Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 9

 

          “Apasal lambat sangat diorang ni. Dah berasap dah aku kat sini.” Kim mengibas-ngibas bajunya kerana sudah berpeluh-peluh menunggu kawan-kawannya.

          “Rileklah Kim, mungkin jem kot kat jalan depan tu.” Ain meredakan keadaan.

          “Aah, sabarlah, sabarlah.” Lim mencelah sambil bermain game di dalam telefon pintarnya.

          “Haishhh, aku sabar je dengan kau ni. Dari dalam kereta lagi aku tengok kecik besar kecik besar je kau.” Kim berasa geram dengan Lim lalu tersenyum sendirian.

          “Ahh kau, rileklah. Masuk Kim, bantu aku, aku dah nak kalah ni.” Lim tergelak lalu mengajak Kim untuk bermain game mobile legend.

         Sementara itu, Ain sedang berborak dengan kawan-kawan sekelasnya yang lain. Kami sekelas memang bercadang nak keluar bersama selepas makan tengahari di rumah cikgu kami yang berhampiran di kawasan ‘StarMall’. Maklumlah pelajar di dalam kelas kami pun tidak seramai pelajar yang berada di dalam kelas yang lain, cuma dua belas orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas ekonomi itu.

         “Assalamualaikum brothers and sisters.” Din memberi salam kepada kawan-kawannya yang sudah lama menunggu mereka dengan lagak gaya jalannya yang megah itu.

         “Waalaikumusalam.” Serentak Ain, Kim, Ana dan Lim memjawab salam.

         “Apa sal lu orang lambat, sudah lama ooo kami tunggu.” Siew Chin menyoal mereka lalu menghulurkan beberapa batang aiskrim yang berperisa oren itu kepada mereka.

         “Sorry, ada kes tadi.” Nad mencelah dalam keadaan yang tenang.

         “Yang tak dapat dielakkan tadi.” Zam menyambung ayat Nad.

         “Nabila mana?” Ana menyahut sambil melihat kelibat Nabila yang tiada bersama dengan mereka.

         “Ada tu dalam kereta, dia marathon tadi.” Din menunjukkan arah kepada Ana dengan selambanya.

         “Huishh, Nabila marathon, sampai ke mana?” Kim terkejut sambil membuat lawak yang tak seberapa nak jadi lalu tersengih sendirian.

         “Kau Kim, sampai hati kalah kan aku dalam perjuangan legend ni.” Din terus mencelah dan menukar topik ke tajuk lain.

         “Ehh, aku kan power.” Dengan berlagaknya Kim mengatakannya kepada Din.

         “Takpe, takpe, kau tunggu hari kau nanti.” Din dengan rasa tidak puas hatinya terhadap Kim dalam permainan game mereka.

         “Ehh, korang ni. Game je tau. Jom gerak, nanti lambat ke rumah Teacher.” Ain memberhentikan perbualan mereka dengan menolak beg tangannya ke lengan Kim.

         Sudah 30 minit Nad memandu tetapi masih belum sampai lagi ke destinasi yang ingin kami tuju. Maklumlah rumah Teacher Haidah memang agak jauh sedikit dari rumah kami, ia mengambil masa dalam satu jam setengah untuk sampai ke sana. Belum tempuh dengan kesesatan jalan raya lagi, entah-entah akan memakan masa yang agak lama untuk sampai ke sana.

         “Assalamualaikum.” Serentak kami rakan sekelas memberi salam di luar rumah Teacher Haidah.

         “Ada orang tak di dalam.” Zam menyahut sambil melihat di sekeliling rumah Teacher Haidah.

         “Apa kau ni, mestilah Teacher ada. Teacher dari pagi tadi tak keluar rumah tau tak.” Din menepuk bahu Zam dengan pantasnya.

         “Din, kau stalker Teacher ye.” Ain mengusik dengan senyuman nakalnya.

         “Taklah, ada dalam group whatsapp. Tengok ni Teacher dah bagitahu awal-awal.” Din mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan apa yang tentera dalam skrin telefonnya.

         “Dan dan je kau ni.” Kim tersenyum sinis. Din hanya mengecilkan matanya ke arah Kim.

         “Mana tahu, Teacher keluar pergi beli barang dapur ke.” Sampuk Zam seketika.

         “Waalaikumusalam.” Keluar seorang wanita yang bertudung pink telah membuat pandangan Din dan Kim tertarik kepadanya.

         “Ehh, Teacher Haidah dah kurus.” Zam menyampuk lagi dengan penuh kehairanan.

         Nad terus menyekeh Zam lalu menggelengkan kepalanya.

         “Auchhhhh.” Zam mengadu kesakitan lalu memandang ke arah Nad dengan muka tak bersalahnya.

