Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
35,337
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

“AISKRIM Oreo along memang the best. Laris dalam kafe adik ni.” Naurah membuat isyarat ibu jarinya pada Nuha.

Sesekali Nuha akan membantu di kafe kecil milik Naurah. Kafe Naurah bukan sahaja menyediakan buku-buku untuk bacaan atau sewaan pengunjung tetapi juga menyediakan khidmat internet seperti cyber cafe. Bezanya internet yang disediakan tidak tertakluk pada permainan games. Naurah tidak suka perkara yang melalaikan sedemikian dalam kafe miliknya. Setakat main facebook tu okaylah lagi. Permainan gamesni mudah mengundang virus menyerang komputer. Komputer juga menjadi berat dan laluan internet menjadi perlahan.

Kesabaran dan semangat kena kental dalam mengusahakan perniagaan sendiri. Pernah juga kafe Naurah tidak didatangi seorang pelanggan pun. Nuha akan bertindak sebagai penasihat Naurah untuk menambah daya tarikan dalam tarikan kafe tersebut.

“Resipi tu tak boleh dijual beli tau.”

“Hehehehe… of courselah. Lepas ni along createlah pula aiskrim Chips more. Alongkan suka biskut Chips more tu. Sekejap ada, sekejap takde.”

“Tulah. Along nak cuba test.”

“Along ada bawa novel-novel hasil dermaan teman serumah along tak?” Naurah sudah menjeling ke arah beg kain berwarna pink yang diletakkan atas dada meja. Dia tak minat membaca novel dan kerana itu dia memang malas mengeluarkan wang sakunya untuk membeli walau senaskah novel.

Novel-novel di kafe tersebut adalah milik teman serumah Nuha yang baik hati dan juga hasil langganan Nuha di syarikat penerbitan.

“Tu… atas meja tu.” Mulut Nuha memucung pada beg kain berwarna pink tersebut.

“Novel baharu or yang second hand?”

“Semua baharu.”

You’re the best along.” Naurah peluk bahu Nuha. Kemudian Naurah memeriksa novel-novel di dalam beg tersebut.

“Wow, ada Twilight Saga dan Vampire Diaries. Dua hari lepas customer adik ada tanyakan kedua-dua novel ni.”

Last stock di popular bookstore. Kat mph pun dah takde stok. Tu pun nasib-nasib aja dapat.”

Thanks along.”

Naurah mula menyusun novel-novel tersebut di dalam rak untuk disewa.

“Petang semalam along jumpa Syahin.”

Naurah memusingkan tubuhnya.

“Ada masa pulak si busy tu. Dia yang call ajak jumpa ke?”

Nuha menggeleng.

“Along yang mesej dia.”

“Nampak sangat dia tak ingat langsung pada along.” Naurah menjuih bibir. Makin lama dia masik tidak sukakan Syahin yang kerek itu. Alongnya boleh dapat lelaki lebih baik dari Syahin. Alongnya dalam golongan gadis cun menawan jugalah.

“Takpelah. Dia sibuk. Banyak dapat tawaran berlakon.”

Along ni asyik takpe-takpe. Naurah buat mukda tidak berpuas hati.

“Along…” Naurah memengang kedua-dua belah bahu Nuha. “Baik along say goodbye aja pada Abang Syahin tu.”

Nuha memandang wajah serius Naurah.

“Makin allergic adik dengan Abang Syahin ye?”

Well… adik tak suka Abang Syahin dari along firstberkawan dengan dia lagi. Dah kerek nak mampus. Bajet bagus sangat. Abang Syahin ni tak macam mak dia. Kadang-kadang rasa macam dia bukan anak Makcik Zainab aja.” Kalau tak suka baik cakap terus terang.

Macamlah Nuha tak kenal dengan mulut laser Naurah.

“Kalau along kahwin dengan Abang Syahin nanti, suka atau tak, adik kena terima dia sebagai abang ipar juga.”

“Adik doakan along tak kahwin dengan dia. Fuh-fuh!”

“Adik…”

Nuha mencubit lengan Naurah. Naurah tergelak terkekeh-kekeh walau menerima cubitan berbisa dari Nuha.

Mintak-mintaklah alongnya tu tidak berkahwin dengan Syahin.



“NUHA…you kat mana?”

“Saya dah sampai ni.” Nuha melambai-lambaikan tangan ke arah Fiona.

“Lambatlah you ni.” Desis Fiona.

“Maaflah… susah nak dapat parking tadi.”

Cuak pula Nuha tengok wajah kelat Fiona.

“Tolong angkatkan hadiah-hadiah tu.”

Terpelongo Nuha. Fiona panggil dia datang ke Berjaya Times ni semata-mata mahu angkut hadia-hadiah ni. Jadi kuli tak bergaji.

“Cepatlah!” Fiona sudah memekik. Anak saudara dengan emak saudara sama aja. Dua-dua suka memekik. Kalau jadi pasukan sorak memang sesuai.

Nuha tiada pilihan.

Fiona jalan di hadapan melenggang macam tuan puteri.

Jalan sudah terhoyong-hayang dengan mengangkat hadiah setimbun melepasi aras kepala. Tak sedar dia melanggar ‘dinding’ di hadapan.

Kotak-kotak hadiah bertaburan. Fiona sudah bercekak pinggang dengan muka singa. Nuha buat derk mendengar bebelan Fiona. Kotak-kotak hadiah itu dipungut dan disusun bertingkat semula.

“You okay, Harraz.”

Serta-merta Nuha mengangkat wajahnya.

Oh, my… pelakon dan model handsome Harraz Aryan. Betul-betul dia dapat berdepan muka dengan mamat stone kegilaan ramai tu.

Fiona beria-ia meminta maaf dengan menyalahkan dia atas eksiden kecil yang berlaku. Nuha tersenyum-senyum. Kelakar pun ada bila dengar Fiona nak bawa Harraz jumpa doktor di klinik. Kunun-kunun takut mamat tu terluka di mana-mana masa ditimpa setimbun kotak hadiah tadi. Mamat tu steady aja kut. Fiona pula yang lebih-lebih acting.

Nuha dan Harraz saling berbalas pandangan. Pejam-pejam celik mata Nuha melihat Harraz melangkah ke arahnya.

“Awak okay.” Ujarnya lembut.

“Saya okay. Tak luka. Tak perlu nak bawa-bawa ke klinik.” Ayat Nuha menyindir Fiona.

Biar panas telinga Fiona mendengar sindirannya itu.

Harraz mengerling ke arah Fiona.

“Awak tak perlu nak pujuk saya. Saya takkan bekerjasama dengan company auntie awak.” Harraz melangkah pergi.

Fiona merengus.

“Harraz…”

Fiona memanggil. Lelaki itu buat tidak endah. Fiona menggigit bibir.

Puan Ramona memang ada mahu menggunakan khidmat Harraz sebagai model untuk projek iklan terbaharunya itu. Dia yang memberikan kertas cadangan kepada tersebut kepada Puan Ramona. Tak sangka pula Fiona yang menjadi pengantaraan.

“Nuha… you angkut hadia-hadiah ni ke kereta I. Pastikan masuk ke dalam but kereta I bukan ekreta you.” Fiona mengarah lalu menyerahkan kunci keretanya kepada Nuha.

“Erk…”

Tak sempat nak buat ayat, Fiona sudah terkocoh-kocoh mengejar Harraz yang sudah jauh menapak.

Mana dia nak cari kereta Fiona?

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.