Miss Marshmallow VS Mr.Ego
Bab 8
“WOW...!” suara kagum Rita menyentuh gegendang telinga Faheem.
“Cantik, kan?” soal Faheem.
“Hmmm, cantik, hebat dan menarik!” ujar Rita lagi.
“lnak pujuk
papa belikan satu untuk l.”Faheem
tersengih.
“Sayang, kalau you
dapatkan Hyundai Sonata YF ni mesti you
nampak lagi hebat dan tampan bila berada di dalamnya.” Tambah Rita
menyemarakkan lagi semangat Faheem untuk memiliki kereta yang sedang
dilancarkan di salah sebuah syarikat yang menjual kenderaan itu.
“ltahulah ia hebat.
Dah baca dalam artikel semalam. Tulah pasal l
datang hari ke sini. Nak tengok dengan mata kepala lsendiri macamana rupanya...”
“Ha, rupanya memang hebat dan nampak bergaya, sayang.”
“Yalah, tengok harganya tu.”
“Alaah, bandingkan dengan kekayaan papa you,berapalah sangat? Sedangkan
kereta mewah yang lainpun papa you sanggup dapatkan.” balas Rita.
“Teringin pulak lnak
miliki kereta baru ni.”
“Youni,
pantang tengok kereta baru, mesti nak tukar...”
“Memanglah. I ni jenis suka menambah koleksi kereta.”
“Sayang, kalau yousuka
tukar kereta, ltak kisah. Jangan
suka tukar ‘gf’ tahu? Nanti lmengamuk habis.” Rita memberi amaran.
Faheem ketawa kecil.
“Takkanlah lmacam
tu...” Faheem menafikan ‘kenakalan’nya. Padahal, Rita memang sudah kenal dengan perangai Faheem
sebelum ini.
“Eleey, ltahu,
selama ni, youtu suka sangat
berpoya-poya. Pantang ada gadis cantik kat ofis papa youtu, mulalah jadi ulat naik daun.” Cebik Rita, memulakan rasa
cemburunya.
Faheem ketawa lagi. “Mana ada? Ini adalah lelaki soleh...tak adanya main-main benda-benda macam
tu. Tak adanya masa nak berpoya-poya dengan orang lain. Cuma dengan youaje...”
“Iyalah tu..” Rita mencebik bibir.
“Betul, sayang. Kenapa, tak percaya?”
“Takkan l percaya, selagi you tak tunaikan janji you...”
“Janji l?”
Rita mengangguk. Menampakkan riak manjanya untuk
memancing rasa sayang Faheem terhadapnya. Matanya melekat penuh makna pada
wajah Faheem. Jelingan manja dan menggoda itulah yang sering merona hati Faheem
sejak empat bulan lalu. Rita telah menambat hati Faheem sebaik sahaja mata anak
muda itu tertala pada wajah Rita sejak kai pertama melihat si jelita itu..
“Yalah. Janji you...”
manja lagi suara Rita sambil jari jemarinya memaut jari jemari Faheem. Gadis berkulit putih itu terus mengemaskan
pegangannya. Faheem membiarkan cuma. Mungkin rasa senang dengan pautan jari
jemari lembut Rita itu. terasa seolah ikatan cinta semakin kental. Ikatan
sayang terus berpadu.
“Youdah janji
nak sunting lsebagai suri hidup youyang sah nanti.” Ungkap Rita dengan
penuh harapan. Wajah Faheem sempat ditatap penuh pengharapan.
Faheem ketawa mengekeh. “Ohh, janji tu...”
“Yalah. Janji tu penting bagi ltau.” Manja lagi suara
Rita.
“lt’s small
matter.”
“Tu bagi you.“
ujar Rita. “Tapi bagi l, ianya sangat
penting. Very important!”
Faheem tersengih. “Ok...!”
“Jangan ok saja tau. I
akan tuntut walaupun hingga ke lubang cacing...”
Wajah Faheem berkerut. “Lubang cacing? Eiii...nak buat
apa kat situ? lbukannya suka
berkawan dengan species cacing tu.”
“Maksud lkalau
you sembunyi hingga ke dalam lubang
tanah sekalipun, ltetap akan cari
dan dapatkan you...!”
“Alaah, sayang jangan risau laa..kalau gadis cantik macam
you, bukan setakat lmalah ramai jejaka lain yang akan
menggilai you...”
Jari telunjuk Faheem pantas mencuit hidung mancung Rita.
