Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,151
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

Bab 11


“Puteri!” Danish pekik sekuat kuat hati sebaik saja dia melangkah masuk dewan hotel. Sebaik saja Puteri memalingkan kepalanya, dia terus melontarkan cicak yang ditangkapnya tadi ke gadis itu. “Nah hadiah!” Terkekek kekek dia ketawa bila lihat Puteri terlompat lompat kerana geli. Fuyooo dehni punya jerit, orang kat Antartika pun boleh dengar. Hah! Padan muka kau. Siapa suruh cabar aku.


Dia lihat air mata mula mencurah keluar dari kedua mata Puteri. Teresak esak Puteri nangis. Cicak yang menjadi penyebab itu telah pun ditangkap dan dibuang keluar dewan oleh Yasir. Kini Sakinah, Zara dan Alisha sedang memeluknya sambil mengusap rambutnya. Merah merona muka gadis itu menahan tangisannya. Rasa bersalah menerkam di hati Danish.


Alamak, dia macam trauma betul. Perempuan ni pun satu. Tak cakap siang siang takut cicak. Kalau aku tahu aku tak kenakan sampai gitu sekali. Lah Danish, dah kata Tuan Puteri, takkan lah dia nak buat kawan dengan cicak pulak. Danish berdebat dengan diri sendiri.


Teragak agak dia melangkah ke Puteri. “Puteri. Aku minta maaf. Kali ini aku rasa aku dah melampau. Serius aku tak tahu kau takut. Kalau aku tahu, aku tak buat. Aku gurau jer. Sorry eh” Puteri menghadiahkannya dengan jelingan yang tajam.


“Dani, I rasa you beri dia masa untuk bertenang dulu. Dia masih terperanjat lagi. I bawa dia ambil air dulu. Nanti dia dah okay baru you bebual dengan dia ok?” Zara menegur dengan lembut. “Ari, jom. Kita ambil air.” Mereka berempat melangkah ke meja buffet di tepi dewan untuk mengambil secawan air. Tidak leka mereka bertiga mengusap belakang Puteri dan memujuknya.


Tiba tiba dia lihat Puteri melangkah kembali padanya macam wanita dengan misi. Tak sempat dia nak mengelak, Puteri telah pun membaling air ke mukanya. Ish minah ni, suka sangat ke tengok aku basah? Tak tentu pasal aku mandi jus oren pula. “That is for what you just did.”


“Oi, kau apa hal? Aku dah minta maaf kan.” Tempelak Danish.


“Lagi satu, takde modal lain ke hah? Balik balik tuang air. Macam takde idea lain. Kalau yer pun creativelah sikit. Air ni semua kau buang, berapa banyak orang miskin boleh buat minum tahu.” Dia sambung leterannya sambil menolak bahu Puteri. Dalam situasi yang agak tegang ni sempat mereka buat lawak, walaupun bukan dengan sengaja.


Puteri menolak balik dengan sekuat hatinya. Walaupun dia jauh lebih rendah dari Danish, dia tidak akan mengaku kalah. Sambil menarik kolar baju Danish sehingga dia terpaksa membungkuk, Puteri menjawab balik, “Aku punya suka lah. Ikutkan hati aku, aku lempar air panas kat muka kau. Biar hangus. Aku tak tahu apa masalah kau dengan aku lah. Dari pertama kali kita jumpa, kau dah cari pasal dengan aku. Apa kau ingat aku ni patung apa, nak biar kau buli terus.” Ringan mulut Danish nak menyambung perang mulut mereka. Danish menepis tangan Puteri dengan kasar, “Eh minah, kau dengar si.....”


“Danish Haiqal! Puteri Arissa! What is going on in here?” Serentak kedua duanya memandang ke gerbang masuk dewan. Profesor Azami, Hisham, Bakhtiar, Mawar, dan Suraya sedang berdiri di pintu masuk. Kelima-lima professor berdiri menyekak pinggang dengan wajah yang bengis. Alamak. Kan dah kantoi. Ni semua minah gila punya pasal lah.


“Dari jauh lagi, kami boleh mendengar suara kamu berdua terpekik pekau. Tak tahu malu ke? Kami membawa anda kesini untuk mengharumkan nama negara, bukan memburukkan. Orang kalau lihat dari luar, mesti mereka fikir pelajar Malaysia semua macam gini. Tak beradab. Saya sangat kecewa dengan kelakuan anda berdua. Malahan saya rasa i speak for all of us bila saya kata kecewa.” Professor Suraya menjelaskan dengan panjang lebar.


Kedua dua mereka menggantung kepala, segan. Danish langsung meminta maaf buat kedua dua mereka. Pensyarah-pensyarak terus sibuk bebual antara satu sama lain dengan suara perlahan. Tiba-tiba semua perbincangan berhenti, bagaikan mereka telah pun membuat kesimpulan. “Sebagai pengajaran, awak berdua harus menjalani hukuman. Kami mahu anda belajar bekerjasama. By hook or by crook. Masih ada  dua minggu untuk kita disini. Kami tidak mahu projek ini tergendala kerana anda berdua sibuk begaduh. Esok kamu berdua akan mengikut orang Kampung Seraya untuk pergi mencari kayu dalam hutan. Hanya kamu berdua akan pergi. Saya harap bila anda terpaksa susah didalam hutan, anda akan belajar untuk membantu antara satu sama lain. Saya tak nak lihat lagi atau dengar sebarang pengaduan yang anda berdua asyik bergaduh dan tidak boleh bekerjasama. Esok bila anda pulang, saya harap yang maklum balas yang saya dengar dari penduduk disana adalah berunsur positif. Di dalam tu, everything is life and death. Jadi saya harap anda akan melakukan tugas anda dengan sebaiknya.” Tegas Professor Mawar berbicara. Kalau lima orang pensyarah dah bergabung, memang kalau nak menang pun dah tak ada peluang. Nak taknak terpaksa dengar dan terima saja hukuman yang diberi.


Puteri memandang Danish dengan geram. Jelingan tajam dihadiahkan pada jejaka yang berdiri disebelahnya itu. Panasnya hatinya hanya Tuhan yang tau. Pasal mamat tiga suku ni, aku pun kena marah. Eeeeeee bingitnya.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha