula. Bimbing dia ke arah kebaikan, aku pun tak berapa
baik sebenarnya, macam mana nak bimbing dia. Biar dia ikut cara aku? Huh, aku
yang terikut cara dia adalah, asyik nak menipu je.
“Tapi nenek cakap masih ada peluang
sebab Rayyan dah janji nak pujuk Fatia balik.” Suara Rania berubah nada, makin
ceria dan teruja.
Fatia mula tayang muka terkejut dan
tak percaya. Aku salah dengar ke? Nak pujuk aku balik, ish, kenapa pula dengan
mamat tu, musykil ni. Aku tahu, ni mesti saja nak ambil hati nenek la tu, huh,
ingatkan betul-betul nak pujuk aku, menyampah betul. Ish! Ayat macam kecewa je.
“Ada dia datang pujuk Fatia tak?”
“Hah, hmm, belum lagi kut.” Fatia
menjawab gagap, dia sengih, tak tahu nak tayang reaksi macam mana, tak kan nak
tersimpul-simpul malu kut.
“Rayyan pun satu, lambat betul nak
bertindak, takpe, Fatia tunggu je nanti.” Rania ketawa ceria.
Fatia garu kepalanya yang ditutupi
tudung, tunggu la sampai langit runtuh pun, tak mungkin akan datang si Rayyan
tu.
“Kalaulah Fatia jadi adik ipar akak,
mesti best kan, tak la akak bosan
kalau balik sini, kalau Fatia ada boleh temankan akak kan. Kalau time raya kita
boleh balik sama-sama kan, mula-mula beraya dekat rumah nenek, lepas tu kita
balik sini sama-sama, tak lah akak bosan duduk dalam kereta nanti.” Rania mula
menyulam angan-angan.
Fatia tayang gigi, jauh sungguh
angan-angan itu, tak mungkin akan terjadi.
“Alah Kak Nia ni, Fatia memang
selalu temankan akak kan, dulu kita selalu duduk dekat buaian ni time petang-petang macam ni kalau Kak
Nia balik sini, dari Kak Nia slim
sampailah beranak satu, Tia sentiasa ada dekat sini, tapi sekarang tak boleh
la, Tia kan dah kerje dekat KL, nak jumpa Kak Nia pun susah.”
Rania senyum. “Itu lain, kalau Tia
jadi adik ipar akak lagi best.”
Fatia turut senyum, kesian rasanya
kepada Kak Nia. Hubungan kita hanya setakat jadi jiran sahaja kak, tak mungkin
lebih dari itu.
Bab 32
Beg galasnya
dicampak ke katil, baju yang dibawanya tidak disentuh langsung, tak payah la
susah-susah dia nak kemas pakaian, tinggal bawa balik je pagi esok. Fatia duduk
di katil, bosan rasanya, yang lain asyik melayan TV je dekat luar, dia nak join sekali takde mood pula.
“Tia, kau buat apa tu?” Kak long
menjeguk sambil tersengih.
“Hah! Hmm, kemas beg, esok kan dah
nak balik.” Fatia mencapai beg lalu membuka zip, buat-buat tengah mengemas.
“Kak long nak tanya sikit boleh
tak?” Farhana duduk di sebelah Fatia.
“Tanya jelah, selalu tak pernah pun
nak minta izin sebelum bertanya, main redah terus je.” Fatia tayang muka
serius, macam boleh agak je apa yang Kak longnya ingin tahu.
“Betul ke apa yang Fatia cakap pagi
tadi?”
Fatia gigit bibir, baju yang sudah
berlipat di dalam beg dikeluarkan semula, dilipat kembali lalu di susun di atas
katil. Aduh! Apa nak jawab ni, kantoi la aku kali ni.
“Tak payah la nak buat-buat lipat
baju tu, jawab soalan Kak long dulu.” Farhana kini bersila di atas katil,
menunggu dengan sabar adiknya itu membuka mulut.
“Betullah, tak kan Tia nak reka
cerita pula.” Fatia masih serius.
“Betul ke Rayyan tu sewel, maknanya
dia tu tak betul la kan?”
Fatia memasukkan kembali baju yang
dilipat tadi ke dalam beg, dizip lalu diletakkan hujung katilnya. Memanglah
Rayyan tu sewel, kalau tak dia tak akan buat kerja-kerja macam ni, menyusahkan
aku je.
“Kalau dia sewel dia tak kan kerja
sebagai programmer, kalau dia sewel
tak kan dia boleh belajar tinggi-tinggi, kalau dia sewel….”
“Yalah, yang tu Tia mengaku.” Fatia
menjawab laju, kalau mak dengan Farisya mungkin akan percaya kata-katanya pagi
tadi, tapi kalau kak long memang mustahil, tak mungkin senang-senang dia boleh
menipu kak long itu.
“Tapi yang lain semua betul, dia tu
memang kaki perempuan dan suka menipu.” Fatia menyambung lagi.
“Orang handsome mesti ramai yang minat, Tia ni kena sabar sikit, jangan
nak buat keputusan melulu.” Farhana mula memberi pendapat.
Sebab
muka dia handsome la dia jadi
kasanova, kalau muka macam jalan raya tak siap perempuan mana yang akan sangkut
kalau dia mengayat. Fatia baring, malas rasanya nak bercerita benda yang lepas.
“Kau
pun kena ada usaha, baru hubungan berjalan lanjar.” Farhana menyambung, macam
cikgu kaunseling gayanya.
“Usaha
apanya kak long, dia bukannya suka dekat Tia pun.” Fatia menjawab malas.
“Kau
yang kena mulakan, kau try la
mengurat dia dulu.” Farhana sengih, ni nak bagi nasihat ke apa ni.
Fatia
tayang muka geram, aku kena mengurat dia, tolonglah, tak mungkin aku nak merayu
dengan lelaki macam tu.
“Kalau
nak bagi cadangan, tolong bagi yang logik boleh tak.” Fatia melangkah keluar,
panas rasa biliknya saat itu.
“Alah,
sensitif benar, gurau pun tak boleh ke?” Farhana turut melangkah,
tersengih-sengih dari tadi. Dia duduk di sebelah Fatia di sofa, tangannya
mencapai majalah mingguan wanita sambil menjeling wajah adiknya yang dari tadi
kelihatan serius, marah benar nampaknya.
“Lepas
ni macam mana?” Farhana menambah lagi.
“Macam
mana apa, macam nilah.” Fatia jawab acuh tak acuh, lepas ni aku akan jadi single semula, macam dulu-dulu, sebelum
aku dengan Rayyan.
“Yalah,
tak nak cari pengganti ke?”
Fatia
garu kepala, memang la kena cari pengganti, tak kan nak membujang sampai ke
tua, aku pun nak merasa hidup berumah tangga, apa punya soalan la kakak aku ni.
“Kalau
Tia nak Kak Long boleh tolong, dekat sekolah Kak Long ada cikgu baru, sebaya
dengan Tia, orangnya pun boleh tahan.” Farhana cuba memancing minat Fatia.
“Kak
Long, tak payah nak mengada-ngada, Tia boleh cari sendiri.” Kak Longnya
dijeling tak puas hati. Macam aku ni terdesak sangat nak kahwin je.
Farhana
sengih, saja nak kenakan adiknya, tapi kalau adiknya setuju pun apa salahnya.
“Tia
masuk bilik dulu, nak tidur, esok pagi Kak Long hantar Tia dekat stesyen bus,
bus Tia pukul Sembilan.” Fatia melangkah sambil memberi arahan kepada Kak
longnya.
Fatia melangkah
ke arah deretan teksi, kali ni malas nak menyusahkan Munirah, dia kan dah
pandai berdikari, lagipun sekarang ni siang, bukan malam pun. Dia tersenyum
bila pak cik yang memandu teksi menegurnya ramah, bertanyakan destinasi yang
dia ingin pergi.
Dia melangkah masuk ke dalam teksi,
diam sambil melayan lagu yang kedengaran, sejak dua tiga hari ni moodnya tak
menentu je, ni semua Rayyan la punya pasal, kepada semua orang dia nak tunjuk
moodnya itu, tak kan aku kecewa kut dengan apa yan berlaku? Ish, tak mungkin,
aku sepatutnya happy, ya happy, semuanya dah berakhir.
“Dik, dah sampai dekat alamat yang
adik cakap tadi ni.” pak cik teksi menegur bila dilihat Fatia tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu turun.
“Eh! Dah sampai rupanya, hehe, nak
tambang, terima kasih pak cik.” Fatia sengih, itulah, berangan lagi, kan dah
kantoi dengan pak cik tu.
Fatia melangkah masuk dengan
semangat baru, lepas ni tak payah nak fikir tentang mamat tu lagi, teruskan hidup
macam biasa, macam sebelum aku jumpa si Yusof tu.
“Kau kenapa, cakap sorang-sorang,
salam pun tak bagi?” Munirah yang duduk di ruang tamu menegur, pelik denga aksi
kawannya itu.
Alamak, Munirah perasan ke, aku rasa
aku cakap dalam hati je tadi.
“Kau balik dengan apa, kenapa tak
telefon aku je?”
“Hmm, aku naik teksi je, aku malas
nak menyusahkan kau, lagipun aku dah biasa dah.” Fatia duduk di sebelah
Munirah, lenguh pinggangnya duduk lama-lama dalam bas.
“Eleh, dah pandai berdikari konon.”
Munirah mencebit bibir.
“Hehe, aku kena biasakan diri, tak
kan asyik nak bergantung dengan kau je.” Fatia sengih, kalau Munirah tahu apa
yang berlaku minggu lepas, memang dah takde istilah bedikari kut dalam
hidupnya, mesti dia membebel dan tak bagi aku jalan sorang-sorang lagi.
“Mula la tu nak buat ayat terharu,
menyampah la aku dengar, macam tak biasa menyusahkan aku.” Munirah turut
tersengih.
“Itulah, dah biasa sangat
menyusahkan kau, kalau takde kau siapa la yang nak tolong aku kan.”
“Ish! Jangan nak buat ayat sedih
boleh tak, tak kuasa betul aku nak layan.” Munirah menolak tubuh Fatia di
sebelahnya, rimas betul kalau Fatia buat ayat macam tu.
“Hehe, aku lapar ni, kau tak masak
apa-apa ke? Dari tadi aku tak makan.” Fatia sengih lagi, itu yang dia nak bagitahu
sebenarnya, tapi mukaddimahnya panjang sangat.
“O…patutlah buat ayat sedih, saja
nak tarik perhatian akulah tu, pergilah kat dapur, ada lauk kat bawah salji.”
Fatia bangun laju, dia melangkah ke
bilik dahulu, tudungnya dibuka lalu disangkut di dinding, beg galasnya
diletakkan di sebelah katil. Makan dulu, perut dah kenyang boleh la tidur,
hehehe.
Bab 33
Telefon yang
berbunyi dicapai, dia membaca pesanan ringkas yang diterimanya tadi sambil
tersenyum manis. Dia melangkah ke katil, pesanan ringkas itu dibalas secepat
mungkin, takut nanti orang di sana tertunggu-tunggu pula. Dia merenung telefon
bimbitnya, tak sabar menunggu pesanan ringkas yang seterusnya.
Fatia melangkah ke ruang tamu tapi
telefon masih di tangan, mana boleh tinggal, kan nanti tak sedar kalau ada
pesanan yang masuk. Kakinya dibawa ke sofa, dia duduk di sebelah Munirah yang
tengah kusyuk melayan sinetron.
“Aku menyampah betul la, kalau jadi heroin je mesti lembik, asyik nak
menangis je, yang jahat tu tolak sikit je terus jatuh terguling, macam tak
boleh nak lawan balik.” Munirah mula membebel, tak puas hati dengan cerita yang
ditontonya itu.
“Yang hero pula tak dapat nak buat apa-apa, asyik nak berserah je.” Dia
menyambung lagi.
Fatia yang di sebelah mula cuba
memahami apa yang dibebelkan oleh kawannya itu dari tadi, matanya dibawa ke
kaca TV.
“Kau tengok tu, aduh! Sakit hati
betul aku tengok, baru je nak berbaik ada sahaja yang menghalang.” Munirah
tayang muka geram.
“Dah jalan cerita dia macam tu, nak
buat macam mana, senang-senang kau je yang jadi pengarah, buat cerita kau
sendiri, ni asyik nak mengomen je kerjanya.” Fatia mula membuka mulut.
“Aku bagi pendapat je, kalau watak
heroin tu tak payahlah asyik kena buli je, cuba buat watak heroin yang ganas sikit, yang boleh mempertahankan diri sendiri,
ini asyik kena menangis, lemah betul aku tengok.”
Fatia mengeleng kepala, kalau tak
nak tengok tak payah tengok, buka je cerita korea, gerenti diam mulut tu.
“Okey
apa watak macam tu, baru sesuai jadi heroin
cerita sedih dan romantik, kalau nak tengok heroin
ganas-ganas kau layan cerita bini-biniku ganster.” Nadira yang baru keluar dari
dapur mencelah lalu duduk di sebelah Munirah.
“Huh, baik aku layan cerita korea,
lagi best.”
“Alah, aku nak tengok cerita nilah,
esok jelah kita layan cerita korea.” Nadira tayang muka tak puas hati, baru nak
syok layan sinetron.
“Alah, bosanlah, kan Tia kan.”
“Hah! Apa kau cakap?” Fatia yang
asyik dengan telefonnya mula tayang muka blur bila namanya disebut, tapi dia tak
dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Munirah tadi.
“Kau SMS dengan siapa tu, dari tadi
asyik berbunyi?” Munirah mula nak menyibuk.
“Hmm, kawan aku.”
Munirah tayang muka musykil, kawan
yang mana, semua kawan Fatia kawan aku juga.
“Kawan mana?” Kini muka Fatia
direnung.
“Adalah, sibuk je kau ni, kalau aku
cakap pun kau bukan kenal.” Fatia sengih, saja nak buat si Munirah
tertanya-tanya.
“Kawan lelaki ke perempuan?” Munirah
menyoal lagi.
“Entah, separuh masak kut, hehe.”
Fatia sengih tayang gigi.
“Kau ni kan, aku serius kau
main-main pula kan.” Munirah tayang muka merajuk, matanya dialihkan ke arah TV
semula.
“Wei, aku nak pergi buat air ni, kau
orang nak tak?” Nadira bangun, secepat mungkin dia akan buat air, maklumlah
tengak commercial break, kejap lagi
nak sambung layan sinetron semula.
“Nak, milo panas okey.” Fatia
menjawab laju, dah ada orang offer
kan, tak elok tolak rezeki.
Fatia mencapai remote, cuba mencari siaran lain, mana tahu ada cerita yang lebih
sedap, boleh juga dia layan sekejap.
‘Saya dah lama kenal awak, cuma awak
je yang tak mahu kenal saya.’
Munirah sengih, pesanan ringkas yang
dicuri baca dari telefon Fatia tadi dilaungkan sekuat hati.
Fatia menoleh laju, dia cuba merebut
semula telefonnya dalam tangan Munirah.
“Baik kau cakap, siapa yang hantar
SMS ni?” Munirah cuba mengelah sambil tersegih.
Fatia menutup mulut Munirah dengan
tangannya, satu lagi tangan dibawa ke mulutnya, membuat isyarat supaya diam.
“Kau cakap perlahan sikit boleh
tak?” Fatia tayang mula tak puas hati, macam mana aku boleh tak sedar dia baca
SMS aku ni.
“Ah! Lemas, tak boleh bernafas.”
Munirah memegang tangan Fatia, cuba untuk melonggarkan sedikit tangan yang
menekap mulutnya itu.
“Tahu takut, bagi balik telefon
aku.” Fatia merampas laju.
“Baik kau cakap, lelaki mana pula
yang kau bermadah kasih kali ni?” Munirah masih tak puas hati kalau soalannya
tidak berjawapan.
“Kawan aku la.”
“Kawan mana, baik kau terus terang.”
Munirah masih menanti.
“Hmm, kawan yang hantar aku hari
tu.” Fatia menjawab perlahan.
“O….mana kau kenal?”
Fatia gigit bibir, nak cakap ke tak
nak, tapi kalau tak cakap takde maknanya minah ni nak diam.
“Woi, kenapa, aku dengar kau
terjerit-jerit tadi kenapa?” Nadira muncul dengan dulang ditangan.
“Hah! Hmm, tadi ada iklan cerita
hantu, tu yang Munirah terkejut tadi.” Fatia menjawab laju, takut nanti Munirah
mendahuluinya, kan ada minah tu keluarkan cerita sebenar, lagi banyak la
soalan-soalan yang perlu dia jawab nanti.
“O, aku ingat kenapa tadi.” Nadira
duduk di tempatnya semula.
Fatia menjeling tajam ke arah
Munirah, si Munirah pula siap menjelirkan lidahnya sambil tersengih, itulah,
nak sorok dari aku lagi, kan dah kantoi.
“Nenek buat apa
tu?” Haikal yang baru melangkah ke ruang tamu menegur sopan, dari tadi neneknya
dilihat duduk di kerusi itu sambil memegang telefon, nak telefon siapa
malam-malam macam ni.
“Haikal, tak tidur lagi?” Puan
Karmila senyum mesra, telefon yang dipengang dari tadi diletakkan semula.
“Tak, baru nak tidur tadi tapi macam
dahaga pula, nenek kenapa tak tidur lagi ni? dah lewat ni nek.” Haikal pula
menyoal, prihatin dengan keadaan neneknya.
“Nenek nak telefon Rayyan, tapi dari
tadi tak diangkat, dah tidur agaknya, takpelah esok je nenek telefon.”
Haikan mengangguk sambil tersenyum,
mungkin nenek dah rindu dengan Rayyan, dah seminggu dia tak nampak batang
hidung Rayyan dekat rumah neneknya itu, sibuk sangat kut. Tapi sibuk dengan
kerja ke dengan perempuan, entah, dua-dua kut.
“Nenek nak tanya pasal Fatia.” Puan
Karmila meyambung setelah lama mendiamkan diri.
“Kenapa
dengan Fatia.” Haikal bertanya, kononya tak tahu cerita.
“Rayyan
dengan Fatia ada masalah sikit, mungkin dia orang gaduh kut tapi Rayyan dah
berjanji nak pujuk Fatia semula.” Puan Karmila senyum lagi, tak sabar nak tahu
cerita selajutnya dari Rayyan.
“O….esok
jelah nenek call Rayyan, nenek masuk
la tidur dulu, dah lewat ni.”
Nenek
senyum lagi, matanya masih belum mengantuk, lagipun dia dah biasa tidur lambat,
kesihatannya pun tak pernah terganggu sebab tidur lewat, lagipun buka lewat sangat,
baru pukul sebelas.
“Haikal
dan ada pilihan hati?” kini Puan Karmila yang menyoalnya semula.
“Hmm,
kenapa nenek tanya?” Haikal sengih malu.
“Iyalah,
nenek tengok kamu tak pernah keluar, lepas kerja mesti datang sini, hujung
minggu pun Haikal datang rumah nenek, tak kan tak keluar dengan buah hati.”
Haikal
senyum, itulah rutin hariannya, rumah nenek, tempat kerja dan rumah sewanya.
Lagipun dari duk melepak tak tentu pasal, baik dia duduk di rumah, siapkan
kerja lagi bagus.
“Kalau
belum ada yang punya, nenek boleh carikan.” Puan Karmila menyambung sambil
tersenyum.
“Nenek
dah ada calon untuk Haikal ke?”
“Nenek
memang banyak calon, Haikal cakap je nak yang macam mana, nenek boleh pilihkan
untuk Haikal.” Puan Karmila makin teruja, suka betul matchmaking anak dan cucunya.
“Haikal
tak kisah, asal okey di mata Nenek.”
Haikal menjawab jujur, lagipun dia memang single.
Senyuman
nenek makin lebar, cucunya yang lagi sorang ini pun memang mengikut kata, sama
seperti Rayyan juga, itulah yang menyebabkan sayangnya makin melimpah ruah
kepada Rayyan dan Haikal.
Bab 34
Fatia melihat
penampilannya sekilas di depan cermin, cantik dan berseri-seri, sesuai dengan
moodnya yang ceria dua tiga hari itu. Dia melangkah keluar dan pintu bilik
ditutup rapat, kaki dibawa ke sofa lalu dia duduk di situ. Awal pula aku siap
hari ni, tak sabar nampak nak pergi office,
dia senyum sendiri.
“Dah siap?” Munirah yang baru keluar
bertanya laju, selalu aku yang tunggu dia tapi hari ni lain macam pula, ke aku
yang lambat? Munirah menjeling jam ditanggannya, awal lagi, mimpi kut minah ni.
“Jom.” Fatia bangun lalu melangkah
ke pintu utama.
Munirah tayang muka pelik, ni ada
yang dia kena siasat ni.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
Fatia berdiri di sebelah kereta, bersiap sedia untuk masuk.
“Baik kau cakap awal-awal.” Munirah
mula membuka mulut.
“Hah! Cakap apa?”
“Kenapa aku tengok kau hari ni lain
macam je? Ada apa-apa ke?” Munirah mula menghidupka enjin kereta.
“Ada apa-apa? Apa?” Fatia menyoal
semula.
“Kenapa ceria semacam je hari ni?
selalu tayang muka muncong je 24 jam.”
Fatia mencebikkan bibirnya, aku yang
hari-hari tersenyum manis dia cakap tayang muka muncong 24 jam, tapi hari ni
terlebih manis rasanya, huhu.
“Senyum nanti rezeki senang nak
masuk, pagi-pagi macam ni elok kalau dimulakan dengan senyuman, baru ceria
sampai ke malam.” Fatia senyum lagi, betul ke apa yang aku cakap tu.
“Yalah tu, sebelum ni takde pula kau
cakap macam tu.” Munirah fokus kepada pemanduannya, matanya mangadap jalan raya
yang sibuk di hadapan.
“Dah kau tak tanya, aku tak cakap
la.” Fatia masih tak mahu mengalah.
Munirah mula buat muka malas nak
layan, takpe, kita tengok nanti, kalau asyik tersenyum-senyum sorang-sorang tu
bukan tanda rezeki senang nak masuk, tu tandanya dah kena penyakit sewel.
Munirah
meletakkan keretanya di tempat biasa, dia turun laju manakala Fatia turun sopan
santun, berjalan lemah lembut ala-ala gadis melayu terakhir. Munirah hanya
memerhati, apa kena dengan minah ni hari ni, selalu dia yang membebel suruh aku
jalan cepat sikit, takut lif penuh la, apa la, hari ni lain macam betul.
“Bye Irah, jumlah time lunch okey.” Fatia membelok ke bahagian akaun sambil melambai
mesra ke arah Munirah.
Munirah
mula tercengang lagi, selalu jalan terus je, takde nak cakap bye pun dekat aku, memang sah si Fatia
ni sewel hari ni.
“Malam ni kita
keluar nak.” Fatia yang duduk di meja membuka bicara sambil menunggu ordernya siap untuk menjamu selera.
“Aku nak beli barang la.” Dia
menyambung lagi. Bibirnya mengukur senyuman kepada pelayan yang menghantar
makanan.
“Barang apa?” Munirah menyoal,
bersiap sedia untuk makan tengah hari.
“Barang-barang bilik air dan barang
peribadi.” Fatia menjawab laju.
“Aik, bukan ke hari tu kau dah beli
ke? Cepat betul kau guna, tak kan dah habis.” Munirah tayang muka tak percaya,
ni mandi berendam air sabun ke apa, tapi rumah aku mana ada bathtub.
Alamak! Lupa pula, memang aku dah
beli tapi tertinggal dekat rumah Rayyan kut.
“Hmm, aku tak beli pun.” Fatia gigit
bibir.
“Hah! Tak beli, habis kau beli apa
hari tu, bukan kau cakap kau pergi shopping
kan?” Munirah menyoal dengan muka tak percaya.
“Memang la aku keluar nak shopping, tapi tak jadi, aku surver harga je dulu.”
“Harga sabun mandi pun nak surver ke? Apa la kau ni, kedekut
betul.” Munirah menyambung semula suapannya yang tadi tergendala.
“Eh! Kalau kau tak beli lagi sabun
mandi, sebelum ni kau pakai sabun mana?” Munirah menyambung semula, sudu yang
baru nak masuk kemulut dibiarkan seketika.
“Hehe, aku pakai sabun kaulah.”
Fatia sengih, pinjam je, nanti aku ganti balik.
“O, patutlah sabun aku cepat habis
pun, ada orang kebas rupanya.” Munirah buat ayat memerli, bukan nak berkira
sangat.
“Alah, kau pun kedekut juga, guna
sikit pun nak mengungkit.”
“Eleh, mulalah tu, mananya senyuman
ceria sampai ke malam kau tadi, tu mulut dah muncong tu.” Munirah mengusik
lagi.
Fatia tahan gelak, bibirnya digigit,
kena lagi.
“Alalalaa…., senyum nanti rezeki
senang nak masuk, hari-hari macam ni elok kalau dimulakan dengan senyuman, baru
ceria sampai ke malam.” Munirah mengulangi ayat Fatia pagi tadi dengan muka
mengejek.
Fatia sengih, kau perli aku ek,
takpe-takpe.
Fatia menolak
troli ke bahagian yang ingin dituju, lagipun tak boleh tersalah bahagian, nanti
tak pasal-pasal benda lain yang dibelinya nanti, dah la bajet bulan ni dah
lari. Munirah hanya mengikut sambil memilih barang-barang yang ingin di beli.
Fatia melangkah bersama troli ke
arah rak yang tersusun mandian. Matanya kini tertumpu pada deretan mandian yang
berbagai jenama di kirinya.
“Aduh!”
Fatia brek mengejuk, alamak!
Trolinya diundurkan semula, mangsa yang dilanggar tadi tersepit di antara rak
yang tersusun di depannya. Itulah, lain kali pandang depan, bukan pandang kiri.
“Sorry, tak nampak tadi.” Fatia tayang
muka takut, jangan mamat ni serang aku sudahlah.
“It’s Okey.”
“Eh!
Awak.” Fatia tayang muka teruja pula, hilang terus rasa takut.
Haikal
senyum, ini kali kedua dia bertemu dengan Fatia secara tidak sengaja, tak
sangka Fatia masih ingat pada wajahnya yang handsame
itu, eh, terpuji diri sendiri la pula.
“Awak buat apa kat sini?”
“Hmm, beli baranglah, tak kan makan
angin kut.” Haikal senyum lagi, sempat lagi buat lawak.
Fatia turut senyum, lain kali tanya
soalan lain, soalan tadi tak bernas langsung.
“Hehe, hmm, datang sorang je ke?”
Fatia garu kepala, bernas ke tak soalan ni, kan dia cakap aku busybody pula.
“A’ah, awak?”
“Dengan kawan.” Fatia senyum lagi,
matanya mencari kelibat Munirah, mana pula minah ni. Tapi bagus juga, tak payah
jawab banyak soalan.
Haikal mengangguk, kelu pula lidah
kalau sudah bertentang mata, kalau dalam SMS dan YM banyak je idea untuk
dibualkan.
“Banyak beli barang, bekal untuk
sebulan ke? Or setahun?” Haikal menyoal, dah ada idea, dari tadi duk fikir apa
yang perlu dia cakap.
“Saya punya dua barang je, yang lain
semua kawan saya punya, dia memang suka beli banyak-banyak macam ni, kalau time sesak boleh pinjam.”
Haikal tergelak kecil, Fatia turut
gelak. Dua-dua dah mati akal, apa yang patut dibualkan, hmm, isu semasa, ish,
asyik isu semasa je, tantang perasaan, tak pernah la pula.
“Fatia.” Munirah menghampiri sambil
tersenyum.
“Siapa ni, kawan kau ke?” Dia
menyoal laju, tak sempat-sempat kalau nak menyibuk.
“Hmm, kawan aku, Haikal.” Fatia
menjawab, turut tersenyum sambil gigit bibir, dah tahu apa akan jadi.
“O, kawan mana?”
“Kawan aku yang dah lama.” Fatia
senyum lagi.
“Kenal kat mana?”
Fatia senyum, kalau ia pun nak soal
siasat pun tunggulah dekat rumah.
“Dah lama ke kenal?” Dia menyoal
lagi bila Fatia hanya senyum tanpa jawapan.
“Hmm, dah lama, okeylah Haikal, saya pergi dulu.” Fatia menolak troli laju, Munirah
yang termangu dengan soalan melepaskan keluhan, baru je nak menemu ramah dah
nak blah, tak spotting langsung si
Fatia ni.
“Okey, jumpa nanti.” Haikal senyum.
Fatia turut senyum, jumpa nanti?
Maknanya dia nak jumpa aku lagi ke?
“Mana kau
kenal?” Munirah menyoal apabila mereka siap membuat pembayaran. Dari tadi dia
hanya mengikut langkah Fatia sambil bertanya itu dan ini tapi satu je jawapan
Fatia.
“Nanti aku cerita.” Fatia mengulangi
jawapannya untuk kali ke lima.
“Nanti bila? Esok? Lusa?” Munirah
tak puas hati.
“Tahun depan boleh.” Fatia melangkah
ke kereta, plastik ditangan dimasukkan ke dalam bonet yang dibuka oleh Munirah.
“Kau
ni, main-main je, aku bukan apa, kau tahu kan KL ni bukan macam kampung kau.
Semua orang boleh berlagak baik, cakap sopan santun tapi rupanya penjenayah,
kau yang tak tahu apa-apa ni layan je tanpa soal siasat dulu siapa dia
sebenarnya, entah-entah pengedar dadah yang nak jadikan kau keldai dadah, kau
tak tengok ke iklan kat TV?” Munirah membebel panjang sambil bersiap sedia
untuk memandu.
Fatia
menganguk tanda faham, kawannya itu memang prihatin sejak dari dulu lagi, tapi
kadang-kadang terover sampai semua
benda dia nak tahu.
“Kau
dengar tak apa aku cakap?” Munirah menolek, memandang Fatia yang terangguk-angguk.
“Dengar,
aku tahu kau risau tapi si Haikal tu bukan penjenayah.”
“Dia
kerja dekat mana? Kerja apa?” Munirah mengulangi soalannya yang tak berjawapan
tadi.
“Hmm,
entah.” Fatia menjawab lurus, tak pernah pula dia tanya Haikal kerja dekat
mana, sebagai apa, gaji berapa, jadi eksekutif or kulikutif.
“Tengok
tu, kalau aku membebel kau cakap aku nak menyibuk, tapi dia kerja apa pun kau
tak tahu, macam mana kau berkawan ni Fatia.”
Fatia
garu kepala, nanti kalau aku tanya kan dia ingat aku nak berkawan dengan orang
yang kerja bagus je, gaji banyak je, mesti dia ingat aku mata duitan pula. Tapi
tak tanya kan kena dengar Munirah membebel pula.
“Nantilah
aku Tanya.”
“Kau
jangan mudah percaya orang Fatia, ingat sebelum kena, siasat dulu, jangan
percaya bulat-bulat.” Munirah menyambung lagi.
Fatia
mengangguk faham, memang dia tak pernah nak tanya, tapi perlu ke dia tanya
semua tu, sekadar kawan tak kan nak tanya lebih-lebih, kalau dah semakin rapat
tu lain la, boleh juga dia membuka mulut.
Bab 35
Fatia mengatur
kertas-kertas yang baru diprint tadi,
kerjanya agak banyak hari ni menyebabkan dia agak kelam kabut. Baru tadi bosnya
bertanyakan senarai invoice yang
perlu dibayar kepada supplier, baru
je dia nak mencari fail yan diminta, bosnya memangil kembali, kali ini bosnya
ingin melihat penyata terkini pembekal. Dahlah dia belum update lagi semua data, mulalah kalut nak menyiapkan kerja.
“Nak jadi pekerja contoh ke?”
Fatia menoleh bila ada suara yang
menegur, tapi lebih kepada memerli rasanya. Siapa lagi kalau bukan Munirah,
suka benar merayap ke bahagian lain.
“Nak apa?” Fatia bertanya perlahan,
matanya diarahkan semula ke skrin komputer.
“Tahulah nak bodek bos kau supaya
nak gaji, tapi tak payahlah over
rajin sangat, sampai time lunch pun
nak buat kerja.” Munirah memerli lagi dengan muka tak bersalah.
Fatia menjeling jam di tangan, dah
pukul satu rupanya, tak sedar langsung.
“Nak
makan ke tak?” Munirah menyoal.
“Naklah,
tunggu kejap, sikit je ni.” Fatia menaip laju, siapkan kerja dulu, baru berselera
nak makan.
“Yalah.”
Munirah membuka langkah, kini dia ke meja Shima pula.
“Bahagian
ni semua rajin-rajin ke? Tak nak makan ke? Tak lapar?” Munirah membisik
perlahan, takut kalau-kalau pekerja lain yang masih ada turut dengar apa yang
diperkatakan.
“Memang
pun, sebab tu bos kita orang sayang.” Shima tersengih.
Munirah
mencebit bibir, ni mesti nak tunjuk rajin je. Munirah menghampiri pintu bilik
ketua bahagian, dia mengintai-ngintai di celah cermin, mana tahu kut-kut semua
buat-buat rajin sebab bos dia orang masih ada kat dalam.
“Opocot
mak engkau.” Munirah gigit bibir, pucat mukanya, kalau ditoreh confirm tak berdarah.
“Kamu
buat apa.”
Munirah
telang liur, baru nak mengintip tiba-tiba pintu dah terbuka dari dalam, kontai
sudah.
“Dia
nak ajak bos keluar lunch sekali.”
Fatia menjawab sambil tersenyum.
“Ya
ke? Kenapa? Nak belanja saya makan ke?” Encik Farhan menyoal sambil memandang
Munirah, tak pernah-pernah ada stafnya ajak dia keluar lunch.
“Eh,
saya memang nak belanja, tapi lain kali jelah.” Munirah garu kepala. Jangan
timbul gosip-gosip liar sudahlah.