Gadis cantik itu membiarkan cuma. Tidak mengelak. Sebaliknya sekadar tersenyum
senang. Tidak pula dihiraukan pengunjung yang agak ramai di situ. Mereka yang
turut datang menjenguk ke ruang pameran kereta baru itu untuk melihat kehadiran
kenderaan yang dikatakan hebat dan menarik itu. Namun, gelagat sepasang merpati
sejoli itu tidak menarik perhatian mereka. Mungkin jelek dengan kemanjaan Rita
yang sengaja mempamerkannya kepada umum. Malah, ada seorang dua perempuan yang
hadir itu mencebik bibir. Bosan agaknya dengan gaya ‘gedik’ Rita di ruang
terbuka begitu. Juga kenakalan Faheem mencuit hidung kekasih kesayangannya itu.
“Nantilah, kita akan kahwin jugak. Sabarlah hingga ldilantik sebagai CEO di syarikat
papa!” janji Faheem lagi. Penuh yakin.
“Tapi ldengar
khabar youada pesaing, kan?” duga
Rita untuk mengorek rahsia.
Faheem yang sudah melangkah beberapa langkah untuk keluar
dari ruang pameran kereta itu berhenti dan memandang wajah Rita penuh tanda
tanya.
“Pesaing?” suaranya agak kuat.
Rita mengangguk.
Selamba sahaja.
“Maksud you?”
Rita tidak segera menjawab. Hanya mengatur langkah untuk
turut sama keluar dari ruang itu. Di bibirnya ada segaris senyum. Mungkin
senyuman sinis untuk mencabar perasaan Faheem. Rita memang tahu sikap Faheem
yang panas baran. Mudah membentak bila sesuatu haknya dirampas atau tergugat.
Melihatkan Rita tidak segera memberi respons di atas persoalannya,
Faheem terus kenanaran. Dipautnya lengan Rita dengan pantas. Dia ingin gadis
itu segera memberikan jawapan terhadap persoalan yang sedang berlegar di ruang
mindanya. Faheem bukanlah seorang yang penyabar untuk menanti jawapan daripada
bibir Rita. Dia seakan terus mendesak
Rita bila lengan gadis itu terus dipaut kemas. Tidak dilepaskan dengan mudah.
“Rita,...” ujar Faheem. Merenung jauh ke dalam mata Rita.
“Apa maksud you?”
“Jom, kita masuk dalam kereta dulu. Nanti, l ceritakan jugak.” Rita seakan mengawal
perasaan Faheem dalam tingkah lakunya itu.
Faheem yang tidak sabar untuk mendapatkan jawapan
daripada Rita terus melangkah laju menuju ruang parkir tempat keretanya sedang
menunggu. Kemudian dia terus membuka pintu keretanya. Enjin terus dihidupkan.
“Ha, ceritakan.” Desak Faheem sebaik sahaja enjin kereta
sudahpun menderu dan kenderaan itu mulai
bergerak.
“Siapa pesaing l
yang youmaksudkan ni, Rita?” suara
Faheem sudah menggambarkan hatinya memang benar-benar tidak sabar untuk tahu
jawapannya.
“Siapa lagi kalau bukan orang yang paling you nak tengok sehari-hari tu.”
Faheem mengerutkan wajah. “Siapa? Youke?”
“Kalau l ni
bukan pesaing namanya. Peneman hidup you
nanti...” Rita tersenyum segar. Benar-benar sudah yakin bahawa Faheem akan
memilih dia sebagai penyeri hidup jejaka itu.
“Habis, siapa?” Faheem mendesak. Tidak berminat lagi
dengan semua ungkapan lain. Sebaliknya lebih ingin tahu tentang pesaingnya.
“Budak Hitam...” cebik Rita sambil bibirnya tersenyum sinis.
“Dija?” terpancul suara daripada bibir Faheem dalam nada
geram dan marah.
“Erhh, you dah
mulai sebut nama dia? Sejak bila ni?” Rita kehairanan. Dia mulai buat muka.
Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. “Eeiii, geli l nak sebut nama Budak
Hitam tu, sayang!”
“Sejak papa menggertak l.Dia dah bagi tarikh tangguh lantikan luntuk jawatan CEO tu.” jelas Faheem dengan wajah kecewa.
“Tarikh tangguh?” soal Rita tidak mengerti.
“Yalah. Papa ldah
bagi amaran kalau lcari pasal atau
menghina budak tu, alamatnya, lantikan yang sepatutnya dibuat pada bulan ini
akan ditangguh hingga ke suatu tarikh yang lebih sesuai.”
“Oh, ye ke?” soal Rita lagi.
“Hmmm, papa tu, pelik sangat. Dia sayang habis dengan
Dija tu. Papa takkan izinkan lpanggil
Budak Hitam kepada Dija. Kalau papa dapat tahu lpanggil dengan panggilan tu, bermakna jawatan penting dalam
syarikat ni takkan menjadi milik ldalam
masa terdekat.”
“Wah, sampai begitu sekali papa you menangkan dia?”
Faheem mengangguk. Kemudian mencebik bibir. Nampak geram
dan benci.