         “Tu anak Teacher laa Zam.” Ain tergelak melihat gelagat Zam yang kebingungan.

         “Mana aku tahu.” Zam terdiam.

         “Ni semua anak murid Teacher Haidah ye.” Wanita yang bertudung pink itu berjalan keluar ke arah mereka dan terus menyoal kepada mereka.

         “A'ah.” Ringkas Ain sambil tersenyum.

         “Teacher ada kat dapur, marilah masuk.” Wanita yang bertudung pink tadi mempelawa mereka untuk masuk ke dalam rumah.

         Din dan Kim masih lagi terkaku apabila melihat kejelitaan seorang wanita di hadapan mereka. Nabila dan Ana sibuk mencari kasut sukan yang dipakai oleh Nabila tetapi tidak ditemui. Sedangkan Nabila sudah mengambil balik kasut yang dicabutnya ketika sedang berlari. Sewaktu itu dia telah menukar kasutnya dengan seliparnya sebelum pergi ke balai polis. Zam ketawa terbahak-bahak apabila melihat Nabila dan Ana tercari-cari kasut sukan tersebut. Nabila pun menoleh dan memandang ke arah Zam.

         “Zam.. mana kasut aku.” Aku mencengkam pinggang sambil mengangkat kening ke arah Zam. Nasib baiklah Ana sudi untuk membantu Nabila.

         “Ada ni, kat dalam beg aku.” Zam ketawa lagi kerana sekali lagi dia berjaya mengenakan Nabila.

………………………………………..

         “Kenapalah kat kawasan tu ada anjing, nak jogging pun tak boleh.” Jemy merungut dan mencebikkan mulutnya.

         “Tulah pasal.” Nabila pun turut mencebikkan mulutnya.

         “Huish, takut pula. Tahun depan kita dah masuk darjah 6.” Jemy merungut lagi.

         “Jom Jemy, jalan ke arah sana.” Aku menukar topik lalu mengajak Jemy ke arah jalan yang berbukit itu untuk melihat suasana pemandangan di sana.

         “Okay, jom.” Jemy hanya mengiyakan sahaja.

         Nabila dan Jemy kerap keluar bersama untuk meluangkan masa yang ada bagi menenangkan fikiran mereka masing-masing. Kadang-kadang mereka akan bersenam di waktu petang jika ada peluang untuk mereka beriadah bersama-sama. Pada hari yang sama juga, mereka akan membuka cerita untuk diceritakan bersama. Tidak kiralah cerita itu mengisahkan kehidupan mereka atau benda yang membuat mereka tertawa. Ada sahaja cerita yang akan dikeluarkan oleh Nabila dan Jemy tanpa henti gelak tawa mereka.

         “Aaaaaauuuuuuuuu.” Bunyi itu telah menghentikan perjalanan mereka dan perbualan kedua-dua orang sahabat itu turut terhenti.

         “Aaauuu, aaaaaaaaaauuuuuuuuuu.” Kali ini lebih panjang bunyinya dan bunyi itu semakin dekat dengan mereka tetapi tidak kelihatan kelibat yang datang. Hanya bunyinya sahaja yang semakin jelas dan membuat Nabila dan Jemy berasa cuak secara tiba-tiba. Nabila dan Jemy hanya berpandangan antara satu sama lain sahaja apabila mereka melihat di sekeliling kawasan mereka tiada satu kelibat pun yang muncul di hadapan mereka. Lalu mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa banyak bunyi tetapi kali ini mereka berjalan-jalan dengan penuh berwaspada sambil berpegangan tangan antara satu sama lain. Akan tetapi, Nabila terdengar sesuatu yang mengekori dari belakang mereka. Nabila menarik tangan Jemy untuk memberi isyarat lalu mereka ingin menoleh ke arah belakang secara perlahan-lahan.

         “Je.. Je.. Je.. my..” Aku tergagap-gagap untuk menyebut nama Jemy apabila seekor anjing yang berbulu putih sudah berada di hadapan kami dan Jemy hanya membulatkan matanya tanpa berkata apa-apa.

         “LARIIIIIIII..!!!” Jemy menjerit lalu dia pun terus berlari pecut ke arah kaki bukit jalan itu.

         Belum sempat aku ingin menahan Jemy daripada melarikan diri, anjing yang berbulu putih itu sudah menyalak ke arah aku lalu aku pun terus berlari.

         “JEMY… LARIIII..!!!” Jerit aku sambil memecutkan diri daripada anjing yang berbulu putih itu.

         “Weh, tunggu aku.” Teriak Jemy apabila melihat aku berlari laju dan terus memotong larian Jemy tadi. Sedangkan Jemy berlari dulu daripada Nabila. Memang keadaan mereka menjadi kelam kabut apabila pecut berlari kerana dikejar oleh seekor anjing.