“Saya
pergi dulu, nanti kalau lambat tak pasal-pasal masuk kerja lambat pula.”
Munirah melangkah laju, tangan Fatia ditarik sekali.
“Apasal
kau tak cakap bos kau ada kat dalam?” Munirah menyoal bila agak jauh meraka
berjalan.
“Dah
kau tak tanya, yang kau pergi mengendap bilik dia kenapa? Dah takde kerja?”
Fatia menjawab laju, aku pula yang nak disalahkan.
Munirah
tayang muka serba tak kena. Peristiwa memalukan betul, lepas ni tak kan aku
jejakkan kaki di bahagian akaun lagi. Mesti bos Fatia tu ingat aku syok kat
dia, dahlah dia tu duda, aduh, malu-malu.
Munirah makan
agak perlahan, hilang terus seleranya yang berkobar-kobar nak makan tadi. Fatia
yang duduk disebelahnya makan dengan berselera sekali, tak pandang kiri kanan.
“Kenapa tak makan nasi tu?” Fatia
menegur sambil tersengih.
Munirah buat muka bodoh, nak perli
aku la tu.
“Alah, kau janganlah risau, bos aku
tu tak kan fikir yang bukan-bukan punya, lagipun tak kanlah dia ingat kau suka
kat dia.” Fatia cuba mententeramkan jiwa kawannya itu.
“Kalau dia ingat aku suka dekat dia
macam mana?” Munirah menyoal lurus.
“Hmm, kau kahwin jelah dengan dia,
habis cerita.”
“Takde kerja aku, ish, gelilah.”
Munirah muncong semula.
“Dah tu, tak payahlah nak fikir yang
bukan-bukan, buat bodoh sudah.” Fatia mencapai sudu lalu disuapkan ke mulut
lagi.
“Hai.”
Munirah dan Fatia menoleh serentak,
Fatia tayang muka terkejut. Munirah pula tayang muka lega, kus semangat aku,
ingatkan bos Fatia yang datang tadi.
“Hmm, berdua je ke? Boleh join?”
Fatia senyum, dia menoleh ke arah
Munirah, ingin bertanya pendapat barangakali. Kalau Munirah tak kisah dia lagi
tak kisah.
“Duduklah.” Fatia menjemput sopan.
Haikal senyum, dia menarik kerusi
lalu duduk. Dah tiga kali dia berjumpa dengan Fatia, dua secara tak sengaja dan
yang ini memang disengajakan. Bila dia melihat Fatia mula beredar dari meja
kerjanya, dia turut membuka langkah. Kereta Munirah diikut dari jarak jauh,
takut nanti ada yang perasan pula.
“Nak tanya boleh?” Munirah yang
takde mood tadi dah kembali ke tabiat asalnya, adalah tu yang dia nak selidik
tu.
“Tanya apa?” Haikal menyoal kembali
selepas pelayan yang datang mengambil ordernya
itu pergi
“Awak ikut Fatia ek?” Munirah tayang
muka serius.
“Hah! Taklah, kebetulan je.” Haikal
gugup, dia nampak ke tadi?
“Kau ni, kenapa tanya soalan macam
tu, macamlah Haikal takde kerja lain.” Fatia menendang kaki Munirah di bawah
meja, kalau iapun nak soal siasat, tak payah tanya macam tu.
“Kebetulan? Hmm, tak kan asyik
kebetulan je, tak percayalah.” Munirah peluk tubuh, matanya masih memerhati
Haikal dengan tajam.
“Itulah, saya pun tak sangka kita ni
asyik kebetulan je berjumpa.” Fatia bersuara ceria, cuba meredakan suasana yang
semakin panas.
“Awak ni kerja kat mana? Macam mana
boleh makan dekat sini?” Munirah menyambung lagi.
“Hmm, saya kerja dekat-dekat sini
je, dekat AU Holding.” Haikal menjawab jujur.
“Hah! Itukan sebelah office saya.” Fatia mencelah dengan muka
terkejut.
“Kerja apa?” Munirah tayang muka
serius.
“Jurutera.”
“Gaji sebulan berapa?” Munirah masih
menyoal.
“Apa kena dengan kau ni, nak
menyibuk pun tak payahlah over
sangat, sampai ke gaji kau nak tahu.” Fatia menegur, nak malukan aku ke minah
ni.
Haikal senyum, kawan Fatia yang
tidak diketahui namanya itu memang lain macam. Baru je kenal dah banyak soalan,
pelik je aku tengok dia ni, betul ke tak berapa betul budak ni?
“Bukan apa, saja nak tahu.” Munirah
membela diri.
“Dah habis dah kan soalan? Haikal
dah boleh makan kan?” Fatia menyoal semula, kesian pula bila dilihat Haikal
yang belum menjamah makanan yang dihantar dari tadi.
“Hmm, dah.” Munirah mencapai gelas
lalu air disedut laju, aku tanya pun untuk kebaikan kau juga, dah kau tak nak
tanya kan, biar aku yang tanya.
Rayyan melangkah
menuruni anak tangan sambil menyanyi kecil, ceria sungguh gayanya malam ini.
Dia mencapai kunci kereta dan terus melangkah ke pintu utama. Hari ini dia ada
temu janji dengan teman-temannya.
“Rayyan, nak kemana tu?” Aziah
bertanya sambil melangkah ke arah anak bujangnya.
“Nak keluar, jumpa Hafizi.” Rayyan
mencapai kasutnya di rak.
“Tak puas-puas jumpa Hafizi, tadi
kat pejabat tak jumpa dia ke?” Kini daddynya mencelah, tegak berdiri di sebelah
mummynya.
“Hmm, ada benda nak bincang, hal
kerja.” Rayyan mencipta alasan.
“Hal kerja bincang time kerja, tak kan malam-malam pun nak
bekerja lagi.” Aizah menambah, cuba bertoleransi dengan Rayyan.
“Hmm, penting ni mummy.”
“Apa yang penting sangat, bincang
saja dekat sini, lagipun rumah kawan kamu tu bukan jauh sangat.” Malik mula
serius.
Rayyan garu kepala, aduh, rosak
program aku.
“Cuba duduk dekat rumah malam-malam
macam ni, temankan daddy berborak, lagipun dah lama Rayyan tak berborak panjang
dengan daddy.”
Rayyan kaku di depan pintu, alah
daddy ni, time nilah nak ajak berborak,
time lain tak nak pula.
“Jom masuk, nanti mummy sediakan air
kopi untuk Rayyan dan daddy.” Aziah mula menarik tangan Rayyan.
Rayyan melangkah dengan serba salah,
takut nak membantah kata-kata daddynya, lagipun dia dah tahu benar perangai
daddynya itu. Dia duduk di sofa, remote
dicapai lalu TV dionkan. Nampaknya
kejap lagi berjuta panggilan yang akan masuk, baik aku SMS Hafizi awal-awal,
plan semua cancel kerana arahan
daripada pihak atasan.
“Aik, abang, pakai smart macam ni nak tengok TV kat rumah
je ke?” Raisya menegur, pelik betul gaya abangnya malam ni, dekat rumah pun
kena formal juga ke.
“Jangan nak menyibuk.” Rayyan malas
nak melayan, matanya fakus di kaca TV.
“Tanya pun tak boleh, ke dah dapat
arahan jangan keluar malam ni?” Raisya sengih memerli.
“Jom Rayyan, kita berborak dekat
taman.” Malik melangkah keluar, Rayyan hanya menurut dengan senyuman kelat.
Raisya yang baru melabuhkan
punggungnya di sofa tadi turut bangun, melangkah di belakang daddynya.
“Macam mana dengan Fatia.” Malik membuka
bicara setelah mengambil tempat di kerusi.
Rayyan senyum, ingat nak berborak
pasal apa, rupanya pasal Fatia, ni mesti nenek dah bertanya dengan mummy dan
daddy.
“Hmm, kita orang dah putus.” Rayyan
menjawab lemah.
“Rayyan cakap nak pujuk Fatia.” Aziah
yang datang dengan dulang berisi air mula mencelah.
“Hmm, dah pujuk tapi Fatia tak
nak….”
“Habis, tak kan nak putus macam tu,
kita ni orang melayu, ada adat.” Aziah bersadar di kerusi.
“So, nak buat macam mana?” Rayyan
bertanya lurus.
“Kita masuk meminang cara baik,
mestilah putus cara baik.”
Rayyan tayang muka tak paham, putus
cara baik? Macam mana?
“Nanti mummy dengan nenek akan ke
kampung Fatia, bincang pasal hal ni, mummy tak nak sebab kamu berdua dah putus
tunang, hubungan mummy dengan Kak Kiah pun terputus juga.” Aziah bersuara
lemah, kecewa dengan apa yang berlaku.
Raisya yang duduk di sebelah
mummynya hanya menjadi pendengar, tak berani nak mencampuk, kan tak pasal-pasal
kena halau.
Rayyan diam, kopi yang diletakkan di
depannya dicapai lalu diminum perlahan. Dia tahu hubungan mummynya dengan mak
Fatia memang baik, kalau mummynya ke kampung abang iparnya itu, pasti rumah
Fatia akan disinggahnya juga, siap bawa buah tangan dari KL lagi. Mak Fatia pun
apa kurangnya, kalau mummynya datang ada sahaja buah tangan yang diberi.
Fatia baring
mengiring ke kiri, telefonnya ditatap sambil tersenyum, kemudian dia mengiring
ke kanan pula, gaya gedik semacam je. Rutin hariannya setiap malam, berbalas
SMS dengan Haikal. Sejak dah bertentang mata, makin kerap mereka berSMS, ada
sahaja topik yang ingin dibualkan, boleh juga menambahkan pengetahuan am, dah
tak berkira biarpun asyik nak kena top up.
“Oit, sudah-sudahlah tu, makan
dulu.” Nadira muncul di sebalik pintunya yang tidak tertutup rapat. Malam ni giliran
Nadira yang masak, bolehlah dia bersenang-lenang goyang kaki di katil.
“Dah siap ke masak?” Fatia turun
dari katil, rambutnya yang agak panjang diikat tinggi.
“Dah siap hidang atas meja.” Nadira
melangkah ke bilik Munirah pula.
“Jom makan, ni sorang lagi ni, nak
makan pun kena jemput sampai ke bilik.” Nadira membebel di depan pintu bilik
Munirah pula.
Fatia melangkah ke dapur, matanya
menatap hidangan ringkas yang tersedia di atas meja. Sedap je nampak, pandai
betul si Nad masak, tak sia-sia dia pindah duduk rumah aku, eh! Salah la, rumah
Munirah.
“Nak makan pun susah.” Nadira duduk
di kerusi.
Munirah yang baru bangun dari tidur
tayang muka mamai di depan meja, macam sedar tak sedar je tapi disebabkan
Nadira bersusah payah memasak malam ni, dia bangun juga walaupun agak malas.
“Yang kau tercegak dekat situ
kenapa? Duduklah.” Fatia menarik tangan Munirah, memang sah mamai.
“Nak, makan ni, aku masak khas untuk
kau.” Nadira mencapai mangkuk yang berisi tomyam lalu diletakkan di depan
Munirah.
“Kau masak untuk aku, terharu
rasanya.” Munirah sengih.
“Untuk aku takde ke?” Giliran Fatia
pula menyoal.
“Kau kan semua kau telan, tolak batu
dengan kayu je.” Munirah mencelah laju, belum sempat Nadira nak menjawab.
“Amboi, aku makan semua sebab aku
tak memilih, bukan macam kau, itu tak makan, ini tak makan.” Fatia mencapai
tomyam di depan Munirah, tunggu minah ni lambat sangat, biar aku yang rasmi
tomyam ni.
Tisya tayang
muka mogok, kali ini dah tiga kali Rayyan mungkir janji. Rayyan yang
mengajaknya keluar tapi dia yang tak datang, hati mana yang tak panas, dah la
dia siap beli baju baru semalam semata-mata nak keluar dengan Rayyan. Huh!
Habiskan duit dan masa sahaja. Tisya mengalihkan pandangan ke arah Hafizi dan
Inara yang tengah syok berkaraoke, bukan main bahagia lagi, kalaulah Rayyan tu
macam Hafizi kan best, senang je
kalau diajak keluar.
Telefon dicapai, dia cuba untuk
mendail nombor telefon Rayyan untuk kali keberapa entah, sudah tak terkira tapi
masih voice mail yang jawab. Telefon
di campak ke kerusi, bengang betul rasanya, kalau tak jadi keluar pun angkatlah
telefon tu, susah sangat ke nak cakap dengan aku.
“Tak
nak nyanyi?” Inara duduk di sebelah Tisya.
Tisya tayang muka takde mood, nak
nyanyi dengan siapa, tak kan nak nyanyi sorang-sorang, takde feel langsung.
“Nah, pergi la pilih lagu.” Inara
menghulurkan mikrofon.
“Tak naklah.” Mikrofon ditolak
kasar.
Tisya terus bangun, beg tangannya
dicapai lalu dia mengatur langkah ke pintu. Buat apa lagi dia duduk di situ,
buat sakit hati melihat Hafizi dan Inara bermesra dan menyanyi bersama.
“Kenapa dengan Tisya tu?” Hafizi
membuka mulut, sejak dia memberitahu Rayyan tidak jadi datang, Tisya terus
diam, berpuluh patah dia orang berbual, sepatah je dia mencelah.
“Kawan baik you punya pasal la.” Inara mencapai remote, ingin memilih lagu lain
pula. Kalau tinggal berdua dengan Hafizi lagi dia suka, pasal Tisya nantilah
dia pujuk kawannya itu, kalau pujuk sekarang ada aku kena sembur sekali.
Hafizi mencebit bibir, nak buat
macam mana, dia pun tak boleh nak tolong. SMS yang diterima dari Rayyan tadi
sudah dibaca dua tiga kali, memang dia tak salah baca. Rayyan terpaksa melalui
perintah berkurung malam ni, dia pun tak tanya kenapa, SMS tadi pun hanya
dibalas pendek sahaja. Esok pasti Rayyan akan membuka cerita.
Bab 36
Fatia melangkah
ke tingkap biliknya, telefon masih ditangan. Gayanya macam gelisah semacam, SMS
yang diterimanya tadi diulang baca sekali lagi. Aduh! Tak pernah aku keluar
dengan lelaki berdua-duan sebelum ni, segan pula rasanya.
Nak pergi ke tak? Tapi aku kan dah
tiga kali terjumpa dengan dia, dah pernah bercakap dengan dia kan, nak segan
apa lagi. Tapi time tu tak dirancang,
kalau yang dirancang lain sikit rasanya, mahu aku bisu je nanti.
Kalau ajak Munirah sekali macam
mana? Boleh juga buat teman, nanti takdelah dua-dua tak tahu nak cakap apa.
Tapi kalau bawah minah tu ada dia tanya yang bukan-bukan pula, ish, tak boleh
ni.
Dia melangkah ke luar, matanya
memandang ruang tamu yang kosong, mana pergi semua orang, tak kan dah tidur
kut. Fatia membuka langkah ke bilik Munirah pula, ni mesti duk layan cerita
korea ni kat dalam bilik. Fatia membuka pintu bilik tanpa amaran, main redah
je.
“Kau nak pergi mana?” Fatia tayang
muka terkejut.
“Nak pindah rumah ke?” dia
menyambung lagi.
Munirah yang sedang memasukkan baju
ke dalam beg tariknya menoleh bila mendengar perkataan pindah rumah dari mulut
Fatia.
“Banyak la kau punya pindah rumah,
habis aku nak tinggal dekat mana, pergi duduk rumah sewa, rumah sendiri bagi
kau duduk, macam tu?”
“Hehe, habis nak pergi mana
malam-malam macam ni?” Dia duduk di sebelah Munirah, tak kan nak lari dari
rumah kut.
“Aku kena outstation esok.”
Fatia mengangguk perlahan, hari
minggu pun kena kerja, kesian betul kat kawan aku ni. Tapi bagus juga, tak
payah aku cakap dekat dia aku nak keluar dengan Haikal, yes, tak payah bersoal jawab lepas ni.
“Esok aku takde jangan nak merayap
je kerja, kau jaga diri baik-baik, Nadira pun dah balik rumah keluarga dia
tadi.” Munirah menolak begnya yang agak besar ke tepi dinding, nak pergi dua
hari macam dua minggu gayanya.
“Hish! Macam aku ni suka merayap
kalau takde sebab.” Fatia gigit bibir, kalau aku cakap nak keluar dengan Haikal
ni tak pasal-pasal kena dengar dia membebel.
“Bukan boleh percaya kau tu.”
Fatia sengih, macam tahu-tahu je
minah ni rancangan aku esok.
“Yang kau senyum sorang-sorang ni
kenapa?”
Senyuman yang terukir tadi hilang
serta-merta. “Mana ada, kau balik nanti belikan aku buah tangan ek?”
“Kau ingat aku pergi melancong, aku
pergi kerja la, nak jalan-jalan pun belum tentu sempat.”
“Alah, bukan susah pun nak beli,
kedekut cakap je kedekut.” Fatia sengih lagi, ada sahaja modal nak cari gaduh.