“Tulaa pasal, lcakap
Budak Hitam tu pesaing yousekarang.
Sebab lnampak papa youbukan main lagi baik dengan dia tu.”
“Yalah, sanggup pulak ketepikan anak sendiri.”
“llmu apa yang dia
tu pakai ye? Papa youmacam dah kalah
sangat dengan dia. Geram betullah bila ltahu cerita ni.”
Faheem mendengus geram.
“Setiap hari, l
tengok papa youmesti nak cari Budak
Hitam tu. Entah apa yang disembang-sembangkan antara mereka. Tapi, lyakin, mereka berdua tu sangat mesra.
Pernah pulak tu, ltengok papa you melayani semua tukang cuci syarikat
dengan penuh meriah. Belanja makan dan minum lagi.”
Faheem terdiam. Tapi cepat-cepat dia bersuara. “Papa
memang pemurah. Dia suka sangat belanja pekerjanya sekali sekala.”
“Tapi, lyakin,
sejak budak kampung tu masuk dalam syarikat papa you, dia dapat layanan paling istimewa. Padahal, rupanya buruk
sangat! Hitam dan tak sudipun l nak
pandang dia tu.” protes Rita, geram.
“Peliklah papa tu.” Faheem pula bersuara geram.
“Takkan papa youboleh
jatuh cinta dengan budak tu, kan?”
“Hisyhhh...papa bukan macam tu.”
“Hati orang, siapa dapat menduganya, sayang...”
Faheem mengetuk-ngetuk stering keretanya perlahan-lahan
sambil memikirkan sesuatu. Kelihatan wajahnya kurang senang bila mendapat perkhabaran daripada Rita.
“Takkanlah papa sukakan Dija lebih daripada seorang
pekerjanya?”
“Lahiriah, orang akan cakap macam tu, sayang. Tapi, kita
tak boleh nak duga dalamnya hati manusia.”
“Tapi ltetap
yakin yang papa tak ada apa-apa affairdengan
budak tu.”
“Itulah jugak yang l
harapkan. Tak sudi nak ber’mak’ tirikan dia...”
“Hisyhh...!”
Rita mencebik bibir. “Kalau dah terkena ubat guna-guna,
yang tak disukaipun boleh jadi suka, sayang. Apapun, lharap sangat agar you
terselamat daripada jampi manderam minah hitam itu...”
“Jampi ke tak ke, memang ltak pernah sukakan dia...”
Rita tersenyum mendengarkan suara geram Faheem. Sekadar
dia menguji hati Faheem walaupun dia tahu, takkan mungkin Faheem boleh sukakan
Dija yang berkulit hitam ala-ala negro itu.
Wajah Dija hadir di ruang mata mereka berdua. Rita sering
juga merenung wajah Dija. Meskipun hitam, terpamer kemanisan dan keayuan pada
wajah gadis desa itu. Rita tidak menafikan, kalaulah kulit Dija putih seperti
kulitnya sekarang, pasti Dija akan mampu mengatasinya.
Bila Dija bercakap, kelihatan barisan giginya yang terserlah
putih dan berseri. Malah, giginya lebih terserlah putihnya bila dia ketawa atau
tersengih. Maklumlah, kulitnya yang hitam itu akan lebih menonjolkan giginya
yang melepak.
“Sayang, youperasan
tak?”
“Perasan apa?”
“Dija tu, kalau datang kerja mesti bersetoking dan
bersarung tangan. Bertudung lagi. Tak ke dia tu rimas?”
“Eh, manalah lperasan
dengan dia tu? Pandang wajah diapun tak berapa nak sudi, inikan pulak nak
perhatikan semua tentang dirinya. Hisyh...!” marah Faheem. “Lagi senang ltenung wajah jelita youdaripada melihat wajah gelap macam
langit nak hujan tu.”
Rita ketawa mengekeh.
“So, selama ni youtak pernah perasan dengan dia tu?”
Faheem menggeleng. Bibirnya dijuihkan. Hina benar Dija di
dalam pandangannya. Seolahnya Dija memang seorang gadis yang berasal daripada
kelas bawahan yang kastanya paling rendah.
‘Buat bazirkan masa l
kalau tengok dia tu.”
Rita tersengih lagi. Lega rasanya bila Faheem bersuara
begitu.
Tapi, kenapa dia tiba-tiba rasa begitu?
Cemburukah dengan Dija?
Tercabarkah dengan kehadiran Dija?
Ah, tak mungkin Dija boleh mencabarnya?
Siapa Dija? Siapa pula Rita?
Dua gadis yang sangat jauh berbeza dari segi rupa paras.
Takkan mungkin hati Faheem boleh melekat kepada Dija, gadis berkulit hitam
macam negro itu.