        ‘Aku perlu menyembunyikan diri.’ Fikir aku seketika, tanpa melengah-lengahkan masa aku terus berlari ke arah pokok hijau yang berhampiran dengan rumah jiran. Aku terus menyembunyikan diri di belakang batang pokok yang halus dan dipenuhi dengan daun-daun yang berkilat di bahagian permukaannya. Sementara aku sibuk untuk bersembunyi, aku terlupa akan Jemy yang ketinggalan di belakang semasa aku berlari dengan pecutnya dan aku tidak sempat untuk memanggil Jemy kerana dia berlari ke arah yang berlainan kawasan. Di samping itu, aku terjenguk-jenguk di sebalik beberapa batang pokok yang aku sembunyi tadi untuk melihat kelibat seekor anjing yang berbulu putih yang sedang berlari anak lalu dia berhenti di kawasan di mana tempat aku bersembunyi.

         ‘Aduh, apasal anjing ni berhenti kat situ pula. Pergilah jauh-jauh.’ Fikir aku sejenak. Hatiku menjadi tidak tenteram apabila seekor anjing itu tiba-tiba berhenti di situ.

         ‘Dia tau ke aku ada kat sini. Dia hidu bau aku ke.’ Terdetik hati aku untuk menghidu bau bajuku. ‘Fuhh, kuat juga bau peluh aku ni.’ Aku bermonolog lalu aku melihat anjing itu beredar dari tempat aku bersembunyi. Aku berasa lega apabila melihat anjing itu beredar lalu aku terfikirkan akan kawanku itu.

         ‘Mana pula si Jemy ni. Dia berlari ke arah mana.’ Fikir aku. Aku pun tercari-cari kelibat Jemy tetapi tidak ditemui. Secara tiba-tiba, bulu romaku meremang dan ada sesuatu yang menghampiri aku dari belakang. Badanku berasa seram sejuk lalu aku menoleh ke belakang secara perlahan-lahan.

         “Arkkkkkkkk.” Aku menjerit lalu terduduk kerana Jemy telah mengejutkan aku dengan memakai topeng muka yang berwajah serigala itu. Jemy tergelak terbahak-bahak apabila dapat mengenakan aku. Padahal baru sahaja mereka dikejar oleh seekor anjing, itu pun belum hilang lagi kepenatan yang masih ada sekarang.

         “Weh Jemy, agak-agak laa.” Aku menyahut.

         “Rileklah, penat giler kot aku berlari arah sana.” Jemy menunjukkan arahnya ke mana dia berlari tadi.

         “Kau pandai ye sembunyikan diri kat belakang sana. Aku berlari tadi dapat batang buluh je yang ada kat sana.” Sambung Jemy sambil memegang batang buluh yang masih ada di tangannya.

         “Dah tu, kau buat apa dengan batang tu.” Aku mencelah sambil mengurut-urut dada aku yang masih belum habis penat berlari.

         “Ni.” Jemy menunjukkan batang buluh yang dipegang olehnya. Aku hanya mengangguk sahaja.

         “Aku nak ketuk kepala kau.” Jemy mengacah-acah untuk mengetuk aku dengan batang buluh. Aku hanya tersentak lalu membulatkan mata aku.

         “Tak adalah, aku ingat nak baling benda ni kat anjing tu, tapi dah tak ada pula.” Jemy tergelak.

         “Mana kau jumpa topeng tu.” Celah aku sambil memuncungkan mulutku sedikit.

         “Aku jumpa kat tengah jalan tadi, time aku berlari. Tu yang aku ambil tu, saja nak kenakan kau.” Jemy menjelaskan.

         “Hish, tak baik ambil barang orang.” Aku pun terus mengambil topeng muka yang berwajah serigala itu lalu membuangkannya ke tepi jalan.

         “Kutip sebarangan tak elok Jemy. Dah dah, jom balik. Kan terserempak pula dengan anjing gila tu.” Aku terus menarik tangan Jemy untuk pulang ke rumah masing-masing. Jemy hanya mengiyakan sahaja kata-kataku dan terus berjalan.

         Detik yang indah dan lucu itu membuatkan aku tersedar seketika apabila angin yang bertiup kuat itu telah memasuki di celah-celah pintu rumahku. Lalu aku pun terus membuka pintu untuk mendapatkan angin di luar. Keadaan ini membuatkan aku berasa tenang dan nyaman di waktu petang. Sudah lima bulan berlalu, keputusan peperiksaan STPM sudah pun keluar dalam beberapa minggu yang lepas. Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih ada lagi peluang untuk aku meneruskan pembelajaran di hari yang kelak.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.