“Ya lah cik puan, nanti aku singgah
kedai runcit dekat depan station bus masa aku balik nanti, apa-apa pun kau tak
kisah kan, janji aku beli.” Munirah menjawab tak puas hati.
Fatia katawa geli hati, bukan dia
mengharap sangat kawannya itu membelikan sesuatu untuknya, saja je tadi nak
ubah topik, takut terkantoi dengan Munirah.
Fatia keluar
bila terdengar hon kereta dibunyikan di luar pagar rumahnya. Dia segera
mengunci pintu pagar, senyuman manis sentiasa terukir di bibir. Dia menghampiri
kereta yang menunggu dengan langkah sopan dan ayu, pintu kereta di buka dari
dalam.
“Hai.” Haikal menyapa.
“Hai.”
“Hmm, kawan awak takde dekat rumah
ke?” Dia menyoal bila dilihat kereta kawan Fatia tiada di situ.
“Takde, outstation.” Fatia menjawab sambil tersenyum.
“Hmm, kawan awak tu memang macam tu
ke?”
“Kenapa? Maksud awak Irah suka tanya
yang bukan-bukan?” Fatia gigit bibir, nasib tak bawa Munirah, kalau tak jadi
perang dekat sini.
“Itulah, baru je jumpa dah tanya
soalan macam tu.”
“Munirah tu baik la, cuma dia tak
suka saya layan lelaki yang tak kenal, kalau awak berkawan dengan dia, mesti
awak seronok, dia tu kelakar sikit.” Fatia besuara ceria.
“Ya ke, tapi saya takutlah dengan
dia tu, muka macam tak puas hati je dengan saya.” Haikal menambah jujur, itu
yang dia rasa setelah dua kali bertemu dengan Munirah.
“Takdelah, dia baik, nanti dah kenal
lama okeylah tu.”
Haikal senyum, pemanduannya
diteruskan ke tempat yang dijanjikan semalam.
“Awak keluar dengan saya ni takde
yang marah ke?” Haikal menyoal bila dua-dua diam dari tadi.
“Hmm, ada, kalau mak saya tahu ni
mesti dia marah keluar dengan awak.” Fatia sengih, dia tahu apa yang
dimaksudkan oleh Haikal tapi saja nak bagi jawapan macam tu.
“Selain mak awak?”
“Kenapa tanya?” Fatia menyoal
kembali.
“Mana tahu ada yang bergaduh nanti.”
“Takdelah, takde siapa pun nak
marah.” Fatia menjawab perlahan.
Haikal senyum, memang dia dah tahu
apa yang berlaku tapi saja nak mendapat kepastian.
“Awak? Kan tak pasal-pasal ada yang
datang serang saya nanti.”
“Awak jangan risau, saya memang
single and available.” Haikal menghadiahkan senyuman manis kepada Fatia di
sisinya.
Fatia turut senyum, dah dua-dua single ni lagi senang, hehe. Ish! Apa la
yang aku fikirkan ni, Haikal tak pernah cakap dia suka aku, so jangan nak fikir
yang bukan-bukan.
“Lepas ni nak
pergi mana?” Haikal bertanya apabila dilihat Fatia sudah selesai makan. Seronok
bila dapat berbual-bual dengan Fatia, kalau tak kenal memang orang akan cakap
Fatia ni sombong sikit, tapi kalau dah start
bercakap, banyak pula ceritanya.
“Hmm, entah.” Fatia menjawab sambil
mengangkat bahunya.
“Saya nak bawak ke satu tempat, nak
pergi tak?” Haikal memberi cadangan.
“Pergi mana?” Fatia mula teruja,
tapi reaksinya berubah serta merta, dia nak bawa aku pergi mana? Ni yang aku
takut ni.
“Satu tempat yang saya nak pergi
sangat masa saya kecil dulu, tapi tak kesampaian sebab tak mampu.” Haikal
menjawab jujur.
Fatia diam, mula berfikir dengan
logik, tak kan dia nak bawa kau tempat yang bukan-bukan. “Kat mana?”
“Jom kita gerak sekarang.” Haikal
bangun teruja, Fatia hanya menurut.
Fatia melihat ke luar melalui cermin
kereta, perjalanan yang mengambil masa dua puluh lima minit membuatkan dia
resah dalam teruja. Kereta diparking
di tempah yang ditetapkan, Haikal melangkah keluar dan Fatia turut melangkah.
Matanya menatap bangunan di depannya kini. Zoo Negara?
“Jom, kita dah sampai.” Haikal
menegur bila dilihat Fatia kaku di situ.
“Nak masuk Zoo Negara ke?” Fatia
menyoal sambil mengikut langkah kaki Haikal.
“Yap.”
“Nak buat apa datang sini?” Fatia
menyoal lagi.
“Nak tengok binatanglah, tak kan nak
datang shopping kut.” Haikal sengih.
Fatia turut sengih, kena lagi,
itulah, suka tanya soalan tak cerdik.
“Awak tak suka ke?” Haikal pula
bertanya bila dilihat Fatia macam tak berminat.
“Bukan macam tu, saya suka tapi tak
sangka awak nak bawa saya datang Zoo Negara.”
Haikal melangkah ke kaunter, beratur
untuk membeli tiket. Fatia hanya menunggu di kerusi sambil melihat kiri dan
kanan. Ramai juga yang datang hujung minggu macam ni, paling banyak ibu bapa
yang datang membawa anak-anak, rombongan sekolah pun ada, tapi yang berdating belum ada lagi, Cuma dia dengan
Haikal je. Eh! Salah pula, bukan berdating
tapi jalan berdua.
“Jom kita masuk.”
Fatia menurut, dia pun tak pernah
datang Zoo Negara, agak teruja juga rasanya. Matanya kini menatap rusa-rusa
yang bersantai di taman rusa. Rusa dah selalu tengok, nak tengok binatang lain.
“Dulu saya nak sangat datang sini,
tapi bila dah besar ni macam tak sesuai pula, lagipun tak kan nak pergi
sorang-sorang” Haikal membuka bicara.
“Ni kali pertama ke awak masuk
sini?”
“Yap, sebab awak nak temankan, kalau
tak memang saya tak datang.” Haikal melangkah ke arah rumah reptilian, buaya
yang sedang bersandar kekenyangan menjadi tatapan. Fatia senyum, baru siap
makan tengah hari kut buaya ni, sebab tu syok je dia landing.
“Kenapa senyum dekat buaya tu? Nak
berkenalan dengan buaya ke?”
“Hish! Ada ke nak berkenalan dengan
buaya, sekali dia ngap saya, terus jadi arwah.” Fatia menjawab sambil ketawa.
Mereka melangkah lagi, kini mereka
berhenti di tempat yang paling Fatia suka iaitu zoo serangga. Fatia mula teruja
meliat rama-rama yang bertebangan, lawanya. Dia cuba untuk menghulurkan
tangannya, rama-rama yang bertebangan mula hinggap di situ.
“Awak suka rama-rama ke?” Haikal
turut melakukan aksi yang sama.
“Suka, sebab dia cantik, bebas
terbang, takde siapa pun yang boleh halang.” Fatia membawa tangan yang masih
dihinggap oleh rama-rama ke arah Haikal.
“Tengok ni, cantikkan.”
“Ada orang yang halang awak terbang
ke?” Haikal menyoal perlahan.
“Hah! Apalah awak ni, ke situ pula,
lagipun saya mana boleh terbang.” Fatia melangkah ke arah rama-rama yang
hinggap di dahan pokok, telefon dikeluarkan, dia mula mengambil gambar.
“Jom kita ke rumah burung, lagipun
kejap lagi dah nak tutup.” Haikal mengajak bila mereka agak lama di situ.
Fatia mengangguk, dia melangkah ke
arah yang dicakapkan tadi. Tak rugi dia keluar dengan Haikal, boleh juga
melawat Zoo Negara, kalau tunggu Munirah bawa memang tak mungkinlah, yang dia
tahu shopping complexje.
Rayyan bersantai
di taman bersama nenek kesayangannya, tiada siapa yang akan menganggu mereka
saat itu. Haikal pun tidak kelihat sejak dia sampai tadi, mungkin dia tak
datang hari ni, lagi dia suka kalau Haikal takde, Rayyan senyum sendiri.
Mak semah yang datang bersama dulung
di tangan dipandang sekilas, sampai je tadi dia terus ke dapur, memanggil nama
Mak Semah dengan ceria. Dah lama dia tidak makan puding castard buatan Mak
Semah, petang ni terasa pula nak makan puding tu.
“Makanlah Rayyan, dah lama Mak Semah
tak buat puding ni, kamu pun dah lama tak datang.” Mak Semah meletakkan puding
yang telah dipotong di depan Rayyan.
“Terima kasih Mak Semah.” Rayyan
mencapai sudu, lalu puding disuapkan ke mulutnya.
“Macam mana?” Puan Karmila bersuara,
dari tadi dia ingin bertanyakan hal itu.
“Sedap nek.” Rayyan menjawab laju,
puding dimasukkan lagi ke mulutnya.
“Bukan itu maksud nenek, nenek nak
tanya pasal Fatia, macam mana kamu dengan dia?” Puan Karmila menyambung lagi.
Rayyan diam, sudu yang berisi puding
diletakkan semula di pinggan, air mukanya berubah. Lupa pula, motif dia datang
sebenarnya untuk memberitahu nenek tentang Fatia, tapi disebabkan syok duk
bercerita itu da ini, lupa terus tujuannya.
“Hmm, Fatia dah tak nak teruskan
hubungan dengan Rayyan nek.” Wajahnya dimuramkan sedikit, suaranya ala-ala
orang kecewa.
“Rayyan dah pujuk dia?”
“Dah nek, tapi dia dah tak nak
dengar apa-apa nek.”
“Takpelah, orang dah tak suka tak
kan nak paksa pula.” Puan Karmila mencapai cawan yang berisi air tea lalu
disuakan ke mulut.
Rayyan mengangguk, matanya memandang
wajah nenek yang nampak agak kecewa. Maafkan Rayyan nek, kalau benda lain
Rayyan boleh ikut cakap nenek tapi kalau pasal perasaan dan kahwin ni biar
Rayyan pilih sendiri.
“Nenek tak marahkan Rayyan?” Rayyan
menyoal, bimbang juga kalau-kalau namanya nanti terkeluar dari wasiat neneknya.
“Taklah, bukan salah Rayyan.” Puan
Karmila senyum.
Rayyan turut senyum, lega hatinya.
Semuanya sudah berakhir di sini, lepas ni dah takde nama Fatia di dalam hidup
neneknya.
Bab 37
Deringan telefon
yang berbunyi dari tadi menyebabkan Fatia cepat-cepat melangkah ke katil,
telefon dicapai laju, nama yang tertera di skrin telefon ditatap dan terus
ditekan butang hijau.
“Hello Kak Tia, call balik
sekarang.”
Telefon diletakkan serta merta oleh
pemanggil, belum sempat Fatia membuka mulut dan menyapa.
Telefon ditekan, cuba menelefon
semula seperti yang disuruh tadi. Bunyi macam urgent je, tapi sempat juga nak jimat kredit dia, dia ingat aku ni
banyak sangat kredit. Entah-entah nak suruh aku masukkan duit, macam tak tahu
perangai si Erin ni, selalu tak cukup duit. Aku pun dulu masuk universiti juga
tapi tak pernah aku minta duit dengan mak, duit pinjaman yang aku dapat dah
cukup setiap semester.
“Hello.” Kedengaran suara Fazrin di
hujung talian.
“Kenapa suruh Kak Tia call, gaji belum masuk lagi, kalau nak
duit tunggu hujung bulan.” Fatia membuka bicara.
“Kak Tia ni, bukan pasal duit la.”
“Dah tu pasal apa, tak kan nak tanya
khabar Kak Tia kut, tak pernah-pernah pun.” Fatia senyum, lega hatinya kalau
bukan pasal duit.
“Hmm, memang nak tanya khabar pun.”
Fazrin menjawab lemah.
“Aik! Kenapa? Mengigau ke
malam-malam ni?” Fatia gelak kecil.
“Kak, betul ke Kak Tia dah putus
tunang?”
Fatia yang duk syok ketawa tiba-tiba
terdiam, mati terus ketawanya tadi. Ni mesti Eisya yang buka mulut, kalau tak
Erin tak akan tahu.
“Hmm, memang pun.” Fatia menjawab
selamba.
“Kak, kenapa boleh putus, apa Kak
Tia dah buat.” Fazrin buat ayat kecewa.
“Apa pula, bukan salah Kak Tia.”
Fazrin diam, nampaknya tak dapat nak
berabang iparkan Abang Rayyan yang handsome tu.
“Kak Tia tahu tak, Fazrin baru je
siap edit gambar-gambar majlis pertunangan Kak Tia, alih-alih dah putus tunang,
buang masa je Erin buat.”
“Erin, majlis Kak Tia lima bulan
lepas, baru sekarang siap edit, lama betul ambil masa.” Fatia baring di katil.
“Itulah, Kak Tia tak tahu, Erin buat
paling cantik dan menarik, kalau Kak Tia tengok memang Kak Tia akan kagum
dengan Erin. Tapi, mesti Kak Tia dah tak nak tengok gambar-gambar tu kan.”
Fazrin bersuara kecewa.
“Boleh je kalau nak bagi Kak Tia
tengok, yang ada gambar Rayyan tu buang jelah.” Fatia senyum.
“Tapi Erin takut nanti Kak Tia makin
kecewa pula kalau tengok gambar-gambar tu, nanti teringat kisah lama.”
“Alah, takde maknanya kecewa, nanti email
dekat Kak Tia, kalau lawa nanti Kak Tia bagi upah.” Fatia cuba memujuk adiknya,
lagipun si Erin ni kalau dengar je perkataan upah boleh berubah terus mood.
“Ya ke Kak, okey nanti Erin email. Tapi upah kena bagi lebih sikit la, campur
dengan duit belanja bulan depan.” Suara Fazrin kedengaran ceria.
“Yalah, kalau pasal duit cepat je
kan.”
“Okeylah
Kak, jangan lupa tau, byeKak Tia.”
Fazrin memutuskan talian.
Fatia senyum, dia pun bukan nak
tengok sangat gambar-gambar tu, tapi hanya untuk menghargai apa yang telah
dibuat oleh Erin sahaja. Lagipun kalau gambar-gambar tu memang lawa boleh aku
simpan buat kenangan, huhu.
Hafizi masuk ke
bilik pejabat yang menempatkan dia dan tiga rakan kerjanya yang lain. Langkah
kakinya dihayunkan terus melintasi meja kerjanya, dia kini berhenti betul-betul
di depan meja Rayyan dengan muka penuh makna. Rayyan yang agak kebingungan mula
tayang muka tak faham, apa kena dengan Hafizi ni, pagi-pagi pun dah nak ajak
aku berbual ke?
“You
know what, aku ada betterplan.”
Hafizi menari kerusi lalu duduk.
Rayyan masih tayang muka tak faham,
plan? Plan apa?
“Aku dah seminggu duk fikir plan ni,
aku rasa inilah yang terbaik untuk kau.” Hafizi menyambung lagi.
“Apa kau merepek ni?” Rayyan
menyandar di kerusinya.
“Aku tak merepek, lepas ni mesti kau
berterima kasih dengan aku.”
Rayyan
geleng kepala, apa kena mamat ni, salah makan ubat ke?
“Itulah,
kau tak tahu kan?” Hafizi tayang muka confident.
“Tahu
apa? Kalau kau nak cerita tolong straight
to the pointboleh tak.”
“Kau
tahu…..” Hafizi membetulkan duduknya, biar selesa nak bercerita.
“What?” Rayyan mula hilang sabar, kalau
cerita yang bukan-bukan siap la kau.
“Fatia
dengan Haikal ada hubungan.”
Rayyan
tayang muka terkejut, tapi sempat lagi cover.
Aku salah dengar ke ni? atau Hafizi salah cakap.
“Hmm,
maksud kau?”
“Aku
nampak mereka minggu lepas.” Hafizi sengih.
“Minggu
lepas? Tapi hari ni baru nak cakap dekat aku.” Rayyan tak senang duduk, tapi
kenapa aku nak gelisah pula, aku dan Fatia dah lama putus.
“Minggu
lepas aku nampak dia orang tengah lunch,
tapi time tu mereka bertiga. Tapi
semalam aku nampak lagi, mereka berdua sahaja.”
Rayyan
bangun, tie yang dipakainya cuba dilonggarkan sedikit, panas rasanya walaupun
bilik itu ada aircond.
“Keluar
dating sampai Zoo Negara.” Hafizi
menyambung lagi.
“Mana
kau tahu dia orang ke Zoo Negara?”
“Kau
kena berterima kasih dekat aku sebab susah payah aku ikut dia semalam dari KL
sampai ke Zoo Negara. Itulah kau, semalam aku ajak keluar tak nak, kalau tak
mesti kau boleh tengok sendiri dengan mata kau.” Hafizi bangun, dia berdiri di
sebelah Rayyan yang bersandar di dinding cermin.
“So, kalau kau ikut plan aku ni, lepas ni
hidup kau akan kembali seperti dulu, tanpa Fatia dan Haikal.”
“Apa
plan kau?” Rayyan tanya perlahan, ingin tahu apa plan Hafizi.
“Macam ni, kau cakap dekat nenek
yang Haikal dan Fatia ada hubungan sulit di belakang kau, sebab Haikal kau
dengan Fatia putus tunang. Aku pasti mesti nenek percaya.”
Rayyan diam, berfikir sejenak. Kalau
aku cakap macam tu dekat nenek mesti nenek percaya, tapi nenek tak bodoh, mesti
dia akan tanya Haikal dulu, kalau nenek lebih percayakan Haikal macam mana?
“Lagipun mereka memang ada hubungan,
aku boleh jadi saksi, dan aku ada bukti.” Hafizi mengeluarkan telefonnya dari
kocek seluar, gambar-gambar Fatia dan Haikal yang dirakam ditunjukkan kepada
Rayyan.
“Bijak tak aku?”
Rayyan gigit bibir, matanya kini
terpaku pada gambar Fatia yang ketawa ceria di sebelah Haikal. Haikal! Takde
perempuan lain ke kau suka, kenapa perlu Fatia.
Telefon di tangan digenggam kuat,
perasaan marah dan meluat mula menguasai diri, Haikal, kau memang nak rampas
apa yang aku ada ke? Kau memang hendak rampas apa yang nenek bagi dekat aku ke?
“Wei, kalau marah pun agak-agak la,
telefon aku tu baru je aku beli, tak pasal-pasal patah dua nanti.” Telefon di
tangan Rayyan ditarik laju.
Rayyan buat muka takde perasaan, dah
terkesan langsung dengan gurauan kawannya itu, fikirannya kini dipenuhi dengan
wajah-wajah orang yang dia memang tak suka, Haikal dan Fatia, ah, makin
menyampah la aku dengan dua orang tu.
Hafizi memandang
ke arah Rayyan lagi, kalau dilihat macam tengah serius buat kerja tapi dari
tadi fail tu terbuka pada halaman yang sama. Skin komputer pun direnung dari
tadi, tak nampak pula dia menaip. Ke tengah fikirkan plan terbaik aku tadi?
“Rayyan, lunch time.” Hafizi memanggil dari tempat duduknya.
“Hah! Apa?”
“Lunch,
jomlah.” Hafizi bangun, tapi Rayyan masih kaku di kerusinya.
“Kenapa? Masih berfikir macam mana
nak bagitahu nenek kau?”
Rayyan buat tak faham, dia bangun,
mejanya dikemas sedikit dan langkah kaki terus di atur ke luar. Hafizi mengikut
dengan bebelan yang panjang berjela tentang perancangan plannya itu.
“Okey
kan plan aku?” Hafizi menyoal bila Rayyan dilihat kusyuk mendengar apa yang
diperkatakan tadi.
Rayyan diam, okey apa macam tu.
“Oit! Kau dengar tak?” Hafizi
menyoal kuat, aku berhujah panjang lebar tapi dia buat bodoh je.
“Dengar.”
“So, bila nak jalankan plan kita
ni.” Hafizi sengih teruja.
“Entah.”
“Entah kau jawab, sepatutnya kau
kena bertindak sekarang, tak payah buang masa lagi, lagi cepat settle, makin cepat tenteram hidup kau.”
Hafizi mula bengang, aku dah susah payah aturkan plan, tapi Rayyan tayang muka
selenger dari tadi.
“Nanti aku fikirkan.”
“Nak fikir apa lagi, ni semua untuk
kebaikan kau juga.” Hafizi menambah geram.
Rayyan diam, kalau nenek percaya
dengan apa yang aku cakap memang masalah aku selesai, aku memang suka. Tapi
yang aku tak suka kalau mereka hidup bahagia, mesti nak tayang depan aku je.
Munirah duduk di
kerusinya, tiada tanda-tanda nak keluar lunch.
Dia melihat jam di telefon bimbitnya, lambat lagi ke. Dia mencapai kertas
didepannya lalu diselak dengan tak berminat langsung. Mana minah ni, tak nak
makan ke? Dari tadi tak muncul-muncul.
Munirah menjeguk ke pintu yang
memisahkan setiap bahagian, matanya lama terpaku di situ. Fatia ni memang la,
asyik aku je kena pergi sana, tak boleh ke kalau dia pula datang sini jemput
aku.
Munirah menoleh lagi bila dilihat
pintu ditolak dari luar, mana tahu Fatia dah sampai.
“Alamak!”
Dia mula kalut, fail dicapai lalu
diselak, buat-buat sibuk.
“Tak keluar lunch lagi ke?” Encik Farhan menegur.
“Hmm, saya tunggu Fatia.” Munirah
tarik nafas dalam-dalam, kenapalah dia datang sini, kalau nak jumpa dengan
Encik Iskandar jalan je terus ke bilik dia, tak payah nak menyapa aku.
“Ya ke, tadi Fatia cakap dia tunggu
kamu.”
“Hah! Yalah, saya memang dah nak
keluar ni.” Dia bingkas bangun, mencapai beg tangan dan berlalu pergi.
Fatia pun satu, dah tahu aku tak
akan jejakkan kaki lagi dekat sana, tapi tak reti-reti nak datang sini,
alih-alih bos dia yang datang, dah la aku alergik. Langkahnya semakin laju.
“Kenapa kau tak pergi tempat aku?”
Munirah menerjah Fatia yang syok berbual dengan Shima.
“Hah! Kenapa dengan kau ni?” Fatia
tayang muka blur.
“Kan aku dah cakap aku tak akan
jejak dekat bahagian kau lagi.” Munirah memperlahankan suaranya, tangan Fatia
ditarik supaya mengikutnya.
“Kenapa ni?”
“Aduh! Kau ni, tak faham ke
buat-buat tak faham.”
Fatia garu tudung di kepalanya, apa
kena dengan minah ni, datang-datang je nak marah.
“Kan aku dah cakap, aku tak boleh
tengok muka bos kau, nanti mereman bulu roma aku, aku tak bolehlah.” Munirah
menggosok kedua lengannya, dah mereman bulu roma kut.
Fatia ketawa geli hati, aku ingat
kenapa tadi, rupanya pasal Encik Farhan.
“Kau janganlah ketawa, aku serius
ni.”
“Kau ni kenapa, aku tengok Encik
Farhan okey je, kau yang lebih-lebih, jangan-jangan kau yang syok dekat dia
tak?” Fatia masih ketawa.
“Hish! Kau jangan nak merepak boleh
tak.” Munirah mula tayang muncong.
“Tengok tu, sensitif sungguh, kau
jangan, sekarang kau tak suka tengok dia, nanti hari-hari kau nak tengok dia
je.”
“Dahlah, jom makan, aku lapar ni.”
Munirah melangkah keluar, dia bukan tak suka dengan Encik Farhan tu, cuma dia
rasa lain macam sejak peristiwa dia mengendap bilik hari tu, pandangan Encik
Farhan pun macam dah lain. Ke aku je yang berperasangka macam tu?
Fatia melangkah ke meja, mencapai
bag tangan lalu mengatur langkah ke luar.
“Bye
Shima, aku keluar dulu.” Fatia senyum. Shima memang jarang keluar lunch, asyik bawa bekal je, aku pun kena
buat macam tu, baru boleh save budget
sikit.
Fatia menoleh ke
kiri, dia senyum bila Haikal melambai ke arahnya. Hari ni tanpa pengetahuan Munirah
dia telah berjanji untuk lunch
bersama dengan Haikal. Boleh la Munirah dan Haikal saling kenal mengenali lagi,
nanti takde la asyik nak pandang serong je dekat Haikal.
“Kebetulan lagi ke?” Munirah
berbisik di telinga Fatia, matanya kaku pada Haikal yang sedang berjalan
menghampiri meja mereka.
“Taklah, aku yang ajak dia join.”
“Kenapa?” Munirah tayang muka tak
puas hati.
“Supaya kau boleh kenal dia, nanti
taklah kau asyik fikir yang bukan-bukan je pasal dia.”
“Hai.” Haikal menyapa sopan.
Munirah senyum tak ikhlas, Fatia
pula tersenyum manis.
“Hai, duduklah.” Fatia menyambut
ceria.
“Dah lama ke tunggu, sorry lambat sikit.” Haikal menoleh ke
arah Munirah yang sedang menyelak menu ditangan, langsung tak menyapa.
“Taklah, kita orang pun baru sampai.”
Fatia turut menoleh ke arah kawannya itu.
“Cepatlah order, dah lapar ni.” Munirah tiba-tiba bersuara.
Fatia senyum, ingat dah bisu tadi,
dia mencapai menu di meja dan turut menyelak satu persatu.
“Kau nak makan apa?” Munirah
bertanya lemah, dah tak larat nak menyelak, order
jelah apa-apa, janji boleh makan, macam tak pernah makan dekat sini sampai nak
kena selak satu persatu menu tu.
“Aku nak nasi goreng pataya, kau?”
Fatia meletakkan menu di meja.
“Samalah, malas nak pilih sendiri.”
Munirah senyum pahit.
Haikal memanggil pelayan, setelah order dibuat, mereka berbual-bual
seketika, tapi Fatia dengan Haikal jelah yang banyak bercakap, Munirah hanya
mendengar dan sesekali dia mencelah.
Bab 38
Rayyan masih
duduk di kerusinya, tiada tanda-tanda mahu pulang. Plan yang entah keberapa
yang dirangka oleh Hafizi semalam masih bermain-main difikiranya. Kalau
difikirkan sedalam-dalamnya, memang nampak macam okey. Lagipun kalau plan itu berjalan dengan lancar, pasti nenek
akan menyebelahi dirinya, dan ini adalah satu-satunya cara untuk menyingkirkan
Haikal dari hidup nenek. Kalau Haikal tersingkir, dengan serta merta Fatia akan
tersingkir dari hati nenek. Rayyan senyum, kejap lagi hilanglah titlekau sebangai calon menantu pilihan
Nenek.
Rayyan memusingkan kerusinya, dia
kini mengadap permandangan senja di luar bangunan. Jam tangan ditoleh sejenak,
dah nak masuk pukul tujuh tapi kakinya berat je nak melangkah keluar, seberat
kepalanya yang duk memikirkan plan-plannya dari tadi.
Dia bangun malas, melangkah ke pintu
dengan perlahan. Lagipun kejap lagi dia ada temu janji, kalau dimungkiri lagi
memang gempar bumi jawabnya. Kali ini dia akan keluar berdua dengan Tisya
sahaja. Kaki dihayun lebih laju, nanti kalau lambat balik lambat pula dia
sampai rumah.
“Tak
balik lagi?” Guard yang ditugaskan
menjadi jaga menegur ramah, lagipun jarang benar dia melihat kelibat Rayyan
waktu-waktu macam ni.
“Ada
kerja sikit.” Rayyan menjawab sambil tersenyum. Kerja yang takde kaitan dengan
pejabat, iaitu termenung dari tadi.
“O,
bawa kereta hati-hati.” Pak cik guard bersuara ceria.
Rayyan
mengangguk dan melangkah pergi, takde mood untuk berbual panjang, lagipun Pak
Cik yang menegur, kalau perempuan yang tegur tadi agaknya terus ceria dan
berbual mesra kut.
Kedengaran tawa
riang dari ruang tamu, kadang-kadang kuat macam ketawa jantan, kadang-kadang
sopan macam gadis melayu. Fatia yang sedang melipat kain mula menoleh ke pintu,
mula tertanya-tanya apa yang seronok sangat dekat luar tu, dari tadi asyik
ketawa je.
Dia mula bangun, kain yang basuh
belum berlipat ditinggalkan di atas katil, nak tidur nanti baru dia sambung
melipat kain semula. Fatia menjenguk ke kaca TV, tertera cerita korea di situ,
kedatangan Fatia sedikitpun tidak menganggu tumpuan Munirah dan Nadira.
Fatia duduk di sebelah Munirah,
matanya tertumpu di skrin TV, nak tahu juga apa yang best sangat sampai tergelak sakan.
“Cerita apa?” Dia menyoal.
Fatia menanti dengan sabar tapi
dua-dua masih kusyuk, tak dengar apa yang dia tanya atau buat-buat tak dengar?
“Woi! Cerita apa?” Fatia bersuara
agak kuat.
“Ish! Kau ni, sibuk betul, cerita
korea la.” Munirah menjawab tapi mata sedikit pun tidak berganjak.
“Aku tahulah cerita korea, tapi
tajuk apa?”
“Personal taste.” Nadira menjawab
perlahan.
Fatia mencebit bibir, dua-dua dah
jadi hantu korea. Sedap ke cerita ni? rasa macam tak pernah tengok lagi, layan
sekali jelah, lagipun takde nak buat apa kan.
“Kata tak minat cerita korea.”
Munirah menyoal bila dilihat Fatia masih duduk di situ.
“Memang tak minat tapi dah tak tahu
nak buat apa.” Fatia sengih, kalau setakat nak layan dua tiga episod tu boleh
la, kalau nak ulang tengok dua tiga kali memang tak la.
Fatia
diam di sofa, kadang-kadang dia turut tersenyum, terhibur juga dengan watak heroin yang agak kelam kabut.
“Yang
kau senyum-senyum ni kenapa?” Munirah menoleh, memandang muka Fatia dengan
penuh rasa curiga.
“Hah!
Apa punya soalan kau tanya ni? dah cerita dia kelakar aku senyum la, tak kan
aku nak menangis pula.” Fatia menjawab geram.
“Kalau
kau menangis lagi aku curiga.”
Fatia
tayang muka tak faham, dah kenapa dengan Munirah ni.
“Yalah
kan, mana tahu kau menangis tengok cerita ni?” Munirah mengambung lagi.
“Kau
ni kenapa, cakap tu biar jelas sikit boleh tak.”
“Yalah,
hero cerita ni kan macam muka Rayyan, kut-kut masih teringat kisah lama.”
Munirah sengih.
Fatia
mencubit paha Munirah sekuat hatinya, suka sangat sebut nama mamat tu. Nak buat
apa aku bazirkan air mata sebab jantan macam tu.
“Aduh!
Sakitlah.” Munirah menjerit kuat, tangan kanannya menggosok paha yang merah
akibat cubitan tadi.
“Kenapa
ni? diam sikit boleh tak.” Nadira yang duduk di depan sedikit mula menoleh,
terganggu dengan jeritan Munirah.
Fatia
memberi pandangan amaran kepada Munirah. Takut nanti Munirah menyambung kembali
ayat-ayat yang diucapkan tadi, risau kalau-kalau Nadira dapat menangkap apa
yang dikatakan oleh Munirah.
Munirah
sengih, matanya tertumpu pada cerita di depannya semula, ketiga-tiga makin
kusyuk menonton, dah tak sedar malam semakin larut.
Matanya digosok
lagi, ayat-ayat yang tertulis di kertas A4 dibaca berulangkali tapi macam
nampak tak nampak je. Fatia menutup mulutnya, dia menguap lagi untuk entah kali
yang keberapa. Inilah padahnya melayan cerita korea semalam, pukul 3 pagi baru
dia dan dua orang minah tu tidur, tapi Munirah dan Nadira okey je, masih ceria dan bertenaga pagi ni, dia jelah yang over sikit, maklumlah, tak pernah tidur
lambat.
Fatia menongkat dagu di meja,
matanya macam nak tertutup tapi ditahan juga, kalau Encik Farhan nampak kan tak
pasal-pasal kena tegur. Fatia membetulkan duduknya, kali ini kedua tanganya
disilangkan di atas meja dan dia mula meletakkan kepala di lengannya, lebih
selesa rasanya.
Dia mencapai malas telefonnya yang
berbunyi, tanda ada SMS yang baru diterima. Dia membaca perlahan dan tiba-tiba,
matanya terbuka luas, hilang terus mengantuk. Dia menoleh ke kiri, kemudian ke
kanan. Mana dia tahu aku tengah landing
kepala dekat atas meja ni, dia ada dekat sini ke? Tapi tak kan dia ada kat
pejabat aku pula pagi-pagi macam ni, dia nak buat apa datang sini.
Fatia menggosok matanya, biar lebih
terang sedikit. SMS dibaca semula, mana tahu dia tersalah baca SMS tadi akibat
mamai.
‘Kenapa? Mengantuk lagi ke?’
Fatia garu kepala, betulah apa aku
baca tadi, tapi mana dia tahu aku mengantuk?
‘Awak cari saya ke?’
SMS
yang kedua dibaca dengan muka terkejut. Haikal ni nak mainkan aku ke pagi-pagi
macam ni, tapi dia kat mana?
‘Awak dekat mana?’ Fatia membalas
laju.
Haikal senyum, matanya masih menatap
ke arah dinding kaca biliknya. Geli hati melihat Fatia yang kelam kabut menoleh
kiri dan kanan, mencari dirinya barangkali. Dia mula menekan keypad lagi, ingin
membalas pertanyaan Fatia.
‘Saya
dekat dalam mimpi awak.’
Fatia pegang pipinya dan dicubit perlahan, aku
tengah mimpi ke ni. Tapi rasa sakit ni, maknanya aku tak bermimpi.
‘Jangan
la main-main, cakap la betul-betul.’
Fatia duduk tegak di kerusi,
menunggu balasan SMS dari Haikal dengan sabar. Aduh! Lambat pula dia nak reply, suka buat aku tertanya-tanya.
“Kal, meeting dah nak start.”
Randi menjenguk di pintu.
“Kau buat apa tu? Skodeng awek tu
lagi ke?” Dia menyambung bila dia melihat Haikal berdiri di depan dinding
bangunan.
“Taklah, hmm, kau pergi dulu nanti
aku menyusur.” Haikal kembali ke kerusinya, telefon bimbit masih ditangan.
“Yalah tu, jangan lambat tau.”
Haikal mengangguk, matanya diarahkan
ke skrin telefon semula. Ingin membalas SMS yang baru diterima tadi.
‘Saya
ada kat sebelah kanan awak.’
Haikal
bangun, telefon diletakkan di meja, dan fail dicapai laju. Dia melangkah ke
bilik meeting dengan senyuman yang
masih bersisa.
Fatia menoleh ke kanannya, sebelah
kanan aku? Tapi sebelah kanan aku ni dinding cermin, dia menyorok kat celah
mana. Fatia bangun, dia mula meneliti di sebalik cermin itu, takde apa pun,
nampak bagunan sebelah je. Kenapalah tempat aku ni mengadap bangunan, kalau
mengadap permandangan bandaraya KL kan best,
boleh juga cuci mata, boleh hilangkah mengantuk aku ni.
Tapi mengantuk dah hilang ni, bagus
juga dia buat aku suspen macam tu, boleh aku sambung buat kerja. Fatia duduk
semula di kerusi, kerja-kerja yang diletak ke tepi tadi diambil semula. Mula
bersemangat memulakan kerja.
Bab 39
Rayyan memerhati
dari jarak jauh, gelagat pasangan di meja hadapan diperhati dari tadi. Nampak
macam mesra berbual-bual tapi takdelah macam pasangan bercinta, lagipun ada
seorang lagi perempuan di sebelah Fatia, kalau dating mesti berdua je, nak buat apa datang bertiga. Rayyan
mencapai menu di meja, mukanya ditutup separuh bila Fatia menoleh ke arahnya,
bimbang kalau-kalau intipannya disedari.
Hari ini plannya dengan Hafizi mula
berjalan. Dia mula mengatur langkah, ingin melihat dengan mata sendiri apa yang
diperkatakan oleh Hafizi hari itu. Nampaknya apa yang disampaikan oleh Hafizi
semuanya betul, Fatia da Haikal memang saling mengenali, kalau dilihat dari
cara mereka macam dah lama kenal.
Masa rehatnya hanya dihabiskan
dengan mengintip, sanggup dia datang ke KL semata-mata kerana Haikal dan Fatia.
Lepas ni nampaknya dia boleh bertindak mengikut apa yang diatur. Kau tunggu
jelah Haikal, lepas ni kau akan menyesal sebab berani muncul dalam hidup aku
dan nenek. Aku akan pastikan kau terbuang macam mak kau dulu.
Rayyan bangun, melangkah keluar
dengan hati yang geram. Berbulu matanya kalau duduk lama-lama, menyampah pun
ada dengan Fatia dan Haikal. Kedua-duanya muncul secara tidak diundang dalam
hidupnya dan nenek.
Munirah senyum
lagi, entah kali keberapa dia sendiri tak tahu, malas nak kira. Lagipun itu
yang dia mampu buat, nak mencelah lebih-lebih macam tak berminat dengan topik
yang dibualkan oleh Fatia dan Haikal.
Haikal pun satu, sejak dua menjak ni
asyik ada je muka dia time lunch. Dia
ni takde kawan lain ke nak ajak lunch,
kena ke keluar dengan aku setiap hari? Eh! Bukan dengan aku, dengan kita orang.
Aduh! Makin bosanlah time lunch aku, asyik mereka je berbual,
aku ni nak juga bercerita tapi nak ke Fatia dengar, nanti tak pasal-pasal dia
buat tak layan je cerita aku. Inilah nasib, dah ada kawan baru, kawan lama
dilupakan, ada macam takde je kat sini, sedih betul.
“Kau okey ke?” Fatia menyoal bila dilihat muka Munirah berkerut-kerut
dari tadi.
“Hah! Hmm…okey je.” Munirah sengih, tak kan nak jawab tak okey, nanti dia ingat aku masih tak suka
denga Haikal. Aku dah boleh terima si Haikal tu, okey juga orangnya, baik dan sopan tapi dia macam takut je nak
bercakap dengan aku. Kalau aku tanya tergagap-gagap nak jawab, kalau aku
mencelah time dia bercakap mesti dia
terus diam, tapi kalau Fatia yang mencelah okey
pula. Mungkin dia marah kut sebab aku suka tanya soalan-soalan yang
bukan-bukan, tapi tu dulu, masa baru jumpa je.
“Irah, betul ke kau okey.” Fatia bertanya, mula panik bila
Munirah diam, selalu dia yang banyak cakap.
“Okeylah,
kenapa pula tak okey.”
“Habis kenapa kau diam, Haikal tanya
soalan pun kau tak jawab.”
Munirah pandang Haikal dengan muka
tak percaya, dia tanya soalan dekat aku? Bila dia tanya? Tak dengar pun.
“Hmm, soalan pasal apa tadi, tak
dengar la.” Munirah sengih.
“Kampung awak dekat Melaka tu dekat
kawasan mana?” Haikal mengulangi soalannya tadi.
“Dekat Melaka Tengah.”
“Ya ke, samalah dengan saya.” Haikal
senyum.
Munirah turut senyum, orang Melaka
juga rupanya. Kalau orang Melaka mesti semua baik-baik, macam aku, hehe.
“Macam mana?
Betulkan apa yang aku cakap.” Hafizi menegur bila Rayyan melangkah masuk menuju
ke mejanya. Rayyan duduk di kerusi, badannya disandarkan, ingin melepaskan
penat seketika.
“Sekarang ni, kau kena cari masa
yang sesuai unuk bagitahu semua ni pada nenek, lagi cepat lagi bagus.” Hafizi
bersuara yakin.
“Kalau semua berjalan dengan lancar,
berapa percent kau nak bagi dekat
aku?” Hafizi duduk di meja Rayyan.
“Apa? O…rupanya kau nak sangat
tolong aku sebab nak upah la ni.” Rayyan mula bersuara.
“Bro, dalam dunia ni mana ada free, nak berak pun kene bayar taw.”
Hafizi mula buat ayat tak senonoh.
“Memanglah takde benda free tapi kalau dengan aku kira free jelah, tak kan dengan kawan sendiri
pun nak berkira.” Rayyan sengih, ada-ada je si Hafizi ni.
“Selama ni siapa yang banyak tolong
kau? Aku juga kan, ada aku minta balasan? Takde kan, kali ni je aku minta, tak
kan tu pun nak berkira.” Hafizi ulang ayat Rayyan tadi.
“Kau ni, tunggulah aku dapat semua
harta nenek dulu, baru boleh bagi upah dekat kau.” Rayyan mula gelak jahat.
“Okey, aku nak dua puluh percent.”
“Dua puluh percent? Aku bagi kau dua puluh sen je boleh? Nak ambik ni, pergi
main jauh-jauh.” Rayyan mengelurkan dua syiling dua puluh sen lalu dihulurkan
kepada Hafizi.
“Bro, kau ingat aku budak kecil lima
tahu ke? Budak-budak sekarang pun dah tak pandang duit dua puluh sen kau tu?
Tak laku la wei.” Hafizi bersuara geram.
“Tak nak sudah, aku boleh simpan,
buat harta.” Rayyan ambil kembali duit syilingnya lalu dimasukkan ke dalam
laci. Tetikus digerakkan dan skrin komputer mula diteliti. Sambung buat kerja
lagi bagus.
“Kau ingat tau, dua puluh percent.” Hafizi bangun, melangkah ke
mejanya dengan senyuman penuh makna. Kalaulah betul dia dapat dua puluh percent dari harta yang akan diwarisi
oleh Rayyan nanti, memang bertuah hidupnya. Siapa tak nak duit free.
Bab 40
Haikal duduk di
kerusi sambil membaca surat khabar, hari ini pagi-pagi lagi dia dah sampai di
rumah neneknya, bersarapan bersama sambil berbual mesra. Surat khabar diselak
lagi, membaca tajuk-tajuk penting sahaja, selebihnya hanya dipandang sepintas
lalu.
Surat
khabar diletakkan di atas meja, dia mengalihkan pandangan ke arah nenek yang
tengah sibuk menguruskan pokok-pokok bunga, itulah rutin harian nenek, siram
pokok bunga, buang daun-daun yang kering, tabur baja dan ubah posisi pasu
bungannya, tapi bukan nenek yang angkat semua pasu bunga tu, pasti Pak Mat yang
bekerja sebagai driver yang akan
disuruh oleh nenek.
Mata
Haikal tiba-tiba terpaku pada kereta yang baru sahaja masuk ke tempat parking. Dia tersenyum sumbing, awal
nampak datang hari ni, selalu susah nak nampak muka kalau pagi-pagi macam ni.
“Assalamualaikum
nek.”
“Waalaikummussalam.”
Puan Karmila menyambut salam dengan raut wajah yang ceria.
“Nenek
sihat?” Rayyan menghulurkan tangan.
“Sihat,
tak sangka Rayyan nak datang pagi ni, kalau tak mesti nenek tunggu Rayyan untuk
sarapan sekali.”
Rayyan
senyum, nak sarapan sekali dengan nenek dan Haikal? Mesti takde selera dia
nanti. Memang dia dah lama tak bersarapan dengan neneknya itu, takde mood nak
datang pagi-pagi sejak adanya Haikal dalam hidup nenek.
“Takpe,
Rayyan dah makan tadi dekat rumah.”
“Rayyan
duduklah dulu, nenek nak masuk dalam kejap, nak suruh Mak Semah buatkan air
untuk Rayyan.” Puan Karmila melangkah masuk.
Rayyan
masih berdiri di situ, tiada tanda-tanda untuk mengekori langkah neneknya. Lagipun
kalau dia ikut mesti akan berselisih dengan Haikal yang duduk di kerusi sejak
tadi. Langkah kaki dihayun juga, berjalan selamba ke arah Haikal lulu duduk di
kerusi yang masih kosong.
“Lama
tak nampak, apa cerita sekarang?” Haikal menegur.
Rayyan
mencapai surat khabar lalu diselak tak berminat. Pertanyaan dari Haikal
dibiarkan sepi buat seketika.
“Busy sikit.” Dia menjawab sepatah.
Haikal
diam, kalau Rayyan tak berminat untuk bercakap dengannya, nak buat apa dia
bazirkan air liur untuk berbual mesra dengan Rayyan.
“So, kau apa cerita?” Rayyan membuka
mulut bila agak lama mereka diam.
“Aku
macam biasa je, takde cerita menarik pun.”
“Ya
ke? Tapi aku rasa kau ada cerita menarik sekarang.” Rayyan senyum memerli,
surat khabar diselak lagi dengan agak kasar.
“Apa
maksud kau?” Haikal merenung Rayyan, masih tidak dapat menangkap apa yang
dimaksudkan oleh Rayyan tadi.
“Kau
tak payahlah nak sorok cerita kau tu dari aku, semua dah terbongkar pun.”
Haikal
makin bingun, tapi hatinya mula terdetik sesuatu.
“Apa
rancangan kau sebenarnya? Aku rasa ada sesuatu yang kau sembunyikan, sejak kau
muncul lagi aku dah dapat rasa kau merancang sesuatu.” Rayyan mula menerjah.
Haikal
masih selamba, pura-pura tidak terjejas dengan pertanyaan Rayyan.
“Apa
yang kau mengarut ni?”
Rayyan
sengih, mukanya penuh dengan raya mengejek, buat-buat tanya konon, takut la tu,
aku baru gertak sikit.
“Kau
tak payah nak buat-buat tanya, macam aku tak tahu, mesti kau ni nak berlagak
jadi hero di mata nenek kan, kononnya
nak ceriakan hati nenek yang kecewa dengan apa yang berlaku antara aku dengan
Fatia, kau nak tunjuk dekat nenek yang kau dengan Fatia boleh bahagia? tapi kau
rasa nenek boleh ke terima?”
Haikal
diam, nampaknya Rayyan dah tahu apa yang dia lakukan.
“Kenapa?
Terkejut sebab aku dah tahu semua kerja kau. Lepas tu kau nak buat apa?
Hmm.…mesti kau nak tarik perhatian nenek kan, lepas ni mesti nenek ceria sebab
tercapai hajat dia nak jadikan Fatia cucu menantu. Lepas tu mula la kau
jalankan rancangan kau yang seterusnya, kikis harta Nenek kan.” Rayyan tayang
muka bangga, lepas ni rancangan kau tak akan berjaya Haikal.
Haikal
senyum, tak sangka kehadiranya dinilai sehina itu di mata Rayyan. Dia mungkin
cuba untuk mendekati nenek dan Fatia, tapi dia tak pernah berniat untuk
mengikis harta nenek, Rayyan dah salah anggap.
“Aku
buka mata duitan, aku tak pernah buat rancangan bodoh macam tu.”
“Ya
ke? Habis apa motif kau, kenapa kau cuba rapat dengan Fatia?”
“Kenapa?
Kau rasa tergugat ke? Tak salah kan aku rapat dengan dia, lagipun kau dengan dia
dah putus kan?” Haikal merenung Rayyan tajam.
“Aku
tak tergugat pun, tapi kau rasa kau boleh dapat ke perempuan tu? Aku akan
pastikan kau tak dapat apa-apa.” Rayyan bangun, melangkah masuk ke rumah
neneknya.
“Kau
jangan tamak Rayyan, nanti semua kau tak dapat, kalau kau nak sangat dengan
harta nenek kau boleh ambil semua, aku tak ingin pun. Tapi aku nak Fatia.”
Haikal menjawab berani, cuba melihat reaksi Rayyan.
Rayyan
berhenti melangkah, dia berpaling semula ke arah Haikal dengan senyuman
mengejek.
“Haikal…Haikal…tak
mungkin aku biarkan kau bahagia dengan Fatia, kalau kau dapat dia, kau akan
kehilangan nenek semula.” Rayyan ketawa jahat.
Haikal
kaku di kerusi, kata-kata Rayyan seperti mengugutnya tapi sedikit pun dia tak
gentar.
“Apa
yang seronok sangat ni?” Puan Karmila muncul dari dapur bersama segelas air
ditangan, Mak semah pula membawa dulang berisi kek.
“Takdelah
nenek, Haikal ni suka buat cerita kelakar.” Ketawa Rayyan masih bersisa.
“Ya
ke? Cerita apa tu Haikal?” Puan Karmila duduk di kerusi.
“Hah!
Hmm….cerita biasa-biasa je nek.”
Rayyan
menghampiri neneknya dan duduk di kerusi semula.
“Rayyan,
kek ni baru siap bakar tau, tu yang lambat sikit tadi, cubalah rasa.” Puan
Karmila memperlawa cucunya makan.
Rayyan
hanya mengikut, dia mencapai potongan kek lalu disuapkan ke mulut. Gelas berisi
air dicapai lalu diteguk sekali.
“Nek,
Rayyan pergi dulu, lagipun Rayyan ada temujanji dengan Fatia.” Rayyan senyum,
matanya melirit ke arah Haikal, ingin melihat reaksi Haikal bila nama Fatia
disebut.
“Temujanji
dengan Fatia?” Puan Karmila bertanya ceria.
“Rayyan
dah berbaik dengan Fatia, lepas ni bolehlah nenek buat persiapan, Rayyan dah
tak nak tunggu lama-lama, nak terus kahwin je.” Rayyan menyambung lagi, saja
nak sakitkan hati Haikal.
“Ya
ke? Baguslah Rayyan, tercapai juga hajat nenek, nanti nenek uruskan semua,
Rayyan jangan risau.” Puan Karmila makin ceria.
Haikal
hanya diam di situ, mukanya masih selamba, buat-buat tak terkejut dengan apa
yang dikatakan oleh Rayyan tadi. Tapi dalam hati hanya dia saja yang tahu.
Rayyan senyum lagi, puas hatinya.
Nampaknya ada yang kecewa, ah! Biarlah si Haikal tu, siapa suruh dia cari
masalah.
Rayyan
memberhentikan keretanya di bahu jalan, tak tahu hendak ke mana. Dia keluar dah
menyandar di kereta, matanya memerhati ke arah tasik di depannya. Tasik ni kan
tempat aku reject Fatia dulu, tak
sangka aku jejak kaki ke sini lagi.
Mana nak pergi? Kan aku ada temu
janji dengan Fatia? Rayyan senyum, semua direka untuk sakitkan hati Haikal.
Tapi nenek dah terlibat sama pula, kalau nenek buat persiapan betul-betul macam
mana? Tak ke naya aku.
Tapi takpe, aku kan banyak idea,
nanti aku fikirkan plan yang seterusnya. Rayyan menyelup saku seluarnya,
telefon dikeluarkan dan dia mula mendail nombor telefon Tisya. Alang-alang dah
keluar ni baik aku manfaatkan terus masa aku ni, ajak Tisya keluar ke, lagi
bagus dari duk buang masa macam ni. Kalau dia tak nak aku ajak Najla je. Tapi
pernah ke Tisya cakap tak nak kalau aku ajak dia keluar?
Fatia mencapai
penyapu lalu halaman rumahnya yang tak berapa nak luas disapu perlahan. Hari
ini adalah hari gotong-royang, Munirah dari tadi duk menyapu satu rumah, Nadira
pula duk sibuk mengatur pasu-pasu bunga yang pokoknya tak subur langsung,
mungkin kurang khasiat, lagipun sejak dia duduk di rumah itu tak pernah dia
lihat Munirah menabur baja di situ.
Nadira mengangkat pasu lalu disusun
di tepi pagar, tanah yang kering digemburkan semula lalu disiram. Rajin betul
minah ni, kalau tak memang jadi pokok terbiar je dekat situ.
“Kau tu meyapu ke berangan.” Nadira
menjungkilkan keningnya.
“Aku nak menyapu la ni, cuma tadi
aku asyik tengok kau je, rajin betul kau susun pasu-pasu tu.” Fatia sengih.
“Kau baru tahu ke aku rajin, kalau
harapkan kau dua orang memang jadi rumah terbiar la rumah ni, macam takde penghuni
je.”
Fatia sengih lagi, nak buat macam
mana, bukan dia malas cuma tak tergerak je hati nak kemas pasu-pasu tu, hehe,
nak cari alasan la tu.
“Mari sini penyapu tu, aku nak sapu
celah-celah pagar ni.”
Fatia hanya menurut, penyapu
dihulurkan dengan senang hati. Dia melangkah ke arah bangku lalu duduk, peluh
yang keluar dikesat dengan belakang tangan, macam penat sangat je gayanya, baru
sapu sikit je.
“Fatia, kejap lagi tengok wayang
nak?” Nadira mula mengatur plan untuk hari ini, lagipun dia tak balik ke rumah
keluarganya, bolehlah dia jalan-jalan dengan kawan-kawannya dua orang tu kan.
“Cerita apa?”
“Entah, nanti kita pilihlah dekat
sana.” Nadira duduk di sebelah Fatia, penyapu diletak ke tepi, kerjanya sudah
siap, bersih sikit halaman rumahnya kini.
“Okey
gak, duduk kat rumah bukan ada nak buat apa juga kan.” Fatia mula setuju.
“Oit kau orang, tadi cakap nak
bersihkan halaman rumah, ni aku tengok syok duk bersantai je.” Munirah
menyarung selipar lalu mula keluar, matanya melilau ke kiri dan kanan, memeriksa
seluruh halaman rumah, mana tahu ada yang curi tulang ke.
“Kita orang dah siap kemas la.”
Fatia menjawab laju.
“O…bagus-bagus, macam nilah kalau
nak menumpang rumah orang, kena rajin.” Munirah sengih, mulalah tu nak
berperang mulut.
“Yalah, kita orang tahu, hidup
menumpang ni kena sedar diri, jangan nak goyang kaki macam tuan rumah pula
kan.” Nadira mula buat ayat dramatik.
“Takpelah Nad, kita siapa, dia
siapa, biarlah dia goyang kaki dekat rumah, kejap lagi kita tinggalkan dia
sorang-sorang.” Fatia mula mencelah dengan senyuman mengejek.
“Kau orang nak pergi mana?”
“Kita nak keluar jalan-jalan, kau
duduk jelah dekat rumah, goyang kaki kau tu sampai lenguh.” Nadira turut
tersengih tayang gigi.
“Alah! Aku gurau jelah, janganlah
macam ni, nak ikut juga.”
“Tau takut, tadi bukan main sedap
kau buat ayat berlagak, sekarang pandai pula buat ayat merayu.” Fatia bangun,
bercekak pinggang di depan Munirah.
“Aku gurau jelah, nak main-main
sikit pun tak boleh.”
“Dah-dah, pergi naik mandi, kejap
lagi siapa lambat kena tinggal, tak payah nak lengahkan masa buat drama free dekat sini, buat malu je kalau
jiran-jiran tengok.” Nadira mula melangkah masuk.
Fatia dan munirah turut melangkah,
ingin bersiap sedia, teruja sungguh kalau ingin keluar, maklumlah, dah lama tak
keluar tengok wayang, asyik layan cerita korea je dekat rumah.
Fatia tayang
muka tak puas hati, aku kan dah tengok cerita ni, tak kan nak tengok lagi. Tapi
kalau aku cakap dah tengok mesti dia orang tertanya-tanya, nanti banyak pula
soalan dan tak pasal-pasal semua kejadian pada malam tu terkeluar sekali. Baik
aku diam je, ataupun buat-buat tak setuju sebab tak suka dengan herocerita ni, hehe.
“Tak nak la tengok cerita ni, kita
tengok cerita lainlah.” Fatia mula beraksi.
“Kenapa? Aku nak tengok cerita ni,
iklan kat TV macam best je, kita tengok cerita nilah ek.” Munirah menjawab
laju.
Fatia garu kepala, apa aku nak cakap
lagi ni.
“Kenapa tak nak tengok cerita ni?”
Nadira mula menyoal.
“Hah! Hmm…macam tak best je.”
“Alah belum tengok belum tahu kan.”
Nadira mula memujuk, dah mula setuju dengan Munirah.
“Boleh la Fatia, lagipun cerita ni
buat pengambaran dekat korea, aku nak tengok sangat, mesti cantik kan.” Munirah
mula buat ayat merayu.
Fatia senyum tak ikhlas, nak buat
macam mana, tengok jelah cerita AKU ADA KAU ADA ni untuk kali kedua.
“Yalah, tengoklah cerita ni.”
“Okey,
aku pergi beli tiket.” Munirah mula tayang muka ceria, langkah diatur ke arah
kaunter.
“Jom beli pop corn.” Nadira mengajak, Fatia hanya mengikut.
“Kau ni macam tak suka je tengok
cerita tu?”
“Eh! Suka, cerita dia best.” Fatia gigit bibir, alamak!
Terlanjur menjawab la pula.
“Cerita dia best? Mana kau tahu? dah pernah tengok ke?”
“Hmm…taklah, aku agak je, mesti
cerita dia best.”
“Dah tu kenapa tadi kau cakap macam
tak best, pelik la kau ni.” Nadira
menghulurkan pop corn kepada Fatia
dengan muka penuh tanda tanya.
Fatia garu kepala lagi, aduh!
Itulah, orang yang suka menipu tak selamanya akan selamat, pasti kantoi juga.
“Aku….entah.” Fatia bagi jawapan
bodoh.
“Macam-macam la kau ni.” Nadira
mencapai air pepsi lalu melangkah ke arah Munirah yang berdiri di depan pintu
masuk ke panggung wayang, memang tak sabar nak tengok wayang minah tu.
Fatia mengurut dada, fuh! Lega,
nasib Nadira tak banyak tanya.
Bab 41
Mak kiah berbual
mesra dengan kawan baiknya, siapa lagi kalau bukan Mak Su Odah. Walaupun semua
rancangan untuk menyatukan Rayyan dan Fatia telah hancur, tapi persahabatan
mereka tak pernah tergendala, makin erat je. Lagipun Mak Sua Odah hanya orang
tengah, bukannya bakal mak mertua Fatia pun.
Mak Su Odahlah orang yang memainkan
peranan penting semasa sesi perkenalan Fatia dengan nenek Rayyan. Dipujinya
Fatia melambung tinggi, Fatia rajin, Fatia pandai memasak itu, pandai masak
ini, Fatia pandai buat kek, pandai itu dan pandai ini, semua yang baik ada pada
Fatialah. Itulah yang menyebabkan nenek makin suka nak jodohkan Fatia dengan
cucunya, cukup lengkap semua kepakaran, tapi kalau diuji memang kantoi, pandai
pula Fatia masak makanan yang pelik-pelik, kalau setakat masak ayam goreng tu
bolehlah.
“Nak buat macam mana, dah bukan
jodoh mereka.” Mak Su Odah bersuara separuh ceria, mungkin masih kecewa tapi
cuba untuk berlagak biasa.
“Itulah, nak buat macam mana kan.”
Mak Kiah pula mencelah.
“Ingatkan dapatlah merasa makan nasi
minyak tahun ni, nampaknya tertangguh lagilah hajat ni.” Odah menambah lagi.
“Budak-budak zaman sekarang, bukan
nak kahwin awal-awal, ada je alasan.” Mak Kiah menjawab agak kuat, biar Farhana
yang duduk mengintai di tepi tangan dengar apa yang dia cakap.
“Itualah, Farhana tu bila nak
langsungkan, tahun ni ke tahun depan?”
“Entahlah Odah, kalau tanya pun
takde jawapan, tunggulah, nantilah, itu jelah jawapan yang Farhana bagi.”
Farhana gigit bibir, mesti dah ramai
tertanya-tanya tentang dia, hehe, famous juga aku kat kampung ni, kalau tak
mesti semua buat tak tahu je kan.
“Kak Long cakap nak buat hujung
tahun.” Farisya yang muncul di pintu mula mencelah, takde nilai-nilai kesopanan
betul budah ni, suka mencelah kalau orang tua bercakap.
“Hujung tahun ni?” Mak Su Odah
bertanya teruja.
“Taklah, belum tahu lagi hujung tahu
mana, kalau bukan tahun ni, tahun depanlah, kalau bukan tahun depan, tahun
depan satu lagi kut.” Farisya sengih, saja nak buat gempak.
“Eh budak ni, dia mainkan aku pula.”
Mak Su Odah mula ketawa, memang kenal sangat dengan perangai Farisya.
“Kamu ni kalau tak mencelah orang
bercakap boleh tak, perangai tu biar senonoh sikit, ni perangai macam budah
darjah lima, kamu tu dah jadi anak dara.” Mak Kiah mula bising, boleh sakit
jantung kalau layan kerenah anak bongsunya itu.
“Alah mak ni, gurau sikit pun tak
boleh.” Farisya melangkah masuk semula, ingat nak join maknya bersembang, boleh
juga tahu perkembangan semasa, tapi tak jadi nampaknya, kan tak pasal-pasal
kena sembur lagi dengan Mak Kiah.
Haikal termenung
di sofa ruang tamu rumahnya. Kata-kata berbau ugutan dari Rayyan beberapa hari
lepas masih bermain-main di fikiran. Rayyan memang dah melampau, bukan ke dia
dah putus dengan Fatia, kenapa nak halang hubungan aku dengan Fatia pula.
Rayyan…Rayyan…kalau kau boleh ugut aku, aku
pun boleh je kalau nak ceritakan semua kegiatan kau pada nenek, semua dah ada
dalam kocek aku Rayyan. Haikal baring, matanya memandang siling rumahnya.
Hatinya mula gelisah, takut kalau-kalau Rayyan mereka cerita pada nenek. Apa
nanti anggapan nenek padanya? Perampas tunang Rayyan? Pasti hubungan yang baru
terjalin itu akan terputus semula, mungkin aku akan mengulang kembali sejarah
ibu, dibuang oleh keluarga sendiri. Tapi aku juga tak sanggup kehilangan Fatia,
walaupun baru je rapat, tapi hubungan kami mula bahagia.
Kehilangan Nenek dan kehilangan
Fatia, dua-dua dia tak mahu berlaku. Kalau boleh biarlah aku bahagia dengan
Fatia dan mendapat restu dari nenek. Tapi boleh ke nenek terima?
Haikal meletakkan tangan kanannya di
atas dahi, macam berat sangat masalah. Tapi dia juga yang mencari masalah, dah
tahu Fatia tu tunang Rayyan kenapa dia nak juga teruskan perkenalannya dengan
Fatia.
Masih
dapat diingati lagi saat nenek menunjukkan gambar pertunangan Rayyan dengan
Fatia, terkejut dirinya, tak sangka tunangan Rayyan adalah gadis yang baru
dikenalinya, tapi dia tetap tidak berganjak, malah gadis itu semakin dihampirinya.
Ah!
Ini soal hati, terlalu rumit untuk diperkatakan. Kenapalah Fatia tu tunang
Rayyan, kalau tunang orang lain mungkin lagi senang, takdelah rumit macam ni.
Ops! Bekas tunang okey, ya bekas tunang. Kenapa aku nak
susah payah fikirkan pasal mereka. Mereka dah lama putus. Tapi susah untuk aku
bahagia dengan Fatia. Nenek mungkin akan salah anggap, ni semua Rayyan punya
pasal.
Apalah nasib, kenapa aku tak muncul
lebih awal dalam hidup nenek, mungkin nenek akan pilih aku untuk menjadi tunangan
Fatia, bukannya Rayyan. Dan mungkin aku dah bahagia dengan Fatia.
“So? Macam mana plan kita, berjalan
lancar ke tak?” Hafizi menari kerusi lalu duduk. Tak sabar sungguh untuk
mengetahui perkembangan rancangannya itu sampaikan diajak Rayyan lunch bersamanya walaupun hari minggu,
mana tahu kalau-kalau Rayyan dah bertindak.
“Hmm…okey.” Rayyan jawab tak berminat. Nasi yang sudah tinggal separuh
disuap laju.
“Okey
ke? Baguslah kalau macam tu, tenang hidup aku lepas ni.” Hafizi senyum bahagia.
“Kenapa? Selama ni hidup kau tak
tenang ke?”
“Memanglah, aku ni asyik memikirkan
masalah kau je, tapi nampaknya semua akan beres lepas ni.” Hafizi menoleh,
pencari pelayan restoran, nak order makanan.
“Kalau kau kat tempat aku apa kau
buat dengan Fatia?” Rayyan meletakan sudu di pinggan, dia menanti jawapan
Hafizi dengan hati berdebar-debar.
“Kalau aku kat tempat kau,hmm…..”
Hafizi buat aksi berfikir
“Aku kahwin je dengan dia, habis
cerita.”
“Kau memang, semua perempuan kau
rembat.” Rayyan mencapai sudu semula lalu nasi disuapkan ke mulut dengan rakus.
“Kau ni, bukan semua perempuan aku
main rembat okey, aku pun ada taste juga, kalau dilihat si Fatia tu
memang dah okey, lawa pun lawa,
sopan, ayu, lemah lembut, beruntung kalau dapat.” Hafizi mula tersengih.
“Yang kau puji perempuan tu
lebih-lebih kenapa?” Rayyan mula panas, kau ni kawan aku ke kawan Fatia.
“Betul apa aku cakap, aku baru jumpa
dia sekali tapi aku dah boleh suka dengan cara dia, kalau Haikal yang dapat
Fatia, memang bertuahlah si Haikal tu.” Hafizi menyambung lagi, kali ni nama
Haikal disebut sekali.
Rayyan meletakkan sudu di pinggannya
dengan kasar, bunyi nyaring sudu menghempas pinggan membuatkan Hafizi menoleh.
“Kenapa?”
“Kalau bagi jawapan yang tak
menyakitkan hati aku boleh tak.” Rayyan menjawab geram.
“Aik! Dah kau tanya aku jawab la,
itupun salah ke?”
“Kalau setakat kau nak bagi jawapan
macam tu, lepas tu puji Fatia, siap kaitkan Haikal lagi baik kau tak payah
jawab, buat sakit telinga je aku dengar.”
Hafizi makin tak faham, salah ke apa
aku cakap tadi.
“Kalau setakat datang sini, ajak aku
makan, lepas tu nak sakitkan hati aku baik kau balik jelah, dah la datang
lambat, makan sorang-sorang lagi bagus.” Rayyan menambah lagi.
Hafizi merenung muka Rayyan tajam,
apa kena dengan Rayyan malam ni, sensitif la pula.
“Rayyan, relax ar, tak kan pasal tu pun kau nak marah.”
Rayyan buat-buat tak dengar, dia
meneruskan aksi makan tanpa menghiraukan Hafizi di depannya.
“Okey-okey,
aku salah bagi jawapan.”
“Itulah, lain kali nak jawab tu
fikir dulu.” Rayyan menjawab tapi mata masih di pinggannya.
“Yalah, tapi aku nak tanya sikit
boleh tak?” Hafizi sengih, tak kan nak tanya pun marah juga.
“Apa?” Rayyan mula cuba mengawal
emosi, suaranya kini lebih perlahan.
“Kenapa kau marah aku bagi jawapan
macam tu, kau jealous ke?”
Rayyan berhenti mengunyah, makanan
dalam mulutnya macam susah untuk ditelan, tersekat di kerongkong. Tapi riak
wajahnya masih tenang, cuba untuk berlagak biasa.
“Kau mengarut apa ni?” Rayyan
bersuara bila agak lama diam.
“Aku tanya je, kau janganlah emosi
sangat.” Hafizi diam terus, baik jangan tanya lagi, kalau tak ada Rayyan
mengamuk dekat sini.
Rayyan turut diam, cuba untuk
menghabiskan makanannya dengan tenang. Kalau dilayan soalan-soalan Hafizi ni
boleh menaikkan darahnya je malam ni.
Pasu-pasu yang
berlumut disental kuat, cuba untuk mengembalikan rupa sebenar pasu-pasu bunga
yang terbiar itu ke wajah asal. Pokok-pokok yang kurang zat juga sudah dibuang,
ingin digantikan dengan pokok yang baru. Kalau minggu lepas pasu-pasu itu hanya
disusun, tapi minggu ni semua pasu dibasuh, macam pasu baru la pula. Fatia
senyum, makin berserilah rumah ni nanti. Tapi Nadira yang naikkan seri, bukan
aku, aku cuba tolong tengok je, hehe.
“Kau nak tanam pokok apa ni?” Fatia
bertanya sambil duduk mencangkung di sebelah Nadira, aktiviti yang di petang
hari minggu terbaru, walaupun nampak macam bosan tapi bolehlah, sekadar mengisi
masa lapang.
“Pokok bungalah, pokok apa lagi.”
Nadira menjawab malas, peluh yang terbit di dahi dilap dengan telapak tangan.
“Rajin betul kau ni.” Fatia mula
memuji, pujian ikhlas tau, buka saja-saja nak ambil hati.
“Memang pun, kau pun boleh jadi
rajin macam aku, ambil berus ni, kau tolong berus pasu-pasu tu, aku penatlah.”
Nadira sengih.
“Alah! Malas la, kotor baju aku
nanti.” Fatia menolak malas.
“Kau ni kan, cuba rajin sikit, itu
malas, ini malas, kalau macam ni kau bagi jawapan dekat mak mertua, boleh
pengsan tau.”
“Dengan kau je aku bagi jawapan
macam ni, kalau dengan mak mertua belum sempat dia suruh lagi aku dah buat
kerja.” Fatia sengih sengal.
“Hipokrik betul kau ni, cepatlah
tolong aku, nanti esok nak pergi beli tanah dengan baja pula.” Nadira mencapai
pasu yang ketiga lalu disental kuat.
Fatia memandang deretan pasu yang
tersusun, ada empat pasu lagi yang belum disental. Hmm, kesian juga kalau
biarkan Nadira buat sorang-sorang, takpelah, kali ni aku tunjuk rajin sikit,
lepas ni boleh suruh dia belanja aku, hehe.
“Macam tulah baru rajin sikit, ni
nak berlagak macam tuan rumah.” Nadira mula buat ayat sentap.
“Eh! Tuan rumah kita mana ek?” Fatia
menoleh ke pintu, dari tadi kelibat Munirah tidak kelihatan.
“Tuan rumah dekat dapur, tengah
masak pisang goreng, kejap lagi boleh la kita makan.” Nadira menjawab sambil
tersengih, perutnya yang lapar mula menyanyi riang.
“Itupun kalau dia jemput.” Fatia
mencelah laju.
“Ehem…mengumpat ke?”
Fatia dan Nadira menoleh serentak,
aik! Sejak bila muncul dekat belakang ni, bila dia datang?
“Eh! Mana ada, kita orang bercerita
je, bukan mengumpat.”
“Tak kanlah kita nak mengumpat pasal
tuan rumah, ish! Mana ada.” Fatia gigit bibir.
“Yalah, macam aku tak dengar.”
Munirah turut mencangkung di sebelah Nadira.
“Kalau dengar takpe, nak jemput kita
orang masuk makan ke?” Nadira bersuara ceria.
“Memang nak jemput pun, tapi kau
sorang jelah, Fatia aku tak jemput, kalau dia tak malu makanlah sekali.”
Munirah menjelirkan lidahnya ke arah Fatia.
Fatia sengih, aku memang tak malu
pun. Setakat dengan kau nak malu apa, kalau malu nanti lapar, kalau tak malu
aku juga yang kenyang. Fatia turut bangun, mengikut langkah Munirah dan Nadira
dengan muka tak bersalah, memang tak tahu malu betul minah ni.
Bab 42
Fatia menoleh,
memandang Munirah yang tengah asyik melayari internet. Matanya turut terpaku di
skrin laptop tapi fikiranya di tempat lain. Telefon bimbit direnung lagi, SMS
yang belum direply hanya dipandang
tanpa reaksi.
Nak buat macam mana ni? nak keluar
lagi ke tak? tapi macam penting je, apa yang dia nak cakap dekat aku ek? Dia
nak melamar aku ke? Hehe.
“Munirah,hmm….temankan aku boleh?”
Fatia mula membuka bicara.
“Teman pergi mana?”
“Jumpa Haikal.” Fatia menunggu
reaksi Munirah.
Munirah menoleh laju, dia mula
tayang muka tak percaya dan tak setuju.
“Malam-malam buta macam ni, kau dah
sewel ke apa, jangan nak buat kerja gila.”
“Oit, aku sewel atau kau yang sewel?
Bukan malam nilah, tapi esok.” Fatia menjawab geram, apalah si Munirah ni,
ingat aku dah kempunan sangat ke nak jumpa Haikal sampai sanggup nak keluar
malam-malam macam ni.
“O…hehe, aku ingatkan nak jumpa
malam ni.” Munirah sengih sengal.
“Boleh tak?”
“Esok kan dah janji dengan Nad nak
pergi kedai bunga, nak settlekan
taman bunga dia tu, dah lupa ke?”
Fatia garu dahi, ya tak ya juga,
lupa pula, tapi macam mana nak cakap dekat Haikal ni?
“Kalau kau nak keluar dengan Haikal
pun takpe, aku boleh temankan Nad pergi kedai bunga tu, bukan jauh pun.”
Munirah menyambung lagi.
Fatia tayang muka tak percaya,
Munirah benarkan aku keluar dengan Haikal? Berdua sahaja? Biar betul minah ni.
Dulu dia juga yang tak suka aku berkawan dengan Haikal.
Fatia meletakan tangannya di dahi
Munirah, sejuk je, ingatkan demam panas tadi.
“Kau ni kenapa?” Munirah menempis
tangan Fatia perlahan.
“Takdelah, mana tahu kau sakit ke.”
“Sakit? kenapa pula nak sakit?” Munirah
mengubah posisi duduknya, dia kini mengadap muka Fatia, menunggu penjelasan
dari Fatia.
“Yalah, kau kan tak suka Haikal,
tapi sekarang kau benarkan aku keluar dengan Haikal, berdua pula tu.”
Munirah senyum, bukan dia tak suka
dengan Haikal, tapi dia berhati-hati. Setelah dikenalpasti dan disoal selidik,
nampaknya Haikal bukan seperti yang disangkakan.
“Yalah, mana tahu Haikal boleh jadi
pengganti Rayyan nanti, takdelah kau tu asyik teringat kisah lama je.”
Fatia sengih, pengganti Yusof?
Pengganti Yusof dekat hati aku ke? Eh! bila masa pula Yusof dapat tempat dekat
hati aku, tak pernah okey!!! Tapi
betul ke tak pernah?
“Oit! Berangan naik pelamin dengan
Haikal ke?”
Fatia sengih meleret, ke situ pula,
bercinta pun belum.
“Wow! Dah gatal sangat ke?” Munirah
mengiku Fatia, menyampah pula bila melihat Fatia tersengih gatal macam tu.
“Bukanlah, kita orang kawan je,
lagipun masih awal lagi nak fikirkan pasal perasaan.” Fatia menjawab jujur.
“Mula-mula kawan, lepas tu kahwin.”
Munirah senyum.
Fatia diam sejenak, kahwin dengan
Haikal? Tak pernah dia memikirkan sampai ke situ, biarlah masa yang menentukan,
lagipun dia dengan Haikal masih dalam proses mengenali hati budi, baik berkawan
je dulu, jangan nak buat keputusan melulu macam dulu.
Fatia melangkah
ke tempat yang di janjikan, Taman KLCC menjadi tempat pertemuan mereka untuk
kali ini. Menara KLCC yang terpacak di depan mata direnung lama, dulu masa
zaman sekolah dia pernah datang ke sini, lawatan sambil belajar ke KLCC, tapi
melawat je lebih, belajar sikit je.
“Dah lama sampai.” Haikal menyapa
mesra, dia duduk di sebelah Fatia, tapi jarak duduk mereka agak jauh, boleh
muat seorang lagi di tengah-tengah.
“Baru je.” Fatia menghadiahkan
senyuman ikhlas. Dia memang selesa berkawan dengan Haikal, seorang lelaki yang
pandai menjaga batas pergaulan dengan wanita, tak pernah nak ambil kesempatan.
“Mana Munirah?” Haikal menanya
ramah, kalau tak silap tadi Fatia cakap dia datang dengan Munirah.
“Dah balik, dia cuma tolong hantar
je.” Dia yang suruh Munirah tolong hantarkan, lagipun Munirah dengan Nadira
memang nak keluar ke kedai bunga juga, apa salahnya kalau dia tumpang sekali.
“Ya ke? Kenapa tak cakap awal-awal,
kalau tak boleh saya jemput awak dekat rumah je, kesian Munirah, saya yang ajak
awak keluar tapi dia yang kena hantar.”
“Takpe, Munirah tu memang baik, dia
tak pernah pun nak berkira dengan orang.”
Haikal diam, wajah Fatia dipandang
sekilas lalu dia menoleh ke tempat lain.
“Awak cakap ada benda penting nak
cakapkan.”
Haikal yang merenung KLCC mula
menoleh semula, wajah Fatia yang sedang menunggu jawapan dipandang dengan rasa
gelisah.
“Kenapa?” Fatia mula pelik, tak
pernah Haikal termenung macam ni kalau berjumpa denganya.
“Awak ada masalah ke?” Fatia
bertanya perlahan, mana tahu kalau-kalau ada yang dia boleh tolong.
“Takdelah.”
Fatia senyum hambar, nampak macam
ada masalah je, takpelah, mungkin dia tak nak bagitahu dekat aku kut, tak kan
aku nak paksa pula.
Haikal diam sambil termenung, Fatia
turut diam sambil tertanya-tanya. Jam ditangan sudah berganjak ke pukul sebelah
setengah, maknanya dah setengah jam mereka diam tanpa sebarang kata-kata.
“Hmm…betul ke awak okey?” Fatia mula membuka mulut.
Haikal mengangguk lemah, dia hanya
ingin ditemani Fatia.
“Fatia, kalau apa-apa yang terjadi,
saya tetap kawan awak kan?” Haikal bertanya gelisah, dari semalam dia berfikir,
tak mungkin dia dengan Fatia boleh bahagia bersama.
“Kenapa awak tanya macam tu?”
“Saja tanya.”
Fatia garu kepala, bingun dengan
gelagat Haikal pagi ini. Kenapa perlu tanya soalan macam tu, dan kenapa pula
aku tak nak kawan dengan dia, tak kan aku nak bermusuh dengan dia pula. Tak
mungkin aku putuskan persahabatan yang baru terjalin ini, dia lelaki yang baik,
terlalu baik untuk dibuat musuh.
Rayyan
sengih memerli, nampaknya ancamannya kepada Haikal hanya dipandang sebelah
mata, tak terjejas sedikit pun. Nampaknya Haikal lebih utamakan Fatia dari
nenek, okey takpe, kalau aku jalankan
rancangan aku untuk putuskan hubungan kau dengan nenek kau jangan mengamuk
pula, kau jangan cakap aku tak bagi amaran, kau tu yang degil.
Dari jauh dia memerhati, senyuman
sinis sentiasa menghiasi bibirnya, menyampah dengan pasangan di depannya.
Memang tepat tekaan aku, mana lagi kau nak pergi pagi-pagi macam ni, mesti ada date dengan minah tu.
Dari rumah nenek dia mengikuti
Haikal. Sampai sahaja di rumah neneknya tadi, Haikal dan nenek baru sahaja
ingin bersarapan. Dia juga turut bersarapan bersama, dan apabila Haikal meminta
diri untuk keluar, dia juga mengikut dalam diam.
Rayyan duduk di bangku di sebalik
pokok, matanya masih mengawasi gelagat Fatia dan Haikal. Dari jauh nampak macam
duk berbual, tapi banyak termenung je dari tadi, dah bisu ke pasangan ni.
Pintu
kondominium dibuka perlahan, dia masuk lalu pintu ditutup. Tubuh dihempaskan di
atas sofa, tanganya diletakkan di bawah kepala, dijadikan sebagai bantal.
Intipannya tadi hanya sekerat jalan, makin lama dia di situ, makin panas pula
rasa hatinya.
Bila dilihat Haikal dan Fatia
melangkah masuk ke KLCC, dia juga menurut tapi hanya seketika sahaja. Dia
berpatah balik dengan hati yang serba tak kena, melangkah ke kereta dengan
perasaan yang tak tenteram.
Dia bangun, melangkah ke bilik.
Pintu bilik dibuka perlahan lalu dia memanjat katil. Dia berbaring memandang
siling, kemudian kepalanya ditolehkan ke kanan, dia tersenyum sendiri.
fikirannya mula memainkan semula peristiwa pagi itu, semasa Fatia tidur di
katilnya.
Bantal peluk ditarik, diletakkan di
tengah-tengah, menjadi penghadang antara tempat dia berbaring dengan tempat
Fatia tidur hari itu. Macam terbayang-bayang je Fatia di situ, tidur lena tanpa
berkutip sedikit pun.
Tangannya dihulurkan, cuba mencapai
tangan Fatia di situ.
Astagfirullahaladzim, apa aku
mengarut ni. Rayyan duduk di katil, peristiwa malam itu terbang terus dari
fikiranya. Dia melangkah turun dan keluar, duduk di ruang tamu lebih baik kut. Remote TV dicapai, cuba untuk
mengalihkan fokus fikirannya, kalau asyik termenung je nanti melayang lagi
entah ke mana pula.
Pokok-pokok
bunga yang tesusun di tepi pagar diambil, ingin ditaman di dalam pasu. Fatia
yang ditugaskan mengisi tanah yang dibeli ke dalam pasu masih tekun dengan
kerjanya, dah ada hobi baru pula kali ni, tak pernah-pernah aku tanam pokok
dekat kampung dulu.
Nadira mencapai pisau, ingin
memotong plastik hitam yang menjadi tempat pokok bunganya tumbuh, dia mencapai
pasu lalu memasukkan pokok kedalamnya. Kini pasu yang kosong sudah mendapat
penghuni baru.
“Senang nak tanam pokok sekarang
kan, beli je yang dah besar, lepas tu balik tanam dalam pasu.” Fatia yang
memerhati Nadira menanam pokok mula bersuara.
“Memanglah, kalau beli biji benih
lepas tu balik tanam memang berjanggutlah nak tunggu pokok tu besar macam ni.”
Fatia mengangguk setuju, betul juga
yang Nadira cakap, entah-entah belum sempat biji benih tu tumbuh dah mati sebab
takde orang nak jaga.
“Nak susun dekat mana pasu-pasu ni?”
Munirah yang membawa batu untuk dijadikan pelapik pasu ditangan mencelah.
“Aik! Mana kau rembat batu-batu tu?”
Fatia bertanya kalut, setahu dia mana ada batu-batu bata dekat rumahnya itu
“Aku mintaklah, buka main curi je.”
Munirah tayang muka tak puas hati.
“Kau mintak dekat mana?” Nadira pula
mencelah.
“Kat rumah depan tu, diakan baru
siap renovate rumah, ni semua batu
bata yang lebih, so aku mintalah
sikit.” Dia meletakkan batu di tanah, nak tunggu selesai soal jawab memang
lenguhlah tangannya.
“O…letak dekat sebelah pagar tu, aku
nak susun pasu-pasu ni dekat situ.” Nadira mula memberi arahan, pasu-pasu yang
sudah berpokok turut diangkat dan diletakkan di sebelah pagar.
“Pandai kau susun, cantik, makin
berseri rumah aku.” Munirah mencapai batu bata lalu disusun seperti yang Fatia
buat.
“Minggu depan nak buat apa pula?”
Fatia bertanya, memandang Nadira yang tengah meletakkan pasu di atas batu bata
yang disusunnya tadi.
“Minggu depan aku nak balik rumah
Mak aku la, dah dua minggu tak balik.”
“Alah, baru dua minggu, bukan dua
bulan.” Munirah membantah, tanda tak setuju.
“Entah kau ni, minggu depan mesti
bosan, takde aktiviti kalau kau takde.” Fatia mula menyokong. Nampaknya kembali
ke aktiviti asal, hari minggu yang membosankan.
“Tak bolehlah, Mak aku dah tanya
kenapa tak balik, so aku kena la balik, aku kan anak solehah.” Nadira sengih,
mula puji diri sendiri.
“Yalah, rumah kau dekat, senang nak
balik.”
“Nanti aku takde kau orang mesti
jaga pokok-pokok ni, kalau aku balik sini semula semua pokok ni layu, memang
siaplah kau orang.” Nadira memberi
amaran, bukan tak tahu kawan-kawanya itu pemalas kalau bab berkebun ni.